Pengikut

Nuffnang

Selasa, 14 Jun 2011

Razlan's

0 ulasan
sumber :-

Razlan's


Saranan wujud unit Perang Siber

Posted: 14 Jun 2011 03:51 PM PDT

KATEGORI DARI BAHAGIAN

Saranan Wujud Unit Perang Siber Lebih Sistematik Diberi Perhatian Segera


KUALA LUMPUR, 14 Jun- Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh melihat saranan dan pandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar UMNO perlu mewujudkan Unit Perang Siber yang lebih sistematik perlu diambil tindakan dengan kadar segera.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata ini adalah kerana antara sebab kekalahan kita pada pilihanraya umum lalu adalah disebabkan oleh pengurusan isu yang tidak teratur oleh UMNO.

"Sebelum ini, Jentera Media UMNO hanya bertumpu kepada media arus perdana untuk menjawab isu yang dimainkan oleh Pembangkang. Justeru itu, sudah masanya kita seharusnya mempunyai jentera yang lebih bersistematik untuk menjawab apa jua isu yang dimainkan oleh pihak-pihak pembangkang.

"Kita tahu pembangkang menggunakan secara meluas media alternatif untuk memainkan propaganda dan pembohongan yang jelas yang tidak berperikemanusian, rakyat berhak mendapat jawapan dan input-input yang benar agar  isu yang dimainkan dapat di kawal secara teratur yang akhirnya akan memberi kebaikan kepada rakyat," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mempunyai bajet yang besar di dalam mengurus takbir isu dan pembohongan demi untuk memenangi propaganda yang mereka cipta setiap hari.

"Walaupun UMNO mempunyai Unit Media Baru  yang ditugaskan di setiap pilihan raya kecil telah berjaya memainkan peranan di dalam menangani isu-isu semasa pilihanraya kecil namun unit ini perlu diperkasakan lagi secara sistematik.

"Alhamdulillah, dengan penghak upayaan yang diberikan, gerak kerja perang siber dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan tersusun. Jika UMB diberi penghak upayaan yang sama untuk PRU13, InsyaAllah, UMB akan menunaikan tanggung jawab dengan kepercayaan tersebut sebaik mungkin," ujarnya kepada UMNO-Online.

Katanya, semasa di Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, unit ini telah berjaya menggunakan seluruh jentera yang telah di latih untuk bertugas dan ianya terbukti telah membantu BN untuk menang di Sarawak. -MediaUMNO

 

 

 

Berita Bertarikh 14 June 2011 Pada 4:36 PM



Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

ahmadmaslan.blogspot.com

0 ulasan
sumber :-

ahmadmaslan.blogspot.com


Perhimpunan Bersih Penuh Agenda Kotor Pembangkang – Ahmad

Posted: 14 Jun 2011 09:06 PM PDT

Golongan terjejas dinasihat saman Bersih

Posted: 14 Jun 2011 07:29 PM PDT

Huru hara: UMNO, Pekida bantah perhimpunan Bersih

Posted: 14 Jun 2011 06:08 PM PDT

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

0 ulasan
sumber :-

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


MESYUARAT PERWAKILAN PPU 2011.

Posted: 14 Jun 2011 05:14 AM PDT



Alhamdulilah,Mesyuarat Perwakilan Ppu Rompin dan juga Pentas Pemuda telah selamat diadakan pada 11 Jun 2011 bertempat di Dewan Orang Ramai Muadzam Shah.Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YH Dato'Hasan Arifin,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin,selain televideo conference bersama TYT DSJJ secara terus dari USA.Persidangan berjalan lancar dan juga dengan disertai oleh beberapa acara sampingan yang lain sebagai merakyatkan UMNO dikhalayak masyarakat.Antara aktiviti sampingan itu adalah pertandingan Autoshow,Pameran oleh Santai Cycling Team,Sepaktakraw dan juga petanque.Banyak cadangan,luahan dan pandangan bernas telah diutarakan dan ianya akan diambil perhatian serius oleh PPU Rompin.Pentas Pemuda yang merupakan pidato penutup yelah disampaikan oleh Sdr Lokman Noor,EXCO PPUM yang juga merupakan bekas tahanan ISA.Bagi pihak PPU Rompin ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terimakasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama jitu dalam memastikan mesyuarat perwakilan pada kali ini dapat dijalankan dengan lancar.Jasamu dikenang...

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PLEASE DO REPLY FOR MORE DETAIL.

Posted: 14 Jun 2011 09:07 AM PDT



GOOD DAY MY GOOD FRIEND


LET ME START BY INTRODUCING MYSEIF,

I AM MR RIFAAT MUHAMMAD,

AN ACCOUNTS OFFICER WITH AN AFRICA BANK IN BURKINA-FASO OF WEST AFRICA .


