Jumaat, 27 Mei 2011

BUDAK CAWANGAN DI KUBANG PASU

BUDAK CAWANGAN DI KUBANG PASU


Salam Perjuangan

Posted: 27 May 2011 10:23 AM PDT

Besok bakal berlangsung persidangan serentak yg melibatkan pegerakkan Pemuda,Puteri dan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu..

Harap dengan berlangsungnya persidangan tersebut bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan UMNO di Kubang Pasu dalam usaha mempertahankan 3 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya yang lalu dan bakal menjadi tunjang kekuatan dalam usaha mengembalikan KEDAH ketangan BARISAN NASIONAL

Persidangan besok akan dijalankan di IPDA,Bandar DarulAman..

Selamat bersidang buat semua pewakilan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu...

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali kecam Guan Eng cuba hasut rakyat

Posted: 27 May 2011 12:00 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyelar tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menuduh usaha kerajaan BN mengekalkan harga RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) kerana takut kepada pakatan Rakyat (PR).

Katanya, tuduhan tersebut langsung tidak berasas sama sekali kerana kerajaan BN lebih mengutamakan kepentingan rakyat daripada agenda politik.


"Lim Guan Eng melemparkan tuduhan tersebut kerana takut kepada bayang-bayang dan bimbang geraf sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat," tegasnya.

Beliau berkata, tindakan Lim Guan Eng yang menyeru rakyat supaya tidak mempercayai dengan pengekalan harga tersebut yang disifatkannya sebagai sementara juga dilihat sebagai satu kenyataan berbau hasutan.

"Secara halus kenyatan Lim Guan Eng itu berbau hasutan, berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat," tegasnya.

Syed Ali menegaskan, perbuatan menghasut rakyat supaya mendorong kepada kebencian adalah perbuatan serius dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau turut mengecam Lim Guan Eng yang sewenang-wenangnya menuduh Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin sengaja memainkan sentimen perkauman.


Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan turut menyangkal dakwaan Lim Guan Eng bahawa harga bahan tersebut ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dalam portal berita Roktkini.Com semalam, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporakan sebagai berkata tindakan kerajaan tidak menaikkan harga bahan tersebut juga disebabkan BN takut dengan kekuatan Pakatan Rakyat (PR).


Guan Eng juga dilaporkan berkata PR berkemampuan untuk menggerakkan rakyat dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dan rakyat perlu berwaspada kerana harga dikekalkan pada masa itu sehaja; sekiranya BN menang lagi dalam PRU, kemungkinan harga barang dan perkhidmatan dinaikkan tidak dapat dielakkan.

Menurut Syed Ali lagi, kerajaan lebih mengutamakan kebajikan rakyat jika harga bahan tersebut dinaikkan walaupun dalam masa yang sama terpaksa menanggung beban subsidi yang begitu meningkat.

"Inilah bezanya cara DAP terutama PR memerintah, BN lebih utamakan kepentingan rakyat manakala DAP pula menindas dan mencabuli hak rakyat sesukahati mereka sepertimana berlaku di Pulau Pinang," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Lim Guan Eng terlebih dahulu memperbetulkan pentadbirannya di Pulau Pinang yang telah banyak menyusahkan rakyat terutama orang Melayu.

Beliau berkata, tidak ada sebab untuk BN takut kepada PR kerana gabungan pembangkang sekarang ini seperti telor dihujung tanduk berikutan pemimpin utama mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang bergelumang dengan kes liwat dan juga dikaitkan dengan isu video seks.

"Semua orang tahu PR semakin hancur kerana PAS difahamkan sudah tidak sanggup lagi bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral dan mangamalkan politik rasis," jelasnya.

Pengikut