Jumaat, 14 Januari 2011

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


ORANG ASLI DIINGATKAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN HASUTAN PEMBANGKANG !!!

Posted: 14 Jan 2011 05:00 PM PST


Masyarakat Orang Asli diingatkan supaya tidak terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang mendakwa kononnya kerajaan gagal membawa kemajuan serta perubahan kepada mereka.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, hasutan tersebut bukan sahaja satu pendustaan besar tetapi dilakukan atas niat politik.

"Cuba tanya mereka, apa yang sudah mereka lakukan dalam membantu Orang Asli melainkan dengan menabur fitnah sahaja.Bagi kerajaan Barisan Nasional (BN), kita tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap Orang Asli walaupun jika mengikut statistik, jumlah mereka hanya dalam lingkungan 150,000 orang atau lima peratus daripada 28 juta penduduk negara ini," katanya.

Beliau berucap melancarkan logo baru Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang kini ditukarkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di sini hari ini.Hadir sama timbalannya, Datuk Hasan Malek dan Ketua Pengarah Jakoa, Datuk Mohd. Sani Mistam.Pada majlis tersebut, Shafie turut melancarkan Klinik Bergerak pertama Jakoa yang akan digunakan di seluruh kawasan perkampungan Orang Asli di negara ini.Shafie berkata, penukaran nama JHEOA kepada Jakoa merupakan satu lagi komitmen kerajaan dalam membangunkan kaum berkenaan.

''Kini kita bukan sahaja mahu menjaga hal ehwal tetapi mahu membawa kemajuan kepada golongan tersebut dalam ruang lingkup lebih luas mencakupi aspek ekonomi, sosial dan pembangunan insan serta pendidikan," ujarnya.

Beliau menambah, usaha membasmi kemiskinan di kalangan Orang Asli turut menjadi keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dengan sasaran mengurangkan kemiskinan kepada 25 peratus berbanding 49 peratus tahun lalu.Menurutnya, program pendidikan pula akan diberikan penekanan bermula dari peringkat asas pendidikan bagi memastikan pelajar kaum berkenaan bersedia menghadapi cabaran pada peringkat seterusnya sehingga ke universiti.Sehubungan itu katanya, kementerian sedang melatih enam pelajar Orang Asli dalam pelbagai bidang pelajaran untuk dihantar ke universiti di luar negara.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

LAUNGAN AZAN DI PERMAIN2 KAN.......

Posted: 14 Jan 2011 04:00 AM PST


Pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinci mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".

Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.

"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini.

Mahadi yang mula bertugas di masjid berkenaan sejak Mac tahun lalu berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu.
Arahan pihak atasan

Bagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan".

"Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu.

Mahadi berkata beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - dimajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.

Katanya, dalam surat tersebut - yang salinannya diberi oleh JAWI kepada pihak masjid - peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu "amat lantang" sehingga mengejutnya dari tidur.

Difahamkan peguam tersebut tinggal di pangsapuri berkenaan - yang terletak lebih kurang satu kilometer dari situ.

Mahadi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh JAWI bahawa beberapa hari sebelum ini, peguam berkenaan ada menelefon jabatan itu, merungut bahawa bunyi azan "masih lagi kuat".

Sehubungan itu, Mahadi meminta peguam berkenaan bertemu dengan pihak pengurusan masjid untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Mengenai rungutan penduduk yang mereka tidak lagi mendengar bacaan al-Quran dan pengajian kuliah Maghrib manakala laungan azan Jumaat yang perlahan sekarang, Mahadi sekali lagi berkata: "Saya tidak boleh berbuat apa-apa, kita hanya terima arahan dari pihak atasan".

Selain memperlahankan kadar pembesar suara bagi laungan azan, Mahadi berkata pihaknya turut mendapatkan maklum balas dari penghuni pangsapuri Pantai Hill Park (kelihatan di belakang masjid).

"Kira-kira 10 orang yang ditanya, kebanyakanya berkata laungan (pembesar suara) azan adalah biasa, tidak mengganggu tidur... tak ada apa-apa (masalah), tak ganggu," katanya.

Ditanya mengenai rancangan sekumpulan individu untuk mengadakan perhimpunan membantah tindakan peguam berkenaan, Mahadi berkata, pihaknya ada mendengar mengenainya.

"Tetapi kita (masjid) tidak terlibat apa-apa," katanya sambil menambah beliau tidak mengetahui identiti kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan perhimpunan memprotes aduan peguam tersebut akan diadakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut esok, yang akan diketuai sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Ayahanda Malaysia.

Ketika dihubungi Malaysiakini, penolong setiausaha majlis tersebut, Amin Rahim Harun berkata, kira-kira 500 orang akan menyertai perhimpunan itu.

"Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana ia menjadi isu sensitif kepada orang Melayu," katanya.

PRK TENANG ! JANGAN MAIN ISU PERKAUMAN !!!

Posted: 13 Jan 2011 11:00 PM PST


Semua pihak yang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang diingatkan supaya tidak memainkan isu perkauman atau bakal berdepan tindakan tegas pihak berkuasa.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dalam perkara itu kerana ia akan mengeruhkan keadaan dan mengancam keharmonian kaum.

"Isu sensitif perkauman berkemungkinan digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak kisah untuk mengeruhkan keadaan di Labis dan jika ini berlaku pihak polis akan bertindak menegakkan undang-undang negara. Saya menuntut pihak polis mengambil tindakan.Setelah selesai pilihan raya, pihak yang meniupkan isu ini akan balik ke kawasan mereka tetapi penduduk Tenang yang akan mengalami kesusahan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Taklimat Keselamatan yang diadakan di Balai Polis Labis di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, segala keperluan polis termasuk semua perkara yang boleh menjejaskan PRK DUN Tenang telah diambil kira dalam taklimat dengan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali hari ini.Menurutnya, pemantauan dimulakan sejak di peringkat awal iaitu sebelum dan selepas proses penamaan calon dan pengundian.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SELAMAT HARI PONGGAL.

Posted: 14 Jan 2011 10:13 AM PST

 

Najib ucap selamat hari Ponggal kepada kaum India


2011/01/14

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Ponggal kepada kaum India di negara ini.

"Dengan semangat 1Malaysia, saya menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama saya bagi mengucapkan selamat hari Ponggal kepada kaum India, dan semoga dilimpahi kemakmuran," katanya dalam mesej Ponggal melalui Facebooknya hari ini.
Ponggal menandakan bermulanya bulan Thai dalam kalendar India dan disambut dengan beras manis bagi anggota keluarga dan sahabat handai dan sambil berterima kasih atas hasil tuaian yang banyak.
Perayaan itu disambut selama empat hari dengan pelbagai aktiviti.

Pada hari pertama, Bhogi, pakaian dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar menandakan permulaan kehidupan baru manakala pada hari kedua hari Ponggal, disambut dengan memasak susu segar awal pagi dan dibiarkan sehingga melimpah, satu tradisi yang diterjemahkan secara literal bagi Ponggal (dalam bahasa Tamil).

Orang ramai juga menyediakan juadah dan manisan dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.

