Isnin, 11 Oktober 2010

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


BN mahu menang majoriti besar di Galas

Posted: 11 Oct 2010 07:53 PM PDT

Posted: 11 Oct 2010 09:15 AM PDT

PM AKAN UMUM CALON BN BAGI GALAS SELEPAS PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Posted: 11 Oct 2010 09:13 AM PDT

Posted: 11 Oct 2010 09:09 AM PDT

Posted: 11 Oct 2010 08:56 AM PDT

UMNO TAK PERNAH PINGGIRKAN TENGKU RAZALEIGH

Posted: 11 Oct 2010 08:55 AM PDT

Posted: 11 Oct 2010 08:52 AM PDT

Posted: 11 Oct 2010 08:50 AM PDT

Posted: 11 Oct 2010 08:39 AM PDT

Posted: 11 Oct 2010 08:38 AM PDT

Posted: 11 Oct 2010 08:34 AM PDT

FELDA tetap bayar wang tanam semula kepada peneroka

Posted: 11 Oct 2010 05:44 AM PDT

Arahan bayar RM1,700 selari dasar FELDA

Posted: 11 Oct 2010 05:03 AM PDT

Calon BN bagi Galas diumum selepas Perhimpunan Agung UMNO

Posted: 11 Oct 2010 05:02 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


TERKINI : 3 LAGI MANGSA KEMALANGAN DI LEBUH RAYA TERKORBAN

Posted: 10 Oct 2010 11:14 PM PDT


Al-Fatihah dan Takziah buat keluarga mangsa. Di doakan agar rohnya di tempatkan di kalangan orang soleh dan soleha.

TRAGEDI DI LEBUHRAYA . TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA.

Posted: 10 Oct 2010 11:12 PM PDT

YAB Ketua Menteri Melaka bersama-sama keluarga mangsa di Hospital Melaka.

DUN GALAS : PAS TARIK DIRI ?

Posted: 10 Oct 2010 06:01 PM PDT

Galas - PAS jerut batang tengkuk sendiri !!!


PAS baru-baru ini mengejutkan kita apabila Tok Gurunya Nik Aziz Nik Mat meletakkan syarat-syarat tertentu untuk mana-mana ahli yang ingin menjadi calon di DUN Galas menentang BN.
Mana-mana ahli yang ingin bertanding haruslah melalui proses pemilihan untuk diteliti oleh Majlis Syura Ulama' PAS sebelum diputuskan sebagai calon PAS di DUN Galas tidak lama lagi. Antaranya yang dipilih WAJIB mempunyai kriteria seperti berikut;
1. Tidak merokok
2.
Tidak meninggalkan solat
3.
Tidak pernah berpoya dengan perempuan
Faktor calon yang bertanding adalah kunci utama yang menentukan nasib PAS di DUN Galas ini. Ia adalah apa yang kita faham daripada kenyataan kepimpinan PAS pusat sendiri. Peliknya, apa yang mendorong Tuan Guru sehingga meletakkan 3 syarat tersebut?
Sehingga kini PAS masih belum lagi menentukan calon yang dipilih, malah pula ada ura-ura mengatakan bahawa PAS tidak bertanding pada kali ini. Ini menunjukkan PAS sangat sukar mencari calon yang mempunyai ketiga-tiga criteria tersebut sebagaimana disyaratkan oleh Tuan Guru, Nik Aziz.
Kenyataan PAS menunjukkan sehingga petang semalam, mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat masih belum memutuskan siapa calon yang bakal ditonjolkan.
Akhirnya dalam laman Harakah semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi gambaran seperti yang kita bayangkan ketika ditanya selepas bermesyuarat di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia.
Katanya,
"…kami belum dapat menetapkan calon yang akan bertanding buat masa ini." :D
Kini fahamlah kita mungkin 3 kriteria di atas merupakan masalah kepada PAS untuk menentukan siapa yang layak bertanding sebagai calon PAS menentang Ku Li jika dipilih. Bolehkah PAS memastikan calonnya bersih daripada kriteria di atas lebih-lebih lagi yang bernombor 2 dan 3 itu?
Tepuk dada tanyalah PAS……

DARI SARAWAK : Anwar didahulukan, Nik Aziz disusukan...?

