Pengikut

Nuffnang

Selasa, 4 Januari 2011

Razlan's

0 ulasan
sumber :-

Razlan's


Daulat Tuanku - Isu SUk Selangor.

Posted: 04 Jan 2011 04:06 AM PST

"Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.
Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan.

Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Datuk Mohamed Khusrin Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Pada majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor berada di luar negara.

Selain daripada itu, pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.Majlis tersebut bukanlah majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri Selangor.

Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato' Menteri Besar.

Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatkan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh.

Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A).

Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.

Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai "Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA" oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN).

Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato' Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat.

Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Negeri Selangor.

Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di negeri Selangor.

Mengenai cadangan Y.A.B. Dato' Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato' Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan.

Tindakan Y.A.B. Dato' Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam negeri Selangor.

Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu."

Pemimpin PR putar belit kenyataan Sultan!

Posted: 04 Jan 2011 01:38 AM PST

Kenyataan demi kenyataan telah di buat oleh Pemimpin PKR berhubung dengan perlantikan SUK Selangor Dato Mohamed Khusrin Bin Haji Munawi yang baru.

Pemimpin Pakatan Pembangkang mengulas kenyataan mengikut sesuka hari sehinggakan kenyataan DYMM Sultan Selangor telah di putar belit untuk menunjukkan yang mereka mendapat restu daripada DYMM Sultan Selangor. Perkara ini dilakukan tanpa ada rasa hormat kepada DYMM Sultan Selangor dan keluarga di Raja.

Kenyataan seperti ini yang disiarkan di Malaysiakini amat berbahaya kerana telah mengheret Istana ke kancah Politik.

"Baginda memberikan perkenan ini selepas menyatakan pandangan bahawa baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan SUK kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada 1993," kata penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Baginda memberitahu demikian dalam perjumpaan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Istana Mestika, Shah Alam semalam." Malaysiakini 4hb Januari.

DYMM Sultan Selangor amat murka dengan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sehingga Ahli Dewan Negeri Seri Muda, YB Suhaimi sanggup mengugut DYMM Sultan. Kenyataan di blig beliau yang di keluarkan pada 30 Disember 2010 telah memberi amaran kepada Sultan dan memberikan kupasan agar rakyat membenci DYMM Sultan Selangor.

Ulasan oleh MB Selangor yang mahu mengadakan sidang DUN tergempar untuk membawa isu ini di ubah seumpama mahu membelakangi DYMM Sultan Selangor. Dewan sekiranya mahu bersidang seharusnya mendapat perkenan DYMM Sultan tetapi MB Selangor memainkan isu ini di Akhbar dan Media elektronik seumpama mahu memberi desakan kepada DYMM Sultan agar menerima perlantikan yang beliau sukai.

Ternyata tidak ada surat rasmi yang memohon untuk diadakan DUN tergempar sehingga hari ini, dan boleh dikatakan MB dengan sengaja mahu memburukkan DYMM Sultan kerana tidak mahu mengikuti kehendak Kerajaan Selangor.

Semakin lama isu ini berlarutan, semakin banyak kekeliruan akan berlaku dan akhirnya rakyat akan menjadi keliru sehingga memburukkan DYMM Sultan Selangor. Apakah tujuan mereka berbuat demikian boleh kita tafsirkan seperti mana yang ditulis dalam Blog Suhaimi. Yang mana beliau mahukan kebangkitan Rakyat untuk menghapuskan sistem beraja yang telah sekian lama bertapak di Malaysia.

Putar belit kenyataan DYMM Sultan Selangor boleh diibaratkan sebagai memfitnah Kerabat Diraja Sultan Selangor dan mereka ini seharusnya dilakhnat oleh Rakyat Negeri Selangor yang sayangkan sistem beraja kita.

