Sabtu, 18 Jun 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


ANWAR ATAU GUAN ENG YANG MINTA MAT SABU BERTAUBAT ?

Posted: 17 Jun 2011 08:22 PM PDT

'Dosa' Mat Sabu terhadap Anwar terhapus?

KUALA LUMPUR 17 Jun – Demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan 9 Julai nanti didakwa sebagai sebahagian usaha terancang Mohamad Sabu untuk membersihkan 'dosanya' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ini kerana semua orang tahu bahawa Timbalan Presiden Pas itu pernah melabel Anwar dengan gelaran 'al-juburi' sekitar 1990-an, dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti homoseksual ketua pembangkang itu.

"Mat Sabu adalah orang pertama memanggil Anwar dengan gelaran 'al-juburi' dan pada ketika itu, ketua pembangkang tersebut belum didakwa atas kesalahan meliwat Azizan Abu Bakar.

"Kenapa secara tiba-tiba dia memanggil Anwar dengan gelaran 'al-juburi'? Saya yakin Mohamad Sabu cukup mengetahui sebabnya. Tapi, kini suasana berbeza, mereka jadi rakan akrab dan demi membersih 'dosa' tersebut, beliau menganjurkan perhimpunan Bersih.

"Ini kerana Mohamad Sabu malu untuk mohon maaf secara terbuka kerana dia orang nombor dua Pas. Jadi, Bersih ini diharap mampu jadi pemangkin untuk menawan semula kepercayaan Anwar," katanya di sini, hari inie

AKHIRNYA PAS MENGAKU JUGA....

Posted: 17 Jun 2011 08:20 PM PDT

Ahli Pas tidak puas hati

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU 17 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada ahli Pas tidak berpuas hati dengan tindakan parti itu menukar istilah 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan.'

Beliau berkata, ia berlaku mungkin kerana mereka tidak faham konsep baru yang dibawa oleh parti itu dan penerangan akan dibuat di seluruh negara.

"Dasar Islam tetap tidak berubah, kebajikan yang kita bawa kebajikan menuju syurga, bukan yang boleh bawa ke neraka. Komunis pun buat kebajikan tetapi tak sampai ke mana-mana.

"Yang UMNO buat negara kebajikan bukan negara berkebajikan, dia tak akan boleh buat berkebajikan kalau tidak melalui Islam. Selagi kebajikan itu tidak asas kepada Islam, dia tidak akan boleh buat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Pas negeri di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak akan menggugurkan nama Islam pada parti itu kerana ia sudah menjadi identiti Pas yang didakwa semakin mengukuhkan kedudukan orang Melayu di negara ini.

Terdahulu, dalam kuliahnya, beliau menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang mencabar parti itu supaya menggugurkan perkataan Islam pada namanya, hanya layak dipanggil dengan nama 'Ah Chong'.

Ini kerana dakwanya, Mohd. Puad telah menjadi alat atau 'terompah' kepada MCA yang bergembira dalam diam, kerana ada pemimpin Melayu beragama Islam sanggup membuat cabaran sedemikian rupa.

Katanya, Timbalan Menteri Pelajaran itu tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan Pas yang mengemukakan konsep 'Negara Berkebajikan' dalam Muktamar Tahunan parti itu 3 Jun lalu kerana pemimpin Pas lebih mengetahui strategi yang diguna pakai dalam parti.

"Mohd. Puad suruh buang Islam pada Pas, dia ini kalau bubuh nama 'Ah Chong' pun boleh. Parti MCA yang menghasut dari belakang, dia jadi terompah dan alat pada MCA, yang bijak dan duduk diam sahaja.

"Dia suruh buang perkataan Islam kerana katanya Pas sudah membuang negara Islam. Dia orang UMNO, kami orang Pas, kami lebih tahu perkara berkaitan Pas. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang buat pengumuman mengenai negara berkebajikan bukan orang sembarangan.

"Negara berkebajikan tidak sekali-kali menolak dasar Islam, ia hanya teknik pentadbiran. Oleh kerana apabila sebut Islam, orang jadi takut, usahkan kaum Cina, India, orang UMNO pun takut juga, maka kita tahun ini buat negara berkebajikan," katanya.

MENGAPA PERLU HIMPUNAN BERSIH 2 JIKA RAKYAT DAH SOKONG MEREKA ?

Posted: 17 Jun 2011 08:18 PM PDT

Pembangkang guna Bersih seperti huru-hara 1998

KUALA LUMPUR 17 Jun – Pembangkang didakwa mahu menggunakan platform demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), untuk mencetuskan huru-hara seperti tahun 1998, bagi memastikan proses perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhenti.

Bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini kerana jika perbicaraan peringkat pembelaan diteruskan juga pada Julai nanti, ketua pembangkang itu bakal berdepan masalah besar, kerana semua bukti alibi yang cuba diketengahkan tidak ubah seperti senjata makan tuan.

Menurut Zulkifli, pada 1998, dia antara individu yang menjadi dalang utama bagi mencetuskan keadaan huru-hara apabila bertindak membakar bangunan di Masjid India serta membaling bom api (molotov cocktail) di Sri Perdana selepas mendapat arahan daripada Anwar.

Malah, dakwa beliau, arahan turut diberi supaya mereka membaling bom api di Stadium Nasional Bukit Jalil (sempena Sukan Komanwel) kerana Ratu Elizabeth II hadir pada ketika itu, selain menyebarkan dakyah kononnya Anwar disuntik virus HIV jika ditangkap polis.

"Saya faham otak Anwar ini. Dia tidak mahu berdepan dengan pembelaan kerana jika bagi keterangan, Anwar tahu dia sangkut (kalah). Semua bukti alibi bagi menafikan dia berada di lokasi liwat telah hancur, rakaman CCTV (kamera litar tertutup) jelas dia di situ.

"DNA (asid deoksiribonukleik) yang bersumberkan air mani dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan juga disahkan pakar milik Anwar. Dia nak jawab macam mana? Dulu, dalam kes Azizan Abu Bakar bolehlah, tapi sekarang tidak. Anwar tahu rakyat lihat semua ini.

"Bukti alibi seterusnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Anwar tidak yakin dengan isterinya. Kita boleh bayang Wan Azizah dalam kandang saksi dan diasak bertalu-talu, pasti terbongkar. Dalam isu jam Omega, dia dah gelabah," katanya di sini, hari ini.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata, apabila tiba peringkat pembelaan, pembohongan sukar dipertahankan dan jalan terbaik bagi Anwar, mengambil risiko dengan memperalatkan Bersih sehingga mencetus huru-hara.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya dijadikan kambing hitam untuk 'menghalalkan' demonstrasi Bersih kerana sebenarnya, ketua pembangkang itu tidak peduli pun soal sistem pilihan raya, tetapi apa yang penting adalah halang perbicaraan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang berhasrat ingin berdemonstrasi agar mendapatkan gambaran sebenar daripada mereka pernah bermati-matian mempertahankan Anwar pada 1998, jika ingin mengenali siapa ketua pembangkang tersebut.e

Pengikut