Khamis, 18 November 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MEDIA : DEPA TAK PAKAI DACING TU SEBAB BERAT SEBELAH?

Posted: 18 Nov 2010 07:15 AM PST

Ini bukan isu baru.Bagi orang suratkhabar memang dah lali bab kena tuduh berat sebelah segala macam.

Sebab tu masa sembang-sembang dengan geng ada yang gelak saja tengok tindakan kerajaan negeri Kedah blok sesetengah media buat liputan sidang Dewan Undangan Negeri Kedah.

Ada yang kata nak blok terus pun ikut suka hampa lah.Macam kata orang Kedah…Tak rugi seduit pun.

Seronok juga baca Ketua Dewan Pemua PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Tantawi taruk sakan sokong tindakan kerajaan negeri Kedah tu.

Katanya memang layak media yang tidak beretika mesti diajar sebagai teladan untuk mereka mengkaji semula laporan yang berat sebelah.

Kawan sendiri tak suka nak bersyarah panjang bab ni.Sebabnya macam kata seorang kawan lain yang dok sembang sekali bab laporan berat sebelah ni adalah sesuatu yang subjektif.

Ustaz Nasrudin kena tau dalam dunia ni jarang ada makhluk yang suka kena kritik @kena hentam apa lagi parti politik.

Bukan saja PAS,begitu juga DAP,PKR,UMNO,MCA,MIC dan lain-lain parti yang ada di muka bumi Malaysia ni.

Jangan cakap bab media yang pro pembangkang atau yang pro BN segala macam.

Tak payah pi jauh.Selak dalam rumah tangga sendiri dulu.kalau Ustaz Nasrudin ada lebih sikit masa lapang cuba ambil semua naskah akhbar Harakah.
Renung dan baca satu persatu setiap muka surat yang ada.

Untuk feedback Ustaz Nasrudin ramai kawan-kawan kata kalau baca Harakah terasa macam Malaysia ni macam duduk dibawah rejim Idi Amin di Uganda dulu ataupun Pol Pot di Kemboja dulu.

Mungkin dalam situasi semasa boleh ambil contoh Burma kot.

Depa punya tibai dan balon macam tak ada satu benda pun yang bagus.Sana seleweng,sini rasuah,situ kejam,tindas….blah…blah…blah…

Juga kalau-kalau Ustaz Nasrudin ada masa lapang lagi tinjau pula Roket dan Suara Keadilan.

Juga tolong jenguk perhati stail laman-laman web yang mendakwa kononnya mereka bebas dok main isu perkauman cara yang cukup halus dan licik.

Kawan-kawan pun dah cukup sedar misi depa memang nak bagi orang bukan Melayu benci habis pada orang Melayu dan kerajaan.

Mungkin dalam sibuk-sibuk berpolitik Ustaz Nasrudin tak sedar ada saja bab melibatkan orang bukan Melayu…sebesar kuman pun depa akan highlight macam nak meletup satu negara.

Tengok macam hari tu..depa punyalah usaha…sampai seludup masuk menyamar ke dalam forum tertutup Puteri UMNO nak cari kesalahan orang Melayu.

Cuba tanya pasal apa depa tak curi masuk forum anjuran bukan Melayu…intai tengok apa yang tak betul depa cakap.

Motifnya jelas…nak pastikan undi bukan Melayu terus memihak pada pembangkang.

Bunyi depa punya laporan macam orang bukan Melayu hidup tertindas dan merempat di Malaysia.

Sedangkan Ustaz Nasrudin punya tahu majoriti depa yang hidup paling senang lenang,kuasai perniagaan,hartanah segala macam.

Baguslah PAS dan orang-orang Melayu dalam PKR jadi tukang sorak depa.Harap-harap kampong tak tergadai nanti.

Itu semua bukan berat sebelah...laporan seimbang...tak gitu Ustaz.

Juga cuba Ustaz Nasrudin tumpang tanya bos-bos PKR ada depa syok dak dengan laporan media mengenai lintang pukang pemilihan dalam parti itu..kerusi terbang,bergaduh,bertengkar dan protes.

Mesti bos-bos PKR kata media yang saja besar-besarkan isu sedangkan satu dunia tengok dengan mata kepala sendiri kecoh sana…kecoh sini masa pemilihan cabang-cabang PKR tu.

Ni kontroversi terus dalam pemilihan jawatan utama PKR.Cakap bab demokrasi dan ketelusan bukan main melambong tapi bila nampak Datuk Zaid Ibrahim boleh jadi ancaman depa tibai dia kiri kanan.

Kawan juga teringat kisah gambar Tok Guru Nik Aziz dok bagi duit kat saudara baru Orang Asli masa kempen pilihanraya kecil Galas baru ni.

Pemimpin PAS cepat nak cover line kata itu zakat.

Cubalah PAS dapat gambar pemimpin UMNO dok bagi duit macam tu...tentu hilang bab zakat terus jadi rasuah nak beli...kita boleh bayang sendiri depa punya gamat dan heboh satu Malaya.

Dalam bab banjir di Kedah ni mungkin Ustaz Nasrudin tak begitu sedar dari awal musibah itu lagi kawan-kawan orang suratkhabar dah dapat feedback kerajaan negeri Kedah lembab dalam hulur bantuan di tempat-tempat yang kena.

Feedback ini bukan dari orang UMNO dan BN yang nak tibai PAS tapi dari orang-orang kampong yang bercempera bila kena banjir yang teruk tu.

Kawan-kawan orang suratkhabar pun ada ramai kawan dan adik beradik di Kedah.

Depa tulis dari feedback yang dapat dari serata tempat.Depa sendiri kata kata agensi-agensi kerajaan pusat dan pimpinan UMNO dan BN tempatan tak bergerak pantas tolong depa…memang lagi demam.

Ini bukan bab politik..tapi bab orang dalam kesusahan ditimpa bencana.

Sebagai parti politik wajiblah Ustaz Nasrudin apalagi Datuk Azizan Razak kena nafi cepat dan terus tuduh media lapor berat sebelah.

Rasa macam selalu pernah dengar.

Akhbar dan tanggungjawab
Oleh Rejal Arbee

2010/11/18
Pengharaman buat liputan bukti pembangkang nafi kebebasan bersuara

DUA kerajaan negeri Pakatan Pembangkang bertindak melulu terhadap beberapa stesen TV dan akhbar tanpa menghiraukan apa yang mereka laungkan selama ini mahu menegakkan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar.
Parti gabungan pakatan itu sering saja menuduh bagaimana kebebasan akhbar tidak wujud dalam negara dengan adanya beberapa akta seperti Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi yang ditohmah sebagai penghalang kepada media memikul tanggungjawab memberi maklumat kepada rakyat.
Tetapi, kini ketua kerajaan dua negeri itu, Lim Guan Eng daripada DAP di Pulau Pinang dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari PAS di Kedah mengharamkan beberapa akhbar arus perdana daripada membuat liputan acara rasmi kerajaan mereka.

Pengharaman itu adalah kerana mereka tidak menyenangi apa yang dilaporkan media terbabit.

