Pengikut

Nuffnang

Ahad, 27 Februari 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SEBAB SEBENAR PAS TERSINGKIR DARI BN.

Posted: 27 Feb 2011 07:57 AM PST




"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

FAKTA TAMBAHAN.


Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

FAKTA TAMBAHAN 11.

.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan

PAS Mahu Gunakan Pelajar di Kerdau dan Merlimau

Posted: 27 Feb 2011 06:43 AM PST

Saturday, February 26, 2011

 

Mengapa perlu buat di Temerloh? Sejak bila PAS ada beri duit kepada pinjaman kepada pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi? PAS sebenarnya hanya mengumpulkan pelajar untuk tujuan pilihan raya di Kerdau. Isu PTPTN akan digunakan untuk menagih simpati dari orang muda. Hakikat yang sebenarnya, apa yang PAS beri sumbangan untuk pelajar-pelajar Melayu belajar ke peringkat yang lebih tinggi? Tidak ada apa-apa sumbangan melainkan menghasut pelajar-pelajar untuk membangkang, melawan dan bertindak ganas di IPT. Itulah kerja PAS sejak 10 tahun yang lepas di IPT.

Di Kelantan dan Kedah yang dtadbir oleh kerajaan PAS, mereka membiarkan sahaja pelajar-pelajar yang belajar di Mesir sewaktu pelajar dalam kesusahan ketika demonstrasi pelajar di sana. PAS tidak hulur bantuan, hanya RM120,000, itu pun entah ke mana wang itu pergi. Khabarnya, PAS telah mengumpulkan pelajar-pelajar yang pulang dari Mesir untuk berkempen di Kerdau dan Merlimau. Ketika semua negeri-negeri lain memberi bantuan untuk pelajar Mesir pulang semula, PAS mahu memperkudakan pelajar-pelajar dari Mesir untuk tujuan kempen politik. Pengundi di Kerdau dan Merlimau tidak akan tertipu lagi dengan PAS.

CALON PAS MERLIMAU TIADA KEYAKINAN....!!!

Posted: 27 Feb 2011 06:39 AM PST

Sunday, February 27, 2011

 


Baru hari kedua berkempen riaksi dan tanda2 sokongan rakyat merlimau belum lagi menampakan kehangatanya  untuk menyokong calon Pas Yuhaizad Abdullah.

Statement yang beliau kelaurkan di akhbar menampakkan belaiu tidak bersungguh2 untuk mencapai kemenangan di merlimau.

Beliau mengatakan "tiada janji saya bukan kerajaan" kalaw sudah jadi kerajaan adakah akan menjadi seperti Kelantan yang diperintah oleh Tok Guru Nik Aziz atau mahu menjadi seperti kerajaan Selangor???

Kalau tiada janji mengapa perlu bertanding lebih baik tarik diri, rakyat mahukan perubahan bukan mahu menjadi seperti pelarian di negeri sendiri. Apaguna memikul tanggugjawab yang diberikan, buat penat kehulu kehilir untuk meraih undi dan mengatakan "saya berkhidmat untuk rakyat" berkhidmat dari segi apa?

Memang betul lah yang si Yuhaizad ini seorang yang tidak bertanggugjawab dengan statement yang diberikan. Man Laksa bendapat tahu Bahawa beliau selalu mengulat semasa berkerja dan ponteng kerja, patut la macam tiada kesungguhan memjadi Wakil Rakyat.

Apa akan jadi apa bila Yuhaizad akan menjadi Wakil Rakyat???

SAKSIKAN IMEJ PAS 2011....

Posted: 27 Feb 2011 06:32 AM PST

Put your stuff here

SAJAK PAK AJI SERBA TAHU

Posted: 27 Feb 2011 06:26 AM PST


PAK HAJI SERBA TAHU
Ada siapa

hendak membeli

janji

hendak pergi

ke syurga

menerusi

pak haji ini

pak haji serba tahu

pak haji tidak makan saman

......................

Ada siapa

tidak tahu

pak haji ini

boleh tentukan

orang pergi syurga

orang pergi neraka

orang itu betul

orang ini salah

pak haji ini

adalah

pak haji serba tahu

macam

profesor serba tahu

tetapi

beliau sendiri

tidak tahu

adakah beliau

masuk syurga

atau neraka

kerana

beliau

bukan tuhan

yang pengikutnya

begitu taksub

dan jumud

APAKAH FAKTOR CALON......SATU KEMESTIAN PADA PRU 13 ?

Posted: 27 Feb 2011 06:18 AM PST


"CAKAP-cakap politik, persepsi dan spekulasi politik" adalah antara elemen yang tidak dapat dielakkan sama sekali dalam kancah politik. Namun, segala faktor itu semakin berleluasa dan tidak terkawal sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 yang turut menggegar, mencemaskan dan merisaukan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah negara sejak merdeka buat kali pertama.
Implikasinya senario politik negara dilihat cukup kritikal, mencabar, tidak tenteram dan sering berkrisis disebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga. Ungkapan 'politik' yang turut mendefinasikan kerajaan, kenegaraan dan pentadbiran negara asyik dipolitikkan oleh kumpulan tertentu kerana terlalu ghairah mahu mengejar kuasa.
Tidak dinafikan dalam persaingan politik perlu ada 'check and balance', tetapi jangan terlalu melampau sangat sehingga kepentingan diri sendiri dijadikan modal politik sampai mencetuskan pelbagai fenomena atau dilema yang 'tak elok' untuk negara serta masyarakat umum.

Mandat diberikan rakyat perlu dijadikan satu amanah, iktibar, tanggungjawab serta pegangan politik yang kuat untuk berkhidmat demi rakyat dan negara. Sikap tamak dan rakus mahu merampas kuasa menerusi slogan seperti 'menuju ke Putrajaya' adalah satu lagi budaya politik yang boleh mengancam ketenteraman dan ketenangan negara. Sudah pasti rakyat dapat mendalaminya.

Sejak PRU 2008 negara disajikan dengan pelbagai peristiwa, insiden serta aksi politik yang sentiasa panas membabitkan BN dan juga pihak pembangkang dari masa ke semasa. Kemuncaknya ialah peralihan kuasa antara bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak pada Mac 2009.

