Pengikut

Nuffnang

Selasa, 19 Oktober 2010

ahmadmaslan.blogspot.com

2 ulasan
sumber :-

ahmadmaslan.blogspot.com


SEMANGAT HULU SELANGOR PERLU DI SEMAT

Posted: 19 Oct 2010 07:23 AM PDT

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

0 ulasan
sumber :-

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


PERHIMPUNAN UMNO..MENGALAS ATAU DI GALAS HARAPAN?

Posted: 19 Oct 2010 08:21 AM PDT


Kepada semua perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO 2010, Umno Gombak Selatan mengucapkan SELAMAT BERSIDANG dan kepada perwakilan yang baru sampai ke Kuala Lumpur, Selamat Datang.

Hala tuju, masa depan dan kebangkitan kembali UMNO berada di tangan anda semua. Mengalas Harapan..satu persoalan dan satu soalan. Adakah akan berlaku satu kejutan pada Perhimpunan kali ini? Ingatan pada semua, 'Di mana bumi di pijak si tu langit si junjung'.

Kepada semua sayap parti, harapan UCGS,

Baik - baik bila di persidangan
hendak menentukan masa depan
semua melihat akan kepimpinan
agar bertambah lagi kekuatan.

Biar apa yang di kata
baik Wanita, Puteri dan Pemuda
sama-sama kita berusaha
mencapai kata seia dan sekata

Berat sama di pikulnya
ringan sama di jinjingnya
sama- sama meletak di bahu
Bersama Mengalas Harapan yang jitu!

SELAMAT BERSIDANG!..MENGALAS HARAPAN












PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


AGM UMNO : FOKUS KETUANAN MELAYU YANG MEMBELA 1 MALAYSIA

Posted: 19 Oct 2010 02:42 AM PDT

Konsep 1 Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memang sukar untuk 'dijual' di kalangan rakyat Malaysia, malah sebahagian besar pemerhati berpendapat ianya lebih sukar untuk ditelan oleh Umno sendiri - parti pimpinan Najib yang mempunyai seramai 3.6 juta ahli. - Malaysia Kini.

PANDANGAN PENULIS 

Sukar ditelan oleh rakyat sebab pembangkang dan mereka yang sekutu dengan nya telah memutarbelitkan tafsiran gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan atas dasar kesamarataan. 

Tidak cukup dengan itu, DAP juga melancarkan perang psikologi dengan cuba menarik sokongan orang melayu dengan konsep "Middle Malaysia". 

DAP tahu tanpa sokongan orang Melayu, parti ini hanya dapat bertahan di kawasan bandar yang mana kebanyakan kecenderungan pengundi sering bertukar.

Ternyata gagasan yang telah diwar-warkan oleh YAB jelas jika difahami menurut Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan matlamat akhirnya adalah perpaduan maka ianya sudah pasti akan menyebabkan rakyat dan pengundi berfikir semula sebelum menyokong pembangkang.

Inilah inipati yang amat dibimbangi oleh pembangkang dalam usaha mereka untuk memastikan cerita, berita mengenai mereka dalam landskap politik negara terus terus subur.




Kalangan Umno berpendapat bahawa 1Malaysia mencairkan raison d'etre (sebab kewujudan) parti itu - iaitu memperjuangkan agenda Melayu - dan telah meletakkan mereka dalam keadaan yang janggal untuk bercakap sebagai pemimpin nasional dan bukan komunal.
 




PANDANGAN PENULIS

Orang Melayu sebenarnya tidak pernah bersifat dan bersikap janggal kerana keterbukaan minda mereka telah lama diamalkan dengan menerima syarat yang dipersetujui bersama dalam perbincangan mengenai kontrak sosial. Tidak dinafikan mereka memperjuangkan agenda Melayu tetapi jelas mereka juga bersama-sama menjaga kepentingan kaum-kaum lain. Contoh orang Melayu dapat menerima penguasaan ekonomi oleh orang Cina walau pun mereka minoriti.






PRK GALAS : LOJING BERUBAH WAJAH...

Posted: 19 Oct 2010 02:11 AM PDT

KTuesday, October 19, 2010

Perkampungan Orang Asli di Lojing

Ini adalah perkampungan orang Asli di lojing! Ini kubu kuat UMNO, baru semalam Ku Li telah singgah disini dan memberi amanah kepada penduduk tempatan untuk pastikan BN menang!

KALUT NAK KUASA....

Posted: 19 Oct 2010 02:06 AM PDT

Batu Sapi: SAPP diminta beri laluan kepada PKR
19/10/2010 3:28pm

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Parti Maju Sabah diminta tidak meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah bagi memberi laluan kepada calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telah bersetuju untuk bertanding di Batu Sapi dan akan memastikan pertemuan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN).

"Kita berpendapat SAPP tidak perlu letakkan calon di Batu Sapi bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional diadakan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang juga bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS), akibat nahas jalan raya di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Oktober lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan 4 November sebagai hari pembuangan undi, iaitu serentak dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Kelantan. - Utusan

BERKONGSI INSPIRASI BERSAMA DATUK A.KADIR JASIN.

Posted: 18 Oct 2010 10:31 PM PDT

Pertama: Umno wajib kembali membulatkan tekad berjuang untuk bangsa (Melayu), Agama (Islam) dan Negara (Malaysia).

Tidak apa yang hendak dicurigakan memperjuangkan bangsa kerana Allah Taala di dalam Kitab Suci al-Quran secara jelas dan sahih menyatakan:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki (dan) seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi-sisi Allah adalah orang yang paling takwa antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal." – surah Al-Hujarat, ayat 13.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa perjuangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu adalah perjuangan nasional yang terangkum (inclusive) yang memperjuangkan hak orang Melayu tetapi mengiktiraf hak kaum-kaum lain.

