Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 11 Februari 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


TARING ANWAR SEMAKIN TUMPUL

Posted: 10 Feb 2011 07:19 PM PST

Friday, February 11, 2011

Altantuya, Kapal Selam, APCO Tapi Tidak Pada Kapal Perang TLDM, Kenapa Anwar?


Yang Berhormat Petaling Jaya Utara membangkitkan pembelian Kapal Perang yang akan di bina oleh kerajaan Malaysia yang mana akan menelan Kos kira kira RM6 Bilion hasil dari RMK 10 dan RMK 11.

Isu yang di Manipulasi oleh Tony Pua atas pembelian Kapal Perang ini nampaknya telah di sambut sepi oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang lain terutama oleh Ketua Umum PR Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Kenapa Anwar Ibrahim juga tidak menyambut Isu yang di Mainkan oleh Tony Pua ini? Pembelian Kapal Perang yang menelan belanja RM6 Bilion? Apakah Anwar Ibrahim sudah hilang taring dalam menerjah Kerajaan dalam isu berkaitan Kapal Perang?

Jika sebelum ini bukan main Ligat Anwar Ibrahim menuduh itu dan ini ke atas pentadbiran Dato Seri Najib atas pembelian Kapal Selam. Namun kali ini Anwar Ibrahim membisu bagaikan mati aura Spin nya. Kenapa?

Pada hemat saya ini sudah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa isu kapal Selam yang di Fitnah oleh mereka Pakatan Rakyat sebelum ini sudah di ketahui rakyat. Maka ekoran dari itu isu Tony Pua ketengahkan ini tidak di sambut oleh Anwar Ibrahim takut Pembohongan nya akan Pecah Lubang dengan mudah buat kali ke dua ini.

Yang Bodoh dan Dungu dalam soal ini hanyalah Tony Pua.

Terima Kasih Kerajaan BN Bawa Pulang Anak Kami…’

Posted: 10 Feb 2011 07:15 PM PST

 


KUALA LUMPUR, 9 Feb. – Bukan sekadar penghargaan dan ucapan terima kasih yang perlu diberikan oleh para pelajar dan warga Malaysia menerusi Ops Piramid yang menjadi misi kerajaan dalam mereka daripada menjadi mangsa rusuhan dan pertelingkahan yang berlaku di Mesir.
Prof. Madya Dr. Baharudin Putih yang juga bapa kepada Fatin Nabila Baharudin iaitu pelajar yang terlibat dalam misi terbabit menyeru rakyat seluruh negara untuk membuka mata dan melihat sendiri bagaimana kesungguhan yang telah dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan nyawa dan keselamatan rakyat terjamin.
"Selama ini ramai yang tahu bahawa ramai pelajar-pelajar yang berada di Mesir cenderung kepada parti pembangkang khususnya Pas selain ibu bapa mereka sendiri adalah antara penyokong Pas tegar sehinggakan negara terbabit dikenali sebagai pusat pengkaderan anggota terbabit," katanya kepada UMNO Online.
Namun demikian katanya, apabila berlaku rusuhan sedemikian sehinggakan keselamatan rakyat Malaysia terancam Pas dan pakatan pembangkang gagal menghulurkan bantuan segera sebaliknya menunding jari mencari kesalahan Kerajaan.
"Kerajaan telah membuktikan bahawa mereka sentiasa mengutamakan kebajikan rakyatnya tidak kiralah dimana berada termasuklah di luar negara dan saya amat bersyukur apabila anak saya dapat kembali ke pangkuan keluarga," katanya.
Fatin Nabila adalah pelajar tahun satu jurusan perubatan di Universiti Ain Sham, Kaherah telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Selasa lalu dengan disambut sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr. Baharudin yang juga Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) turut menyelar sikar sebilangan pelajar dan warga Malaysia yang berada di Mesir ekoran terpengaruh dengan fitnah dan adu domba Pas.
"Pembangkang ini memang sentiasa tak suka dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan maka sebab itulah mereka akan cari apa saja kesilapan yang dilakukan untuk dijadikan sebagai modal politik mereka.
"Apakah mereka yang berpelajaran tinggi ini gagal berfikir betapa besarnya pengorbanan kerajaan yang ditunjangi UMNO untuk melihat anak bangsanya selamat dan tidak terlibat dengan sebarang ancaman tanpa mengira kepada aliran politik dan perbezaan fahaman masing-masing," tegasnya.
"Apakah mereka yang berpelajaran tinggi ini gagal berfikir betapa besarnya pengorbanan kerajaan yang ditunjangi UMNO untuk melihat anak bangsanya selamat dan tidak terlibat dengan sebarang ancaman tanpa mengira kepada aliran politik dan perbezaan fahaman masing-masing," tegasnya.
Ujarnya lagi, Pas sememangnya dari dulu akan sentiasa mencari salah kerajaan untuk dipropagandakan oleh mereka apatah lagi apabila kerajaan mengambil keputusan membantu rakyat Malaysia di Mesir.
"Mereka takut apabila kerajaan membantu pelajar-pelajar Mesir tanpa mengira kedudukan dan aliran politik yang tentunya akan menghakis pengaruh mereka kerana selama ini Mesir adalah 'tabung' aliran Pas dalam mentarbiahkan pelajar-pelajar dan apabila pulang ke tanah air menjadi pembangkang.
"Kerana itu jugalah mereka melemparkan pelbagai fitnah termasuk pada awalnya menuduh kerajaan lembap bertindak dan kemudian apabila selamat tiba di Malaysia pula mereka pertikaikan kena di bawa pulang sedangkan mereka sedang dalam pengajian," soalnya.
Tambahnya lagi, tuduhan Pas itu adalah kerana terdesak dalam mempopularkan diri menerusi keadaan semasa sedangkan Malaysia adalah antara negara terawal yang bertindak mengeluarkan warganya di Mesir apabila keadaan rusuhan semakin meruncing.
"Pembangkang hanya berfikiran jumud atas tujuan untuk menggagalkan usaha kerajaan tanpa melihat perbandingan dengan negara-negara lain misalnya Amerika Syarikat yang baru saja berbuat demikian," katanya.
Misi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir berlansung dengan lancar, pantas dan sistematik biarpun dimanipulasi oleh pihak pembangkang khususnya Pas. - MediaUMNO

