Ahad, 19 Disember 2010

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN


Laporan Biro Agama Kembara Ramadhan Surau Setiawangsa 1341 ( KRS2 1431 )

Posted: 19 Dec 2010 07:21 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


APA PANDANGAN ANDA DALAM HAL INI ?

Posted: 18 Dec 2010 05:35 PM PST

PERSOALANNYA DENGAN APA YANG BERLAKU DAPATKAH MEREKA MENJAGA KEHARMONIAN AGAMA ISLAM?

AGAKNYA TU SEBAB SALAH GUNA MASJID ?

Posted: 18 Dec 2010 05:31 PM PST


PPUBJ ; Mudah sahaja sifirnya sebab mereka tak bina tu sebabnya selalu salah guna.....

SIRI PENGETAHUAN AM: MEMPERKASAKAN PIBG

Posted: 18 Dec 2010 05:18 PM PST

PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)



Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat.

PIBG juga mempunyai peranan 'saling lengkap melengkapi' terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah.

Tujuan-tujuan PIBG adalah:

1. Untuk mengadakan satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah

2. Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka

3. Untuk membolehkan IBG dalam Sekolah bertukar-tukar fikran dan maklumat mengenai pendidikan

4. Untuk memberi peluang kepada IBG dalam Sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya

5. Untuk membolehkan IBG dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Fungsi peranan PIBG adalah:

1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid

2. Menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah

3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat

4. Meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduisif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

SIRI PENGETAHUAN AM : PENDIDIKAN SEX ; ANTARA HARAPAN DAN TUNTUTAN

Posted: 18 Dec 2010 05:03 PM PST

Pendidikan Seks Di Sekolah - Isu Yang Masih Belum Selesai
Siti Fatimah Binti Abdul Rahman
Fellow Kanan

00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

Beberapa bulan yang lalu, saya telah mewakili IKIM ke satu persidangan meja bundar (satu sesi brain-storming, sebenarnya) mengenai �pendidikan zuriat�. Dari tajuk itu, apa yang terbayang di kepala saya ialah �persidangan� itu akan membincangkan tentang pendidikan anak-anak. Sebagai wakil IKIM, pada jangkaan saya, saya perlu mengenengahkan kandungan serta pendekatan mendidik anak-anak dari perspektif Islam. Saya pun mempersiapkan diri dengan input-input yang saya rasa dapat dimanfaatkan oleh para peserta �persidangan� tersebut.

Apabila �persidangan� itu bermula, barulah saya ketahui bahawa perjumpaan tersebut bukan bertujuan untuk membincangkan tentang pendidikan anak-anak tetapi ia menjurus tentang isu pendidikan seks � perlu atau tidak ia diajar di sekolah?, jika tidak, siapa yang perlu memberi khidmat tersebut?, kandungan pendidikan itu dan seumpamanya.

Nampaknya masyarakat kita begitu sensitif dengan perkataan �pendidikan seks� sehingga istilahnya terpaksa ditukar untuk mengelakkan tentangan dari ahli masyarakat terutamanya ibubapa. Malangnya, pertukaran istilah itu tidak memberikan gambaran sebenar tentang maksud sebenar yang ingin diketengahkan oleh penganjur. Mungkin juga ini berlaku kerana penganjur � mengetahui kepentingan pendidikan seks � sengaja menukar istilah itu agar pendidikan seks akhirnya diterima oleh masyarakat kita. Tetapi, wajarkah pertukaran istilah itu dibuat semata-mata untuk mengaburi mata �orang kebanyakan�? Bagi orang kebanyakan pula, tidakkah anda merasa terhina bila mengetahui bahawa istilah pendidikan zuriat itu sebenarnya pendidikan seks yang ditukar istilahnya bagi menjamin penerimaan masyarakat sekeliling?

Itulah keadaannya dalam masyarakat kita. Setelah bertahun-tahun kita berbincang tentang keperluan mengadakan pendidikan seks di sekolah, ia masih belum diterima sepenuhnya. Walaupun ramai yang mengakui keperluan pendidikan seks kepada anak-anak, tetapi masih ada ibubapa yang marah-marah bila mengetahui pendidikan seks diajar di sekolah.

Kemarahan ini wujud kerana ibubapa bimbang sekiranya anak-anak diajar tentang pendidikan seks, rasa ingin tahu mereka tentangnya akan membuak-buak, lantas dengan ilmu yang mereka perolehi itu, mereka akan mencubanya sendiri.

Walau bagaimanapun, ada ibubapa yang merasa lega jika sekolah dapat memberikan pendidikan seks ini kepada anak-anak mereka. Ini kerana mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya di samping wujudnya rasa malu untuk menerangkan perkara tersebut. Jadi, jika tugas itu dapat diambil oleh pihak sekolah, ibubapa ini amat mengalu-alukannya. Ia bukan sahaja dapat meringankan beban mereka tetapi juga memastikan bahawa anak-anak mendapat ilmu yang berkaitan dari sumber-sumber yang bertangungjawab dan bukannya bergantung kepada majalah, internet atau rakan sebaya.

Kebimbangan tentang anak-anak akan bereksperimen dengan ilmu yang mereka perolehi dari pendidikan seks ini sepatutnya tidak berlaku. Ini terbukti bila mana banyak perkara yang kita belajar di sekolah tetapi ia tidak menyebabkan kita mencubanya. Misalnya, di sekolah kita diajar tentang tenaga elektrik, tetapi tiada seorang murid pun yang bereksperimen dengan perkara ini dengan cara yang boleh memudaratkan mereka. Ini kerana mereka bukan sahaja diajar tentang tenaga elektrik dan kegunaannya, tetapi juga tentang potensinya untuk mendatangkan mudarat. Malah, pelajar juga diajar tentang langkah berjaga-jaga dalam menangani tenaga eletrik agar ia tidak memudaratkan. Dengan ilmu yang menyeluruh tentang sesuatu perkara seperti ini, para pelajar akan terbimbing dengan apa yang boleh dan tidak boleh dalam berhadapan dengan sesuatu elemen yang dipelajari.

Kita sepatutnya melihat isu pendidikan seks ini dari perspektif yang sama. Pendidikan seks bukan hanya mengajar anak-anak bagaimana melakukan hubungan seks. Tetapi ia merangkumi ilmu-ilmu lain yang sehubungan dengannya seperti fungsi reproduktif manusia, penjagaan kesihatan, bila masa yang sesuai untuk melakukannya, kesan-kesan darinya dan berbagai perkara lagi. Dengan mengetahui segala-galanya ini, mereka akan menjadi lebih terbimbing apabila berhadapan dengan seks dan seksualiti.

Termasuk di dalam pendidikan seks ini ialah pengajaran tentang nilai-nilai yang seharusnya wujud bersama hubungan seks tersebut. Misalnya, nilai masyarakat Malaysia bahawa hubungan seks hanya patut berlaku selepas berkahwin, juga hubungan tersebut perlu disertakan dengan rasa kasih sayang, tanggungjawab dan seumpamanya.

Bagi mereka yang menyokong idea agar pendidikan seks diajar di sekolah, selain merasakan ilmu tersebut perlu, mereka juga merasakan jika tidak diajarpun, anak-anak itu akan memperolehnya dari sumber-sumber yang lain seperti internet dan rakan sebaya. Maklumat yang mereka perolehi dari sumber-sumber ini tidak semestinya betul. Ini ditambah dengan hakikat bahawa �nasihat-nasihat� yang datang bersama maklumat tadi, tidak semestinya berguna kepada anak-anak kita. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika anak-anak memperolehi maklumat berkaitan perkara ini dari mereka yang lebih dewasa dan bertanggungjawab.

