Rabu, 29 Jun 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


UMNO JASIN PERLUKAN GENJATAN SENJATA SEBELUM PRU 13?

Posted: 29 Jun 2011 05:31 AM PDT


PRU 13 yang bakal berlangsung, bolehlah diibaratkan di antara "hidup atau mati" UMNO dan juga Barisan Nasional (BN). Kenyataan ini diperteguhkan lagi oleh kenyataan oleh YAB Timbalan Presiden bahawa pilihanraya umum yang akan datang adalah satu medan pertembungan yang sengit di antara BN dan juga pembangkang. Pelbagai andaian telah dibuat oleh kepimpinan BN malah pembangkang turut sibuk meramalkan bilakah "tarikh" tersebut. Jawapannya hanya ada pada Perdana Menteri.

Melihat kepada senario semasa politik di Jasin, genjatan senjata, itulah tindakan terbaik yang perlu dilakukan oleh kepimpinan dan ahli UMNO sebagai persediaan menhadapi pilihanraya umum ke-13. Persoalan ini tiada kena mengena dengan pembangkang, sebaliknya berdamai sesama sendiri bagi memastikan UMNO Jasin terus kukuh dan bukannya dilemahkan oleh ahli parti sesama sendiri, semata-mata mengejar kepentingan peribadi dan agenda tersembunyi.

Jika dilihat kepada kepada program dan juag Mesyuarat Perwakilan Bahagian, ternyata masih belum ada cukup momentum atau motivasi yang kuat untuk menghadapi ledakan pembangkang ketika berkempen pada PRU ke- 13 nanti. Masih ada lagi Ketua -Ketua UMNO Cawangan yang liat untuk berkursus manakala Wanita, Puteri dan Pemuda juga ada masalah yang tersendiri. 

Bahagian Jasin boleh dianggap sebagai kawasan kubu kuat BN atau tradisinya begitu ternyata gelombang "tsunami" PRU ke -13 adalah dua kali ganda kekuatannya. Bersediakah kita untuk ini? Keputusan PRU ke-12 juga menunjukkan bahawa majoriti kemenagan calun BN jauh tersasar jika hendak dibandingkan dengan PRU 11 pada 2004? Persoalannya setakat mana kita belajar adri pengalaman lampau dan cuba memperbaikinya?

Kepimpinan UMNO Bahagian tidak digalakkan untuk menipu diri sendiri, kononnya tiada masalah wujud tetapi keadaan sebenar adalah sebaliknya, sekali gus boleh menjejaskan keutuhan parti. 

Mesej ini bukannya kali pertama disampaikan dan dinyatakan oleh pucuk kepimpinan parti. Sudah berbuih mulut, nasihat dan teguran dibuat tetapi masih ada pemimpin bahagian yang memekakkan telinga . Mereka terus bersilat untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Pemimpin dan ahli parti perlu menyelesaikan apa jua masalah pada peringkat bahagian dan cawangan masing-masing dengan mengetepikan soal untuk merebut dan mengekalkan jawatan atau siapa mahu jadi calon. PRK Merliamu baru sahaja berlalu dan wajar dijadikan pengajaran untuk menghadapi PRU ke -13 .


DEMI NEGARA TERCINTA....

Posted: 28 Jun 2011 07:12 PM PDT

Sampai bilakah bangsa ku ini jadi alat permainan orang lain?


Dah ada jawatan dan pangkat pun masih lagi nak menggunakan rakyat , apa salahnya rakyat?


Salahkah jika mereka mahukan kehidupan yang aman dan damai?

sepandai-pandai tupai melompat.....

Posted: 28 Jun 2011 06:14 PM PDT











































Put your stuff here

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Bersih : Jangan kacau periuk nasi kami

Posted: 29 Jun 2011 12:29 AM PDT

"Jangan kacau periuk nasi kami, kami nak cari makan untuk anak isteri secara aman dan harmoni," tegas Pengerusi Persatuan Teksi Eksekutif Malaysia," Azmi Mohd. Yatim.