I AM WRITING YOU THIS LETTER BASED ON THE LATEST DEVELOPMENT AT MY BANK WHICH I

WILL LIKE TOBRING TO YOUR PERSONAL EDIFICATON.($9MILLION TRANSFER CLAIMS).



THIS IS ALEGITIMATE TRANSCTION AND YOU WILL BE PAID 40% FOR YOUR

ASSIST ANCE".IF YOU ARE INTERESTED,PLEASE WRITE BACK FOR MORE EXPLANATION.


YOU CAN ALSO CONTACT ME WITH MY PHONE +226 75 44 72 35

Now my questions are:-


1 Can you handle this project? .……………..

2.Can I give you this trust? …………………...


KIN REGARDS

MR RIFAAT MUHAMMAD.

Confidential Letter.

Posted: 14 Jun 2011 06:25 AM PDT

I am requesting for your partnership in re-profiling funds I will give the
details, but in summary, the funds are coming via Bank Of Taipei
Taiwan.Contact
me for further details (wen.lee88@hotmail.com) Wen Lee.

PILIH DEMO JALANAN DARI DEBAT DI PARLIMEN

Posted: 14 Jun 2011 05:55 AM PDT


1. Perhimpunan Bersih tindakan terdesak pakatan pembangkang menjelang PRU-13
Perhimpunan Bersih tindakan terdesak pakatan pembangkang menjelang PRU-13. KUALA LUMPUR 6 Jun - Perhimpunan gerakan Bersih kedua yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini adalah tindakan terdesak pakatan pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan.
utusan_malaysia/Politik - 07/06/2011

2. Lagi laporan polis bantah Perhimpunan Bersih
Lagi laporan polis bantah Perhimpunan Bersih 10/06/2011 6:18pm. BUKIT MERTAJAM 10 Jun — Dua buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini hari ini membuat laporan polis bagi mendesak supaya pihak berkuasa melarang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Ju
utusan_malaysia/Terkini - 10/06/2011

3. BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
UMNO,BN. BISIK-BISIK AWANG SELAMAT. PERHIMPUNAN Bersih yang dicadangkan pembangkang pada 9 Julai ini merupakan satu lagi gimik mereka untuk meraih perhatian awam.Dulu pun mereka pernah membuat berbagai-bagai tunjuk perasaan. Ia lebih menyusahkan rakyat daripada membawa hasil.Kuala Lumpur ini bukanlah
utusan_malaysia/Rencana - 10/06/2011

5. Pemuda UMNO, NGO buat aduan polis
UMNO. Pemuda UMNO, NGO buat aduan polis. TENGKU Azman Tengku Zainol Abidin (tengah) bersama wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) memegang laporan polis masing-masing selepas membuat laporan polis bagi membantah Perhimpunan Bersih anjuran Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semKUALA LUMPUR 9 Jun - Perg
utusan_malaysia/Politik - 10/06/2011

8. Demo Bersih: 'Gajah sama gajah berentap, kancil makin menjadi gemuk'
Pilihan raya,BN. Demo Bersih: 'Gajah sama gajah berentap, kancil makin menjadi gemuk'. NAL INAT Selangor. SELESAI muktamar Pas, Mat Sabu mengajak kumpulan-kumpulan tertentu mengadakan demonstrasi jalanan yang dikenali sebagai 'Bersih'Saya percaya, ini semua kerana dendam Pas akibat kekalahan dalam beberapa P
utusan_malaysia/Forum - 10/06/2011

9. Perhimpunan Bersih: Pemuda UMNO, NGO buat laporan polis
UMNO. Perhimpunan Bersih: Pemuda UMNO, NGO buat laporan polis 09/06/2011 8:51pm. KUALA LUMPUR 9 Jun — Pemuda UMNO hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini berhubung Perhimpunan Bersih yang dicadangkan diadakan pada 19 Julai nanti.Turut membuat laporan serupa ialah persatuan-persa
utusan_malaysia/Terkini - 09/06/2011

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


Bersih guna kekerasan untuk jatuhkan kepimpinan Najib – Syed Ali

Posted: 13 Jun 2011 09:23 PM PDT

TINDAKAN Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) didalangi parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur 9 Julai ini bertujuan mencetuskan kekacauan dalam usaha mereka menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara kekerasan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, parti pembangkang sedar mereka tidak mampu menguasai negara ini menerusi sistem pilihan raya umum yang menjadi sebahagian daripada amalan demokrasi di negara ini.

