Jumaat, 15 Oktober 2010

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Bajet 2011

Posted: 15 Oct 2010 04:23 AM PDT

PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2010

Posted: 14 Oct 2010 11:47 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


1,000 lagi dijangka pulangkan wang ehsan

Posted: 15 Oct 2010 08:53 AM PDT

 

Beginilah jadinya apabila rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan negeri, di Pulau Pinang kira-kira 1,000 lagi warga emas dijangka memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan berkata kebanyakan daripada warga emas berkenaan kecewa kerana wang ehsan yang diperolehi itu datang daripada Kelab Lumba Kuda Pulau
Pinang.

Menurutnya, pengakuan Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri sebelum ini telah menyebabkan lebih ramai lagi warga emas akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat kerana mereka tidak sanggup menggunakan wang dari sumber haram.

"Kami menjangkakan lebih kurang 1,000 warga emas lagi akan memulangkan wang ehsan tersebut kepada Umno Bahagian masing-masing," katanya.

Bernama melaporkan,
Norman berkata Umno tidak memaksa mereka untuk memulangkan wang ehsan tersebut, sebaliknya warga emas berkenaan bertindak atas kerelaan hati.

"Kami tidak memaksa mereka tetapi mereka tidak sanggup guna wang sumbangan yang berasal dari sumber haram," katanya yang menjawab dakwaan kerajaan negeri bahawa warga emas itu dipaksa untuk mengembalikan wang ehsan mereka.

Norman berkata pemuda Umno negeri akan mengumpulkan kesemua wang itu dan akan mengembalikan wang itu secara rasmi kepada kerajaan negeri tidak lama lagi.

Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abdul Kassim seharusnya meletak jawatannya kerana gagal memaklumkan orang ramai sebelum mengagihkan dana itu.

"Sebagai Exco Agama yang beragama Islam, Abdul Malik gagal menunaikan tanggungjawabnya dan oleh itu beliau tidak layak memegang jawatan itu," katanya.

Media baru-baru ini, melaporkan Pemuda UMNO negeri mendakwa kerajaan negeri menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ehsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk
surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut. -5/10/2010

Belanjawan 2011 dari kaca mata Konsensus Bebas

Posted: 15 Oct 2010 08:38 AM PDT

| Oct 15, 2010 09:24:16 pm

Konsensus Bebas mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Tun Razak atas pembentangan Belanjawan 2011 pada hari ini. Konsensus Bebas memandang ke hadapan dengan melihat Belanjawan 2011 secara positif sebagai satu belanjawan yang selari dengan Pelan Tranformasi Ekonomi, dalam usaha kerajaan membangunkan negara untuk mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi.
Konsensus Bebas menyambut baik keprihatinan kerajaan terhadap golongan muda dalam belanjawan kali ini. Kemudahan untuk memiliki rumah pertama, dengan kerajaan menjaminkan 10% wang pendahuluan bagi rumah berharga di bawah RM220,000 membolehkan golongan muda mendapat pinjaman 100% untuk membeli rumah. Di samping itu, golongan muda akan mendapat manfaat terbanyak dengan penubuhan Talent Corp, 1Malaysia Training Programme, The Academic Medical Centre, sebuah usahasama dengan institusi perubatan ulung iaitu John Hopkins Medical International serta Royal College of Surgeons, Ireland dan International Islamic University Teaching Hospital di Kuantan.
Konsensus Bebas juga menyambut baik pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas perkakasan jalur lebar (broadband equipment) dan telefon bimbit sehingga 2012 dalam usaha meningkatkan kadar capaian dan penembusan internet di Malaysia.
Peruntukan untuk program Multimedia Development Corridor sebanyak RM119 juta untuk menghasilkan "ekonomi digital" yang inovatif juga disambut baik. Konsensus Bebas berharap peruntukan ini akan digunakan untuk membangunkan satu ekonomi mampan, didokong oleh "knowledge workers" tempatan yang dihasilkan oleh universiti tempatan.
Terima kasih juga di atas fokus yang diberikan kepada pembangunan di Sabah dan Sarawak yang berjumlah hampir RM5 billion, meliputi penaiktarafan jalan serta memastikan bekalan air dan elektrik sampai kepada penduduk Sabah dan Sarawak.
Konsensus Bebas juga menghargai tindakan kerajaan dalam membekukan kenaikan kadar tol lebuhraya PLUS untuk tempoh lima tahun yang akan datang. Konsensus Bebas berharap tindakan ini juga boleh dipanjangkan kepada pengusaha tol selain daripada PLUS.
Namun begitu, Konsensus Bebas berharap kerajaan dapat memberi perhatian dan penjelasan, serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara-perkara berikut:
1. Bantuan dan penambahbaikan sekolah-sekolah kebangsaan di luar bandar dalam konteks pembangunan sumber manusia bagi menyokong ETP tidak disebut dengan jelas dalam belanjawan kali ini.
2. Keperluan untuk membina satu bangunan pencakar langit 100-tingkat berhampiran Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak berapa jelas justifikasinya. Kawasan Lembah Klang kini mempunyai bekalan ruang pejabat dan kediaman yang berlebihan. Masalah ini dijangka akan berterusan sehingga menyebabkan letusan gelembung hartanah (property bubble burst) menjelang pertengahan 2011.
3. Pihak kerajaan atau EPF perlu memberi justifikasi kenapa wang simpanan rakyat dianggap sesuai untuk digunakan bagi projek pembangunan tanah kepunyaan Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh yang akan dibiayai oleh EPF sebanyak RM10 billion untuk tempoh 15 tahun.
4. Pihak EPF akan meningkatkan pelaburan luar negara dari 7% ke 20% dari jumlah aset yang diuruskan. Konsensus Bebas melihat ini sebagai satu risiko yang melibatkan wang rakyat diguna untuk membangunkan ekonomi luar sedangkan ekonomi negara lebih memerlukan sebarang bentuk pelaburan.
5. Konsensus Bebas tidak menolak kebaikan "private-public partnership". Bagaimanapun kerajaan mestilah berhati-hati melaksanakan projek yang memakan belanja besar. Sungguhpun projek-projek ini dikatakan akan ditanggung oleh sektor swasta, Konsensus Bebas berharap kesilapan dan pengajaran dari projek infrastruktur pengangkutan yang lepas seperti LRT, monorail dan ERL yang tidak berkesan dalam mengurangkan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur digunakan sebagai panduan oleh pihak kerajaan dalam memberi kelulusan.
Di samping itu, meskipun projek ini akan dibiayai dan dilaksanakan oleh syarikat swasta, ketelusan tidak boleh diabaikan. Konsensus Bebas berharap projek-projek besar seperti MRT akan diberi melalui sistem tender terbuka dan projek-projek ditawarkan kepada syarikat yang mengutamakan kepentingan dan keselamatan rakyat (the interests and safety of the rakyat).
Konsensus Bebas berharap Belanjawan 2011 akan dilaksanakan dengan cekap dan mencapai hasrat yang diinginkan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.


Bajet PRU 13
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi disifatkan sebagai 'Bajet Pilihan Raya (PRU) ke-13' oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ini kerana bajet yang bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" itu memberikan 'gula-gula' kepada semua golongan namun tidak membantu mengatasi beban yang ditanggung mereka.

Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang juga ditemui di lobi Parlimen pula berkata, bajet yang dibentangkan Najib memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

"Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda PRU akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka.

"Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada samada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainyadan juga industri yang ingin diperkembagkan dalam negara kita'" kata beliau yang juga Timbalan Presiden PAS.

Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentangkan menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi

"Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan.

"Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada mega projek yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata beliau kepada pemberita di luar lobi Parlimen selepas selesai pembentangan bajet.

Sementara itu, ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Umno Barisan Nasional hanya prihatin terhadap rakyat apabila menjelangnya pilihan raya.

"Nampaknya Umno BN hanya prihatin kepada rakyat hanya menjelang pilihan raya.

"Bajet ini nampaknya menjurus kepada pilihan raya. Ada beberapa kemudahan yang ditambah menjelang pilihan raya.

"Tapi isu terbesar yang menyebabkan pelaburan tidak meningkat di negara kita ialah masalah defisit yang tidak ditangani dalam belanjawan .

"Itu menunjukkan belanjawan itu terpaksa berdepan dengan beberapa masalah seperti ekonomi, menjana pertumbuhan dan menarik pelaburan.

"Kemudian satu kelemahan besar kerana masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran tidak disebut. Yang disebut hanya projek mega puluhan bilion ringgit yang akan memberi manfaat lebih besar kepada kroni dan keluarga dan hanya ratusan ringgit kepada rakyat," kata beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli Parlimen yang lain bahawa ianya merupakan gula-gula pilihan raya.

"Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga Setiausaha Agung PKR.