Ada yang berpendapat bahawa ibubapa adalah orang yang terbaik untuk mendidik anak-anak mereka dengan ilmu ini. Ini kerana selain menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan seks, mereka juga menjadi �contoh hidup� (living example) untuk anak-anak tadi. Misalnya, ikatan perkahwinan menghalalkan hubungan seks antara ibu dan bapa; hubungan seks itu pula wujud diiringi dengan nilai-nilai cinta, kasih sayang dan rasa tanggungjawab; hubungan intim itu menghasilkan anak-anak yang bukan sahaja menguatkan kasih sayang antara keduanya tetapi juga yang hadir bersama tanggungjawab-tanggungjawab tertentu; dan sebagai-sebagainya.

Sehubungan dengan isu pendidikan seks ini, Islam melihat orang yang lebih sesuai untuk melakukannya ialah ibubapa sendiri. Dalam buku yang bertajuk Pendidikan Anak-anak Dalam Islam yang ditulis oleh Abdullah Nasir Ulwan, beliau menyebut bahawa pendidikan anak-anak dalam Islam ini meliputi tujuh komponen dan salah satunya ialah pendidikan seks. Adalah menjadi tanggungjawab kedua ibubapa untuk memberikan pendidikan seks ini kepada anak-anak mereka.

Abdullah menyebut bahawa pendidikan seks bermaksud mengajar anak secara berterus-terang sejak ia mula berakal dengan faktor-faktor yang berkait rapat dengan seks. Pendidikan seks ini perlu diberi secara bertahap mengikut perkembangan umur anak-anak. Misalnya, pada usia 7 � 10 tahun anak-anak perlu diajar tentang adab meminta izin dan adab-adab penglihatan. Pada usia 10 � 14 tahun pula, mereka perlu dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh menimbulkan nafsu berahi. Pada usia 14 � 16 tahun, mereka perlu didedahkan kepada adab-adab perhubungan seks. Pada usia baligh/dewasa mereka perlu diajar untuk memelihara diri (terutamanya bagi anak-anak yang belum mampu untuk berkahwin).

Di samping itu, saya merasakan Islam juga secara tidak langsung mahu kita mendidik anak-anak dengan pendidikan seks ini melalui syariat-syariatnya yang lain. Misalnya untuk bersembahyang dan berpuasa, kita perlulah suci dari haid dan nifas juga tidak dalam keadaan berjunub. Jadi, mahu tidak mahu, kita perlu menerangkan kepada anak-anak tentang makna perkataan berjunub itu. Sekalipun kita menukarkan bahasa itu ke Bahasa Malaysia iaitu �mengadakan hubungan kelamin�, kita masih perlu menerangkan apa yang dimaksudkan dengan hubungan kelamin itu.

Jadi, kita dapati dalam Islam pendidikan seks itu bukan bertumpu kepada cara-cara melakukan hubungan seks semata-mata tetapi juga banyak perkara lain lagi seperti pemeliharaan diri dari melihat perkara-perkara yang boleh meransang nafsu, juga cara untuk memelihara diri dari melakukan seks di luar perkahwinan, kesucian diri dan sebagainya.

Bagi ibubapa yang merasa tidak selesa untuk membincangkan hal ini dengan anak-anak, belikan mereka buku yang bersesuaian untuk mereka baca (dan kemudian bincangkan bersama). Ini kerana ada banyak perkara yang perlu diketahui oleh mereka berkaitan seks dan seksualiti selain dari cara-cara melakukan hubungan seks. Misalnya, mereka perlu tahu tentang risiko penyakit kelamin yang berjangkit akibat dari hubungan seks yang kasual. Mereka juga perlu tahu tentang penderaan seksual dan rogol serta apa yang perlu dilakukan jika perkara ini berlaku kepada mereka. Ramai kanak-kanak yang masih mentah yang tidak tahu mereka dianiaya secara seksual atau dirogol kerana pengetahuan tentang seks ini tidak pernah didedahkan kepada mereka.

Selain itu remaja juga perlu tahu apa yang terkandung dalam undang-undang berkaitan seks. Misalnya membuat hubungan seks dengan mereka yang di bawah umur adalah dianggap sebagai jenayah rogol. Ramai remaja bawah umur yang melakukan hubungan seks tanpa mengetahui perkara ini. Begitu juga kalau mengikut Undang-undang Jenayah Syariah, ia dianggap sebagai zina dan boleh dikenakan hukuman.

Pada peringkat usia remaja juga, berbagai desakan yang mereka terima dari rakan sebaya mahupun teman lelaki atau wanita mereka sendiri. Misalnya, ramai yang didesak untuk membuktikan cinta dengan mengadakan hubungan seks. Tanpa tempat rujukan yang wajar (ibubapa), remaja mungkin terdorong untuk melakukannya kerana takut kehilangan orang yang mereka cintai.

Jika tidak didesak oleh teman lelaki atau teman wanita, remaja mungkin didesak oleh rakan sebaya. Rakan-rakan memang selalu mencabar atau memberi maklumat yang salah seperti mengatakan �Semua orang dah melakukannya, kamu bila lagi?�. Maklumat-maklumat seperti ini perlu diperbetulkan oleh orang yang lebih dewasa. Dalam menghadapi desakan-desakan ini, para remaja perlu diajar untuk berkata �Tidak mahu�. Dalam banyak keadaan, apabila remaja mula membuka mulut untuk memperkatakan tentang seks, ibubapa terus memarahi mereka. Ini bukanlah jalan yang bijak. Tentu saja rasa marah itu wujud tetapi dengan memarahi tanpa membuka minda mereka tentang mengapa perbuatan itu tidak patut berlaku hanya akan membuatkan remaja menjauhkan diri dan mungkin mengambil keputusan untuk melakukannya.

Jadi ternyata pendidikan seks merangkumi banyak perkara dan bukannya teknik dalam hubungan kelamin semata-mata. Jadi, kita perlu melihat isu ini secara lebih meluas dan terbuka.

Bagi ibubapa yang menghalang pendidikan seks dari diajar di sekolah, kita boleh faham kebimbangan mereka. Namun, untuk merasakan pendidikan seks tidak perlu diajarkan kerana merasakan anak-anak itu akan tahu sendiri, bukanlah satu tindakan yang bijak. Bagi saya, ibubapa ini tidak ada pilihan lain. Sama ada mereka membenarkan ia diajar di sekolah, atau mereka sendiri yang perlu mengajarnya. Jika tidak, memang anak-anak itu akan tahu sendiri tetapi kita bimbang mereka mengetahuinya dari sumber-sumber yang mungkin menjerumuskan mereka ke kancah yang ingin kita elakkan itu.

Lagipula, telah terbukti bahawa tanpa ilmu yang secukupnya ramai remaja yang tersilap langkah dan terpaksa mengakhiri hidup dengan pengalaman yang tidak menyenangkan. Misalnya, ramai pelajar sekolah yang dihidapi AIDS akibat hubungan seks rambang dan ramai juga yang mengandung anak di luar nikah akibat hubungan seks yang tidak sepatutnya berlaku.

Secara peribadi, saya merasakan tentangan hebat yang timbul adalah kerana para ibubapa tidak tahu apa sebenarnya isi kandungan subjek yang dinamakan pendidikan seks ini. Sekiranya mereka tahu, tentulah mereka lebih terbuka untuk menerimanya. Walaupun demikian ia bukanlah satu sebab untuk kita melatah. Sebagai masyarakat yang berilmu, apabila kita ingin menerima atau menolak sesuatu idea, kita perlu fakta yang lengkap. Adalah tidak bijak untuk kita menerima atau menolak sesuatu berdasarkan kepada agakan atau syak wasangka semata-mata.