Pada hari ketiga, Mattu Ponggal, ia bermakna untuk berterima kasih kepada ternakan lembu dan kerbau kerana digunakan untuk membajak tanah manakala pada hari terakhir, Kanum Pongal, orang ramai pergi berkelah.
Semasa musim Pongal, orang ramai memakan tebu dan menghiasi rumah mereka dengan "Kolam". - BERNAMA

ANTARA REALITI DAN RETORIK

Posted: 14 Jan 2011 09:59 AM PST

Felda:Cuba kira lojik ke tak lojik


Resolusi pakatan pembangkang untuk membahagikan semua tanah rancangan Felda kepada anak-anak peneroka adalah tidak lojik dan boleh membawa kesan kurang baik, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
"Memang bunyinya sedap nak bercakap. Jika dikira, pembahagian tanah Felda sebanyak 330,000 hektar kepada lebih kurang 1.6 juta anak peneroka, ia bermakna setiap seorang hanya akan mendapat seekar sahaja. Apa yang nak dibuat dengan tanah seekar? Bagaimana implikasinya terhadap orang lain?
"Resolusi itu tak lojik kerana segala hasil daripada tanah seluas 330,000 hektar itu dikembalikan semula kepada peneroka dalam pelbagai bentuk seperti program kemahiran, pembangunan prasasana dan sebagainya.
"Adalah lebih pintar kita membinanya sebagai satu konglomerat yang besar dan hasilnya dikembalikan kepada peneroka dan generasinya daripada kita memecahkan tanah-tanah itu dan bagi kepada anak peneroka," katanya ketika mengulas salah satu resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada Ahad.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Felda Bersama Media yang diadakan di Bilik Perdana Dewan Perdana Felda di Jalan Maktab, Kuala Lumpur, Isnin. Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor.
"Kalau ayah sudah diberi tanah,selepas itu kita bagi anak-anak mereka, ia akan menimbulkan implikasi yang kurang baik. Falsafah yang dipegang Felda ialah, ayah dan ibu kita bagi ikan. Anak-anak dan cucu-cucu kita ajar mengail ikan. Itulah sebabnya setiap tahun kita peruntukkan RM50 juta untuk program-program kemahiran untuk anak-anak peneroka," katanya.
Ahmad Maslan berkata, sehingga kini Felda telah melatih 33,017 anak peneroka dalam program kemahiran dengan nilai RM210 juta.
Mengulas mengenai cadangan PKR menubuhkan biro Felda di setiap negeri, Ahmad Maslan berkata parti itu sebenarnya meniru apa yang telah dibuat oleh UMNO.
"Di setiap bahagian UMNO yang mempunyai kawasan Felda, kita sememangnya sudah ada biro. Kami sudah lama buat. Mereka tiru kita sebenarnya," katanya.
Ahmad Maslan berkata, dia yakin pembangkang akan memanupulasikan isu-isu berkaitan Felda dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Tenang tidak lama lagi di mana kira-kira 4,000 peneroka Felda akan mengundi.
"Saya yakin Felda akan dijadikan isu di PRK Tenang kerana di situ ada tiga kawasan Felda, iaitu Felda Tenang, Cempelak dan Cempelak Barat. Tetapi kami dengan tenang akan menghadapinya dan menjelaskan isu-isu semasa yang diputar belitkan oleh pembangkang."
"Saya dan Tan Sri Yusof Noor akan turun padang ke kawasan-kawasan Felda ini untuk meninjau dan merangka strategi untuk mempertahankan kubu kami di Felda," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan turut mengumumkan, Felda akan mewujudkan beberapa anugerah untuk media tahun depan.
Katanya, Felda akan membentuk sebuah panel untuk memberikan pengiktirafan kepada media di segi penulisan rencana terbaik, dokumentari atau cerita TV terbaik serta penulisan blog terbaik dan foto terbaik.
Beliau turut mengumumkan Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan Felda menerbitkan sitkom 13 episod mengenai kehidupan peneroka Felda dan juga penerbitan dokumentari TV mengenai kejayaan organisasi itu.
Sitkom 13 episod yang akan ditayangkan tahun depan itu akan dibintangi oleh Sabri Yunus dan diarahkan oleh Hafsham yang sebelum ini pernah mengarahkan sitkom Pi Mai Pi Mati dan 2+1. – 20/12/10.

PRK TENANG : PAS DAN PKR BERBALAH....LAKONAN LAGI

Posted: 14 Jan 2011 09:52 AM PST

Tenang: PAS tak benar PKR kempen di kawasan Melayu

Ini satu yang menarik,bila PKR dimaklumkan bahawa PAS Johor tidak membenarkan parti itu berkempen di kawasan Melayu dalam pilihanraya DUN Tenang akan datang.
Sumber PKR memberitahu Agendadaily, perkara tersebut dimaklumkan dalam mesyuarat MPP PKR yang diadakan baru-baru ini.
"PKR hanya diminta tumpu di kawasan Cina dan India sahaja, di kawasan Melayu, PAS akan berkempen sendirian atau bersama beberapa NGO tetapi bukan PKR atau DAP,"kata sumber tersebut.
PAS dipercayai akan memberi tumpuan untuk memperolehi sebanyak mungkin undi Melayu di Felda Tenang, Felda Cemplak dan Felda Cemplak Barat.
Menurut beliau, tindakan PAS yang mendiskriminasi PKR itu menjadi tanda tanya mengenai persepsi sebenar parti tersebut terhadap PKR.
"Apakah PAS sendiri termakan propaganda UMNO bahawa PKR parti anti-Melayu?, sampai mereka arah PKR jangan berkempen di kawasan orang Melayu,"soal beliau.
Bagaimanapun menurut sumber tersebut, berdasarkan keputusan MPP tempoh hari, pemimpin tertinggi PKR akan bertemu pemimpin PAS Pusat untuk merayu supaya PKR dibenarkan berkempen di kawasan Melayu.
Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya Datuk Sulaiman Taha baru-baru ini. SPR telah menetapkan 30 Januari hari mengundi manakala 22 Januari hari penamaan calon.
Sementara itu, Agendadaily yang menghubungi seorang pemimpin PAS Pusat enggan mengesahkan atau menafikan dakwaan PKR itu.
Cuma beliau memberitahu PAS akan menggunakan strategi tidak provokatif sepanjang kempen pilihanraya kecil bermula 22 Januari ini.
Ini berikutan PAS tidak kuat di kawasan tersebut dengan PAS kawasan Tenang hanya mempunyai enam cawangan sahaja.
"Tenang memang kubu UMNO dan Barisan Nasional, cuma majoriti mereka merosot dalam PRU 12 lalu kerana pengundi Cina menyokong calon pembangkang,"katanya yang enggan namanya disiarkan.
Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang di kawasan Cina iaitu mendapat undi antara hingga 67 peratus di peti undi majoriti kaum Tiong Hua itu.
Berdasarkan keputusan PRU 12, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96 peratus Cina, PAS memperolehi 66.8 peratus undi.
Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5 peratus pengundi Tiong Hua pula, PAS memperolehi 52.5 peratus undi.
Di Labis yang mempunyai 58.3 peratus Cina dan 32.4 peratus India, PAS mendapat 50.6 undi berbanding BN.
"PAS harap PKR dan DAP boleh dapat undi Cina semaksimum mungkin sementara PAS akan cari undi orang Melayu,"katanya lagi.
Menurut beliau, walaupun PAS Tenang lemah dengan hanya ada enam cawangan, tetapi jentera PAS Pusat akan bantu untuk masuk ke kawasan Felda dan kampung tradisi.
"Untuk kampung tradisi Melayu telah diamanahkan kepada PAS Kelantan,"katanya.
Tambahnya lagi, PAS Terengganu akan menjaga Felda Chemplak, PAS Pahang pula diamanahkan menjaga Felda Tenang dan PAS Perak menjaga Felda Chemplak Barat.-13/1/2011

BILA UMMI HAFILDA BUKA MULUT......

Posted: 14 Jan 2011 09:43 AM PST

ANU WAR TUTUP  MULUT.... NAK TENGOK DIA DEBAT DENGAN UMMI DI MAHKAMMAH NANTI....
DEBAT YANG TERMAHAL DAN CIPTA REKOD

ISU ARAK DI SELANGOR : LAKONAN MURAHAN OLEH PAS DAN SKRIP OLEH DAP

Posted: 14 Jan 2011 09:34 AM PST

 

Dua exco kerajaan negeri Selangor mempunyai penakrifan berbeza berhubung larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan aliJika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali (kanan) mempunyai definisi yang berlainan.

"Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga
hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

"Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan media.
NONELiu (kiri) juga semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan "kerajaan negeri tidak menyedarinya."

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu," katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Namun, menurut Hasan yang juga pesuruhjaya PAS Selangor , di bawah Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, peruntukan dibuat tidak membenarkan orang-orang Islam melibatkan diri di dalam urusan penjualan minuman keras.
Kekang maksiat

"Di dalam undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga terdapat persyaratan yang boleh menggunapakai peraturan yang serupa di dalam urusan pemberian lesen kepada pengusaha-pengusaha penjualan minuman keras tersebut," katanya.

Hasan berkata kedua-dua peruntukan itu dengan sendirinya boleh digunakan untuk mencegah orang-orang Islam daripada terjebak dengan hal-hal yang berkaitan dengan minuman keras yang diharamkan oleh agama Islam.

NONE"Perlu disebutkan larangan ini terkhusus kepada orang-orang Islam tanpa melibatkan orang-orang yang bukan Islam. Oleh itu tidak perlu ada kebimbangan daripada mana-mana pihak tentang perlaksanaan peraturan-peraturan seperti di atas," katanya.

Beliau juga berkata penguatkuasasan yang dijalankan oleh MPSJ itu merupakan antara usaha mengekang kegiatan maksiat melibatkan minuman keras yang begitu menjadi- jadi terutamanya yang melibatkan masyarakat Islam di negeri ini.

Beliau berharap semua pihak menerima pendekatan berkenaan dengan dada yang terbuka dan tidak ada mana-mana pihak yang tampil mempolitikkan isu tersebut.

LIWAT II : BILA NAK HABIS NIE.....ASYIK TANGGUH JE

Posted: 14 Jan 2011 09:27 AM PST

 
 
 
Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini sebulat suara menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Penghakiman dibuat oleh panel tiga anggota yang diketuai oleh hakim Datuk Low Hop Bing, yang membenarkan bantahan awal dan memutuskan bahawa perkara itu tidak boleh dirayu.

"Mahkamah memutuskan tertuduh tidak mempunyai hak untuk merayu pada peringkat interlokutori.

azlan"Kami kekalkan bantahan awal oleh pihak pendakwaan dan menolak rayuan itu," kata Low.
Bantahan awal dikemukakan oleh timbalan pendakwa raya Mohamed Hanafiah Zakaria yang berhujah bahawa keputusan itu tidak boleh dirayu sepertimana ketetapan Seksyen 50 (1) (a) dan Seksyen 3, Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Hakim lain dalam panel berkenaan adalah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Ahmad Maarop.

Pada 6 Disember tahun lalu, Mohd Zabidin menolak permohonan pihak pembela supaya beliau menarik diri daripada terus mendengar kes tersebut.

Zabidin berkata, berdasarkan kepada transkrip mahkamah yang telah dibacanya, tidak berlaku berat sebelah di pihaknya, dan berikutan itu beliau menolak permohonan tersebut.

Permohonan itu dibuat ekoran dakwaan bahawa Zabidin mengancam peguam utama pihak pembela, Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah, selepas Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mahu membatalkan hakim tersebut kerana tidak mematuhi keputusan Mahkamah Agung membabitkan usaha pihak pembela untuk mendapatkan proforma form yang dirujuk oleh saksi Dr Siew Sheue Feng.

azlanWalaupun Zabidin menarik balik kenyataannya itu dan kemudiannya memerintahkan Dr Siew dari Hospital Kuala Lumpur menyerahkan proforma form yang digunakan sewaktu melakukan pemeriksaan ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetapi Karpal masih bertegas dengan tindakan membatalkan hakim tersebut dengan alasan wujud bahaya berlakunya berat sebelah.
Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Kes itu dijadualkan untuk pengurusan kes pada Isnin.

Terdahulu, peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh menggesa mahkamah menolak bantahan awal pihak pendakwa kerana menurutnya keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu kerana ia merupakan perintah muktamad.

Katanya jika Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu, masalah berhubung perkara itu akan berakhir.

PENYAKIT INI SERANG ORANG MUDA...JAGA-JAGA....

Posted: 14 Jan 2011 09:14 AM PST

Pesakit jantung muda meningkat

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

20 PERATUS pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Ramli dalam usia lewat 30-an sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat. Terlalu sibuk hinggalah tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri.

Pada suatu pagi, sewaktu Ramli hendak ke pejabat, dia mengalami rasa sakit dada yang amat sangat. Rasa sakit itu menyebabkan dia sukar bernafas dan tiba-tiba pitam.

Apabila Ramli pulih dan sedar semula, dia mendapati dirinya berada di hospital. Apakah yang telah berlaku?

"Ramli, anda telah mengalami serangan jantung . Saya dapati serangan jantung berpunca daripada tabiat merokok anda," terang doktor.

Kisah Ramli adalah lazim bagi kebanyakan penghidap sakit jantung tetapi belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini.

Kebanyakan pesakit mungkin dengan secara tiba-tiba diserang dengan gejala-gejala terkejut seperti sesak nafas, sakit dada atau debaran jantung .

Biasanya selepas ini berlaku, barulah mereka bergegas berjumpa doktor dan diberitahu apa yang mereka alami sebenarnya merupakan gejala-gejala sakit jantung.

Sejak akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda hingga menyebabkan kematian mengejut.

Misalnya, berita kematian pelakon popular, Mohd. Faisal Yusup, 33 yang dipercayai diserang sakit jantung membuatkan orang ramai terfikir, betapa jahatnya penyakit jantung.

Pendek kata, sakit jantung kini tidak lagi berperangai ala-ala gadis sunti yang malu-malu seperti mana pernah dipertontonkannya dahulu.

Ia bukan lagi penyakit pak cik, mak cik. Bukan juga ia menyerang orang-orang kaya sahaja. Sila buang tanggapan anda bahawa ia jarang-jarang membunuh seperti tabiatnya sebelum ini.

Wabak ini juga dikatakan menjadi semakin kerap menyerang golongan muda.

Meningkat

Menurut kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dijalankan Perunding Kardiologi PPUM, Dr. Ahmad SyadiMahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Hasil kajian juga menunjukkan lebih 95 peratus terdiri daripada lelaki.

Pakar Perunding Kardiologi, Pensyarah Kanan PPUM, Dr. Zul Hilmi Yaakob memberitahu, kajian itu bertujuan membuat perbandingan antara statistik pesakit muda dan tua.

Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.

"Kebanyakan pesakit mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk aktif merokok. Pesakit juga tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan dibuat.

Ada juga pesakit menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda," ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai menjalankan gaya hidup sihat, berhenti merokok dan segera membuat pemeriksaan di bahagian kecemasan hospital jika tiba-tiba mengalami sakit dada.

Sementara itu, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.

Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.

Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.

Pemeriksaan kesihatan

Terdapat beberapa simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:

* Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.

* Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.

* Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat

* Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada

* Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.

* Kepala berpusing

* Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Dr. Zul Hilmi menasihatkan agar mereka yang mempunyai simptom-simptom tersebut supaya tidak membiarkan sehingga ke peringkat yang serius.

"Hampir sebahagian besar pesakit tidak mengendahkan simptom-simptom tersebut dengan alasan ia tidak serius. Apa yang perlu, jika anda mengalami simptom tadi, lakukan pemeriksaan kesihatan segera," jelasnya.

Bagaimanapun, sikap tersebut merugikan kerana rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap serius penyakit yang dihidapi.

KETUANAN DAP SEMAKIN HAMPIR........