Umno yang inklusif inilah yang memberi kekuatan kepada politik Malaya dan Malaysia selama lebih 50 tahun di mana semua bangsa dan kaum boleh bernaung dalam suasana sejahtera, aman dan makmur.

Kalau Umno hari ini lemah atau dianggap lemah, ia adalah kerana Umno, buat seketika, hilang pegangan dan arah tujuan akibat kepemimpinan yang haprak. Kepemimpinan yang dilarikan (hijacked) oleh segelintir oportunis politik, perniagaan dan media massa.

Maka, daripada mandat raksasa pada pilihan raya umum 2004, Umno dan rakan-rakan Barisan Nasionalnya dihukum dengan sebatan paling hebat pada pilihan raya umum 2008.

Harap-harap era itu sudah berlalu. Harap-harap era gelap apabila pemimpin terlelap damai buaian damai abadi sudah berlalu. Harap-harap Umno dan pemerintahan yang diterajuinya tidak lagi dilarikan oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

Untuk itu, kepemimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu pada perhimpunan agung tahunannya tahun ini wajib menyatakan secara terbuka dan jelas bahawa Umno adalah daripada orang Melayu, untuk orang Melayu, agama Islam dan negara Malaysia.

Tidak mengapalah jika ada manusia yang kacau dan berbaur mindanya atau yang busuk niatnya yang menuduh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu perkauman, rasis, ultra dan segala macam caci dan cerca lagi.

Kedua: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu perlu berhenti daripada menjadi burung kakak tua yang melagukan slogan-slogan dan bahasa-bahasa berkod (coded language) yang ia sendiri tidak faham atau tidak yakin.

Mantera kontemporari seperti globalisasi, keterbukaan, meritokrasi dan padang permainan sama rata boleh melemahkan hak dan perjuangan kebangsaan Melayu serta Islam jika tidak difahami maksud tersiratnya.

Umno wajib kembali mendaulatkan perjuangan bangsa, bahasa, agama, ekonomi, sosial, keselamatan dan pertahanan yang selama lebih 50 tahun menjadikan Malaya dan Malaysia negara berbilang bangsa dan agama yang sejahtera, aman dan makmur.

Kalau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kuat dan kepemimpinan yang tegas, berani, bersih dan berkualiti, bukan sahaja orang Melayu sahaja berasa yakin bernaung di bawahnya, malah bangsa-bangsa lain juga akan berasa yakin.

Tepati Umno akan hancur dan kepemimpinan Melayu akan lenyap jika kepemimpinan Umno terus berdolak-dalik dengan orang Melayu kerana terlalu menyerah kepada tuntutan bangsa-bangsa lain.

Ketiga: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu wajib kembali memperjuangkan ekonomi nasional yang berdasarkan pertumbuhan dengan pembahagian (growth with distribution) yang menjadi matlamat suci Dasar Ekonomi Baru.

Tanpa dasar pertumbuhan dengan pembahagian (growth with distribution) ini, tidak akan wujud bangsa Melayu dan umat Islam Malaysia seperti yang ada pada hari ini.

Walaupun hanya sebahagian matlamat DEB berjaya dicapai, namun ia telah mengubah orang Melayu daripada masyarakat tani dan buruh cukup makan (subsistence) kepada masyarakat ekonomi moden yang berdaya maju.

Dasar ini telah menganjakkan ekonomi Malaysia daripada ekonomi agraria dan ekonomi tradisional kepada ekonomi perindustrian dan global.

Tetapi hari ini, kerana Pertubuhan Kebangsaan Melayu bersatu dianggap lemah dan kepemimpinan Melayu sudah hilang keberanian, maka kejayaan luar biasa ini bukan sahaja cuba dinafikan, sebaliknya kepemimpinan Melayu dituduh menjadi penghalang kepada kemajuan orang bukan Melayu.

Jika kepemimpinan Umno masih ada keberanian, mereka wajib menyanggah fitnah ini kerana pemerintahan yang diterajui Umno tidak pernah menganaktirikan mereka.

Sebaliknya, ramai orang Melayu, ahli dan penyokong Umno yang dewasa ini berasa merekalah yang sebenarnya dianaktirikan.

Interpretasi dan ekspresi 1Malaysia (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan), Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan meritokrasi belum meyakinkan mereka bahawa hak dan kepentingan mereka akan dilindungi.

Kepemimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang akan bersidang mulai esok juga wajib memberi jaminan terbuka dan tanpa syarat (inequivocal) kepada orang Melayu dan Bumiputera bahawa 1Malaysia, Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan adalah bersandarkan Perlembagaan dan berpaksikan warisan DEB iaitu perkongsian kekayaan ekonomi negara secara adil dan saksama memandangkan hakikat bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah bangsa majoriti yang kebetulan masih tertinggal jauh dalam arus pembangunan ekonomi negara.

Keempat: Untuk melaksana dan mencapai semua idealisme ini, Umno memerlukan kepemimpinan yang bersih, berani, mempunyai keanjalan minda yang tinggi, komited dan berkesinambungan.

Proses mensemasakan kepemimpinan Umno wajib dipesatkan demi mengelak Umno daripada menjadi parti orang tua, parti aristokrat dan parti orang pilihan.

Umno wajib kembali kepada sifat dan ciri asalnya iaitu keterangkuman dengan mendampingi generasi muda, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu.

Kelima dan terakhir, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu wajib mengembalikan daya fikir, daya berartikulasi, kecintaan kepada ilmu dan kemampuan untuk berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain sebagai tuan rumah yang berani dan tegas.

Tolak ansur kepartian jangan sekali-kali mengatasi dan mengkhianati hak dan kepentingan bangsa.

