Pengikut

Nuffnang

Selasa, 9 November 2010

Puteri Ipoh Timor

0 ulasan
sumber :-

Puteri Ipoh Timor


KOLOKIUM UMNO PERAK 2010

Posted: 09 Nov 2010 12:56 AM PST


KOLOKIUM WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO NEGERI PERAK

ANJURAN YAYASAN PEMBANGUNAN INSAN MALAYSIA

TARIKH : 6 NOVEMBER 2010 (SABTU)

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK (SUK), IPOH.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BUDAYA SUKARELAWAN PERLU DI PUPUK.

Posted: 09 Nov 2010 05:11 AM PST








Kesukarelawanan sebagai suatu konsep perkhidmatan, perkongsian, proses pendidikan, serta penglibatan aktif warganegara (active citizenship) dalam hal-hal kemasyarakatan merupakan satu-satunya pemangkin kepada proses pembangunan seimbang. Kesukarelawanan yang turut merangkumi pemupukan nilai-nilai dan sifat-sifat mulia seperti bertimbang rasa, rendah hati, penyayang, saling membantu dan bekerjasama, serta berperibadi luhur adalah suatu bentuk dan kaedah pendidikan dan latihan yang sudah lama teruji dan berkesan bagi melengkapkan proses pembangunan yang demikian. Kesukarelawanan juga suatu sumber (resource) yang sangat kaya dan berpotensi bagi sebarang perubahan dan transformasi sosial.


Sebaliknya, kita kurang dalam soft development – pembangunan insan, pembangunan komuniti, akhlak dan spiritual, nilai dan etika, dan sebagainya. Cakap-cakap, khutbah dan seruan tentang keinsanan, kejiranan, kemasyarakatan, dan sebagainya itu kurang disusuli dengan langkah-langkah konkrit, sistematik dan konsisten




Pihak negara umpamanya, harus lebih terbuka dan proaktif dalam membantu mewujudkan sistem sokongan yang diperlukan sektor sukarela. Ini dalam pelbagai bentuk seperti menyesuaikan dasar-dasar, peraturan, khidmat nasihat dan bantuan teknikal serta kepakaran (sepertimana yang dilaksanakan bagi menggalakkan kemajuan ekonomi dan perniagaan) agar inisiatif warganya (citizens initiative) dalam bidang-bidang yang dinyatakan tadi dapat dipermudahkan dan mencapai kejayaan yang diharapkan.


Potensi sektor sukarela dalam memberikan sumbangan kepada pembangunan seimbang seperti dalam merekrut dan menggerakkan (mobilize) anggota dan kelompok masyarakat bagi sesuatu tujuan bersama yang murni (collective good) sangat ketara dan wajar dimanfaatkan sebaiknya. Barang diingat bahawa dalam cara dan bidang tertentu, sektor sukarela ternyata lebih berkesan daripada negara sendiri.


Konsep sektor sukarela sebagai rakan kongsi pembangunan (dalam kes ini pembangunan seimbang) harus dipraktikkan dengan sikap keterbukaan, dengan komitmen yang jelas, dan tindakan-tindakan yang konkrit.

panas...panas,,,,mesti baca

Posted: 08 Nov 2010 08:19 PM PST

Put your stuff here
Pucuk pimpinan PKR diberi 48 jam hentikan pemilihan

09/11/2010 11:51am

PETALING JAYA 9 Nov. - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub memberi 48 jam kepada pucuk pimpinan menghenti dan membatalkan pemilihan parti.

Beliau berkata, jika tempoh masa itu tidak dipatuhi, satu tindakan lebih tegas akan diambil. - Utusan

MASIH PANAS : BACA......BACA.....

Posted: 08 Nov 2010 05:11 PM PST

Tuesday, November 9, 2010

Pencuri kebas RM70000 dari rumah Dr A Xavier Jayakumar, Exco Selangor

KLANG 8 Nov. - Seorang exco kerajaan negeri Selangor kerugian lebih RM70,000 selain hilang sebuah peti besi yang mengandungi barangan berharga, selepas rumahnya di Taman Klang Jaya di sini dimasuki pencuri, tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata beliau percaya kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah hari dan 3.30 petang, ketika semua anggota keluarganya tidak berada di

rumah.

"Kejadian disedari oleh anak lelaki saya, Dev Arul yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang, apabila melihat keadaan empat bilik yang berselerak dengan semua laci meja terbuka dan peti besi hilang.

"Beliau kemudian menghubungi isteri yang memaklumkan kejadian ini kepada saya," katanya ketika ditemui hari ini.

Xavier yang bergegas pulang dari persidangan Dewan Undangan Negeri berkata, kejadian itu merupakan yang pertama sejak 21 tahun menetap di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti suspek dalam kejadian itu," katanya. - Bernama

APA BEZANYA ANTARA KAKITANGAN AWAM DAN ORANG AWAM?

Posted: 08 Nov 2010 04:57 PM PST

HUKUMAN APA PULA YANG DIKENAKAN TERHADAP NAMEWEE?

Gambar dari Malaysiakini
Ketika saya mebelek laman berita tersohor pembangkang Malaysiakini saya terpandang satu tulisan yang menggembirakan pihak pembangkang iaitu Pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman telah dihukum, kenyataan oleh Dewan Rakyat 

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata penolong pengarah BTN itu telah digantung tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberikan surat amaran.



Cepat betul kesemua mereka ini dikenakan tindakan, maklumlah, semuanya pegawai kerajaan jadi kenalah ikut peraturan yang ditetapkan.

Beliau menjawap soalan daripada Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) yang ingin tahu jumlah kakitangan awam yang dikenakan tindakan disipilin kerana bersikap rasis semasa menjalankan tugas mereka.