Posted: 14 Jan 2011 09:09 AM PST

abtu, 2011 Januari 15

DAP Hampir Berjaya Capai Hasrat Ketuanan DAP di Malaysia


...jangan benarkan rakyat bersatu...jangann...
ketepikan saja ajaran Islam!..utamakan hasrat untuk hancurkan UMNO-BN

DAP semakin berjaya menusukkan jarum halusnya supaya rakyat berpecahbelah. Kelemahan Pemimpin Pas dan keghairahan nafsu peribadi Nuar Berahim memudahkan grand design Lim Kit Siang dan kuncu-kuncu cauvinist-racist DAP.

Arah tuju dan matlamat politik DAP tidak pernah berubah walau sedikitpun. Cita-cita ulung mereka hanya satu iaitu menghapuskan Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang dan menggantikannya dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia yang akan memartabat dan mendaulatkan Ketuanan DAP.

Dua perkara teras yang mereka lakukan dan akan terus lakukan.

Pertama menentukan supaya di Malaysia hanya wujud dua kaum sahaja iaitu Kaum China dan Kaum Bukan China.

Kedua, DAP akan usahakan supaya Kaum China bersatu di bawah satu pegangan politik sahaja walaupun menjadi ahli dalam banyak parti politik yang berasaskan kaum China. Manakala Kaum Bukan China pula akan digalakkan bersengketa sesama sendiri sehingga tidak mampu mempertahan dan memiliki kuasa politik.

Usaha DAP ini sudah menampakkan kejayaan besar!

DAP sudah berjaya menanam rasa prasangka sehingga Kumpulan Kaum Bukan China sudah mula memandang serong dan mempertikaikan titah DYMM Seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong, iaitu Raja mereka sendiri. 

 KUALA LUMPUR, 13 Jan: DAP dan PKR melahirkan rasa puas hati mereka dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden PAS ekoran pertemuan dua pemimpin tertinggi PAS dengan Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin tertinggi Umno.


"Saya penuh yakin, PAS terus komited bersama Pakatan Rakyat walaupun telah bertemu dengan para pemimpin Umno itu," kata Lim Kit Siang dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.


Mesyuarat itu diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini.

Sumber: Harakahdaily

Di pihak DAP, apa yang dibincangkan di antara Yang DiPertuan Agong dengan pemimpin-pemimpin Kaum Bukan China ini tidak penting. Yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan oleh DAP kepada Kaum China iaitu:

 "Marilahkita terus bersatu...kita telah berjaya kerana mereka telah menentang Raja mereka sendiri" 

Dengan pertolongan Nuar Berahim dan PAS, DAP akan pastikan Kaum Bukan China akan terus berperang sesama sendiri. Manakala untuk meningkatkan penyatuan politik Kaum China, DAP akan terus memberi harapan yang tinggi bahawa Ketuanan DAP/MCA/Gerakan semakin hampir menjadi kenyataan.

Mengenepikan UMNO adalah agenda hidup mati DAP.

Mengalihkan kuasa politik dari UMNO ke tangan Kaum Parti Bukan China yang lain seperti Pas dan PKR membolehkan Ketuanan DAP bermaharajalela. Seperti yang berlaku di Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

DAP sudah hampir berjaya mencapai hasrat mewujudkan Ketuanan DAP di Malaysia.

AMANAT PM 2011

Posted: 13 Jan 2011 04:38 PM PST

PESANAN PERDANA MENTERI TAHUN 2011


1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab bagi mencorakkan masa depan yang lebih baik demi generasi akan datang, serta meletakkan negara di kedudukan yang sepatutnya.

2. "Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian. Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada hari ini.

2. "Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya,".

3. "Ini bukanlah masa untuk bereksperimen tetapi waktu untuk memperbaharui kepercayaan dan mengukuhkan keyakinan kepada apa yang telah terbukti berkesan,".

4. "Sebagai kerajaan yang begitu prihatin dalam meresapi nadi dan naluri rakyat, kita tidak akan sekali-kali membelakangkan kepentingan orang ramai dengan menjanjikan sesuatu atau mengambil sebarang keputusan yang pada mata kasarnya popular namun hakikatnya bersifat amat menjejaskan kemudian hari terhadap kepentingan semua,"


5. "Mengambil iktibar daripada kekhilafan-kekhilafan sekeliling, sepanjang 2010, kita telah merancang asas-asas yang kukuh bagi menentukan keseluruhan potensi dan sumber negara mampu dirangsang serta diaturgerakkan ke arah tercapainya wawasan kebangsaan," katanya.

Antara yang diperkenalkan termasuk pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) bersama enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan 12 NKEAnya, sebagai teras kepada Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia ke-10 dan Bajet 2011 - yang merupakan peta laluan komprehensif untuk mengangkat taraf dan mutu hidup lebih tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia.

6. "Sejak sekian lama, kerajaan yang diberi mandat telah mentadbir dan berusaha dengan ikhlas untuk memberikan yang terbaik kepada keperluan rakyat serta kemajuan negara.

7. "Sayangnya terdapat pihak-pihak yang menangguk di air keruh dengan sewenang-sewenangnya menuduh bahawa kerajaan hanya berminat terhadap projek-projek tertentu terutamanya yang berbentuk mega. Sesungguhnya lemparan kata-kata itu tidak benar sama sekali,"

Sinis menepis kritikan beberapa pihak, khususnya pembangkang, mengenai pembinaan beberapa projek seperti pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Menara Berkembar Petronas dan Jabatan Pulau Pinang, Najib berkata, pihak yang sama kini tersipu-sipu malu dan terkesima untuk mengakui kesilapan mereka kerana terbukti projek-projek yang dilaksanakan kerajaan itu telah memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.

8. "Persoalannya jika pendapat mereka terbukti salah dalam perkara yang sebegitu besar, bagaimanakah mungkin rakyat boleh mempercayai lagi sebarang janji mereka?

9. "Apatah lagi baru-baru ini janji 100 hari mereka yang hanya akan menambahkan lagi perbelanjaan tanpa mengambil kira realiti pendapatan serta punca kewangan negara,".

Berharap rakyat Malaysia mampu melihat dan menilai "yang mana kaca, yang mana permata", Najib menegaskan bahawa kerajaan sejak dahulu telah memberi perhatian kepada matlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan.

10. "Ia berkadar terus, ertinya, semakin meningkat pendapatan kerajaan, maka semakin meningkat perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat," katanya yang menyeru seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyahut seruan untuk menuju ke puncak kejayaan

ANWAR TERKANGKANG KENA DGN ABIM

Posted: 13 Jan 2011 04:28 PM PST

DEBAT : ANWAR PERNAH TEWAS 3 MINGGU LEPAS.

 anwar nak cover kemaluannya bila ditewaskan oleh 10 orang bekas pimpinan ABIM dalam sesi perdebatan mereka 3 minggu yang lepas. 

dek kerana dah tahu rahsia ni bocor hingga pas pun terpaksa 'menelefon' anwar, maka dengan sepantas kilatlah kepala penyangak melayu ni nak tutup cerita.

 

TAHNIAH MCA.....

Posted: 13 Jan 2011 04:26 PM PST

Enam Timbalan Menteri MCA Bapa Angkat Tenang


KUALA LUMPUR, 11 Jan – MCA melantik enam Timbalan Menteri dari parti tersebut sebagai 'bapa angkat' bagi meraih sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di Labis, Johor hujung bulan ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelantikan tersebut sebagai komitmen parti itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

"Kami akan memastikan pemimpin-pemimpin parti, baik dari peringkat pusat, negeri atau akar umbi, berusaha bertungkus lumus bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi DUN," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu di Wisma MCA hari ini.


Enam Timbalan Menteri tersebut ialah Datuk Wee Ka Siong (Timbalan Menteri Pelajaran), Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri), Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Chua Tee Yeong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), dan Heng Seai Kie (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 22 Jan ini, dan jika ada pertandingan, pengundian akan diadakan pada 30 Jan.