Pengharaman di Pulau Pinang berkuat kuasa sejak tahun lalu lagi ke atas akhbar The New Straits Times dan Utusan Malaysia, manakala di Kedah ia merangkumi semua media dalam kumpulan Media Prima serta ketiga-tiga akhbar dalam Kumpulan The New Straits Times, akhbar Kumpulan Utusan Melayu dan juga RTM.

Mulanya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) juga dikenakan larangan itu, tetapi ditarik balik sehari kemudian.
Alasan pengharaman kerajaan PAS itu ialah kerana liputan mengenai bencana banjir yang melanda Kedah awal bulan ini dikatakan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan negeri kerana menyiarkan tuduhan mangsa bahawa kerajaan lambat bertindak memberi bantuan.

Apakah menyiarkan luahan mangsa banjir yang tertekan dan menzahirkan kesalan tidak mendapat bantuan segera pun dituduh memutar belitkan fakta?

Begitu menyeluruhnya pengharaman kerajaan PAS Kedah ini hinggakan acara pembukaan rasmi Persidangan bajet di Dewan Undangan Negeri itu oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah juga dilarang daripada dibuat liputan oleh media terbabit.

Apakah tindakan melulu begini tidak menunjukkan kerajaan PAS Kedah tidak menghormati Sultannya sendiri?

Dalam pada itu, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP baru-baru ini menuduh akhbar Utusan Malaysia sebagai suatu akhbar rasis kerana sering persoalkan tindakan kerajaan negeri itu terhadap rakyatnya berketurunan Melayu.

Apakah usaha pertahankan kedudukan Melayu supaya mereka bukan saja tidak terpinggir, tetapi tidak terus terhakis pun dianggap melampau? Apakah bila berlaku usaha yang menjejaskan kedudukan Melayu khususnya di pulau negeri itu pun tidak boleh dipersoalkan?

Kalau demikian halnya bagaimana pula dengan akhbar Cina terdiri akhbar utamanya Sin Chew Jit Poh, China Press dan Nanyang Siang Pau yang sering saja menimbulkan persoalan kedudukan orang Cina yang ditohmah sebagai sentiasa ditekan dan tidak mendapat apa-apa?

Tulisan yang berbaur perkauman penuh sindiran berterusan saja dimuatkan. Tetapi Kerajaan Pusat tidak pula mengharamkan akhbar itu membuat liputan acara rasminya.

Pandangan mengenai kedudukan Cina yang kononnya tidak dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan dengan setimpal dan mereka juga sering saja dianaktirikan seperti kedudukan sekolah Cina, mereka tidak diberikan biasiswa, tempat terhad untuk mereka di institut pengajian tinggi awam (IPTA), peluang tipis bagi mereka menyertai perkhidmatan awam mahu pun mendapat kontrak awam. Juga ditimbulkan soal pengiktirafan sijil sekolah Cina.

Tuduhan mengenai persoalan itu berterusan saja ditimbulkan hingga ada yang menganggap bahawa akhbar Cina tidak berminat menimbulkan soal perpaduan dan menghormati kaum lain.

Maka itu tentunya tidak menghairankan kiranya majoriti rakyat berketurunan Cina dalam negara ini beranggapan semua yang ditohmah itu adalah benar bahawa mereka berterusan dianaktirikan, malah dalam kegiatan ekonomi pun.

Anehnya dalam pada itu ekonomi negara berterusan dikuasai kaum Cina walaupun nisbah keseluruhan rakyat berketurunan Cina tidak sampai 30 peratus. Misalnya dalam industri makanan pun Cina menguasai sehingga 80 peratus daripada keseluruhannya.

Berikutan itu, dengan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mewujudkan perpaduan kukuh di kalangan rakyat berbilang kaum melalui slogan 1Malaysianya ditafsirkan sebagai usaha menukarkan dasar 'tidak adil' yang dilaksanakan selama ini kepada dasar yang adil untuk semua rakyat.

Dan adil ini tentunya berbeza pula bila dilihat daripada kaca mata pelbagai kaum. Apakah adil bermakna bilangan untuk mendapat biasiswa atau tempat di IPTA dan mengikut pelbagai jurusan pelajaran pula harus saksama tanpa menghiraukan nisbah jumlah sebenar kedudukan kaum atau tahap prasarana dan peluang yang boleh diharapkan antara mereka di bandar dan luar bandar.

Anehnya mereka tidak pula menimbulkan bagaimana Melayu/Bumiputera yang berkelayakan tidak mendapat tempat sewajarnya dalam syarikat swasta, hatta syarikat multinasional sekali pun yang mana pengurusannya dipegang orang Cina atau India.

Demikian juga akhbar itu berterusan memburukkan kerajaan. Terakhir ialah keputusan untuk menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran yang wajib lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dipaparkan dengan begitu sinis sekali.

Penulis itu bertanya kenapa Perdana Menteri tidak mensyaratkan semua jemaah menteri perlu lulus mata pelajaran itu. Menteri yang gagal hendaklah meletakkan jawatan mereka. Demikian juga mereka yang hendak menjadi wakil rakyat, semua kakitangan IPTA, kolej dan sekolah menengah kerajaan pun perlu lulus mata pelajaran sejarah.

Demikianlah pandangan yang begini sinis sekali yang dimuatkan akhbar China Press ini. Dalam pada itu seperti biasa mereka akan membuat kenyataan kononnya apa yang dinyatakan bukanlah pandangan akhbar itu. Begitu mudah sekali akhbar itu mahu melepaskan tangan kononnya mereka tidak bertanggungjawab terhadap apa ditulis.

Sebenarnya akhbar boleh memutus untuk tidak menyiarkan penulisan yang memberi pandangan yang begitu sinis dan ekstrem. Tetapi apabila memutus untuk menyiarkan penulisan begini, akhbar itu sebenarnya juga bertanggung jawab terhadap apa yang diutarakan. Inilah namanya akhbar yang bertanggungjawab.

MAJORITI 2/3 PADA PRU 13 ?

Posted: 18 Nov 2010 07:03 AM PST


Najib mungkin tak dapat majoriti 2/3 kata Dr M
Nov 18, 10 3:58pm
 
FAKTA : 2/3 DARI 222 KERUSI DEWAN RAKYAT ADALAH 148, PRU 12 2008 BN MENANG 140 KURANG 8 KERUSI.  MUNGKIN TUN ADA ALASAN TERSENDIRI. 
 
Parti pemerintah BN dijangka terus gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di parlimen tetapi mungkin berjaya merampas satu atau dua buah negeri kembali pada pilihan raya umum akan datang, kata mantan, perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

NONEPada wawancaranya dengan Bloomberg pada 16 November lalu, Mahathir berkata "BN mungkin tidak dapat dua pertiga majoriti yang membolehkan mereka memerintah negara dengan mandat yang kukuh" pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2013.

Namun, katanya parti pemerintah itu "mungkin mendapat satu atau dua" daripada lima negeri yang sekarang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Mahathir bagaimanapun tidak menamakan negeri-negeri yang dijangkakan akan jatuh semula ke tangan BN. Namun dipercayai beliau merujuk kepada negeri asalnya, Kedah yang jatuh kepada PAS buat pertama kali pada pilihan raya 2008.

Sebuah negeri lain yang diintai oleh BN adalah Selangor, antara negeri paling kaya di Malaysia.