Berikan peringatan kepada semua iaitu di saat-saat banyak negara pasca-penjajahan sedang dikoyakrabakkan oleh perkauman dan dominasi oleh kaum induk di mana kaum-kaum minoriti dipaksa menerima asimilasi dan penyerahan, Malaysia yang diterokai oleh Umno kekal negara majmuk yang aman dan sejahtera di mana hak semua kaum dijamin di bawah Perlembagaan.

Berikan peringatan bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia, seperti didefinisikan oleh pakar undang-undang ulung Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim, adalah Kontrak Sosial dan Perjanjian Perdamaian.

Janganlah sesiapa bermain dengan api perkauman dengan cuba mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera atau menafikan hak bangsa-bangsa lain di bumi Malaysia yang istimewa ini.

Monday, October 18, 2010

Sebuah "Hiburan Murah" Untuk PAU 2010

A Kadir jasin

TAHNIAH KEPADA PDRM ........

Posted: 18 Oct 2010 10:25 PM PDT

PDRM bangunkan 'Central Intelligence Unit' tangani kes jenayah

19/10/2010 1:05pm

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membangunkan sistem 'Central Intelligence Unit' (CIU) sebagai strategi jangka panjang untuk meningkatkan kemampuan polis dalam menyelesaikan kes jenayah berpandukan maklumat risikan tepat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, PDRM juga sentiasa menambah jumlah pegawai penyiasat dari semasa ke semasa untuk memenuhi kuota yang ditetapkan.
Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, PDRM berjaya menyelesaikan 230 kes atau 59.74 peratus daripada 385 kes bunuh yang dilaporkan.
"Bagi tahun 2008, sebanyak 446 kes atau 68.2 peratus daripada 654 kes telah diselesaikan dan bagi tahun 2009, jumlah penyelesaian kes ialah 392 kes atau 65.55 peratus daripada 598 kes yang dilapor," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai statistik penyelesaian kes bunuh di negara ini dan langkah kerajaan dalam memerangi jenayah berat seperti bunuh dan rompakan. - Bernama

MODEL BARU POLITIK

Posted: 18 Oct 2010 10:20 PM PDT


BERLAPANG DADA DAN MINDA TERBUKA DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


Pergerakan Pemuda UMNO sebagai sayap atau lebih tepat penerus perjuangan UMNO sebagai wadah membela nasib dan masa depan orang Melayu.

Di bahu kalangan ahli Pemuda UMNO ialah amanah daripada pemimpin terdahulu serta generasi akan datang dalam memastikan teras perjuangan UMNO tidak sesekali diabaikan.

Mereka juga memikul tanggungjawab yang besar dalam menentukan kelangsungan perjuangan parti dan bangsa untuk satu tempoh yang panjang kerana di kalangan merekalah akan lahirnya penerus kepada kepimpinan parti dan juga negara.

Beban dan tanggungjawab besar yang digalas oleh Pemuda UMNO itu menyebabkan sayap parti ini sering menjadi tumpuan serta tidak kurang juga kritikan. Perhatian paling utama ialah sejauh mana sayap parti itu berjaya mendekatkan teras perjuangan UMNO di kalangan generasi muda?

Perkara ini menjadi sesuatu yang kritikal dan serius kerana sejak kebelakangan ini, UMNO dan generasi baru seolah-olah tidak mempunyai hubungan atau kaitan langsung.

Generasi muda yang merupakan kumpulan majoriti dalam pecahan pengundi dilihat masih lagi cenderung dan terpengaruh dengan pembangkang. Ini adalah satu kerugian kerana trend sokongan generasi muda terhadap pembangkang itu sebenarnya tidak lagi begitu menonjol seperti ketika pilihan raya umum 2008.

Seharusnya dalam situasi seperti ini, Pemuda UMNO mengambil langkah yang agresif dan lebih pantas dalam menarik kembali kepercayaan di kalangan pengundi muda.

Perkara ini turut mendapat perhatian beberapa pemerhati politik tempatan antaranya pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd Razali. Kata beliau, peranan Pemuda UMNO dalam membentuk generasi muda pada hari ini bukan saja untuk kepentingan UMNO tetapi dalam memastikan golongan itu tidak tergelincir dalam arus politik dan pembangunan negara.

Namun begitu, apa yang dapat disimpulkan pada hari ini ialah wujudnya satu jurang di antara pemimpin atasan dan juga pemimpin bawahan serta akar umbi.

Sewajarnya, pengurusan politik dalam Pemuda UMNO perlu memastikan pemimpin mereka tidak terlalu jauh ke hadapan dalam melaksanakan misi dan visi. Ini kerana, ia berkemungkinan akan menyebabkan pemimpin bawahan tertinggal jauh dalam memenuhi aspirasi perjuangan.

''Dari segi kepimpinan, hal ini perlu dijadikan keutamaan agar kelompok yang dipimpin sentiasa merasai wadah yang diperjuangkan sentiasa dekat dengan mereka," katanya.

Seiring dengan perkembangan politik semasa, pemuda UMNO perlu sentiasa bergerak seiring dengan pemimpin atasan. Namun, dalam konteks ini, mereka perlu berpijak pada realiti politik tempatan.

Apabila pemimpin Pemuda sering melaungkan isu-isu yang global seperti ke arah liberalisasi ekonomi dan politik, masalah pokok yang dihadapi oleh kelompok bawahan seperti taraf hidup yang tidak seimbang dengan kos sara hidup seolah-olah dipinggirkan. Ini bakal menyaksikan perjuangan yang tidak selari dengan tuntutan ahli.