Merlimau untuk PKR: Anuwar tak setuju calon PAS di Tenang & Galas ?

Posted: 10 Feb 2011 07:11 PM PST

 

Sudah mula timbul pelbagai spekulasi akibat dari tindakan Ketua AMK PKR Samsul Iskandar yang mahu bertanding sebagai calon di PRK Dun Merlimau. Sudah ada yang berpendapat, tindakan Samsul ini memberi isyarat jelas bahawa PAS tak lagi mampu untuk menarik sokongan dari rakyat.

Beberapa hari lepas, dimaklumkan bahawa Haji Hadi akan berjumpa dengan Anwar Ibrahim untuk selesaikan masalah perebutan calon di kerusi Dun Merlimau.

Khabarnya, Hadi juga mahu PKR tak lagi mencabar kerusi-kerusi milik PAS dan juga mempertikaikan kredibiliti parti Isle tersebut.

Sebelum ini, Presiden Pas tersebut juga telah membuat kenyataan yang PAS akan tetap meletakkan calonnya di Merlimau biarpun PKR bercadang untuk mengambil kesempatan merebut kerusi itu dari PAS. Hadi dilihat bertegas mempertahankan kuota PAS dikawasan tersebut dan tidak akan berkompromi dengan kemahuan PKR.

Samsul Iskandar pula bertindak menawarkan diri untuk menjadi calon PKR di Merlimau mungkin diatas beberapa faktor. Kekalahan terbaru PAS di PRK Tenang mungkin menjadi penyebab utama PAS dilihat semakin lemah terutamanya dari segi sokongan masyarakat melayu.

Selain itu, faktor Samsul yang berasal dari Melaka sendiri mungkin membuatkan Ketua AMK PKR ini begitu yakin akan menang di Merlimau nanti. Walaupun tindakan Samsul ini dilihat seolah-olah mahu mencetuskan perbalahan dengan PAS, ia sebenarnya lebih kepada tindakan merendahkan kemampuan parti melayu kedua terbesar itu didalam gabungan Pakatan Rakyat.

Mungkin Samsul Iskandar melihat kemerosotan undi PAS di Tenang sebagai alasan kukuh untuk PKR merebut hak bertanding di Merlimau. Ketidakmampuan PAS mendapat menampilkan calon-calon berkualiti juga dilihat menjadi salah satu punca tindakan dari PKR ini.

Jika dilihat sewaktu PRK Tenang dan Galas, calon yang diletakkan oleh PAS khabarnya tidak disukai dan dipersetujui oleh Anwar Ibrahim. Malah ketika kempen pilihanraya kecil di Tenang sendiri, Anwar jarang sekali menyebut serta mempromosi calon PAS iaitu Normala Sudirman. Anwar lebih selesa berkempen tentang impiannya untuk menawan Putrajaya daripada melobi calon PAS kepada masyarakat di Tenang.

Ini membuatkan ramai penganalisis politik tertanya-tanya, apakah tindakan Samsul Iskandar mencetuskan soal calon PKR di PRK Merlimau ini direstui oleh Anwar Ibrahim? Jika benarlah Anwar yang mencetuskan idea supaya PKR meletakkan calon di PRK Merlimau, ia pasti merupakan satu tamparan hebat buat PAS.

Isu perebutan kerusi Dun ini sekaligus membuktikan gerombolan Pakatan bukanlah satu gabungan yang mementingkan hal rakyat. Sebaliknya, gabungan PKR, DAP dan PAS ini lebih mengutamakan kepentingan politik parti masing-masing untuk berkuasa dan merebut jawatan sesama sendiri sahaja.