Orang Melayu seharusnya bangkit bersama untuk menentang sesiapa sahaja yang mahukan sistem ini dihapuskan, tetapi amat malang sekarnag.. .. orng Melayu sungguh lemah sehinggakan mahu membela Sultan sendiri tidak bermaya. Amat lah Malang Melayu hari ini !!!

ahmadmaslan.blogspot.com

0 ulasan
sumber :-

ahmadmaslan.blogspot.com


ISU FELDA BANKRAP....???

Posted: 04 Jan 2011 07:46 PM PST

SIDANG AKHBAR TAN SRI ISA SAMAD

Posted: 04 Jan 2011 07:41 PM PST

Exclusive Interview With Ahmad Maslan

Posted: 04 Jan 2011 07:31 PM PST

AHMAD MASLAN DI FELDA TENANG

Posted: 04 Jan 2011 06:29 PM PST

AHMAD MASLAN MEMPERINCIKAN KES KEMAHANG 3

Posted: 04 Jan 2011 06:15 PM PST

Posted: 04 Jan 2011 06:04 PM PST

Peneroka tidak terpengaruh

Posted: 04 Jan 2011 05:51 PM PST

Yusof Noor Bawa Banyak Pembaharuan Kepada Felda – Ahmad Maslan

Posted: 04 Jan 2011 05:46 PM PST

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

0 ulasan
sumber :-

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


DAP ADALAH DALANG BERKENAAN DENGAN ISU SUK !!!

Posted: 04 Jan 2011 05:00 PM PST

saya dah agak DAP sebenarnya adalah Dalang kepada kekecohan yang berlaku dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru,Datuk Mohammed Khusrin Munawi.kalau tidak macam mana kekecohan ini berlaku???

cuba anda perhatikan situasi lepas,yang pertama berkenaan dengan Cikgu Rahim,Beliau mengatakan kepada semua orang di Dewan Millenium Kepala Batas,memberi amaran 'langkah mayat saya dahulu' jika ada pihak yang ingin 'mengusik' Pengerusi DAP itu.Agaknya adakah PKR ini dan PAS telah mengikut telunjuk DAP???

laporan dari UTUSAN MALAYSIA telah jelas bahawa Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Syed Ali AlHabshee mengatakan perkara itu jelas terbukti apabila Penasihat PKR Anwar Ibrahim terus dijadikan keldai politik oleh DAP.ia ekoran banyak rahsia Anwar tersimpan dalam kocek pengerusinya,Karpal Singh terutama melibatkan kes liwatnya dengan Mohd. Saiful Bukhari.Oleh itu,Anwar tidak berani membantah apa sahaja yang disuarakan oleh pemimpin DAP itu walaupun mencabuli perlembagaan negara dan bermatlamat menghancurkan ketuanan Melayu dan institusi raja-raja Melayu negara ini.Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga dilihat hanya seperti patung yang ikut telunjuk DAP dalam apa jua perkara walaupun kesannya menyusahkan rakyat.

Dalam pada itu,Syed Ali berkata,PKR dan DAP secara terang-terangan cuba mempolitikkan isu tersebut dan PKR dilihat cuba bertindak sebagai diktator dan bersikap kuku besi walaupun pada dasarnya bertentangan dengan amalan biasa.

"Abdul Khalid juga seperti cuba menyorok sesuatu apabila bermati-matian menolak pelantikan Mohammed Khusrin walaupun mendapat perkenan Sultan.Cadangan beliau untuk mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda perlembagaan negeri mengesahkan kemungkinan ada sesuatu yang cuba dipertahankan," katanya lagi.

POST BY DR. ME...

TENTANG BUDAYA GAY DI MALAYSIA !!

Posted: 03 Jan 2011 11:27 PM PST


Baru-baru ini dunia alam maya gempar!
Dengan tercetusnya pengakuan seorang gay
Gay atau dalam kata lain ; lelaki yang bernafsu sesama lelaki

Pengakuan berani jurutera terbabit adalah berkenaan dengan penglibatannya yang secara terang menolak ajaran Rasulullah S.A.W.