Di pihak Kementerian Pendidikan pula, penyebaran maklumat tentang perkara ini perlulah meluas. Dalam isu yang sesensitif ini, para ibubapa mahu tahu apakah sebenarnya kandungan pendidikan seks itu � tidak kiralah di mana sahaja ia diselitkan : sebagai satu matapelajaran atau diselitkan dalam mata pelajaran yang lain. Dengan mengetahui kandungan keseluruhan subjek ini, maka barulah ibubapa dapat membuat penilaian yang lebih bijak berkaitan isu ini. Ini juga dapat mengelakkan mereka dari melatah setiap kali anak menceritakan bahawa guru mengajar mereka cara untuk melakukan hubungan seks.

Ketiadaan maklumat ini mungkin sahaja menimbulkan kebimbangan yang tidak wajar. Kita lihat sahaja apa yang berlaku kepada isu sekolah wawasan yang hanya ditentang bila media menyentuh tentangnya sedangkan sekolah wawasan telahpun dilaksanakan di beberapa kawasan dengan jayanya tanpa keluhan mana-mana pihak.

Dengan maklumat yang terang dan jelas serta tersebar meluas, saya merasakan pendidikan seks di sekolah akan lebih diterima dan tidak perlulah kita mengubah istilahnya semata-mata ingin agar pendidikan seks diterima ramai.

SIRI PENGETAHUAN AM : APA ITU " PLEA BARGAINING"

Posted: 18 Dec 2010 04:59 PM PST

Menyelesaikan isu pentadbiran keadilan jenayah secara proaktif
Oleh Rohimi Shapiee

2010/12/19
'Plea bargaining' mampu percepat urusan mahkamah dengan ambil kira kepentingan awam

SELEPAS Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mendedahkan persediaan pihak badan kehakiman untuk melaksanakan konsep tawaran pengakuan bersalah atau plea bargaining, pelbagai reaksi timbul di dada akhbar tempatan mahupun blog di internet.
Ada yang menyokong penuh seperti Majlis Peguam, tidak kurang pula sangsi dan ragu kerana berasa program itu akan mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan. Penulis ingin membicarakan perkara ini daripada beberapa perspektif.
Konteks di Malaysia

Sebenarnya, tawaran pengakuan bersalah sudah lama diamalkan walaupun secara tidak formal dalam senario dan praktik undang-undang jenayah di Malaysia. Namun tawaran pengakuan bersalah kini diformalkan bagi memantapkan lagi sistem keadilan negara dengan mengambil kira aspek kepentingan awam.

Peruntukan tawaran pengakuan bersalah diperkanunkan dalam Akta (Pindaan) Kanun Acara Jenayah 2010 di bawah seksyen-seksyen 172 C dan 172D, bab XVIIIA mengenai Proses-Proses Pra-Perbicaraan. Ia sudah menjadi undang-undang apabila diluluskan oleh Parlimen pada 2 Jun lalu dan diwartakan pada 10 Jun.

Seksyen 172C Akta (Pindaan) memberi pilihan kepada tertuduh dalam mana-mana kesalahan jenayah untuk memohon tawaran pengakuan bersalah di mahkamah di mana kes dalam pertuduhan akan dibicarakan.
Dalam permohonan itu, tertuduh akan disoal dalam satu perbicaraan tertutup bagi memastikan mahkamah berpuas hati bahawa permohonan yang dibuat adalah secara sukarela. Tawaran pengakuan bersalah yang disahkan oleh mahkamah seperti yang dipersetujui, boleh menyentuh sama ada; pertama -pilihan pertuduhan atau yang kedua - tahap hukuman.

Namun penguatkuasaannya dicadang dibataskan hanya kepada pesalah kali pertama. Jika tawaran yang dipersetujui adalah berkaitan pilihan pertuduhan lebih ringan, mahkamah akan menjatuhkan hukuman bersalah dan menetapkan hukuman seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang, sebaliknya, jika tawaran pengakuan adalah berhubung dengan hukuman, mahkamah akan memutuskan bahawa tertuduh bersalah atas tuduhan dan menjatuhkan hukuman tidak melebihi separuh daripada hukuman maksimum, tetapi tidak kurang daripada had minimum.

Amalan di luar negara

Bidang kuasa mahkamah di banyak negara di dunia sudah lama mengamalkan tawaran pengakuan bersalah, tetapi dengan kawalan perlu, bagi mengelak salah guna yang boleh mengakibatkan ketidakadilan. Tawaran pengakuan bersalah diamalkan dengan meluas di Amerika Syarikat sebagai tukar ganti kepada perbicaraan penuh dengan juri.

Justeru, lebih daripada 90 peratus kes jenayah di negara berkenaan tidak dibicarakan. Majoriti individu yang dituduh melakukan jenayah di Amerika mengetepikan hak Perlembagaan mereka dan mengaku bersalah.

Bagaimanapun, sebarang cadangan pendakwa raya di negara terbabit hanya dianggap sebagai nasihat dan mahkamah mengekalkan kata muktamad dalam menjatuhkan hukuman.

Mahkamah di negara itu juga boleh menolak hukuman yang dicadangkan dan tertuduh diberi peluang untuk menarik balik pengakuan. Pandangan yang hampir sama dikongsi oleh mahkamah di Kanada.

Di United Kingdom, selepas pindaan ke atas acara jenayah yang dilitupi dengan kontroversi pada 1980-an, tawaran pengakuan bersalah terus diamalkan di sebalik kritikan awam, tetapi secara umumnya diamalkan dengan berhemah. Negara Eropah yang lain juga secara perlahan-lahan mengesahkan konsep tawaran pengakuan bersalah.

Di India, pindaan kepada Kanun Acara Jenayah pada 2005 (dikuatkuasakan 2006) membolehkan tawaran pengakuan bersalah dicapai bagi kes yang hukuman maksimum adalah tujuh tahun penjara dengan mengecualikan kesalahan membabitkan keadaan sosioekonomi negara dan kesalahan dilakukan terhadap wanita atau kanak-kanak di bawah 14 tahun.

Faedah pindaan

Malaysia, seperti juga negara lain yang memperkenalkan konsep tawaran pengakuan bersalah mengetengahkannya dengan alasan utama untuk mengurangkan kelewatan dalam menyelesaikan kes jenayah.

Ia juga sebagai satu usaha proaktif bagi menyelesaikan kes tertunggak. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, sehingga 31 Disember 2009, kes jenayah tertunggak di Mahkamah Tinggi membabitkan 521 kes, Mahkamah Seksyen (2,441 kes) dan Mahkamah Majistret (12,645 kes). Ini jelas jumlah kes yang besar.

Kelewatan perbicaraan boleh menafikan keadilan atau dalam bahasa Inggerisnya justice delayed justice denied, disebabkan pemulihan undang-undang tidak dinikmati dalam masa sepatutnya. Bahkan ia boleh melemahkan kesan pencegahan atau deterrence.

Ini berlaku apabila kejelikan dan kekejaman sesuatu jenayah tidak lagi diingati masyarakat umum dan tidak dapat dihubungkaitkan dengan hukuman yang dijatuhkan, walau pun berat.

Kemungkinan salah guna

Pihak yang skeptikal dengan langkah baru ini berhujah bawah dalam situasi sekarang di mana hampir 98 peratus tertuduh dalam perbicaraan jenayah tidak diwakili peguam, tawaran pengakuan bersalah boleh disalah gunakan sebagai alat untuk menjamin sabitan mudah. Prosedur baru ini sebenarnya menyediakan langkah pencegahan bagi mengelak salah guna kuasa dan paksaan.

Jika tertuduh tidak diwakili peguam dan bagi menjamin kesukarelaan membuat pengakuan, perbicaraan untuk mengesahkan perjanjian tawaran pengakuan bersalah dilakukan tanpa kehadiran pendakwa raya.

Bagaimanapun, bagi kes membabitkan jenayah serius seperti bunuh, rogol dan rasuah, pendakwa raya bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan awam dengan tidak menerima tawaran pengakuan bersalah.