Kini selepas hampir 18 bulan menerajui tonggak utama negara, peranan dan 'faktor Najib' berjaya memberi satu harapan baru dan suntikan pembaharuan politik untuk BN dan juga negara.
Pendekatan menerusi gagasan 1Malaysia yang bervisikan 'rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan' yang diilhamkan Najib berjaya memberikan satu 'keyakinan baru' di kalangan rakyat Malaysia. Sikap keterbukaannya yang bertekad mahu membela nasib semua bangsa berjaya meletakkan kepemimpinan Najib semakin 'disenangi, dihargai dan diterima.'

Najib tidak boleh keseorangan. Justeru, semua parti komponen BN perlu bekerja keras secara jujur, ikhlas dan rela hati untuk memperkasa serta memperkukuhkan lagi faktor kepemimpinan Perdana Menteri serta sistem penyampaian BN itu sendiri demi memastikan kemenangan yang lebih cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ingatlah proses pemantapan politik ini perlu dilakukan secara berterusan tanpa henti kerana dalam politik tidak ada istilah 'esok masih ada'. Memetik kata-kata Najib 'berubah ataupun rebah'.

Parti-parti komponen BN perlu menjadikan 'kejutan politik 2008' untuk mengkaji semula, merombak serta mengemaskinikan jentera parti masing-masing. Keluarlah daripada sindrom penafian, retorik dan keangkuhan politik yang boleh menjejaskan peluang BN. Perkuatkanlah semangat kerjasama antara satu sama lain atas nama 'Barisan Nasional barisan kita penegak wawasan rakyat Malaysia' di bawah satu bumbung.

Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti bukan saja bakal menentukan masa depan BN, malah bakal mempertaruhkan nasib parti-parti komponen BN umpama pertarungan 'hidup mati'. Komponen BN perlu mempertajamkan lagi proses transformasi dan reformasi politik untuk menegakkan arus perubahan dalam parti masing-masing demi agama, bangsa dan negara. Rakyat sedang memerhatikan.

Kemunculan kuasa ketiga, persepsi pengundi atas pagar dan peranan pengundi baru perlu diteliti secara holistik dalam memperkemaskan jentera kempen dan pilihan raya khususnya di kawasan-kawasan panas.

Sebab itulah kuasa seseorang Ahli Parlimen itu begitu penting sekali dalam menentukan hala tuju politik negara. Merekalah juga penggerak dan penggempur politik negara. Tanpa mereka 'tergantunglah' sesebuah kerajaan.

Sudah pasti faktor calon bakal mempercaturkan masa depan BN dan pembangkang untuk membentuk kerajaan pada PRU Ke-13 nanti.

Tidak semestinya calon bertaraf 'Oxford ataupun Harvard' atau orang yang 'berjawatan besar' mengikut hierarki pada peringkat bahagian dipilih menjadi calon. Yang pasti rakyat mengharapkan calon yang bersikap jujur, ikhlas, bersih dan berintegriti, boleh mendengar denyutan nadi mereka dipilih dan diangkat sebagai wakil rakyat.

SUMBER : BERITA HARIAN

MENJELANG PRU 13.....

Posted: 27 Feb 2011 06:14 AM PST



Selepas PRU 2008, negara menyaksikan rekod 17 pilihan raya kecil (PRK) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan Parlimen Permatang Pauh, DUN Bukit Selambau dan DUN Penanti, manakala gagal mempertahankan Parlimen Hulu Selangor yang dirampas semula oleh BN.

PAS pula berjaya merampas semula Parlimen Kuala Terengganu daripada UMNO, berjaya mempertahankan Parlimen Bukit Gantang, DUN Manek Urai, DUN Permatang Pasir dan gagal mempertahankan DUN Galas di tangan UMNO.

DAP pula berjaya merampas Parlimen Sibu daripada BN. BN turut berjaya mempertahankan DUN Bagan Pinang, Batang Air, Parlimen Batu Sapi dan yang terkini pula di DUN Tenang baru-baru ini. BN dijangka mempertahankan DUN Merlimau dan Kerdau dalam siri PRK yang dijadualkan pada 6 Mac depan.

Begitulah senario PRK yang semakin sengit di antara BN dan pembangkang. Persaingan di PRK juga tidak seperti dulu dan dilihat semakin terbuka sehingga semua parti politik terpaksa berhempas pulas untuk memastikan kemenangan calonnya. Apa yang pasti BN dan pembangkang tidak boleh mendabik dada dengan kemenangan masing-masing.

Di sebalik beberapa PRK itu, peratusan peningkatan undi masyarakat Melayu dan India dilaporkan beralih angin semula kepada BN secara berperingkat-peringkat bermula dari PRK Hulu Selangor, Bagan Pinang, Galas dan Tenang.

Prestasi pengundi Cina difahamkan belum sampai pada tahap memuaskan walaupun sudah ada petunjuk yang meyakinkan di PRK Galas dan Tenang.

Tumpuan kini tertumpu ke arah PRK Merlimau dan Kerdau - sejauh mana seramai 2,225 pengundi Cina di Merlimau dan 454 di Kerdau dapat beralih kepada calon BN kali ini. 
 
BN, kali ini beliau mahu memastikan seramai 1,567 pengundi India di Merlimau dan 298 pengundi di Kerdau terus bersama BN.





MIC fokus enam peti undi Merlimau

Posted: 27 Feb 2011 06:01 AM PST



MIC fokus enam peti undi Merlimau


2011/02/27
JASIN: Enam pemimpin MIC dilantik sebagai bapa angkat di enam peti undi terpilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau bagi memastikan lebih ramai masyarakat India keluar mengundi Ahad depan.

Presiden MIC Melaka, Datuk R Perumal, berkata enam peti undi itu dipilih
kerana MIC ingin memberi lebih tumpuan kepada kawasan yang mempunyai ramaimasyarakat India.
Beliau yang juga pengarah operasi pilihan raya parti berkata, pemimpin yang
dipilih akan ditugaskan menjaga hal ehwal serta keperluan penduduk di kawasan
masing-masing selain turut berkempen.