PRK Galas: Pengundi kaum asli menjadi rebutan

Posted: 15 Oct 2010 08:35 AM PDT

 

Leong Khong, Chan Wei See | Oct 14, 2010 06:13:21 pm

 
UMNO kini menyasarkan pengundi kaum asli, yang mencatat 16% daripada populasi kawasan DUN Galas dalam Pilihan Raya Kecil pada 4 November 2010.  Rancangan Ladang Rakyat di bawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) telah dijadikan senjata UMNO-BN untuk menyerang kerajaan negeri Kelantan.
Malah, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Najib Abdul Razak (gambar kanan) mengingatkan bahawa orang asli boleh menentukan sama ada BN menang atau tidak dalam PRK Galas, ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-57, pada 10 Oktober 2010.
Di ruang internet, Cyber-Trooper UMNO mula memainkan isu bagaimana projek Ladang Rakyat mengakibatkan orang asli kehilangan hak tanah.  Laman web bergelar "Media UMNO Malaysia" dalam Facebook, menyelar projek tersebut kerana memberi kesan yang besar terhadap penduduk asli, terutamanya di kawasan Lojing dan Pos Brooke.
Dalam artikel berjudul "Apa Sudah Jadi Ladang Rakyat" dan "Ladang Rakyat: PAS tak habis-habis jual temberang", kerajaan negeri Kelantan dituduh menggula-gulakan penduduk asli dengan janji, tetapi berakhir dengan penggondolan hutan.
Bernama pula memetik pandangan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusof Abdul Ghanis bahawa PAS sememangnya menimbulkan ketidakpuasan pengundi, kerana tanah sebagai rezeki orang asli tidak diberikan geran, dan memberi kesan yang mendalam terhadap orang asli.
Bagaimanapun, ahli parlimen Kuala Krai-PAS Hatta Ramli dan EXCO Kelantan, Husam Musa (gambar kiri)  ketika dihubungi MerdekaReview berkata, mereka hanya boleh memberi respon setelah membaca laporan tersebut.
Projek "Ladang Rakyat" dimulakan kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 2006 melalui PPLRNK, dengan tujuan untuk mengurangkan penyalahgunaan tanah kerajaan, meningkatkan pendapatan rakyat melalui penanaman dan membasmi kemiskinan.
Orang asli dikhianati?
Projek Ladang Rakyat ini dikatakan telah merampas hak tanah adat orang asli, apabila penerokaan dijalankan di situ.  Malah, penduduk kaum asal di situ mengadu bahawa pemimpin tempatan memaksa orang asli yang terlibat dalam projek tersebut untuk mengundi PAS.
Kamal (gambar kanan), 25, dari kawasan DUN Galas ketika berucap dalam forum terbuka berjudul "Polisi Tanah Orang Asli: Impaknya" anjuran Majlis Peguam Malaysia pada 9 Oktober 2010 berkata, pembalakan dan projek Ladang Rakyat adalah masalah yang berlanjutan di Kelantan, dan ia harus dihentikan.  Beliau menganggap terlalu banyak projek Ladang Rakyat dilaksanakan, dan orang yang menyokong projek Ladang Rakyat akan menyokong PAS.
Pengundi Galas ini juga berada dalam dilema, sama ada untuk menyokong PAS atau Barisan Nasional.  Beliau berkata, BN kini telah turun ke padang untuk berkempen, dan menawarkan perkhidmatan perubatan, pengangkutan dan sebagainya.  Kalau undi PAS, tanah akan termusnah; kalau undi BN, hanya enam ekar tanah diberi - kata Kamal yang masih keraguan untuk membuat keputusan.
Kamal memberi penilaiannya terhadap wakil rakyat dari parti berbeza, "dua-dua pun teruk", hanya menabur janji ketika kempen untuk pilihan raya, dan "balik tidur selepas menang".
Kamal yang berasal dari Pos Brooke ketika ditemuramah MerdekaReview berkata, sesetengah penduduk tempatan telah mendaftar untuk menyertai projek Ladang Rakyat, dan insentif RM200 akan diberikan setiap bulan kepada peserta.  Bagaimanapun, mereka diberitahu ahli PAS tempatan bahawa insentif ini akan dibatalkan seandainya mereka tidak mengundi PAS.
Kamal yang hadir ke forum bersama empat orang rakan sekampung berkata, orang asli akan mengundi parti politik yang benar-benar mampu membantu mereka.  Seandainya tiada parti yang mampu berbuat demikian, maka mereka tidak akan keluar untuk mengundi.
Pengundi kaum asli melonjak ke 1926 orang
Nisbah pengundi Melayu, Cina dan India menunjukkan penurunan jikalau dibandingkan dengan maklumat daftar pemilih ketika PRU ke-12.  Sebaliknya, bilangan dan nisbah pengundi kaum asli meningkat dari 1,066 kepada 1,926 orang, penambahan sebanyak 860 orang atau bersamaan 6.35%.
Sekali imbas, Allahyarham Che Hashim Sulaiman-PAS menewaskan calon UMNO Mohd Saufi Deraman dalam PRU ke-12 dengan majoriti 646 undi.  Jelas, peningkatan bilangan pengundi kaum asli semestinya akan menjadi rebutan kedua-dua parti politik.
Nisbah Kaum PRK 2010 PRU 2008
Melayu 7,125 (61.63%) 6,798 (65.81%)
Cina 2,317 (20.08%) 2,276 (22.03 %)
India 185 (1.6%) 187 (1.81 %)
*Lain-lain (termasuk kaum asli) 1,926 (16.67%) 1,066 (10.32%)
Jumlah 11,553 10,330






*Lain-lain terdiri daripada kaum asli, 1,889 orang (16.37%), bumiputera Sarawak 10 orang (0.09%) dan yang lain-lain 27 orang (0.23%), membawa jumlah kepada 1,926 orang (16.67%).
Apa yang menarik, UMNO-BN menyerahkan amanah "Pengarah Pilihan Raya" kepada Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (atau dikenali Ku Li), dan bukannya kepada Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden UMNO, atau Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO seperti biasa.  Najib terpaksa menarik sokongan Ku Li yang disanjung tinggi di kawasan Gua Musang, salah satu daripada dua kerusi parlimen yang dimenangi UMNO-BN di Kelantan, daripada 14 yang dipertandingkan dalam PRU ke-12.
Tiga kawasan DUN yang berada di bawah kawasan parlimen Gua Musang termasuklah Galas, Nenggiri dan Paloh.  Selama ini kawasan tersebut dianggap kubu BN, berikutan pengaruh Ku Li.  PAS hanya berjaya menawan Galas dengan majoriti tipis (646 undi), sedangkan BN memenangi Paloh dengan majoriti 2,833 undi dan Nenggiri dengan majoriti 2,090 undi.
Daripada nisbah pengundi mengikut kaum, UMNO-BN berjaya meraih undi majoriti yang besar di Nenggiri yang mempunyai 85.78% pengundi Melayu, dan Paloh yang mempunyai 98.60% pengundi Melayu.  Justeru itu, UMNO-BN dipercayai mampu mengekalkan sokongan Melayu, dan menyasarkan pengundi bukan Melayu untuk memenangkan mereka.
Pemilihan calon
EXCO kerajaan negeri Kelantan Husam Musa memberitahu MerdekaReview, bahawa beliau mencadangkan agar PAS melantik calon dari kaum asli, yang tidak semestinya beragama Islam untuk menyarung jersi PAS dalam PRK Galas yang akan berlangsung dari 26 Oktober hingga 4 November 2010.
Bagaimanapun, sumber dalam parti memberitahu MerdekaReview bahawa calon PAS kemungkinan seorang doktor yang berasal dari Gua Musang, dan calon berketurunan kaum asli hanyalah strategi untuk mengelirukan musuh parti.  Sementara itu, UMNO-BN juga mungkin melantik seorang calon dari Bahagian Gua Musang, dan kita bakal menyaksikan pertarungan antara dua orang calon tempatan.
*Chan Wei See ialah Pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview; Leong Khong ialah wartawan MerdekaReview, edisi Bahasa Cina.  Disedut, diterjemah dan disunting Lim Hong Siang dari teks asal.

Seorang lagi mangsa nahas ‘bas terbang’ meninggal

Posted: 15 Oct 2010 08:30 AM PDT

15/10/2010 2:57pm

MELAKA 15 Okt. – Seorang mangsa nahas `bas terbang' yang dilaporkan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Melaka Ahad lalu, meninggal dunia kira-kira pukul 12.05 tengah malam tadi.
Sharifah Norasmirah Syed Sallehuddin, 20, adalah mangsa yang ke-13 terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di sini.
Jenazah penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur itu telah dituntut oleh keluarganya dan dibawa pulang ke Kampung Padang Payung, Marang, Terengganu kira-kira pukul 3 pagi tadi. – Utusan

PRK Batu Sapi: Penamaan calon 26 Okt., Pengundian 4 Nov.

Posted: 15 Oct 2010 08:22 AM PDT

PUTRAJAYA 15 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 26 Oktober ini, manakala hari pengundian pada 4 November.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di sini hari ini.

Penetapan tarikh-tarikh itu serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) kerana terlibat dalam nahas jalan raya Sabtu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu mendiang yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen P.185 itu setelah menewaskan calon Bebas, Chung Kung Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Beliau memperoleh 9,479 undi, manakala Kung Wing mendapat 5,771 undi. - Utusan

KELANTAN MARA, SELANGOR TERSUNGKUR......

Posted: 15 Oct 2010 08:16 AM PDT

Piala Malaysia: Kelantan singkir Selangor ke separuh akhir
15/10/2010 10:55pm

KOTA BHARU 15 Okt. - Kelantan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menang selesa 3-0 ke atas Selangor pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad ke-1V, di sini malam ini.

Kemenangan itu menjadikan The Red Warrior pasukan pertama ke separuh akhir dan menanti pemenang antara Kedah dan Terengganu yang akan berlangsung esok.

Pada suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang dicemari dengan gelagat penonton kedua-dua pasukan. - Utusan

MENJELANG MELAKA MAJU 2010.

Posted: 15 Oct 2010 08:13 AM PDT

DAR: BERJAYA MEMANTAPKAN EKONOMI MELAKA – KEDUDUKAN SEBAGAI NEGERI MAJU SEMAKIN KUKUH!

Pada 28 Oktober 2009 akhbar ini (Melaka Hari Ini) telah menyiarkan analisa saya tentang usaha YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka mengemudikan ekonomi negeri ini untuk keluar dari cengkaman kemelesetan ekonomi dunia yang dipanggil sebagai The Great Recession. Data-data sahih ketika itu, seperti mana yang telah dipaparkan, menunjukkan bahawa beliau telah berjaya dalam usaha tersebut.
Selepas empat bulan berlalu, saya menyemak semula prestasi ekonomi Melaka ketika itu untuk mempastikan sama ada data-data awal terus bergerak dalam arah aliran yang sama atau sebaliknya. Semakan dan analisa tersebut telah disiarkan oleh akhbar ini pada 8 Mac yang lalu.
Natijahnya, berdasarkan empat angkubah yang dikaji itu iaitu kadar penggangguran, kadar inflasi, pendapatan isi rumah dan kadar kemiskinan maka sudah boleh disahkan bahawa Ali Rustam telah berjaya memacu dan memandu ekonomi Melaka keluar dari cengkaman The Great Recession yang menggerunkan itu!
Bagaimanana pula lanskap ekonomi Melaka, khususnya bagi enam bulan pertama tahun ini?
Untuk mendapat gambaran yang sebanding (comparable) maka saya akan menggunakan empat angkubah utama yang sama.
Kadar Pengangguran
Pada umumnya pemulihan ekonomi global akibat daripada the Great Recession yang bermula pada akhir 2007 belumlah lagi mantap. Senario ekonomi sedemikian rupa adalah kerana pemulihan ekonomi di negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Perancis dan Sepanyol masih lagi lemah atau fragile.
Keadaan menjadi rumit kerana negara-negara berkenaan masih lagi dihantui kadar pengangguran yang tinggi seperti di USA (sekitar 10%) dan di Sepanyol (kira-kira 20%) dan dibelenggu pula oleh deflasi yang berterusan seperti di Jepun. Lantaran ada pihak yang melabelkan masalah sekarang sebagai The Human Recession.
Dalam konteks pengangguran ini, Melaka berada di dalam keadaan terbaik. Bahkan Cemerlang!
Sepertimana yang pernah saya tuliskan, di masa-masa lalu, Melaka sering menjadi juara kadar pengangguran terendah di Malaysia: 1999 – 2001, 2004 – 2006 dan 2008. Diakui kesan tsunami kemelesetan ekonomi dunia turut memberi tempias kepada Melaka di mana kadar pengangguran telah meningkat kepada 2.4% pada tahun 2009. Namun Melaka terus mengekalkan kejuaraannya bukan sahaja di Malaysia bahkan juga menjadi juara di kalangan negara anggota OECD (Organization for Economic Cooperation & Development)!
Sebenarnya kadar tersebut masih lagi merupakan rekod yang baik kerana ianya masih berada jauh di bawah threshold 4%. Menurut ILO, kadar pengangguran di bawah 4% dianggap sebagai penanda aras guna tenaga penuh (full employment). Oleh kerana orang Melaka sudah terlalu biasa dengan kadar penganggguran di bawah 2% maka tahap tertinggi sebanyak 3% pada suku ketiga tahun lepas telah mengejutkan sesetengah pihak.
Walau bagaimanapun, berkat kecekapan Ali Rustam mengemudikan proses pemulihan ini maka kadar pengangguran pada setengah tahun ini telah dapat diturunkan kepada 1.2% berbanding dengan 2.5% pada tempoh yang sama tahun 2009. Sekali gus beliau berjaya mengembalikan kecemerlangan Melaka kerana rekod tersebut merupakan kadar terendah yang dicatatkan di Malaysia.
Pada masa yang sama, jabatan Tenaga Kerja melaporkan pula bahawa terdapat sebanyak 21,147 jawatan kosong di Melaka bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 12,293 jawatan kosong bagi tempoh yang sama tahun 2009. Data tersebut mengukuhkan lagi integriti data kadar penggangguran yang terendah itu.
Lantaran, Ali Rustam tidak ada masalah untuk membantu para penganggur dari Sabah atau dari mana-mana negeri, termasuk Kedah, Kelantan dan Selangor, kerana mereka juga rakyat Malaysia. Yang demikian kemakmuran sebagai negeri maju turut dinikmati oleh rakyat dari negeri-negeri lain di Malaysia dan juga para pekerja asing.
Kadar Inflasi
Penduduk Melaka, di bawah teraju Ali Rustam, telah dibiasakan dengan kadar inflasi yang rendah – bawah 2.5% setahun. Namun, lonjakan harga minyak mentah dan komoditi-komoditi lain di pasaran dunia berserta dengan beberapa faktor lain telah mendorong kenaikan harga runcit di negara ini. Lantas Melaka telah mencatatkan kadar inflasi tertinggi pada bulan Ogos 2008 (9.5%).
Walau bagaimanapun, momentum kenaikan kadar inflasi ini telah dapat disekat. Akhirnya ia berada pada purata 5.9% bagi sepanjang tahun berkenaan dan berjaya diturunkan dengan mendadak kepada 0.1% pada tahun 2009.
Kadar inflasi yang rendah ini berjaya mengatasi kadar inflasi di sebahagian besar negara anggota OECD, termasuklah Australia, Belanda, Britain, Denmark dan Korea Selatan.
Arah aliran kadar inflasi yang menurun secara mendadak itu pula menimbulkan kebimbangan baru iaitu ancaman deflasi, sepertimana yang masih dialami oleh Jepun sejak tahun 1990an. Selama enam bulan pertumbuhan harga runcit kita adalah negatif.
Dari segi ekonomi, deflasi yang berterusan tidak baik, inflasi yang tinggi (hyper inflation) seperti di Zimbabwe dan Israel juga tidak baik dan stagflasi (seperti di Malaysia pada awal 1970an) turut tidak sihat. Yang sihat ialah kadar inflasi yang sederhana.
Dalam hal ini, Ali Rustam telah sekali lagi berjaya mengemudikan ekonomi Melaka dengan kadar inflasi yang sederhana. Pada bulan Januari – Jun 2010, kadar inflasi Melaka ialah 1.6% iaitu satu tahap pertumbuhan yang modest!
Pada masa yang sama, kejayaan tersebut adalah outcome prakarsa Kerajaan Pusat dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekang potensi ancaman inflasi akibat kenaikan harga minyak mentah dan komoditi tertentu di pasaran global yang boleh merangsang kenaikan harga runcit di pasaran domestik. Antara prakarsa berkaitan ialah tindakan pre-emtif Governor BNM menaikkan kadar OPR secara beransur-ansur (3 kali) dalam tempoh bulan Mac – Julai tahun ini. Setiap kenaikan adalah sebanyak 25 mata; dari 2.00% hinggalah kepada 2.75%.
Tindakan mengekang kenaikan inflasi itu nampaknya tidak menjejaskan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi apabila Malaysia berjaya mencatatkan kadar pengangguran yang rendah (1.2%) dan pertumbuhan yang memberangsangkan (9.5%) bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Yang demikian, rakyat dapat menikmati kenaikan sebenar disposable income, hasil daripada pertumbuhan tersebut.
Pendapatan Isi Rumah
Penjanaan peluang pekerjaan yang memberikan pendapatan telah mendorong kenaikan purata pendapatan bulanan isi rumah orang Melaka sebanyak 85%, dari RM2,260 pada tahun 1999 kepada RM2,791 pada tahun 2004 dan seterusnya meningkat kepada RM4,184 sebulan pada tahun 2009.
Sesungguhnya pendapatan semua kaum telah meningkat dalam tempoh 1919 – 2009: Melayu (118%), Cina (58%), India (16%).
Kenaikan tersebut adalah ekoran daripada kejayaan Ali Rustam memacu dan memandu ekonomi Melaka keluar dari cengkaman The Great Recession, sepertimana yang saya tegaskan awal-awal tadi. Sekali gus ia membuktikan bahawa tidak ada kaum yang dipinggirkan dari arus perdana Visi Melaka Maju 2010.
Peningkatan pendapatan ini telah mengukuhkan kuasa beli yang merangsang pula permintaan domestik. Impak peningkatan pendapatan, pengukuhan kuasa beli dan rangsangan permintaan domestik boleh dilihat melalui peningkatan bayaran zakat (bagi umat Islam) dan kenaikan pendaftaran kenderaan baru di Melaka.
Pusat Zakat Melaka melaporkan bahawa bayaran zakat bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun 2009 telah mengukuh sebanyak 10.3%, dari RM11.7 juta (2009) kepada RM12.9 (2010).
Pihak JPJ pula melaporkan bahawa bagi tempoh enam bulan pertama 2009, pendaftaran kenderaan baru adalah sebanyak 14,510 buah. Bagi tempoh enam bulan pertama 2010 pula, jumlah pendaftarannya adalah sebanyak 17,295 buah, meningkat 19.2%!
Dengan kenaikan kadar inflasi yang sederhana, sepertimana yang dihuraikan tadi, maka tidak salah jika dikatakan bahawa pertumbuhan ekonomi Melaka telah turut disertai oleh kenaikan sebenar disposable income. Buktinya ialah kenaikan kadar pendaftaran kenderaan baru itu. Inilah yang penting bagi rakyat kerana kenaikan sebenar disposable income lah yang mempastikan taraf dan kualiti hidup terus meningkat.
Kadar Kemiskinan
Berkat kegigihan Ali Rustam memacu ekonomi negeri yang turut diikuti oleh gunatenaga penuh (berbeza dengan negara-negara seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, UK dan USA yang dihantui oleh kadar pengangguran yang tinggi) dan kenaikan pendapatan bulanan isi rumah maka kadar kemiskinan telah juga berjaya diturunkan. Ianya telah menurun dari 5.7% pada tahun 1999 kepada 1.8% pada tahun 2007 dan seterusnya mengecil kepada 0.5% pada tahun 2009. Sebaliknya, sebagai bandingan, kadar kemiskinan di Malaysia telah meningkat dari 3.6% pada tahun 2007 kepada 3.8% pada tahun 2009.
Yang menjadi kebanggaan kita ialah kadar kemiskinan 0.5% itu bukan sahaja yang terendah di Malaysia malah yang terendah juga di seluruh OECD! Maka tidak ada siapa yng boleh menafikan kejayaan gemilang Ali Rustam, termasuklah musuh politik beliau!
Kesimpulan
Huraian yang lebih terperinci tentang bagaimana Ali Rustam mengemudikan ekonomi Melaka selama sedekad telah saya huraikan dalam rencana yang diterbitkan oleh akhbar ini pada hari yang sama di ruangan yang lain.
Namun, berdasarkan empat angkubah di atas, sudah boleh disahkan bahawa Ali Rustam telah berjaya memantapkan pertumbuhan ekonomi Melaka; suatu sasaran yang masih jauh hendak dicapai oleh Pres. Obama!
Keyakinan ini bersandarkan lonjakan nilai jualan barangan pembuatan sebanyak 25% dan peningkatan bilangan pelancong sebanyak 20% bagi tempoh Januari – Jun 2010 berbanding tempoh yang sama 2009 serta pengukuhan permintaan domestik seperti yang dicerminkan oleh kenaikan jualan kenderaan baru di atas (19.2%). Proksi-proksi ini adalah reliable.
Seterusnya mengambil kira pembangunan dan pembelaan rakyat yang telah beliau usahakan selama sedekad lalu maka gelaran yang diberikan kepada Ali Rustam sebagai Arkitek Pembangunan adalah tepat sekali.
Kini kedudukan Melaka sebagai negeri maju yang dinobatkan pada 2010 (masa) 2010 (tarikh) 2010 (tahun) semakin kukuh!
Apa yang penting dilaksanakan olek warga Melaka pada masa sekarang dan di masa akan datang ialah berganding bahu, sederap melangkah dengan beliau untuk sama-sama memajukan lagi negeri tercinta ini agar ianya dinobatkan pula sebagai Negeri Bandar Berteknologi Hijau menjelang tahun 2020 nanti.
Gambar – Gambar Sungai Melaka
*semua gambar di ambil tanpa kebenaran dari internet. Terima kasih