Soalan saya, tidak adakah soalan dari Ahli Parlimen mengenai apa kesudahan dengan  
pemuda yang berasal dari Muar, Johor, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee?

Namewee terang-terangan menghasilkan klip video terbaru berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! yang dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya, Johor, yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya, 12 Ogos lalu. Pada perjumpaan tertutup majlis anjuran Puteri Umno pada 27 Sept lalu, Hamim dilapor merujuk masyarakat Cina sebagai si sepet mata dan masyarakat India pula sebagai si kaki botol.
Namewee masih bebas sebebas-bebasnya!!!
Namewee, 27, dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.
Selain itu, dalam klip video yang turut mempersendakan ibadat puasa di laman web Youtube, dia berulang kali menunjuk isyarat lucah serta mencarut.
Persoalannya, sampai bila kita asyik nak dengar alasan yang kononnya kertas siasatan terhadap Namewee dah dibawa ke Peguam Negara?

Sampai bila kita nak dengar alasan Rais Yatim Menteri yang padai bermadah kata kononnya kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer antara perkara yang menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal membawa beberapa kes penghinaan dan hasutan yang berlaku dalam laman web ke mahkamah.

Rakyat amnya dan orang Melayu khususnya, sudah jelak mendengar perkara-perkara yang remeh-temeh kerana ini boleh memberi persepsi yang negatif kepada kementerian itu sendiri.

Yang mereka hendak tahu ialah bila Nameee akan didakwa?

 Saya cukup sokong pandangan ramai pihak yang tindakan tegas perlu dilakukan seperti melucutkan 'kerakyatan' atau ditahan di bawah ISA terhadap mereka yang tidak 'Cinta Negara' atau memperlekehkan agama Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia.

 Mereka yang menghina agama dan bangsa wajar dikenakan tindakan tegas kerana kebodohan dan sikap pentingkan diri menyebabkan ancaman kepada kebebasan hidup di negara ini.

Malangnya, di saat ramai yang dikenakan tindakan disebabkan hal ini, Namewee pula terus terbang ke sana ke sini mempromosikan video hasutanya seolah-olah ia  KEBAL daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Apakah Malaysia khususnya orang Melayu terlalu berlembut, apakah tujuan SKMM melambat-lambatkan tuduhan tersebut atau kerana pegawai SKMM tidak cekap untuk berbuat demikian?


Read more: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2010/11/gambar-dari-malaysiakini-ketika-saya.html#ixzz14k5GbzZC

KISAH CALON 3 TIMBALAN PKR.....

Posted: 08 Nov 2010 04:40 PM PST

Letak jawatan, tarik diri bertanding keputusan peribadi - Azmin

SHAH ALAM 8 Nov. - Keputusan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan semua jawatannya dan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR merupakan keputusan peribadi beliau.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang mendakwa baru mengetahui keputusan Zaid itu hari ini berkata, ia merupakan satu tindakan yang harus dihormati semua pihak.

Katanya, semua pihak dalam PKR harus menerima pemilihan yang telah dibuat oleh ahli dalam menentukan pucuk kepimpinan parti itu.

"Jika benar Zaid meletakkan jawatan, itu adalah keputusan peribadinya. Mengenai pemilihan PKR, ia satu proses demokrasi dalam parti yang harus diterima oleh calon yang bertanding.

"Pemilihan akan berterusan dan saya yakin anggota parti dapat melihat ia sebagai satu proses demokrasi," katanya ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat Zaid yang mahu meletak semua jawatannya dalam PKR termasuk menarik diri daripada bertanding pemilihan parti itu menerusi laman blognya, www.zaiduntukrakyat.com.

Zaid mendakwa dirinya telah tersilap apabila menawarkan diri untuk bertanding kerana menganggap PKR sebagai sebuah parti yang membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.

Beliau juga mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

Bagaimanapun, difahamkan Zaid sehingga kini masih belum mengemukakan sebarang surat rasmi mengenai keputusannya itu kepada pimpinan tertinggi parti pembangkang berkenaan.

Dalam pada itu, Azmin melahirkan rasa gembira ketika ditanya mengenai sokongan yang diterimanya dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Beliau menyatakan, dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, sokongan ahli PKR yang mahukan beliau menduduki jawatan nombor dua parti itu begitu menggalakkan terutama dari Sabah.

Dalam masa sama, beliau menyalahkan pihak media sekiranya isu pengunduran Zaid tersebut menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat mahupun ahli parti itu.

Katanya, persepsi sedemikian boleh berlaku sekiranya media memutar-belitkan isu berkenaan menerusi laporannya khususnya melibatkan media arus perdana.

"Ia (persepsi negatif) bergantung jika Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 memutar belitkan perkara ini.

"Tetapi jika Utusan dan Berita Harian mengambil sikap yang lebih bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa ini adalah satu proses demokrasi, saya kira tidak akan timbul persepsi negatif," ujarnya.

Ketika ini Azmin mendahului pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR apabila mendapat 6,525 undi, Zaid (3,905 undi) dan Mustaffa Kamil Ayub (1,215 undi).

Tarik diri, lepas jawatan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Datuk Zaid Ibrahim hari ini menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.

Beliau yang merupakan pencabar terkuat kepada Azmin Ali iaitu 'anak emas' Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan itu turut melepaskan semua jawatannya dalam PKR walaupun baru satu pertiga cabang parti itu mengadakan pemilihan.

Bagaimanapun, Zaid menegaskan beliau tidak akan meninggalkan pembangkang dan akan terus bercakap serta memperjuangkan isu rakyat bagi memastikan masyarakat mendapat kerajaan yang lebih baik.

Dalam PKR, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan selain bertindak sebagai penyelaras bagi pakatan pembangkang.