"Timbalan presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam ditugaskan di peti undi
Merlimau Pasir; Naib Presiden, Datuk S K Devamany dan Datuk M Saravanan
masing-masing di peti undi Jasin Lalang dan Merlimau Utara.
"Ketua Pemuda, T Mohan di peti undi Pengkalan Samak; Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah di peti undi Chinchin dan Setiausaha
MIC Johor, M Asojan di peti undi Ayer Merbau," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini mereka telah mendekati kira-kira 1,200 pengundi
India daripada keseluruhan 1,512 pengundi India yang berdaftar.

Bagi memudahkan pergerakan mereka di hari mengundi, beliau berkata,
kenderaan akan disediakan kepada pengundi pada hari itu.

Beliau berkata, selain kempen dari rumah ke rumah yang di buat pada waktu
siang, ceramah dan jamuan makan bagi mendekati pengundi juga diadakan pada waktu
malam. - BERNAMA

Golongan muda kini lebih cenderung sokong BN – Shabery

Posted: 27 Feb 2011 05:46 AM PST

 
27/02/2011 10:54am
JASIN 27 Feb. – Golongan muda kini sudah menunjukkan kecenderungan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memahami dan memenuhi kehendak golongan tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.Beliau berkata, golongan muda melihat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang banyak memberi inspirasi kepada mereka."Kalau dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang lepas, antara punca kekalahan BN (di negeri dan kerusi tertentu) ialah kurangnya sokongan daripada pengundi muda," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sembang bersama pemimpin belia dan kembara promosi Hari Belia Negara 2011 di Merlimau Pasir dekat sini, malam tadi.Ahmad Shabery berkata, golongan muda kini menyedari bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipimpin oleh orang tua yang tidak sealiran dengan kehendak mereka.Beliau percaya pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan menyokong BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac depan. – Bernama

Roslan Ahmad teruskan kempen di hari kedua

Posted: 27 Feb 2011 05:41 AM PST

JASIN 27 Feb. - Berjaga sehingga 3 pagi tadi, Roslan Ahmad bangun tiga jam kemudian untuk meneruskan kempennya di hari kedua selepas hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Merlimau, semalam.
Calon wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ini hari ini bertemu bakal pengundi di beberapa tempat dalam keterikan panas matahari.
"Setakat ini Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan saya rasa bersyukurlah dengan respons yang diberikan orang ramai setakat hari ini dan semalam," katanya ketika ditemui di Pasar Tani Mega Merlimau.
Roslan, 44, akan ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, pada 6 Mac ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu. - Bernama
 

MCA gigih pastikan kemenangan BN di Merlimau

Posted: 27 Feb 2011 05:18 AM PST

 

27/02/2011 6:17pm 

PPUBJ : TERIMA KASIH MCA

MCA gigih pastikan kemenangan BN di Merlimau

27/02/2011 6:17pm

JASIN 27 Feb. - MCA sedang bertungkus-lumus menggerakkan jentera parti itu ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu pada 6 Mac ini.
Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo berkata, anggota jentera telah dan terus berjumpa dengan wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO), gereja, tokong dan sekolah bagi mendapatkan maklum balas tentang permintaan dan permasalahan mereka.
"Misalnya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Merlimau meminta tambahan tanah untuk memperluaskan bangunan sekolah serta peruntukan membeli lebih banyak kerusi meja," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama

 

MERLIMAU : PAKATAN RAKYAT' sudah letih'DI MEDIA SOSIAL

Posted: 27 Feb 2011 05:07 AM PST

 

Pagi ini saya melakukan carian maklumat di blog, Facebook dan Twitter mengenai pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau. Saya gunakan beberapa laman carian media sosial untuk menerokai apa saja tulisan mengenai pilihanraya kecil itu. Apa yang saya dapati agak memeranjatkan: Lebih banyak tulisan / posting positif mengenai Barisan Nasional berbanding PAS. Komentar yang menyokong calon PAS juga tidak banyak dalam blog, Facebook atau Twitter.

Fenomena ini jauh berubah berbanding pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pauh dan Bagan Pinang di mana aktivis media sosial PR bersungguh-sungguh membantu calon-calon mereka. Saya mula merasai penurunan sokongan di media sosial ini sejak PRK Hulu Selangor apabila calon PKR Dato' Zaid Ibrahim walaupun disokong oleh Dato' Nik Aziz Nik Mat, tetapi kelihatan seperti ditolak oleh ahli-ahli PAS.

Calon PKR Hulu Selangor Dato' Zaid Ibrahim walaupun direstui oleh Dato' Nik Aziz Nik Mat, tetapi tidak disokong oleh aktivis PAS di media sosial.
Bagi pengkaji politik dan media, agak menarik untuk kita bertanya soalan-soalan berikut:

Adakah ini bermaksud PR mengutamakan PRU13; tidak pilihanraya kecil yang menghabiskan sumber tetapi tidak memberikan apa-apa impak yang signifikan kepada mereka?

Atau, PR seperti juga rakyat seluruhnya sudah keletihan kerana terlalu banyak pilihanraya kecil - setakat ini sudah masuk kali ke 16!
Mungkinkah, BN belajar dari kesilapan dalam pilihanraya umum lalu dan mula memantapkan peperangan di media sosial - menentukan apa saja isu dijawab dengan pantas? Ini berbeza dengan sebelum ini di mana BN menganggap isu-isu yang dibawa oleh PR sebagai remeh dan tidak perlu dilayan. Kata mereka, "Tak Pa Lah!"

Atau, adakah ini merupakan petanda rakyat mula menghargai inisiatif Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang kelihatan bekerja keras memenuhi harapan mereka (contoh: sinisini, dan sini).

Sementara kita tidak mempunyai data yang cukup untuk mentafsirkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, namun saya percaya sedikit-sebanyak apa yang ada dalam media sosial mencerminkan sentimen rakyat secara keseluruhannya terhadap kecenderungan politik mereka!

NAK TANYA KAMARUDDIN SIDEK?

Posted: 26 Feb 2011 11:34 PM PST



PPUBJ : Dalam Pakatan Rakyat pun ada amalan itu : Anwar sendiri, anaknya Nurul Izzah YB Parlimen. Begitu juga dengan DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Betty Chew, cuma PAS sahaja jadi bodoh....Bila pulak PAS nak buat kroni...ni....