Tajuk "Saya Gay, Saya Ok" itu mula menjadi topik hangat bebarapa hari yang lepas.
Bagaimanapun setelah dikecam pelbagai pihak, pengamal ajaran songsang tersebut mula mengalah lantas memadamkan klip video berkenaan dengan alasan keselamatan dirinya.

Akan tetapi, ia bukan bermakna perjuangan jurutera terbabit akan terhenti.
Dalam posting sama, moderator blog itu berkeras akan mempertahankan hak golongan yang bernafsu songsang seperti gay dan lesbian.

Astagfirullahalazim.....
Malaysia sudah mahu jadi apa ini.... ?

Tidak takutkah golongan ini pada bala-Nya?
pergi lah ke kedai buku
carilah
'Kisah-kisah nabi terdahulu'


Sumber dari blog SUARA LENSA



POST BY... DR. DOL

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


Syed Ali : ‘Rahsia Anwar dalam kocek Karpal Singh ‘

Posted: 03 Jan 2011 10:02 PM PST

DAP terus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'keldai politik' kerana banyak rahsia Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tersimpan dalam kocek Karpal Singh.

Oleh sebab kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Anwar tidak berani membantah apa sahaja yang disuarakan oleh pemimpin DAP walaupun mencabuli perlembagaan negara.

Beliau menyelar Anwar kerana berterusan bersekongkol dengan DAP yang bermatlamat untuk menghancurkan ketuanan Melayu dan institusi raja-raja Melayu di negara ini.

"Kerana takut rahsia terbongkar, Anwar sanggup membiarkan DAP menjadi dalang dalam apa jua kemelut yang berlaku termasuk dalam isu pentadbiran kerajaan negeri Selangor," tegasnya.

Syed Ali juga mendakwa, Anwar lebih rela membiarkan dirinya dijadikan keldai politik oleh Karpal Singh kerana 'banyak cerita' dalam isu liwatnya dengan Mohd. Saiful Bukhari.

Beliau mendakwa, DAP adalah dalang kepada kekecohan yang berlaku dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sehingga menimbulkan kemurkaan Sultan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga kata beliau, sekadar patung yang ikut telunjuk DAP dalam apa jua perkara walaupun kesannya menyusahkan rakyat.

Syed Ali menambah, kemelut perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd. Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru jelas melihatkan bagaimana PKR dan DAP mempolitikkan isu tersebut.

"PKR menyamai DAP yang bertindak sebagai diktator dan bersikap kuku besi walaupun pada dasarnya bertentangan dengan amalan biasa, termasuk dalam isu perlantikan SUK Selangor," ujarnya.

Sambil menyifatkan Anwar dan Lim Kit Siang mempunyai perangai yang sama, beliau mendakwa Khalid sebagai boneka Anwar seperti cuba menyorok sesuatu apabila bermati-matian menolak perlantikan Mohd. Khusrin walaupun dilaporkan mendapat perkenan Sultan.

"Pada hemat saya, Khalid kemungkinan cuba menyorok sesuatu daripada diketahui rakyat, oleh sebab itu beliau menentang keras perlantikan Mohd. Kushrin sebagai SUK yang baru," katanya.

Syed Ali menambah, cadangan Khalid untuk mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda perlembagaan negeri semakin mengesahkan kemungkinan ada sesuatu yang cuba dipertahankan.

Beliau kesal kerana Menteri Besar Selangor teralu biadap dan tidak menghormati insuitusi raja-raja Melayu sebagai tonggak pemerintahan kerajaan negeri.

"Khalid sebagai orang Melayu sepatutnya lebih faham terhadap peranan isntitusi beraja dan tidak bersekongkol dengan DAP yang semenangnya memusuhi ketuanan Melayu," tegasnya.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

0 ulasan
sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


APA KATA PENDITA ZAABA MENGENAI MELAYU

Posted: 03 Jan 2011 08:42 PM PST

PENDITA Zaaba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad tidak pernah mengenal erti berputus asa dan pernah berjuang untuk meninggikan martabat Bahasa Melayu suatu masa dahulu.