"Saya menarik diri sebagai calon daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden. Saya juga melepaskan semua jawatan dalam parti kerana pucuk pimpinan secara aktif membenarkan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti berlaku.

"Keputusan ini diambil kerana tiada usaha pucuk pimpinan parti untuk menangani manipulasi; amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan meskipun ia telah dibangkitkan berulang kali," kata beliau dalam blog http://www.zaiduntukrakyat.com, hari ini.

Dakwaan penyelewengan dalam pemilihan PKR semakin bertiup kencang apabila beberapa kali keputusan pengundian yang sebelum ini menunjukkan Zaid mendahului Azmin terpaksa diubah oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail atas alasan silap kiraan.

Kemudian, seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, juga mendesak supaya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) digantung dan proses pemilihan parti ditangguh sehingga tindakan proaktif diambil bagi membaiki segala penyelewengan.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihan, Azmin kini jauh mendahului dengan majoriti 2,620 undi selepas mengumpul 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 undi manakala Mustaffa pula sekadar meraih 1,215 undi.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, beliau tidak boleh meneruskan perjuangan dalam pemilihan yang cacat kerana yakin, parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit tidak mampu menawarkan sebarang pembaharuan bermakna kepada rakyat.

"Saya menyertai PKR atas kepercayaan saya boleh mengembangkan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini, tetapi saya sebenarnya tersilap.

"Saya berharap peminat Anwar tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler' (pengacau) yang akan menghalang usaha mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka," katanya.

Janapala dakwa Anwar seleweng, tipu dalam pemilihan

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bertanggungjawab merancang penyelewengan dan penipuan pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya di Sabah yang menyaksikan 'anak emasnya', Azmin Ali menang besar.

Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. S. Janapala mendakwa, Ketua Umum PKR itu menggunakan kedudukannya bagi mendesak ketua-ketua cabang parti supaya memastikan pengundian di Sabah berpihak kepada Azmin.

Sambil mencabar Anwar supaya mendakwanya di mahkamah jika dakwaan itu tidak benar, beliau berkata, satu petisyen bagi membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung akan difailkan dalam masa terdekat.

"Anwar bukan lagi 'tangan ghaib' di sebalik kemenangan besar Azmin di Sabah tetapi beliau adalah 'tangan terbuka' yang mengatur dan mendesak ketua-ketua cabang supaya memastikan undi diberi kepada anak emasnya itu.

"Inilah proses pemilihan paling paling teruk dan paling tidak telus. PKR bercakap mengenai keadilan tetapi dalam pemilihan, segala penyelewengan dihalalkan demi memastikan kemenangan Azmin," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas penarikan diri Datuk Zaid Ibrahim daripada terus bertanding Timbalan Presiden kerana dikatakan kecewa dengan penyelewengan dan penipuan undi pada pemilihan PKR, terutamanya di Sabah.

Selain menarik diri, Zaid juga melepaskan semua jawatannya selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dalam parti.

Dakwa Janapala, Anwar menghubungi Ketua Cabang Kota Merudu, Anthony Mandiau, supaya memastikan ahli PKR cabang itu tidak mengundi Zaid mahupun anaknya sendiri, Nurul Izzah semata-mata kerana Azmin.

Dalam pada itu, Janapala mendakwa, pemilihan di Sandakan, adalah bukti penyelewengan dan penipuan undi apabila Azmin memperoleh 415 undi meninggalkan Zaid (25 undi), sedangkan, ahli yang keluar mengundi dikatakan hanya 81 orang.

Saya di sebalik segala-galanya, acah Azmin
Salhan K Ahmad
Nov 8, 10
3:11pm
Kongsi 9
Naib presiden PKR Azmin Ali enggan mengulas mengenai dakwaan bahawa beliau terlibat dalam proses pemilihan parti itu yang sedang berlangsung sehingga menyebabkan pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden hari ini.

Ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut, beliau secara berjenaka berkata "malangnya saya adalah (dalang) di sebalik segala-galanya."

Bercakap selepas sesi pembentangan bajet 2011 di bangunan DUN Selangor hari ini, Azmin berkata beliau menyerahkan dakwaan-dakwaan berkenaan supaya disiasat oleh setiausaha agung Saifuddin Nasution dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat.

"Saya tidak berada dalam kedudukan untuk membuat apa-apa komen berkenaan hal itu, dan saya percaya setiausaha agung telah membuat satu kenyataan keras semalam untuk menjelaskan keadaan itu.

"Demi kebaikan keseluruhan proses (pemilihan) ini, saya rasa kita patut benarkan setuausaha agung dan JPP untuk menyiasat aduan ini dan bertindak sewajarnya," katanya lagi.

Beliau juga menyifatkan keputusan Datuk Zaid Ibrahim untuk mengundurkan diri daripada pemilihan timbalan presiden PKR sebagai satu "keputusan peribadi."

"Itu keputusan dia, daripada awal saya melihat ini adalah satu persaingan sihat di dalam parti dan merupakan satu pertandingan persahabatan di kalangan pimpinan untuk menawarkan khidmat.

"Dan sekiranya benar beliau mengambil keputusan (menarik diri), itu adalah keputudsan peribadinya walaupun saya melihat daripada awal penglibatan Datuk Zaid dalam parti adalah untuk bersama untuk membawa perubahan," katanya lagi.

Azmin yang kini mendahului pencabar lain dengan majoriti sebanyak 2,620 undi setakat ini juga berkata, semua pihak perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh anggota parti, khususnya di negeri sabah dalam dua hari semalam.

"Saya berasa gembira untuk menyatakan bahawa sokongan terhadap saya sejak dua minggu lalu adalah amat memberansangkan.