PAS mendakwa BN yang diwakili Umno mengamalkan sistem dinasti iaitu turun temurun jawatan pemimpin, dari bapa turun ke anak.

Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidik mendakwa, amalan itu sudah lama dipraktikkan Umno dan dibuktikan dalam pilihan raya kecil Merlimau.

"Ini telah lama berlaku dalam Umno. Dari bapa kemudiannya diserahkan kepada anak seolah-olah perlakuan dalam satu dinasti.

"Orang ramai yang saya temui pun telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara ini," katanya hari ini.

Kamaruddin merujuk mengenai pemilihan calon BN bagi DUN Merlimau, Roslan Ahmad, iaitu anak kepada bekas ADUN Sungai Rambai, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin.

Pandangan berkenaan diperkukuhkan lagi apabila calon berkenaan juga adalah dan anak saudara kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Kamaruddin berkata, ia berbeza dengan PAS yang meletakkan calon muda, Yuhaizad Abdullah, 38, di Merlimau kerana ia merupakan satu usaha parti itu mengetengahkan pemimpin muda.

Beliau menjelaskan, tindakan itu bertujuan untuk memberi peluang pemimpin muda seperti Yuhaizad, menimba pengalaman bertanding.

Menurutnya, walaupun muda, beliau yakin Yuhaizad mampu menggalas tanggungjawabnya sekiranya diamanahkan.

"PAS berharap pengundi di DUN Merlimau akan memberi peluang kepada beliau apabila tiba hari mengundi nanti.

"Kita telah mengemukakan calon yang terbaik, seorang calon yang kuat berdikari yang mampu memberikan yang terbaik kepada pengundi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini pernah menjelaskan, pemilihan Roslan sebagai calon pilihan raya kecil itu dibuat berdasarkan merit.

Katanya, perhubungan dan pertalian tidak boleh diambil kira dan tidak dapat dielakkan malah yang penting adalah penilaian pucuk pimpinan terhadap beliau mengenai potensi calon itu sendiri.

Program 100 Hari Pakatan Tidak Realistik

Posted: 26 Feb 2011 09:59 PM PST




Semua orang tahu, ekonomi bukanlah forte Pakatan pembangkang malah bidang ekonomi adalah merupakan kelemahan utama pakatan pembangkang. Tiada apa pun yang baru dalam program 100 hari reform yang digembar-gemburkan oleh pembangkang khususnya PAS yang begitu taksub dengan program ini. Program 100 hari reform ini tidak lebih dari ulangan kempen-kempen basi dan retorik Anwar Ibrahim yang kemudiannya dibukukan dalam buku berwarna jingga.

Menghapuskan korupsi, Ketirisan dan isu IPP adalah tajuk utama program 100 hari Pakatan pembangkang. Isu yang sama di ulang-ulang oleh Pakatan pembangkang yang semakin lama semakin basi.

Apa benarkah korupsi, ketirisan, isu IPP dan segala mcm isu-isu yang lain akan dapat diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh 100 hari? Lihatlah sendiri apa yang terjadi dengan kisah pertandingan jawatan dalam PKR dan segala macam isu dalam Kerajaan Selangor.

Hampir 2 tahun lebih Pakatan pembangkang memerintah Selangor dan apa reformasi yang mereka lakukan? 2 tahun lebih, ada hati nak melakukan reformasi besar-besaran seluruh negara dalam 100 hari. Ini lawak antarabangsa ke?

Kepada pembangkang, janganlah layan rakyat Malaysia seperti orang yang tidak berpelajaran atau bodoh. Rakyat boleh tahu beza yang mana palsu dan yang mana tulen.

Malah dalam buku jingga tersebut perancangan ekonomi Pakatan tak ada arah tujuan langsung. Kita tak nampak langsung apa jenis bentuk bentuk model dan formula ekonomi yang akan digunapakai untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara. Rakyat juga nak tahu bagaimana dengan hanya menggunakan 19 billion Pakatan boleh melaksanakan program reformasi besar-besaran dalam tempoh 100 hari.

Juga, kita nak tahu apa jenis bentuk pelaburan yang akan masuk nanti dan pelan pelaburan baru Pakatan untuk ekonomi negara tetapi malangnya, kata-kata hanya tinggal habuk debu pasir tepi jalan.

Anwar selalu mengembar-gemburkan yang dia punyai ramai kawan-kawan pelabur di luar negara yang bersedia melabur pada bila-bila masa. Agak pelik, katanya ramai rakan pelabur tetapi kenapa tak melabur di Selangor?

Pelan 100 hari reformasi/buku jingga hanyalah kelentong Pakatan Rakyat, kelentong yang rakyat semua dah tahu. Pakatan Rakyat, kita  semua tahu mereka cukup terer membangkang tetapi cukup hancur bila jadi kerajaan kerana idea terhad, tiada visi, pentadbiran hancur, krisis pentadbiran dan ekonomi pula? Lagi hancur.

To Pakatan, do what you know best which is jadi pembangkang dan biarkan mereka yang pakar menguruskan kerajaan dan hal-hal yang kamu sendiri ada very limited knowledge about it. Akui saja bahawa pihak (BN) yang kamu selalu maki, cerca dan carut jauh lebih baik dalam menguruskan kerajaan berbanding kamu (PR)

Tumpang Kuartes Kerajaan?

Posted: 26 Feb 2011 09:52 PM PST


Salah Ke Yuhaizad Tumpang Kuartes Kerajaan? - Shakila
10:43 AM Media Cyber No comments


Si isteri jadi guru dapat duit dari kerajaan, mengajar entah betul entah tidak. Kalau dah ahli PAS itu tentu tak sah kalau tak selit cerita pasal perjuangan merapu PAS pada pelajar. Takkan sang isteri penyokong kerajaan pula kot?

Yang si suami (calon PAS) pula duduk goyang kaki dapat tumpang tuah bini duduk kuarters free. Hari-hari buat ceramah minta penyokong PAS hulur duit sedikit di atas nama perjuangan PAS yang jihad kononnya. Tak malu ke?

