Sabtu, 19 Mac 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


RUMAH MELAKA - SATU LAGI PRODUK PELANCONGAN BARU

Posted: 18 Mar 2011 08:37 PM PDT

< Terletak di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil dan kos pembinaan RM 5 juta, Rumah Melaka akan menjadi satu lagi tarikan pelancung demostik dan luar negara.Pengunjung yang melawat akan mendapat maklumat mengenai kayu-kayan negara. Namun pembinaan ini kena dipastikan agar ianya apat dimanfaatkan sebaiknya untuk generasi akan datang.

RAKYAT MENILAI KEBERKESANAN EXCO BARU.

Posted: 18 Mar 2011 08:27 PM PDT

Mulai 1 April 2011 secara rasminya Exco baru yang telah dirombak akan menlaksanakan tugas mereka secara rasmi. Tahniah di ucapkan. Rombakan ini diharapkan dapat memberi iltizam baru kepada YB ADUN yang bertukar pofolio dan juga yang baru. Tidak dinafikan bahawa amanah ini satu tanggungjawab yang berat yang wajib dilaksanakan oleh setiap EXCO. Lebih-lebih lagi PRU 13 bakal menjelang dan ini tentunya akan menjadi indikator (KPI) kepada setiap EXCO sama ada wajar dipilih untuk penggal akan datang atau pun diganti baru. Rasanya sudah sampai masanya soal pendidikan diambil sebagai satu faktor penting dalam memilih calon-calon akan datang, rasionalnya lebih ramai pengundi muda yang akan terlibat dalam PRU 13 yang mahukan pembelaan dari wakil mereka.

TEGURAN YAB KM UNTUK AGENSI MEMANG DINANTIKAN!

Posted: 18 Mar 2011 08:18 PM PDT

Tidak puas hati pengurusan MPAG dan agensi SAMB adalah satu tindakan yang wajar dilakukan oleh YAB KM. Kepada pihak yang ditegur tentunya kena menerima apa jua tindakan tegas yang bakal diambil. Ketidakcekapan warga agensi negeri memang mengundang rasa tidak puas hati rakyat dan akhirnya nama baik kerajaan negeri akan tercalar. Sebagai sebuah negeri maju, khidmat warga kerja tentunya semakin meningkat agar ianya benar-benar melambangkan anugerah tersebut. Kini rakyat Melaka menantikan pula mana lagi agensi yang bakal ditegur oleh YAB atas sebab kelembapan mereka.

ANTARA HARUN TAIB DAN NIK AZIZ MANA YANG BERJAYA PUJUK ?

Posted: 18 Mar 2011 08:04 PM PDT

Kedua-dua tokoh ini menjadi perhatian umum siapakah yang berjaya memujuk DSAI untuk menyerahkan DNA. Tapi yang menjadi hairan mengapa Haji Hadi tidak termasuk dalam senarai ini? Apakah Haji Hadi bukannya orang yang rapat dengan DSAI. Sehingga kini masih ramai yang buat demo mendesak DSAI menyerahkan setitik darah auntuk diuji. Apa yang takut sangat jika benar? Sebelum ini pelbagai dakwaan dibuat oleh DSAI dan penyokong-penyiokongnya untuk tidak menyerahkan setitik darah? Kini dua orang kanan parti PAS disyorkan untuk memujuk. Adakah mereka akan berjaya atau gagal atau satu lagi fatwa baru akan dilontarkan? Sama-sama kita nantikan kisah selanjutnya.....

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Zambry: Nizar lambai berbohong!

Posted: 19 Mar 2011 01:43 AM PDT

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohammad Nizar Lambai berbohong apabila menyatakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijangka berlangsung April ini akan dikawal ketat oleh polis, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Menurutnya, semua orang dapat menyaksikan sendiri tiada kehadiran polis di dalam Sidang DUN Perak terbaru pada November lalu.

''Setiap kali sidang DUN akan berlangsung, mereka sentiasa cari alasan tidak mahu hadir. Tidak perlu berbohong cari alasan dengan buat kenyataan lawak setiap masa," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Mohammad Nizar meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya Sidang DUN Perak yang dijangka pada April ini bebas daripada kawalan polis.

Warna-warni politik
Torashah..

Pengikut