"Ini adalah proses demokrasi dalam parti yang harus diterima oleh calon yang bertanding dalam pemilihan parti.

Ditanya sekiranya tindakan Zaid mengundurkan diri daripada bertanding hari ini akan memberi kemenangan kepadanya, Azmin berkata beliau tidak mahu membuat apa-apa spekulasi.

"Sebab ada lagi beberapa negeri yang akan menjalankan pemilihan pada hujung minggu ini dan hujung minggu depan.

"Kita akan tunggu sehingga cabang yang terakhir bermesyuarat pada 21 November sebelum kita buat rumusan mengenai proses ini,

"Pemilihan akan berterusan dan saya yakin anggota parti dapat melihat ini sebagai satu proses demokrasi dalam parti.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - kini naib presiden - di depan dengan 6,525 undi, manakala Zaid mendapat 3,905 diikuti Mustaffa Kamil Ayub dengan 1,215 undi

"Di Libaran pula seramai 898 ahli dikatakan mengundi tetapi pada Perhimpunan Agung Tahunan hanya 99 sahaja yang mengundi, adalah mengejutkan apabila Azmin memperoleh 881 undi sementara Zaid hanya enam undi.

"Ini sesuatu yang pelik kerana peratusan keluar mengundi dalam pemilihan PKR adalah antara lima hingga 10 peratus sahaja, tetapi di Sandakan dan Libaran, peratusannya mencecah 43 dan 60 peratus," dakwanya.

Ditanya, sama ada kemenangan Azmin wajar diiktiraf atau tidak jika pemilihan diteruskan, Janapala berkata, akan berlaku migrasi besar-besaran jika anak emas Anwar itu berjaya menduduki jawatan nombor dua parti.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Anwar belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Zaid berhubung tindakannya menarik diri dan melepas semua jawatan dalam parti.

"Kalau saya boleh bagi pandangan, saya kata ini hanya pertandingan biasa... persahabatan, tidak perlu menjejaskan komitmen perjuangan parti," katanya.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Anwar berkata, PKR belum bercadang mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula menyifatkan, keputusan Zaid itu sebagai kebenaran terhadap kenyataannya sebelum ini bahawa parti itu hanya menanti masa untuk berkubur.

"Daripada apa yang berlaku sekarang saya tidak akan terkejut kalau ada lagi beberapa pemimpin kanan yang akan mengikut langkah Datuk Zaid," katanya.


Anwar: Keputusan Zaid kerana kekalahan di Sabah
Nov 8, 10 11:36am
Kongsi 36
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim mungkin telah membuat keputusannya untuk mengundurkan diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti itu berikutan prestasi yang mengecewakan pada pemilihan di Sabah pada hujung minggu lalu.

Namun beliau tidak mahu menglas lanjut status Zaid sehingga membaca apa yang ditulis oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di blognya.

"Saya tidak mahu ulas lanjut hingga saya baca apa yang ditulis oleh Zaid kerana bimbang mungkin salah tafsirnya."

Berhubung dakwaan Zaid, beliau menarik diri kerana PKR membenarkan penyelewengan dan penipuan pada pemilihan itu bagi mencapai tujuan mereka, Anwar berkata isu berkenaan telah ditangani oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, Saifuddin telah menjelaskan secara panjang lebar berhubung dakwaan penipuan undi oleh penulis blog, Haris Ibrahim dengan menjelaskan bahawa kertas undi yang berlainan warna dikeluarkan setiap minggu.

"Saya sendiri tidak tahu (warna kertas undi itu). Ia langkah bijak oleh pihak parti," katanya.

Turut mengiringi Anwar adalah presiden PKR yang juga adalah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata Zaid tetap mempunyai peranan dalam PKR di sebalik hasratnya untuk melepaskan semua jawatan dalam parti.

Beliau ditemui selepas memfailkan beberapa pindaan berhubung notis rayuan qazaf supaya pihak pendakwaan mengenakan tindakan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Zaid, dua naib presiden PKR - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.

Sabah, sebelum ini disebut sebagai kubu kuat Zaid bagi mendapatkan undi setelah ketinggalan hampir 700 undi pada minggu lalu.

Namun perkara itu tidak menjadi kenyataan tetapi sebaliknya, selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, Azmin terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - di depan dengan majoriti 2,620 undi.

Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.

Isu kesetiaan: PKR belum matang, kata Zaid
Salhan K Ahmad & Joseph Sipalan
Sep 27, 10
4:34pm
Kongsi 64
Perkembangan yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu menunjukkan PKR masih belum matang dalam mengamalkan ideologi yang didukungnya, kata Datuk Zaid Ibrahim.

Keadaan itu, kata beliau yang juga ketua PKR Wilayah Persekutuan, antara lain, boleh dilihat apabila terdapat kalangan pemimpin yang bergabung untuk menentang beliau dalam kempen kali ini.

"Jika anda kata ini adalah parti terbuka (dengan) proses yang demokratik, kenapa ada pemimpin yang berkempen menentang saya?

"Dan inilah orang yang mendakwa mereka mahukan perpaduan (tapi kata) jangan cabar kepemimpinan. Tapi mereka masih bergabung, mereka adakan sidang akhbar, mereka kata 'orang ini tidak setia, kesetiaan mereka dipertikai.'

"Adakah saya persoalkan kesetiaan sesiapa? (Isu) kesetiaan telah ditimbulkan, jadi saya pula bertanya, kesetiaan kepada siapa? Jika anda setia kepada reformasi, perubahan dan menegakkan keadilan, saya rasa ianya satu persoalan yang penting.

"Adakah mereka setia kepada perkara ini juga?" soalnya lagi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Jangan tekan cabang

Jelasnya, tindakan sesetengah cabang untuk mencabar status quo parti juga tidak seharusnya dihalang kerana ia adalah sebahagian daripada proses kematangan parti itu.