PAS termalu di Galas, UMNO ada cah keting sesama sendiri

Posted: 15 Oct 2010 08:03 AM PDT

sumber : Unspinners

Mu sumpek Huse hok kuak membohong dan meyamun

Galas ada 6 peti undi orang Asli di Lojing, Belatim, Hau, Bihai, Balar dan Sg. Ber. Untuk PRK Galas, undi mereka penting dan mungkin jadi penentu.

Kerajaan dah sebut siang tak mahu buat projek mi segera. Orang Cina tidak dapatlah mainkan toriak mereka untuk meminta macam-macam tapi tak kasi undi. Nampaknya undi Cina agak likat sikit nak dapat. Tapi undi Cina hanya dalam 2 peti undi.

Undi Melayu boleh kita letak secara conservative di 50:50. Lebih kemungkinan ianya lebih kepada BN dengan Ku Li diberi peranan lebih besar.

Itu yang PAS main wayang konon nak letak orang Asli. Kalau tak jadi, PAS akan dianggap tidak memenuhi janji. Lagi menghina. Lantaklah PAS.

Strategi Ku Li adalah meminta agar kempen ini dijadikan pertandingan sesama keluarga. Maknanya antara orang tempatan dan orang tempatan. Orang luar jangan sibuk sangat atau jika ingin membantu, jangan main hentam keromo mengikut cara tempat lain tanpa memahami sensitiviti tempatan.

Tujuan Ku Li ini perlu dilihat dengan positif. Dia tidak mahu malaun dari tempat2 lain di Kelantan memainkan peranan sebagai tukang sabo. Kalau tidak sebab Romzi Kuala Kerai dan Anuar Musa, tak adalah kita kalah di PRK Manek Urai?

Selain itu, sudah kedengaran ada bekas calun BN Galas bertemu Husam untuk cut a deal. Ini SMS kami terima:
GEMPAR ~ Saupi Deraman jumpa Husam Musa di Taman Wangi diurus oleh Hj. Fauzi, Pengerusi PBMK sawit. Saupi minta jawatan dalam PMBK
Terus terang cakap beberapa pemegang jawatan seperti Ketua Pemuda dan bekas pemegang jawatan Setiausaha dalam UMNO Gua Musang pun akan berdengki khianat macam yahudi dan Israel. Satu lagi SMS:
GEMPAR ~ Risalah tolak Abd Aziz Yusof calon Galas. Puok2 Umno kena sedar , jgn mudoh tpedaya dgn cerita 'Pok Loh Balak'. Yg wat crita belako ni Bazlan Pemuda yg bcita2 nk jadi calon jugok. Kita tunggu pgumuman YAB PM 24hb ni, sapopun kita kena sokong....!!
Kesan perjumpaan bekas calun Galas dengan Husam boleh dilihat apabila Husam akan beri geran tanah keapda 1,800 keluarga Cina. Ada lagi satu SMS berbunyi:
GEMPAR ~ Hj. Wahab, Ketua UMNO Caw Bandar Lama, akan sokong PAS bila kerajaan negeri beri geran tanah.
Cabar ke atau apa ni?

PAS memang pandai berjanji, laksana tak tahu. Geran yang dijanjikan dahulu dapat atau tidak? Janji ini dapatnya samada lepas PRK atau sebelum?

Dalam Husam memberi geran, dia tidak pula tunaikan janji PAS pada orang Asli dan orang tempatan untuk memberi geran tanah menggantikan tanah mereka yang di "rampas" untuk program Ladang Rakyat.

Tidak juga turun wahyu untuk menunaikan janji tanah dan rumah untuk program Rancangan Penempatan Semula (RPS) orang Asli. PAS sedari perkara ini.

Walaupun pemimpin BN dan JHEOA kurang melawat kawasan, peranan dakwah orang Asli melalui Jabatan Aghama Islam Kelantan (JAIK), dan mereka lebih berdamping, mereka tahu swing orang Asli di PRU12 tidak akan kekal.

Dosa PAS pada orang Asli akan akhirnya dibalas. JAIK ada kejayaan dapatkan orang Asli masuk Islam tapi cara PAS mendiskriminasi orang Asli yang bukan ISlam dan tidak hijau (pro PAS) serta program Ladang Rakyat yang menyusahkan hidup mereka, PAS akan diajar.

PAS ada menganjurkan majlis dikalangan Tok Batin pada 6 Oktober lalu dengan dihadiri MB Kelantan. Adalah disogok duit pada Tok Batin. Tapi selama mana.

Akhirnya Tok Batin akan kembali untuk dengar suara anak buah. Isu pengambilan tanah, geran tanah yang tak kunjung tiba, rancangan penempatan semula orang Asli tidak meyakinkan mereka untuk menyokong kerajaan negeri.

Untuk membantu peralihan ini, JHEOA perlu lebih efektif, bukan tidak langsung berperanan. Pemimpin2 UMNO perlu merapati mereka dan dengan cara yang halus. Jangan nampak sangat nak PRK baru nak cari mereka. Ini yang taktik kempen dalam keluarga.

Bagi kita yang lihat dari jauh dan rakan2 blogger, cyberwar tidak dilihat akan memberi kesan mendalam dalam PRK Galas.

Namun begitu, gunakan kempen Galas untuk mengeluarkan kembali cerita2 mengenai kepincangan kerajaan PAS Kelantan yang dah berumur lebih 20 tahun tapi tak sedar mereka dah tua tenat dan patut berihat.

Ambil peluang dari tumpuan ramai kepada Galas untuk rakyat Kelantan dan Malaysia tahu bahawa PAS ini hanya penuh sandiwara dan retorik.

SMS berikut boleh kasi ide:
GEMPAR ~ Nik Ajis pemimpin Islam utama dunia. Boleh bkwn dgn syaitan, kata Allah pun gedebe, gi umrah sponser takpo, kes arif fahmi bukan kroni, hasil balak beri ko cina, undi umno kafir DAP ok, doa bala utk PM, main snooker, wayang kulit, tomoi, konsert dan suara qariah aurat,,,loni tebalik kot belako.
Mereka tak tahu mentadbir.

Hanya pandai maki hamun, mencarut, fitnah dan menyalahkan kelemahan mereka pada orang lain. Mereka mengguna agama untuk mengkhayalkan orang ramai dari realiti dan untuk berbohong.

Sila jawab SMS ini betul atau tidak:
BERITA Gempar: Dimanakah pendirian Nik Ajis bila ada pemimpin2 DAP dan PKR desak utk dirikan semula gereja yg telah diroboh dikaw ore asli semata2 utk kepentingan politik dan sanggup menerima desakan itu. Adakah ia adil utk ore Islam dan slogan agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Sedar la wahai ore melayu galas
       

RM365 juta - penyelidikan, penganjuran sukan

Posted: 15 Oct 2010 07:52 AM PDT

RM365 juta - penyelidikan, penganjuran sukan
Okt 15, 10 5:39pm
Kementerian Belia dan Sukan diberi peruntukan RM365 juta untuk pembangunan dan penyelidikan dalam sektor itu selain memperbanyakkan lagi penganjuran sukan antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata peruntukan itu bertujuan melahirkan atlet berdaya saing dan membangunkan sukan prestasi tinggi.

"Selain itu, bagi memajukan sukan bola sepak, kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang dalam usaha melahirkan pemain yang berkualiti dan berkemahiran tinggi," kata beliau ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut memuji prestasi kontinjen Malaysia yang beraksi di Sukan Komanwel ke-19 di New Delhi yang berakhir semalam selepas mengutip 12 pingat emas, sekaligus melepasi sasaran 10 emas.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemenang pingat yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Pencapaian pingat di temasya ini juga merupakan rekod rangkulan emas terbaik negara dalam penyertaan di Sukan Komanwel," kata beliau.

Kontinjen negara mengutip 12 emas, 10 perak dan 13 gangsa daripada temasya di New Delhi, yang bermula pada 3 Okt lepas, dan merupakan kutipan emas terbaik Malaysia sejak mula menyertai Sukan Komanwel di Cardiff, England pada 1958.

Kutipan emas terbanyak Malaysia sebelum ini ialah pada edisi 1998 di Kuala Lumpur dengan 10 emas sementara bagi edisi di luar negara, kutipan terbaik ialah di Manchester pada 2002 dengan tujuh emas dan di Melbourne pada 2004, dengan jumlah emas yang sama.

- Bernama

Intipati Bajet 2011

Posted: 15 Oct 2010 07:39 AM PDT





Intipati Bajet 2011

Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.- 15/10/2010

Kerja rumah pelajar di Malaysia hanya membazirkan masa, kata penyelidik Australia - BETUL KE?

Posted: 14 Oct 2010 08:25 PM PDT

Kerja rumah pelajar di Malaysia hanya membazirkan masa, kata penyelidik Australia


Pelajar di Malaysia menghabiskan masa pada purata 3.8 jam sehari untuk membuat kerja rumah dan perkara itu hanya membazirkan masa, menurut sekumpulan pengetua dan penyelidik Australia.

Mereka menyatakan kerja rumah patut dikecualikan bagi kanak-kanak sehingga Tahun 9, kerana ia menjejaskan zaman kanak-kanak, menyebabkan pertengkaran dalam keluarga dan tidak meningkatkan pencapaian pendidikan mereka.

Itu merupakan pendapat ahli psikologi remaja Michael Carr-Gregg dan beliau disokong oleh Persatuan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah
Victoria dan Majlis Penyelidikan Pendidikan Australia.

Purata jam bagi kerja rumah setiap hari di negara-negara lain termasuk
Australia ialah 2, Kanada 2.2, Iran 4, Itali 3.6, Jepun 1.7, New Zealand 2, Rusia 3.1, Singapura 3.5 dan Amerika Syarikat 2.1.

Mendakwa pelajar "dibebani" kerja rumah yang tidak bermakna yang membawa kepada tekanan psikologi, Dr Carr-Gregg berkata isu itu lebih berat daripada isu buli di sekolah.

Kerja rumah membawa kepada tiada keyakinan diri, tekanan dan masalah pemakanan, katanya.

"Kesihatan mental terjejas akibat masa yang lama menggunakan komputer, berjaga malam untuk belajar dan senaman terhad kerana kesuntukan masa.

Dr Carr-Gregg berkata pelajar sehingga Tahun 9 patut dikecualikan daripada membuat kerja rumah dan dari Tahun 10 hingga 12, mereka patut menghabiskan masa maksimum 2 1/2 jam sehari.

Presiden Persatuan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Victoria, Andrew Blair, menyokong Dr Carr-Gregg.

"Kita terlalu menekan pelajar bagi alasan yang salah," katanya dalam akhbar Herald Sun.

Fellow kanan penyelidikan Majlis Penyelidikan Pendidikan
Australia, Sue Thomson berkata tiada bukti menunjukkan kerja rumah meningkatkan pencapaian.

"Kanak-kanak boleh berjaya melalui kurikulum di sekolah," katanya.

Siapa yang tapis pemberian pingat kebesaran…?

Posted: 14 Oct 2010 08:07 PM PDT




Tahukah anda bahawa setakat ini hanya 927 individu sahaja menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan yang membawa gelaran Tun, Tan Sri dan Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong.Daripada jumlah tersebut, sebanyak 34 menggunakan gelaran Tun, 424 Tan Sri dan 469 Datuk.
 
Butir-butir ini diberitahu oleh Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharum sbagai menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) di Dewan Rakyat Selasa yang ingin mengetahui mengenai darjah dan pingat seperti Datuk yang dikatakan dijual oleh sindiket dan individu tertentu .
 
Beliau memberitahu, kerajaan telah menetapkan kuota dalam pemberian darjah dan pingat kebesaran kepada individu iaitu SMN hanya diberikan kepada 25 orang, SSM (25 orang), PMN (75 orang), PSM (550), PJN (450 orang) dan PSD (200 orang).
 
Manakala ketika bercakap kepada para wartawan di lobi parlimen beliau menjelaskan pemberian darjah, bintang dan pingat kebesaran dibuat dengan ketat di mana setiap pencalonan akan ditapis oleh dua jawatankuasa.
 
Katanya ,``Tapisan pertama dilakukan oleh Jawatankuasa Khas di Jabatan Perdana Menteri yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan kemudian ditapis semula oleh Jawatankuasa Tetap Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
 
``Senarai nama individu yang telah disahkan oleh Perdana Menteri diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan mereka berakhlak baik, bermoral tinggi dan bersih daripada melakukan jenayah.''



P'raya mengejut, kata Anwar

Posted: 14 Oct 2010 07:56 PM PDT

BN siap sedia hadapi p'raya mengejut, kata Anwar
Joseph Sipalan
Okt 14, 10
4:26pm
Kongsi 101
Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda "utama" bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini. Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Katanya, adalah jelas kerajaan BN tidak memikirkan kesannya ke atas rakyat apabila membentangkannya tahun lalu. Menurut Anwar, kerajaan "takut" kerana tidak mampu menangani asakan oleh Pakatan Rakyat yang berpendapat cukai baru itu akan membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
"BN kini terdesak menjelang pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi. GST bukan rang undang-undang yang dirangka dengan baik dan penangguhan kali ini adalah kerana pilihan raya kecil dan kemungkinan diadakan pilihan raya mengejut," katanya, Semalam, kementerian kewangan, mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan GST. Menurut kenyataan itu, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaan cukai baru itu. "Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik," petik kenyataan kementerian itu

PENULIS : TAHNIAH LE PKR DAH TAHU TARIKH PRU...

TERIMA KASIH KDN DAN PDRM.

Posted: 14 Oct 2010 07:45 PM PDT


Kegiatan tujuh pegawai imigresen sudah lama dipantau




2010/10/15

KUALA LUMPUR: Penahanan tujuh pegawai Jabatan Imigresen mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (KDN) 1960, dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung pembabitan mereka yang disyaki bersekongkol dengan sindiket antarabangsa dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kegiatan tujuh pegawai Jabatan Imigresen terbabit bersama dua warga asing yang turut ditahan itu sudah lama dipantau pihak berkuasa.

Sehubungan itu, katanya, penahanan mereka membolehkan siasatan lanjut secara menyeluruh dijalankan khususnya terhadap kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara terutama melalui sindiket penyeludupan warga asing dan urusan keluar masuk dari negara ini.

"Siasatan terperinci akan diteruskan, sekali gus diharap mampu membongkar dan mengekang tindak-tanduk sindiket penyeludupan warga asing dan saya mahu siasatan diteruskan hingga ke akar umbi.

"Siasatan ini membabitkan segelintir pegawai Jabatan Imigresen dan ketua sindiket (penyeludupan warga asing) yang sudah lama dipantau pihak berkuasa," katanya di Bukit Aman, di sini, semalam.

Hishammuddin berkata, beliau memandang berat kes itu kerana ia membabitkan keselamatan pintu masuk negara yang menjejaskan imej dan maruah negara.

"Penyeludupan manusia mampu memberi kesempatan kepada pihak tidak bertanggungjawab melakukan pelbagai jenayah serius lain seperti aktiviti pengganas, penyeludupan senjata api dan dadah serta kegiatan jenayah lain," katanya.
Mengulas pertemuannya dengan Bowen, Hishammuddin berkata, kedua-dua negara bersepakat untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama dua hala dalam pertukaran maklumat berhubung pelbagai isu keselamatan, khususnya menangani kegiatan penyeludupan manusia.

PENULIS : SOAL KESELAMATAN NEGARA MESTI DIUTAMAKAN.

APA KHABAR ORANG KAMPONG ? HAGO GOTAH MOLAMBUNG?

Posted: 14 Oct 2010 07:41 PM PDT

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
Getah cecah RM11.90 sekilogram

Harga catat sejarah, pekebun kecil RISDA mampu peroleh RM3,000 sebulan

TEMERLOH: Peningkatan harga getah SMR 20 secara konsisten dengan mencatat paras tertinggi RM11.90 sekilogram pagi kelmarin membolehkan 380,000 pekebun kecil RISDA memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik, berkata kenaikan itu juga dijangka menarik perhatian orang ramai menoreh getah secara sambilan untuk menambah pendapatan, walaupun kegiatan menoreh getah semakin kurang popular sekarang.
Click Here
"Pada 2008, apabila harga getah RM10 sekilogram, ada kakitangan awam dan swasta sanggup mengambil cuti tahunan untuk menoreh getah dan ada yang bangun awal pagi menoreh dulu sebelum pergi kerja. Berita baik ini juga dapat menarik perhatian belia untuk menjadi penoreh getah moden yang berjaya memandangkan ketika ini pekebun kecil majoritinya berumur 55 tahun ke atas.

"Kenaikan harga getah dan pendapatan yang diperoleh pekebun kecil pada masa ini boleh menarik minat mereka daripada bekerja di pejabat," katanya selepas merasmikan Kelab Keusahawanan RISDA Pahang, di sini semalam.

Sementara itu, Rahim ketika dihubungi berkata setakat jam 5 petang semalam harga SMR 20 ditutup RM12.02 sekilogram, iaitu yang tertinggi dalam sejarah industri getah negara dan dijangka akan terus memberi manfaat kepada pekebun kecil.

Katanya, berdasarkan harga semasa, pekebun kecil yang menjual getah sekerap mampu memperoleh 50 sen bagi setiap mangkuk susu getah yang dihasilkan dan memperoleh pendapatan sehingga RM170 sehari bagi setiap dua hektar kebun.
Pada tengah hari semalam, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 mengukuh 31 sen kepada RM12.02 sekilogram, manakala susu getah pukal menambah 8.5 sen kepada RM7.74 sekilogram. Harga penutup jualan tidak rasmi untuk gred tayar SMR 20 naik 27.5 sen kepada RM12.14 manakala susu getah pukal menokok 7.5 sen kepada RM7.78.

Selain itu, Rahim meminta pekebun kecil sentiasa mengamalkan langkah berjimat-cermat memandangkan harga komoditi itu banyak dipengaruhi faktor ekonomi global.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya bercadang mewujudkan skim simpanan khas bagi pekebun kecil bagi membantu mereka untuk jangka masa panjang.

"Malah, ia bertujuan menggalakkan pekebun kecil berjinak-jinak dalam bidang perniagaan supaya tidak hanya bergantung kepada pendapatan menoreh getah," katanya


Oleh Abdul Razak Raaff
bhnews@bharian.com.my
2010/10/15

Posted: 14 Oct 2010 07:36 PM PDT

Ketua Pemuda UMNO negeri didesak lepas jawatan


2010/10/15

ALOR SETAR: Seramai 20 ahli Badan Bertindak Selamatkan Kedah (BBSK) mengadakan demonstrasi secara aman mendesak Ketua Pemuda UMNO negeri itu, Badrol Hisham Hashim meletak jawatan kerana didakwa gagal mengemudi pergerakan itu dengan berkesan.

Pengerusi Penaja BBSK, Sobri Sudin, berkata kepimpinan diterajui Badrol Hisham dikatakan mempunyai banyak kelemahan kerana gagal melaksanakan aktiviti secara aktif sehingga menyebabkan moral dan semangat ahli pergerakan kian lesu.

Katanya, Pemuda UMNO negeri juga didakwa gagal berfungsi sebagai suara pendesak bagi membuktikan kepada rakyat mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.
"Banyak kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk isu berkaitan tarif air, penindasan ke atas penyewa perumahan awam kos rendah, penyelewengan syarikat berkaitan kerajaan negeri dan isu sekolah agama rakyat, tetapi tidak digunakan sebaiknya Pemuda UMNO dan ini membuktikan pergerakan itu gagal berfungsi sebagai suara pendesak.

"Sekarang bukan zaman politik retorik, tetapi ia perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, Sobri menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Kedah, Mohd Tahir Md Zain.

Sementara itu, Badrol Hisham ketika dihubungi berkata, beliau sentiasa terbuka untuk menerima teguran serta kritikan berasas dan membina daripada mana-mana pihak atas tujuan membantu memantapkan parti.
Bagaimanapun, katanya, beliau menyangkal kritikan bahawa Pemuda UMNO Kedah lesu kerana pergerakan itu berjaya membawa masuk ahli baru kedua tertinggi di seluruh negara.

Selain itu, beliau menyifatkan, Sobri sebagai liabiliti kepada parti kerana banyak kerenah dan masalah berdasarkan rekod peribadinya sebelum ini.

"Saya tahu siapa Sobri, apa masalah dihadapinya dan siapa di belakangnya. Saya anggap dia tidak layak arahkan saya letak jawatan dan membuat tohmahan terhadap Pemuda UMNO Kedah," katanya.

PANDANGAN PENULIS : SUDAH SAMPAI MASANYA JAWATAN PENGERUSI PERHUBUNGAN DI KEDAH DIPULANGKAN .....

Ugut keluar PKR

Posted: 14 Oct 2010 07:34 PM PDT

Gobalakrishnan ugut keluar PKR kecewa kelemahan JPP


2010/10/15

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan semalam mengugut akan keluar parti itu jika Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) gagal memperbaiki kelemahan pada pemilihan peringkat cabang parti itu, baru-baru ini.

Beliau mendakwa kecelaruan yang berlaku pada proses pemilihan cabang itu turut dimanipulasi oleh Naib Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak.

"Saya meminta JPP supaya segera menyelesaikan semua masalah berkaitan dengan pemilihan di peringkat cabang dan saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.
"Jika keadaan seperti ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini, " katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Sementara itu, Mohamed Azmin menafikan tuduhan Gobalakrishnan itu atas alasan proses pemilihan parti dilaksanakan berlandaskan sistem baru yang diguna pakai melalui pemilihan secara langsung dengan setiap ahli boleh mengundi.

"Semua masalah parti saya dipersalahkan... saya bukan ahli JPP, jadi lebih baik bertanya (perkara terbabit) kepada mereka.

"Setiap ahli mempunyai satu undi, jadi mereka harus memberikan suara mereka. Saya tidak boleh memanipulasi undi mereka, " katanya.

PERTAHANKAN KUASA POLITIK

Posted: 14 Oct 2010 06:52 PM PDT


Put your stuff here

Berani mengendap ?

Posted: 14 Oct 2010 06:45 PM PDT

Malaysian Insider : Berani mengendap forum orang Melayu saja ke ?


Saya bukan kaki menulis surat pembaca dalam mana-mana suratkhabar.Namun kali ini saya terasa agak mendidih sikit melihat tentang pendedahan gelagat wartawan The Malaysian Insider yang menyamar masuk ke dalam majlis taklimat tertutup Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mungkin kalau tanpa gambar-gambar wartawan gadis berbangsa Cina Boo Su-Lyn memakai selendang duduk dalam majlis yang disiar bersama pendedahan ini saya sendiri tidak boleh dapat bayangkan situasinya.

Senang cakap bagi saya ini pertanda bagaimana bersungguh-sungguhnya misi laman portal internet itu hendak cari salah orang Melayu untuk membangkitkan kemarahan kaum lain di negara ini.

Apa lagi kesimpulan yang dapat kita buat melihat pada wajah gadis Cina yang sanggup berselendang sampai berani menceroboh masuk satu majlis taklimat tertutup sebuah parti politik mengunakan paspot wartawan.

Saya turut terpanggil untuk bertanya The Malaysian Insider kenapa saudara saudari tidak galak atau mungkin tidak berani nak mengintip apa yang dibincang dalam taklimat atau pertemuan tertutup parti atau persatuan kaum lain.

Kalau nak tunjuk hebat sangat kononnya nak buat investigative journalism bukankah itu juga atas dasar kebebasan media dan etika laporan yang seimbang.

Kita juga kebelakangan ini melihat banyak fokus diberi kepada kenyataan-kenyataan terpencil berbau rasis yang dibuat seperti kes gurubesar di Johor dan Kedah.

Bagi saya kalau kita bersikap lebih rasional dimana-mana negara sekalipun kita tidak boleh mengelak ada individu yang terdorong sendiri-sendiri nak bercakap hal-hal yang tak sepatutnya samaada secara tertutup atau dikhalayak ramai.

Masalahnya di sini saya lihat ada usaha untuk mencanai bagi mengambarkan macam seluruh jentera kerajaan dan kerajaan hari ini anti kaum-kaum lain menerusi insiden-insiden terpencil begini.

Kita tahu apa yang tersirat disebalik semua ini tidak lain tidak bukan untuk mengambarkan konsep 1 Malaysia gagal dan cakap kosong.

Kalau kita rajin melayari internet dan baca laman web dan blog-blog terasa macam suasana mengelegak sepanjang masa dengan isu seolah Melayu anti Cina dan Cina anti Melayu.

Ironinya di luar sana dalam kehidupan harian di bandar dan kampong dimana-mana kita lihat orang Melayu boleh duduk semeja di kedai kopi dengan orang Cina atau India tanpa masalah.

Bagi saya api begini jangan disemarakan.Jika terbakar seluruh rakyat yang cintakan kedamaian yang kita kecapi selama ini akan turut terbakar.

Saudara saudari di The Malaysian Insider sendiri pasti tidak dapat bertugas dengan tenang dalam keadaan negara yang huru hara dan kehidupan anak isteri dan saudara mara sentiasa dalam ketakutan.

Kita selalu takes thing for granted keamanan dan kedamaian yang ada sekarang kerana mungkin merasa ia bagai bulan jatuh ke riba begitu sahaja.

Dalam rangka tugas dalam karier saya dalam bidang swasta saya berpeluang tinggal dan merasai suasana di beberapa buah negara yang tidak aman walaupun mereka sebangsa tetapi berlainan ideloji politik.

Inikan pula Malaysia yang berbilang kaum.

Polimek mesti atas batasnya.

Boo Su Lyn dan The Malaysian Insider galak sangat nak mengendap forum dan taklimat tertutup orang Melayu.

Apakah anda merasa bangga dapat menulis satu laporan sensasi penceramah BTN kata Cina 'si sepet mata dan India 'si kaki botol' dan balik rumah tidor nyenyak mengelupur kegembiraan.

Apa jadi nanti wartawan gadis Melayu mana pula bercongsam atau bersari pula menceroboh forum orang Cina dan India untuk cari salah dan fokus pada kata-kata unsur perkauman tanpa peduli apa yang baik mungkin baik dibincang di situ.

Dimana akhirnya? Tolong jangan jadi bodoh tak boleh diajar.


Puteri UMNO kata Su-Lyn kurang ajar menyamar...buat laporan polis

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, membuat laporan polis berhubung tulisan berbentuk manipulasi yang ditulis oleh wartawan Malaysian Insider, Boo Su-Lyn.
Menurut Ketua Penerangannya, Nordiana Shafie, apa yang dinyatakan oleh Su-Lyn dalam tulisannya hanya petikan sebahagian daripada ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin
"Wartawan tersebut sengaja memanipulasikannya untuk membangkitkan kononnya UMNO adalah parti perkauman," katanya seperti dilapor UMNO-Online.com
Beliau berkata demikian selepas mengiringi Exconya Seriwani Sabtu membuat laporan polis berhubung hal terbabit di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur,Jumaat.
"Mereka tidak beretika, tidak tahu menghormati majlis yang diadakan, dan melakukan sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang wartawan," jelasnya.
Dakwa Nordiana, sesi ceramah yang diadakan adalah tertutup dan pengumuman telah pun dilakukan bagi meminta pihak media keluar dari dalam dewan semasa program Dialog Bersama Negarawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin lalu.
"Kita buat laporan polis kerana kita menafikan dakwaan yang ditulis oleh wartawan tersebut malahan semua ahli-ahli pergerakan Puteri yang hadir dalam majlis tersebut bersedia untuk menjadi saksi," tegasnya.
Terang Nordiana lagi, semasa majlis tersebut berlangsung, wartawan tersebut telah berlegar-legar di sekitar dewan tetapi telah diminta keluar oleh urus setia apabila menyedari kelibat beliau.
"Lebih teruk lagi, penghinaan dilakukan apabila Su-Lyn turut menyamar dengan memakai tudung dan menyelinap masik ke dalam majlis. Bukankah itu satu perbuatan yang kurang ajar," tegasnya lagi.
Program sehari yang yang berlangsung Isnin lalu dihadiri 1,200 ahli pergerakan itu turut melibatkan sesi ceramah tertutup yang disampaikan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi dan dialog bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.-1/10/2010


Ini baru betoi…The Malaysian 'Insider'...always inside maaa
Hebat betoi amoi ni.Namanya Boo Su-Lyn.Wartawan The Malaysian Insider .Sekali imbas macam ahli Puteri UMNO.Berkelumbung pulak you.

Mungkin dia baru ambil short course dari spy leman mana tah dan nak test power cara nak menyusup masuk diam-diam ke majlis taklimat tertutup orang untuk bikin kecoh satu negara.

Bagi yang belum tahu dialah yang duduk dalam majlis taklimat tertutup Puteri UMNO di PWTC dan melaporkan tentang 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Bila ada lebih waktu lapang elok juga The Malaysian Insider timbang-timbang idea buat pembedahan plastik pada Boo agar rupa dia jadi seiras Menteri Pelancongan Datuk Dr Ng Yen Yen supaya boleh menyusup dan dengar perbincangan dalam mesyuarat kabinet di Jabatan Perdana Menteri pada setiap hari Rabu.

Itu lagi meletop beb kalau boleh report .Gerenti dapat Anugerah Kajai.
Atau tukar rupa macam YB Teresa Kok untuk masuk mesyuarat DAP.

Rasanya kalau makeup lebih sikit boleh jadi Dr Lo Lo untuk pasang telinga mesyuarat PAS.

Nurul Izzah punya wajah pun senang ditiru untuk masuk mesyuarat PKR.

Duduk dalam dengar dan buat laporan live .Tak gitu.

Nasib baik macam kes Puteri UMNO ni...dia boleh relaks buat sardin.

Kalau main redah gitu buat muka seposen kat mesyuarat atau taklimat tertutup parti atau persatuan lain belum ada jaminan dia boleh relaks jalan keluar masuk lenggang lenggok Mak Limah.

Silap haribulan ada yang panas baran bagi penampar pasai tak reti bahasa.
Kalau itu macam punya kes...NUJ pun tak boleh tolong cik adik... sendiri trespassing majlis orang...sendiri mau ingat.

Kawan dengar ramai kawan-kawan budak press yang bengang habis dengan kes laporan The Malaysian Insider pasal isu Timbalan Pengarah BTN, Hamim Husin pada majlis taklimat tertutup babitkan Puteri UMNO pada Isnin lalu.

Kalau kena gayanya sapa pun tak ambil pot.

Ekoran laporan Boo timbul hu ha sakan dimana beliau didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Bab Hamin didakwa cakap rasis adalah satu hal lain.Tapi bagi kalangan rakan wartawan isu yang besar di sini ialah isu etika kewartawanan.

Ini etika jenis tok nenek sapa yang ajar boleh main ' intip' berlakon duduk dalam majlis tertutup orang gitu.

Semua wartawan kecil besar tua muda tahu adab dan sopan serta undang-undang tak bertulis kalau majlis taklimat tertutup itu ' no coverage '.TITIK.

Seorang wartawan veteran terdengar kata ' bullshit punya kerja ….kalau gila nak dapat story eksklusif pun…ini bukan caranyalah.'

Memang kadang-kadang susah nak bergaduh sesama rakan wartawan tak kira dari media apapun.

Sebabnya ada masa kita pun silap juga.

Cuma dalam bab ini bukan silap namanya.Memang clear buat kerja bodoh nak pekena orang.

Mungkin juga The Malaysian Insider nak perkenal budaya reporting baru.Main langgar aje majlis tertutup orang.

Bos-bos di The Malaysian Insider pun ada yang seangkatan dengan Kawan.Hairan juga dalam kes ni depa boleh jadi 'terlalu pandai'.


Baguslah kalau itu caranya nak kejar jadi top website satu Malaya.Main hentam saja bro.
Cuma sayang sikit kena jadi macam budak darjah satu yang tak faham kalau dalam majlis taklimat tertutup tu ' macam-macam hal akan dicakap dan londeh telanjang bulat'.

Sapa pun tak payah nak temberang tentang bab-bab macam ni.

Mana tau mungkin Boo boleh terkencing dalam skirt dia kalau dia berpeluang jadi spy duduk dengar ' macam-macam' depa cakap dalam mesyuarat tertutup DAP ke atau mana-mana persatuan Cina ke.

Ini biasalah dalam dunia ini.

Kalau bab nak mengena orang macam kes ini…macam-macam orang lagi boleh kena tak tentu pasal…

Kawan bukan tak faham-faham ini semua kerja-kerja nak kipas baikkkkkk punya bagi orang Cina dan India marah kat orang Melayu.

Kita bukan baru hidup sehari bro.


Kawan: pun nak tumpang semangkuk kata 'bullshit' le


Pegawai BTN buat laporan polis terhadap Malaysian Insider dan wartawan


Selepas seminggu hu ha , Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain membuat laporan polis terhadap portal berita The Malaysian Insider dan seorang wartawannya kerana menceroboh majlis taklimat tertutup hujung minggu lalu.

Hamim membuat laporan itu di balai polis Sentul pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan wartawan portal berita itu, Boo Su-Lyn (gambar) menyamar sebagai ahli Puteri UMNO (siap berselendang) untuk merakam perbualan dalam satu majlis tertutup yang kemudiannya menulis Hamim menggunakan istilah ''si sepet dan kaki botol' terhadap kaum tertentu di negara ini.

Berikutan itu banyak pihak mempertikaikan etika kewartawanan yang diamalkan oleh The Malaysian Insider. Hamim dalam laporannya mendakwa ucapan beliau disalah tafsir oleh wartawan tersebut- 4/10/2010
INI PADA 19 HINGGA 23 OKTOBER 2010 TAK MAHU .............KE  ? 
 



SAMPAI BILA KULA ?

Posted: 14 Oct 2010 06:39 PM PDT

Krisis DAP Perak: Berapa lama Kulasegaran boleh maintain ' sejuk' badan - October 9, 2010


Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran telah memilih tempat yang paling sesuai untuk lari dan sejukkan suhu badannya – Nepal setelah ' mengamuk' terhadap pasangan saudara Pengerusi DAP Perak Ngeh
Koo Ham...

30 penyokong Kulasegaran demo depan pejabat DAP Perak - October 7, 2010


Walaupun M Kulasegaran umum 'gencatan senjata' krisis dengan pasangan pimpinan DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming namun 30 orang orang penyokong Ahli Parlimen Ipoh Barat yang tidak puashati mengadakan demo depan pejabat DAP Perak pagi Rabu


MANA PERGI JANJI ?

Posted: 14 Oct 2010 06:35 PM PDT

Azizan tidak tunai janji dalam manifesto, kata ahli PAS Kedah - October 11, 2010

Kira-kira 30 anggota PAS hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Okt lepas.Wakil Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air, Abdullah Hashim berkata demonstrasi dan memorandum itu dibuat bagi membantah
kenaikan...

Serik undi pembangkang, sokongan Melayu, Cina terhadap BN meningkat- Kajian UIAM - October 9, 2010


Serik undi pembangkang, barangkali itulah yang boleh diterjemahkan dengan kajian pendapat terbaru bahawa hanya 37 peratus rakyat Malaysia sanggup mengundi pakatan pembangkang..


SUKAN KOMANWEL ;TAHNIAH SEMUA.....

Posted: 14 Oct 2010 06:25 PM PDT


Macam mana pula Sukan Asia.....?

Macam-macam di Perhimpunan Agung UMNO 2010

Posted: 14 Oct 2010 06:05 PM PDT

Macam-macam di Perhimpunan Agung UMNO 2010


Perhimpunan Agung UMNO 2010 dari 19 hingga 23 Oktober ini di PWTC akan dipenuhi dengan pelbagai pengisian penting bagi mengembalikan maruah bangsa Melayu yang kian tercalar.
Para perwakilan empat peringkat yang berjumlah 4,907 orang dan lebih 2000 pemerhati akan mendengar ucapan dasar Presiden yang akan diperbahaskan disamping usul ekonomi, pendidikan dan agama.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu sidang media pagi Khamis, semua persiapan rancak dilaksanakan bagi memastikan perhimpunan itu berjalan lancar.
Sebelum berlangsung perhimpunan itu, satu forum antarabangsa bertema 'Pembentukan Masyarakat Global : Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru' akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail PWTC.
Forum tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi Isnin kemudian disusuli ucaptama oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk kedutaan asing dalam negara, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri, pemimpin parti-parti komponen, wakil Kelab UMNO Luar Negara dan para penganalisis politik dijangka hadir. Forum tersebut akan ditutup oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kaum muslimin yang hadir Perhimpunan Agung UMNO kali ini berpeluang untuk pertama kalinya menunai solat Jumaat di Surau Ar-Rahman PWTC yang akan disambung ke Dewan Tun Razak bagi menampung lebih ramai jemaah.

