Selasa, 11 Januari 2011

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


SHUHAIMI TIDAK DATANG MEMBERI KETERANGAN SEBALIKNYA MENGHANTAR PENYOKONG !!!

Posted: 11 Jan 2011 05:00 PM PST


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda,Shuhaimi Shafiei yang sepatutnya hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11 petang semalam,gagal berbuat demikian.

Beliau sebaliknya 'menghantar' kira-kira 30 penyokongnya berhimpun di balai polis itu dengan membawa kain rentang tertera perkataan 'Kami Bersama Berdiri Teguh Di Belakang YB Suhaimi Shafie'.Turut hadir Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang memasuki IPD itu pukul 2.15 petang dan keluar selepas 30 minit kemudian.

Shuhaimi dikehendaki polis supaya hadir memberikan keterangan yang dipercayai berhubung kenyataan dalam blognya yang dilihat sebagai menghina dan menghasut orang ramai menentang institusi beraja di negeri ini.Bagaimanapun,wakil rakyat itu dikatakan hanya akan hadir jika polis mengeluarkan notis 111 terhadapnya.

Sumber dari utusan menyebut Tian Chua berkata,arahan polis memanggil ADUN tersebut semalam hanya tindakan terburu-buru dalam memulakan siasatan.Beliau mendakwa tindakan polis itu seolah-olah mengugut ADUN berkenaan dan memberikan tekanan terhadapnya dan kerajaan PKR Selangor.

"Selain itu,tindakan polis yang datang ke rumah Shuhaimi malam tadi adalah tidak perlu dan tidak bersesuaian.Lagipun tiada notis rasmi mewajibkan Shuhaimi hadir ke balai polis hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memaklumkan kepada polis tentang ketidakhadiran Shuhaimi di balai polis itu di sini hari ini.Ahli Parlimen Batu itu berkata, perbincangan dengan peguam telah dilakukan dan berpendapat Shuhaimi hanya akan hadir memberikan keterangan selepas menerima notis 111.Selain itu katanya,pihak polis juga perlu memberikan jaminan keselamatan terhadap Shuhaimi.Beliau turut mendesak pihak polis agar tidak melibatkan diri dalam politik dan perlu bertindak profesional.Sementara itu,Ketua Polis negeri,Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi hari ini berkata, polis hanya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah iaitu merekod kenyataan percakapan mereka berkaitan dengan satu kes yang disiasat.

"Sekiranya saksi enggan tampil apabila dipanggil,baru polis keluarkan notis 111 untuk dirakam percakapan.Seksyen ini bukan bermakna dia salah tetapi hanya untuk merekod kenyataan.Kita bukan nak tangkap Shuhaimi dan kalau betul (hendak tangkap), buat apa keluarkan notis?" ujar beliau.

Mengenai kehadiran anggota polis ke rumah Shuhaimi, beliau berkata, ia bagi mengetahui bila wakil rakyat itu akan datang ke balai untuk memberi keterangan.

"Memang polis tidak mencampuri urusan politik dan polis hanya bertindak mengikut fakta undang-undang.Apabila sudah ada 25 laporan polis dibuat terhadap Shuhaimi, polis mesti menjalankan siasatan, ini bukan mengenai politik atau tidak, kaya atau miskin atau bangsa apa, kita hanya pandang dari segi undang-undang," katanya.

POST BY DR.ME...

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SELANGOR :ANTARA LEGISLATIF DAN EKSEKUTIF

Posted: 10 Jan 2011 05:20 PM PST

SUK penting kepada Negeri. Politikus boleh datang dan pergi...

Carta Organisasi Kerajaan Negeri Selangor
Di atas sekali ada DYMM Sultan dan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah mengawal :-
  • Jabatan Kerajaan Negeri
  • Badan Berkanun Negeri
  • Pentadbiran Daerah
  • Penguasa Tempatan
  • Agensi Kerajaan Persekutuan
  • Syarikat Kerajaan Negeri - MBI, KDEB, PNSB
Setiausaha Kerajaan Negeri sekarang adalah yang ke 29 iaitu YB Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Hj. Munawi
Rajah ini pula adalah tugas-tugas yang perlu dijalankan dan dibawah seliaan dan kawalan YB SUK :-

Begitu penting tugas-tugas YB SUK kepada Negeri. Secara rasminya Mesyuarat Mingguan MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) lah waktu dan ketika laporan mengenai perjalanan kerajaan Negeri dilaporkan oleh YB SUK untuk makluman dan tindakan kerajaan.
Bagaimana kah laporan, perkembangan dan prestasi kerajaan dapat dilaporkan kalau YB SUK tidak diiktraf sebagai ahli MMK kalau dilihat kekosongan penyandang dalam carta dibawah?
Kalau ikut Carta Organisasi Negeri yang meletakkan DYMM Sultan sebagai Ketua Negeri, bukankah sepatutnya  segala arahan dan perkenan baginda mesti dipatuhi? Bukankah juga ianya amalan universal, sebelum undang-undang dan peraturan dipinda, undang-undang dan peraturan yang sedia ada adalah terpakai dan mesti dipatuhi?

PRK TENANG : PAS ADA MASALAH CALON KE ?

Posted: 10 Jan 2011 05:17 PM PST

PAS ada masalah calon di PRK Tenang?

Grafik Analisa Pengundi DUN N 05 Tenang
Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang dijangkakan akan meletakan calon pada penamaan pilihanraya kecil (PRK) N 05 Tenang pada 22 Januari 2011 sedang menghadapi masalah. Mereka tiada personaliti yang sesuai untuk diketengahkan sebagai calon parti. Setakat ini, mereka masih lagi 'bermain-main' dengan cadangan meletakan Muslimat sebagai calon

PERMINTAAN DARI PENGUNDI.

Posted: 10 Jan 2011 05:13 PM PST

PESANAN UNTUK PEMIMPIN SETEMPAT DARI PENGUNDI
harap maklum....Pemimpin2 tolong lah turun ke padang dgn lebih kerap lagi ya...khususnya di kawasan Umbai Pantai...Pas di sini bermaharajarela saja.

tolong lah pergiatkan dan perbanyakkan lagi usaha2 untuk mendekati pemuda2 dan belia2 kerana nasib umno dan barisan nasional pada PRU akan dtg terleta

JJUARA RAKYAT : ADAKAH MENEPATI MATLAMAT ATAU SEKADAR........

Posted: 10 Jan 2011 05:11 PM PST

KUALA LUMPUR: Umno will continue consolidating its "People First" slogan through its newly-styled Juara Rakyat programme, said Umno Information Chief Datuk Ahmad Maslan yesterday.

He said the programme would carry a different theme every month, with the theme for this month being education and for next month, welfare.

"Ceramah will be held during the programmes, which will no longer be confined to exhibitions and visits.


"There will be a clear explanation (of issues) to the grassroots."

Ahmad said the target was to hold one Juara Rakyat programme in each of the party's divisions, beginning this year.

Umno has almost 200 divisions in Peninsular Malaysia and Sabah.


Last year, the party organised 2,000 Juara Rakyat programmes nationwide.