"PKR berpura-pura sebagai parti yang progresif, tapi sebenarnya tidak. Kita perlu bergerak ke peringkat yang lebih tinggi dan parti ini dalam proses pembelajaran. Kita perlu hormati ketua cabang dan jangan tekan mereka.

"Kalau mereka mahu calonkan Tian Chua, Gobalakrishnan, Zaid, biarkan. Anda kena percaya bahawa anggota parti anda tahu bagaimana untuk membuat keputusan. Inilah masalah dalam Umno dulu.

"Saya rasa kita tidak patut contohi sebab dalam Umno sejak sekian lama barisan pemimpin telah ditetapkan supaya orang tertentu saja boleh masuk dan orang tertentu saja boleh naik.

"Mereka mahu kekalkan orang dalam kelas tertentu sahaja. Itulah sebab mengapa (Umno) lemah," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan pencabarnya Azmin Ali sebelum ini yang berkata, anggota baru seperti Zaid tidak sepatutnya menyerang pemimpin lama seperti Syed Husin Ali yang telah teruji dalam perjuangan parti.

"Apa yang dia maksudkan ialah orang baru tidak sepatutnya mengambil peluang (bertanding jawatan). Ahli dalam parti mahu saya naik, seperti yang saya kata, dan oleh itu kita perlu hormati proses ini. Bukan saya (saja), ada ramai ahli dalam PKR yang setuju dengan apa yang saya katakan.

"Jadi siapakah (Azmin) hendak katakan (begitu). Berterus-terang sajalah mengenainya, katalah saya tidak patut ambil peluang (bertanding)," katanya lagi.

Menurut Zaid, isu kesetiaan juga tidak sepatutnya ditimbulkan oleh Azmin sebagai rakan sekerjanya dalam parti.

"Sepertimana anda tidak tanya isteri anda 'adakah anda setia kepada saya' sebab kita dalam satu keluarga, kita tidak tanya perkara seperti itu. Sebaik saja kita tanya, ia akan timbulkan ketegangan. Ia akan memperkenalkan kecurigaan ke dalam parti," katanya lagi.

Anwar, jelaskan 'Kuda Trojan'

Zaid yang juga seorang peminat kuda berkata, ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan kenyataannya sebelum ini mengenai Kuda Trojan yang mungkin telah menyelinap ke dalam parti itu.

"Saya tidak tahu dengan pasti (sama ada Anwar memaksudkan dirinya). Tapi saya rasa Anwar tidak patut terus dengan gaya membuat kenyataan kiasan mengenai satu perkara yang sangat serius.

"Sebagai seorang pemimpin anda mesti boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Dan bila anda kata perkara penting seperti itu dalam keadaan pemilihan sekarang, saya rasa adil sekiranya dia (bertindak) demikian dan memberi bukti.

"Saya tidak fikir dia maksudkan saya, (tapi) ada yang fikir begitu," katanya yang turut menjelaskan ikrarnya sebelum ini untuk mengukuhkan fungsi penyandang jawatan presiden parti itu Dr Wan Azizah Ismail.

Katanya lagi, beliau tidak tahu mengapa ada orang yang begitu marah apabila beliau berkata bahawa parti tidak perlu mempunyai struktur seperti itu.

"Bila kita ada struktur seperti itu, orang akan bertanya soalan. Saya cuma jelaskan bahawa parti kita tidak perlu buat begitu," kataya lagi.

"Semua orang tahu Anwar ialah pemimpinnya, kenapa kita perlu berselindung di sebalik topeng? Saya simpati kepada Azizah dalam perkara ini. Saya boleh faham (keperluan jawatan ketua umum) pada 2006 dan 2007, tapi saya tidak faham mengapa kita perlu ada susunan seperti itu.

"Yalah, pada masa itu dia (Anwar) tidak layak bertanding. Itulah sebabnya saya kata masa itu betul, tapi apa penjelasan sekarang? Jadi kalau dia tak mahu jadi presiden, itu terpulang kepadanya," katanya.

Ilusi, proksi, kronisme

Ketika diminta mengulas kebimbangan di kalangan ahli parti bahawa Anwar mungkin ditahan semula, Zaid berkata, mereka tidak boleh "tinggal dalam dunia ilusi."

"Kita tidak boleh hidup dengan andaian apa yang mungkin berlaku. Anwar perlu ada keyakinan dalam kes beliau. Bila masalah itu timbul kita akan putuskan dalam masa yang lain, tetapi seperti yang saya kata jika dia tidak mahu jadi presiden itu adalah haknya. Tapi itu tidak memberikan semua kuasa kepada presiden sebenar," tambahnya.

Jelasnya lagi, struktur seperti itu akan memberi ruang untuk berlakunya kawalan ke atas parti melalui proksi dan kronisme.

"Kita sebagai organisasi politik tidak boleh ditadbir secara proksi. Beginilah kita bentuk kronisme, inilah bagaimana kita mencipta kepercayaan yang kita boleh manipulasi dan kawal.

"Sebab itulah persepsinya, 'saya tidak ada kuasa tapi saya ada kawalan'. Ini tidak baik. Satu hari nanti, anda akan ada seorang presiden, tidak kiralah siapa, tapi dia berada bawah kawalan orang lain. Mungkin bukan Anwar pada masa itu, boleh jadi orang lain sebab kita sudah ada budaya di dalam parti di mana kawalan itu berada di luar (struktur parti).

"Itulah yang saya kata. Saya cuma memperkatakan apa yang semua orang tahu, tapi tentulah orang lain tak akan bercakap (mengenai perkara ini)," katanya lagi.