Ibupejabat UMNO telah menyiapkan beg perwakilan, kad perwakilan, kad pemerhati dan kad petugas media bagi digunakan pada sepanjang perhimpunan tersebut.
Turut hadir pada sidang media itu Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh; Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar; Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri, Nor Azitah Abdul Rahman dan Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda, Saiful Hazizy Zainul Abidin.
Berikut adalah acara sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2010
FORUM ANTARABANGSA
Tajuk: "The Creation of Global Citizen: Media Liberalization and New Political Realities"
Tarikh: 18 – 19 Oktober 2010
Tempat: Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC
Butiran Forum:
PERASMIAN FORUM ANTARABANGSA 2010
Tarikh: 18 Oktober 2010 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat: Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC
Dirasmikan : Timbalan Presiden UMNO
Ucaptama : YABhg.Tun Dr. Mahathir Mohamad
FORUM ANTARABANGSA 2010 (HARI KE-2)
Tarikh : 19 Oktober 2010 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC
Penutupan : Presiden UMNO
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010




MAJLIS TAKLIMAT PRESIDEN (TERTUTUP)
Tarikh: 19 Oktober 2010 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
PERASMIAN SERENTAK PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO
Tarikh: 19 Oktober 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 malam
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Dirasmikan: Timbalan Presiden UMNO
PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO
Tarikh: 20 Oktober 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: i. Pergerakan Wanita
(Dewan Tun Hussein Onn, PWTC)
ii. Pergerakan Pemuda
(Dewan Merdeka, PWTC)
ii. Pergerakan Puteri
(Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC)
UPACARA NAIK BENDERA DAN MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010
Tarikh: 21 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Dirasmikan : Y.A.B Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak
Presiden UMNO
JAMUAN MAKAN MALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010
Tarikh: 21 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat: Dewan Tun Razak 1
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010 (HARI KE-2)
Tarikh: 22 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (HARI KE-3)
Tarikh: 23 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

Akhirnya Anwar buka mulut....................

Posted: 14 Oct 2010 06:00 PM PDT


Akhirnya Anwar buka mulut fasal sokong Nurul Izzah atau tidak...



Sejak PKR berdepan proses pemilihan pimpinan parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup mulut mengenai anaknya Nurul Izzah yang mengumumkan mahu bertanding jawatan naib presiden.

Sebelum itu pun ketika kecoh-kecoh kononnya Azmin Ali berkempen mendakwa mendapat sokongan Ketua Umum PKR itu, Anwar menegaskan beliau ambil keputusan tidak beri sokongan kepada mana-mana calon.

Bagaimanapun, banyak pihak tertanya-tanya adakah Anwar menyokong Nurul Izzah tambahan pula Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tiba-tiba mendapat sokongan Datuk Zaid Ibrahim jika bekas puteri reformasi itu mahu bertanding jawatan nombor dua.

Anwar juga membisu dan tidak pernah mengulas kesediaan Zaid memberi laluan kepada anaknya.

Di sebalik itu, ada pihak sudah mengaitkan bakal wujud nepotisme dalam PKR jika Nurul Izzah bertanding dan menang kerana ibunya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dijangka kekal sebagai Presiden PKR.

Namun, selepas kontroversi ekoran keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) mendakwa Nurul Izzah tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden, Anwar akhirnya buka mulut apabila Agendadaily mengemukakan soalan sama ada beliau menyokong anaknya itu atau sebaliknya.

Walaupun tidak menyatakan sokongan secara terbuka, tetapi bahasa badan dan gaya pertuturan Ketua Pembangkang itu nampak beliau merestui Nurul Izzah bertanding sama ada jawatan nombor tiga atau nombor dua.

Ketika soalan Agendadaily megenai pendapat peribadinya terhadap keputusan Nurul Izzah bertanding, Anwar cuba berseloroh di depan wartawan dan jurugambar yang berada di tempat sidang media di Lobi Parlimen, Khamis.

"Saya sokong dialah (Nurul Izzah), sebab itu jadi calon Lembah Pantai," ujar Anwar dengan lembut bukannya bernada sinis seperti kerap dilakukan apabila wartawan Agendadaily mengemukakan soalan padanya dalam mana-mana sidang media.

Bagaimanapun, katanya, soal sama ada beliau menyokong anaknya bertanding timbalan atau tidak, perlu diputuskan Nurul Izzah sendiri dengan mengambil kira apakah yang terbaik untuknya lakukan.

Anwar sekali lagi menegaskan keputusannya sebelum ini tidak memberi sokongan kepada mana-mana calon.

Katanya, calon harus mematuhi syarat serta mendokong hasrat parti dan menunjukkan kesetiaan kepada parti serta bersedia dengan agenda perubahan yang mahu dibawa kelak.

"Tolong jangan bawa soal saya dengan Nurul Izzah," ujar Anwar cuba mengelak daripada dikaitkan beliau menyokong anaknya itu.

Beliau memberi alasan tidak mahu campur kerana sudah ada blog dan pimpinan parti cuba mengaitkan nepotisme dalam proses perebutan jawatan tersebut.

Sungguhpun begitu Anwar mengambil peluang pada sidang media itu memuji Nurul Izzah.

"Nurul Izzah matang...bijak. Biar beliau putuskan. Jangan pertikai atau salah anggap kebolehannya dia. Dia pun tahu orang benar-benar sokong dia atau permainkannya. Saya bangga dengan dengan dia. Dia ada penyokong setia," katanya.

Sebagai bapa katanya, beliau tahu Nurul Izzah seorang yang independent.

"Saya ayah dia. Tetapi dia bebas untuk berfikir, beliau boleh memutuskan sendiri.Malah kesemua ahli boleh mengambil keputusan sendiri," kata Anwar lagi.

Itulah Anwar. Sentiasa bijak memanipulasi masa keadaan. Walaupun tidak mahu campur tangan soal pemilihan tetapi jawapannya menggambarkan beliau seolah-olah merestui Nurul Izzah bertanding pada pemilihan utama PKR November ini.

Sebelum ini, JPP mendapati Nurul Izzah tidak layak bertanding jawatan nombor dua kerana hanya memperolehi satu undi tetapi tengah hari Khamis, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa ahli parlimen Lembah Pantai itu layak kerana memperoleh minimum dua pencalonan.

Beliau mengesahkan perkembangan itu ekoran keputusan Biro Politik parti malam tadi bersetuju menerima laporan pencalonan yang lewat diterima daripada cabang Semporna, Sabah.

Semalam, beberapa pihak mendakwa wujud konspirasi dan sabotaj untuk menghalang Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.

Mengulas perkara itu, Anwar berkata Biru Politik menerima pandangan pelbagai pihak dan memanjang tempoh untuk cabang-cabang mengemukakan keputusan pencalonan sehingga jam 12 tengahari Jumaat walaupun tempoh sebenar pada Ahad lalu.

Nurul Izzah sebelum ini menerima pencalonan bagi jawatan timbalan presiden daripada cabang Keningau dan terbaru daripada cabang Semporna.

Bagaimanapun, Nurul Izzah masih membisu sama ada mahu menerima pencalonan bagi jawatan tersebut kerana sebelum ini beliau sudah bersedia berentap jawatan Naib Presiden.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai laporan polis oleh Rahimi Osman dan kenyataan ahli parlimen Bebas Wangsa Maju Wee Chee Keong mengenai isu akuan bersumpah, Anwar mengakui beliau memang ada di Hotel Quality Shah Alam seperti didakwa Wee.

Bagaimanapun katanya, apa dikatakan Wee tidak ada kena mengena dengan beliau sebaliknya perkara tersebut antara ahli parlimern itu dengan peguam Lathefa Koyya.

Ketika ahli parlimen Batu Tian Chua yang berada di sebelahnya cuba menjelaskan perkara itu, Anwar mencelah 'tak payah jawab'.

Beliau menyifatkan perkara itu bukan isu sebaliknya mendakwa perkara itu dibangkitkan kerana ada pilihan raya kecil selain perbicaraan kes liwatnya.

"You peguam (Wee)...You jawablah. Jangan tanya saya," ujar Anwar sambil menjelaskan kehadirannya di hotel itu kerana program Pemukiman PKR..14/10/2010

Oleh: ROSLAN BIAN

TERKINI : CALON GALAS

Posted: 14 Oct 2010 05:57 PM PDT

Gua Musang Umno secretary Abdul Aziz Yusof, 49, is among the few who were speculated to be fielded as the BN candidate for the Galas state by-election scheduled for Nov 4.

Pandangan ahli diutamakan


2010/10/15

GUA MUSANG: UMNO bahagian Gua Musang akan mendapat pandangan ahli jawatankuasanya terlebih dulu mengenai bakal calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November depan.

Ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pandangan itu penting bagi membolehkan hanya calon terbaik, mempunyai rekod bersih dan diterima rakyat mewakili BN.

Katanya, selepas mendapatkan pandangan dan dipersetujui semua ahli jawatankuasa bahagian itu maka nama bakal calon akan diserahkan kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN untuk membuat keputusan.

"Saya tidak ada kuasa untuk mengumumkan calon BN, sebaliknya diserahkan kepada Perdana Menteri yang juga presiden parti untuk berbuat demikian," katanya sebaik tiba di Dewan Rakyat Bukit Chekati bagi mesyuarat Khas UMNO Bahagian Gua Musang, petang semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusoff Ab Ghani; Ketua Wanita UMNO bahagian, Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Noor; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian; Bazlan Baharudin dan Setiausaha UMNO bahagian, Ab Aziz Yusoff.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober untuk penamaan calon manakala 4 November bagi pembuangan undi DUN Galas.

Tengku Razaleigh berkata, beliau yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Galas BN berkata, amanah diberikan kepadanya memerlukan kerjasama semua pemimpin pelbagai peringkat bagi menggerakkan jentera parti.
"Persediaan itu bukan saja di peringkat UMNO bahagian, tetapi kita turut mengharapkan jentera peringkat akar umbi dapat berjalan dengan baik dan lancar," katanya.

Ditanya mengenai PAS yang sudah mula bersiap sedia, Tengku Razaleigh berkata, hasil laporan diterimanya turut menunjukkan BN bersemangat menghadapi pilihan raya kecil itu.

Pengikut