Rakyat seharusnya menilai dengan teliti perjuangan parti-parti didalam Pakatan ini sebelum PRU akan datang. Jika mereka-mereka ini benar-benar istiqamah didalam perjuangan membela rakyat, pastinya isu-isu perebutan ini tak akan timbul. Tetapi segala kemelut ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya hanya gilakan kuasa pemerintahan sahaja tanpa pedulikan khidmat yang boleh diberikan kepada rakyat.

Karenah-karenah Pakatan ini berbeza sekali dengan konsep Barisan Nasional yang sentiasa mendahulukan rakyat serta bermuafakat didalam menentukan calon yang terbaik bagi setiap kawasan. Inilah yang dikatakan semangat kerjasama dan juga keseimbangan toleransi didalam BN yang tak mampu ditiru oleh Anwar didalam Pakatan!

PAS dijangka bertindak luar biasa di Merlimau

Posted: 10 Feb 2011 07:10 PM PST

 

"Kita tahu pembangkang terutama Pas tidak akan biarkan kita mendapat laluan mudah. Kita dapat jangkakan mereka akan bertindak luar biasa dan pasti akan cuba sedaya upaya memastikan kemenangan berpihak kepada mereka"

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata formula MatJenPeCal akan sekali lagi menjadi asas bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac nanti.

Jelasnya formula tersebut meletakkan Matlamat untuk menang besar, Jentera yang kukuh dan bersepadu, Perpaduan menerusi Gagasan 1Malaysia dan Calon yang ditampilkan adalah yang calon yang terbaik dan diterima pengundi.

Menurut beliau BN sekarang berada dalam momentum yang terbaik setelah memenangi beberapa pilihanraya kecil lalu bermula di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi hingga yang terbaru di Tenang, Johor.

"Kejayaan BN ini mesti diteruskan di Merlimau menerusi asas formula MatJenPecal. Merlimau terletak di sebuah negeri yang sudah mencapai status negeri maju maka pilihanraya kecil ini satu ujian buat BN.

"Jentera BN janganlah selesa sebab kalau kita ada strategi tentu saja pembangkang ada strategi juga nak lawan BN dan nak tebus malu kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini", katanya ketika mengadakan pertemuan dengan jentera BN di sini, hari ini.

Malah beliau turut mengingatkan jentera BN sentiasa bersiap sedia dengan serangan jentera pihak lawan yang sudah tentu akan melancarkan tindakan luar biasa bagi menebus kekalahan berterusan mereka pada pilihanraya kecil lalu.

"Kita tahu pembangkang terutama Pas tidak akan biarkan kita mendapat laluan mudah. Kita dapat jangkakan mereka akan bertindak luar biasa dan pasti akan cuba sedaya upaya memastikan kemenangan berpihak kepada mereka", ujarnya.

Mengenai fatwa-fatwa karut dan mengelirukan pengundi seperti mana kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada pilihanraya kecil DUN Tenang lalu, beliau berkata, "Kita lupakan saja Nik Aziz dengan alamnya tanpa perlu kita letih fikirkan kenyataan-kenyataannya".

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir yang juga Exco kerajaan negeri menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau ditetapkan 26 Februari ini, manakala 6 Mac sebagai tarikh pengundian. DUN Merlimau mempunyai 10,679 pemilih berdaftar.

Tidak terpilih: Jangan 'cah keting' atau mensabotaj parti !!!

Posted: 10 Feb 2011 07:07 PM PST

 

Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak terlampau yakin dengan kemenangan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau nanti kerana sikap itu boleh menjejaskan kualiti kerja mereka.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata walaupun DUN Merlimau merupakan kubu kuat BN, anggota jentera BN tidak harus memandang rendah terhadap strategi yang akan dilancarkan pembangkang dan perlu bekerja keras untuk mematahkan strategi yang diatur mereka.

"Kalau pembangkang ada 10 strategi, kita mesti ada 20 strategi yang lebih kuat (bagi memenangi pilihan raya kecil ini)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN bagi peti undi kawasan Merlimau Utara di Taman Harmoni, Merlimau di sini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata setiap anggota jentera BN perlu mempunyai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil ini tetapi sekiranya anggota itu terlampau yakin ia boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti kerja mereka.

Beliau turut menasihatkan mereka yang tidak terpilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu serta penyokong mereka supaya tidak berkecil hati dan terus bekerja untuk memastikan kemenangan BN. Katanya mereka ini juga dinasihatkan supaya tidak melakukan 'cah keting' atau mensabotaj parti sekiranya individu pilihan mereka tidak terpilih.

Ahmad berkata mengikut laporan awal serta lawatan beliau di kawasan DUN Merlimau, semuanya berjalan lancar dan pada kali ini jentera BN menggunakan formula diberi nama 'Matjenpecal'.

Katanya formula itu membawa maksud matlamat BN untuk menang majoriti lebih besar, jentera yang kukuh dan bersepadu, perpaduan berdasarkan gagasan 1Malaysia dan calon terbaik yang boleh membawakan kemenangan serta disukai oleh pengundi di kawasan itu.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac ini jika ada pertandingan.