Mengenai isu yang dibincangkan pada mesyuarat itu, Chua berkata pihaknya mendapat aduan mengenai sikap segelintir guru besar dan guru yang menghalang atau enggan membenarkan pelajar mengambil mata pelajaran bahasa Mandarin bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata tenaga pengajar seharusnya berusaha memudahkan hasrat pelajar untuk mengambil mata pelajaran tersebut.

Mengenai novel Interlok, Chua berkata pihak yang membidas novel itu sepatutnya mengambil kira mesej tersirat dalam karya tersebut.

"Kita mesti melihat buku ini dalam perspektif yang betul…ia adalah sebuah novel sejarah…dan ditulis pada 1910.

"Sesetengah perkataan mungkin sensitif dalam konteks masa kini, namun buku ini sememangnya memaparkan satu mesej yang amat penting, cara bagaimana ia menggalakkan keharmonian antara kaum dan bagaimana rakyat berbilang bangsa
bekerjasama," katanya.

Beliau mengulas desakan golongan tertentu yang mahukan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu tidak dijadikan novel sastera bagi tingkatan lima, kononnya kerana mempunyai unsur menghina kaum India di negara ini.

BAKAL MB SELANGOR ?

Posted: 13 Jan 2011 04:24 PM PST

Adakah Hasan Ali bakal dilantik MB?


Lain macam aje laporan Utusan Malaysia sini mengenai kenyataan Dato Dr Hasan Ali. Lembut, niat berbaik dan penuh kompromi. Petikan berikut:

Hasan memberitahu, beliau akan menemui Shuhaimi dalam waktu terdekat ini bagi menasihatkan ADUN Sri Muda itu supaya memohon maaf kepada semua pihak bagi menjernihkan keadaan.

"Saya yakin, mengenalinya (Shuhaimi) beliau tiada masalah untuk memohon maaf bagi menjernihkan keadaan," jelasnya.

Katanya, Pas juga telah mengarahkan para pemimpin parti berkenaan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pelantikan Mohammed Khusrin kerana khuatir ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad daripada Pas yang mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung isu itu baru-baru ini adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pas Selangor.

"Kita tidak ada cara nak sekat mana-mana orang sama ada dari dalam atau luar parti untuk beri input kerana ia datang daripada pelbagai kelompok," ujarnya.

Hasan menambah, beliau secara dasarnya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Mohammed Khusrin kerana memahami tugas seseorang pegawai tinggi Kerajaan Persekutuan dan yakin sebarang isu dapat diselesaikan dengan bijak.

Dalam perkembangan berkaitan Hasan berkata, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bersedia ke mahkamah bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk membolehkan kuasa melantik SUK dikembalikan kepada Menteri Besar dan sultan.

Katanya, pindaan itu akan cuba dibuat serta diluluskan semasa sidang tergempar DUN pada 24 Januari ini dan sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut, kerajaan negeri bersedia berhadapan dengan mereka di mahkamah.
Adakah Hasan bakal ganti Khalid dan dilantik MB?

TENANG BUAT PAS GABRA.....

Posted: 13 Jan 2011 04:21 PM PST

Wednesday, January 12, 2011

Tenang: PAS takut2kan guru yang sokong UMNO


Kami The Unspinners diberitahu pada Jumaat lepas, seorang ahli PAS Johor bernama pengadu Dzulkifli Ahmad membuat laporan polis menyatakan tidak puashati terhadap Pengarah Pendidikan Johor Hj Markom bin Giran.

Kononnya dia telah secara langsong berkempen untuk UMNO BN. Mereka menggesa satu tindakan tegas dilakukan terhadapnya.

Hadhir bersama Dzulkifli ialah Datok Mahfodz bin Mohamad, Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan b Aliman, Ketua Penerangan PAS Johor dan Onn bin Jafar, AJK PAS Johor (sia-sia nama).

Nampaknya PAS dah tak ada modal untuk mengkritik BN hingga mulalah permainan jahat dan putar alam.

Pertamanya, betulkah dia kempen untuk BN. Kalau setakap memberi penerangan menegnai program kerajaan, itu bukan kempen. Dia adalah penjawat awam.

Kedua, kalau ianya dilakukan secara pribadi, tidak ada hal. PAS ni takut pasal guru2 adalah penyokong kuat UMNO di Johor. Maka ini taktik nak takut-takutkan guru.

Ketiga, apa bezanya jika salah seorang calon untuk PAS yang disebut2 adalah seorang guru bernama Normala. Tidakkah boleh dilakukan tindakan terhadap seorang guru yang menentang kerajaan (bezakan dengan menentang UMno atau BN).

Keempat, apa bezanya dengan guru kempen BN dan ada juga guru dan pelajar sokong Pembangkang. Macam undang2 ini adalah PAS boleh tapi UMNO tak boleh.

Matanglah dalam demokrasi sikit PAS ....