"Mereka (pembangkang) tidak mampu untuk menarik sokongan rakyat, jadi jalan pintas mereka ialah dengan mengadakan demontrasi haram bagi mencetuskan suasana huru-hara dalam negara," tegasnya.

"Mereka mencabuli sistem demokrasi dan mencari alternatif secara kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Najib," tegasnya.

Beliau memberitahu, parti pembangkang tidak menghormati semangat demokrasi dan cuba memperalatkan sentimen rakyat untuk agenda politik mereka.

Katanya, sejak sistem pilihan raya diadakan pada tahun 1956 semua pihak khususnya rakyat di negara ini menerima amalan tersebut dan diguna pakai sehingga sekarang.

"Rakyat diberikan kebebasan memilih kerajaan dan terbukti bilamana beberapa negeri sebelum telah dikuasai pembangkang dan BN khususnya UMNO menghormatinya sebagai amalan demokrasi yang subur," katanya.

Demontrasi haram 'baju kuning' 2007 dalangi Anwar perlu dijadikan iktibar

Bagaimanapun tegas beliau, sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan kabinet ekoran isu penyalahgunaan kuasa dan skandal liwat, mereka mula mempertikaikan ketelusan dan kebersihan amalan pilihan raya di negara ini.

"Ini menunjukkan golongan tersebut tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat berkuasa untuk menentukan sesebuah kerajaan dan mereka (rakyat) memberi sepenuh kepercayaan kepada BN untuk memerintah," etgasnya.

Perbuatan tersebut itu juga kata Syed Ali, akan mencetuskan ketegangan antara kaum dan akhirnya meruntuhkan tembok perpaduan yang dibina sejak sekian lama.

"Akibatnya, rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa kezaliman politik yang diamalkan pembangkang dan Bersih pula dijadikan perkakas untuk merosakkan keharmonian kaum," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan tersebut termasuk tidak mengeluarkan sebarang permit untuk berhimpun.

Syed Ali mendakwa, persitiwa perhimpunan haram 'Baju Kuning' anjuran Bersih di sekitar ibu negara pada tahun 2007 sudah cukup menjadi iktibar kepada pihak berkuasa untuk menanganinya.

"Perhimpunan haram 2007 yang didalangi oleh Anwar sudah jelas satu perhimpunan tidak bertamadun untuk menjatuhkan kerajaan BN secara kekerasan," ujarnya lagi.

Beliau bimbang jika Bersih meneruskan niat jahat mereka untuk mengadakan perhimpunan akan membangkitkan pula kecenderungan pertubuhan bukan kerajaan (Ngo) yang lain untuk menghalang gerakan mereka.

"Apabila dua pertubuhan ini bertembung, kita khuatir akan berlaku pergaduhan yang akhirnya akan mencetuskan pertelingkahan antara kaum yang boleh mengancam ketenteraman awam," tegasnya.

Bagaimanapun kata beliau, kejadian itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh parti-parti pembangkang untuk mendakwa bahawa kerajaan BN bertindak zalim dan tidak menghormati keadilan sejagat.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

0 ulasan
sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SATU RENUNGAN - HALA TUJU POLITIK MASYARAKAT CINA

Posted: 14 Jun 2011 02:41 AM PDT


Pilihan Raya Umum ke-12 yang telah diadakan pada 8 Mac 2008, telah menyaksikan satu perubahan ketara dalam senario politik negara. Pertama, ia menampakkan perubahan dalam pola pengundian rakyat Malaysia yang secara jelas menolak politik perkauman. Kedua, Barisan Nasional yang memerintah sejak 51 tahun yang lalu tidak dapat mengekalkan majoriti 2/3 dalam parlimen. Ketiga, buat kali pertama dalam sejarah , lima buah negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan dikuasai oleh parti pembangkang.

Pakatan pembangkang yang ditunjangi tiga buah parti utama iaitu Parti Keadlilan, DAP dan PAS mencapai kejayaan yang besar dan seterusnya berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional. Parti Pakat
an Rakyat ( PKR ) memenangi 31 kerusi parlimen dan 40 kerusi negeri . Ia diikuti Parti Tindakan Demokratik (DAP ) yang menawan 28 kerusi parlimen dan 73 kerusi negeri. Parti Islam Semalaysia ( PAS ) turut cemerlang dengan memperolehi 23 kerusi parlimen dan 83 kerusi negeri.

Ketiga-tig
a gabungan parti ini berjaya menawan empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, dan Selangor di samping mengekalkan kuasa di Kelantan. Selain itu, parti pembangkang turut menguasai Wilayah Persekutuan apabila menewaskan calon Barisan Nasional di 10 daripada 13 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Pada masa yang sama, kubu- kubu kuat Barisan Nasional khususnya di Johor dan Pahang turut ditembusi pembangkang dan situasi yang mencemaskan berlaku di Negeri Sembilan apabila Barisan Nasional hanya mampu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti tipis apabila hanya memenangi 21 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan apabila pembangkang menguasai 15 kerusi yang lain.