Pada pilihan raya 2008 lalu, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

ANWAR PULAK SINDIR NIK AZIZ!!!

Posted: 10 Feb 2011 07:04 PM PST

 


Wah, dalam diam dia pun main tikam belakang ke? Tapi si Al - Juburi ni memang suka main tikam belakang pun. Kalau tak tak digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu ye tak.

Kali ni dia bukan saja 'menikam' belakang Nik Aziz, tapi turut menikam belakang dirinya sendiri. Wah, boleh ke macam tu? Buat orang yang 'berpengalaman' macam si Nuar ni macam - macam dia boleh buat. Apa nak heran.

Katanya dalam satu ucapan yang dibuat di Amerika baru - baru ni, Anwar menyatakan ramai individu seperti Hosni Mubarak wujud di Malaysia. Tapi dia tak cakap la siapa.

Beliau menyatakan bahawa kemungkinan Hosni Mubarak yang digulingkan oleh rakyatnya adalah kerana jumlah kekayaan beliau yang bernilai hampir AS 70billion.

Jadi, bagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, si Ketua Penipu itu juga tidak kurang mewahnya kerana jumlah kekayaan beliau masih tidak terhitung.

Cuba tanya si Ketua Penipu tu mana dia dapat duit dan berapa nilai harta yang dia miliki sampai boleh ke luar Negara dua tiga kali sebulan?

Cuba tanya si Nuar Juburi tu, macam mana dia boleh bayar duit guaman kepada si Karpal Singki Pecah setiap hari?

Tu belum kira mana dia dapat duit untuk buat kempen dan berceramah ke sana ke mari lagi. Mana datang duit tu semua?

Katanya masa jadi Timbalan Perdana Menteri dulu, 'empat budak hitam' dia pun ada kekayaan sampai tujuh keturunan. Baru jadi proksi. Dia sendiri entah la.

Macam ni ada hati nak jadi Perdana Menteri Malaysia ke? Cakap tak tengok diri sendiri dulu ke? Main cakap ikut sedap mulut. Kan dah kena batang hidung sendiri. Padan muka!!

DS NAJIB "TABIK" KEPADA SEMANGAT HERO2 KRISIS MESIR !!!

Posted: 10 Feb 2011 07:01 PM PST

 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 DS Najib mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Ops Piramid.  Ini berikutan komitmen dan kerjasama dari semua pihak yang menjayakan misi memindahkan rakyat Malaysia dari Mesir.  

"Saya tabik dengan kegigihan dan kesabaran anda" ucap Perdana Menteri.  

Dan GT ucapkan terima kasih kepada PM yang berjaya mendapatkan "flight landing"  walaupun sebenarnya kapal terbang sukarelawan berlepas tanpa "flight landing", demi menyelamatkan rakyat Malaysia. secepat mungkin.  Namun, atas usaha keras PM, kebenaran ini diperolehi akhirnya. 

Tabik GT kepada para sukarelawan, bloggers dan VIP yang mengetuai misi ini.

Cuba anda bayangkan, ada pihak yang berotak beruk membuat demo mendesak Hosni Mubarak berundur di saat sukarelawan kita disana.  Anda pihak berkuasa Mesir tidak membenarkan Kapal Terbang mendarat apa akan terjadi???  Andai kerajaan Mesir menutup lapangan terbang kerana curfew, apa akan jadi kepada sukarelawan2 kita???

GT sekali lagi dengan hati yang marah mengutuk perbuatan bodoh dan bangang akibat pemikiran politik sempit tanpa memikirkan kesan kepada hero-hero kita di sana. 

Alhamdullillah, Allah telah memberi kekuatan dan kurnianya yang akhirnya niat murni sukarelawan2 ini berjaya.
 
 
 
.

TENGOK APA TU BANG?

Posted: 10 Feb 2011 06:57 PM PST

TEKA NUAR BUAT APA ?

 mendengar alunan piano ka atau memandang anunya ka ?

Ummi ada video anwar dan shamsidar

Posted: 10 Feb 2011 06:53 PM PST

 

warisan naik syok malam tadi bila Ummi Hafilda beritahu dia ada simpan video anwar dan shamsidar. dasyat ummi ni , you dont play-play tau.

Ummi akan detailkan berapa panjang anu anwar !

Posted: 10 Feb 2011 06:48 PM PST


 SUMBER : WARISAN 2057. 

Pernah dengar Ummi Hafilda berceramah ?

Dia akan balun sekurang-kurangnya satu jam setengah.

Tentu banyak yang dia akan detailkan.

Termasuk yang kepunyaan anwar

UMMI HAFILDA MENANTI ANWAR DI PERMATANG PASIR...?