Orang yang membiasakan dirinya meminta tolong dengan tiada berusaha sendirinya itu ialah melatih dirinya menjadi peminta sedekah. Maka, tidak ia akan sampai ke mana dalam pekerjaan mencapai kejayaan. Jika dapat pun olehnya ketinggian dan kejayaan itu dengan jalan demikian, tidaklah ada apa - apa yang ia boleh berbesar hati kerananya, kerana ia bukan dengan kudrat kebolehannya sendiri, hanya dapat dengan pertolongan orang.

"Perangai suka meminta tolong saja itu walaupun meminta tolong kepada Allah swt, kita sendiri tidak menjalankan usaha ikhtiardengan secukupnya, sangat tidak betul kepada Islam". Kiasan yang di lemparkan oleh Pendita Zaaba terhadap orang Melayu di majalah Qalam (Bil. 19:1952) adalah amat wajar di renung.

Sikap bergantung kepada pertolongan orang atau pihak Kerajaan semata - mata harus di kaji dengan serius. Jiwa kebergantungan dalam banyak hal menyebabkan daya saing dan jiwa mandiri semakin tiris. Dalam dunia hari ini, di mana persaingan terbuka menentukan faktor kejayaan sama ada dalam bidang penguasaan ilmu pengetahuan, penyertaan dalam kegiatan ekonomi dan perniagaan, penerokaan bidang sains dan teknologi, keteguhan dalam sistem keluarga dan masyarakat banyak bergantung kepada kesungguhan serta kekuatan peribadi yang terbabit dengannya.


Kecenderungan menyalahkan orang lain dan bergantung kepada penyelesaian orang lain terhadap masalah yang berbangkit adalah jalan mudah mencari kambing hitam dalam jalan keluar daripada masalah. Malah terdapat kecenderungan yang amat aktif di kalangan orang Melayu yang menaja aktiviti budaya popular baik dalam media cetak dan eletronik mahupun dalam bentuk pesta dan festival yang tambah melalaikan serta merosakkan kualiti jiwa dan emosi generasi muda Melayu sehingga akhirnya berbangkit pelbagai masalah serius dan menyentuh mengenai jati diri serta kekuatan bangsa Melayu itu sendiri.
Pendita Zaaba berkot hitam pada Ogos 1929 - Foto Star

Pendita Zaaba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad adalah seorang cendekiawan Melayu yang disegani dan turut melakukan kritikan terhadap bangsanya. Pandangan dan kritikan beliau boleh di dapati dalam bukunya yang berjudul "Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP/1982). Beliau mengkritik sikap orang Melayu yang tidak percaya kepada kebolehan diri, lemah cita-cita dan terlalu bergantung kepada orang lain serta berkiblatkan taklid buta tanpa memahami tuntutan Islam yang sebenarnya.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, merasakan apa yang di utarakan oleh Pendita Zaaba ada kebenarannya. Meminjam kata pepatah Inggeris "Say the truth even it's bitter" atau dalam bahasa Ibunda "Bercakap benar walaupun pahit" . Maka itu, jadikan tulisan di atas sebagai renungan dan pedoman kerana bercakap benar bukti kualiti jati diri.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

0 ulasan
sumber :-

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Tahniah KP Negeri Selangor yang baru

Posted: 03 Jan 2011 05:06 PM PST

Ketua Pergerkan Pemuda Umno Serdang Ungku Salleh Ungku Jamal dilantik sbgai Ketua Pemuda Selangor yang baru berkuat kuasa serta merta menggantikan Dato Suhaimi Ghazali. Jawatan yang lain kekal.KP serta Ajk PUcTD mengucapkan Tahniah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selangor ohhh Selangor