Lagi pun, kemungkinan berlaku rasuah sebagai dorongan untuk menerima tawaran pengakuan bersalah bagi kes di atas, kini dikurangkan berikutan penubuhan 14 mahkamah khas rasuah dan penggubalan Akta Perlindungan Saksi yang berkuatkuasa pada 15 Disember lalu.

Langkah lebih holistik

Sesuatu langkah pembaharuan pasti menerima pelbagai reaksi, sama ada positif mahupun negatif. Yang pentingnya, usaha baru sebegini perlulah disertai dengan prosedur pemantauan dan program audit supaya penambahbaikan berterusan dapat dilakukan.

Satu langkah tunggal yang mustahil dapat menyelesaikan masalah kelewatan perbicaraan dan kes tertunggak. Operasi fail, pengkhususan hakim dan sistem pengesanan kes adalah antara pelbagai inisiatif yang diambil kerajaan untuk mengatasi masalah di atas di mahkamah seluruh negara.

Tambahan pula sistem keadilan jenayah yang berkesan dan mapan bukan saja bergantung kepada penyelesaian kes di mahkamah. Peranan dan aktiviti agensi bertanggungjawab dalam mencegah perlakuan jenayah juga penting.

Justeru, sikap inovasi dan proaktif diperlukan di kalangan pihak terbabit bagi mencari penyelesaian berkesan kepada masalah pentadbiran keadilan jenayah yang kini menjadi semakin mencabar kerana perubahan zaman, teknologi dan

Soal Jawab: Kaedah 'plea bargaining' tak jejas proses keadilan


2010/12/19
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Salehuddin Saidin
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Salehuddin Saidin
Pendekatan wajar dilaksana di Malaysia kerana terbukti berjaya, diamalkan di AS dan India

BARU-BARU ini, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mengumumkan kaedah 'plea bargaining' atau rundingan bagi pengakuan bersalah untuk kurangkan pertuduhan dan hukuman terhadap tertuduh sesuatu kesalahan jenayah akan dilaksanakan di mahkamah Malaysia tidak lama lagi, namun masih ramai tidak tahu apa sebenarnya kaedah itu serta natijahnya. Wartawan Edisi Mingguan, ROHANIZA IDRIS dan MOHD AZIS NGAH bertemu bekas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Salehuddin Saidin dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan untuk mengulas perkembangan terbaru ini.
PADA pendapat Datuk, apakah yang mendorong kaedah ini dilaksanakan secara rasmi di negara kita.

Kaedah ini sebenarnya bukan baru di Malaysia, cuma selama ini ia tidak dibuat secara rasmi dan tiada dalam mana-mana peruntukan undang-undang yang membolehkan pendakwa, peguam dan mahkamah berbincang mengenai pertuduhan dan hukuman terhadap tertuduh. Bererti sebelum seseorang kena tuduh di mahkamah, rundingan terhadap pertuduhan dan hukuman terhadapnya dibincangkan terlebih dulu. Pendekatan ini sudah ada dan dipraktikkan dalam kes jenayah, namun tidak termaktub dalam Kanun Acara Jenayah (CPC) atau undang-undang lain.

Saya berpendapat pindaan CPC dengan memasukkan kaedah ini langkah bagus kerana dapat mengurangkan tempoh perbicaraan. Kaedah ini sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS) dan apa yang mahu dilaksanakan di negara ini, saya difahamkan kerajaan mengambil model dilaksanakan di India. Kaedah ini juga difahamkan begitu berjaya di Amerika Syarikat dan sering dijadikan contoh pada seminar berkaitannya.

Apabila kita memasukkan rundingan bagi pengakuan bersalah dalam undang-undang dan diisytihar sebagai rasmi maka kes perbicaraan di mahkamah dapat dikurangkan. Proses perbicaraan mengambil masa kerana ia membabitkan saksi, bahan bukti, mahkamah, tertuduh, pendakwa raya dan peguam. Jika ada kaedah ini, kes jenayah yang boleh dipertimbangkan untuk dikurangkan hukuman dan tuduhan boleh dilaksanakan.
Contohnya, dalam kes berkaitan dadah, seseorang itu ditangkap kerana mengedar, namun kerana kekurangan bukti mungkin tertuduh tadi boleh dituduh memiliki dadah berbanding tuduhan mengedar yang menetapkan hukuman mandatori gantung. Jadi di sini, kita boleh nampak bagaimana proses 'plea bargaining' ini berlaku.

Mengambil contoh ini bermakna 'plea bargaining' dapat mengurangkan kes tertunggak dan melicinkan proses pentadbiran keadilan, manakala tertuduh dapat dibicara dengan cepat serta tidak menyusahkan pihak berkaitan seperti saksi dan peguam. Kes yang perlukan perhatian dan mahu dipercepatkan juga dapat dipercepatkan lagi melalui kaedah ini. Juga boleh menyelesai dan mempercepatkan pelupusan harta dirampas kerana sesetengah kes menyebabkan harta dibekukan dan mereka yang terbabit termasuk ahli keluarga atau syarikat yang berkenaan akan dapat meneruskan kegiatan atau kehidupan masing-masing. Ia juga dapat mengelakkan penganiayaan terhadap tertuduh yang ditahan reman lebih lama daripada tempoh hukuman.

Bagaimana pula dengan masa pelaksanaannya, adakah sepatutnya kaedah ini sudah lama diamalkan.

Pada saya, kaedah ini sepatutnya sudah lama dilaksanakan berikutan banyak kes tertunggak. Maka Malaysia agak ketinggalan dalam aspek ini, namun ia perlu dilakukan sekarang juga daripada tidak dilaksanakan langsung. Kaedah ini sesuai untuk negara kita dan perlu dilaksanakan segera, namun persoalan kini mengapa perlu 'plea bargaining' ditawar dalam masa 30 hari selepas seseorang itu didakwa. Pada saya, sepatutnya tiada tempoh masa ditetapkan kerana banyak aspek perlu diberikan perhatian termasuk bukti dari Jabatan Kimia, makmal, rekod hospital dan sebagainya.

Satu lagi persoalan ialah bagaimana dengan kes sebelum pindaan dibuat, adakah ia turut terpakai dan boleh menggunakan 'plea bargaining' ini, mungkin kerajaan boleh menjelaskannya.

Apa yang pasti, akan wujud pro dan kontra kaedah ini kepada tertuduh.

Kaedah ini membabitkan tiga pihak, iaitu orang kena tuduh, pendakwaan dan mahkamah. Jadi sebelum sesuatu proses rundingan itu berlaku ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian. Perlu lihat apa isu yang terbabit, keterangan yang ada, adakah pihak pembelaan cukup keterangan untuk membela atau ada alibi, apakah dengan cara mengurangkan tuduhan dan hukuman akan membawa keadilan kepada mangsa. Itu semua diambil kira dalam proses tawar menawar ini. Mulanya dua pihak iaitu yang mendakwa dan yang dituduh perlu berbincang berdasarkan faktor tadi, apabila bersetuju dengan tuduhan atau hukuman maka ia dikemukakan kepada mahkamah. Jadi mahkamah akan tentukan hukuman paling sesuai hasil kaedah ini dan mengambil kira faktor dikemukakan termasuk keadilan kepada mangsa dan orang kena tuduh.

Akhirnya, mahkamah kena lihat sama ada hukuman dijatuhkan nanti bukan saja bagi keadilan dan kebaikan kepada tertuduh, tetapi kepada mangsa serta masyarakat keseluruhannya. Dalam pindaan ini, saya lihat seseorang yang tidak mempunyai peguam juga harus diambil kira, iaitu tertuduh diminta melantik peguam atau mahkamah melantik peguam untuknya, malah mahkamah juga perlu menentukan orang dituduh itu bersetuju 'plea bargaining' dilaksanakan dalam kesnya. Konsep ini menetapkan orang kena tuduh bersetuju dengan proses terbabit dan peguam bertindak menasihatnya, bukannya memaksa selain boleh memberitahu mengenai 'plea bargaining' kepada anak guamnya.