Posted: 10 Feb 2011 06:42 PM PST

10 Ribu Dijangka Hadir : Ummi Hafilda Mulakan Jihad Malam Ini!

kebiasaannya Anwar Ibrahim suka "menelanjangkan" musuh-musuh politiknya - tidak kira di mana, di pentas ceramah, di media massa mahu pun di dalam Dewan Parlimen - memang Anwar Ibrahim sangat terkenal dengan peranginya yang suka "membogel"kan sesiapa sahaja, janji cita-cita politiknya tercapai. Tabiat Anwar yang suka "menelanjang" dan "membogelkan" para musuhnya dikhalayak ramai - akhirnya memakan diri sendiri! Malam ini, bertempat di Jalan Kebun Kota Raja Kelang, satu ceramah besar-besaran akan diadakan bagi "membogel"kan Anwar Ibrahim pula. Sekiranya selama ini beliau terlalu suka melondehkan seluar orang lain. Maka, pada kali ini, seluar beliau pula yang bakal ditarik dan dirobek-robek oleh masyarakat yang sudah begitu muak dan benci dengan segala ragam kemunafikan Anwar Ibrahim. InsyaAllah roadshow pertama Ummi Hafilda Ali di Jalan Kebun Kota Raja Kelang jam 9.30 malam ini, merupakan permulaan kepada kebangkitan rakyat menolak pembohongan dan penipuan Pakatan Rakyat. Yakinlah - perjuangan murni Ummi pada malam ini adalah titik tolak ke arah satu perjuangan dan jihad suci demi menghancurkan syaitan dan para pembantunya.

Ummi yang sanggup berhadapan dengan segala jentera "jahat" Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya pada malam ini, seolah-olah mempertaruhkan nyawa beliau sendiri bagi menegakkan kebenaran dan menghancurkan kezaliman. Doa saya hanya satu, semoga Allah menguatkan iltizam dan semangat Ummi Hafilda agar terus berjuang sehingga musuh negara ini tersungkur di medan perang! Jumpa anda di sana!!!

OPP LALANG PENJELASAN SEBENAR...

Posted: 10 Feb 2011 06:39 PM PST



Sambil menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tun Hanif Omar menafikan bahawa mantan perdana menteri itu yang telah mengarahkan penangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987.

NONESebaliknya, Hanif (kanan) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir membantah penangkapan tersebut.

"Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar... Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir)," kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya membantah Ops Lalang.

Dalam perbualan ringkas melalui telefon dengan Malaysiakini, Hanif berkata, pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi tersebut.

Dalam operasi tersebut yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang - sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA - ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan, telah dibatalkan.

conversations with mahathir tom plateDalam buku terbaru bertajuk 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri itu memberitahu pewawancara dan wartawan veteran Amerika, Tom Plate bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis, dan tiada apa yang dapat beliau lakukan untuk menghalangnya.
"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya dalam wawancara dengan penulis buku itu, Tom Plate.
Namun, Hanif berkata adalah tanggungjawab Mahathir sebagai menteri dalam negeri bagi menadatangani arahan penahanan selanjutnya selepas tahanan 60 hari yang diperuntukan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri berakhir.

"Terpulang kepada beliau memutuskan selepas itu," kata Hanif.

ops lalang 261005 star front pageMahathir adalah menteri dalam negeri daripada 1986 hingga 1999.

Mengikut ISA, polis boleh menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Penahanan boleh dilanjutkan sehingga tempoh dua tahun dan ada juga yang melebihi jangkamasa berkenaan tetapi perlu mendapat arahan daripada menteri dalam negeri.

Meskipun kebanyakan tahanan dalam Ops Lalang dibebaskan sama ada dengan bersyarat ataupun tanpa syarat, 40 daripada mereka dikenakan tahanan lanjut dua tahun, termasuk setiausaha agung DAP ketika itu, Lim Kit Siang and timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh.

Hanif juga menafikan tangkapan itu bermotifkan politik ataupun pihak polis bertindak kerana tekanan politik.

"Pasukan polis tidak bertindak atas desakan politik," katanya.

KERAJAAN BN BELANJA RM 50 JUTA UNTUK OPP PIRAMID

Posted: 10 Feb 2011 06:35 PM PST

Ops Piramid...RM50 juta

Kos dari segi wang ringgit untuk membawa pulang lebih 11,000 rakyat dan pelajar Malaysia di Mesir dalam Ops Piramid bukan kecik anak. Bayangkan berapa banyak penerbangan Kaherah-Jeddah dan Jeddah-Kuala Lumpur.Jumlah pesawat MAS,Air Asia dan TUDM yang terlibat.Begitu juga Kapal TLDM Bunga Mas yang kena belayar standby di Mesir.

Ini belum masuk soal lojistik,pengangkutan darat, makan minum, pengunaan pusat transit Tabung Haji di Jeddah, bayaran untuk hak mendarat dan bayaran letak pesawat serta segala macam lain yang mungkin tak terfikir.

Ramai bertanya berapa kos keseluruhan Ops Piramid - yakni proses evakuasi rakyat Malaysia dari sebuah negara asing yang terbesar pernah dilancarkan dalam sejarah negara.

Timbalan Menteri Luar,Kohilan Pillay yang terlibat secara langsung dalam operasi itu memberitahu mengikut anggaran peribadi beliau setakat ini jumlahnya tidak kurang dari RM50 juta.