Ahmad said Umno wanted to show the people that the party and Barisan Nasional wanted to be their choice as advocates of economic and social development. -- Bernama


Read more: Umno's 'Juara Rakyat' to go on http://www.nst.com.my/nst/articles/8cons/Article/index_html#ixzz1AgVz6n5Y

Petanda PRU 13 Mengejut !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Posted: 10 Jan 2011 05:07 PM PST

Petanda PRU Mengejut

Daripada tanda-tanda yang semakin banyak muncul, Perdana Menteri nampaknya tidak akan menunggu sehingga saat akhir untuk mengadakan PRU atas sebab-sebab berikut:-

1. Beliau yakin kedudukannya cukup kuat untuk mengharapkan prestasi lebih baik daripada PRU 2008;

2. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada "kebaharuan" kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk merayu diberi peluang memerintah dengan mandat sendiri;

3. Beliau yakin beliau boleh mengulangi rekod Perdana Menteri sebelum beliau yang semuanya menang besar dalam PRU pertama masing-masing;

4. Beliau yakin perubahan kepemimpinan parti-parti komponen utama BN – MCA dan MIC – mula mengembalikan sokongan bukan Melayu;

5. Beliau yakin segala dasar, pelan dan projek yang beliau perkenalkan mula berhasil dan mendapat sokongan rakyat jelata;

6. Beliau tidak mahu tunggu lama kerana bimbang suasana ekonomi yang semakin cerah sekarang tidak mampu bertahan lama. Seperti diumumkan, kadar pertubuhan kasar ekonomi suku tahun telah mula menurun; dan

7. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada suasana yang tidak menentu dalam parti-parti Pakatan Rakyat, khasnya Parti Keadilan Rakyat.

Nation needs more conversationalists

Posted: 10 Jan 2011 05:04 PM PST

 



AT the Labis hot springs predictably named Pekan Air Hangat, a Chinese Malaysian of about 60 and looking fit, had been meaning to have a chat with a group of reporters from Kuala Lumpur. He summoned sufficient courage as they were returning to the car.

"We don't normally have many visitors."

That, by the way, happens to be a standard-line tossed about loosely by people voting in by-elections, but this man, was looking for a proper conversation. Just that he could not think of other conversation starters.
The entire family would be at the hot springs daily, arriving at 5pm. The source which is scaldingly hot is off limits. Two ponds are filled regularly but two others and private quarters, going at RM30 per hour, are on standby,

"It is a great healer ... after two years I am feeling much better," he said. Three Malay families, one of whom said they were from Johor Baru, a two-hour drive, were also savouring the soothing moment then.

Pekan Air Hangat shall erupt with politics from this week ahead of the Jan 30 Tenang by-election but keep an eye on the hot springs to scan for heartwarming scenes, of Malaysians having a nice chat with a stranger.

This reporter received tips from an elderly Chinese gentleman at a similar setting last month, at the Felda-run hot springs enclave in Sungkai. "It is bearable here," he announced, as he soaked his feet in the wooded area pond.

Crowds of Malaysians bought tickets to get in -- unlike the one in Pekan Air Hangat -- for a fulfilling experience, a perfect hideout from the strains of the daily political attrition that often centres on, unfortunately, politics of race.

"You look good," a Malay man of about 55 pointing towards the somewhat depressed abdomen of his shirtless fellow conversationalist, a Chinese in Sungkai.

People who get into any form of chats with strangers in crowded places or elsewhere are indeed skilled.

Hence, the secondary argument this space is labouring to make; this nation desperately needs more conversationalists, characters eager to talk to someone at a time when personal space and privacy are annoyingly overrated.

These gregarious characters are harmless of course, not those con artists who have the gift of the glib or violent criminals walking around with malicious intent.

In any case, there are more profound issues.

Coinciding with a phase of "direct speaking" about one's political beliefs that often exposes racialist streaks, this article has been faithfully dislosing the ethnicity of personalities it mentioned.

With 38 or 39 per cent of the Tenang electorate being Chinese, the healing attributes of its the place, shall be subjected to a stringent examination.

Malay families were enjoying their coffee with toast at "Steven's" the most prominent Kopitiam in Labis. You don't see "Kopitiam in those old signages. Elsewhere in the country these are "Kedai Cina" to be avoided by the Malays.

The rebranded "Kopitiam" is something else. It is lifestyle. Nearby Yong Peng has such outlets, but not the laid-back Labis.

A government officer said when he first went to the Labis wet-market locals knew instantly he was an outsider. Unfamiliar faces are conspicuous.

The big arguments this space is trying to make are:

a) "Will national conversation loaded with issues of race be transmitted to Labis-Tenang in the course of the next two weeks?"

b) Are people who live in some of the most stress-free zones of the nation where everyone knows the other, dictated by politics of race?

c) Are the younger crowd less bothered by race?

We are not getting any nearer to answers.

By the way Labis is ultimately the bastion of MCA president Datuk Dr Chua Soi Lek who had fussed over DAP's game-plan of attacking Umno to gain votes. That analysis is not without basis. A reporter covering the Perak DAP convention in December was stunned party secretary-general Lim Guan Eng was running down Umno rather than criticising MCA in his opening speech.

Dr Chua will probably tell the Chinese voters in Tenang MCA too has been critical of some of the actions and pronouncements made by Umno officials; that MCA also pursues tangible programmes makes it more sensible and effective than DAP.

Beyond tactics perhaps treating life as a maddening rat race has been of no help to mitigating the politics of race. "Lu tau itu rumah besar siapa punya?" a KL cabbie, a Chinese, was telling this reporter as we were passing a rather upper-middle class area, "Itu Dato Melayu punya la, orang kaya".

Perhaps health more than wealth shall unify us more. So go to a nearby hot springs, get yourself rejuvenated, treat the stiff necks, get the strains and stresses out of the way. Get acquainted with our fellow countrymen. Maybe, just maybe, at some point our grandchildren could toss misguided talk on race out of the window.

APABILA TUN MAHATHIR BERSUARA....

Posted: 10 Jan 2011 04:57 PM PST

Ruler's consent still necessary, says Dr M

January 06, 2011
SHAH ALAM, Jan 6 — The Selangor government has still to obtain the consent of the Sultan of Selangor even after it amends the state constitution to revert authority to the Sultan and mentri besar in the appointment of the state's top three civil servants, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today.
He said the matter would eventually depend on whether the state government obtains the signature of the Sultan or otherwise because without the signature and consent of the Sultan, the amendment would not become law.
"The Selangor government requires a two-thirds majority in the state assembly to amend the constitution. I do not know whether they will obtain the two-thirds majority," he told reporters after delivering the keynote address at a seminar on unity at Universiti Teknologi Mara (UiTM) here.
Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim had said that the state government would convene an emergency session of the state assembly to amend the state constitution to revert to the Sultan and the mentri besar the authority to appoint the state's top three civil servants, namely the state secretary, state legal adviser and state financial officer.
The appointment of Datuk Mohd Khusrin Munawi, 54, as the new state secretary was disputed by Khalid because he was allegedly not consulted over the appointment.
Dr Mahathir also said that he felt that it was not necessary to call the next general election soon although there were what could be regarded as political indicators of impending elections of late. — Bernama

