Ahad, 27 Mac 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 27 Mar 2011 09:10 AM PDT

Posted: 27 Mar 2011 09:02 AM PDT

SNAP NAFI LAPORAN PAKATAN RAHSIA DENGAN BN

Posted: 27 Mar 2011 09:01 AM PDT

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Isu video seks : penyokong PKR tinggalkan parti dijangka meningkat - Syed Ali

Posted: 27 Mar 2011 05:15 AM PDT

JUMLAH penyokong PKR akan meninggalkan parti itu diramalkan akan terus meningkat sebelum berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi berikutan pendedahan video seks membabitkan seorang ketua pembangkang.


Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, PKR akhirnya akan dibarisi oleh mereka yang berkepentingan dan yang termakan budi dengan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Oleh sebab itu katanya, pemimpin tertinggi PKR sekarang ini seperti tenggelam punca dan cuba menjadikan isu video seks sebagai bahan politik jalanan dengan melemparkan fitnah kononnya didalangi oleh UMNO.


"Mereka menjaja isu tersebut untuk mengemis belas kasihan rakyat kononnya Anwar menjadi mangsa konspirasi, walaupun tanggapan itu sebenarnya tidak berasas sama sekali," tegasnya.


Ini katanya, terbukti apabila Anwar dalam ceramah politiknya dekat Gombak malam Sabtu lalu dikatakan melemparkan pelbagai tuduhan liar kononnya UMNO yang merancang pendedahan video seks.


Justeru itu Syed Ali bersetuju dengan pendapat Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakata Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad bahawa penyokong Anwar dijangka akan menetukan pendirian mereka setelah mendapat kepastian mengenai tokoh yang terbabit dalam video seks berkenaan.


"Apa yang disuarakan oleh Dr. Azeem akan menjadi kenyataan kerana penyokong PKR terutama orang Melayu akan berasa malu dan terhina jika didapati Anwar terbabit dalam isu tersebut," tegasnya.


Dalam hubungan ini, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menyeru orang Melayu terutama di ibu kota supaya tidak mudah terpedaya dengan helah Anwar yang mengeksploitasikan isu tersebut.


"Mengapa beliau begitu takut sekali apabila terbongkarnya video seks berkenaan sedangkan aksi tokoh yang terbabit masih tidak dikenali dan dalam siasatan polis," ujarnya.


Sambil menyifatkan Anwar kini semakin takut kepada bayang-bayangnya sendiri, Syed Ali mengecam Ketua Umum PKR itu yang menggunakan isu video seks tersebut sebagai bahan politik jalanan untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.


Mengenai pengakuan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam bahawa pakatan pembangkang terutama DAP dan PKR tidak mencapai kata putus dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya DUN Sarawak, Syed Ali menjelaskan :


"Perkara itu sudah diramalkan kerana pakatan pembangkang bukan pakatan yang konsisten untuk membela nasih rakyat, sebaliknya mereka berjuang sekadar memenuhi agenda politik peribadi,".


Perebutan kerusi membabitkan DAP, PKR dan SNAP di Sarawak semakin meruncing apabila PKR mahu bertanding di 52 kawasan DUN, DAP (18 kerusi) manakala SNAp menuntut 40 kerusi.





Pengikut