Kebiasaannya, pengakuan salah sering diberikan pengurangan hukuman. Apabila tertuduh mengaku salah, maka ia akan menjimatkan masa mahkamah dan saksi serta tanda kekesalan. Dalam konsep 'plea bargaining', secara tidak langsung tertuduh akan mengaku kesalahannya dan layak mendapat hukuman setimpal pengakuannya itu. Saya percaya, proses rundingan ini menyebabkan mahkamah akan pertimbangkan hukuman sesuai dan membolehkan tertuduh kembali kepada masyarakat dan diterima baik.

Ada yang kata kaedah ini boleh galakkan orang ramai lakukan jenayah atau ia sebenarnya dapat mendidik supaya tidak lakukan jenayah.

Saya melihat apabila seseorang disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman, ia sudah cukup sebagai pengajaran kepada masyarakat. Ramai yang berkata, tempoh yang lama dalam penjara boleh menyedarkan seseorang, namun kita tidak boleh berpandangan begitu... mungkin seseorang itu akan jadi lebih jahat atau mengulangi kesilapan atau kesalahan jenayah jika dia masih tidak rasa bersalah.
Bagi saya, apabila seseorang itu dituduh ia sesuatu yang amat berat untuk dihadapi dan apabila mengaku salah, ia satu keputusan yang besar. Apa saja hukuman hasil pengakuan itu bagi saya itu satu pengajaran kepada tertuduh.
Jadi, pada saya 'plea bargaining' tidak akan menjejaskan proses keadilan kepada mangsa kes jenayah atau masyarakat keseluruhannya. Tempoh masa kes itu dapat diselesaikan membawa faedah kepada mahkamah, tertuduh, mangsa, saksi dan masyarakat juga.

Bagaimana pula kesannya kepada profesion guaman, terutama dari segi kewangan apabila khidmat mereka mungkin kurang digunakan kerana tertuduh terus membuat pengakuan bersalah.

Saya tak nafikan itu, kerana kaedah ini akan menyaksikan banyak kes tidak dibawa ke mahkamah. Proses 'plea bargaining' menyebabkan banyak kes dapat diselesaikan, sekali gus kes akan berkurangan di mahkamah. Ia pasti menjejaskan pendapatan peguam, lagipun pembayaran kes melalui 'plea bargaining' akan menyebabkan kos guaman berkurangan berbanding kes yang dibawa ke mahkamah. Namun, jika kita melihat kepada penyelesaian kes yang lebih cepat, ada kemungkinan jumlah kes akan bertambah dan dapat menutup jumlah kekurangan pendapatan tadi.

Soal Jawab: Kaedah rundingan di mahkamah jimat masa, kos


2010/12/19
Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan
Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan
Pengakuan bersalah boleh diringankan hanya apabila pertuduhan babit perbicaraan kes kecil

BARU-BARU ini, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mengumumkan kaedah 'plea bargaining' atau rundingan bagi pengakuan bersalah untuk kurangkan pertuduhan dan hukuman terhadap tertuduh sesuatu kesalahan jenayah akan dilaksanakan di mahkamah Malaysia tidak lama lagi, namun masih ramai tidak tahu apa sebenarnya kaedah itu serta natijahnya. Wartawan Edisi Mingguan, ROHANIZA IDRIS dan MOHD AZIS NGAH bertemu bekas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Salehuddin Saidin dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan untuk mengulas perkembangan terbaru ini.
APA sebenarnya kaedah rundingan pengakuan bersalah ini.
Ia bertujuan memudahkan perbicaraan kes jenayah ringan, bukan kes bunuh atau Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Prinsipnya apabila seseorang mengaku salah, mahkamah tak perlu buang masa bicara, sebaliknya terus jatuhkan hukuman. Ia jimatkan masa mahkamah dan mengurangkan beban kos ditanggung rakyat. Lebih 90 peratus kes dibicarakan mahkamah jenayah adalah kes ringan misalnya maki hamun atau curi. Kalau kes berat, sudah tentu pendakwa tak akan setuju.

Sebelum pindaan ini, kaedah sama ada diguna pakai di mahkamah, tetapi disebabkan tidak dibuat secara rasmi mengikut undang-undang, hakim kadang-kadang tak bersetuju dengan cadangan itu. Kadang-kala pendakwa tak mahu bekerjasama bagi mengelak salah tanggapan misalnya dituduh berat sebelah atau menerima rasuah kerana membenarkan tawaran. Bagi mengelakkan salah tanggapan itu, mereka tidak bersetuju guna pendekatan tawaran. Ada mahkamah berikan syarat tertuduh boleh buat akuan tetapi keputusan penuh masih di tangan hakim, maknanya tiada jaminan tempoh hukuman. Walaupun pendakwa raya bersetuju pinda tuduhan bunuh kepada bunuh tanpa niat, mahkamah boleh benarkan pengakuan tetapi hakim tegaskan hukuman akan ditentukan kemudian. Jadi, sebagai peguam bela dan tertuduh, mereka tidak pasti berapa tahun akan dipenjarakan kerana hukuman bunuh boleh penjara enam bulan hinggalah 20 tahun.

Tertuduh akan takut nak buat permohonan pengakuan dan peguam bela tak akan nasihatkan anak guam mereka terima kerana tiada jaminan keputusan hukuman akan lebih ringan walaupun hakim bersetuju dengan pengakuan. Melalui pindaan ini, apabila tertuduh mengaku bersalah, pendakwa raya boleh pinda tuduhan. Misalnya kes pergaduhan menyebabkan kematian, mereka akan didakwa atas tuduhan bunuh tetapi pendakwa raya boleh pinda tuduhan kepada bunuh tanpa niat kerana hukuman berbeza, iaitu antara enam bulan hingga 20 tahun. Melalui pindaan kanun acara jenayah, hukuman maksimum ialah 10 tahun, jadi orang yang mengaku bersalah boleh terima hukuman itu, bergantung kepada mereka untuk terima atau tidak. Mereka perlu fikirkan nak teruskan perbicaraan yang memungkinkan mereka dibebaskan atau akan didapati bersalah hingga dipenjara 20 tahun atau menerima pengakuan dengan maksimum hukuman 10 tahun.

Bagaimana kesan kaedah ini kepada tempoh penyelesaian kes pendakwaan.
Sebelum pindaan, perbicaraan kadang-kadang ambil masa tiga hingga lima tahun. Orang kena tuduh yang direman akan berada dipenjara, jika diikat jamin mereka boleh bebas sementara. Ada kes direman sehingga enam tahun. Sepanjang tempoh itu, saksi perlu hadir setiap kali perbicaraan dan membabitkan kos ditanggung kerajaan. Saya ingin tegaskan bahawa ini bukan kaedah untuk melepaskan orang bersalah. Kaedah ini cuma babitkan kes kecil di mana pendakwa raya menimbang keterangan mengurangkan pendakwaan tetapi hak mutlak bergantung kepada mereka. Keduanya, saya percaya pendakwa raya akan turunkan dakwaan sewenang-wenangnya. Contoh kes, seseorang didakwa mencuri secara kekerasan menggunakan pisau, mengaku bersalah mencuri tetapi memohon kepada pendakwa raya bahawa dia cuma cucuk pen pada mangsa untuk menakutkannya. Jadi, tertuduh merayu supaya pendakwaan dikurangkan kepada kes curi tanpa senjata.

Sejauh mana pula kesannya kepada usaha mengurangkan kes tertunggak dan kos serta menjimatkan masa mahkamah.