Politik 3D pembangkang

Posted: 10 Jan 2011 04:54 PM PST

 Zulkiflee Bakar

January 10, 2011
10 JAN — Ketika bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Datuk Setia kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Khamis lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi satu pesanan yang cukup bermakna. Baginda tidak mahu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru diperbesarkan, dipolitikkan dan disensasikan.
Tiga perkataan tersebut membawa erti yang cukup besar dalam arena politik negara sejak pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS memperoleh kemenangan yang agak besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. "Diperbesarkan, dipolitikkan dan disensasikan" atau pendekatan 3D menjadi corak berpolitik mereka dalam usaha mencapai cita-cita menguasai negara.
Oleh itu, apa sahaja isu yang mereka lihat ada ruang untuk melaksanakan politik 3D tersebut, mereka akan lakukan. Pembangkang tidak peduli apa kesannya, apatah lagi sama ada tindakan mereka betul atau tidak. Apa sahaja isu yang boleh diperbesarkan, mereka perbesarkan, apa juga yang boleh dipolitikkan mereka politikkan dan apa hal yang boleh disensasikan, mereka sensasikan.
Akibatnya, arena politik negara tidak pernah tenteram dengan kerenah pembangkang. Ada sahaja tindak tanduk mereka yang merimaskan.
Keadaan ini cukup ketara terutama di negeri-negeri yang berada di bawah penguasaan mereka seperti Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Sebut apa sahaja isu, semuanya mahu diperbesarkan, dipolitikkan dan disensasikan hatta melibatkan kes jenayah sekali pun.
Perkara yang paling mereka suka adalah perkara melibatkan kelemahan kerajaan Barisan Nasional (BN) atau tindakan yang menunjukkan ada kepincangan oleh agensi kerajaan atau isu yang boleh dimanipulasikan bagi meraih sokongan kaum tertentu.
Jika ketiga-tiga isu itu berlaku, maka muncul pemimpin-pemimpin pembangkang yang bersedia melancarkan politik 3D tersebut. Mereka ingin memaparkan, merekalah pejuang rakyat, merekalah paling sempurna kalau memerintah dan merekalah pembanteras segala kepincangan dalam agensi kerajaan.
Tetapi jika kita menoleh ke negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang sama ada di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, ia tidaklah sehebat mana.
Apa yang anehnya, kalau berlaku sesuatu isu di negeri-negeri berkenaan yang menampakkan kelemahan pentadbiran mereka, maka "terpekik terlolonglah" mereka menuduh BN sengaja memperbesarkan, mempolitikkan dan mensensasikan isu tersebut.
Lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, sepatutnya tidak ada permainan politik 3D oleh kerajaan PKR, tetapi ia tetap berlaku.
Semua itu terjadi kerana kerajaan pakatan pembangkang di negeri berkenaan mengamalkan politik melampau. Bagi mereka seolah-olah apa sahaja yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri, orang lain tidak boleh campur.
Akibatnya, mereka "melanggar" segala tata susila pentadbiran selama ini yang sudah tentulah turut melibatkan bidang kuasa kerajaan pusat. Tetapi oleh kerana kerajaan pusat tidak sehaluan dengan mereka dalam politik, maka wujudkan politik 3D.
Begitu juga dalam kes jenayah, ada sesetengah kes yang ditembak mati oleh polis adalah penjenayah tetapi akan muncul kelompok politik yang kononnya menjadi pembela. Ayat yang paling mereka suka, ''kerajaan perlu tubuh suruhanjaya diraja.''
Kalaulah kerajaan mengikut rentak politik 3D pembangkang tersebut, entah berapa banyak suruhanjaya diraja mahu ditubuhkan, hatta kalau bas ekspres terbalik sekali pun mereka akan desak suruhanjaya berkenaan ditubuhkan.
Sebenarnya niat pembangkang bukanlah ikhlas ingin membela rakyat tetapi hanya mahu mengambil kesempatan kerana merasakan kedudukan politik mereka kuat selepas kejayaan dalam PRU 2008.
Sikap pembangkang dalam mengamalkan politik 3D ini cukup ketara melalui pelaksanaan gagasan 1 Malaysia. Mereka secara terbuka menyerang gagasan itu dengan menganggapnya ia bermotif politik. Sebab itulah di Selangor, kerajaan PKR cukup alergi dengan logo 1 Malaysia, biarpun hakikatnya gagasan tersebut bertujuan menyatupadukan rakyat negara ini.
Gagasan 1 Malaysia tidak ada salahnya, ia bukan soal idea pemimpin BN atau tidak, tetapi ia demi kebaikan semua rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik, kaum mahupun agama.
Bagaimanapun, pembangkang takut dengan gagasan yang mungkin mereka anggap sudah menjadi "keramat" kerana di mana-mana sahaja perkataan 1 Malaysia disebut.
Pembangkang memahami 1 Malaysia mempunyai kebaikannya demi perpaduan masyarakat majmuk di negara ini, tetapi mereka melupakan itu semua. Ini kerana dalam kepala mereka hanya politik, politik dan politik. Justeru gagasan itu mahu dilemahkan dan dicemari, maka wujudlah andaian songsang oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan gagasan berkenaan dengan Israel.
Walaupun kerajaan BN telah memberikan bukti bahawa dakwaan tersebut adalah palsu tetapi pembangkang termasuklah Anwar peduli apa! yang penting bagi mereka gerakan politik 3D harus dilaksanakan bagi mengabui mata dan fikiran rakyat.
Terbaru, Anwar dengan penuh gah menyatakan akan mendedahkan bukti dan kaitan antara APCO Worldwide dengan gagasan 1 Malaysia pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang mulai 22 Januari ini.
Apa yang mengecewakan, walaupun pembangkang mengetahui amalan politik 3D ini tidak akan menguntungkan rakyat malahan ada ketikanya boleh mencemarkan imej negara, namun ia tidak dipedulikan.
Impian menawan Putrajaya dan "menabalkan" Anwar sebagai Perdana Menteri menjadi matlamat utama. Oleh itu, apa sahaja corak politik yang boleh diamalkan akan mereka lakukan.
Kesudahannya, arena politik negara tidak pernah tenang, malahan sejak Mac 2008, ada sahaja isu yang dimainkan oleh pembangkang semata-mata untuk menunjukkan kewujudan mereka. Akibat keghairahan itu maka berlakulah pembohongan, pendustaan dan fitnah terhadap kerajaan BN dalam sesetengah isu yang dibangkitkan oleh pakatan pembangkang.
Lebih mengecewakan, oleh kerana amalan politik 3D ini, maka ada antara pemimpin mereka mengeluarkan hujah dan "fatwa" sesuka hati.
Keadaan itu menyebabkan berlaku situasi di mana bagi pembangkang kalau mereka buat tak apa tetapi kalau kerajaan BN lakukan, tidak boleh.
Sememangnya amalan politik 3D ini tidak boleh dibiarkan, rakyat tidak harus terpengaruh dengan cara politik seumpama itu kerana ia tidak akan menguntungkan mereka.
Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.
Oleh itu, janganlah mudah terpedaya dengan apa yang pembangkang katakan. Janganlah sampai kerana terperangkap dengan politik 3D pembangkang, rakyat akhirnya mengalami satu lagi sindrom 3D iaitu "Diperdayakan', Dibohongi dan Disengsarakan". - Utusan Malaysia
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

UMNO DI PERSADA ANTARABANGSA

Posted: 10 Jan 2011 04:44 PM PST

Parti Komunis China Kagum Perubahan UMNO Berdepan Cabaran Masa Depan

KUALA LUMPUR, 20 Okt  –  Delegasi Parti Komunis China (CPC) hari ini percaya UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara mampu melakukan perubahan untuk berdepan cabaran khususnya meraih sokongan generasi akan datang.
Ketua delegasi CPC, Huang Xiangyao berkata walaupun UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) menerima tamparan pada pilihanraya umum lalu namun menerusi perubahan-perubahan yang dilakukan, BN mampu meraih semula sokongan rakyat.
Malah beliau turut mengakui berminat untuk mendapat pengetahuan bagaimana UMNO melakukan perubahan tersebut.
Pada kunjungan delegasinya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO hari ini, beliau juga melahirkan rasa gembira kerana hubungan kedua-dua parti terus dapat dieratkan.
Ini katanya dibuktikan menerusi jemputan UMNO kepada CPC yang bukan sahaja untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2010 tetapi juga turut serta dalam forum antarbangsa yang diadakan bermula Isnin lalu.
"Pihak CPC amat menghargai kerjasama yang telah dijalinkan bukan saja kerjasama diplomatik dan perdagangan antara China dan Malaysia tetapi hubungan antara kedua-dua parti yang terus terjalin erat", katanya.
Dalam kunjungan selama hampir satu jam itu juga delagasi CPC turut diberi penerangan ringkas tentang sistem organisasi parti, situasi semasa perjalanan perhimpunan agung UMNO dan juga persiapan UMNO bagi menghadapi dua pilihanraya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi.
Huang turut menyatakan harapan besarnya agar UMNO termasuk kerajaan Malaysia mengambil kesempatan kerjasama erat ini untuk terus menerokai peluang baik dari sudut ekonomi, teknologi dan perniagaan yang sedia ada negara republik berkenaan.
"Malaysia adalah rakan lama China dan hubungan kedua-dua pemimpin sememangnya menjanjikan peluang yang cukup besar untuk manfaat kedua-dua negara", ujarnya.
Sementara itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula kerjasama UMNO dan CPC sebenarnya cukup erat apatah lagi kedua-dua parti telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, 5 Ogos lalu.
"Sewaktu mengadakan perbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud," katanya.
Jelas beliau lagi walaupun China mengamalkan sistem satu parti namun di negara tersebut terdapat lebih 50 masyarakat etnik.
"Sebagai sebuah negara besar tentunya mereka mempunyai pelbagai masalah dan percaya bahawa kaedah yang diambil dari Malaysia sedikit sebanyak boleh digunapakai dan boleh ditokok tambah untuk disesuaikan dengan pentadbiran negara mereka," jelasnya.
Katanya, beliau turut menyebut minat UMNO bagi menghantar generasi muda khususnya di kalangan pergerakan Pemuda dan Puteri untuk mempelajari bagaimana CPC melaksanakan program-program mereka. -MediaUMNO