NONEAndaian Mahathir itu dipercayai dipengaruhi oleh kejayaan BN pada dua pilihan raya kecil awal bulan ini - kerusi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi - dan juga krisis kepimpinan yang melanda PKR sekarang.

"Buat masa ini, partinya (ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalam keadaan kucar-kacir," kata Mahathir.

Anwar, yang merupakan bekas anak didik Mahathir dijangka menghadapi tentangan dalaman dari partinya berikutan perletakkan jawatan bekas menteri, Zaid Ibrahim yang merupakan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

mahathir najib and abdullah ahmad badawi 090507Mahathir juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak sebagai "satu perubahaan besar" jika dibandingkan dengan penggantinya, Tun, Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah dipilih oleh Mahathir untuk menggantikannya apabila beliau bersara pada Oktober 2003. Namun, akibat pergeseran kedua-duanya dan diburukkan lagi dengan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 2008, Mahathir terus membidas Abdullah dan mendesaknya meletak jawatan. 

   

UMNO PERLU TERUS FOKUS PADA RAKYAT

Posted: 18 Nov 2010 06:40 AM PST


UMNO TAK SEHARUS SELESA DENGAN MASALAH PKR. 

Pandangan : Kekuatan sesebuah parti politik itu bergantung kepada amanah yang dijalankan oleh pemimpin serta sokongan dari ahli parti dan sejauhmana ianya menunaikan janji dan tanggungjawab tersebut.

Anggota Umno tidak seharus merasa selesa dalam usaha memenangi hati rakyat akibat masalah dalaman yang sedang dihadapi PKR sekarang, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

NONE"Anggota Umno perlu terus menerus berusaha memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat," katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.

Sebelum itu, Ahmad yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri mengkritik PKR yang menurutnya dilihat seperti kehilangan sokongan anggotanya kerana jumlah yang keluar mengundi bagi memilih kepimpinan parti itu sangat rendah.

Beliau berkata pemilihan barisan kepimpinan tertinggi parti sepatutnya mendapat sambutan yang hangat daripada anggota, seperti yang berlaku dalam Umno, di mana kehadiran ahli untuk memilih kepimpinan di peringkat cawangan pun sangat tinggi.

"Saya pun terperanjat kerana menjangkakan ramai anggota parti itu akan keluar mengundi untuk memilih barisan kepimpinan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban di Masjid Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Selepas 165 cabang PKR melangsungkan pemilihannya setakat ini, hanya 8.4 peratus daripada 400,000 anggotanya di seluruh negara keluar mengundi.

Baki 57 lagi cabang akan mengadakan pemilihan memilih anggota majlis pimpinan pusat Sabtu dan Ahad ini.

CHUA SOI LEK & LIM KIT SIANG BERSEKUTU???

Posted: 17 Nov 2010 11:05 PM PST



1. Sekali lagi Presiden MCA "main api". Chua Soi Lek yang terkenal dengan adegan panas video persetubuhannya kali ini mempersoalkan kenapa kedai tutup sempena Aidil Adha di Kota Bharu, Kelantan.

2. Dia menulis di twitternya, seperti menyalahkan Aidil Adha kerana peniaga Islam bercuti dan pura-pura tidak faham bahawa hari tersebut adalah hari kebesaran Umat Islam.

3. Sama juga macam Tahun Baru Cina, kedai orang Cina pun tutup bukan??? Kenapa perlu persoalkan hal-hal begini??? Awak tu orang penting, jadi tolonglah jaga percakapan dan perbuatan supaya tidak menimbulkan kemarahan dan kekacauan kaum.

4. Jika Soi Lek terus menerus buat perkara yang boleh mendatangkan kemarahan terutamanya kemarahan kaum Melayu, dia sudah tiada bezanya dengan Lim Kit Siang dan kaum keluarganya.

5. Kalau suka buat perkara begini, JPX rasa baik Soi Lek keluar dari MCA dan sertai DAP!!!

ANWAR IBRAHIM ADALAH TANDA-TANDA KIAMAT???

Posted: 17 Nov 2010 10:38 PM PST


1. Jika ada gelaran yang patut diberikan kepada Anwar Ibrahim, PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA adalah yang paling sesuai.

2. Terkini Anwar Sang Peliwat telah memburukan Malaysia di Twitter dengan menyamakan Kerajaan Malaysia sama dengan Kerajaan Junta.

3. Woi Peliwat, engaku jangan perasan perjuangan engkau sama macam Aung San Suu Kyi!!! Engkau tak lebih dari pengkhianat negara engkau sendiri. Parti engaku cacamarba ada hati engkau komen pasal kerajaan. Engkau betulkan dulu parti engkau baru cerita pasal orang lain.

4. Dan yang pasti Anwar Sang Peliwat juga adalah seorang yang bacul dan sangat penakut kerana telah block JPX di Twitter. Sama juga dengan anaknya, Nurul Izzah!!! Memang anak beranak penakut!!!

5. Perbuatan Anwar Sang Peliwat ini menunjukan dia sudah benar-benar benak dan terdesak. Zaman Anwar Ibrahim sudah mula ke peringkat akhir.

6. ANWAR IBRAHIM ADALAH TANDA-TANDA KIAMAT!!!


Dr M: BN boleh rampas satu dua negeri tapi majoriti selesa Parlimen sukar

Posted: 17 Nov 2010 08:53 PM PST

Link artikel: http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/dr-m-bn-boleh-rampas-satu-dua-negeri-tapi-majoriti-selesa-parlimen-sukar/


KUALA LUMPUR, 18 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk merampas balik satu atau dua negeri daripada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 atas alasan perikatan muda tiga komponen itu berada dalam keadaan goyah, demikian menurut laporan Bloomberg hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, BN kemungkinan "tidak akan mendapat majoriti dua pertiga (di Parlimen) bagi membolehkan mereka menerajui kerajaan (persekutuan) dengan majoriti selesa."

Bekas perdana menteri ini memberitahu Bloomberg dalam satu wawancara kelmarin bahawa BN "kemungkinan boleh mendapatkan semula satu atau dua negeri."

Dr Mahathir melahirkan pendirian itu di sebalik spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum pada suku pertama tahun depan.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Dewan Tertinggi BN akan bermesyuarat Sabtu ini, dipercayai untuk merangka persediaan ke arah pilihan raya umum ke-13.

Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa BN melihat bulan-bulan akan datang sebagai tempoh yang penting memandangkan perikatan tersebut akan mengambil kesempatan daripada persekitaran politik semasa khususnya dalam Pakatan Rakyat selepas Datuk Zaid Ibrahim memutuskan untuk keluar PKR.

Kejayaan BN dalam dua pilihan raya kecil serentak awal bulan ini dilihat sebagai sumber pemulihan keyakinannya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Buat masa sekarang partinya tunggang-langgang," kata Dr Mahathir yang merujuk kepada PKR yang penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir memecat Anwar sebagai timbalannya pada 1998.

Pakatan Rakyat terdiri daripada komponen PKR, DAP dan PAS.

