Ahli Parlimen Kota Belud |
You are subscribed to email updates from Ahli Parlimen Kota Belud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Ahli Parlimen Kota Belud |
You are subscribed to email updates from Ahli Parlimen Kota Belud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
umno bahagian cheras |
Syed Ali minta polis dedahkan segera identiti sebenar pemimpin pembangkang beraksi lucah Posted: 01 Apr 2011 07:34 PM PDT POLIS perlu dedahkan segera siapakah lelaki yang dikatakan pemimpin pembangkang beraksi lucah dalam video seks membabitkan pelacur asing bagi menghentikan pelbagai tududan dan andaian mengelirukan. Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee penjelasan itu amat diperlukan kerana sebelum ini timbul pelbagai tanggapan termasuk mengaitkan pemimpin UMNO sebagai perancang dalam pembikinan video berkenaan. "Sejak isu video seks itu terbongkar, pembangkang mula menabur fitnah jahat kononnya kospirasi UMNO termasuk didalangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad," tegasnya. Tuduhan liar itu kata Syed Ali, amat tidak bertanggungjawab dan sengaja dilakukan pembangkang untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. "Semalam Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar kata lelaki yang beraksi lucah itu adalah tulen, maka saya desak polis mendedahkan siapakah identiti berkenaan," tegasnya. Ismail semalam telah menjelaskan kepada media bahawa rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen, hasil laporan pakar. KPN difahamkan telah menyerahkan keputusan laporan siasatan berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pita rakaman vidio seks itu telah dipertontonkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Beri peluang pemimpin politik dan isteri malang itu saksikan tayangan aksi lucah Berikutan perkembangan tersebut juga, PAS difahamkan akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat ini bagi membincangkan isu tersebut. Sementara ramai pemimpin PAS terutama di Kelantan dan Terengganu serta Kedah dikatakan mula mengambil sikap berdiam diri dan enggan lagi 'menyebut' nama individu pembangkang yang dikatakan terbabit dalam aksi lucah dengan pelacur asing dalam ceramah politik mereka. Sehubungan itu, Syed Ali berharap penjelasan KPN akan mematikan segala bentuk fitnah dan persespsi negatif yang tersebar sebelum ini berhubung isu video seks berkenaan. Malah katanya, pembangkang mula menjadikan isu video seks tersebut sebagai modal ceramah politik jalanan mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin UMNO. "Saya amat berharap Jabatan Peguam Negara akan melakukan siasatan secepat mungkin berhubung isu tersebut kerana ia merupakan kes berprofil tinggi yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang," ujarnya. Beliau juga turut mencadangkan kesemua pemimpin utama parti-parti politik di negara ini termasuk isteri lelaki yang didakwa beraksi lucah itu diberikan peluang menyaksikan tayangan video berkenaan. Beliau berpendapat, isteri pemimpin pembangkang berkenaan harus bertanggungjhawab melihat pita rakaman video berkenaan bagi membolehkan beliau memberi penjelasan kepada pengikutnya secara jujur. "Jika tak tengok kebenarannya, sampai bila isteri malang itu akan menjadi patung bernyawa dan bermain politik hanya untuk menjaga kepentingan peribadi suami daripada memperjuangkan keadilan untuk rakyat," soal Syed Ali lagi. PAS akan bersendirian kerana kecewa betapa jijiknya moral regu mereka dalam PR "Kita perlu kepada ketelusan dan bertanggungjawab, maka semua pemimpin politik sama ada daripada pihak pemerintah dan pembangkang wajar diberikan peluang menyaksikan aksi pelakon berkenaan," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menambah, PAS kini semakin tertekan berikutan penjelasan Ketua Polis Negara semalam. Beliau menjangkakan hubungan PAS bersama sekutu politiknya dalam Pakatan Rakyat (PR) membabitkan PKR dan DAP semakin renggang. "Oleh sebab itu, apabila isu video seks itu meletup, PAS mula mengambil sikap berdiam diri berbeza dengan DAP, yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas," ujarnya. Syed Ali tidak menolak kemungkinan PAS akan keluar daripada gabungan PR kerana terlalu kecewa dengan seorang pemimpin pembangkang yang didakwa terbabit dalam aksi lucah. "Demi mengekalkan kuasa mereka di Kelantan, Kedah termasuk di Terengganu, mustahil bagi PAS untuk mempertahankan kepentingan politik individu terbabit yang moralnya begitu rendah," tambahnya. Beliau berkata, berdasarkan kepada perkembangan terkini, PAS dijangka akan bertanding secara bersendirian pada PRU ke-13 tanpa memerlukan sokongan DAP dan PKR. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
UMNO Cawangan Bukit Ampang |
Persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dilaksana Posted: 01 Apr 2011 05:57 AM PDT 01/04/2011 4:25pm PUTRAJAYA 1 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan proses persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri selepas kali terakhir ia dilaksanakan pada Mac 2003. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, persempadanan semula itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya selepas lapan tahun selaras dengan peruntukan Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan. "SPR dah boleh mula sekarang tetapi SPR sedang menunggu masa yang sesuai serta lapang kerana sebaik tarikh urusan persempadanan ditetapkan ia perlu diselesaikan dalam tempoh dua tahun," katanya dalam temuramah dengan Bernama dan RTM di sini, hari ini. Abdul Aziz berkata, setelah lima kali urusan persempadanan dijalankan, belum ada sebarang pelanggaran Prinsip-prinsip Persempadanan yang ditetapkan oleh perlembagaan dilakukan SPR. Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, beliau berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu, secara kasarnya di negeri-negeri yang mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai jumlah kerusi yang genap. Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata proses persempadanan semula itu masih bergantung kepada persetujuan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat untuk kerusi Parlimen dan Dewan Negeri bagi kerusi DUN. - Bernama |
Keputusan pilihan raya Sarawak penentu tarikh PRU - Najib Posted: 01 Apr 2011 05:49 AM PDT 01/04/2011 7:23pm KUALA LUMPUR 1 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan melihat dahulu keputusan pilihan raya negeri Sarawak sebelum membuat keputusan tentang waktu terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum. "Kami lihat Sarawak (pilihan raya negeri) dulu dan selepas tu barulah kami putuskan bilakah waktu terbaik untuknya (mengadakan pilihan raya umum ke-13). "Kami ikut sistem British dan kami boleh putuskan bila hendak mengadakannya, asalkan tidak melebihi tempoh lima tahun," kata beliau. Dalam wawancara dengan Bloomberg mengenai pencapaian beliau setelah dua tahun menerajui negara yang disiarkan hari ini, Najib ditanya sama ada beliau akan mengadakan pilihan raya awal sekiranya Barisan Nasional (BN) mencapai keputusan cemerlang pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini. Apabila diminta memberi bayangan bilakah pilihan raya umum akan diadakan, beliau berkata, "ramai yang ingin tahu tentang perkara itu, jadi biarlah saya tidak beri jawapannya sekarang." Najib, yang juga pengerusi BN, berkata parti gabungan itu telah mencatat keputusan cemerlang pada beberapa pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008. "Sebenarnya, kami mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang daripada segi pilihan raya kecil. Beberapa pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini mempamerkan keputusan yang amat positif bagi kerajaan BN," katanya. BN menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008, termasuk lima yang dimenanginya dengan majoriti lebih besar pada 2010. Ditanya sejauh mana BN yakin akan memenangi pilihan raya negeri Sarawak, Najib berkata rakyat di negeri itu mahukan kerajaan yang mampu berkhidmat untuk mereka dan dalam konteks ini, mereka dapati hanya kerajaan BN yang mampu berbuat demikian. "Setiap rakyat tentu mahukan kerajaan yang mampu berkhidmat untuk mereka. Saya rasa perkara ini paling penting bagi Sarawak kerana negeri itu memerlukan lebih banyak pembangunan prasarana dan kemudahan asas. "Saya rasa rakyat Sarawak akan melihat Barisan Nasional sebagai satu-satunya kerajaan yang mampu berkhidmat untuk negeri itu," katanya. Najib berkata beliau tidak fikir BN menghadapi risiko kehilangan kuasa (di peringkat persekutuan) memandangkan dalam tempoh beberapa tahun lepas, semakin ramai rakyat yang memberi sokongan kepada BN. "Mereka yang meninggalkan kami pada pilihan raya lepas kini kembali menunjukkan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional. Ini tidak bererti kami boleh mengambil mudah. Pada setiap pilihan raya, pasti ada cabarannya," kata beliau. Najib berkata beliau berpendapat pilihan raya umum akan datang pasti sengit dan BN perlu bersiap sedia untuk menghadapinya. - Bernama |
Taib jumpa PM serah senarai nama calon BN Posted: 01 Apr 2011 05:49 AM PDT 01/04/2011 8:17pm PUTRAJAYA 1 April – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dipercayai untuk menyerahkan senarai nama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri 16 April ini. Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dilihat memasuki pekarangan pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini, kira-kira pukul 3 petang. Turut kelihatan, dua lagi kenderaan yang membawa beberapa pemimpin kanan parti komponen BN negeri. Mereka ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP); Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Masing. Pertemuan lebih tiga jam itu, turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 21 Mac lepas bagi memberi laluan pilihan raya negeri ke-10 diadakan. Proses penamaan calon ditetapkan pada 6 April manakala pengundian 16 April. - Bernama |
You are subscribed to email updates from UMNO Cawangan Bukit Ampang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |