Ahad, 14 November 2010

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


SUASANA SEKITAR PROGRAM BANTUAN BENCANA BANJIR DI UTARA

Posted: 14 Nov 2010 05:13 PM PST

LINK KE KOLEKSI KERATAN AKHBAR

Posted: 14 Nov 2010 05:04 AM PST

Parti Keadilan Rakyat ibarat retak menanti belah

Posted: 14 Nov 2010 04:29 AM PST

Benteng tebus tanah atasi hakisan pantai

Posted: 14 Nov 2010 04:28 AM PST

Megatech Communication dapat projek RM1 bilion

Posted: 14 Nov 2010 04:28 AM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Penuntut Universiti Berpolitik, Reaksi Berbeza MPM

Posted: 14 Nov 2010 07:31 AM PST

PETALING JAYA: Beberapa ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) universiti tempatan di sini memberi reaksi berbeza mengenai cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk membolehkan mahasiswa menyertai parti politik atau berkempen apabila berada di luar kampus.

Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Malaysia sesi 2009/2010, Khairul Anuar Abu Kasim berkata, dia menyokong cadangan tersebut kerana mahasiswa hakikatnya tidak boleh lari daripada berpolitik kerana mereka masih berpolitik dalam kampus.

"Fenomena berpolitik di kampus adalah hampir sama seperti di luar. Cuma suasana berpolitik di luar berbeza dengan suasana di dalam kampus.

"Kalau mereka matang berpolitik, ia adalah tiada masalah," katanya kepada mStar Online.

Khairul Anuar diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri bahawa mahasiswa sepatutnya dibenarkan menyertai parti politik atau berkempen apabila berada di luar kampus.

Mohamed Nazri berkata, mereka harus diberi kebebasan untuk mengembangkan minda dan universiti perlu menyifatkannya sebagai suatu proses pembangunan dan bukannya satu kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Bagaimanapun, Khairul Anuar berpendapat, pihak berkenaan perlu memastikan tidak wujudnya unsur negatif dalam aktiviti berpolitik.

"Keduanya, mahasiswa mestilah mempunyai pendirian untuk lebih mengutamakan pengajian di universiti daripada berpolitik. Mereka juga harus tidak mengganggu status atau kedudukan mereka sebagai penuntut universiti serta mencemarkan nama baik universiti apabila berpolitik," jelasnya.

Dalam pada itu, Presiden MPP Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Ridhwan Mat Salleh memberitahu, sekiranya mahasiswa dibenarkan berpolitik menerusi pindaan AUKU, kerajaan perlu mengkaji semula sama ada langkah tersebut mampu memberikan kesan kepada keputusan akademik mahasiswa.

"Mereka yang sepatutnya mengulangkaji pelajaran masing-masing pada Sabtu dan Ahad pula sebaliknya menggunakan waktu belajar itu untuk berkempen," katanya.

Tambah Muhammad Ridhwan, mahasiswa kurang sesuai melibatkan diri dalam kancah politik semasa.

Sementara itu, Exco MPM Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Izzat Ismail menyifatkan cadangan tersebut kurang sesuai dipraktikkan kerana keutamaan mahasiswa adalah belajar dan bukannya berpolitik.

Katanya, dia bimbang mereka yang taksub berpolitik akan hilang fokus pada pengajian lebih-lebih lagi universiti adalah tempat mereka mempersiapkan diri sebelum memasuki pasaran kerja kelak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

'Haram' media di DUN Kedah tetap berjalan

Posted: 13 Nov 2010 09:15 PM PST

Beberapa organisasi media, termasuk Malaysiakini dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini.

Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.

Helmi pada 11 November mengeluarkan surat kepada ketua biro semua media cetak dan elektronik yang berpengkalan di Alor Setar. Ia antaranya merungut tentang liputan berita yang didakwa dimanipulasi sesetengah pihak terhadap kerajaan pimpinan PAS itu.

Mohamad Yusoff Ahmad, pengawal keselamatan di luar bangunan DUN memberitahu, beliau tidak dapat memberikan kebenaran memasuki bangunan kepada sesiapa yang tidak termasuk dalam senarai yang dikeluarkan Hilmi.

"Saya hanya menjalankan tugas," katanya.

Sementara itu, seorang pemberita RTM negeri Samat Majid kelihatan diiring keluar daripada bangunan selepas berjaya memasukinya sebelum itu.

Petugas media berita harian Rahmat Othman, yang berkhidmat di kedah selama 16 tahun memberitahu perkara itu kali pertama berlaku
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BERUBAHLAH UNTUK KEBAIKAN

Posted: 13 Nov 2010 11:42 AM PST


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Kita sudah hampir kepada sambutan hari raya Aidil Adha atau juga disebutkan sebagai Hari Raya Haji. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Teringat saya ketika kecil dahulu, jika menjelangnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha, suasana gembira dapat dirasakan. Kemerian yang ada di hati sangat luar biasa sekali.