Posted: 03 Jan 2011 02:22 PM PST

Bagaimana DUN Selangor hendak meminda Perlembagaan tanpa 'Majoriti Dua Pertiga'

Pakatan Retorik Selangor mahu meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor ?? Bagaimana ini boleh terjadi ??. Dari 56 DUN di Selangor, 36 DUN adalah dari Pakatan Retorik. Ini mewakili 64.3% dari ADUNnya. Sekiranya Dua Pertiga majoriti peruntukan kerusi dari 56 DUN, bermakna ianya adalah 66.7%. Maka mereka memerlukan sekurang-kurangnya 38 DUN untuk menyokong usul meminda undang-undang tubuh tersebut jika pindaan perlembagaan negeri mahu dibuat.
Bagimanapun Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim hari ini dengan bangganya menyatakan mahu memanggil sidang DUN tergempar bagi meminda Undang-undang tubuh Negeri Selangor bagi menghalang perlantikkan Datuk Mohd Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan yang baru oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek. Kenyataan ini adalah semata-mata mahu mengaburi mata rakyat berhubung kononnya Paduka Sultan Selangor mengarahkan Menteri Besar berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA. Pada dasarnya sebenarnya Menteri Besar Selangor tidak berpuas hati dengan Perkenan Paduka Sultan Selangor diatas perkenan tersebut, bagaimanapun Menteri Besar mencari jalan bagaimana mahu mengagalkan perlantikkan Datuk Khusrin yang dianggapnya 'Duri Dalam Daging' dalam pentadbirannya. Apa perlu ditakutkan kerana Datuk Khusrin adalah penjawat awam yang sifatnya tidak 'racist' kepada mana-mana kaum dan agama di Selangor. Walaupun perlantikkan SU baru telah diharamkan untuk beliau mengikuti mana-mana mesyuarat Kerajaan Negeri, namun proses mengangkat sumpah dihadapan Paduka Tuanku Sultan Selangor bagi memegang jawatan tersebut tetap akan diadakan pada 6 Januari 2011. Syabas Datuk Khusrin...dan Tahniah....Daulat Tuanku....!(Sumber: FB KP PUcTD)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

0 ulasan
sumber :-

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


PROGRAM WACANA 1 MALAYSIA ANJURAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 03 Jan 2011 07:07 PM PST


Program Wacana 1 Malaysia Anjuran Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah bersama IKSEP yang telah diadakan pada 25/12/2010 di Dewan Japerun Lendu, Masjid Tanah, Melaka. Program ini turut memuatkan penyampaian sijil & sumbangan kepada Pelajar Cemerlang PMR 2009. Perasmian oleh Datuk Wira Abu Seman Yusop (Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah).

UMNO Cawangan Bukit Ampang

0 ulasan
sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Khusrin tetap jalankan tugas, walaupun tidak disukai

Posted: 03 Jan 2011 03:57 AM PST

03/01/2011 4:37pm

SHAH ALAM 3 Jan. - Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi tetap akan menjalankan tugasnya seperti biasa walaupun pelantikannya tidak disukai oleh kerajaan PKR Selangor.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor, beliau menegaskan tidak mempunyai masalah dan ia juga tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.

''Saya maklum yang Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) akan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan selagi saya tidak diarah balik ke Kerajaan Persekutuan, saya akan jalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Saya juga telah memohon untuk mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar melalui surat pagi ini, tetapi masih belum ada jawapan,'' katanya kepada pemberita di sini petang ini.

Mohammed Khusrin menegaskan, beliau tidak pernah bersikap rasis dan tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan menteri besar dan exco-exco lain.

Beliau juga tidak faham mengapa diserang dan ditohmah sejak mula menjadi Pengarah JAIS oleh beberapa pihak, sedangkan beliau menjalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

BUKTI CAMPURTANGAN POLITIK DALAM PENTADBIRAN SELANGOR

Posted: 03 Jan 2011 03:29 AM PST

Secara tak langsung isu dibawah membuktikan bahawa terdapat campurtangan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. INILAH DASAR PKR memerintah. Pentadbir dan kuasa eksekutif perlu ada pembahagian kuasa. Apakah ini telus dan mengikut prinsip demokrasi seperti yang diwar-warkan ? Fikirkanlah....