Beliau memberitahu demikian dalam perbualan lintas langsung menerusi telefon dalam rancangan Isu Semasa: Ops Piramid di TV1 Selasa malam.

Dalam perbualan berkenaan beliau juga antara lain memberi rentetan proses dari awal operasi berkenaan.

Katanya sebelum ini Malaysia pernah mengendalikan operasi evakuasi misalnya gempa bumi di Padang. Namun jumlahnya kecil libatkan lebih 200 pelajar saja.

Turut sama menjadi penal rancangan itu ialah wartawan Agendadaily, Helme Hanafi yang memberi prespektif dari sudut pandangan wartawan tentang operasi itu yang dilihatnya semasa lima hari di Kaherah .- 9/2/2011


Umno-BN digesa tidak guna harta awam untuk parti

Posted: 10 Feb 2011 06:32 PM PST

Setiausaha jentera pilihanraya PAS di Melaka, Bahiki Ismail kesal dengan sikap Umno/BN yang terus menerus menggunakan kemudahan awam untuk program politik kepartian.

NONETerbaru, dakwanya kerajaan menyalah-gunakan Dewan Politeknik Merlimau untuk program suaikenal bapa angkat dengan jawatankuasa peti undi DUN Merlimau. Program tersebut melibatkan pengerusi perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga adalah ketua menteri.

Program telah berlangsung Isnin lalu dan melibat semua ketua-ketua peti undi di DUN Merlimau.

"Umno/BN sering menuduh PAS berpolitik di masjid dan surau tanpa bukti tetapi sebaliknya merekalah yang sering menggunakan surau, masjid, sekolah dan institusi masyarakat yag lain untuk program politik mereka".

"Kita tidak kisah jika program itu adalah program kerajaan dan agensi-agensinya tetapi yang kita kesalkan ialah mereka secara terang-terang menggunakan harta rakyat yang dibiayai dengan duit rakyat untuk program politik mereka." kata Bahiki (atas, kanan) dalam satu kenyataan.

NONEJusteru, beliau menggesa tindakan menggunakan harta awam untuk program parti dihentikan serta merta kerana ia jelas mengheret institusi awam ke kancah politik.

Bahiki juga mengingatkan semua pengarah, pengetua, guru besar dan pegawai kerajaan supaya tidak tunduk dengan tekanan politik kepartian sehingga membenarkan institusi di bawah tanggungjawab mereka digunakan sewenang-wenangnya oleh Umno/BN untuk program parti.

"Tuan-tuan dan puan-puan diberi amanah untuk menjaga harta dan kemudahan awam janganlah kerana tekanan politik kita sanggup mengabaikan amanah yang dipikul oleh kita.

azlan"Pengunaan harta dan kemudahan awam sudah berlaku dari dulu, kini dan mungkin selamanya namun kita kesal kerana pihak berwajib seperti polis, SPRM, SPR dan sebagainya tidak berani mengambil tindakan walaupun sudah acapkali kita membuat laporan agar tindakan di ambil ke atas pihak terbabit" katanya.

Beliau berharap Umno/BN tidak mengulangi kesilapan itu pada kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau kerana ia perbuatan menyalah-gunakan duit rakyat.

"Umno/BN wajar mencontohi PAS yang menjalankan program di premis parti kerana PAS tahu etika dan undang-undang.

"Jika perkara ini berulang, PAS juga sepatutnya dibenarkan untuk mengadakan program di semua institusi awam kerana PAS juga parti berdaftar" kata Bahiki lagi.

'Protes harga barang naik, undi PAS

Posted: 10 Feb 2011 06:31 PM PST




Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Hajah Kintan Man menyeru seluruh pengundi pada pilihan raya kecil dewan undangan negeri Merlimau supaya menjadikannya sebagai medan melakukan protes terhadap kenaikan harga minyak dan barangan keperluan yang semakin menghimpit rakyat sekarang.

NONEHarakahdaily memetik Kintan swebagai berkata bahawa kerunsingan terhadap kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian sememangnya bersarang di hati rakyat. Namun rakyat khususnya orang Melayu, menurutnya, tiada kekuatan untuk mengalihkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

"Minda orang Melayu telah didoktrinkan oleh Umno/BN bahawa kenaikan harga barang ini tidak dapat dibendung dan ia merupakan perkara biasa yang tidak dapat dielakkan.

"PAS dan Pakatan Rakyat mesti berusaha gigih untuk memberikan penerangan kepada rakyat bahawa kerajaan BN hari ini gagal menguruskan kenaikan harga barang ini dengan baik sehingga rakyat semakin terhimpit dan sengsara" kata Kintan yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

NONEMenurutnya, rakyat khususnya pengundi di Merlimau mesti diberi kefahaman bahawa antara sebab berlakunya kenaikan harga barang ialah kerana meningkat kos pengeluaran dan pengangkutan disebabkan kenaikan harga minyak yang sebenarnya boleh dielak oleh kerajaan.