Hakikat politik tawar-menawar

Posted: 13 Jan 2011 04:11 PM PST

Hakikat politik tawar-menawar

SAYA ingin melihat episod pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang penuh kontroversi seminggu dua yang lalu itu, dari sudut pandangan "tawar-menawar politik" (political bargaining) dan dari sudut pandangan "politik pentadbiran" (administrative politics).
Dan saya juga ingin berhujah bahawa peranan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK Negeri yang baru (jika dimanfaatkan dengan bijaksana dan tanpa prasangka oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) akan dapat memperkuat kedudukan beliau sebagai Menteri Besar dalam konteks "politik tawar-menawar" sesama parti-parti rakan kongsi pakatan pembangkang, terutama antara PKR vis-a-vis DAP.
Begitu juga dalam konteks "politik pentadbiran", jika Abdul Khalid dapat mengetepikan sikap prasangka (prejudice) dan sekali gus dapat "memenangi hati" Mohammed Khusrin (yang telah mendapat kepercayaan dan pengiktirafan daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Putrajaya dan telah mendapat perkenan dan restu daripada Baginda Sultan di Istana Bukit Kayangan), saya percaya, urusan Menteri Besar itu dengan Kerajaan Pusat akan menjadi lebih lancar dan produktif manakala hubungannya dengan Baginda Sultan akan menjadi lebih mesra.
Dengan terjalinnya hubungan yang sedemikian antara Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan Mohammed Khusrin sebagai SUK, saya percaya, beliau akan mempunyai kedudukan yang lebih kuat menghadapi Teresa Kok dan Ronnie Liu dalam konteks "politik tawar-menawar" antara PKR dan DAP di Selangor.
Dan lebih daripada itu, beliau juga akan mempunyai hubungan yang lebih produktif dengan KSN Tan Sri Sidek Hassan dan Kerajaan Pusat di Putrajaya. Jika semuanya terjadi tentu kita dapat membayangkan betapa Abdul Khalid akan menjadi seorang Menteri Besar Selangor yang "hebat", sukar digugat oleh Azmin Ali atau sukar diperlekeh oleh Dr. Khir Toyo. Dan sukar pula "ditundukkan" oleh Teresa Kok dan Ronnie Liu.
Tetapi untuk menjadi Menteri Besar yang "hebat" seperti itu, Abdul Khalid mestilah benar-benar memahami hakikat "politik tawar-menawar" pada satu tahap dan pada satu tahap yang lain memahami pula "politik pentadbiran". Beliau mestilah bijak "memilih musuh" dan mesti waspada pula "mengawal kawan".
Barangkali kerana kurang arif membaca yang "tersirat" itulah yang menyebabkan Abdul Khalid telah tersilap dalam "memilih musuh" (mengurangkan musuh) sehingga SUK yang sepatutnya disambut dan diraikan sebagai kawan telah dianggap dan dilayan sebagai "musuh". Dan pada masa yang sama dia "menumpang kasih" kepada rakan-rakannya pimpinan DAP tanpa menyedari bahawa antara PKR dan DAP terdapat dua jenis hubungan yang berselang seli antara "bekerjasama" dan "bersaingan". (berselang seli antara dua bentuk hubungan yang bersifat cooperative dan competitive).
Ertinya, dalam konteks coalition politics (politik gabungan parti-parti), sebagai rakan kongsi dalam pakatan pembangkang, antara PKR dan DAP sewajarnya terdapat hubungan yang bersifat bekerjasama untuk menghadapi atau berlawan dengan Barisan Nasional .
Tetapi dilihat dari satu dimensi yang lain (konteks dalaman pakatan pembangkang sendiri) antara PKR dan DAP terdapat hubungan yang bersifat persaingan. Ini adalah kerana masing-masing PKR dan DAP mempunyai sumber sokongan dan pengikut (constituents) yang berlainan dari segi kaum, agama dan latar belakang sosioekonomi, dan oleh kerana itu masing-masing mempunyai hasrat, keinginan dan kepentingan yang berbeza-beza, yang adakalanya bertembung dan bercanggah.
Perbezaan dan percanggahan hasrat antara PKR dan DAP ini sebenarnya bukanlah rahsia dan bukanlah perkara baru. Jika kita susur galur asal-usul masing-masing parti, perbezaan tersebut akan semakin ketara.
DAP seperti diketahui ramai adalah kelahiran kembali (peninggalan) People Action Parti (PAP) yang diwariskan oleh Lee Kuan Yew bila Singapura keluar dari Malaysia. Slogan "Malaysian Malaysia" peninggalan Kuan Yew memang menyakitkan hati orang Melayu dan menyebabkan meningginya suhu politik negara ini tidak lama selepas Malaysia terbentuk hingga akhirnya pulau kecil itu terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Sebagaimana melihat PAP, imej anti-Melayu DAP itu sukar dipisahkan daripada tanggapan bangsa Melayu.
Manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara am dapat dianggap sebagai parti serpihan UMNO yang didirikan dan didukung oleh beberapa orang tokoh yang kecewa dengan UMNO kerana pelbagai sebab. Erinya, walaupun turut dianggotai oleh beberapa orang tokoh bekas Parti Rakyat Malaysia (PRM), sebahagian besar penyokong PKR, dalam hati kecil masing-masing masih setia kepada perjuangan (atau ideologi) UMNO yang menurut anggapan sesetengah pihak tercemar oleh sikap angkuh dan perbuatan korup beberapa individu tertentu.
Dengan kata lain antara PKR dan DAP terdapat perbezaan yang menjolok dan hakiki sifatnya. Walaupun pada zahirnya terdapat kerjasama melalui pakatan pembangkang, pada hakikatnya kedua-dua parti adalah bersaingan kerana masing-masing mempunyai matlamat yang berlainan, memperjuangkan kepentingan dan hasrat yang bukan sahaja berbedza malah bercanggah.
Untuk memenuhi hasrat dan kepentingan konstituen atau pengikut yang berbeza-beza dan kadang-kadang bercanggah itu, maka antara pimpinan PKR (Abdul Khalid) dan pimpinan DAP (Teresa Kok, Ronnie Liu dan yang lain-lain) dari semasa ke semasa berlakulah proses tawar-menawar dalam pelbagai situasi termasuk (terutama) dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Dalam proses tawar-menawar sedemikian, saya percaya, kedudukan Abdul Khalid akan lelbih kukuh dengan kehadiran Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri jika antara keduanya terbina persefahaman dan silaturahim serta persamaan matlamat dan persepsi tentang perkara-perkara yang asasi.
Dengan demikian akan berkuranglah tuduhan dan prasangka bahawa Menteri Besar "dikepung" (atau "terkepung") oleh pemimpin-pemimpin DAP yang mempunyai agenda yang berbeza.
Akhirulkalam, pada hemat saya, Abdul Khalid, sewajarnyalah kembali ke pangkal jalan dan memahami serta menghayati hakikat "politik tawar-menawar" dan "politik pentadbiran" (terutama dalam konteks hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat) yang dalam konteks Malaysia tidak dapat dipisahkan daripada payung panji Raja Berperlembagaan yang masih berdaulat.
Senator Datuk Dr. Firdaus ABdullah
ialah Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

AKIBAT MENGIKUT TELUNJUK DAP......

Posted: 13 Jan 2011 04:00 PM PST

SIDANG DERHAKA!

(Ketegasan & sikap non-partisan Tuanku Sultan Selangor telah diputarbelit dan dipolitikkan oleh Pakatan Syaitan - penggantungan darjah kebesaran kepada bekas MB Selangor Khir Toyo semalam bukti jelas Tuanku bertindak bebas dan tanpa memihak)

Salam 2 all.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Kim membuat kenyataan bahawa satu sidang tergempar DUN Selangor akan diadakan pada hari Isnin 19 Safar 1432 bersamaan 24 Januari 2011 selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan. Tujuan utama sidang tergempar itu kononnya "untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, dan Pegawai Kewangan Negeri".

Politik Cakap Tak Serupa Bikin

Pertama pada teman ini adalah satu lagi bukti "politik cakap tak serupa bikin" Pakatan pembangkang. Mereka komplen konon perlantikan Datuk Ahmad Khusrin Munawi dibuat tanpa konsultasi dan rujukan kepada Menteri Besar Selangor, walaupun sebenarnya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor & Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan perlantikan (dan pemecatan) seseorang SUK Negeri adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kalau konsultasi dan rujukan dibuat pun tidak ada apa yang boleh dibuat oleh Menteri Besar, beliau tidak boleh menerima atau menolak sebarang perlantikan. Kalau nak rujuk pun, bak kata orang Melayu, sekadar memberi penghormatan sahaja. Omputeh kata "just for courtesy sake". Tapi dari segi undang-undang, peruntukkan jelas.

Tapi yang kelakarnya, dalam dok komplen mereka tidak dirujuk atau dibuat konsultansi semasa perlantikan Datuk Khusrin, tetapi dalam memanggil sidang tergempar DUN Selangor, itulah yang mereka buat pun. Mereka langsung tidak merujuk atau membuat konsultansi dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Sedangkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor jelas memperuntukkan perkenan Tuanku mesti diperolehi dahulu sebelum satu sidang boleh diadakan Jangankan perkenan, jumpa Tuanku pun tak. Ini bukan lagi kurang ajar dan biadap, tetapi satu penderhakaan jelas terhadap Tuanku Sultan Selangor dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

Double Penderhakaan

Mereka berbuat seolah-olah Negeri Selangor Darul Ehsan ini negeri yang tiada Sultan yang memerintah. Atau apakah ini bukti jelas sikap dan belang sebenar mereka khususnya parti cauvinis dan rasis DAP, memang mereka langsung tidak menghormati dan mengiktiraf Kesultanan Melayu dalam negara ini.

Pada teman, ini satu penderhakaan yang melampau. Double-derhaka! Sudahlah mereka menderhaka tidak mengiktiraf perlantikan seorang pegawai kerajaan yang bukan sahaja sah dibuat mengikut undang-undang, malah sudah mendapat perkenan Tuanku Sultan. Kini mereka meneruskan kebiadapan dan penderhakaan mereka dengan memanggil sidang tergempar DUN Selangor tanpa mengikut undang-undang dan tanpa perkenan Tuanku. Teman ingin merafak sembah dan mencadangkan kepada Tuanku supaya memecat segera Menteri Besar derhaka ini. Teman juga mencadangkan kepada Tuankun Selangor supaya melucutkan sebarang gelaran dan anugerah kebesaran negeri yang telah diberi kepada penderhaka-penderhaka ini!

Motif Sebenar Para Penderhaka

Selanjutnya, apa motif sebenar para penderhaka ini? Jika kita andaikan sidang dibuat sah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan serta mendapat perkenan Tuanku (yang sebenarnya tidak sah malah haram), tetapi tujuan yang disebut kononnya untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor. Jelas lagi terang bahawa untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, mereka memerlukan majoriti dua pertiga ADUN yang ada. Sudah jelas bahawa mereka tidak ada dan tidak akan mendapat undi majoriti dua pertiga tersebut, tetapi mereka masih mahu meneruskan juga sidang derhaka ini.

