Sewaktu berbual sejenak dengan Agendadaily di anjung luar bilik rehat ahli parlimen minggu lalu,wajah YB Lim Kit Siang kelihatan agak lesu sedikit.

Malah dijolok dengan soalan bila agaknya nak pencen terus dari politik,ahli parlimen DAP kawasan Ipoh Timor ini mengakui beliau 'dah letih'.
Namun awal-awal lagi kita boleh menjangka beliau tetap akan turun padang lagi pada pilihanraya umum kali ini." Memang dah letih…tapi saya belum putuskan lagi bila nak bersara,"katanya.
Dalam usianya yang sudah menjangkau 66 tahun suara Kit Siang masih nyaring mengepalai barisan ahli pembangkang di parlimen.
Bukan satu,dua,tiga atau 10 tahun.Suaranya yang 'berperang' dan membangkang itu ini dah berkemundang di parlimen sejak tahun 1969 iaitu 38 tahun lampau apabila beliau memenangi kerusi parlimen Kota Melaka pada usianya 28 tahun.
Khidmatnya di parlimen hanya terputus satu penggal bila tewas pada pilihanraya tahun 1999 di kerusi Bukit Bendera di Pulau Pinang.
Namun beliau muncul balik pada pilihanraya 2004 selepas berpindah tempat ke Ipoh Timor pula.
Setelah sekian lama di parlimen Kit Siang menilai tidak ada sebarang perbezaan besar dalam senario perbahasan di Dewan Rakyat antara dulu dan sekarang.
"Cuma personaliti yang berbeza dalam situasai yang berlainan saja,"katanya.- SUMBER AGENDA DAILY 13/9/2007