Mesti ada ahli PAS mentaliti tahap lembu berkata:

"Salah ke calon PAS duduk rumah kuarters kerajaan? Bininya kerja cikgu, jadi layaklah terima semua itu.."

Memang benar, tetapi balik ke persoalan utama, tak malu ke menghina tangan yang memberi sebaliknya menolong tangan yang tidak pernah nak peduli selama ini? Sebelah tangan dok mengutuk kerajaan, sebelah tangan lagi dok tadah tangan harap simpati kerajaan. Tak malu ke?

Cuba tengok biodata calon PAS, pekerjaan sebagai ahli perniagaan. Berniaga apa? Air liur ke? Peniaga pun nak duduk rumah free juga? Kalau segalanya free lagi bagus. Rasanya kalau ahli perniagaan yang lain pasti akan duduk rumah yang di beli sendiri, ini tidak, nak duduk rumah free dari kerajaan juga. Kalau dah jadi ADUN pun, nak duduk situ juga?

Memang spesis anjing/lembu calon PAS Yuhaizad ni. Menggigit tangan tuan sendiri. Kalau di Tenang ade skandal Maarof MC-gate. Kat Merlimau ni pula awal-awal dah ada kisah KUATERS-gate. Tarik diri sajalah wahai 'ADUN in waiting'. Itulah melayu PAS, Melayu Mudah Lupa!Put your stuff here

BOB LOKMAN KELIRU...

Posted: 26 Feb 2011 09:37 PM PST


Bob tak nak berdosa, katanya


TAK ada angin tak ada ribut, pelawak terkenal Bob Lokman akhirnya menyertai parti pembangkang. Borang keahlian sudahpun diserah kepada Menteri Besar Kedah baru-baru ini.

Joyah tak mahu komen soal parti politik kanan mahupun kiri. Sebab dunia hiburan ni pun banyak sangat politiknya, kalah parti politik sebenarnya.

Yang paling Joyah terkesan apabila Bob kata dia mahu memilih watak yang tak mendatangkan dosa bila dia dah mati nanti.

Selain itu Bob juga berkata tujuan utama dia masuk parti pembangkang sebab anaknya mempunyai masalah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan dan pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.

Sebab bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana Bob juga baru sedar tanggungjawab pada anak-anak.

"Apa yang berlaku semuanya daripada Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya mahu selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka," kata Bob lagi.

Entahlah Bob, tetapi setahu Joyah, masuk parti mana sekalipun, tak semestinya dijamin ke syurga.

Kalau asyik duduk bergaduh, caci-mencaci, kutuk-mengutuk, susah juga nak dapat pahala, betul tak? Harap Bob tak macam itu dan dia bertemu dengan apa yang dicarinya.Put your stuff here

MANA PERGINYA UTUSAN RAKYAT !!!!!!!!!!!

Posted: 26 Feb 2011 09:34 PM PST


Dua gambar di bawah ini sudah cukup untuk memberikan kita jawapan kepada tajuk saya diatas.

Hi...hi...hi...hi...hi....
Mulut kata lain, tapi hati lain pula
Benci tapi rindu

Hai, tekun nampak...
Membaca atau mengeja ?

PASTINYA ANDA TERPERANJAT DENGAN BERITA INI.

Posted: 26 Feb 2011 09:30 PM PST


PAS candidate in Merlimau - ex factory technician; was told a 'kaki ponteng' n ex criminal (?); easily beaten by BN candidate - >3,500 votes

Anwar, Nik Abdul Aziz pengkhianat bangsa

Posted: 26 Feb 2011 09:17 PM PST


Anwar, Nik Abdul Aziz pengkhianat bangsa: Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian," katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di Kampong Gajah, Sabtu.

Bernama melaporkan bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu. – 26/2/2011Put your stuff here

BUKTI NIK AJIS MENGKAFIRKAN UMNO...

Posted: 26 Feb 2011 09:13 PM PST



. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.

4. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

5. Tetapi sebelumnya dia mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah".

6. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

7. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.

8. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

9. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

10. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

11. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

12. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

13. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

14. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

15. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

16. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.

SUMBER : CHE DET.

PM, DPM to visit each state from next month

Posted: 26 Feb 2011 09:07 PM PST


The goal of the visits is to ensure services to the people were delivered and promises were honoured. -- Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein who is also Umno vice-president

TEMERLOH: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin are scheduled to go on a whirlwind tour of the country starting next month.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said Sarawak would be the first visit for the two leaders in their itinerary.


"It will be a two-day and one-night stay in people's home for them in every state. They are expected to visit one state a month and complete the tour in September," he said here yesterday.

Hishammuddin, who is also Umno vice-president, said Najib, who is Umno president, and Muhyiddin, would travel together only to Sarawak. For other states, he said, either one of the leaders would stop by to stay with the people.

He said the goal of the visits was to ensure services to the people were

delivered and promises were honoured.

On whether it was a roadshow to drum up support ahead of the general election, Hishamuddin said: "We need to listen and keep our fingers on the pulse of the nation."

He said he was in charge of coordinating the travel programme and administering its implementation.

He said he would call a meeting with the two other Umno vice-presidents to make preparations tomorrow.

"Barisan Nasional leaders will also be involved in the programme."

Read more: PM, DPM to visit each state from next month http://www.nst.com.my/nst/articles//PM_DPMtovisiteachstatefromnextmonth/Article/#ixzz1F8HvDVjW

APA KATA PENGUNDI DI MERLIMAU?

Posted: 26 Feb 2011 09:01 PM PST


Bagi pesara, Hassan Saad, 62, 'Kenduri Asam Pedas' memiliki keunikan tersendiri selain menyatupadukan pelbagai kaum dalam sebuah majlis selain mendekatkan masyarakat dengan pemimpin.

"Pemimpin yang datang dilihat duduk makan bersila mengikut adat Melayu. Jika bukan melalui majlis ini, bila lagi dapat berjumpa dengan pemimpin," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagi penjawat awam, Nurul Ilmi Ahmad, 33, program rakyat itu begitu tepat dengan konsep 1Malaysia yang ditekankan tanpa mengira kaum, bangsa, umur dan jantina.