Menurutnya, perhimpunan haram anjuran Bersih pada 9 Julai ini bukan sahaja menggugat keamanan negara, malah menyekat peluang pengusaha teksi untuk beroperasi.

"Mereka sengaja buat kacau untuk huru-harakan negara dan kami pemandu teksi eksekutif sudah tentu turut terancam dengan gelagat liar mereka," ujarnya.

Azmi memberitahu demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai membantah perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

Beliau bersama 200 pemandu teksi dan 100 ahli Puteri UMNO Malaysia yang diketuai oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil khas Menteri Dalam Negeri, Datuk Ab. Hamid Mohd. Nazahar dianjung pintu masuk PWTC pagi ini.

Katanya lagi, pemandu teksi eksekutif di negara ini mengutuk sekeras-kerasnya perhimpunan tersebut dan mendesak pihak berkuasa tegas menanganinya.

"Bersih jelas membawa ancaman kepada kestabilan negara dan kesejateraan rakyat, maka kita minta KDN bertindak tegas terhadap mereka," ujarnya.

Menurut Azmi lagi, penganjur perhimpunan Bersih jelas melanggar arahan polis dan mereka sengaja berbuat demikian bagi memenuhi agenda pembangkang.

Sementara itu, Rosnah dalam sidang media selepas pelancaran ' Duta Mesra Rakyat dan Membantah Demontrasi Jalanan' mendesak KDN mengambil tindakan terhadap 'pencetus' perhimpunan haram tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan turut melahirkan rasa bimbang akibat perhimpunan haram itu, mata pencarian pemandu teksi dan peniaga sekitar ibu negara akan terjejas.

Tindakan Persatuan Teksi Eksekutif Malaysia itu turut mendapat sokongan daripada penaungnya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang menyifatkan penganjur perhimpunan Bersih mempunyai niat jahat terhadap kestabilan negara ini.

"Kumpulan ini adalah pengkhianat negara dan sewajarnya dikenakan tindakan tegas supaya ianya tidak berulang," tegasnya.

Syed Ali menambah, rakyat yang cintakan keamanan dan perdamaian perlu menolak apa jua bentuk kekerasan yang dicetuskan oleh kumpulan pelampau.

"Demontrasi jalanan bukan budaya rakyat Malaysia, ianya dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gilakan kuasa," katanya.

BERSELINDUNG DISEBALIK ‘TANPA NAMA BERKATA’ ADALAH SIFAT PENGECUT

Posted: 28 Jun 2011 08:34 PM PDT

SALAM hormat kepada semua pelayar blog ini, mudah-mudahan dengan izin Allah S.W.T, kita diberikan rahmat dan hidayah oleh-Nya. Insyaallah.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemua mereka yang telah sudi memberikan pelbagai komen berupa pandangan, teguran dan saranan sama ada yang bersifat pro dan kontra terhadap pelbagai isu yang diluahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO / BN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Saya percaya segala komen yang dilontarkan itu ikhlas kearah membina budaya fikir yang sihat dan ketajaman minda untuk dikongsi bersama.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini segala komen yang dilontarkan itu dilihat semakin tidak rasional dan disaluti dengan jiwa yang penuh gelisah, kotor dan tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, kami menapis setiap komen yang dihantar kepada blog ini kerana ingin menjaga kualiti dan tidak mahu komen yang sifatnya seperti 'sampah'.

Kami menapisnya kerana tidak mahu ada yang tergamak mengeluarkan perkatan kesat, maki hamun, fitnah dan adu-domba yang boleh menyesatkan pemikiran pembaca.

Tetapi apabila kami berbuat demkian, ada suara dan pandangan banyak pihak mendakwa kami takut untuk berdepan dengan realti.

Maka dengan penuh insaf dan bertanggungjawab, tapisan itu kami mansuhkan dan secara tidak langsung segala komen boleh dihantar secara terus dan terpapar menerusi blog ini.