Oleh itu, Pemuda perlu merakyatkan pergerakan sayap UMNO ini dengan melihat kehendak sebenar golongan muda. Selain itu tambah Che Hamdan, penekanan harus diberikan kepada isu-isu pendidikan, kemiskinan luar bandar dan tidak kurang pentingnya kesedaran politik.

Pemuda UMNO perlu memberikan kefahaman tentang kepentingan penyertaan golongan muda dalam politik dan juga pemahaman terhadap konsep kenegaraan Malaysia pada hari ini. Ia meliputi kedudukan agama Islam, orang Melayu dan bumiputera serta hak dan tanggungjawab yang digariskan dalam perlembagaan.

Dalam masa yang sama tambah Che Hamdan, Pemuda tidak perlu terlalu agresif dalam meraih sokongan kaum lain kerana kesederhanaan dalam memberikan kefahaman kepada kaum bukan Melayu tentang hasrat dan perjuangan Melayu lebih mudah untuk diterima.

''Kita tidak mahu menyaksikan golongan muda yang menjadi wira dalam isu-isu tertentu tetapi pada masa yang sama tidak mampu memenuhi aspirasi perjuangan sebenar parti yang dipimpin," katanya.

Dalam hal ini, perlu ada keseimbangan antara jati diri Melayu dan kepekaan terhadap tuntutan politik semasa. Pemuda UMNO mesti menjadi orang yang jelas dengan semangat membela bangsanya. Semangat itu tidak boleh dikompromi. Tetapi dalam masa yang sama, Pemuda UMNO juga seharusnya berani menongkah arus dalam memberikan maklum balas terhadap isu semasa yang tidak memerlukan mereka terikat dengan faktor etnik semata-mata.

Dalam mengambil pendekatan popular misalnya, ia tidak bermaksud Pemuda UMNO perlu meninggalkan identiti kemelayuan. Sebaliknya, Pemuda UMNO perlu tampil dengan memperlihatkan satu bentuk jati diri sebagai seorang pemuda Melayu yang juga boleh menerima etnik lain.

Seperkara yang perlu jelas dalam Pemuda UMNO juga ialah garis pemisah antara perjuangan berbentuk peribadi dan perjuangan demi parti. Ada persepsi yang teguh di kalangan orang ramai terutamanya generasi baru hari ini yang melihat Pemuda UMNO hanyalah platform kepada individu yang bercita-cita besar untuk mengejar keuntungan dan kepentingan peribadi.

Persepsi ini tidak hanya timbul di kalangan pemimpin atasan. Di peringkat yang lebih awal seperti Bahagian dan Cawangan juga, platform Pemuda sering menjadi persoalan. Dalam hal ini, Pemuda UMNO tidak mempunyai pilihan melainkan memastikan pemimpin pelapis yang ada benar-benar merupakan individu yang profesional.

Maksudnya, individu yang diketengahkan sebagai wajah Pemuda UMNO perlulah merupakan tokoh yang tidak mempunyai pertindihan antara kepentingan peribadi dengan perjuangan parti. Soal integriti Pemuda UMNO ini penting kerana sebagai pewaris kepimpinan parti, merekalah nanti yang bakal menentukan sama ada usaha menghapuskan budaya kronisme dan rasuah dalam parti menjadi kenyataan atau indah khabar dari rupa.

Tambah Che Hamdan, Perhimpunan Agung UMNO pada kali ini juga seharusnya menjadi peluang kepada Pemuda UMNO untuk membawa usul yang benar-benar mewakili akar umbi di kawasan mereka.

''Walaupun terdapat isu-isu yang mungkin tidak disenangi oleh pemimpin atasan, namun atas kepercayaan bahawa penilaian rakyat lebih penting, maka Pemuda perlu lebih berani," katanya.

PKR : Diambang Kuasa Atau Diambang Pepecahan

Posted: 18 Oct 2010 08:16 PM PDT

Monday, October 4, 2010

PKR : Diambang Kuasa Atau Diambang Pepecahan ?


Kalut Nak Berkuasa

1. Jika masih ingat beberapa tulisan Kak Midah awal tahun lalu PKR Semakin Hilang : Anwar Gagal Memimpin dan tindakan beberapa pimpinan kanan PKR keluar parti dan mengistiharkan diri menjadi bebas.

2. Kekalutan atau istilahnya 'chaotic' merujuk kepada kecelaruan, kekecohan, dimaksudkan dengan celaru ialah fenomena dalam dinamik apabila pergerakan tidak menentu. Pergerakan celaru ini biasanya terhasil apabila terdapat darjah kebebasan yang berganding yang besar bilangannya,
3. Istilah ini sesuai mengambarkan suasana politik PKR dan DAP kebelakangan ini.
4. Pemilihan cabang-cabang mereka dilihat semakin 'mengharukan' dengan tindakan-tindakan liar para penyokongnya. Adalah sesuatu yang luar biasa apabila berlaku pergaduhan, membawa lari peti undi, membaling kerusi, memukul wartawan dan sebagainya dalam pemilihan parti.
5. Kekalahan beberapa pemimpin kanan dilihat bahawa penolakkan serta gesaan perubahan semakin kuat bergolak dalam PKR.

6. PKR hanyalah satu nama yang kini tidak menggambarkan sifatnya yang sebenar. Ia jelas terbukti semasa proses pemilihan parti itu sekarang yang memperlihatkan banyak berlaku tipu muslihat dan keganasan bagi memenangkan pihak-pihak tertentu.
7. Apakah ini demokrasi ala PKR yang diperjuangkan selama ini ?

8. Rakyat harus sedar, inilah jenis parti - dianggotai oleh para penunjuk perasaan jalanan, yang sanggup merosakkan harta benda awam demi orang yang mereka puja. Anwar Ibrahim nampaknya dalam suasana sekarang tidak bersuara langsung.