Malah Dr Mahathir juga menyifatkan kepimpinan Najib memperlihatkan "perubahan besar" berbanding era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat Sabtu ini juga diadakan di sebalik tumpuan bahawa pilihan raya umum negeri Sarawak akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini beberapa kali membayangkan termasuk ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2010 bulan lalu bahawa kemungkinan pilihan raya umum tergempar akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Bagaimanapun BN masih berusaha untuk menyelesaikan beberapa isu utama, antaranya kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), persepsi berkaitan kes liwat kedua Anwar dan punca kematian misteri Teoh Beng Hock ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang inkuirinya masih berjalan, sebelum memanggil pilihan raya umum tergempar.

The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin BN telah bersetuju agar isu-isu ini ditangani bersama keperluan persekitaran ekonomi meyakinkan dan kondusif diwujudkan sebelum dengan penuh yakin BN boleh membubarkan Parlimen dan memanggil pilihan raya umum ke-13.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

Sebelum ini, The Malaysian Insider ada melaporkan bahawa pemimpin-pemimpin bawahan mahu Najib melewatkan sebarang kemungkinan memanggil pilihan raya umu tergempar.

Mereka yang menentang idea pilihan raya umum awal berpendapat bahawa Najib tidak harus menganggap populariti peribadinya yang tinggi bermakna sudah mula diterima rakyat selepas prestasi BN yang tidak memuaskan pada 8 Mac 2008.

Menurut kajian Merdeka Center Mei lalu, populariti Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri April 2009, telah meningkat sehingga 72 peratus
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MENGAPA ANUU WAR BURUKKAN NEGARA SENDIRI ?

Posted: 17 Nov 2010 04:56 PM PST

PM: Pandangan Anwar 'suara sumbang minoriti'
Nov 17, 10 3:44pm
Kongsi 7
Datuk Seri Najib Razak berkata pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Malaysia adalah satu suara sumbang yang tidak mencerminkan pendapat pemimpin-pemimpin dunia.

Perdana Menteri berkata pandangan ketua pembangkang itu merupakan "satu suara sahaja tetapi suara yang minoriti".

"Pemimpin-pemimpin dunia mengiktiraf kejayaan kita... bererti bahawa dia (Anwar) merupakan suara sumbang sebenarnya.

"Dan (pandangan Anwar) tidak mencerminkan pendapat arus perdana dunia terhadap Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam buah negara, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar, yang mendakwa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Kata-kata keji itu dikeluarkan Anwar semata-mata untuk menjayakan usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia Julia Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan BN atas alasan mengamal rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dua hari lalu, dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.
Tak perlu raikan 13 Mei

Mengenai cadangan sesetengah pihak berhubung kolum Cuit Utusan Malaysia baru-baru ini, yangmencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan, Najib berkata tidak perlu untuk menjadikan peristiwa itu sebagai hari yang perlu diperingati.
"Tidak perlu sebab 13 Mei ini kita jadikan satu peristiwa dalam lipatan sejarah sebagai iktibar, sebagai sempadan untuk kita supaya ia tidak berulang," katanya.

Utusan Malaysia baru-baru ini, mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan sebagaimana Singapura memperingati peristiwa berdarah rusuhan kaum pada 21 Julai 1964 sebagai Hari Keharmonian Kaum.Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedia menimbangkan cadangan untuk menjadikan peristiwa hitam 13 Mei sebagai hari yang diperingati.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata kerajaan belum lagi menerima cadangan atau memikirkan soal itu.

TAKBIR RAYA.

Posted: 17 Nov 2010 04:53 PM PST

Put your stuff here

KAWASAN SELAMAT

Posted: 17 Nov 2010 04:50 PM PST

INI KAWASAN UMNO/BN.....

SUKAN ASIA : TAHNIAH ......

Posted: 17 Nov 2010 04:47 PM PST

Put your stuff here

Selamatkanlah Selangor!

Posted: 17 Nov 2010 04:45 PM PST

Selamatkanlah Selangor!

PADA PRU Ke-12 rata-rata pengundi celaru. Selangor yang diurus dengan sempurna (walau pun ada cacat-cela sana-sini) sejak Merdeka jatuh ke tangan pihak yang tidak pernah memerintah selama ini.
Bagaikan kera mendapat bunga, mereka memasuki ke tampuk pemerintahan itu dengan seronok dan riang-rianya. Orang Melayu yang mengundi pembangkang pada masa itu, tiba-tiba tersentak (tidak sangka) apabila mendapati barisan pemimpin DAPlah yang rupa-rupanya menguasai kerajaan negeri itu. Menteri Besar hanyalah simbolik.
Bagi menambat hati rakyat di awal pemerintahan, pelbagai janji dibuat. Yang dikotakan setakat ini tiada. Yang ada hanyalah eksesais perhubungan awam dan sedikit ole-ole air percuma beberapa timba.
Mereka ini akhirnya memasuki ke syarikat-syarikat kerajaan negeri. Tampuk yang dulu dilucutkan dan ada juga CEO yang sukarela berjalan keluar, posisi mereka diganti dengan orang baru. Namun, kini ramai sudah mula bercakap mengenai kelayakan dan who's who (siapa) orang baru yang diambil itu? Mereka bertanya, ada kaitan dengan kronisme ke? Nepotisme? Orang sudah mula bercakap.
Yang memeningkan MB sekarang ialah apabila orang mula bercakap mengenai Yayasan Selangor (YS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Sultan pun khabarnya murka. DAP dalam soal ini hanya senyap menyepi. Pas pula tidak campur tangan. Semua mahu kelihatan baik dan cuba cuci-tangan.
Rata-rata kakitangan yang berkhidmat, sejak pemerintahan BN dulu, kini terpinga-pinga. Macam-macam hal yang berlaku. PKNS yang ditubuhkan sebagai pemegang amanah terbesar orang Melayu kini dikatakan sudah lintang-pukang.
Begitu juga dengan YS. Satu surat rayuan yang disiarkan dalam Forum Utusan Malaysia semalam tertulis: "Tolonglah jaga baik-baik amanah Yayasan Selangor ini. Kita tidak mahu ada orang yang datang itu hanya bertugas untuk dua tahun ini sahaja kerana menjangka pakatan pembangkang akan kalah dalam PRU-13 akan datang. Janganlah punahkan amanah yang sudah terbina itu. Dulu perkara-perkara sebegini tidak pernah berlaku."
Luahan hati itu seharusnya diambil perhatian. PKNS dan YS ialah dua institusi Selangor yang terpenting bagi orang Melayu.
Orang dalam yang terpanggil membetulkan keadaan mendedahkan kepada saya panjang lebar. Wang dikatakan dibelanjakan secara meragukan. Perbelanjaan yang tidak perlu digunakan, kononnya, untuk menukar imej perbadanan itu. Pakar-pakar perunding luar diambil dan dikatakan dibayar ratusan ribu hingga mencecah jutaan ringgit. Kakitangan dalaman pula bagaikan duduk atas bara api.
Mereka kini mengimbau kembali khidmat baik yang dibuat oleh para pengurusan PKNS terdahulu. Walaupun ada sedikit cacat-cela sini sana --- kini mereka sedar, sekarang lebih teruk.
Orang-orang ini sudah mula bersuara. Mereka merayu supaya diselamatkan institusi orang Melayu ini. PKNS diasaskan oleh Menteri Besar berwawasan ketika itu, Datuk Harun Idris pada 1964 bertujuan untuk menyeimbangkan geo-politik orang Melayu dan bukan Melayu di kawasan bandar melalui pembinaan rumah-rumah 'mampu-milik'. Bandar-bandar baru dibuka, antaranya Shah Alam, Bangi, Keramat, Kota Damansara hinggalah ke kawasan Hulu Selangor. Bandar-bandar itu kemudiannya menjadi ikon kebanggaan orang Melayu.
Namun, dalam tempoh terdekat ini sedikit demi sedikit amanah itu cuba dicairkan. PKNS banyak membuat projek-projek JV atau usahasama yang dilihat boleh memecahkan jaringan geografi politik tersebut.
Rumah pangsa di Keramat dirobohkan untuk diberi ruang kepada kondominum mewah Datun Jelatek. Persoalannya berapa ramaikah orang Melayu yang mampu membelinya? Dengar kata paling murahpun seunit kondo itu ialah sekitar RM400,000?
Namun pemimpin atasan perbadanan itu memberi alasan begini: ''Kalau tak laku dan orang Melayu tak mampu, kita buka kuota kepada bukan Bumi, bila dapat untung kita buat satu bandar baru orang Melayu di mana-mana pun..."
''Persoalannya di mana jiwa orang yang bercakap itu," kata orang dalam perbadanan itu kepada saya.
Kerana sudah tidak tertahan, lima persatuan dan kesatuan dalaman PKNS --- yang memegang amanah itu --- berpakat dan bersatu suara menuntut Menteri Besar, Khalid Ibrahim menyiasat dan memecat Pengurus Besar lantikannya, Othman Omar yang juga dikenali sebagai OO.
Tapi, apakah cukup sekadar OO seorang sahaja? Khalid selaku pengerusi Lembaga Pengarah juga harus bertanggungjawab dalam kemelut itu. Macam mana pula dengan Azmin Ali (anak emas Anwar Ibrahim) yang juga memegang tampuk Exco di perbadanan itu?
Moral ceritanya ialah, amanah itu mulai punah. Jika orang Melayu di Selangor melihat kerajaan BN dulu teruk, kini mereka melihat yang ada sekarang lebih teruk lagi.
Oleh itu, Selamatkahlah Selangor!

WAJARKAH DIWAJIBKAN ?

Posted: 17 Nov 2010 04:10 PM PST

ABIM syor belia 21 tahun ke atas wajib mengundi


2010/11/18

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencadangkan kerajaan mewajibkan semua rakyat berusia 21 tahun ke atas mengundi bagi mengelakkan sikap endah tidak endah rakyat terutama golongan muda terhadap tanggungjawab sebagai pengundi.

Presidennya, Dr Muhamad Razak Idris, berkata, pihaknya yakin langkah itu berkesan memandangkan ia sudah diamalkan negara luar, termasuk di Australia yang memberikan surat amaran atau denda kepada rakyatnya yang ingkar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
"Kita juga lihat pendekatan ini (mewajibkan) adalah jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Kita akui sikap rakyat ini, selagi ia tidak diwajibkan, selagi itulah mereka bersikap sambil lewa mengenainya... sampai bila-bila pun masalah ini tidak dapat diselesaikan. Jadi, kita berharap kerajaan mewujudkan satu akta yang mewajibkan mereka untuk mengundi.
"Saya rasakan sudah tiba masanya untuk kita lakukan perkara yang sama di negara. Inilah saja jalan yang saya nampak dapat membantu kerajaan menaikkan jumlah pengundi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata masih terdapat 4.2 juta rakyat negara ini yang layak mengundi tetapi enggan mendaftar dengan SPR bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pengundian.

Beliau berkata, hingga berakhir suku ketiga tahun ini, hanya kira-kira 100,000 atau 2.3 peratus rakyat yang mendaftar sebagai pengundi menerusi pelbagai saluran termasuk parti politik.

Muhammad Razak berkata, selain mewajibkan rakyat mengundi, badan bukan kerajaan (NGO) sosial yang tidak berkepentingan dalam parti politik tampil membantu kerajaan melakukan pendaftaran pengundi di kawasan yang menjadi tumpuan pengundi muda seperti di institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta atau di tempat awam.
"NGO ini boleh masuk ke IPT untuk membuka kaunter pendaftaran untuk memudahkan golongan itu selain memberi penerangan mengenai tanggungjawab SPR dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Kita perlu bersifat agresif, tidak boleh menunggu mereka datang berjumpa kita, sebaliknya kita yang perlu datang kepada mereka," katanya

Cakap-cakap: 4.2 juta enggan mendaftar sebagai pengundi


2010/11/18

MENURUT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ada 4.2 juta rakyat enggan mendaftar sebagai pengundi. Ini satu angka yang besar. Mereka sepatutnya sedar yang tindakan itu seolah-olah menunjukkan mereka tidak mengambil berat soal pentadbiran negara sedangkan kuasa untuk menentukan pemerintahan sesebuah kerajaan terletak di tangan mereka.


POLITIK EKSLUSIF

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) umumkan 4.2 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum daftar. Saya tak salahkan mereka. Politik Malaysia dilihat sebagai terlalu ekslusif dan menjadi milik parti politik. Isu-isu politik dalam media massa masih berkisar sekitar perebutan jawatan dalam parti-parti politik (intra party) atau antara parti-parti politik (inter party). Politik pertentangan ini menyebabkan rakyat berasa terpinggir.

Rakyat mengharapkan pemimpin pelbagai parti politik berbahas soal-soal kemiskinan, pengangguran, keusahawanan, perubahan iklim, dan isu-isu yang penting bagi mereka – bukan sekadar sewaktu pilihanraya, tetapi sepanjang masa.

Sekiranya politik perebutan kuasa (tertumpu kepada siapa dapat apa) berterusan, saya cukup yakin minat rakyat untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya umum akan datang menjadi rendah.
Adakah ini yang parti-parti politik kita mahukan?
Mamat – satu undi pun penting

PAS pancing pengundi UMNO!

Posted: 17 Nov 2010 04:00 PM PST

PAS cuba rayu undi 'Melayu UMNO' untuk menang


2010/11/15

TIADA apa yang hebat atau luar biasa pada seminar 'PAS sedia ganti UMNO' anjuran Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kelmarin.

Yang jelas, PAS masih mengalami krisis identiti, tidak tahu sama ada akan terus berpegang prinsip perjuangan menegakkan sebuah negara Islam atau menggadai prinsipnya demi cita-cita merampas Malaysia daripada UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).
Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka mengakui PAS tidak akan dapat memimpin Malaysia jika hanya mengharapkan sokongan ahli PAS semata-mata, sebaliknya turut mengemis undi ahli UMNO.
"Kita tidak boleh menang dengan undi kita saja. Kita perlu undi (daripada) yang bukan ahli juga, yang bukan penyokong kita termasuk orang UMNO," katanya ketika merasmikan seminar berkenaan yang dihadiri 1,000 peserta.

Sambil mengakui teras politik di negara ini ialah Melayu dan Islam, beliau berkata, adalah perlu parti itu mengukuhkan kedudukannya sebagai satu organisasi dengan strategi yang baik sekali gus mendapat kepercayaan 'Melayu UMNO' untuk menyerahkan tampuk kepemimpinan negara ini kepada PAS.

Mendengar kata-kata Abdul Hadi itu, timbul tanda tanya adakah PAS tidak yakin dengan kesetiaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP yang kononnya rakan karib mereka untuk memberi laluan kepada cita-cita parti berkenaan untuk membentuk negara Islam Malaysia.

Persoalannya, kalau PAS yakin dengan PKR dan DAP, kenapa Abdul Hadi menegaskan parti itu perlu mendapatkan undi daripada 'Melayu UMNO' dan pada masa sama berharap UMNO akan menyerahkan tampuk kepemimpinan negara kepada parti itu secara terhormat?
Adakah disebabkan barisan kepemimpinan PAS tidak yakin dapat menarik masyarakat bukan Islam menyertai dan menyokong parti itu melaksanakan pemerintahan Islam mengikut acuan parti itu?

Walau apapun alasannya, PAS ketika ini seolah-olah merayu supaya 'Melayu UMNO' membantunya pada pilihan raya umum akan datang kerana menyedari parti itu tidak begitu kuat dan ampuh menahan asakan daripada PKR dan DAP yang secara jelas menolak dasar perjuangan PAS.

Lebih tepat lagi jika dikatakan PAS ketika ini berada di persimpangan jalan serta serba salah kerana hendak ke kanan tidak kena, hendak ke kiri pun tidak kena dan jika terus ke depan risau pula akan tersungkur.

Jalan terbaik bagi PAS ketika ini ialah cuba memenangi hati 'Melayu UMNO' untuk mengundi mereka atau mengharapkan keajaiban supaya barisan kepemimpinan UMNO hari ini bermurah hati menyerahkan semua kerusinya kepada PAS.

Keadaan PAS dalam pakatan pembangkang tidak lebih sebagai 'pak turut' yang terlalu bergantung dengan PKR dan DAP, seolah-olah tidak percaya dengan diri sendiri sehingga kelebihan yang ada tidak digunakan sepenuhnya.

Selain itu, ucapan Abdul Hadi itu juga tiada bezanya dengan ucapan pemimpin PAS lain sebelum ini yang penuh kutukan dan cacian.

Pemimpin PAS seperti kebiasaannya sentiasa mendabik dada dan takbur atau ' masuk bakul angkat sendiri' merekalah pejuang Islam sejati dengan harapan supaya orang ramai percaya diri mereka bersih, amanah, berwibawa dan berwawasan.
Terbaru, Abdul Hadi turut menyifatkan perjuangan menentang UMNO lebih sukar daripada berdepan 'orang gila atau bodoh'.

Inikah sikap seorang pemimpin bergelar 'tok guru' yang bercakap soal akidah, akhlak dan ibadat dalam Islam, tetapi sanggup membandingkan orang lain dengan perkataan 'kurang ajar' dan tidak manis didengar?

PAS juga kini dalam keadaan tertekan apabila BN mampu mencipta kemenangan di Galas, selain hampir menawan Manek Urai, kedua-duanya di Kelantan. Pencapaian itu turut memberikan imej BN semakin tinggi di kalangan rakyat Kelantan.

Bisik-bisik seorang peserta seminar yang menegaskan lebih baik tajuk seminar 'PAS sedia ganti UMNO' itu ditukarkan kepada 'PAS sedia bekerjasama dengan UMNO' ada kewajarannya.

Katanya: "Ucapan presiden parti (Abdul Hadi) seolah-olah menggambarkan PAS tidak cukup kuat sehingga perlu merayu undi ahli UMNO untuk membentuk kerajaan Islam".

Sehubungan itu, melihatkan keadaan PAS ketika ini, ramai ahlinya masih tertanya-tanya adakah dasar perjuangan parti itu yang berlandaskan 'Wawasan Akhirat' seperti diperkatakan Abdul Hadi itu akan menjadi kenyataan atau hanya sekadar slogan dan omong kosong?

TERKINI :ROMBAKAN KABINET : KUASA PM.

Posted: 17 Nov 2010 03:51 PM PST

Rombakan kabinet tidak lama lagi?
Nov 17, 10 4:11pm
Kongsi 21
Perubahan dalam kepimpinan Umno akan dilakukan di peringkat tertentu supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya sedang memikirkan... (sebelum ini) tergendala dua minggu sebab saya kena penyakit. Selepas ini, saya sudah bekerja seperti biasa dan saya akan beri tumpuan," katanya.

Najib pada awal bulan ini diserang penyakit cacar atau demam campak dan terpaksa bercuti rehat.

Pada Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, beliau yang juga Presiden Umno berkata perubahan dalam kepimpinan Umno di peringkat tertentu supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak, akan diumumkan apabila sampai masanya.

Ditanya sama ada rombakan Kabinet akan dilakukan, Perdana Menteri berkata: "Tak kan saya hendak beritahu. Rombakan Kabinet tidak akan diberitahu. Kalau tiada...tiada, kalau ada...ada".

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam buah negara, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini. Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Rombakan terakhir

Kali terakhir jemaah menteri dirombak adalad pada 1 Jun lalu. Ia rombakan kabinet pertama Najib setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu.
Bagaimanapun rombakan berkenaan tidak banyak membabitkan pemimpin Umno. Sebaliknyanya, rombakan itu adalah untuk disesuaikan dengan perkembangan politik di kalangan ahli komponen BN, khususnya, MCA, MIC, Gerakan dan PBB.

Dalam rombakan itu, Datuk Seri Ong Tee Keat yang tewas pada pemilihan MCA pada MAC lalu digugurkan sebagai Menteri Pengangkutan.

Najib pada rombakan itu juga juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan tahun depan.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ismail juga dilantik sebagai timbalan menteri.

SUBJEK SEJARAH - SATU PANDANGAN

Posted: 17 Nov 2010 03:48 PM PST

Peperiksaan Subjek Sejarah?
Penulis yang menggunakan nama samaran Wen Boon dalam ruangan perbincangan rakyat di halaman 15 akhbar China Press terbitan 14 November mempersoalkan langkah mewajibkan subjek Sejarah.

Pada pendapatnya, jika polisi ini dilaksanakan, dalam beberapa tahun akan datang, masalah akan kembali kepada asal di mana murid-murid yang tidak lulus mata pelajaran Sejarah gagal mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

''Mereka ini menjadi mangsa sesi ujikaji tikus putih. Ketika itu nanti baru akan dilihat semula sama ada polisi ini boleh diguna atau tidak.
''Semua orang mempunyai pengalaman berasa bosan dengan subjek Sejarah yang terlalu berat. Susah untuk ingat nama-nama orang dan tahun," katanya.

Tambah Wen Boon, guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah bagaikan bijak bersilap mata hingga murid-murid boleh tidur lena dalam kelas.

''Subjek Sejarah biasanya dimuatkan di penghujung waktu kelas. Murid-murid terpaksa belajar Sejarah kerana ia adalah subjek wajib lulus yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran.

''Jika kerajaan anggap sejarah itu penting, Perdana Menteri patut pimpin semua menteri ambil peperiksaan Sejarah SPM sekali lagi. Jika ada menteri yang gagal dalam peperiksaan itu lucutkan jawatan mereka segera. Bila lulus Sejarah, baru boleh pegang jawatan semula," katanya.
Wen Boon mempersoalkan kenapa sebelum ini pihak kerajaan tidak pentingkan sejarah. Kerajaan yang lalu pentingkan Matematik dan Sains.

''Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran masa belajar dulu, setiap penggal berapa markah sejarah yang mereka peroleh? Mereka yang menyokong dan bersetuju polisi ini pun perolehi banyak mana markah dalam Sejarah?

''Jika kerajaan mahu laksanakan polisi ini, perlu ditanya semua kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kolej, sekolah menengah serta sekolah jenis kebangsaan kerajaan -- lulus atau tidak mata pelajaran sejarah dalam SPM," jelasnya.


Tambah Wen Boon, jika kakitangan berkenaan tidak lulus apakah mereka boleh ambil peperiksaan subjek Sejarah SPM sekali lagi?

Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen juga perlu ada kelulusan mata pelajaran Sejarah peringkat SPM. Jika tidak, mereka hilang kelayakan menjadi wakil rakyat. Cara itu barulah menunjukkan kerajaan pentingkan mata pelajaran Sejarah.

Kata Wen Boon, memang subjek Sejarah ada kepentingan. Semua mata pelajaran ada tujuan dan kepentingan tertentu.

''Manusia boleh pelajari sesuatu daripada sejarah tetapi tidak pernah mengambil sejarah sebagai iktibar. Semoga nasib akan menyebelahi para pelajar yang akan menduduki SPM," tambahnya.

Posted: 17 Nov 2010 03:43 PM PST

Stategi ini dah lapuk dan basi, dari dulu pun Anuu War memang begitu.

Anwar terus burukkan Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Selepas menganggap pengiktirafan negara asing terhadap kemajuan Malaysia sebagai penghinaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlekehkan pula inkues bagi mencari punca kematian Teoh Beng Hock di pentas antarabangsa.
Ketua Pembangkang yang sedang berdepan pertuduhan liwat itu mendakwa, kematian bekas setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor tersebut adalah 'kes pembunuhan yang tidak terjawab' biar pun ia sedang dibicarakan di Mahkamah Koroner.
Tidak cukup dengan itu, Anwar juga menyifatkan kematian mendiang sebagai kekejaman yang dipercayai ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun tiada sebarang bukti kematian mangsa berpunca daripada pihak ketiga.
Walhal, sebelum ini pembangkang yang mendesak siasatan rapi dijalankan termasuk menubuhkan inkues bagi mengenal pasti punca kematian, meskipun segala bukti yang ditampilkan sehingga kini menjurus kepada tindakan bunuh diri.
"Australia harus lebih jelas dalam sokongannya terhadap demokrasi. Anda (Australia) mempunyai kedudukan yang kuat di Myammar tetapi sikap itu tidak diperlihatkan dalam isu kekejaman yang berlaku di Malaysia.
"Kekejaman termasuk 'pembunuhan yang tidak terjawab' seorang aktivis pembangkang yang jatuh dari tingkat 14, menara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu," katanya seperti yang dipetik daripada akhbar Sydney Morning Post.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Anwar sewaktu ditemu bual Sky News Australia mendakwa, pengiktirafan yang diberi negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai negara Islam moden adalah satu penghinaan.
Tindakan Anwar itu dipercayai merujuk kepada pengiktirafan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard terhadap kemajuan negara semasa beliau melakukan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini dalam usahanya untuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia.
Anwar kini berada di Australia ketika partinya terumbang-ambing ekoran dakwaan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan semata-mata untuk meraih sokongan Gillard supaya memberi tekanan kepada BN yang dituduhnya mengamal rasuah serta menipu pada pilihan raya.
Pada masa yang sama, bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga ingin memujuk New Zealand supaya berpihak kepadanya, selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat (AS) berhubung kes liwatnya gagal.

SEKEJAP BOLEH, SEKEJAP TIDAK, MACAM BISKUT....

Posted: 17 Nov 2010 03:40 PM PST

MB: Larangan liputan DUN Kedah boleh ditarik balik
Nov 16, 10 7:01pm
Kongsi 14
Larangan terhadap kebanyakan media arus perdana untuk membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan perbahasan bajet 2011 Kedah adalah tidak mutlak dan ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, tujuan utama larangan itu kerana ada berita yang dilaporkan beberapa organisasi media tidak benar dan mengelirukan rakyat.

"Tapi buat masa sekarang ni, jangan mai dekat lagi la sebab masih panas lagi," katanya semasa sesi penggulungan sidang dewan dan perbahasan bajet 2011 hari ini.

Beliau berkata, sehingga hari ini pun organisasi media berkenaan masih menimbulkan berita yang tidak benar mengenai situasi sebenar sepanjang tempoh bencana banjir yang lalu.

Pada persidangan DUN kali ini, kerajaan negeri hanya membenarkan wartawan dari Bernama serta akhbar The Star, Sinar Harian, Harakah, Sin Chew Daily, China Press, Kwong Hwa Jit Poh, Guan Ming Daily, Oriental Daily, Nan Yang Siang Pau, Makkal Osai dan Malaysian Nanban membuat liputan.

Surat memaklumkan senarai media yang dibenarkan itu, yang ditandatangani oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Muhamad Helmi Mohamed Khalid, dihantar kepada semua organisasi media di negara ini Khamis lepas berikutan apa yang didakwa sebagai "ekoran dari putar belit dan berita biadap pihak media tertentu terhadap kerajaan negeri Kedah mutakhir ini".

- Bernama

Kiswa baru untuk Kaabah

Posted: 17 Nov 2010 03:37 PM PST

 
Nov 17, 10 6:49am
 
Kain penutup Kaabah yang dikenali sebagai 'Kiswa' diganti baru dalam satu majlis tahunan di Makkah yang disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan.

Menurut sebuah akhbar tempatan di Makkah, Saudi Gazette, majlis pemasangan Kiswa yang baru itu disempurnakan oleh para petugas dari Majlis Agung yang menjaga Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Kiswa baru berharga SR20 juta (100 Saudi Riyal bernilai kira-kira USD26.67) setinggi 14 meter yang diperbuat dari sutera serta bersulam benang emas itu dihasilkan di sebuah kilang khas.

Ia turut merangkumi satu langsir di bahagian pintu Kaabah yang diperbuat daripada sutera khas, enam setengah meter tinggi dan tiga meter lebar, yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang disulam indah dengan benang diperbuat daripada emas dan perak.

- Bernama

"KAKI PUTAR BELIT "- HARAKAH DAILY

Posted: 17 Nov 2010 03:34 PM PST

HarakahDaily Kelentong Lagi !: YB Farid Jadi Mangsa !


Oleh : Pejuang Bangsa

Akhbar yang terkenal dengan bohongnya & putar belit fakta , Harakah nampaknya terus ligat melalukan rutin harian mereka ini . Terbaru keluaran 15 November 2010 , PB melihat tadi di kedai jual akhbar di Prmtg Pauh dengan tajuk muka depannya " Akhirnya UMNO Mengaku" sebagai berita utama .