Malangnya kebebasan itu kini disalahgunakan. Segala komen yang dihantar tidak menampakkan sikap bertanggungjawab, buah fikiran yang tidak rasional dan pandangan berupa maki hamun.

Justeru itu, kami amat berharap mereka yang ghairah untuk memberikan segala komen dan berkongsi pandangan itu, catakanlah nama sebenar, bukannya TANPA NAMA BERKATA, kerana perbuatan itu menampakkan bahawa mereka ini takut kepada kebodohann sendiri.

Mengapa takut nama kita diketahui orang, sedangkan nama itu adalah anugerah ibu bapa kita supaya kita dikenali sehingga mati.

Lazimnya, orang yang takut namanya diketahui umum adalah mereka yang bersalah atau mempunyai sikap buruk dan hati yang busuk bernanah terhadap sesama insan.

Mengapa perlu berselindung disebalik TANPA NAMA BERKATA jika kita benar-benar jujur, ikhlas dan masih ada sedikit perasaan malu pada diri sendiri.

Jadilah pengkritik yang waras fikiran dan tertib budi bicara agar menjadi contoh teladan kepada pembaca. Jangan sengaja menjadikan diri kita dilihat orang sebagai langsung tidak berguna.

Memang memaki hamun dan mencerca adalah sifat tercela, tetapi banyak yang berselindung di sebalik TANPA NAMA BERKATA seronok dan ghairah berbuat demikian, tanpa memikirkan implikasinya kepada pihak lain.

Kami tidak pernah gentar dan takut kepada kritikan, tetapi jika ianya semakin keterlaluan sehingga tidak lagi menampakkan ciri-ciri seorang manusia yang mempunyai akal kurniaan Allah S.W.T. maka jangan salahkan kami jika terpaksa menapis semula komen yang dihantar sebelum disiarkan.

Kami juga sentiasa berpegang pada pesanan Syed Ali supaya bersikap ikhlas dan berani kerana benar dan oleh sebab itu, setiap idea dan buah fikiran beliau kami sajikan menerusi laman blog ini untuk dikongsi bersama.

Luahan idea dan pemikiran Syed Ali kami terjemahkan secara telus demi kepentingan perjuangan orang Melayu dan umat Islam.

Akhir kata, sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada pengkritik dengan harapan jadilah seorang pengkritik yang berhemah dan bertanggungjawab, bukannya seorang pengecut yang bersembunyi disebalik TANPA NAMA BERKATA.

Perbuatan sebegitu seperti mengaku diri begitu hebat biarpun pada realitinya, buah fikiran manusia TANPA NAMA BERKATA hanyalah berupa tong kosong.

Salam sejahtera.

AMRAN MAMAT
Pengendali Blog

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Ramai Bantah Perhimpunan Haram 9 Julai

Posted: 29 Jun 2011 05:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rancangan pihak tertentu untuk terus mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai di ibu negara walaupun tanpa permit menimbulkan pelbagai reaksi umum yang bimbang terhadap implikasi buruk daripada perhimpunan itu. Lebih membimbangkan lagi jika ada pihak ketiga yang cuba … Continue reading

DunSemarang

DunSemarang


Ekspidisi Basikal Taman Manis

Posted: 28 Jun 2011 05:34 AM PDT


Aktiviti yang sempurna dan patut diteladani dari Persatuan Basikal Taman Manis. Selain dapat kesempurnaan kesihatan ianya juga mengeratkan lagi ikatan silaturarahim antara penduduk Taman Manis dan Dun Semarang. Mengikut sumber, terdapat lebih 150 peserta dalam acara ekspidisi dan oleh kerana sambutan yang menggalakan, acara seperti ini akan di adakan lagi pada masa hadapan. Ekspidisi ini turut disertai oleh YB Datuk Haji Samsolbari Jamali ADUN Semarang.Tahniah kepada AJK Penganjur di atas aktiviti tersebut.

Pengikut