Bagaimanapun hari ini, keadaan sudah jauh berubah. Berubah mungkin disebabkan usia kita yang semakin dewasa, manakala jadual hidup pula begitu padat berbanding di zaman kanak-kanak dahulu. Atau mungkin juga disebabkan zaman itu sendiri sudah jauh berubah.

Sebenarnya yang merasai ia berubah ialah kita, dan yang mengubah juga adalah kita. Begitulah nilai kemeriahan Hari Raya yang saya mahu maksudkan.

Cuma saya ingin menarik perhatian betapa sebenarnya, di zaman ini, kadangkala kemeriahan itu kita lupakan kerana kita terlalu sibuk berpolitik. Akuilah bahawa sehingga di saat inipun, isu-isu politik telah menguasai sepenuhnya diri kita tanpa kita memberikan perhatian khusus terhadap peristiwa penting yang bakal kita lalui.

Secara jujurnya, saya melihat keadaan ini amat tidak sihat. Ia tidak menyumbang kepada kelebihan untuk kita sebagai rakyat Malaysia. Seharusnya kita memperbetulkan keadaan ini, kembali menjadikan budaya mengutamakan terhadap apa yang wajar diutamakan diberikan perhatian.

Keadaan menjadi bertambah kalut apabila politik kita dilihat menguasai semua perkara. Maksudnya, setiap perkara mesti dikaitkan dengan politik. Saya berpendapat itu tidak sewajarnya.

Oleh kerana itu, ada baiknya kita kembali kepada budaya hidup kita dahulu yang meletakkan kepentingan lain selain politik sebagai yang diutamakan. Kita harus menghayati semangat korban sempena Aidil Adha beberapa hari lagi ini untuk kita berkorban dalam mencari kebaikan.

Marilah kita bersatu, berpakat dan melupakan segala sengketa politik. Dan, jika pun kita mahu berpolitik, amalkanlah politik secara sihat dan bukannya politik yang merugikan.

Saya percaya bahawa jika kita semua mempunyai semangat untuk berubah, tiada ada sebab kita tidak boleh mencapai apa yang kita sendiri mahukan. Mudah-mudahan, kita boleh menjadi rakyat yang tahu memilih kepentingan dan meletakkannya di tempat yang sewajarnya. Harapan saya, biarlah kita berpada-pada.

Seperti rakyat, saya juga amat bimbang dengan setiap perkembangan yang berlaku kerana saya khuatir kalau-kalau Negara kita boleh hancur kerana kita sendiri mengamalkan satu budaya yang tidak menguntungkan kita dan Negara kita.

Fikirkanlah.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PM Kembali Bertugas Demi Agama Bangsa dan Negara

Posted: 13 Nov 2010 04:52 AM PST

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Kabinet hari ini meluluskan peruntukan RM5 juta untuk membaiki keadaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini agar dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

Peruntukan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjalani rawatan di unit tersebut sejak 4 November lalu akibat komplikasi demam cacar air yang dihidapi hujung bulan lepas.

Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet apabila memulakan tugasnya hari ini berkata, beliau melihat sendiri keadaan yang daif di wad berkenaan semasa menerima rawatan di situ.

Katanya, Kementerian Kesihatan juga diminta membeli peralatan menaik taraf unit itu secepat mungkin supaya boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat selaras slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Najib berkata demikian pada majlis jamuan kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di Wad DiRaja Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mengambil mudah terhadap nikmat yang dikecapi hasil keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara.

Perdana Menteri berkata dalam banyak perkara, manusia mengambil mudah perkara tertentu dan hanya akan merasakan ia sangat bernilai sekiranya ia tiada lagi di sisi mereka.

"Ini satu peringatan yang saya ambil iktibar daripada pengalaman (saya di hospital) bahawa banyak perkara dalam kehidupan kita yang kita anggap perkara biasa.

"Tetapi sebenarnya apabila Tuhan menarik balik nikmat itu daripada kita, pada masa itulah kita rasa perkara itu bernilai," katanya, sambil menjelaskan bahawa analogi berkenaan diperolehi hasil pengalaman dirawat dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Ujian endoskopi dilakukan ke atas Najib menunjukkan ada tanda-tanda ulser dan gastritis ringan.

"Inilah berkat pengajaran yang saya dapat (sejak) 4 Nov lepas. Tetapi ia jadi pengajaran dan pengalaman bagi diri saya. Ini boleh jadi ingatan kepada kita. Kita anggap ia (kesihatan) perkara biasa.

"Tetapi apabila kesihatan terganggu ataupun tidak ada lagi, maka pada ketika itu kita dapat merasai kehilangan besar pada diri kita. Kata pepatah pencegahan lebih baik daripada mengubat," katanya.