Isu SUK: Selangor mahu pinda undang-undang tubuh negeri

03/01/2011 3:39pm

SHAH ALAM 3 Jan. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mencadangkan agar diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk kembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri kepada Menteri Besar dan Sultan Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menulis surat kepada Speaker DUN untuk memaklumkan mengenai cadangan itu.

Menurut Abdul Khalid, beliau juga telah mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengenai isu pelantikan SUK itu.

Katanya, baginda mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mencari penyelesaian terbaik.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan calon yang layak.

"Sebelum penyelesaian muktamad dicapai, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dengan sebarang majlis atau keraian dengan SUK.

"SUK juga tidak boleh hadir mesyuarat Exco atau hadir pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tetapi boleh melakukan kerja-kerja seperti menguruskan hal tanah dan sebagainya," kata beliau pada sidang akhbar tergempar di sini hari ini.

Ujar beliau, ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan. – Utusan

MB Selangor menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah

Posted: 03 Jan 2011 03:26 AM PST

03/01/2011 2:25pm

SHAH ALAM 3 Jan. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika di sini hari ini.

Kenderaan rasmi Menteri Besar dilihat memasuki Istana Mestika pada pukul 10.50 pagi dan keluar kira-kira 12.20 tengah hari.

Pihak media yang berkumpul di hadapan pintu utama istana itu sejak jam 10 pagi hampa apabila tidak mendapat sebarang komen daripada Menteri Besar yang terus beredar dari situ.

Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Abdul Khalid tidak berhenti walaupun dikerumuni para wartawan dan jurugambar.

Difahamkan Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi mengemukakan nama tiga calon yang dipilih oleh sebuah panel kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim bagi jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.

SUK Negeri yang baru, Datuk Mohamad Khusrin Munawi telah hadir di pejabat barunya di Tingkat 19 Bangunan Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah di sini sebelum pukul 8 pagi ini. – Bernama

'Tahan Shuhaimi di bawah ISA'

Posted: 03 Jan 2011 03:24 AM PST


Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my


SHAH ALAM 2 Jan. - UMNO Selangor mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei ekoran kenyataan yang didakwa menghasut rakyat menentang institusi beraja di negeri ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus dikenakan terhadap wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana kenyataannya yang dibimbangi boleh menggugat sistem pentadbiran dan keselamatan negara.

Katanya, negara ini mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan kedudukan sultan atau raja diiktiraf sebagai ketua bagi sesebuah negeri.

Justeru beliau menegaskan, sebarang kenyataan atau tindakan oleh mana-mana individu yang mempertikaikan kedudukan serta bidang kuasa institusi itu merupakan satu pengkhianatan terhadap prinsip-prinsip Perlembagaan apatah lagi mengajak rakyat menentang asas perundangan negara.

"Kita memandang serius perkara tersebut atas dasar menjaga kedudukan Perlembagaan serta keselamatan negara ini. Tindakan Shuhaimi seolah-olah mahu mewujudkan fahaman anarki dalam masyarakat khususnya di Selangor.

"Ini amat membimbangkan dan kita mahu KDN mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuklah ISA sekiranya perlu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 31 Disember lalu, Shuhaimi menerusi laman blognya, http://srimuda.blogspot.com didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menurut Shuhaimi, pelantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi menerusi kenyataan di dalam laman blog berkenaan seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

Tidak cukup dengan itu, wakil rakyat PKR itu turut menyatakan kononnya rakyat akan menolak sebarang tindakan "Beraja di mata, bersultan di hati" oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh "raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja".

Sayap Parti

Bahagian