Pada teman, tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk tujuan mempolitikkan isu yang bukan isu ini. Konon nanti akan dicanang kepada kaum bukan Melayu tengok macam mana kerajaan dibawah pengaruh DAP dianiaya dan dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan Melayu dan Raja Melayu. Dan mereka mahu menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar mereka kepada institusi orang Melayu termasuk Raja-Raja Melayu, supaya nanti generasi muda mereka juga akan menjadi biadap dan kurang ajar terhadap insitusi Raja-Raja Melayu dan Kerajaan.

Maka akan lahirlah lebih banyak "generasi Namewee", yang begitu biadap dan angkuh terhadap institusi Melayu dan Kerajaan Persekutuan bila kononnya kita bersikap rasis. Tetapi bila kaumnya sendiri bersikap rasis saperti ADUN Komtar, sepatah haram pun tidak keluar dari mulut mereka. Human right konon! Mana human right dan hak asasi kemanusiaan pemilik Restoran Nasi Kandar Allyar? Takde pulak dengar kot Namewee dan yang sewaktu dengannya nak buat lagu memaki hamun dan mencarut terhadap tindakan rasis ADUN Komtar? Mengapa? Ketuk kepala tanya kepala otak masing-masing, kalau masih ada kepala otak!

Sandiwara Syaitan - kembalikan kuasa Sultan?

Selanjutnya, saperti yang teman kupas panjang dalam entri bertajuk "Sandiwara Syaitan: Khinzir disebalik Yong Tau FOO" bertarikh 29 Muharram 1432/ 04 Januari 2011, isu ini hanyalah sandiwara politik para politikus yang dah nak bungkus ni sahaja. Berikut teman ulang semula apa yang teman sebut:

"Sandiwara kerana konon cerita mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan" konon! Pertama, teman cukup yakin kaum cauvinis dan rasis yang ada sudah pasti tidak akan bersetuju untuk mengembalikan "kuasa Sultan & Kesultanan Melayu", kecuali jika ada "khinzir disebalik Yong Tau FOO"! Kalau benar mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan", "memperkasa kedaulatan Raja", teman cabar mereka supaya mengembalikan semula "kuasa-kuasa mutlak Tuanku Sultan Selangor" dengan membuat pindaan yang memasukkan peruntukkan-peruntukkan saperti berikut:

1. Pertama, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk menerima atau menolak sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri;

2. Kedua, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk melantik, menggantung atau memecat Menteri Besar dan Exconya;

3. Ketiga, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tanpa perlu diminta atau dinasihati oleh Menteri Besar, sebaliknya Tuanku boleh bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

4. Keempat, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak nasihat Menteri Besar", dan boleh sebaliknya bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

5. Kelima, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak sebarang cadangan Menteri Besar untuk anugerah kebesaran Negeri Selangor.

Putarbelit Yang Sebenar

Sebenarnya "kuasa Sultan" yang hendak dikembalikan adalah putar belit mereka untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar untuk menerima atau menolak sebarang cadangan perlantikan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, samada untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan lain-lain jawatan utama negeri. Walaupun berselindung disebalik "kuasa Sultan", tetapi peruntukan mengenai "Sultan wajib menerima pandangan dan nasihat Menteri Besar" tidak dimansuhkan.

Ini akan menjadikan Menteri Besar seorang yang paling berkuasa mutlak didalam negeri nanti, kerana jika Menteri Besar "menasihatkan" atau "mencadangkan" sahaja calon kepada Baginda Sultan, Tuanku tidak boleh menolaknya kerana "wajib menerima cadangan atau nasihat Menteri Besar". Jangan kelentong lah yop, teman dah boleh baca otak karat mike. Kalau dah kepala tu bapak pembohong, ekornya lagilah besar pembohongannya!!

Inilah politik temberang & cakap tak serupa bikin mereka. Nak kembalikan kuasa Sultan konon. Kita tidak lupa siapa sebenarnya antara dalang dan penyokong besar yang menghunus keris karat macam hang musibat melalak sana-sini cuba hendak mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an. Bukankah Hang Musibat itu yang sekarang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Sebagai pemimpin kanan UMNO, pemimpin anugerah tuhan ini antara mereka yang terlibat menyokong dan memainkan peranan penting untuk mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu. Maka tercetus isu kekebalan Raja-Raja Melayu yang berakhir dengan kuasa, kedaulatan dan kekebalan Raja-Raja Melayu dicantas.

Selanjutnya, tujuan Sidang Derhaka ini mahu dibuat juga adalah kerana mereka mahu mengambil "political mileage" daripadanya. Mereka tahu jika sidang diteruskan pun, cadangan pindaan Perlembagaan itu akan ditolak kerana ketiadaan majoriti 2/3. Maka bila itu berlaku, akan dicanangkan bahawa UMNO/BN menolak usaha untuk memperkasakan dan memartabatkan kuasa Tuanku Sultan Selangor. Bahawa UMNO/BN anti-Raja, anti kuasa Melayu. Maka akan dikompangkan bahawa rakyat perlu memberi majoriti 2/3 kepada para penderhaka ini dalam pilihanraya akan datang supaya mereka boleh memerintah ikut cara dan nafsu mereka. Berhati-hatilah dengan politik putar-belit ini wahai rakyat Malaysia! Kalau kepala dia dah kaki putar dan pembohong, bayangkanlah takat anak buahnya!!

Bercakap mengenai manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini, teman tidak langsung terperanjat dengan kebisuan Dinasti 3A ini. Sebenarnya tindak-tanduk Khalid (dan para pencacainya) hanya sekadar mempercepatkan talqin dibaca untuk mereka, kerana sudah ada calon yang sedang tersenyum meleret menunggu untuk dimahkotakan sebagai MB Selangor yang baru. Sebab itu teman tidak terkejut kalau ada berita wakil rakyat nak letak jawatan. Malah kalau depa terjun Wisma Masalam pun teman tak terkejut! Nasyib ekau lah Khalid & juak-juaknya!

Rumusan

Oleh itu, teman merumuskan beberapa tindakan yang perlu diambil untuk berdepan dengan para penderhaka yang biadap dan kurang ajar ini:

1. Satu lapuran polis perlu dibuat oleh mana-mana ADUN Selangor terhadap Speaker, Menteri Besar dan Kerajaan pembangkang ini tentang tindakan mereka untuk mengadakan sidang derhaka ini yang jelas melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri;

2. Mana-mana ADUN Selangor perlu menimbang untuk memfailkan prosiding mandamus di Mahkamah Tinggi Malaya untuk memaksa Speaker berhenti daripada meneruskan sidang derhaka ini dan mendapatkan perintah injunksi menghalang sidang derhaka ini daripada diteruskan pada waktu dan tarikh yang ditentukan;

3. Tuanku Sultan Selangor perlu menimbang dengan serius menarik balik darjah kebesaran Negeri Selangor yang telah diberikan kepada Menteri Besar, Speaker dan mana-mana ADUN yang terlibat dengan penderhakaan ini;

4. Tuanku Sultan Selangor perlu menimbang dan mengkaji dengan serius untuk memecat Menteri Besar derhaka ini dan menggantikannya dengan YB Dato' Hassan Ali atau mana-mana ADUN yang mendapat sokongan majoriti kesemua ADUN;

5. Didalam keadaan yang perlu, kemungkinan Tuanku Selangor boleh menimbang membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor dan mengadakan pilihanraya baru;

6. Jika keadaan makin meruncing sehingga keselamatan negeri Selangor dan negara serta kebajikan dan kepentingan rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya terancam, sekali lagi teman cadangkan supaya darurat diisytiharkan bagi negeri Selangor, Kerajaan dan Menteri Besar yang ada hendaklah dipecat, Dewan Undangan Negeri digantung dan Majlis Keselamatan Negeri ditubuhkan untuk mentadbir Selangor sehingga pilihanraya baru negeri Selangor diadakan dan sebuah Kerajaan Negeri yang baru dilantik.