"Malangnya kerajaan BN sendiri yang menaikkan harga minyak dengan menghentikan subsidi walaupun pada masa yang sama keuntungan Petronas dan kerajaan meningkat disebabkan kenaikan harga minyak dunia.

azlan"Selain itu kerajaan juga gagal mengawal dan menangani masalah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh pengeluar dan pemborong barangan keperluan sehingga semua tuntutan untuk menaikkan harga dipersetujui oleh kerajaan tanpa sebarang tindakan yang konkrit untuk menanganinya" kata Kintan ketika ditemui di bilik operasi PAS pada pilihanraya kecil Merlimau di Melaka pagi ini.

Kintan mengajak seluruh pengundi Merlimau supaya bangkit memprotes kegagalan kerajaan menangani isu ini dengan memberikan undi kepada calon PAS pada pilihanraya yang akan berlangsung pada 6 Mac ini.

NIK AZIZ,ANWAR, LIM GEMPUR MERLIMAU....

Posted: 10 Feb 2011 06:29 PM PST




Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat akan mengempur Merlimau menjelang pilihan raya kecil dewangan undangan negeri itu pada 6 Mac depan, lapor Harakahdaily.

NONEMenurut setiausaha jentera pilihan raya PAS Melaka, Bahiki Ismail, mereka terdiri daripada mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Selain menggempur kubut kuat BN berkenaan, ketiga-tiga mereka akan juga menghadiri beberapa program yang diaturkan oleh Pakatan Rakyat Melaka.

"Nik Abdul Aziz akan merasmikan markas induk pilihan raya PAS di Taman Muhibbah Merlimau pada 12 Februari, jam 11.00 pagi.

"Beliau (juga) akan menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di pusat tahfiz As-Solihin pada 8.00 malam pada hari yang sama," katanya ketika ditemui di bilik operasi PAS di Merlimau, pagi tadi.

Tambahnya, pada hari yang sama, Nik Aziz akan menyampaikan ceramah bermula jam 9.00 malam di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan Lim.

azlan"Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan berada di Melaka pada 15 Februari di mana beliau akan berceramah di Permatang Seri iaitu di rumah Ibrahim Abdullah," katanya.

Menurut Bahiki kedatangan ketiga-tiga pemimpin besar Pakatan Rakyat itu dilihat mampu menaikkan semangat petugas parti dan sokongan pengundi kepada mereka.

Pakatan Rakyat pada 7 Februari lalu sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Semalam, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata kepimpinan pusat PAS akan bermesyuarat pada Ahad ini bagi memutuskan siapa calon parti itu.

azlanBagaimanapun katanya, mereka tidak akan mengumumkan nama calon berkenaan selepas mesyuarat tersebut, sebaliknya ia akan diumumkan kemudian nanti, mungkin sejurus sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

DUN Merlimau mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

PEMBANGUNAN DI MERLIMAU DIRANCAKKAN LAGI.

Posted: 10 Feb 2011 06:10 PM PST

Taman rekreasi di Jeti Muara Sungai Merlimau

JASIN 10 Feb. - Kerajaan negeri bercadang mewujudkan taman rekreasi yang mengandungi habitat binatang ternakan berhampiran Jeti Muara Sungai Merlimau di sini pada masa depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, rancangan tersebut termasuk dalam projek menaik taraf jeti berkenaan yang melibatkan perbelanjaan kira-kira RM5.6 juta.

Menurutnya, peruntukkan itu disediakan di bawah kerajaan Pusat selepas perlaksanaanya diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan lawatan ke jeti tersebut tahun lalu.

''Jeti Muara Sungai Merlimau ini akan menjadi salah sebuah taman rekreasi di negeri ini malah di situ bukan sahaja ada jeti tetapi ada taman hidupan monyet dan kucing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan nelayan Jeti Muara Sungai Merlimau di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah.

Menurutnya, idea mewujudkan taman rekreaksi itu adalah dari kumpulan nelayan di situ yang merasakan kewujudan habitat kucing dan monyet di kawasan tersebut mampu dikomersilkan sebagai produk pelancongan.

''Pembinaan taman ini adalah idea nelayan di jeti tersebut yang prihatin dengan nasib kucing dan monyet yang terbiar di kawasan tersebut," katanya.

Usaha itu, katanya, selaras dengan komitmen kerajaan negeri yang mahu mempelbagaikan produk pelancongan negeri dari semasa ke semasa.

Selain itu kata Mohd. Ali, projek menaik taraf Jeti Muara Sungai Merlimau dianggap unik kerana jeti akan dibina berbumbung sekali gus pertama diwujudkan di negeri ini.

Menurutnya, bumbung sepanjang 150 meter dibina pada bahagian kiri dan kanan jeti tersebut bagi memudahkan 53 nelayan dan pengunjung menikmati kemudahan tersebut.

Pada masa yang sama, katanya, projek itu turut melibatkan pembinaan menara tinjau di kawasan jeti berkenaan bagi tujuan keselamatan nelayan di situ.