NEGARA ISLAM : ANTARA JANJI POLITIK PAS.....

Posted: 10 Jan 2011 04:41 PM PST

Hadi 'Wajib' Rujuk Karpal, Kit Siang Berhubung Agenda Negara Islam

KUALA LUMPUR 10 JAN – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'wajib' berjumpa dan merujuk terlebih dahulu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh atau Penasihatnya, Lim Kit Siang sebelum mengutarakan pendirian Pas berhubung agenda negara Islam.
Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, langkah berkenaan adalah penting agar segala tutur katanya tidak memakan diri sendiri selain menjaga maruah parti itu yang kini menjadi tumpuan umum.
Menurut beliau Hadi perlu bertanya dan mengadakan perbincangan dengan sekutu mereka yang lain khususnya Karpal Singh kerana pemimpin DAP itu pernah mengeluarkan kenyataan menyanggah prinsip perjuangan Pas berhubung agenda negara Islam.
"Jangan jadi "flip-flop"…..Hari ini nampak garang macam "Singa lapar" dalam mempertahankan prinisp namun esoknya bila "dijentik" dan "dipulas" telinga oleh pemimpin DAP, maka akan berubah kenyataan.
"Jangan jadi "flip-flop"…..Hari ini nampak garang macam "Singa lapar" dalam mempertahankan prinisp namun esoknya bila "dijentik" dan "dipulas" telinga oleh pemimpin DAP, maka akan berubah kenyataan.
"Bagi menutup perkara itu, mungkin ini jawapan Hadi…Kita akan berbincang dan itu adalah kenyataan peribadi saya….Bukankah itu menunjukkan perasaan was-was beliau dalam mempertahankan prinsip. Kepada Hadi, renungkan surah an-nas dan jangan jadi pemimpin yang mengamalkan politik syaitan," katanya.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata partinya tidak akan berkompromi pada prinsipnya dan tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan berhubung agenda negara Islam.
Prof Mohd Noor seterusnya menegaskan, apa yang diluahkan oleh Hadi hari ini menimbulkan seribu satu persoalan yang mana apakah Hadi mendapat tekanan daripada pihak tertentu agar mereka tidak memperjuangkan lagi agenda berkenaan dalam usaha menjayakan mimpi di siang hari pakatan pembangkang.
"Jika tidak mendapat tekanan, kenapa pula tiba-tiba terpancul kenyataan sedemikian rupa. Bagaimana pula dengan kesanggupan pemimpin Pas Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang baru-baru ini sanggup mati mempertahankan Karpal Singh. Bukankah Karpal dikatakan mula berlembut dengan apa yang diperjuangkan Pas Sejak sekian lama.
"Kalau Karpal berlembut, mungkin perkara ini tidak akan berbangkit lagi. Saya pun tidak tahu yang mana satu yang betul.
"Mungkin Hadi boleh berikan penjelasan lebih lanjut. Namun beliau mungkin kena tunggu " ilham dan lampu hijau" daripada pemimpin DAP khususnya Karpal Singh sebelum membuka mulut. Tunggu dan lihat selepas ini…Saya pun tidak arif sangat untuk komen lebih lanjut," katanya.

TENANG : PAS RISAU CALON TEMPATAN

Posted: 10 Jan 2011 04:34 PM PST




BN seakan sudah pasti akan meletakkan calon tempatan bagi pilihan raya kecil DUN Tenang manakala PAS pula nampak yakin dengan keputusan untuk meletakkan calon luar.

NONEMenurut timbalan ketua bahagian Umno Labis Hashim Daud, kesemua tujuh nama yang dicadangkan itu merupakan anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Kesemua nama berkenaan terdiri daripada anggota yang aktif dalam Umno bahagian Labis dan telah menawarkan diri sebagai calon, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, senarai calon yang panjang itu juga mencerminkan "keterbukaan" di kalangan anggota bahagian tersebut.

Kesemua yang menawarkan diri mereka telah disenaraikan, katanya lagi yang enggan mendedahkan nama-nama berkenaan.

NONENamun, beliau sendiri yang merupakan seorang bekas pengetua di sebuah sekolah di Labis dipercayai turut tersenarai.

Seorang lagi yang dikatakan turut tersenarai ialah bekas ketua penerangan bahagian tersebut, Jaim Yunus, 54.

Jaim yang juga seorang bekas pengetua sekolah sebelum ini kalah tipis ketika menentang Allahyarham Sulaiman Taha bagi merebut jawatan ketua bahagian dalam pemilihan pada tahun 2008.

Ketua wanitanya Haslinda Salleh, 38, dan ketua pemudanya Mansor Birat juga dikatakan turut menawarkan diri bagi pencalonan berkenaan.

Mazlan Aliman calon popular
Sementara itu, timbalan pesuruhjaya PAS negeri yang juga pengarah pilihan raya Dzulkefly Ahmad berkata parti itu tidak akan meletakkan calon tempatan.

NONESebaliknya, beberapa nama calon yang disenaraikan itu merupakan pemimpin PAS dari kawasan sekitar Labis, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dzulkefly berkata, isu calon tempatan tidak timbul memandangkan kesemua nama calon yang dikemukakan itu tahu benar dengan keadaan di Labis.

"Ada banyak kawasan yang dekat dengan Labis. Calon itu boleh jadi dari Segamat atau dari Pagoh, kawasan pesuruhjaya negeri kita," katanya yang menambah, jentera pilihan raya parti itu telahpun membuat persiapan sejak 25 Disember.

Pesuruhjaya PAS negeri Mahfodz Mohamed merupakan personaliti yang terkenal di Johor namun seorang lagi pemimpin PAS yang turut meraih populariti di negeri itu ialah seorang anggota jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman turut tersenarai.

Mazlan dikenali melalui usahanya bersama masyarakat Felda sebagai pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) dan pencalonannya mungkin akan memberi kelebihan kepada PAS.

Ini memandangkan DUN Tenang meliputi tiga kawasan rancangan Felda - Chemplak, Chemplak Barat dan Tenang - di mana PAS meraih kurang daripada 20 peratus undi pada Mac 2008.

Selain pertembungan Pakatan Rakyat dan BN, pilihan raya kecil Tenang pada 30 Januari nanti juga bakal menjadi medan kempen untuk kumpulan pro dan anti novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Husain.