Kemenangan ahli-ahli anggota pembangkang bukan Melayu dalam Parti Keadilan dan DAP jelas mengubah senario politik negara. Di mana ia memperlihatkan kebangkitan kuasa politik orang Cina dan ia jelas di dua buah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang dan Selangor. Calon Cina dalam parti DAP berjaya memenangi 15 kerusi DUN di Pulau Pinang manakala 11 kerusi negeri di Selangor. DAP menguasai jawatan Ketua Menteri di Pulau Pinang di samping menempatkan enam exco yang berbangsa Cina. Ia turut dilihat menguasai pentadbiran di Selangor apabila ia berjaya menguasai jawatan Speaker di Selangor menerusi ADUN Sg. Pinang Teng Chang Kim manakala Teressa Kok pula menjawat Exco kanan negeri.

Kehadiran begitu ramai wakil rakyat mahupun ahli parlimen bukan Melayu khususnya dari DAP dan PKR jelas mengundang kontroversi serta kegelisahan di kalangan pemimpin UMNO mahupun ahli akademik Melayu. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin menyifatkan fenomena tersebut sebagai kemunculan kuasa politik kaum Cina dan India dan beranggapan kedudukan serta hak serta keistimewaan orang Melayu sedang tercabar ( Mingguan Malaysia. 13 April 2008). Isu yang sama turut diulas Dr. Zainal Kling yang mendakwa orang Melayu kini hanya berfungsi sebagai pelengkap di beberapa buah negeri yang telah dikuasai oleh orang Cina. Walaupun Menteri Besarnya orang Melayu tetapi mereka tiada kuasa kerana barisan Exconya terdiri daripada bangsa lain ( Mingguan Malaysia. 4 Mei 2008 ). Walaupun pada dasarnya orang Cina menerima Perlembagaan Persekutuan 1957 sebagai penanda kepada kesepakatan kaum di negara kita tetapi aspirasi mereka untuk menikmati hak politik, ekonomi serta sosial yang saksama sentiasa terpendam dalam sanubari mereka. Ia dicetuskan melalui beberapa tuntutan masyarakat Cina terhadap kerajaan.

Perjuangan dan tuntutan masyarakat Cina dalam negara bangsa berkisarkan kepada beberapa persoalan yang penting iaitu persamaan hak di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, kebudayaan masyarakat yang berbilang kaum, kedudukan serta peranan bahasa Cina sebagai bahasa ibunda serta perkembangan sekolah-sekolah Cina. Kesemua tuntutan tersebut disuarakan melalui memorandum oleh parti-parti politik berlandaskan orang Cina serta dewan- dewan perniagaan Cina. Antara memorandum utama yang telah dikemukan termasuklah Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1983) yang disuarakan oleh Pertubuhan Cina Malaysia. Perisytiharan Bersama ( 1985 ) telah dibentangkan oleh wakil masyarakat Cina dalam usaha untuk meraih undi orang Cina dalam pilihan raya 1986 dan tuntutan Suqiu ( 1999 ).
Dasar kerajaan yang bertujuan untuk membentuk negara bangsa telah mendapat pandangan serta reaksi yang berbeza-beza daripada parti-parti berkenaan. DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian-Malaysia' menekankan aspek persamaan hak politik, ekonomi serta sosial tanpa mengira kaum. Ia melihat Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dan sebarang layanan istimewa kepada mana-mana kaum yang memonopoli kepentingan ekonomi serta politik sebagai satu penindasan kepada kaum yang lain. MCA pula mempunyai pandangan yang agak terbuka terhadap konsep negara bangsa. Ia melihat kewujudan masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia sebagai satu kekuatan bangsa. Oleh itu, ia akan memperjuangkan keadilan, kesaksamaan serta kemajuan bagi semua kaum di negara kita. Konsep negara bangsa bagi parti Gerakan pula memperlihatkan wujudnya unsur-unsur akomodasi. Di mana ia berpendapat proses pembentukan negara bangsa perlu berlaku secara sukarela tanpa wujudnya sebarang unsur paksaan mahupun cubaan untuk asimilasikan budaya golongan minoriti.

Maka dengan itu, Golongan Melayu Muda hari ini adalah penentu kepada halatuju Politik Masyarakat Melayu. Sebagai renungan dan pedoman demi memperjuangkan nasib Agama Bangsa dan Tanahair untuk generasi akan datang.

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"

Sayap Parti

Bahagian