Mengikut anggaran Majlis Peguam, kaedah itu mampu selesaikan 20 hingga 30 kes ringan tertunggak. Contohnya tuduhan membunuh dengan memandu secara berbahaya. Peguam Negara akan tentukan kepentingan awam diutamakan, jadi tidak timbul isu kaedah ini bertujuan nak bebaskan orang bersalah atau nak menggalakkan jenayah. Rayuan itu hanya dibenarkan kepada pesalah pertama saja. Kesalahan kedua atau lebih tidak layak membuat permohonan. Ia memang terhad dan jika kes bunuh tanpa niat dikurangkan, pesalah tetap dipenjara 10 tahun, bukan dibebaskan. Kaedah ini layak diguna pakai untuk semua kes Kanun Acara Jenayah termasuk juvana, imigresen, alam sekitar, cetak rompak, tidak termasuk kes sivil seperti saman malu. Dari segi kos, ia mengurangkan beban rakyat misalnya kos saksi yang berulang alik ke mahkamah. Semua kos itu ditanggung kerajaan kerana saksi dalam senarai pendakwa raya perlu dibayar dan tempoh bersidang juga perlu diambil kira sebagai kos.

Jika perbicaraan dipendekkan atau langsung tiada, tidakkah ia menjejaskan pendapatan peguam.

Jika dilihat berdasarkan kepentingan peguam, mungkin sedikit menjejaskan pendapatan mereka tetapi Majlis Peguam lebih melihat kepada kepentingan awam, kepentingan sistem keadilan jenayah. Itu satu perkara yang kita boleh terima dan anggap sebagai keperluan serta perkembangan yang mesti ada dan diamalkan.

Dari segi pendapatan, ia terlalu kecil berbanding perkembangan dan sistem keadilan kes. Hak peguam, hak ikat jamin, hak dapatkan bicara yang adil, itu juga diambil kira dan semuanya penting. Kadang-kadang tertuduh memang bersalah berdasarkan fakta dan bukti, tetapi tidaklah boleh dianggap dia bersalah hingga langsung tak boleh diturunkan (hukuman) jika dia mengaku salah. Apa akan jadi jika dia didapati tak bersalah sedangkan kita habiskan masa beberapa tahun dan panggil berpuluh saksi. Kos sudah dibayar sepanjang perbicaraan dan akhirnya tertuduh menang dan bebas, tidakkah ia membuang masa, sedangkan pendakwa raya boleh fokus kepada kes berat, misalnya kes yang boleh menimbulkan ancaman kepada masyarakat. Kita boleh selesaikan kes dalam tempoh dua atau tiga bulan, berbanding lima tahun. Bila dakwaan diturun, mereka tetap dihukum, cuma lebih ringan.

Bagaimana mahu memastikan kaedah ini nanti berjalan lancar dan tidak mengundang persepsi negatif rakyat.

Keputusan membenarkan rayuan adalah hak mutlak pendakwa raya, peguam cuma mengkaji kes dan fakta sebelum buat permohonan, pembentangan dan bincang dengan pendakwa raya. Itu konsep yang kita amalkan. Sebelum pindaan dibuat, banyak perbincangan membabitkan pejabat Peguam Negara, Majlis Peguam dan badan kehakiman untuk tentukan satu cara dengan ambil kira konsep boleh diambil pakai. Ini satu pindaan teliti kerana babit kajian dan perbincangan selama setahun. Jika masyarakat menganggap kaedah ini boleh galakkan orang buat jenayah, ia salah. Kenapa kita perlu jaga hak orang kena tuduh hingga bagi diskaun hukuman. Sebenarnya persepsi itu tak tepat kerana kaedah ini cuma babit kes kecil. Kes ragut juga tak layak kerana babitkan kepentingan awam. Di luar bandar, misalnya kes curi kambing, curi kasut, kes juvana, boleh ditolak ansur bertujuan kurangkan beban dan bagi peluang kedua kepada tertuduh kesalahan pertama. Bagi kes direman, mereka masih berpeluang gunakan hak ini mulai tahun depan.

SYABAS MALAYSIA

Posted: 18 Dec 2010 04:39 PM PST




TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA


SIAPA TERBAIK BENTUK KERAJAAN ?

Posted: 18 Dec 2010 04:30 PM PST

Siapa terbaik bentuk kerajaan?

SAYA mengikuti dengan teliti perkembangan politik negara khasnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang menyaksikan landskap politik negara berubah secara luar biasa. Saya dapat melihat dan merasakan keresahan dan kegelisahan rakyat terbanyak kesan perubahan ini.

Berkongsi pengalaman kami di Perak selama 11 bulan di bawah pemerintahan pakatan pembangkang, keadaan menjadi amat sukar dan rumit.

Kampung yang selamanya aman damai menjadi tegang dan keruh. Penyokong dan pimpinan pakatan menjadi seakan-akan mabuk dan hilang ingatan. Suasana harmoni yang selama ini dinikmati tiba-tiba hilang apabila JKKK ketika itu ingin merampas dan menguasai segalanya.

Kelas-kelas Tabika Kemas, dewan orang ramai, surau dan masjid menjadi semacam simbol kuasa yang mesti dikuasai oleh mereka. Mereka merampas kunci dewan dan surau dan serta-merta membuat pelbagai undang-undang penggunaan yang sebenarnya menyukarkan rakyat.

Hubungan yang selama ini ibarat sebuah kampung satu keluarga tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Mujurlah ia hanya berlangsung selama 11 bulan. Tempoh 11 bulan yang mengajar dan mendidik. Perkara ini saya timbulkan semula kerana keadaan politik yang semakin jelas hari ini.

Pendedahan Wikileaks baru-baru ini ada hikmahnya. Ia tidak harus hanya dilihat dari sudut perilaku dan tabiat Anwar Ibrahim semata-mata. Lebih jauh daripada itu ia membuktikan bahawa Malaysia tercinta ini juga menjadi perhatian antarabangsa.

Singapura dan Australia dari sudut sejarahnya amat mencemburui Malaysia. Mereka nampaknya sentiasa memerhati dan menilai. Kebimbangan kita ialah minat yang mereka tunjukkan seakan-akan mendapat sokongan dari dalam negara. Mereka menuduh Anwar dan cuba menjatuhkan UMNO/BN melalui ungkapan 'Anwar diperangkap oleh musuh politiknya'.

Apabila Anwar dilihat tidak layak dan UMNO/BN juga dinilai tidak cukup berwibawa, maka siapakah yang dicadangkan atau dilihat terbaik oleh pendedahan tersebut? Inilah persoalannya.

Saya nampak kita tidak mempunyai pilihan sama sekali. Pilihan yang ada ialah memperkuatkan diri kita sehingga tiada ruang bagi sesiapa pun untuk memperkecilkan kita.

UMNO mesti mengepalai gerakan ini. Kalau dahulu UMNO memimpin usaha mencapai kemerdekaan, kini UMNO wajib mengetuai usaha mempertahankan kedaulatan kita.

UMNO mesti berjiwa besar. UMNO mesti bangkit dengan kuat dan berani. Ini bukan lagi soal merebut jawatan di Cawangan dan Bahagian. Lebih besar daripada itu, UMNO mesti memenangi pilihan raya umum dengan memastikan majoriti 2/3 di Parlimen.

Kerajaan UMNO/BN mesti menjadi kerajaan yang kuat kerana kuat lemahnya UMNO/BN akan memberi makna kepada maruah kita yang cuba dicabar.

KAMARIAH YOUB

Kampung Seberang Karai, Perak

4 SAHABAT

Posted: 18 Dec 2010 04:28 PM PST

DAP, rasis, Kuan Yew dan Anwar

Bisik-Bisik Mingguan AWANG SELAMAT

Beberapa pemimpin DAP melenting apabila Awang menyifatkan DAP adalah parti paling rasis di dunia dalam satu tulisan menerusi ruangan ini awal November lalu.

Mereka marah dan ada yang mencabar Awang agar tampil berdebat tetapi untuk apa dilayan.