9. Sebagai rakyat yang matang dan telah melihat banyak proses demokrasi berlaku, PKR dilihat bukanlah sebuah parti yang mempunyai hala tuju yang jelas.

10. Rakyat sepatutnya tidak boleh memperjudikan anak cucu mereka hanya berasaskan kepada sikap kasihan kepada Anwar. Orang macam Anwar ini akan datang dan pergi.

11. Jika kita sayangkan agama, bangsa dan tanah air, maka fikirlah secara jujur dan rasional.
12. Kak Midah yakin, selepas ini kita akan mendengarkan 'dendangan lagu' bahawa kekalutan PKR ini didalangi oleh UMNO. Mereka akan memainkan lagu bahawa kejadian semua ini merupakan tajaan orang UMNO.
13. Kuasa di tangan anda. Salah percaturan akan hancurlah apa yang dibina lebih 53 tahun ini. Perlembagaan yang menjadi tonggak negara ini pun bisa tumbang.

Kak Midah
Ipoh

MELAKA MAJU 2010 : SELAMAT DAN TAHNIAH

Posted: 18 Oct 2010 08:09 PM PDT

Put your stuff here

REALITI BARU POLITIK

Posted: 18 Oct 2010 07:50 PM PDT

Tukar kerajaan belum tentu segalanya berubah- Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan jangan fikir dengan menukar kerajaan segalanya akan berubah kerana pembangkang sebenarnya akan berbuat perkara yang sama dengan apa yang dilakukan kerajaan sekiranya mereka berkuasa.

" Sudah tentu semasa pilihan raya anda buat banyak janji, terutama sekiranya anda tidak menjangka untuk menang,"kata bekas Perdana Menteri itu.

Katanya sesetengah demokrasi tidak dapat dijayakan kerana rakyat tidak dapat menetapkan pendirian mereka.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Forum Antarabangsa mengenai "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik" yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2010.

"Kita lihat banyak negara demokratik, di mana pemimpin bertukar setiap dua tahun, tiada kemajuan langsung. Di sesetengah negara, demokrasi sebenarnya menghalang kemajuan dan menjadikan negara tidak stabil," tambahnya.

Demokrasi juga gagal di beberapa negara kerana ia tidak dapat menunaikan apa yang dijanjikan.

"Sistem pilihan raya contohnya, jika anda mahukan 100 peratus majoriti sebelum anda bentuk sebuah kerajaan, akhirnya anda tidak akan ada kerajaan," kata Dr Mahathir.

Katanya itu sebabnya negara perlu berpuas hati dengan kerajaan majoriti, di mana walaupun kerajaan majoriti pastinya tidak dapat memuaskan hati minoriti, namun peruntukan khusus buat kaum minoriti tetap disediakan.

Sementara itu ketika bercakap dengan para wartawan selepas itu Dr Mahathir berkata masih banyak yang perlu dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selepas dua tahun menjawat jawatan Perdana Menteri.

Mantan Perdana Menteri itu berkata Najib yang mewarisi kerajaan lemah, sedang berusaha membetulkan keadaan, dan sedang berdepan dengan waktu-waktu yang sukar untuk melakukannya.

"Anda dapat lihat, adakalanya dia gagal, adakalanya dia berjaya, adakalanya dia ada idea yang baik, dan adakalanya tidak. Ia memang dijangka," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau juga berharap agar Najib dapat meraih sokongan rakyat kerana jika tidak, alternatifnya mungkin seorang pemimpin yang lebih buruk, dan ia akan tambah memburukkan keadaan.

Mengenai Perhimpunan Agung Umno 2010 yang akan bermula esok hingga Sabtu ini, bekas Presiden Umno itu berharap parti terbesar orang Melayu itu akan dapat pulih sepenuhnya dan mendapat sokongan rakyat semula.

"Mana nak tau apa Umno nak buat. Saya tak ada kuasa sekarang. Saya ada kuasa tegur saja. Itupun kadang-kadang orang tutup mulut saya. Nak bercakap dengan Umno tak boleh cakap, dengan menteri tak boleh. Sekatan menyeluruh di media," katanya.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh bagaimanapun mencelah dan berkata sekarang Dr Mahathir tidak lagi disekat.

Mengenai Model Politik Baru yang diusulkan oleh Najib bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara, Dr Mahathir berkata yang penting bukan sistem atau konsensus, tetapi individu yang menguasai keadaan.

Berhubung saranan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) agar mereka diberikan kuasa mengawal selia peraturan anggota sendiri menggunakan mekanisma Majlis Media, dan bukannya hanya menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri semata-mata, Dr Mahathir berkata mereka boleh berbuat demikian, tapi mereka sebenarnya tidak mempunyai kuasa sekiranya ada pihak yang melanggar peraturan.

"Itu sebabnya kerajaan perlu ada kuasa dalam perkara ini. Boleh ada kawalan, seperti pengurusan sesebuah kelab di mana anda ada undang-undang kecil dan anda seharusnya mengawal selia aktiviti kelab, tapi apabila anda melanggar peraturan itu, kemudian kerajaan perlu menguatkuasa undang-undang," katanya.

Ditanya mengenai siasatan kerajaan terhadap penulis blog tertentu, beliau berkata seperti mana ada kebebasan media, kerajaan juga bebas menyiasat dan akhirnya satu badan bebas akan membuat keputusan.- 18/10/2010

SELAMAT BERSIDANG PARA PEMIMPIN DAN PERWAKILAN UMNO

Posted: 18 Oct 2010 07:46 PM PDT

Perhimpunan agung Umno bincang pilihan raya
Okt 19, 10 9:54am
Kongsi 0
Perhimpunan Agung Umno 2010 bermula hari ini dengan majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Perasmian akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, jam 8 malam ini.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup pada jam 3 petang di Dewan Merdeka, PWTC, yang turut dihadiri oleh anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta Ketua-ketua Bahagian.