''Apa yang saya lihat, pembinaan semula jeti ini akan melancarkan pergerakkan nelayan untuk menangkap ikan di Selat Melaka.

''Menara tinjau juga akan dibina bagi kemudahan dan keselamatan nelayan," katanya.

Sementara itu, salah seorang nelayan Jeti Muara Sungai Merlimau, Said Bakar, 46, berkata, pihaknya menghargai keperihatinan kerajaan negeri untuk menerima cadangan mereka mewujudkan taman rekreasi di situ.

''Idea ini dihasilkan oleh pera nelayan bersama-sama dan kami sangat terharu kerana ia mendapat perhatian.

''Para nelayan juga amat menghargai komitmen kerajaan untuk menaik taraf jeti lama di sini demi memudahkan nelayan menjalankan urusan harian dengan lebih baik pada masa depan," katanya.

3 MINIT UNTUK JADI PENGUNDI

Posted: 10 Feb 2011 06:06 PM PST


Hanya ambil masa tiga minit untuk mendaftar sebagai pengundi

PUTRAJAYA 10 Feb. - Bukan satu atau dua jam, tetapi hanya tiga minit sahaja diperlukan untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih baru dan seterusnya layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu sekali gus menolak dakwaan golongan yang sering memberi pelbagai alasan termasuk tidak ada masa untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, tindakan itu amat penting untuk memilih pemimpin kesukaan mereka yang difikirkan layak memimpin negara.

Bagaimanapun, katanya, dalam konteks itu, SPR tidak akan 'duduk diam' malah akan terus melipatgandakan usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai tanggungjawab berkenaan.

''Hanya tiga minit diperlukan untuk mendaftar dan perkara itu boleh dibuat di semua pejabat SPR negeri masing-masing atau di pejabat pos.

''Pegawai-pegawai kami juga akan pergi ke tempat tumpuan orang ramai seperti kompleks membeli-belah, pusat latihan termasuk pusat-pusat pengajian bagi memudahkan urusan pendaftaran dibuat,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abd. Aziz berkata, sebagai menghadapi persiapan pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan selewat-lewatnya Julai ini, SPR menjalin kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftarkan penduduk di rumah-rumah panjang dan di kawasan pedalaman.

''Kami sendiri pergi berjumpa dengan penduduk selain menambah kaunter daftar di bandar-bandar besar seperti di Kuching, Miri dan Sibu.

''Selain bekerjasama dengan JPN, SPR turut melantik Penolong Pendaftar Sementara di kalangan parti politik, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan pertubuhan belia untuk membantu kami,'' katanya.

Menerusi usaha tersebut, jelas beliau, seramai 465,201 penduduk Sarawak yang mungkin terlepas peluang untuk mengundi berjaya didaftarkan.

''Namun jika rakyat masih menganggap mendaftar sebagai pemilih tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka, usaha ini akan menjadi sia-sia,'' katanya.

Mengikut Daftar Pemilih terkini suku ketiga 2010 yang diwartakan pada 27 Disember lalu, Sarawak mempunyai 1,435,638 penduduk yang melepasi umur 21 tahun dengan 970,437 daripadanya telah mendaftarkan diri sebagai pengundi./td>

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

0 ulasan
sumber :-

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Bantuan ANDA diperlukan!

Posted: 11 Feb 2011 07:19 AM PST

Salam para sahabat..dikhabarkan bahawa seorang AJK Perkasa telah hilang,klik : http://www.sahabat-gunung.com/2011/02/inilah-wajah-farid.html .
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DunSemarang

0 ulasan
sumber :-

DunSemarang


Sambutan Maulidurrasul ..15.02.2011 Masjid Jamek Sultan Ibrahim Ayer Hitam

Posted: 10 Feb 2011 10:54 PM PST


Sambutan Maulidur 2011 Akan di adakan seperti maklumat berikut.

7.30 pagi : persediaan perarakan di tapak balai polis lama ayer hitam
7.45 pagi : penilaian sepanduk dan susunan perbarisan
8.00 pagi : perarakan bermula ke perkarangan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Ayer Hitam.
8.30 pagi : ceramah maulidur rasul


Muslimin & Muslimat seluruh Ayer Hitam khasnya & seluruh Johor amnya dipersilakan hadir, beramai-ramai untuk memjayakan majlis tersebut dan sebagai lambang perpaduan Umat Islam. Semuga kita akan mendapat hidayah dari majlis tersebut. (Terima Kasih Unit IT Umno Ayer Hitam, berita dan Bmp yang di lakarkan)ByM69

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

0 ulasan
sumber :-

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA


Rumah Terbuka Parlimen Setiawangsa

Posted: 07 Feb 2011 10:26 AM PST




























Menyusur Akar - Sumbangan Aidilfitri kepada Keluarga Miskin

Posted: 07 Feb 2011 10:25 AM PST













Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian Setiawangsa

Posted: 07 Feb 2011 10:25 AM PST





Sayap Parti

Bahagian