Yang penting Awang tidak berganjak daripada pandangan itu. Tidak boleh disangkal lagi, DAP memang parti rasis walaupun cuba berselindung atas slogan demokrasi.

Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.

Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum.

Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.

Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri.

Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Lalu Awang ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?

Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.

Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan. Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.

Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.

Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa. Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu.

SIAPA KUDA SIAPA ?

Posted: 18 Dec 2010 04:26 PM PST

DAP peralatkan Anwar

Oleh Zulkifli Bin Noordin

Pendedahan WikiLeaks baru-baru ini mengenai Bahagian Risikan Australia dan Singapura bahawa mereka mempunyai "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat Anwar yang ditabal oleh isterinya sebagai pemimpin anugerah tuhan ini sangatlah serius. Apakah bukti teknikal yang mereka ada? Saya berbincang dengan beberapa rakan diplomat dan anggota risikan baru-baru ini, mereka menyatakan bila perkataan "bukti teknikal" digunakan di dunia diplomasi, itu bermakna mereka ada bukti saperti video, gambar, dan lain-lain. Na'uzubillah!

Persoalan besar yang timbul ialah, jika benar berita itu (ingat Al Hujurat: 6), dan jika benar mereka ada "bukti teknikal" tersebut, ia meletakkan keselamatan negara dalam keadaan terdedah kepada ancaman negara luar jika pemimpin anugerah tuhan ini menjadi pemimpin negara, na'uzubillah min zalik. Kerana mereka boleh mengugut dan menekan pemimpin anugerah tuhan ini bila-bila masa dengan "bukti teknikal" tersebut.

Kedua, kenyataan dalam pendedahan WikiLeaks bahawa mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengetahui tentang kegiatan homoseksual dan liwat pemimpin anugerah tuhan ini juga menarik perhatian saya. Ini adalah kerana sebaik selesai Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) pada 8 Mac 2008, Lee Kuan Yew telah mengadakan lawatan ke Malaysia dan antara lain mengadakan perjumpaan dengan Lim Kit Siang, anak lelakinya dan beberapa pemimpin DAP.

Kita semua tahu hubungan rapat Lim Kit Siang, anak lelakinya, Karpal Singh, dan lain-lain pemimpin DAP dengan Lee Kuan Yew. Sehinggakan Lim Kit Siang sanggup memecat seorang tokoh pejuang dan aktivitis DAP yang terkenal, Fan Yew Teng hanya kerana Fan Yew Teng menentang parti Lee Kuan Yew, PAP dalam satu sidang sosialis dunia satu masa dahulu. Fan Yew Teng telah pun meninggal dunia di Bangkok baru-baru ini.

Persoalan besar yang timbul sekarang ialah masakan begitu baik Lee Kuan Yew tidak memaklumkan kepada Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain tentang maklumat dan "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat yang Bahagian Risikan Singapura ada? Saya cukup pasti dengan politiking licik bak belut Lim Kuan Yew, sudah pasti dia akan memaklumkan dan berkongsi maklumat dengan kawan-kawannya. Mungkin juga mengatur strategi terbaik untuk menggunakan maklumat dan bukti tersebut untuk kepentingan sempit mereka.

Saya cukup yakin kepimpinan DAP tahu mengenainya. Sebagai contoh, Karpal Singh, Pengerusi DAP sejak 1997 telah membangkitkan isu berkenaan kegiatan homoseks dan liwat Anwar. Mengikut lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, Karpal Singh telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Karpal Singh mendesak supaya kerajaan menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut.

Begitu juga pada tahun yang sama, Karpal Singh membuat ucapan terbuka di satu majlis anjuran DAP di Hotel Federal dan beliau menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat.

Wee Choo Keong semasa berbahas dalam Parlimen (ketika membahas usul menggantung Anwar) menyatakan bahawa beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh tersebut. Dan Wee Choo Keong menyatakan bahawa sememangnya kepimpinan DAP tahu tentang kegiatan homoseks dan liwat Anwar (Wee pada masa itu adalah Ketua Penerangan DAP Pusat).

Membela

Semasa saya menjadi peguam membela Anwar dalam kes menyalahgunakan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri menggunakan Unit Cawangan Khas Polis untuk mendapatkan surat akuan palsu daripada Azizan dan Ummi Hafilda, Peguam Negara mendedahkan penglibatan Karpal Singh sebagai peguam mewakili Azizan dan Ummi Hafilda, dan bercadang memanggil Karpal Singh sebagai saksi.

Malahan setelah tragedi pembohongan 16 September 2008 terbongkar, Karpal adalah antara kepimpinan DAP yang sangat kecewa dan marah dengan Anwar. Lalu Karpal Singh membuat kenyataan meminta Anwar bertaubat dan mendesak Anwar supaya berundur dengan kenyataan "Anwar tidak layak lagi menjadi pemimpin".

Jadi daripada rentetan peristiwa ini, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP saperti Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Karpal Singh dan lain-lain sangat mengetahui kegiatan homoseks dan liwat Anwar, apatah lagi mentor mereka Lee Kuan Yew jelas didedahkan dalam WikiLeaks mengetahui mengenainya dan ada "bukti teknikal" yang menyebabkan Lee Kuan Yew percaya Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat.

Persoalan pokok yang saya tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan saperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar? Jawapannya jelas. Pada saya, Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini. Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya. Apa yang saya khuatir ialah mereka menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseks dan liwat Anwar itu sebagai bahan political leverage.

Peribadi

Ini kerana Anwar, dengan masalah peribadi yang dia hadapi, bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkinkah untuk menutup masalah peribadinya itu? Apakah kerana itu maka Karpal Singh sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ia ditangguh, lagi banyak ia memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka. Apakah kerana itu kita melihat Anwar saperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama Allah untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Lim Kit Siang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak lelaki Lim Kit Siang?

Dan bagi tujuan itu, kepimpinan DAP akan terus menyokong dan mendokong Anwar, walaupun mereka tahu mereka sedang menyokong dan mendokong biawak hidup. Bukankah ini sesuatu yang sangat merbahaya bagi umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, mempunyai pemimpin yang boleh diperas ugut dan diperkudakan oleh golongan cauvinis, rasis dan ekstrem walaupun pemimpin itu diisytihar dan ditabal sebagai anugerah tuhan. Keselamatan negara akan terdedah kepada unsur ugutan. Apakah itu jenis kerajaan dan kepimpinan yang dikehendaki oleh negara ini?

Pada saya, sebenarnya kedua-dua pemimpin DAP dan Anwar saling menggunakan dan memperkudakan demi kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka. Tetapi yang paling menyedihkan dalam isu ini ialah kedudukan PAS. Apa peranan mereka? Apa yang saya nampak, akibat daripada kerakusan segelintir "pak janggut" dan golongan penyembah Anwar dalam Pas, mereka telah mengheret Pas dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik. Bagi golongan ini, kepimpinan Pas bawah Haji Hadi adalah kolot dan kekampungan. Tak moden, lekeh dan selekeh. Mereka sanggup mengkhianati dan mengenepikan kepimpinan Pas. Hanya semata-mata kerana penyokong sudah menjadi kelkatu yang terpukau dengan kilauan cahaya Putrajaya.

Pada saya , "pak janggut" ini bukan sahaja sudah sesat, tetapi menyesatkan. Mereka rela, malahan secara aktif membiarkan Pas diperkudakan oleh kepimpinan DAP dan Anwar. Sehingga mereka memperdaya kepimpinan dan ahli Pas untuk bersetuju menandatangani Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Disember 2009 bahawa jika Pakatan Pembangkang memerintah, penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam adalah tidak termasuk didalam agenda Pakatan Pembangkang. Dan sehingga kini tiada sebarang Muktamar Khas dibuat untuk membolehkan para ulama, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas berbahas dan berbincang untuk sama ada bersetuju menerima gagasan Pakatan Syaitan yang menolak Islam dengan jelas dan nyata itu. Kemungkinan besar para ulama, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas tidak tahu pun kewujudan Perjanjian Syaitan itu!