MAJLIS PELANCARAN SUKARELAWAN PEMUDA BN KE KEDAH DAN PERLIS.

Posted: 08 Nov 2010 04:09 PM PST

























































































































Cita-cita tinggi Zaid-PKR, risiko pemilihan langsung

Posted: 08 Nov 2010 03:53 PM PST

Link artikel: http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/cita-cita-tinggi-zaid-pkr-risiko-pemilihan-langsung/

ANALISIS, 9 Nov — Dalam satu pertemuan awal bulan lalu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkongsi pandangan - Umno menganggap komponen Pakatan Rakyat ini bercita-cita tinggi untuk melaksanakan pemilihan secara langsung dalam waktu yang begitu singkat.

Kata Saifuddin, menurut seorang anggota Majlis Tertinggi Umno tidak bersedia untuk mengadakan pemilihan langsung antara lain disebabkan oleh soal logistik.

Menjawab soalan kekecohan yang disaksikan di peringkat pemilihan bahagian, banyak pihak menganggap bahawa PKR sedang menuju kehancuran dan hilang kredibiliti. Ia akan menghadapi padah akibatnya pada pilihan raya umum ke-13.

Saifuddin menyangkal tanggapan sedemikian. Begitu juga pandangan Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Parti berusia 11 tahun ini meminda perlembagaan tahun lalu membolehkan setiap ahli mengundi memilih pucuk kepimpinan pusat.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian mendakwa kemenangan Naib Presiden Azmin Ali yang bertanding jawatan timbalan presiden tidak akan memberi legitimasi sahih apatah lagi beliau akan dianggap menang dengan cara tidak demokratik.

"Kepuakan dalam parti secara berterusan akan menjejaskan kredibiliti beliau dan Anwar sendiri yang dilihat bersungguh-sungguh mahu Azmin menang," katanya.

Kata beliau, kesan peletakan jawatan oleh Datuk Zaid Ibrahim boleh menjejaskan keyakinan ke atas PKR terutama mereka yang percaya parti itu boleh menjadi "pilihan parti politik baru di Malaysia terutama di kalangan bukan Melayu."

"Beliau juga mengetuai jawankuasa untuk membina dasar bersama untuk Pakatan dan ini boleh menjejaskan perkembangan dasar tersebut... salahlaku dalam pemilihan parti sehingga Zaid melepaskan kesemua jawatan akan turut mempengaruhi pengundi atas pagar yang mengharapkan parti yang stabil untuk memberi cabaran kepad BN," katanya.

Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen keduanya di Pulau Pinang bulan depan.

Sivamurugan menganggap Zaid akan dilihat sebagai seorang "dari hero menjadi 'zero'."

"Beliau akan kelihatan 'villain' bagi sesetengah orang. Bagi yang lain, beliau akan dilihat penggerak reformis, manakala yang lain akan menganggapnya sebagai oportunis (dalam PKR).

"Apapun keadaannya, beliau meletakkan satu bentuk perjuangan baru dalam menyediakan alternatif kepada politik Malaysia," kat pensyarah dari Pulau Pinang ini.

Pub begitu, Prof A. Aziz Bari pula menganggap Zaid sebagai seorang yang tidak berdisiplin dan gagal memainkan peranan sebagai salah seorang pemain dalam satu pasukan bagi mencapai cita-cita PKR dan Pakatan Rakyat.

"Politik dalam permainan berpasukan, bukannya bulu tangkis... anda kena bergerak secara berpasukan bukannya secara seorang diri," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Ahli akademi Universiti Islam Antarabangsa ini menambah, Zaid telah gagal dalam menerima atau mengikuti rentak permainan PKR selepas menyertainya pertengahan tahun lalu.

"Kita sudah dengar lama. Beliau sebenarnya seorang yang gagal, dalam Umno beliau dan dalam PKR pun dia gagal.

"Kita tidak boleh menafikan yang Datuk Zaid tidak memberi sumbangan kepada PKR, tetapi nampaknya Datuk Zaid ada kelemahan dalam menerima persekitaran politik dalam PKR," kata beliau yang turut merasakan bahawa yang akan rugi ialah Zaid sendiri.

"Saya rasa yang untung adalah PKR kerana telah berjaya mengeluarkan duri dari parti... saya melihatkan perkembangan sekarang ini sebagai tindakan mengeluarkan seorang itu secara konstruktif, tanpa ada tindakan disiplin... Datuk Zaid sendiri menekan butang mengeluarkan diri dia (daripada arus permainan politik dalaman PKR)," kata Aziz yang berpendapat, kemungkinan itu yang diharapkan oleh sesetengah pihak dalam PKR sendiri.

Beliau berpendapat sesetengah pihak menunggu saat itu apabila beberapa tindakan Zaid, bekas anggota Kabinet persekutuan ini, dilihat melanggar dasar dan keputusan parti. Ini termasuklah dasar tidak boleh memberi pandangan kepada media yang tidak direstui parti dan mengkritik Anwar seolah-olah tidak sanggup menerima tanggungjawab tetapi mahukan kuasa kepimpinan parti.

Mengenai masa depan kerjaya politik, Aziz berpendapat Zaid sendiri yang kena memutuskan.

"Sama ada DAP dan PAS akan menerima beliau, masih menjadi tanda soal... beliau sendiri yang kena memutuskan selepas beliau sendiri memutuskan untuk bertanding dan beliau sendiri yang memutuskan menarik diri daripada saingan," kata beliau.

Pandangan Aziz seiring dengan komen Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali kepada Bernama. Syed Husin yang tidak mempertahankan jawatan timbalan presiden berkata, keputusan Zaid itu adalah haknya dan parti tidak mempunyai kuasa untuk menghalang.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan pengumuman Zaid itu kerana tindakan melepaskan jawatan itu telah pun dijangka.

