Isnin, 23 Mei 2011

Pemuda Johor Bahru

Pemuda Johor Bahru


PERTANDINGAN BOWLING ANTARA PEMUDA CAWANGAN BAHAGIAN JOHOR BAHRU

Posted: 23 May 2011 05:29 PM PDT

Pertandingan Bowling anjuran Pemuda UMNO Cawangan Bandar Baru UDA ini akan berlangsung pada 04hb. JUN 2011 di Pusat Bowling Leisure Mall dan pihak penganjur menghadkan tiga puluh dua (32) pasukan sahaja pada pertandingan tersebut. Setiap pasukan yang bertanding akan menerima GOODIES BAG setiap seorang.

Yuran pendaftaran bagi pertandingan tersebut dikenakan sebanyak RM100.00 bagi setiap pasukan dan tarikh terakhir yuran pendataran adalah pada 03hb. JUN, 2011.

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi pada nombor telefon yang tertera di bawah ini : -

1)  Encik Razalee Bin Md Munasir [013-7642082]

2)   Encik Ibrahim Bin Rashid (Atan) [017-7624610]

Penyertaan awal adalah digalakan.

Download > borang

Share/Save/Bookmark

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Orang Melayu sanggup jadi calon DAP adalah pengkhianat bangsa - Syed Ali

Posted: 23 May 2011 05:18 AM PDT

ORANG Melayu yang sanggup menjadi calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang mewakili DAP adalah pengkhianat kepada bangsa, agama dan tanahair, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Ini katanya, DAP merupakan sebuah parti yang memperjuangkan politik rasis dan bercita-cita untuk melenyapkan ketuanan Melayu di negara ini.


"Mana-mana orang Melayu yang sanggup jadi calon atas tiket DAP adalah mereka yang sanggup menggadaikan harga diri dan masa depan umat Melayu kerana kepentingan peribadi," ujarnya.


Beliau turut menyifatkan orang Melayu yang sanggup menjadi abdi politik kepada DAP sahaja yang tergamak berbuat demikian.


Syed Ali mengingatkan, strategi DAP itu juga bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam.


Menurut beliau lagi, tiada asas yang kukuh bagi mereka untuk mendakwa bahawa DAP berkonsepkan sebuah parti pelbagai kaum kerana rekod perjuangan parti itu jelas bertujuan melenyapkan penguasaan orang Melayu dalam politik.


"Sejak awal kelahirannya, DAP sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan ketuanan Melayu termasuk institusi Raja-Raja Melayu dan agama Islam," tegasnya.


Malah tegas beliau, DAP selama ini memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja walaupun pada dasarnya negara ini mempunyai pelbagai kaum dan etnik.


Oleh sebab itu katanya, beberapa pemimpin DAP sebelum ini secara terbuka mencabar kedudukan Raja-Raja Melayu dan kandungan Perlembagaan Persekutuan.


"Oleh sebab itu, jika ada mana-mana orang Melayu yang sanggup jadi pak turut DAP dengan menjadi calon parti itu pada PRU akan datang, turut bertanggungjawab menghancurkan masa depan generasi Melayu dan kesucian agama Islam," tegasnya lagi.


Sehubungan itu, Syed Ali bersependapat dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menegaskan DAP tidak akan memperjuangkan kepentingan Melayu walaupun ada orang Melasyu yang diletakkan bertanding atas tiket DAP.


"Apa yang diluahkan oleh Mohd. Ali adalah realiti yang berlaku hari ini kerana DAP merupakan parti perkauman untuk kepentingan satu kaum sahaja," ujarnya.


Tambah Syed Ali lagi, Pakatan Rakyat (PR) yang didalangi oleh DAP jelas gagal menunaikan tanggungjawab mereka untuk membantu meningkatkan kesejahteraan hidup orang Melayu terutama di Selangor.


Katanya, kedudukan orang Melayu di Selangor semakin terabai apabila DAP menerusi PR menguasai negeri itu selepas PRU ke-12 yang lalu.


Beliau mendakwa, walaupun PKR dan PAS turut berkongsi kuasa di Selangor, tetapi hakikatnya DAP yang lebih berkuasa mencorakkan sistem pentadbirannya.


" Bersama PR pun DAP yang lebih berkuasa, inikan pula orang Melayu yang hanya menjadi patung DAP ingin bersuara membela nasib dan masa depan bangsanya," jelas beliau.


Beliau bimbang, strategi DAP ini jika tidak diperangi habis-habisan dikhuatiri akan memberi impak bersar kepada senario politik negara di masa akan datang.


"Saya khuatir, inilah perancangan halus DAP untuk menjadikan Melayu terutama umat Islam merempat di tanahairnya sendiri," tegasnya.

Video seks ; Anwar perlu contohi pemimpin pembangkang Turki – Syed Ali

Posted: 22 May 2011 08:45 PM PDT

DATUK Seri Anwar Ibrahim perlu mencontohi 10 pemimpin pembangkang Turki yang meletakkan jawatan ekoran skandal video seks dan peras ugut, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Menurut beliau, pemimpin kanan parti pembangkang Turki, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) sanggup meletakkan jawatan kerana mereka mengambil tanggungjawab di atas apa yang mereka lakukan.

Justeru itu tegasnya, Anwar yang juga Penasihat Umum PKR harus meletakkan jawatan secara terhormat berikutan isu moral yang dihadapinya, iaitu kes pertuduhan meliwat dan dikaitkan dengan video seks membabitkan pelacur asing.

"Jika Anwar mempunyai moral yang tinggi, beliau sudah lama meletakkan jawatan termasuk sebagai ketua pembangkang di Parlimen kerana maruahnya sudah begitu teruk dan memalukan seluruh pemimpin parti pembangkang di negara ini," tegasnya.

Beliau berkata, soal Anwar bersalah atau tidak bukan isu besar tetapi dari segi moralnya beliau sepatutnya sudah lama meletakkan jawatan kerana kredibiliti beliau sebagai pemimpin politik sudah tercalar.

Katanya lagi, keengganan Anwar meletakkan jawatan walaupun didesak oleh pelbagai pihak menunjukkan beliau mempunyai agenda peribadi dan terlalu gilakan jawatan terutama untuk menjadi Perdana Menteri.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan 10 pemimpin utama pembangkang, termasuk Timbalan Pengerusi MHP, Osman Cakir meletakkan jawatan ekoran pendedahan video peras ugut dan seks.

Mereka juga menarik diri daripada dicalonkan bertanding sebagai calon parlimen pada pilihan raya umum Turki pada 12 Jun ini.

Menurut Syed Ali lagi, walaupun perbuatan pemimpin pembangkang Turki menyalahi undang-undang, tetapi keberanian mereka meletakkan jawatan harus diberikan pujian.

"Mereka lakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan sanggup meletakkan jawatan malah enggan dicalonkan sebagai ahli parlimen, jadi Anwar juga sepatutnya belajar daripada mereka," jelasnya.

Sebaliknya kata Syed Ali, Anwar mengeksploitasikan kes liwat dan video seks bagi tujuan meraih sokongan politik dengan menyalahkan pemimpin UMNO.

"Inilah manusia yang langsung tidak ada prasaan malu. Anwar tuduh kononnya pemimpin UMNO lakukan kospirasi, sebenarnya beliau semakin terdesak," tegasnya.

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Inflasi: Kerajaan Buat Rakyat Pening Lalat

Posted: 23 May 2011 01:50 AM PDT

Pengikut