Sebagai reaksi kepada Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) yang mahu turun dan meletakkan calon sendiri di DUN itu, NGO penulis - Kumpulan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI) - mengumumkan rancangan mereka 'berkempen' di kawasan itu.

dinsman artist and politics 220408 04"Kita akan adakan forum di Tenang. (Kita) bukan hendak berkempen, tetapi mereka sudah guna (isu itu), (dan hendak) letak calon," kata presiden PAKSI Che Shamsudin Othman (kiri) yang mempertahankan novel itu sebagai "rakaman realiti yang cukup baik".

Pada 30 Disember lalu, PRIMA mengancam meletakkan calon di Tenang jika kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap Interlok yang didakwa memberikan gambaran salah terhadap masyarakat Indian, berhubung sistem kasta dan istilah "pariah".

Ketua penerangannya AP Raja Retinam juga memberitahu Malaysiakini, mereka turut merancang melancarkan protes di Putrajaya dan di Johor Bahru berhubung perkara itu.

Belum pun reda, sebuah lagi gabungan NGO India semalam mengancam mengadakan upacara membakar novel itu jika ia tidak ditarik balik sebagai teks sastera untuk pelajar tingkatan lima.

Bakar novel
Dalam satu sidang media di pejabat Persatuan Penulis Nasional (PENA) di ibu negara hari ini, Che Shamsudin berkata penyertaan PAKSI dalam pilihan raya itu bukan untuk tujuan politik tetapi "untuk menjelaskan keadaan seni" yang sebenar.

Bagaimanapun, menurut penyajak terkenal dan pelopor teater absurd itu, butiran lanjut meliputi ahli panel terlibat dan tarikh program itu masih di peringkat perbincangan.

azlanChe Shamsudin dan beberapa seniman, termasuk Sasterawan Negara A Samad Said sebelum ini pernah beberapa kali terlibat berkempen dalam beberapa pilihan raya kecil bagi memperjuangkan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ketika itu.

Sementara itu, diminta mengulas rancangan pembakaran Interlok sebagai tanda bantahan, Che Shamsudin berkata mereka tidak boleh membuat apa-apa berhubung perkara itu.

"(Malangnya) karya seni, orang tidak melihatnya sebagai seni, tetapi alat politik. PAKSI tidak boleh buat apa-apa (jika mereka ingin membakarnya).

"Setakat ini kita hanya menyatakan sikap kita," katanya sambil memberitahu belum memikirkan tindakan tegas kepada penentang novel Interlok.

Hadir sama dalam sidang media itu, pengasas portal sastera siber eSastera Prof Dr Ir Wan Abu Bakar, Pengerusi Kesatuan Pekerja-pekerja Dewan Bahasa Pustaka Hasni Abas serta penulis terkenal Razali Endon dan Kassim Muhammad.

Kesemua mereka turut bergiat aktif dalam PAKSI - NGO penulis yang dilihat rapat dengan pembangkang

It will be a wet by-election

Posted: 10 Jan 2011 04:24 PM PST



JOHOR BARU: The meteorological department forecasts that it will be a wet by-election for Tenang starting with nomination day on Jan 22.

A department spokesman said the general weather outlook showed that thunderstorms would be a common occurrence in the afternoons.

He added that the pattern would continue until polling day on Jan 30.

"This is just a general prediction and we will be able to give more details between Jan 15 and Jan 17," he said.

The spokesman that thunderstorms were expected to occur in the afternoons and would continue until late evening.

"We also predict fair or cloudy conditions in the early part of the day," he said.

The spokesman added that the department would be updating its website regularly.

"We advise voters who would like to check on weather conditions, to log onto our website www.met.gov.my for details," he said.

The Tenang seat fell vacant following the death of Barisan Nasional state assemblyman Datuk Sulaiman Taha on Dec 17.

PAS election shortlist comes down to two

Posted: 10 Jan 2011 04:22 PM PST


JOHOR BARU: PAS is likely to field either lawyer Firdaus Masod or teacher Normala Sudirman as its candidate for the coming Tenang by-election.

However, Tenang PAS by-election machinery director Zulkifli Ahmad said the party had narrowed their options to two candidates but declined to confirm the names.

Firdaus is an exco member of the PAS Dewan Pemuda while Normala is a member of the PAS Dewan Muslimat Johor.

Both are from Segamat and in their 30's.

Zulkifli said the PAS candidate would be announced on Jan 19.

"We do not know if we are going to go with a woman candidate or not but it would be an advantage as 53% of the voters in Tenang are women," he said.

Pilihan raya kecil dewan kecil undangan negeri Tenang, besar kemungkinan menyaksikan pertembungan antara wanita apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu antara seorang lelaki dan seorang wanita.

NONE"Mesyuarat (semalam) telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ia hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Katanya, mesyuarat telah memilih seorang daripada dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi mewakili Dewan Muslimat PAS.

Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.

"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa.

azlanMesyuarat jawatankuasa itu diadakan buat pertama kali di pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur selepas bangunan berkenaan mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.

Walaupun belum ada mana-mana parti politik yang mengumumkan calon masing-masing, namun ada tanda-tanda kedua-dua BN dan PAS akan mengemukakan calon wanita pada hari penamaan calon 22 Jan ini.

Antara nama yang disebut-sebut akan diturunkan oleh PAS ialah bekas guru yang meletakkan jawatan secara 24 jam, bulan lalu.

Parti itu dikatakan akan mengumumkan calonnya pada satu majlis di Tenang Ahad ini.

Sumber parti itu berkata seorang bekas guru berusia 38 tahun, Normala Sudirman (bawah, kiri), yang juga Ketua Muslimah PAS Labis, adalah seorang daripada dua nama yang disenaraipendek itu.

NONESementara itu, terdapat ura-ura BN juga akan menurunkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan pada 30 Jan ini.

Andaian ini diperkuatkan lagi apabila Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini secara terbuka mencadangkan agar parti itu memilih Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh sebagai calonnya.

Berasal dari Chaah, Haslinda (bawah, kanan), seorang ahli perniagaan, dikatakan antara tiga nama yang berpotensi diturunkan sebagai calon BN.

Dua yang lain ialah Rusdin Mahmud, penolong guru besar, yang juga timbalan ketua Umno Bahagian Labis dan Hashim Daud, bekas guru besar yang kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Umno Bahagian Labis.

BN juga dijangka mengumumkan calonnya di Tenang pada 18 Jan.

NONEBagaimanapun, pilihan raya kecil ini berkemungkinan menyaksikan pertandingan tiga penjuru kerana G Sivanandan, 50, seorang anggota Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Ladang Kebangsaan, mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Sivanandan berkata beliau ingin menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai platform untuk menyuarakan masalah yang dihadapi kira-kira 800 pekerja ladang di kawasan berkenaan.Kerusi Tenang kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu akibat penyakit kencing manis.
Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.
Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Unlike the Opposition’s, Govt plans are realistic, says Najib

Posted: 10 Jan 2011 04:20 PM PST


By MAZWIN NIK ANIS
mazwin@thestar.com.my

PUTRAJAYA: The Government will not make unrealistic promises that can bankrupt the nation.

This, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, was in contrast to the Opposition's style.

Najib added that the Government's agenda, some of which had been implemented, showed that it was responsible and kept to its word.

"This is truly the opposite of the Opposition's populist 100-day proposed reform plans. We have studied the proposal and found that it was not made based on reality because there is no mention at all of how and where is the financial source to fulfil all these pledges," he said, adding that he found this puzzling.

"We cannot be overly populist so much so that we put the country at stake. We cannot be so irresponsible that our future generation will suffer," he told the staff of the Prime Minister's Department at this year's first monthly gathering.

He warned that if the Opposition went ahead with its plan, Malaysia would become like Greece (which was facing a debt crisis) in two years.

The Pakatan Rakyat had said recently that if it formed the next Federal Government, it would reform critical institutions like the police, Election Commission, the Attorney-General's Chambers and the Malaysian Anti-Corruption Commission and reward teachers with an additional RM500 monthly remuneration – all within 100 days.