"Menerusi tindak tanduknya, kenyataan-kenyataan yang dibuat, semuanya saya nampak menjurus ke arah ini (lepas jawatan)," kata Syed Husin lagi.

Beliau tidak menolak kemungkinan kekecewaan terhadap keputusan pemilihan yang kurang memihak kepada Zaid menjadi punca beliau melepaskan semua jawatan.

Dalam satu kenyataan menerusi laman blognya semalam, Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan mendakwa dirinya telah tersilap apabila

menawarkan siri untuk bertanding kerana menganggap PKR sebagai sebuah parti yang membawa politik yang  progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.

Beliau mendakwa sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

Sejak selepas Mac 2008, hampir setiap bulan PKR berhadapan dengan masalah dan isu. Yang terbaru ialah tindakan Zaid memutuskan untuk tidak meneruskan saingan jawatan timbalan presiden. Selain itu beliau juga melepaskan semua jawatan dalam parti.

Ada yang menganggap tindakan Zaid melepaskan kesemua jawatan itu sebagai petanda awal beliau akan meninggalkan parti.

Pukul 11 pagi ini beliau dijadual mengadakan sidang media dan dijangka menjawab teka-teki itu.

Mengambil kira Zaid sebagai salah seorang pemimpin kanan ini bukan kali pertama mengejutkan ramai dengan tindakan seperti ini. Genap setahun lalu, Zaid membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.

"Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti," kata Zaid pada Oktober tahun lalu. Pergeseran ketika itu juga berkaitan dengan Azmin — watak yang sama dalam krisis semasa yang melanda PKR.

Pengumuman cuti Zaid tahun lalu itu dibuat sewaktu muncul khabar bahawa beliau berkemungkinan meninggalkan PKR. Zaid dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Azmin. Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dilaporkan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan dihantar ke Sabah — berselinding di sebalik perjumpaan sambutan Aidifitri — untuk menyelesaikan penolakan ketua-ketua bahagian terhadapnya, yang dilantik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.

Mengulas perkembangan semasa ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berpendapat perkembangan terbaru ini menunjukkan rakyat beranggapan bahawa pemimpin-pemimpin PKR lemah dalam memperlihatkan "kesatuan dan perpaduan dalam parti."

"Kita boleh membuat tafsiran begitu," kata ketua firma kajian pendapat umum ini.

"Ini juga menunjukkan dalam PKR masih terdapat masalah kepimpinan, pemimpin-pemimpin tidak sehaluan... perkembangan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada populariti PKR dan Anwar sendiri, seolah-olah Anwar tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah dan isu yang wujud," kata Ibrahim lagi.

Ibrahim juga menganggap dalam perkembangan terbaru ini, kedua-dua PKR dan Zaid berhadapan dengan kerugian.

"Saya rasa kedua-dua rugi. Dari kaca mata rakyat, rakyat menganggap parti ini tidak diuruskan dengan baik, parti terus bermasalah. Zaid pun ada kesukaran untuk bekerja dalam satu organisasi," katanya lagi.

"Zaid ada kesukaran untuk memainkan peranan dalam PKR, beliau ada pengikut sendiri dalam PKR.

"Tetapi apabila beliau memutuskan untuk bertanding, timbul rasa kurang senang di kalangan sesetengah pihak dan timbul tanda tanya (was-was)," kata Ibrahim.

Asas pengaruh dan pengikut ini juga diakui oleh seorang pemimpin cabang yang bertanding jawatan pusat. Beliau yang tidak mahu namanya dipetik menimbulkan persoalan sama ada Zaid mengambil keputusan seorang diri ataupun ada mengadakan perbincangan dengan rakan-rakannya. Dia tetap menganggap jika Zaid mengambil keputusan itu seorang diri, ia adalah keputusan silap kerana alasan yang diketengahkannya bukan beliau seorang sahaja merasakan.

Seorang lagi pemimpin kanan PKR juga beranggapan bahawa ini risiko yang parti terpaksa hadapi dengan mengadakan pemilihan secara langsung.

"Niat mengadakan pemilihan langsung ini baik tetapi pelaksanaan membawa risiko ketika parti tidak cukup bersedia dan ada kekurangan di sana sini.

"Itu sebab saya berpendapat bahawa walaupun kita perlu mengamalkan pemilihan atas nama demokrasi, kita juga perlu ada gagasan muafakat bagi mengelakkan saingan macam ini... mungkin kita harus memikirkan kemungkinan memperkenalkan langkah tidak membolehkan ahli baru masuk parti tidak bertanding selama tiga tahun pertama," katanya lagi.

Bagaimanapun kata pemimpin PKR tidak akan hancur hanya kerana keputusan Zaid, tetapi ia akan memberikan kesan ke atas imej dan kredibiliti parti itu.

Pandangan itu diakui oleh seorang penganalisis dari UKM, Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman yang berpendapat keputusan Zaid tidak mengakibatkan kredibiliti jatuh merudum.

"Saya tidak melihat kredibiliti PKR sudah jatuh teruk," kata beliau yang berpendapat bahawa Zaid sudah merasakan beliau sudah tidak ada tempat dalam PKR selepas ini.

"Kemungkinan Zaid sudah merasakan kedudukan beliau dalam parti sudah menjadi tanda tanya. Parti politik di Malaysia bukan macam di Amerika di mana Obama sanggup menerima pesaingnya Hillary Clinton dan dilantik sebagai Setiausaha Negara selepas menang dalam pemilihan.

"Kita di Malaysia, kebanyakan pemimpin politik tidak ada semangat 'gentleman' untuk menerima mereka yang kalah dalam saingan... bermakna Zaid melontarkan kekecewaan menerusi pengumuman mahu menarik diri daripada bertanding," katanya.