Saya berdoa dan berharap agar para ulama, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang diheret selangkah demi selangkah, sejengkal demi sejengkal oleh para pak turut yang sesat lagi menyesatkan ini, untuk terjerumus ke dalam lubang biawak. Nasihat ikhlas saya, janganlah kita menjadi buta sebagaimana pengikut Fira'un, janganlah kita menjadi pekak saperti pengikut Namrud, janganlah kita menjadi bisu saperti pengikut Attarturk, dan janganlah kita menjadi terlalu taksub saperti pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab. Kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah kepada perjuangan Islam berdasarkan al Quran dan sunah. "Bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu."

Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang tidak itu adalah kelemahan saya sendiri. Semoga Allah terus memberikan petunjuk dan hidayah serta keampunan kepada saya dan kesemua umat Islam

PAKATAN DAP DAN PAP?

Posted: 18 Dec 2010 04:24 PM PST

DAP salur maklumat kepada Kuan Yew?

KUALA LUMPUR 18 Dis. - DAP perlu membuat penjelasan mengenai maklumat yang diterima Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew berkenaan keterlibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti liwat seperti didedahkan WikiLeaks baru-baru ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, ini kerana DAP diketahui umum sebagai rakan politik rapat kepada kerajaan PAP Singapura, yang antaranya diasaskan oleh Kuan Yew pada 1954.

Katanya, tambahan pula segala perincian kes itu berada dalam genggaman Pengerusi DAP, Karpal Singh yang turut bertindak sebagai peguam bela utama Anwar dalam kes liwat yang sedang dihadapinya.

"Ramai rakan-rakan memberitahu maklumat kes liwat Anwar yang ada dalam genggaman DAP melalui Karpal sudah tentu disalurkan kepada Kuan Yew seperti yang dipetik WikiLeaks.

"Jika benar, ini membuktikan DAP berkonspirasi dengan PAP dalam memanipulasi Anwar bagi mencapai matlamat akhir mereka untuk menguasai politik tanah air melalui sokongan Melayu dan Anwar hanyalah platform," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Hamidzun yang juga Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin semalam, yang menyifatkan Anwar sebagai 'tunggangan' DAP.

Menurut Zulkifli, Karpal sendiri yang kini menjadi peguam bela utama Anwar pernah membangkitkan isu kegiatan homoseksual itu di Parlimen pada 22 Oktober 1997 dan mengulangi dalam satu majlis terbuka anjuran DAP pada tahun yang sama.

Katanya, mengikut laporan hansard Parlimen, Karpal ketika itu telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Justeru saya menuntut DAP supaya memberi penjelasan sama ada maklumat yang saya terima ini benar atau tidak," tegasnya.

Bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip pula berkata, kerjasama di antara PKR dengan DAP dalam usaha mereka untuk membentuk kerajaan adalah berbahaya ke atas Perlembagaan Persekutuan.

Jelas beliau, ini kerana pakatan pembangkang sering mempersoalkan perkara-perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan seperti hak keistimewaan Melayu yang dilihat amat sensitif kepada asas kemakmuran Malaysia.

"Sudahlah DAP dan PKR giat mahu menghapuskan keistimewaan ini (Melayu), Pas pula melalui (Mursyidul Amnya) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup 'menjual' kalimah Allah, inikah bentuk kerajaan yang kita mahukan?" tegasnya.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Rasuah Nik Aziz – Standard Berbeza AG

Posted: 18 Dec 2010 09:31 PM PST

Bila panel penasihat SPRM mengumumkan bahawa Nik Aziz dan menantunya tidak akan didakwa berhubung kes rasuah haji RM65k dan salah guna kuasa dalam perlantikkan CEO PMBK, penulis rasa geram yang teramat sangat mendengarkan alasan AG dalam menutup kes tersebut.

Alasan kononnya Nik Aziz tidak meminta pakej haji mewah tersebut dan tidak pula menunaikan haji pada musim yang lepas, kedengarannya macam terlalu lemah dan boleh diperhalusi lagi. Begitu juga dengan halnya pertukaran nama jawatan Arif Fahmi dari COO ke CEO

Dunia pun tahu bahawa Nik Aziz bersedia untukke Mekah musim haji tahun lepas tetapi pendedahan bahawa pakej mewah itu ditaja seorang taukey yang mendapat kontrak membina billboard seluruh kelantan, nik aziz membatalkannya. Tapi nak mengatakan Nik Aziz tak tahu adanya tajaan RM 65 ribu itu, sangatlah tidak boleh diterima dek akal

Minggu sudah, dengar dengar dirinya bakal terkait dengan pertuduhan rasuah haji RM65k minggu ini, Nik Aziz mula sesak nafas dan dimasukkan ke hospital minggu lepas. Pada umur 79 tahun sesak nafas memang perkara biasa sebab kalau ikut pada umur tu Nik Aziz patutnya sedang sibuk bersoal jawap dengan mungkar nangkir atas dosa-dosa mengelirukan umat Islam yang dibuatnya selama ini.

Tapi dengan kemungkinan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa, tekanan dialami Nik Aziz tidak mampu di tanggung tubuh badannya yang bercantum kulit dengan tulang, maka seminggu Nik Aziz tersadai di hospital.

Keadaan itu sendiri menunjukkan bahawa sememangnya Nik Aziz tahu dirinya bersalah sebab elok sahaja diumuman bahawa kesnya ditutup, Nik Aziz kembali sihat, keluar dari hospital dan sekarang berada dirumah, berehat – semuanya dalam hari yang sama dengan pengumuman panel penasihat SPRM. Tidak cukup dengan itu siap buat pengumuman akan terus memimpin PAS dan negeri kelantan kerana kononnya masih berupaya.

Dulu zaman Mahathir PM, dia juga antara yang sibuk suruh letak jawatan atas alasan dah lama dan dah tua, hari ni bila kena batang tubuh sendiri, alasan lain pulak dibagi.

Suara-suara mengatakan ada pakat-pakat antara kakitangan SPRM Kelantan yang menyiasat kes Nik Aziz sudah kedengaran sejak kes ini mula dibuka. Kita tidak hairan jika dengan adanya pakat-pakat ini, siasatan ke atas Nik Aziz tidak lengkap dan menyeluruh sehingga menyebabkan AG membuat keputusan menutup kesnya. Seharusnya, dengan alasan lemah yang diberikan, AG boleh mengarahkan SPRM kelantan untuk menyiasat kembali kes ini, dan menggantikan pegawai penyiasat sedia ada. Jika perlu pegawai penyiasat Putrajaya dikerah untuk mengambil alih.

Ia seakan memberi tanda bahawa, perlakuan rasuah mudah terlepas, cukup dengan bagi alasan tidak mintak!! Tidak mintak satu hal, tahu salah dan masih menerima itu satu hal lain. Nampak sangat AG guna pendekatan berbeza dengan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa berprofil tinggi lain.

Begitu juga dengan perlantikan menantu ke jawatan tinggi dalam agensi kerajaan negeri. Lepas ini ramailah MB terutama dari pakatan yang akan melantik saudara mara masing-masing dengan gaji besar menguruskan agensi kerajaan negeri, kes menantu Nik Aziz sebagai contoh. Mula-mula bagi jawatan cabuk, lepas tu redesignated ke jawatan tinggi.

Harap ada pihak yang ambik berat dengan AG office ni.

Oleh: Adamyan

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Syabas!

Posted: 18 Dec 2010 10:08 PM PST

KP serta seluruh jawatankuasa PUcTD merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Kuala Langat serta barisan jawatankuasanya di atas kejayaan menganjurkan program yang begitu hebat sekali pada 18/12/2010.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pengikut