Menurutnya, semua lapisan masyarakat berkumpul dan apa yang menarik, pada malam tersebut 'Kenduri Asam Pedas' dilihat sebagai medan pertemuan masyarakat bersama pemimpin.

"Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pada malam ini saya menjamu hidangan orang Melayu, mungkin pada masa hadapan saya berpeluang menikmati makanan India dan Cina pula melalui program sebegini," katanya.

Seorang nelayan, Tan Boon Siah, 60, berkata, program itu meninggalkan kesan positif kepada masyarakat setempat yang mungkin sebelum ini tidak berpeluang untuk berjumpa dengan pemimpin negara.

"Saya datang ke sini bukan sahaja dapat menjamu masakan asli masyarakat Melayu Melaka malah berpeluang bertemu pemimpin secara dekat seperti menteri.

"Malah apa yang menarik, saya turut duduk bersila bersama rakan-rakan lain dan berbual tanpa mengira batasan kaum," katanya.

Pendapat itu dipersetujui oleh seorang lagi pesara, K. Mahdhavan, 78, yang mahukan program sebegitu dilakukan secara berterusan.

"Saya berharap program ini tidak terhenti setakat ini sahaja tetapi adalah lebih elok jika ia diadakan sebulan sekali bersama pemimpin setempat agar dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat kampung di sini," katanya.

Bagi S. Pumithavathy, 44, program itu menarik kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum.

Mengapa Perlu Memilih Calon Boleh Menang

Posted: 26 Feb 2011 08:49 PM PST




Memilih calon boleh menang

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SEMUA ahli politik sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri bercita-cita menjadi wakil rakyat atau yang berhormat atau lebih tepat lagi bertanding dalam pilihan raya.

Biarpun ada antara mereka baru setahun jagung dalam politik, tetapi mereka sudah ada impian menjadi wakil rakyat tanpa menilai sejauh manakah rakyat menerima mereka. Masalahnya, kelompok yang mempunyai cita-cita ini sentiasa sahaja merasakan mereka layak dan berhak dipilih oleh parti untuk bertanding.

Pelbagai usaha mereka lakukan bagi menonjolkan diri manakala pemilihan parti di peringkat bahagian dijadikan platform utama bagi mengorak langkah bagi mencapai cita-cita mereka menjadi 'Yang Berhormat'.

Kononnya dengan memegang jawatan di dalam parti, ia akan menjadi 'kad jaminan' bahawa merekalah paling layak menjadi calon berbanding dengan orang yang tidak berjawatan.

Tetapi mereka terlupa senario politik negara sudah berubah. Memiliki jawatan dalam parti dan berasa popular melalui publisiti bukanlah bermaksud ia calon pilihan rakyat.

Sebab itulah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi isyarat awal kepada mereka yang terlalu bercita-cita menjadi wakil rakyat bahawa parti itu mahu mengetengahkan mereka yang boleh menang sahaja dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib juga 'melenyapkan' angan-angan mereka yang berasa begitu berkuasa apabila mempunyai jawatan dalam parti dengan menegaskan, ''Pemilihan calon yang boleh menang itu tidak semestinya seseorang yang mempunyai kedudukan atau popular dalam parti, sebaliknya mereka yang diterima baik oleh rakyat secara keseluruhannya.''

Oleh itu kepada pemimpin-pemimpin BN di semua peringkat terutama dalam UMNO yang masih lagi merasakan jawatan dalam parti adalah 'tiket ekspres' untuk dipilih sebagai calon pilihan raya, lupakan sahaja hasrat itu.

Kalau benar mereka pemimpin yang baik dan berkhidmat demi rakyat melalui perjuangan dalam BN, maka lupa dahulu soal akan dipilih sebagai calon atau tidak.

Turunlah ke padang berbakti kepada rakyat, dampingi mereka setiap masa dan selesaikan masalah mereka. Jangan hanya muncul ketika musim pilihan raya, sedangkan pada waktu-waktu lain lebih banyak masa dihabiskan di luar kawasan.

Populariti di kalangan rakyat adalah lebih penting berbanding dengan popular di dalam parti. Tiada gunanya kita hanya popular di dalam parti sedangkan apabila berakhirnya pilihan raya, rakyat menolak mentah-mentah.

Berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Najib itu, maka semua pemimpin BN perlu bekerja bersungguh-sungguh meraih sokongan rakyat supaya apabila menjelang pilihan raya, nama mereka akan terpilih.

Kriteria calon boleh menang itu adalah satu pendekatan yang akan menghapuskan perasaan kebal yang selama ini wujud di kalangan sesetengah pemimpin di peringkat bahagian.

Selama ini, dalam beberapa pilihan raya kita sudah muak untuk mendengar ada di kalangan pemimpin bahagian tertentu merajuk atau berkecil hati kerana tidak terpilih. Puncanya kerana menganggap dia paling layak memandangkan dia ada jawatan.

Tetapi soalnya yang akan mengundi ialah rakyat. Mereka lebih bijak menilai siapa yang paling layak menjadi wakil rakyat mereka. Oleh itu, dalam soal ini, Najib dan kepimpinan UMNO serta BN tidak perlu lagi mempunyai perasaan bimbang apatah lagi takut untuk membuat keputusan.

Jika pucuk pimpinan parti merasakan ada calon lebih layak berbanding dengan pemimpin yang ada jawatan dalam parti, maka pilihlah calon yang tidak berjawatan tersebut.

Matlamat utama adalah untuk menang dalam pilihan raya. Sekarang bukanlah zaman untuk pujuk memujuk atau rajuk merajuk. Kalau ada pemimpin yang awal-awal lagi sudah melahirkan hasrat untuk tidak mahu bertanding dalam pilihan raya, maka hormatilah keputusan beliau.

Begitu juga jika ada pemimpin yang dirasakan oleh pucuk pimpinan parti sudah sampai masanya berundur diri memandangkan populariti di kalangan rakyat semakin merudum, mereka juga perlu 'direhatkan'.

Pilihan Raya Umum Ke-13 amat penting untuk survival politik BN. Ia bukanlah masa bagi menentukan karier politik sesiapa. Jika seseorang ahli politik itu masih diterima oleh rakyat, maka pilihlah dia tetapi kalau dia sudah ditolak oleh rakyat atau mempunyai persepsi tidak baik di kalangan rakyat, maka jangan perjudikan nasib parti dengan memilihnya sebagai calon dalam pilihan raya.