The Prime Minister said 2011 was the year for the Government administration and civil service to gain momentum on the implementation of the Government's agenda and policies, as promised to the people.

Based on the early success of programmes that had commenced, Najib said the Govern-ment was on the right track, adding that it needed to double its efforts to ensure multiple and continued success.

Najib said Malaysia had scored two major successes last year, thanks to the collective efforts between the administration and civil servants. One, he said, was in overcoming the negative effects of the global economic crisis.

DASAR TRANSFORMASI EKONOMI MULA MENAMPAKKAN KESAN..

Posted: 10 Jan 2011 04:05 PM PST

Transformasi ekonomi mula menampakkan kesan

Oleh Mohd. Ayop Abd Razid

SALAH satu ukuran penting bagi mengukur kemajuan sesebuah negara ialah pertumbuhan dan pencapaian ekonominya. Biasanya, pencapaian ekonomi sesebuah negara diukur melalui pendapatan negara.

Ia adalah satu ukuran nilai wang bagi barang-barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara melalui pencapaian seluruh kegiatan ekonomi dalam sesuatu tahun. Konsep ini juga dikenali sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Keseluruhannya, pertumbuhan dan pencapaian ekonomi Malaysia berada pada landasan yang positif pada 2010. Ia ekoran pemulihan ekonomi global yang kembali kukuh dan disokong oleh beberapa faktor. Antaranya ialah rangsangan fiskal yang mapan dan dasar monetari akomodatif di seluruh negara.

Selain itu, pertumbuhan yang kukuh di rantau Asia, terutama China dan India serta ekonomi Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan negara-negara pengeluar minyak turut mempengaruhi pertumbuhan global.

Pada tahun lalu, KDNK negara kita mencapai sasaran 7.0 peratus. Ia menepati apa yang dijangkakan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Pada suku pertama, KDNK negara ialah 10.1 peratus, suku kedua 8.9 peratus dan suku ketiga 5.3 peratus. Pada keseluruhannya, pertumbuhan domestik dengan perbelanjaan sektor swasta yang meningkat telah menjadi unsur utama pencapaian ekonomi negara. Permintaan domestik tahun lalu dianggarkan meningkat sebanyak lima peratus.

Walaupun permintaan luar negara berada dalam aliran yang lembap tetapi kesan peningkatan pertumbuhan domestik menyebabkan pertumbuhan ekonomi kita terus berkembang.

Semua sektor ekonomi negara tumbuh positif kecuali sektor perlombongan. Fakta lain yang menunjukkan ekonomi kita berada pada kedudukan yang positif ialah peningkatan simpanan rizab negara.

Dari Januari hingga 15 November 2010, jumlah rizab negara kita adalah AS$105.8 bilion (RM326.455 bilion). Ketika krisis kewangan 1997/98, rizab negara hanya berjumlah AS$420 bilion (RM63 bilion).

Demikian juga mata wang kita mencatat prestasi terbaik yang mana ringgit mengakhiri 2010 dengan ditutup pada RM3.0880 berbanding satu dolar AS. Selain itu, Pelaburan Asing Langsung (FDI) yang jatuh teruk sebanyak 81 peratus pada 2009 mula kembali berkembang secara positif.

Pada 2009, FDI kita hanya bernilai RM5 bilion sahaja tetapi ia mula meningkat pada tahun lalu di mana FDI bagi Januari hingga September adalah RM17.1 bilion. FDI bagi suku pertama ialah RM5.1 bilion, suku kedua RM5.9 bilion dan suku ketiga RM6.2 bilion. Adalah dijangkakan keseluruhan aliran masuk FDI untuk tahun lalu mencecah RM20 bilion.

Peningkatan masuk FDI membuktikan bahawa beberapa dasar baru yang diperkenalkan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti dasar liberalisasi, Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) mula memberikan kesan positif terhadap pelaburan asing.

Tahun lalu sahaja, FDI global melebihi paras AS$1.2 trilion. Apa yang perlu ialah kerajaan haruslah berusaha lebih gigih untuk menarik lebih banyak aliran masuk modal asing pada tahun ini supaya senario persaingan menarik kemasukan FDI di kalangan negara-negara ASEAN akan lebih memihak kepada kita.

Sungguhpun begitu, kerajaan harus berhati-hati, mengawal dan mengurusnya dengan baik kerana pengalaman negara sebelum ini menunjukkan bahawa pergantungan keterlaluan terhadap FDI dalam pembentukan kasar domestik, terutama dalam pelaburan sektor pembuatan telah mengehadkan kemajuan keusahawanan domestik (Jomo K.S., 2010).

Usaha kerajaan untuk mengalih tumpuan daripada sektor pembuatan kepada sektor perkhidmatan serta pelancongan dijangka melonjak momentum pertumbuhan ekonomi negara. Demikian juga iltizam kerajaan melaksanakan Projek Permulaan (ETP) baru di bawah ETP akan banyak membantu pertumbuhan dan pencapaian ekonomi negara. Kita yakin ETP yang berasaskan 12 bidang ekonomi utama (baru) akan berjaya melonjakkan prestasi ekonomi negara.

Namun, kita harus faham bahawa setiap perubahan dalam pembangunan ekonomi negara yang melibatkan transformasi dari bentuk sedia ada kepada bentuk ekonomi baru memerlukan sekurang-kurangnya lima peringkat penting iaitu persediaan, pelancaran, pelaksanaan (penetapan perkembangan), kematangan dan lepas kematangan. Inilah yang sedang dilalui oleh program transformasi ekonomi yang diperkenalkan oleh Najib. Peringkat persediaan dan pelancaran ETP telah pun dilakukan. Kita kini berada dalam peringkat pelaksanaan.

Pada hemat saya, dalam proses ETP dan MBE mencapai kematangannya maka kerajaan masih harus bergantung kepada ekonomi sedia ada seperti FDI dan sektor pembuatan.

Namun, pergantungan terhadap sektor ini semakin dikecilkan, manakala pergantungan kepada bentuk-bentuk ekonomi baru seperti yang dirangka di bawah ETP terus diperhebat dan diperkukuhkan.

Pelaksanaan pelbagai projek dalam RMK-10 dan PTE akan merancakkan lagi beberapa sektor penting negara seperti sektor kewangan dan insurans, pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan. Sektor pembinaan yang mengalami kelesuan beberapa tahun lalu dijangka kembali rancak apabila pelaksanaan pelbagai projek seperti yang disenaraikan dalam Bajet 2011, RMK-10 dan ETP mula dilaksanakan.

Selain itu, usaha membangun modal insan berkualiti terutama dalam menjayakan budaya inovasi dan kreativiti dalam penghasilan barangan dan perkhidmatan akan turut memberi kesan positif pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam konteks ini, penubuhan Talent Corporation (perbadanan bakat) pada 1 Januari lalu dilihat mampu meningkatkan kemahiran tenaga kerja atau modal insan negara. Pada masa kini, negara mempunyai hanya 25 peratus tenaga pekerja mahir.

Justeru, diharapkan perbadanan bakat itu akan benar-benar dapat mencapai misinya untuk melahirkan lebih banyak tenaga kerja berpengetahuan tinggi. Ini penting kerana ia sekali gus akan dapat meningkatkan daya saing negara serta daya produktiviti negara. Kesan daripada peningkatan daya produktiviti itu nanti akan membolehkan syarikat-syarikat membayar gaji yang lebih tinggi setanding dengan peningkatan daya produktiviti yang dihasilkan.

Ia sekali gus akan memberikan harapan kepada kita untuk mencapai negara berpendapatan tinggi, iaitu daripada AS$7000 (RM24,500) kepada AS$15000 (RM52,500) menjelang tahun 2020.

