Sabtu, 12 Mac 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Fatwa baru penganut PAS terhadap buku Tun Mahathir.

Posted: 12 Mar 2011 12:04 AM PST

Rupanya, buku terbaru Tun Mahathir bukan saja membuatkan Anwar semakin tertekan, ia juga telah membuatkan semua pemuja-pemuja Anwar didalam PAS jadi meroyan apabila salahlaku moral Anwar didedahkan didalam buku tersebut.

Dilaporkan, satu fatwa baru telah dikeluarkan oleh para pengikut taksub PAS berkenaan buku Tun Mahathir ini. "Fatwa" tersebut ialah, "Siapa yang menulisnya fasiq.., siapa yang membelinya fasiq…, siapa yang membacanya fasiq…, dan siapa yang menjualnya juga fasiq…"

Pendek kata, sesiapa yang terlibat dengan buku Tun Mahathir ini akan menjadi fasiq dan juga tak selamat didunia dan akhirat. Hebat sungguh para pemuja tegar Anwar Ibrahim ini semua. Mereka sanggup mengatakan apa saja demi mempertahankan pemimpin pujaan mereka.

Inilah fatwa terbaru yang dikeluarkan oleh seorang khatib PAS sewaktu khutbah jumaat di Masjid TTDI Jaya Shah Alam. Dilaporkan juga, Ustaz PAS ini selalu memberikan khutbah-khutbah jumaat yang berunsurkan politik dimasjid tersebut.

Selain dari menjatuhkan hukum fasiq kepada semua yang terlibat dengan buku terbaru Tun Mahathir ini, khatib tersebut juga mengatakan buku tersebut dipenuhi dengan fitnah kerana Anwar disifatkannya sebagai insan beriman.

Anwar baginya tak bersalah kerana Tun Mahathir menuduh tanpa membawa 4 orang saksi yang adil sepertimana yang dikehendaki didalam Islam. Mungkin bagi ustaz PAS ini, semua pesalah yang dihukum di mahkamah itu sebenarnya adalah orang-orang yang teraniaya kerana pihak pendakwaraya tak membawa 4 orang saksi mengikut Islam.

Selain dari buku Tun Mahathir, khatib PAS ini juga telah menghentam para Mufti negara yang disifatkannya bersekongkol dengan kemungkaran, kezaliman serta membiarkan kesesatan berlaku dalam negara. Para Mufti didakwanya tak layak untuk duduk dijawatan tersebut kerana tak tahu berdakwah kepada rakyat.

Akhir sekali, punca sebenar Ustaz PAS ini meroyan terserlah juga. Sebenarnya, dia meroyan akibat tak boleh menerima kekalahan terbaru PAS di Merlimau dan Kerdau.

Dalam khutbahnya, dia menuduh semua rakyat Malaysia ini terlampau cintakan dunia dan pentingkan kebendaan. Masyarakat Islam di negara ini juga sanggup menolak ganjaran syurga di akhirat apabila mengenepikan perjuangan Islam sebenar yang dibawa oleh PAS.

Atas sebab-sebab tersebut, tak hairanlah jika selama ini kerajaan UMNO/ Barisan Nasional sentiasa memenangi pilihanraya di negara ini. Rakyat kini semakin buta hati dan ditutup pintu hidayah oleh Tuhan kerana menolak dakwah Islam yang dibawa oleh PAS.., katanya.

Semua ini jelas membuktikan sikap taksub para penganut mahzab PAS. Agama telah dipolitikkan sehingga sebegitu rupa hanya semata-mata untuk mencari sokongan didalam politik.

Terbukti kini mereka berdakwah bukan kerana Islam, tetapi puak-puak PAS ini berdakwah hanya untuk menang di setiap pilihanraya yang diadakan.

Mereka memang berjuang untuk menegakkan agama…, tetapi meraka berjuang untuk politik yang diagamakan…, bukan agama Islam yang kita kenal selama ini.

Oleh itu, siapa yang fasiq sebenarnya….?

Pengikut