Cabaran bubar DUN

Teman juga mengambil kesempatan untuk mencabar Kerajaan pembangkang supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor kalau mereka benar-benar anak jantan. Serahkan semula mandat kepada rakyat untuk menentukan Kerajaan baru yang mereka mahukan. Ini adalah kerana rakyat Selangor khususnya sudah mula sedar bahawa banyak janji-janji pilihanraya dan manifesto yang dikompangkan langsung tidak ditunaikan, malahan dibuat sebaliknya.

Malah ada dikalangan rakyat yang mula rasa tertipu dengan mainan politik melampau pembangkang ini. Lihat sahajalah masyrakat India yang mula merasa tidak puas hati. Jangankan masyarakat India, wakil rakyat berbangsa India dari kalangan mereka sendiri pun berasa teraniaya. Lihat sahaja YB Gobalakrishnan, yang kini menghadapi nasib kemungkinan besar akan dipecat hanya kerana menyuarakan kritikan dan bantahan dalam membela nasib kaum India.

Apa pun, saperti yang teman sebut, sebenarnya isu perlantikan SUK ini sebenarnya adalah satu "Konspirasi Syaitan" untuk satu agenda yang lebih besar yang sedang mereka rancang. Secara halus dan licik mereka sedang merancang, cuma malangnya ada kalangan orang Melayu dan pak jangoat yang sudah lupa diri dan mengkalkatukan diri serta bodoh dan jahil dan termasuk didalam perangkap ini. Insyallah bila tiba masanya teman akan dedahkan apa sebenarnya "Konspirasi Syaitan" ini. Apa pun, sebenarnya tindakan mereka ini mempunyai tujuan lain disebaliknya, pepatah Melayu kata "ada udang sebalik batu", pepatah golongan bapuk pulak kata "ada khinzir disebalik Yong Tau FOO!!".
Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
08 Safar 1432
13 Januari 2011

SUMBANGAN BUAT KELUARGA ARWAH BLOGGER YANG GAMBI!

Posted: 13 Jan 2011 03:52 PM PST

Friday, January 14, 2011

SUMBANGAN BUAT KELUARGA ARWAH BLOGGER YANG GAMBI!


Sumbangan Boleh Di Hantar Melalui Akaun Isteri Beliau:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Ab Aziz

ADUN Merlimau diserang sakit jantung

Posted: 13 Jan 2011 03:50 PM PST

ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dimasukkan ke Hospital Putra di Melaka hari ini selepas mengalami serangan jantung, lapor Utusan Malaysia Online.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi rawatan lanjut.

Pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang ini.

"Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,'' katanya.

Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini.

Sementara itu menurut jurucakap Hospital Putra, keadaan Mohamad Hidhir dilaporkan stabil sejak dimasukkan ke ICU petang tadi.

ADAKAH INI AKAN BERLAKU BILA MEREKA BERKUASA?

Posted: 13 Jan 2011 03:49 PM PST



Ekoran aduan, azan masjid Kg Kerinchi diperlahan


Pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".

Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.

NONE"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini.

Mahadi yang mula bertugas di masjid berkenaan sejak Mac tahun lalu berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu.
Arahan pihak atasan

Bagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan".

"Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu.

Mahadi berkata beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - dimajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.

Katanya, dalam surat tersebut - yang salinannya diberi oleh JAWI kepada pihak masjid - peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu "amat lantang" sehingga mengejutnya dari tidur.

Difahamkan peguam tersebut tinggal di pangsapuri berkenaan - yang terletak lebih kurang satu kilometer dari situ.

Mahadi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh JAWI bahawa beberapa hari sebelum ini, peguam berkenaan ada menelefon jabatan itu, merungut bahawa bunyi azan "masih lagi kuat".

Sehubungan itu, Mahadi meminta peguam berkenaan bertemu dengan pihak pengurusan masjid untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Mengenai rungutan penduduk yang mereka tidak lagi mendengar bacaan al-Quran dan pengajian kuliah Maghrib manakala laungan azan Jumaat yang perlahan sekarang, Mahadi sekali lagi berkata: "Saya tidak boleh berbuat apa-apa, kita hanya terima arahan dari pihak atasan".
Majlis Ayahanda Malaysia
NONESelain memperlahankan kadar pembesar suara bagi laungan azan, Mahadi berkata pihaknya turut mendapatkan maklum balas dari penghuni pangsapuri Pantai Hill Park (kelihatan di belakang masjid).

"Kira-kira 10 orang yang ditanya, kebanyakanya berkata laungan (pembesar suara) azan adalah biasa, tidak mengganggu tidur... tak ada apa-apa (masalah), tak ganggu," katanya.

Ditanya mengenai rancangan sekumpulan individu untuk mengadakan perhimpunan membantah tindakan peguam berkenaan, Mahadi berkata, pihaknya ada mendengar mengenainya.

"Tetapi kita (masjid) tidak terlibat apa-apa," katanya sambil menambah beliau tidak mengetahui identiti kumpulan berkenaan.
Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan perhimpunan memprotes aduan peguam tersebut akan diadakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut esok, yang akan diketuai sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Ayahanda Malaysia.
Ketika dihubungi Malaysiakini, penolong setiausaha majlis tersebut, Amin Rahim Harun berkata, kira-kira 500 orang akan menyertai perhimpunan itu.
"Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana ia menjadi isu sensitif kepada orang Melayu," katanya.

NGO kecam perbuatan biadab pertikai azan solat Subuh

PUTRAJAYA 13 Jan. - Jarak sebuah masjid dengan bangunan tempat tinggalnya sejauh satu kilometer. Namun dia dengan nada angkuh mahu pengurusan masjid memperlahankan laungan azan yang didakwa mengganggu tidurnya setiap subuh.
Mendedahkan insiden itu, Setiausaha Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Mohd. Jurit Ramli berkata, pihaknya terpanggil untuk membangkitkan rasa tidak puas hati umat Islam terhadap tindakan seorang pengadu mempersoalkan azan sembahyang dari Masjid Al-Ikhlasiah Bukit Kerinchi Jalan Pantai Permai, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Malah, katanya, pengadu yang mendakwa dari sebuah parti politik menghantar surat bantahan kepada semua pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu.
"Pengadu mendakwa dia yang tinggal di Tingkat 21 Pantai Hill Park terganggu dengan suara azan yang mengejutkannya setiap 5.45 pagi. Padahal jarak masjid dengan Pantai Hill Park lebih kurang satu kilometer.
"Orang lain yang tinggal di situ sejak dulu tidak pernah pula pertikaikan, kenapa pula dia yang baru berpindah lima tahun bertindak sebegini hingga mengundang kemarahan penduduk di kawasan itu," katanya ketika ditemui di hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan berhubung isu itu dengan beberapa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini.
Difahamkan, penduduk-penduduk yang merupakan kariah masjid turut menyuarakan rasa kurang senang dengan sikap kurang ajar pengadu.
Mereka menyerahkan nota bantahan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali supaya tidak menghiraukan bantahan pengadu.
Mohd. Jurit berkata, seharusnya semua pihak menghormati dan tidak mempertikaikan kebebasan beragama di negara majmuk ini.
"Kita (umat Islam) tidak pernah pertikaikan ritual agama lain, jadi kenapa dia nak menyibuk dan pertikaikan ajaran Islam," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, satu demonstrasi aman akan diadakan esok di hadapan masjid berkenaan selepas solat Jumaat bagi membantah tindakan biadab itu.

Pengikut