Adakah benar dakwaan Haprak Daily ini ?? Benarkan YB Farid menyatakan beliau mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah pemimpin negeri semasa berkuasa menjadi punca terhakisnya tanah Melayu di PP ? Jangan mudah percaya cakap wartawan kaki fitnah akhbar fitnah dan putar belit ini kerana orang yang berada di situ sahaja tahu perkara sebenar .

PB ingin beritahu di sini bagaimana mereka ini berbohong kepada ahlinya supaya hadir ramai ke forum itu ( 80 % puak PAS ) dengan menyebarkan sms dengan menukar tajuk forum itu dari Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang : Apakah jalan penyelesaian ? kepada Siapa Pengkhianat Tanah Melayu .

Lihat lah sendiri pembohongan mereka ini bermula . Apabila PAS menerusi akhbar harakah mereka hari ini berbohong dan manipulasi kenyataan Yb Farid Saad di dalam forum itu , PB cuba mendapat penjelasan dari beliau dan ini kenyataannya menerusi sms ...

" Tidak sama sekali !! Harakah telah manipulasikan cerita . Saya katakan bahawa ada pemimpin yang alpa dan cuai ... Kenyataan yang sama saya gunakan dalam ucapan perhimpunan Agung UMNO .

Di awal ucapan saya , saya kata kehadiran saya adalah untuk mencari penyelesaian dan bukannya mencari salah siapa . PAS spin suruh saya tutup buku . Saya kata kena stop blaming game , mereka kata pemimpin UMNO tidak amanah."



Jadi di sini , kenyataan Adun BN Pulau Betong telah diputarbelitkan oleh Harakah ! Pemimpin PAS sendiri dalam forum tuduh pemimpin UMNO tidak amanah dan bukannya YB Farid sendiri mengaku.

Ada ka patut pemimpin depa sendiri cakap lepas itu tuduh orang lain cakap . Memang dasar kaki fitnah dan putar belit puak2 PAS ini . Jika ada video forum itu , kita boleh lihat sendiri siapa yang benar dan buat fitnah

Melayu Pulau Pinang bakal hidup melarat


Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my
2010/11/12

Pemilikan tanah hanya tinggal 20.41 peratus

GEORGETOWN: Pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang kini hanya tinggal 20.41 peratus, meskipun kaum itu mewakili 44.89 peratus daripada jumlah penduduk negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong daripada UMNO, Muhammad Farid Saad, berkata lebih membimbangkan, Daerah Timur Laut iaitu kawasan paling pesat membangun di Pulau Pinang, tanah milikan Melayu hanya 1.16 peratus.
Katanya, kajian UMNO Pulau Pinang juga mendapati ada 60 perkampungan Melayu yang mempunyai 7,000 penghuni dibina di atas tanah orang lain.

"Berikutan itu, penduduk bakal kehilangan tempat tinggal pada bila-bila masa," katanya pada forum bertajuk Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang di sini, kelmarin.

Farid adalah salah seorang daripada empat ahli panel forum berkenaan, selain Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff; Ahli Parlimen Parit Buntar daripada PAS, Dr Mujahid Yusuff Rawa dan Presiden TERAS Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Forum yang menggabungkan parti politik tanpa mengira fahaman dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mencari jalan bagi menangani isu penghakisan tanah milikan Melayu, dikendalikan Pensyarah Universiti Sains Malaysia, Prof Amir Hussain Baharuddin.
Pada sesi soal jawab forum itu, seorang peserta mencadangkan supaya satu fatwa dikeluarkan bagi memastikan tanah milikan Melayu di Pulau Pinang tidak terlepas ke tangan bukan Islam.

Mengulas cadangan itu, Farid melihat perkara berkenaan secara positif dan sesuatu yang wajar jika keadaan benar-benar memerlukan.

"Jika berlaku pertukaran milikan tanah yang boleh menyebabkan tiada lagi orang Melayu di sesuatu kawasan sehingga membawa kepada solat Jumaat tidak boleh didirikan kerana tidak cukup jemaah, ia wajar dilakukan," katanya.

Mujahid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang turut bersetuju jika ada fatwa sedemikian, tetapi ia bukan satu jaminan orang Melayu tidak menjual tanah kepada bukan Islam.

"(Kalau ada) fatwa pun boleh berlaku (pertukaran milikan tanah kepada bukan Islam) juga," katanya sambil menjelaskan faktor tawaran harga lumayan memainkan peranan penting dalam urusan jual beli tanah.

Azmi pula berpandangan, masalah itu memerlukan komitmen yang lebih kerana jika diwujudkan fatwa sekali pun, urusan penjualan tanah kepada bukan Islam akan terus berlaku.

BILA LAGI NAK BERTINDAK.....................

Posted: 17 Nov 2010 03:31 PM PST

KDN perlu bertindak terhadap Namewee - Hamdi

IPOH 17 Nov. - Kementerian Dalam Negeri diminta mengambil tindakan tegas terhadap Wee Meng Chee atau Namewee kerana perbuatannya sebelum ini telah mengguriskan perasaan rakyat negara ini.

Penasihat kepada Menteri Besar Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, ia kerana kalau tidak diambil tindakan pihaknya bimbang perbuatan ekstremis seperti itu akan berleluasa dan boleh menggugatkan kestabilan negara.

Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana perbuatan Namewee yang sebelum ini mengubah semula lagu Negaraku dan menunjukkan isyarat lucah dalam klip video telah mengguriskan perasaan rakyat Malaysia.

"Kalau kerajaan tidak bertindak terhadap lelaki biadap itu kelak kita akan dituduh tidak tegas terhadap mereka yang mencemarkan imej negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO)di Pahang semalam membantah penganjuran persembahan Namewee yang dijadual berlangsung di sebuah kelab hiburan di Kuantan, Sabtu ini.

Namewee yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mencerca seorang guru dan mengubah lagu Negaraku dijadual mengadakan persembahan itu berdasarkan kain rentang di depan kelab terbabit.

Hamdi yang juga Ketua Penerangan kerajaan negeri berkata, pihaknya bimbang rakyat akan menyalahkan kerajaan apabila tidak peka dengan desakan terutama oleh NGO yang prihatin dengan negara ini.

Katanya, undang-undang yang tegas dan tidak bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang mencetuskan kegelisahan rakyat hendaklah dikuatkuasakan agar golongan ekstremis tidak akan berkembang di negara ini.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


Majlis Qurban Bersempena Hari Raya Aidiladha Peringkat Kampung Rimba Terjun

Posted: 17 Nov 2010 07:42 PM PST







Majlis Qurban Peringkat Kampung Rimba Terjun telah selamat diadakan dan berjalan dengan lancar. Majlis diadakan di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah bermula kira-kira jam 10 pagi. Pada Majlis Qurban ini, 5 ekor lembu telah dikorbankan termasuk 2 ekor kambing bagi tujuan aqiqah.

Pergerakan Pemuda UMNO Rimba Terjun bersama-sama UMNO Cawangan Rimba Terjun, Pergerakan Puteri dan pergerakan Wanita ingin merakamkan Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang mengunjungi blog kami.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Pengikut