Kesimpulannya, pelaksanaan ETP telah menunjukkan kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Selain itu, GTP, penglibatan sektor swasta yang semakin meningkat, pembangunan modal insan yang telah mula dilaksanakan serta kesediaan rakyat untuk menerima dasar-dasar pembaharuan ekonomi akan dapat melonjakkan pencapaian negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti.

Penulis ialah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan

Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Aura Anwar yang semakin pudar

Posted: 10 Jan 2011 04:02 PM PST

Aura Anwar yang semakin pudar

Oleh Zulkefli Hamzah

MALAM semalam, di Stadium Malawati Shah Alam gaung Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seperti biasanya. Menggunakan pentas Pas yang dihadiri oleh pemimpin utama dan ribuan ahli serta penyokong parti itu, Anwar seperti kehilangan karisma.

Seruan dan gah ketua pembangkang itu tidak lagi berbisa. Tiada getar yang dapat dirasakan yang selalunya menambat perhatian khalayak. 'Lawan tetap lawan' yang lazimnya menggegar suasana ceramahnya, tidak lagi disahut dengan gema yang senada.

Mungkinkah pemimpin berusia 64 tahun ini sudah berada di tahap tepu yang hilang auranya? Politik Anwar memang penuh warna-warni yang kini mungkin sampai waktunya di peringkat menuju jalan keluar setelah melalui fasa kegemilangan.

Kemunculannya dirasai semasa menjadi pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya dan kemudiannya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Penyertaannya dalam UMNO pada 1982, dan bukan Pas yang mengejutkan ramai orang termasuk rakan-rakan rapatnya telah mengusungnya ke mercu kegemilangan.

Sama ada dalam UMNO dan kemudiannya dipecat daripada kerajaan dan parti, kerjaya politiknya melecut sehingga majalah Time pada 2008 menyenaraikannya sebagai antara 100 orang paling berpengaruh di dunia.

Tetapi semua itu tinggal nostalgia. Seorang Anwar, yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada isterinya tidak lagi dilihat sehebat semasa zaman pelajar, dalam kerajaan dan awal reformasi. Banyak compang-camping yang telah mendedahkan siapa sebenar dirinya. Banyak kelemahan yang tidak lagi terdaya untuk ditutup dengan kelicikannya bersandiwara. Tidak selamanya orang boleh berbohong.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diasaskannya semakin dipinggirkan rakyat. Jika tidak kerana ihsan Pas dan rantai DAP yang hanya mahu mempergunakan Anwar, PKR tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Mungkin sahaja, kini tinggal sedikit madu PKR yang menunggu masa sepahnya dibuang.

Ceramah Anwar yang lesu malam semalam dilihat berpunca daripada sikap sebahagian kepimpinan Pas yang mahu berhati-hati dengan Anwar. Podium Pas yang disediakan untuk Anwar dalam program ceramah selamatkan Malaysia itu tidak diterjemahkan dalam konteks apa sebenarnya yang membahayakan negara ini sehingga perlu diselamatkan.

Isu dan hujah yang beliau ketengahkan hambar, tanpa disusuli dengan fakta meyakinkan. Gaya penyampaiannya juga tidak berdegar-degar seperti dulu. Khalayak pulang tidak dengan maklumat baru mahupun semangat berjuang yang berkobar-kobar. Suasana perhimpunan malam itu yang kononnya untuk menyelamatkan Malaysia, biasa-biasa sahaja.

Isu yang disentuh Anwar selalu sangat didengar – APCO dan hak membela diri sehingga digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Parlimen, tanah Melayu di Sungai Besi dan pelantikan SUK Selangor. Hujahnya gagal meyakinkan khalayak. Terlalu banyak tuduhan daripada menyatakan fakta dan kebenaran.

Dan seperti sudah menjadi kebiasaannya apa sahaja yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun untuk kebaikan rakyat, diperlekehkan. Dulu Tun Dr. Mahathir Mohamad, kemudian Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Najib yang menjadi sasaran dengan tuduhan rakus kuasa.

Pertemuan Najib dengan semua Ahli Parlimen BN, Sabtu lalu dianalogikannya bagai seorang doktor yang sesuka hati memberi ubat kepada pesakitnya. Ia dijadikan gurau senda sinikal. Ia peluru barunya untuk mengubat kehambaran hujah-hujahnya agar khalayak rasa terhibur dan terleka.

Sudah tentu isu-isu inilah yang akan terus jadi bahan siri kempennya termasuk pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang nanti. Itu sajalah modalnya, sebagaimana janji 100 hari pembangkang yang hanya berbentuk populis dan tidak berpijak di bumi nyata.

Bagaimanakah Anwar, seorang yang didakwa di mahkamah atas perlakuan jenayah boleh membawa pakatan pembangkang ke Putrajaya? Beliau yang sepatutnya melaksanakan tanggungjawab moral dengan melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang, sebaliknya menobatkan pula dirinya sebagai calon Perdana Menteri.

Bagaimanakah Anwar, yang telah ditinggalkan oleh rakan-rakan akrabnya, mampu memimpin gerakan yang bakal mentadbir Malaysia? Ramai yang hadir pada malam itu nampaknya ragu-ragu beliau mampu melakukannya.

Realitinya penasihat ekonomi Selangor ini yang selalu menabik dada mempunyai hubungan baik dengan negara luar, tidak pula mampu membawa mereka melabur ke Selangor. Jika ada satu dua, Anwar tentu sekali akan mengusungkan ke hulu dan ke hilir. Tetapi pernahkah kita dengar syarikat antarabangsa itu dan ini melabur di Selangor atas inisiatif Anwar?

Pelaburan di Selangor adalah hasil usaha Kerajaan Pusat. Anwar dan Kerajaan Selangor lebih gemar bermain politik, bukan mengurus ekonomi negeri dan kebajikan rakyat. Di Selangor, yang tak sudah-sudah disebut ialah air percuma.

Ya, zaman ini memang zaman gila seperti selalu disebut Anwar yang memetik syair pujangga Indonesia, Ronggo Warsito. Kita di zaman gila kerana ada pemimpin seperti Anwar yang gemar memutar belit fakta sehingga yang benar menjadi palsu dan palsu diubah menjadi benar.

Tetapi kita juga harus ingat pesanan pujangga bahawa orang bijak melakukan kesilapan baru setiap hari tetapi orang lalai terus mengulangi kesilapan serupa setiap hari. Nampaknya inilah yang sedang dilakukan oleh Anwar - mengulangi kesilapan. Mungkin sebab itu auranya semakin pudar.

PROGRAM 100 HARI : JANJI KOSONG PEMBANGKANG

Posted: 10 Jan 2011 03:58 PM PST

Janji kosong pembangkang membahayakan negara.

PANDANGAN PPUBJ : Kegagalan dan kekecohan PR memerintah negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang jelas menunjukkan bahawa mereka belum bersedia untuk menjadi kerajaan. Bayangkan jika mereka mentadbir negara apa akan berlaku?

JANJI pembangkang untuk melaksanakan 'Pelan 100 Hari' jika berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 dan memerintah negara ini bukan sahaja membuatkan pakar-pakar ekonomi yang mendengarnya berkerut dahi, malah ia boleh menjadi bahan jenaka sepanjang zaman.

Selain itu orang biasa yang kurang mahir ilmu matematik juga mampu mencongak tentang kemampuan kewangan pembangkang untuk melaksanakan pelan tersebut, memandangkan ia melibatkan berbilion ringgit.

Melihat kemampuan ekonomi negara, kita sudah menjangka apa yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang itu sekadar janji kosong yang sengaja digembar-gemburkan untuk menjadi popular dalam meraih sokongan rakyat.

Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya semalam yang menyifatkan janji pembangkang untuk melaksanakan 'Pelan 100 Hari' jika dapat memerintah negara sebagai tidak berpijak di bumi nyata.

Agaknya dari mana pakatan pembangkang memperoleh punca atau sumber kewangan untuk melaksanakan pelan tersebut. Adakah dengan cara meminjam dari Dana Kewangan Antarabangsa? Jika sudah meminjam, dari mana pula mahu dikorek duit untuk membayar semula pinjaman tersebut. Melihat sikap pembangkang yang sanggup berbuat apa sahaja, asalkan impian menakluk Putrajaya tercapai, kita bimbang jika negara ini terpaksa 'dijual' kepada pihak luar bagi melunaskan segala hutang piutang yang ditanggung itu.

Sanggupkah kita melihat tanah air tergadai? Tentu sekali tidak dan dengan itu, rakyat perlu cepat sedar dan jangan mudah terpedaya dengan janji-janji pembangkang yang tidak berpijak di bumi yang nyata itu.

Kita cabar pembangkang supaya membentangkan hari ini juga kepada rakyat tentang dari mana punca kewangan untuk membiayai segala program di dalam pelan tersebut diperoleh. Kita yakin bahawa pembangkang tidak berani menyahut cabaran itu kerana ia sememangnya tidak mempunyai kemampuan.

Sudah terang lagi bersuluh, dan bahayanya permainan politik pembangkang itu bukan sahaja dipenuhi dengan tipu muslihat, malah boleh merosakkan masa depan negara. Ini kerana terdapat segelintir rakyat yang mudah tertipu dengan segala janji walaupun menyedari ia sesuatu yang aneh untuk ditunaikan.

Lihat sahaja penduduk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang sekarang yang mulai sedar tentang kesilapan yang telah mereka lakukan dalam PRU Ke-12. Ini kerana rata- rata rakyat menyedari bahawa segala janji yang ditabur sepanjang kempen pilihan raya tersebut masih belum dapat ditunaikan walaupun telah hampir tiga tahun memerintah.

Kegagalan kerajaan negeri berkenaan menunaikan segala janji adalah kerana tidak mampu kerana tidak ada punca kewangan yang boleh digunakan untuk kebajikan rakyat. Justeru, apabila muncul 'Pelan 100 Hari' tersebut, maka ia jelas satu lagi perangkap pembangkang untuk memperdaya rakyat.

Nampaknya pakatan pembangkang benar- benar terdesak sehingga sanggup berjanji apa sahaja untuk menyedapkan halwa telinga rakyat. Biarpun tidak mampu untuk menunaikan janji-janji tersebut, tetapi ia terus dilakukan kerana rakyat suka mendengarnya.

Yang jelas menjadi mangsa adalah rakyat terutama mereka yang mudah sangat termakan pujuk rayu pembangkang yang jelas menipu rakyat. Jangan sampai, 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.'

Justeru, untuk menyelamatkan nasib rakyat, maka wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras untuk memastikan rakyat tidak terus ditipu. Kembalikan kewarasan rakyat untuk berfikir mengenai sesuatu yang logik dan boleh diterima akal dalam menentukan masa depan negara.

Jangan biarkan pembangkang menggadaikan masa depan negara sehingga anak cucu kita kelak terpaksa menanggung kesukaran hidup yang berpanjangan.

Biarlah kita hidup secara sederhana sekarang, asalkan tidak merana di kemudian hari gara-gara terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang.

BLACKBARRY DAN FACEBOOK : TEKNOLOGI YANG DISALAHGUNAKAN.....

Posted: 10 Jan 2011 03:52 PM PST

BlackBerry tidak diharamkan

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my

Rais Yatim (kiri) mempengerusikan mesyuarat bersama Pengurusan Tertinggi JPKK di pejabat kementerian itu di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, semalam. – bernama

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa mengikut langkah Indonesia yang mungkin bertindak mengharamkan penggunaan telefon pintar BlackBerry.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bagaimanapun berkata, pihaknya sedia mengkaji semula perkara berkenaan sekiranya terdapat bukti menunjukkan penggunaan telefon berkenaan menimbulkan masalah keselamatan, budaya dan pentadbiran kepada negara.

Menurutnya, kajian yang dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini mengesahkan penggunaan BlackBerry tidak menimbulkan sebarang masalah seperti di Arab Saudi dan India.

"Setakat ini, saya tiada dimaklumkan tentang perlanggaran tersebut, jadi tidak wajar bagi kami mengatakan secara khusus apakah tindakan yang perlu diambil sedangkan kami tidak menerima sebarang laporan pun.

"Sekiranya ada rakyat negara ini yang mempunyai fakta tertentu, diharap mereka memaklumkan kepada kementerian dan kita akan cuba mendalaminya serta menyiasat di bawah undang-undang SKMM," katanya di sini hari ini.

Rais berkata demikian pada sidang akhbar selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini.

Beliau mengulas kemungkinan penggunaan BlackBerry di Indonesia diharamkan berikutan kegagalan penyedia perkhidmatan telefon itu, Research In Motion (RIM) untuk menapis unsur pornografi daripada perkhidmatan Internet yang disediakan telefon berkenaan.

Dalam perkembangan berlainan, Rais meminta JKKN mengubah tanggapan masyarakat terhadap jabatan itu yang selama ini dikenali sebagai jabatan 'pengurus peristiwa' semata-mata.

Sebaliknya, beliau mahu JKKN lebih dikenali sebagai pencetus budaya yang boleh mencungkil bakat baru di setiap daerah dan negeri.

Selain itu, katanya, beliau mahu kira-kira 2,400 program seni budaya yang dikendalikan JKKN menampilkan beberapa projek yang mengandungi intisari pembudayaan Malaysia pada tahun ini.

"Ini penting kita tegaskan supaya gagasan 1Malaysia berjaya kita laksanakan bersama dengan membawa setiap lapisan kaum menterjemahkan jangkauan rakyat dalam program-program yang dilaksanakan.

INTERLOK : BERLAPANG DADA DAN MINDA TERBUKA

Posted: 10 Jan 2011 03:48 PM PST

'Realiti, bukan penghinaan'

BESUT 10 Jan. - Kewujudan kasta yang digambarkan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussein dalam novelnya, Interlok, bukan suatu bentuk penghinaan kepada mana-mana kaum malah merupakan realiti pada zaman berkenaan.
Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu, Malaysia-China di Foreign Studies University (BFSU) China Beijing Prof Awang Sariyan berkata golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka.
Beliau berkata Sasterawan Negara itu ialah seorang penulis yang menghasilkan karya berdasarkan fakta dan realiti sosial pada zaman-zaman yang dilalui dan disaksikannya sendiri.
"Novel Interlok adalah merupakan gambaran realiti sosial pada zaman berkenaan dan pengisahan yang melibatkan penghijrahan kaum pekerja dari luar termasuk orang dari India memang terakam dalam karya-karya ilmiahnya," kata Awang kepada Bernama menerusi e-melnya hari ini.
Beliau berkata, Abdullah tidak membohongi fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalam kapal itu bersesak-sesak golongan Brahmin atau golongan Ksyatria dibawa oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api atau buruh di ladang getah.
Menurutnya, konteks yang menggambarkan suasana dalam kapal itu pula menunjukkan nilai murni golongan tersebut yang memiliki perasaan dan kesediaan hidup bersama tanpa berasa bimbang oleh sebab berlainan taraf atau kasta.
Sehubungan dengan itu, Awang meminta supaya semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah dalam membuat sesuatu rumusan dan perlu menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosiobudaya dan sejarah, bukan berdasarkan sentimen sempit yang tidak ilmiah.
Katanya, perkara tersebut akan bertambah rumit lagi jika isu itu dikaitkan pula dengan perhitungan politik yang sempit. - BERNAMA

Pengikut