Jumaat, 13 Mei 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


AHMAD MASLAN BERAZAM BAWA MASUK PAS KE DALAM BN

Posted: 12 May 2011 07:40 AM PDT

KUALA LUMPUR DAN JAKARTA DIHARAP SELESAI MASALAH SEMPADAN PERAIRAN

Posted: 12 May 2011 07:39 AM PDT

Posted: 12 May 2011 07:29 AM PDT

12 MEI 2011

Posted: 12 May 2011 07:23 AM PDT

11 MEI 2011

Posted: 12 May 2011 06:51 AM PDT

Jadikan penyatuan Melayu hasrat utama UMNO

Posted: 12 May 2011 06:47 AM PDT

SELAMAT HARI LAHIR UMNO ke 65

Posted: 12 May 2011 06:46 AM PDT

Anwar perlu sumpah nafi dakwaan

Posted: 12 May 2011 06:45 AM PDT

Tiada konspirasi UMNO, BN dan Najib dalam kes Anwar

Posted: 12 May 2011 06:44 AM PDT

'Terima kasih Perdana Menteri'

Posted: 12 May 2011 06:42 AM PDT

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali desak KDN tahan Anwar dibawah ISA

Posted: 13 Apr 2011 08:00 PM PDT

PENASIHAT Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kegiatan politik menghasutnya boleh menjejaskan kestabilan negara.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tindakan Anwar dan beberapa orang rakan rapatnya mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes kematian wanita Monggolia jelas merupakan fitnah berniat jahat.

"Beliau melancarkan hasutan secara terancang kononnya Perdana Menteri dan isteri terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaarribbu supaya timbul kebencian rakyat kepada kerajaan," tegasnya.

Tindakan Anwar itu kata Syed Ali bertujuan memperokperandakan kestabilan negara dan meruntuhkan semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum bagi mencapai cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

"Melihat kepada aktiviti politkya yang sangat berbahaya kepada negara, kerajaan didesak supaya Anwar dikenakan tindakan ISA ," tegasnya.

Sementara itu katanya paspot antarabangsa Anwar perlu dirampas segera bagi menghalang beliau meloloskan diri ke luar negeri.

Beliau menjelaskan, kerajaan perlu tegas dalam menangani isu Anwar kerana aktivitinya selama ini banyak menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat.

Katanya, Anwar yang terlalu kempunan untuk menjadi Perdana Menteri sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita Mat Jeninnya itu.

"Di peringkat antarabangsa, Anwar berkongsi dengan rakan Yahudinya untuk memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Ini perbuatan khianat yang tidak boleh dipandang ringan," tegasnya lagi.

Menurutnya lagi, kadangkala rakyat kecewa dan tertanya-tanya kenapa kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat begitu takut untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

"Diperingkat UMNO, kita juga terpaksa memberi pelbagai jawapan kepada ahli-ahli parti di akar umbi bertanyakan soalan yang sama, walaupun kita tahu mereka juga tidak berpuashati dengan penjelasan tersebut," ujarnya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengulas pendedahan terbaru pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak sekian lama, malam tadi muncul dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Najib Tun Razak dan Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Sebaliknya Raja Petra menegaskan, beliau berbuat demikian kerana didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Najib menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra turut memberitahu Akuan Bersumpah (SD) yang beliau buat pada 18 Jun 2008 hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu.

Raja Petra berkata, individu-individu itu mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut pengakuan Raja Petra itu, Syed Ali berkata akhirnya kebenaran telah terbukti dakwaan pembangkang termasuk Anwar bahawa Perdana Menteri ada kaitan dengan kes pembunuhan tersebut sebagai satu pembohongan besar.

"Selama ini pembangkang sengaja merekakan cerita fitnah, melemparkan tuduhan tidak berasas dan sengaja berbohong untuk memburukkan Najib supaya reputasi dan maruah beliau sebagai Perdana Menteri akan terjejas," katanya.

"Sekarang siapa sebenarnya kaki pembohong ?, Anwar atau pun Najib, sedangkan Perdana Menteri sebelum ini sudah berulang kali bersumpah di masjid bahawa beliau tiada kaitan dan tidak mengenali Altantuya.

Syed Ali yakin, banyak lagi siri fitnah dan pembohongan membabitkan Anwar akan didedahkan oleh bekas-bekas rakan karibnya yang mula sedar selama ini mereka hanya diperalatkan untuk kepentingan politi.

Raja Petra, 60, menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah Rosmah.

Pengikut