Perhimpunan Agung kali ini, yang akan berlangsung selama lima hari, melibatkan 4,907 perwakilan.

Sementara itu Forum Antarabangsa 2010 yang julung-julung kali diadakan sempena Perhimpunan Agung kali ini bersambung hari ini dengan dua lagi sesi panel perbincangan dan enam ahli panel menyampaikan pendapat masing-masing mengenai isu-isu antarabangsa.

Penutupan forum itu dijadual akan disempurnakan oleh Najib, tengah hari ini.

Forum dua hari bertajuk "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Reliati Baru Politik" itu melibatkan lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk 63 peserta dari 22 parti politik dari 20 buah negara, 54 peserta dari Kelab Umno Luar Negara serta penganalisis-penganalisis politik.

Semalam, ketika merasmikan pembukaan forum itu, Muhyiddin berkata rakyat malaysia memerlukan akses yang cepat bagi menangani pelbagai cabaran baru.

Turut menyampaikan ucaptama semalam adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mengingatkan kerajaan supaya mendengar pandangan media yang liberal untuk lebih memahami pemikiran semasa orang ramai.
Perbincangan hangat pilihan raya
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada majlis makan malam, semalam, sempena Forum Antarabangsa mengenai Pembentukan Masyarakat Global, berkata pilihan raya umum dijangka dibincangkan dengan hangat pada Perhimpunan Agung Umno 2010.
"Kita akan menghadapi pilihan raya umum, bila kita tidak tahu, tapi daripada apa yang saya dengar perhimpunan agung Umno kali ini pastinya akan membahaskan isu ini bagi memastikan kita (Barisan Nasional) terus berkuasa," katanya .

Abdullah berkata beliau percaya pemimpin Umno mempunyai tekad untuk melakukan perubahan di sebalik segala rintangan dan cabaran.

"Jika kita mahu melakukan pembaharuan, parti ini juga mesti melakukan perubahan. Ia merupakan satu tugas yang mencabar dan sukar bagi pemimpin-pemimpin parti, tetapi saya percaya mereka mempunyai tekad untuk melakukan perubahan sewajarnya.

"Kita kini menghadapi satu hakikat baru sebuah dunia yang semakin mengecil, dunia yang pastinya penuh dengan pelbagai masalah dan cabaran, kita tahu apa yang berlaku di seluruh dunia kerana kemudahan komunikasi, dan juga internet... inilah dunia baru," katanya.

- Bernama

Masa depan PKR gelap'

Posted: 18 Oct 2010 07:38 PM PDT


'Masa depan PKR gelap'

IPOH 18 Okt. - Kerakusan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) merebut kuasa menandakan bahawa parti pembangkang itu bakal berhadapan dengan masa depan yang gelap.

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, secara peribadi beliau melihat pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi merupakan detik kehancuran parti itu.

''Budaya kotor dan jahat PKR bukan setakat perebutan jawatan di peringkat tertinggi parti, tetapi budaya kotor dan jahat mereka telah diamalkan di peringkat cabang dan negeri.

''Ia adalah sebuah parti yang menghalalkan cara, hanya indah khabar daripada rupa. Mereka seperti ayam jantan yang berkokok berdegar-degar, tetapi ekor bergelumang dengan tahi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan pengalaman yang dilaluinya kata Fauzi, budaya kotor dan jahat dalam PKR sebenarnya sudah lama wujud iaitu semasa pemilihan parti 2001 di Kemaman, Terengganu.

''Budaya fitnah, mengaibkan orang melalui surat layang dan berbagai-bagai lagi tindak-tanduk ahli dan pemimpin PKR dimulakan oleh kumpulan yang gila kuasa dan jawatan dalam parti.

''Jadi, tidak hairanlah jika sekarang pelbagai perkara berlaku dalam PKR seperti bertumbuk, bergaduh, baling kerusi, menipu ahli dan guna samseng demi kerana jawatan dan kuasa," katanya.

Katanya, perkembangan terbaru itu jelas menunjukkan walau sesiapa sahaja yang menang dalam pemilihan parti kali ini, ia merupakan titik mula kepada kehancuran PKR sendiri./td>

MELAKA PUN TAK MAHU TERIMA.....MA!

Posted: 18 Oct 2010 07:34 PM PDT

GEMPAR : Lim Guan Eng DAP Mati Akal & Nak Balik Melaka?


Oleh MIM TEAM

Lim Kit Siang sekali lagi seperti menyerlahkan kenyanyukan beliau apabila memberi komentar yang beliau sendiri sebenarnya tidak faham maksudnya.

Lim Kit Siang melalak apabila beliau menyatakan bahawa bajet 2011 ternyata menunjukkan pentadbiran DS Najib Razak tidak berselera untuk berubah (reform) dan menggunakan kewangan awam (public funds) untuk mengekalkan kuasa pemerintahan BN.

Lalakan Lim Kit Siang di atas ternyata sungguh melawakkan dan membodohkan diri beliau sendiri kerana jika rakyat masih mahukan pemerintahan BN, ianya bermaksud segala perancangan BN yang menggunakan kewangan awam telah memuaskan hati rakyat.

Jadi, dalam isu ini, apa salahnya kerajaan BN melaksanakan sesuatu perancangan yang mendapat sokongan rakyat?

Apa la lu....Kit Siang!! Sudah betul-betul nyanyuk ke?