Sejarah pilihan raya sudah membuktikan dengan pelbagai senario politik yang berlaku tidak boleh ada lagi tanggapan bahawa ada mana-mana kawasan yang selamat untuk mana-mana juga parti.

Ada parti yang tewas di kubu kuat sendiri, malahan ada wakil rakyat yang berpenggal-penggal di sesuatu kawasan turut tewas akibat ditolak oleh rakyat. Justeru, jelaslah syarat calon yang diterima baik oleh rakyat secara keseluruhannya adalah syarat wajib dalam penentuan calon bagi BN selepas ini, tiada lagi kompromi apatah lagi pujuk memujuk.

Jika seseorang ahli politik itu berdegar-degar bercakap dia berjuang untuk parti, bangsa dan agama maka sudah pastilah dia akan reda jika tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya.

Dalam soal memilih calon yang diterima oleh rakyat pula, pucuk pimpinan seharusnya tidak seharusnya merujuk 100 peratus cadangan yang dikemukakan oleh bahagian.

Malahan komponen BN juga harus menerima hakikat bahawa mereka tidak ada kuasa 100 peratus menentukan siapa calon yang mereka mahu. Jika calon yang mereka cadangkan dilihat tidak berupaya menang tetapi disenaraikan hanya kerana dia popular dalam parti, maka pucuk pimpinan BN berhak menolaknya.

Atas sebab itu, input pihak ketiga atau berkecuali amat penting. Ia kerana pemilihan calon tidak boleh lagi berdasarkan kepada pilihan bahagian semata-mata. Apa yang lebih mustahak ialah penerimaan rakyat kerana merekalah yang akan mengundi. Jika calon yang dipilih oleh parti dilihat tidak sesuai dengan mereka, maka sudah pasti mereka menolak calon berkenaan, biarpun calon itu dilihat cukup popular di kalangan ahli parti.

Selain itu, perlu juga ada keberanian untuk tidak menyenaraikan ahli politik yang berkali-kali bertanding dalam pilihan raya tetapi kalah hatta dalam kubu kuat pembangkang sekali pun.

Dalam politik segala-galanya berkemungkinan, siapa tahu kalau muka baru dipilih ia mampu meranapkan kubu kuat pembangkang tersebut.

Justeru sudah sampai masanya, semua ahli politik menerima syarat yang ditetapkan oleh Najib dengan hati terbuka. Apa yang beliau lakukan bukan sahaja demi kepentingan parti BN tetapi juga demi masa depan bangsa, agama dan negara.

Ia kerana melalui penyenaraian calon yang diterima oleh rakyat sahaja, BN mampu mewujudkan satu barisan wakil rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun Parlimen yang benar-benar mampu melaksanakan agenda untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Oleh itu, semua ahli politik di dalam BN perlu berjiwa besar dan bersedia berjuang dengan ikhlas, bukan semata-mata ingin menjadi wakil rakyat.

PANDUAN PENGUNDI MERLIMAU : MEMILIH WAKIL RAKYAT.

Posted: 26 Feb 2011 08:46 PM PST



Oleh DR. SAODAH ABD. RAHMAN

Wakil rakyat ialah individu yang menjadi perantaraan di antara kerajaan dan rakyat. Pucuk pimpinan negara perlu teliti membuat pemilihan wakil rakyat kerana kesilapan dalam perkara ini boleh menggagalkan usaha kerajaan mengendalikan urusan masyarakat dan negara.

Tingkah laku atau personaliti individu yang ingin dilantik menjadi wakil rakyat sepatutnya dikaji terlebih dahulu. Personaliti atau tingkah laku merupakan cermin hati nurani seseorang individu. Jika hati nurani tersemat dengan perasaan angkuh dan sombong, maka ucapan dan tindakannya memberi isyarat kepada masyarakat bahawa individu tersebut tidak layak dilantik menjadi pemimpin mereka.

Masyarakat atau rakyat mampu menilai tingkah laku dan perwatakan orang yang ingin menjadi pemimpin mereka. Suara rakyat atau masyarakat yang menentukan pemilihan wakil rakyat, bukannya keputusan daripada suara kumpulan yang kecil. Individu yang tidak memiliki jiwa rakyat dan kurang gemar berkomunikasi dengan masyarakat tidak layak dilantik menjadi wakil rakyat kerana wakil rakyat ialah orang yang amat prihatin permasalahan rakyat.

Mempamerkan wajah dalam media massa dengan tujuan untuk menyakinkan pucuk pimpinan bahawa seseorang itu aktif dalam urusan kemasyarakatan bukan merupakan kriteria utama dalam pemilihan wakil rakyat. Wakil rakyat ialah orang yang dikenali oleh kesemua golongan masyarakat di kawasannya hasil daripada pertemuan dan aktiviti yang sering dilakukan olehnya.

Setiap orang yang dilantik menjadi wakil rakyat sepatutnya mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Permasalahan ini akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan negara atau dibahaskan dalam Parlimen. Wakil rakyat yang cuai terhadap tugas dan tanggungjawab tidak dapat menyelami permasalahan masyarakat. Kehadiran mereka di Parlimen tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat. Mereka tidak mempunyai isu untuk dikemukakan kepada pucuk pimpinan negara dalam mesyuarat dan sebagainya kerana beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat sama ada dari sudut komunikasi atau kegiatan yang boleh memberi faedah kepada masyarakat.

Setiap orang yang dilantik menjadi wakil rakyat akan menghadapi pelbagai masalah berkaitan dengan masyarakat. Jika seorang wakil rakyat mengatakan bahawa di kawasannya tidak mempunyai masalah, ini menunjukkan bahawa individu tersebut tidak bertanggungjawab. Urusan berkaitan dengan penyediaan kemudahan asas atau keperluan hidup kepada masyarakat bukan merupakan satu perkara yang mudah.

Individu yang dilantik menjadi wakil rakyat sepatutnya terdiri daripada orang yang mempunyai pengalaman dalam urusan kemasyarakatan dan sanggup menghadapi permasalahan masyarakat serta mempunyai perwatakan yang gagah dan gigih.