PKR juga hilang seorang yang dianggap sebagai pengganti Anwar satu ketika dahulu, kata Sivamurugan lagi.

"Saya melihat ini sebagai titik permulaan keretakan dalam PKR yang jika disusuli dengan peletakan jawatan oleh penyokong Zaid, maka krisis keyakinan dan kepercayaan yang tinggi sedang dilalui oleh PKR," katanya.

"(Presiden PKR, Datuk Seri Dr) Wan Azizah dalam dilema, sama ada perlu menyokong Zaid atau proksi Anwar, Azmin?" kata beliau lagi.

Ibrahim tidak melihat akan ada tindakan keluar beramai-ramai buat masa sekarang.

"Ia bergantung kepada tindakan kepimpinan selepas pemilihan sama ada mereka bersedia mengambil pendekatan menyatupadukan ahli selepas pemilihan dan menggunakan masa yang ada sebelum pilihan raya umum ke-13," kata Ibrahim lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

0 ulasan
sumber :-

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


Melawat keluarga mangasa kemalangan 6Nov2010 lalu (allahyarham Rosli Mat Isa)

Posted: 09 Nov 2010 09:37 AM PST

Al-Fatihah....

Kuat sungguh melihat semangat isteri allahyarham Rosli, salah seorang dari 4 mangsa kemalangan yang terlibat dalam nahas jalanraya apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh sebuah treler membawa muatan kelapa di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat di Keratong dekat sini, 6hb November yg lalu. Mereka dalam perjalanan pulang ke Duyong, Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan seorang saudara mereka di Marang, Terengganu.



Fiqah nama panggilan. baru berusia 30thn. seorang ahli Puteri UMNO cawangan Duyong.Paling menyedihakan hati, Fiqah baru sahaja melahirkan bayi lelaki Hafif namanya....baru je berusia 32hari....
Tapi, Fiqah begitu tenang sewaktu dia bercerita, bagaimana tragedi menimpa suami dan keluarganya. Turut bersama saya ialah Ketua Puteri UMNO Cawangan Fiqah, Cik Haryaty Hamdzah yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka. (dia yang maklumkan saya mengenai berita ni...) AJK Puteri UMNO Negeri Melaka yang turut hadir ialah Shidah NAib Ketua Puteri UMNO bahagian Kota Melaka, ellie , Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin dan beberapa ajk dan ahli puteri UMNO Kota Melaka.

Puteri UMNO Melaka memberi sedikit sumbangan yg tak seberapa dan kami semua doakan agar Fiqah akan terus tabah menempuh hari-hari yang mendatang ini. Tahniah dan syabas juga buat Yaty dan Puteri UMNO Kota Melaka  kerana telah mengusahakan untuk majlis Tahlil buat keluarga Arwah ini nanti...syukur alhamdulillah....


pssst:
nak tau ,sebelum tu Suami saya menghantar saya ke Duyong bersama dengan anak-anak..dalam nak ke rumah Fiqah, kereta saya telah dilanggar oleh sebuah motosikal betul-betul di hadapan BEDUMA. agaknya motor tu nak cepat kejarkan lampu isyarat agaknya.... adoyai..bagai disiat2 hati ni apabila terdengar hentakan kuat di kereta.... (hukhukhuk....)....tapi risau jugak kalau mamat tu apa-apa jadi kang... syukur alhamdulillah...Mamat tu takde apa2..walaupun mukanya agak pucat dan kakinya menggigil..(tak sempat tanya nama pun...). Saya tak tengok kereta pun...(taknak tengok dulu.....) .

Dah selesai melawat Fiqah, ...barulah saya kembali ke BEDUMA dan baru boleh tengok kereta...oklah takde la teruk sangat..(ku membayangkan keadaan kereta lebih teruk lagi...). waaaaaaaaa:(

x nampak sangat..tapi kemek la jugak...atas dan bawah....

hmmm...tak apalah.... sabau ajelah....... kan?...yang penting tak ada nyawa yang melayang.....

kongsi suka duka di galas.....

Posted: 09 Nov 2010 12:16 AM PST

haaa... ini adalah rakaman saya  dan sahabat2 pu3 saya sewaktu hampir 2 minggu kami di galas....

yang ini di Rumah Melaka kami mengadakan pemeriksaan kesihatan anjuran Puteri UMNO dan juga Gerakan Belia 4 B Malaysia.


bersama Puteri MIC sewaktu majlis BBQ.

Melawat makcik yang menderita kerana kanser bersama calon, di rumahnya ada 6 yang menjadi pengundi.

sempat bagi adik2 ni jajan sewaktu melawat perkampungan Orang Asli di Hendrop, Post Brooke.

Bersama doktor Syawal, buat pemeriksaan kesihatan. Di perkampungan Orang Asli, hendrop.

makcik ni dah dapat rumah PPRT. tapi masih gunakan rumah lama ini untuk memasak. Di sebelah saya ada bayi berusia 2 bulan yg sedang nanyak tidur.

menanti ayam bakar untuk siap dimasak..(mana ayam? haaa kat dalam buluh tu haaaaa.... (kg.Orang Aasli,Hendrop)

kasihan adik ni, kakinya tercucuk paku karat sewaktu ingin membuang air di dalam hutan. kakinya membengkak....

macam-macam gaya...

pakcik yang masih gigih berbasikal di sekitar pekan......

Nasib baik menang......................

Di rumah Melaka, dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Hj Said.

puteri terengganu mengedarkan surat khabar di Bandar Lama Gua Musang.


YAB Datuk Seri Mohd.Ali Rustam bersama Tok Pa sempat melawat seorang makcik yang uzur...

Pimpinan

Sayap Parti

Bahagian