Di antara laporan berita yang lain :-
The Budget provides in rather stark terms confirmation of the fact that the prime minister is indeed consistent," he added, castigating Najib for putting party interests ahead of public interests.
"The timing is indeed not a coincidence as it is ahead of the impending general election," the federal lawmaker added, referring to the upcoming 13th general election which must be held by 2013.
Adalah tidak masuk akal jika Najib Razak tidak memikirkan kepentingan rakyat lebih penting daripada kepentingan parti di dalam Bajet 2011 kerana yang menentukan kesinambungan pentadbiran Najib Razak ialah rakyat Malaysia itu sendiri.
Lebih-lebih lagi tatkala imej Perdana Menteri hari ini semakin diterima oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini. Pastinya Najib Razak tidak bertindak cetek dan 'membunuh' karier politik beliau hanya untuk memuaskan hati sekelompok orang.
Apa la lu Kit Siang.....nyanyuk lu sudah tambah teruk ke?
Lim Kit Siang juga melalak dan menuduh Putrajaya cuba mengaburi rakyat tentang kedudukan ekonomi negara. Laporan berita itu mengatakan :-
He added that the 40 per cent jump in borrowings was a significant figure and accused Putrajaya of misleading the nation and lulling it into a false sense of economic security.
Come on la Kit Siang. Janganlah mengkritik satu perkara yang diri dan keluarga sendiri lakukan! Lu tengoklah anak lu tu di Pulau Pinang. Lim Guan Eng tu memang kuat bermain dengan matematik dan angka untuk memperbodoh-bodohkan rakyat Pulau Pinang.
Lim Guan Eng mendabik dada kerajaan beliau berjaya menambahkan kewangan negeri (surplus) dengan kaedah jimat cermat. Tetapi apa gunanya surplus jika rakyat negeri masih merempat, jalanraya dan pengurusan pembersihan dan apa sahaja perancangan untuk kesejahteraan rakyat tidak atau dikurangkan dilaksanakannya hanya untuk menunjukkan angka-angka yang kononnya menunjukkan kejayaan beliau mentadbir negeri?
Apa gunanya angka-angka yang cantik di atas kertas sahaja tetapi sebenarnya mengorbankan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang? Apakah Lim Guan Eng mahu membohongi rakyat Pulau Pinang lagi?
MIM percaya Lim Guan Eng tahu tentang diskrepensi dan manipulasi matematik tersebut tetapi beliau terpaksa melakukannya untuk menunjukkan beliau kononnya seorang KM yang sangat berjaya.
Tetapi hakikatnya, beliau adalah KM paling celaka sekali dalam sejarah Pulau Pinang.
Guan Eng, don't think Penang citizens are stupid and naive. You have been lying so much until your explanations carry no weight anymore.
Enough la...... Lim Kit Siang borek Lim Guan Eng rintik ! Dua-dua daripada parti DAP, parti rasis yang mesti ditolak selama-lamanya

Syukur, Alhamdulilah Selamat......

Posted: 18 Oct 2010 07:28 PM PDT


Menziarah Amalan Mulia. Yang tua dihormati dan yang muda disayangi.

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


Cuba gagalkan projek Menara Warisan Merdeka :DAP khianati aspirasi rakyat

Posted: 19 Oct 2010 12:05 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan usaha DAP cuba menggagalkan projek Menara Warisan Merdeka sebagai mengkhianati aspirasi rakyat negara ini.

Beliau berkata, tindakan lima orang Ahli Parlimen DAP yang dilaporkan membawa serombongan wartawan akhbar ke kawasan berkenaan pagi ini hanya mencari popularirti murahan.

Menurut beliau, DAP sepatutnya memberikan sokongan kepada kerajaan yang berusaha memajukan negara ini dengan mengambilkira kepentingan rakyat.

"Sebaliknya, mereka terlalu rakus berpolitik sehingga projek yang baik untuk kepentingan negara dan rakyat dilihat sebagai satu pembaziran," katanya.

Langkah DAP itu tegasnya, menyamai tindakan pihak pembangkang yang pernah menentang keras cadangan kerajaan membina Menara Berkembar Petronas yang kini menjadi kebanggaan semua pihak.

"Ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan pembinaan KLCC, pihak pembangkang menyifatkannya sebagai pembaziran dan menghabiskan duit rakyat," tegasnya.

Katanya lagi, langkah kerajaan menjadikan lokasi Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai Menara Warisan Merdeka yang diumumkan dalam bajet 2011 dengan kos RM5 billion itu dilihat mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan.

Beliau yakin pembinaan projek tersebut akan merancakkan lagi peluang perniagaan di lokasi strategik berhampiran pusat tiga segi emas di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

"Saya percaya pembinaan Menara Warisan Merdeka akan menjadi mercu tanda komersil dan catatan sejarah negara sewaktu di awal kemerdekaan," ujarnya.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sudah mengambilkira daripada pelbagai aspek sebelum mengumumkan projek mega tersebut.

"Lagipun menjadikan lokasi tersebut sebagai Menara Warisan Merdeka akan mengembalikan semula nostalgia rakyat kepada detik-detik pengumuman rasmi Tanah Melayu merdeka daripada penjajah British," tegasnya.

Projek setinggi 100 tingkat itu akan dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melebihi ketinggian menara Petronas.

Bermuhasabah kembalikan kekuatan - Syed Ali

Posted: 18 Oct 2010 10:28 PM PDT

PERHIMPUNAN Agung UMNO yang bermula hari ini perlu digunakan sebagai platform untuk bermuhasabah bagi mengembalikan semula kegemilangan parti berikutan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang tidak memberangsangkan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, statistik PRU 2008 ternyata jauh merosot berbanding pada tahun 2004 dan ia memerlukan kebangkitan semula UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, PRU ke-13 yang semakin hampir merupakan ujian besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti yang menguasai kerajaan.