Hasil pengalamannya dirawat itu juga, Najib menasihati rakyat supaya tidak mengambil mudah kesihatan diri, mengamalkan gaya hidup sihat dan menerima nasihat doktor dan juga isteri untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat serta dapat mengelak diri daripada dirawat.

Najib juga menceritakan detik cemas pada malam 4 November lepas apabila beliau mula diserang komplikasi akibat penyakit cacar di kediamannya dan pada masa sama, gembira menerima berita mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Galas di Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sandakan, Sabah.

Pada masa itu beliau yang berada di bilik air diselamatkan, dan dibantu isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dibawa ke katil sebelum dirawat dengan lebih lanjut.

"Doktor kemudian memberitahu saya tiada pilihan lain dan masukkan saya ke dalam wad ICU (Unit Rawatan Rapi). Pengalaman di ICU bukanlah sesuatu pengalaman yang kita hendak sangat (pun)," katanya lagi.

Perdana Menteri kemudian dibenarkan keluar dari wad orang kenamaan Hospital Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Najib yang menyifatkan pengalaman di wad berkenaan sebagai pengalaman manis turut mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua warga Kementerian Kesihatan yang membantu merawatnya sehingga dapat pulih dan mula bertugas dengan mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Perdana Menteri juga berbangga dengan keharmonian pasukan "1Malaysia" yang merawatnya tanpa mengira sempadan kaum dan agama dengan bersikap profesional merawat dan membantu.

Najib berkata kumpulan doktor, doktor pakar, pembantu dan juga jururawat ini bukan hanya merawat dirinya seorang, malah ribuan warga Malaysia, dan mereka turut terhutang budi kepada jasa kumpulan ini.

"Adalah lebih baik ia diterjemahkan di peringkat nasional. Bayangkan kita bekerjasama (sebegitu) tentu sekali hasrat menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi akan dapat dicapai," katanya. - BERNAMA.



12/11/2010 10:46am

PUTRAJAYA 12 Nov — Datuk Seri Najib Tun Razak kembali bertugas dengan mempengerusikan mesyuarat kabinet pagi ini selepas sembuh sepenuhnya daripada serangan cacar dan sakit ulser.

Perdana Menteri, yang tiba di pejabatnya pada 9.20 pagi, kelihatan tersenyum dan menyapa petugas-petugasnya sebelum memasuki Bilik Mesyuarat 10 minit kemudian.

Beliau disambut dengan tepukan oleh menteri-menteri kabinet yang terlebih awal menunggu.

Najib diserang cacar akhir bulan lalu dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 28 Okt akibat ulser serta gastritis ringan sebelum dibenarkan pulang pada Ahad dan dinasihatkan berehat. — Bernama

DunSemarang

DunSemarang


Siapa yang Takut no 13..13..13

Posted: 13 Nov 2010 04:45 PM PST

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sumber: Wikipedia

Dun Semarang: YB Zul, mengapa DAP dan gUAN eNg terlalu trauma dengan 13 Mei..
YB Zul Kulim : Jawapannya mudah. Kerana mereka tahu apa sebenarnya berlaku pada hari hitam 13 Mei itu. Mereka tidak mahu peristiwa itu didedahkan! Mereka tidak mahu pembunuhan dan pendarahan keatas bangsa Melayu hari itu diketahui umum! Kerana apa, kerana mereka tahu siapa dalang-dalang disebalik peristiwa itu! Mereka tahu siapa yang melakukan provokasi melampau terhadap orang Melayu pada masa itu! Mereka tidak mahu warna sebenar dan tembelang pekung dalang-dalang ini diketahui! Mereka tahu puak cauvinis celaka mana yang mendalangi peristiwa itu. Dan mereka tahu cauvinis-cauvinis celaka itu masih hidup, kini meneruskan perjuangan cauvinis, rasis dan pelampau mereka bertopengkan demokrasi dan hak asasi kemanusiaan!!
Dun semarang : Adakah orang Melayu seperti saya di akar Umbi ini tidak boleh bersuara..memperjuangkan Bangsa sendiri?

YB Zul Kulim :"Hari ini, dalam negara ini, seolah-olah umat Islam bangsa Melayu menjadi saperti warga kelas kedua., diketepikan. Hari ini seolah-olah satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu agama Islam, isu orang Melayu. Dah jadi satu dosa besar dalam negara ini. Sampai kata orang "Pak Jangoat pun sampai ketaq teloq hendak bercakap pasal Islam". Takut..

Dun Semarang : Adakah mereka takut dengan 13 Mei....

YB Zul Kulim : ,,,,,Tetapi bila kita bercakap tentang '13 Mei', 'mereka' akan mengamuk. "Sudah historical, lapuk, tak boleh cakap ini cerita, sudah lama!". Pasal apa mereka takut sangat? Pasal apa?

Dun semarang ; Terima Kasih YB.

Pengikut