Sejarah penciptaan bumi dan langit yang dipaparkan oleh Allah di dalam al-Qur'an, surah 41 (Fussilat): 9-12 ,menjelaskan bahawa Allah mencipta bumi yang dikukuhkan dengan gunung-ganang hanya dua hari sahaja. Allah menentukan kadar pemakanan kepada penghuni bumi memakan masa selama empat hari. Allah mencipta langit yang mempunyai tujuh lapisan serta dihiasi langit yang berhampiran bumi dengan bulan dan bintang selama dua hari.

Ayat al-Qur'an ini menunjukkan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi, ia adalah terlalu mudah bagi Allah dan hanya memakan masa selama dua hari. Urusan berkaitan dengan keperluan makanan makhluk-Nya di bumi ini memakan masa empat hari bagi Allah mengendalikannya. Berdasarkan penjelasan ini, maka umat Islam sepatutnya menyedari bahawa menjadi seorang pemimpin bukan merupakan satu perkara yang mudah.

Pemimpin atau wakil rakyat merupakan bapa atau ibu kepada rakyat dalam negara mereka. Ciri-ciri kepimpinan yang disulami dengan sifat amanah, rendah diri serta peri kemanusiaan yang tinggi sahaja mampu menjadikan seorang wakil rakyat atau pemimpin itu berjaya melaksanakan tugasnya dengan sempurna.

Individu yang kurang gemar bergaul dan menyelami permasalahan masyarakat jika dilantik menjadi wakil rakyat bukan sahaja boleh menggagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan yang mundur, malah ia juga boleh membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Pucuk pimpinan negara perlu tegas dalam soal pelantikan wakil rakyat supaya setiap individu yang dilantik memahami bahawa pelantikannya bukan berasaskan kepada keakraban hubungannya dengan pucuk pimpinan negara tetapi berdasarkan kepada bakat dan kebolehannya.

Sikap gemar menunjukkan kebolehan diri secara menguar-uarkan kehebatan diri adalah di antara sifat yang dikeji mengikut perspektif akhlak Islam. Oleh itu, dalam pemilihan wakil rakyat, pucuk pimpinan negara sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sifat dan personaliti setiap individu yang ingin dilantik supaya tidak berlaku penipuan dan lakonan dalam urusan kepimpinan.

Masyarakat keseluruhannya mengharapkan wakil rakyat menumpukan perhatian kepada permasalahan keperluan asas mereka, bukan menampilkan diri dalam bentuk yang membosankan rakyat. Wakil rakyat sepatutnya memahami fitrah manusia supaya tingkah laku dan tindak tanduk mereka digemari rakyat.

Apabila perut lapar dan badan menjadi semakin lemah, masyarakat amat memerlukan bantuan daripada kerajaan. Ketika ini, wakil rakyat amat diperlukan oleh masyarakat.

Jika jiwa dan hati nurani wakil rakyat disemat dengan roh keimanan dan peri kemanusiaan yang tinggi, maka setiap bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada masyarakat akan dilaksanakan dengan sempurna dan amanah, bukan diagih-agihkan kepada golongan yang kecil. Sifat amanah dan jiwa lembut begini sukar untuk dicari dalam dunia Islam masa kini kerana umat Islam kurang memahami objektif dan prinsip hidup manusia di dunia yang sementara ini.

Hasilnya, negara yang mewah dan kaya dihuni oleh ramai penduduk miskin kerana wakil rakyat dan para pemimpin tidak amanah dan tamak.

Berdasarkan fenomena di mana umat Islam sering dilimpahi dengan kemewahan tanpa merujuk kepada hukum halal dan haram, maka pucuk pimpinan negara sepatutnya amat prihatin terhadap pemilihan wakil rakyat supaya setiap perancangan dan sumbangan kerajaan kepada rakyat dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat dalam negara.

Wakil rakyat yang amanah kekal melaksanakan tugasnya dan wakil rakyat yang kecundang perlu disingkirkan supaya rakyat dalam negara dapat bernafas dengan nada kesyukuran kepada kerajaan yang prihatin.

Dr. Saodah Abd Rahman, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

PERTARUNGAN BN - PAS KINI BERMULA DI MERLIMAU.

Posted: 26 Feb 2011 08:38 PM PST

ody>
JASIN 26 Feb. - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Merlimau pada 6 Mac ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN mempertaruhkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad, 44, manakala Pas meletakkan Timbalan Ketua Dewan Pemudanya, Yuhaizad Abdullah, 38.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff mengumumkan nama kedua-dua calon pada pukul 11. 25 pagi ini di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini.

Kehadiran Roslan di pusat penamaan calon tersebut diiringi oleh Ketua Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta ribuan penyokong BN.

Turut mengiringi anak kepada bekas Ahli Parlimen Jasin, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin dan anak saudara kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin itu ialah Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Yuhaizad pula diiringi oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam pada itu, penyokong BN mula berkumpul seawal pukul 6.45 pagi di pekarangan Bilik Gerakan Pilihan Raya BN Common Centre di sini, manakala para penyokong Pas berkumpul di padang Sime Darby Merlimau.

Proses penamaan calon berjalan lancar dengan perhimpunan para penyokong kedua-dua parti dipisahkan dalam jarak 100 meter sambil diawasi pasukan polis.

Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku antara penyokong kedua-dua parti.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dari UMNO pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir mengekalkan kerusinya apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.

Berdasarkan Daftar Pemilih Suku Ketiga 2010 yang dikemaskini sehingga 20 Januari lalu, jumlah pengundi di DUN Merlimau ialah 10,679 termasuk 36 pengundi pos.

Daripada jumlah itu, kaum Melayu adalah seramai 6,850 orang (64.1 peratus), Cina (2,225 atau 20.84 peratus), India (1,567 atau 14.67 peratus), Bumiputera Sabah (9 atau 0.08 peratus), Bumiputera Sarawak (12 atau 0.11 peratus), Orang Asli (1 atau 0.01 peratus) dan lain-lain (15 atau 0.14 peratus)./td>

Sayap Parti

Bahagian