Oleh sebab itu katanya, Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan pentas terbaik untuk setiap pemimpin dan perwakilan mencari formula baru kearah penambahbaikan parti sebelum PRU akan datang.

Menurut beliau, ingatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Najib bakal berdepan laluan sukar untuk memperolehi semula majoriti 2/3 pada PRU akan datang harus dilihat sebagai teguran membina.

"Dr. Mahathir telah memberikan komen terbuka yang tidak meletakkan kesilapan itu kepada Najib, sebaliknya berpunca daripada kesilapan pemimpin sebelumnya. Bagaimanapun teguran itu perlu dijadikan iktibar," tegasnya.

Sehubungan itu jelas Syed Ali, seluruh kepimpinan UMNO di semua peringkat perlu berusaha keras untuk mengembalikan semula majoriti yang susut itu dengan berusaha mendampingi rakyat disamping memberi penerangan yang jelas mengenai dasar-dasar kerajaan.

Mengulas lanjut kenyataan Dr. Mahathir pada forum antarabangsa di Kuala Lumpur semalam
yang mendakwa Najib mewarisi kerajaan yang buruk, Syed Ali berpendapat ia adalah pandangan peribadi Dr. Mahathir.

Katanya, bekas Presiden UMNO itu bebas bercakap dan selama ini pun beliau telah banyak memberikan saranan dan kritikan membina untuk kebaikan parti dan kerajaan.

"Sekarang ini yang penting kepada seluruh warga UMNO adalah memberikan sokongan penuh kepada Najib untuk membawa pembaharuan di dalam parti dan kerajaan," tegasnya.

Beliau berkata, ingatan berterusan oleh Najib supaya pemimpin UMNO mesra rakyat dan sentiasa mendampingi mereka adalah langkah terbaik untuk mengekalkan kekuasaan BN.

Syed Ali menjelaskan, pentadbiran Najib mula menampakkan kejayaan yang disenangi rakyat menerusi beberapa pendekatan menjuruskan kepada kepentingan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Mengenai dakwaan Dr. Mahathitr bahawa memang tepat Datuk Seri Anwar Ibrahim di dakwa atas tuduhan meliwat, Syed Ali berkata keputusan pengadilan perlu dihormati oleh semua pihak.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar dengan Mohd. Saiful Bukhari sentiasa ditangguhkan oleh mahkamah.

"Proses perbicaraan yang terlalu lama hanya disebabkan rayuan penangguhan dikhuatiri akan menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti mahkamah," ujarnya.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

0 ulasan
sumber :-

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Heret Anwar ke mahkamah!

Posted: 18 Oct 2010 07:10 PM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusannya mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 10 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat.

Ketika bercakap pada sesi dialog di hadapan 63 wakil daripada 22 parti dari 20 negara yang hadir pada program forum antarabangsa hari ini beliau turut menegaskan kes yang melibatkan bekas timbalannya itu bukan satu konspirasi.

Sebaliknya beliau berkata, usaha itu dilakukan secara berhati-hati iaitu dengan bersandarkan kepada fakta serta bukti yang ada kerana ia melibatkan perbicaraan di mahkamah selain turut membabitkan maruah seseorang.

"Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.

"Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,'' katanya pada sesi soal jawab itu.

Terdahulu Dr. Mahathir diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-64, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dr. Mahathir sebelum itu telah ditanya mengenai kes yang melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu oleh salah seorang peserta forum berkenaan.

Sehubungan itu Dr. Mahathir mahu semua pihak perlu berfikir sebelum membuat sebarang tuduhan apatah lagi Anwar di dalam kes terbarunya turut disabitkan tuduhan yang sama.

"Memang kita akui seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah dia disabitkan bersalah oleh mahkamah tetapi dalam kes terbaru Anwar jelas ia sama seperti kesnya yang terdahulu.

"Ini menggambarkan seolah-olah kes ini ada asas kebenarannya. Kes yang terkini disabitkan pada era pemerintahan orang lain dan bukannya zaman pemerintahan saya. Persoalannya mengapa kesnya sama? Tidak mustahil wujud asas-asas kebenaran dalam kes yang melibatkan Anwar itu,'' katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika menjawab soalan tersebut turut menarik perhatian peserta bahawa sepanjang 22 tahun memimpin negara, beliau tidak pernah sekali mempelawa hakim hadir untuk majlis-majlis rasmi sama ada di kediamannya atau di tempat lain.

Sekiranya ada beliau berkata, ia hanya untuk Ketua Hakim Negara.

"Saya faham kedudukan hakim dan etika yang harus mereka patuhi. Sebagai hakim mereka perlu bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk golongan pemimpin kerana akhirnya mereka yang akan membuat keputusan bagi satu-satu kes,'' katanya.

Menjawab satu soalan lain, beliau menegaskan, semua negara termasuk kuasa-kuasa besar perlu menghapuskan penggunaan senjata nuklear kerana ia bakal memberi kemusnahan kepada beribu-ribu nyawa manusia dalam sekelip mata.

Beliau berkata, adalah satu perkara yang tidak adil apabila hanya negara tertentu sahaja dilarang memiliki tenaga nuklear sedangkan kuasa-kuasa besar bebas menggunakannya.

"Adakah ini yang kita katakan demokrasi tulen? Bagi saya semua negara mesti dilarang daripada membangun dan menggunakan senjata nuklear kerana ia langsung tidak memberi faedah kepada keamanan dunia sejagat.

"Senjata nuklear hanya akan merosakkan bumi dan akan menyebabkan nyawa manusia terbang umpama tiada harga. Hentikanlah perang, hapuskan senjata nuklear. Insya-Allah dunia akan aman,'' ujarnya.

Warna-warni politik
Torashah

Sayap Parti

Bahagian