Sabtu, 22 Januari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


"Bersumpah al-quran jika tidak pernah terbabit aktivti liwat " - Syed Ali

Posted: 21 Jan 2011 11:58 PM PST

BAGI mengelak maruah dan harga dirinya terus tercemar, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar supaya mengistiharkan punca sumber kewangan yang membiayai percutiannya ke luar neegri.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hidup semakin mewah dan kerap kali ke luar negeri sejak disingkirkan daripada kabinet.

"Rakyat tertanya-tanya, darimana Anwar mendapat sumber kewangan sehingga lawatannya ke luar negeri mengalahkan menteri kabinet, apakah puncanya daripada talibarut asing terutama di Amerika Syarikat?" soal beliau.

Beliau juga hairan bagaimana ahli-ahli PKR tidak pernah terfikir bagaimana dan daripada mana Anwar memperolehi dana yang banyak untuk menggerakan parti itu.
"Ini bermakna kemungkinan ada kuasa asing yang menjadikan beliau sebagai umpan untuk menjahanamkan negara ini," tegasnya.

Sehubungan itu jelas beliau, jalan paling baik untuk Anwar ialah mengumumkan aset yang beliau miliki dan daripada sumber kewangan yang diperolehi beliau selama ini.

Jika Anwar gagal berbuat demikian, Syed Ali berkata memang jelas Ahli Permatang Pauh itu tidak ada harga diri.

Beliau juga sekali lagi mencabar Anwar supaya bersumpah laknat di masjid bersaksikan al-quraan bahawa dia tidak pernah terbabit dalam kegiatan liwat.

"Kalau beliau bersih dan tidak pernah melakukan seks songsang sepertimana yang diragui rakyat, maka saya cabar dia bersumpah menggunakan al-quran," tegasnya.

Beliau kesal kerana sekutu Anwar dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PAS juga tidak berani untuk menyuruh beliau bersumpah.

"PAS kata berjuang berpedomankan al-quran, tetapi kenapa dalam kes liwat ini, tak ada seorang pun pemimpin parti itu termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berani menyuruh Anwar bersumpah dan bertaubat," katanya.

Beliau berkata, pemimpin PAS seringkali melaungkan slogan kebenaran berasaskan ajaran Islam tetapi dalam isu liwat Anwar mereka terus bersubahat.

Dalam hal ini tegas Syed Ali, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah menunjukkan keberaniannya untuk membersihkan dirinya dengan bersumpah di masjid apabila dikaitkan dengan isu wanita Monggolia, Altantuya.

"Jika Najib berani bersumpah atas nama kebenaran, kenapa pula Anwar masih takut untuk bersumpah jika benar dirinya bersih dan tidak pernah terbabit dalam aktiviti liwat," tegasnya lagi.

Bagaimana jelas beliau, walaupun Najib telah bersumpah beberapa kali di masjid bahawa beliau tidak ada kaitan dalam kes Altantuya tetapi dirinya masih juga diserang dengan pelbagai fitnah jahat.

"Inilah sikap Anwar dan pengikutnya yang tidak mahu menerima kebenaran sebaliknya terus hidup dengan pembohongan demi pembohongan," tambahnya.




PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PENAMAAN CALON DUN N05 TENANG

Posted: 22 Jan 2011 06:03 AM PST

Penamaan calon yang berakhir pada jam 11 pagi tadi, secara rasminya BN dan Pas bertanding secara satu lawan satu. Kempen Pilihanraya akan mula digerakkan secara agresif terutamanya oleh peraih undi yang kebanyakannya datang dari luar negeri Johor.
Dun Tenang merupakan gambaran paling ideal untuk menggambarkan komposisi pengundi di Semenanjung jika berlakunya Pilihanraya Umum. Kerana itu ramai beranggapan keputusan di DUN ini akan memberi reaksi segera terhadap penetapan tarikh PRU 13.

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Air Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya

Posted: 22 Jan 2011 03:21 AM PST

Pengikut