Posted: 10 Oct 2010 05:58 PM PDT

Kecoh lagi, kecoh lagi...

Meskipun meletup dengan beberapa 'adegan' kecoh di semenanjung, namun seperti yang dikatakan Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil, kekecohan tersebut tidak menggambarkan kelemahan PKR.

Betul tu! Bukan kelemahan tapi kelucahan.Yang paling lucah adalah kisah di Kota Raja, bila calon ketua cabang S Kottappan di masukkan ke hospital kerana ditumbuk. Mungkin bertumbuk dengan sambal belacan, atau ditumbuk oleh lesung batu…hahaha

PKR di Sarawak ada juga cerita lucah, bila mesyuarat cabang Saratok, Lubuk Antu dan Serian yang sepatutnya diadakan pada 2 Oktober terpaksa ditunda ke hari lain yang akan ditentukan PKR pusat.

Pssst…Orang kuat Dominique Ng di Padungan berkata, kononnya ada masalah 'teknikal' oleh pihak PKR pusat. Tapi ramai ahli yang emosi disebabkan kelucahan teknikal yang dimaksudkan.

Ada ahli sampai hempas kerusi dan sengaja menabur sampah merata-rata kerana tidak puas hati. Tapi tidak sampai bertumbuk sambal belacan seperti di Kota Raja.

Dikabarkan, ada kalangan ahli PKR Sarawak berasa kurang senang sebab "Anwar didahulukan, Nik Aziz disusukan...". Sampai terkeluar kenyataan spontan dikalangan ahli yang mengatakan 'tidak mahu dijajah parti politik semenanjung…?

Alamak! Makin bertambah pening lah Bang Nuar dibuatnya… Harap-harap KY Jelly dapat membantu.

Anwar didahulukan,

Nik Aziz disusukan...

Biarlah mereka dengan rambu-rambanya, 
yang penting BN/UMNO tetap bersatu!

P/S: Iklan berbayar dari KY Jelly.

DARI SARAWAK : pemimpin sendiri amal politik busuk!

Posted: 10 Oct 2010 05:52 PM PDT

Ahli PKR dedah bukti pemimpin sendiri amal politik busuk!

Ketika PAU yang lepas, bukan sedikit puak penyokong lebih-lebih lagi PKR kecoh buruk-burukkan UMNO kononnya pemilihan parti mengamalkan politik wang. Begitu juga ketika pilihanraya kecil yang ditandingi UMNO, semuanya mengamalkan politik wang. Itu kata penyokong dan pencacai PKR.

Akhirnya, pekung PKR pun terbuka. Yang dedahkan amalan busuk PKR pulak adalah orang sendiri bukan orang lain, jadi apa yang UMNO pernah kata tentang sifat-sifat kepimpinan parti mereka sebelum ini tidak silap walau sedikitpun...

Dalam pemilihan PKR Pusat kita melihat bermacam jenis perbuatan cantas-mencantas, memfitnah, memburukkan malah bertumbuk sesama sendiri. Saifudin Nasution pula memainkan peranan sebagai spekulator terkemuka dunia dengan mengaitkan UMNO dalam maslah dalaman parti.

Nah! sekarang lihat, siapa lagi gila kerana pangkat, kedudukan dan wang ringgit. Kalau dah rakan seperti sendiri pun berlaku perbuatan macam ni, fikirkan pula apa yang boleh dibuat pada orang lain?

Petikan berwarna biru di bawah adalah sebahagian posting
(bahagian yang menarik) yang diambil daripada blog chegubard.blogspot. Artikel penuh sila rujuk link.

Dalam pemilihan Naib Presiden, keadaan sekarang macam Summerslam. Ramai sangat yang nak ajdi Naib Presiden, tapi dalam pandangan aku…hanya beberapa orang saja yang mempunyai kaliber untuk jadi Naib Presiden. Yang lainnya…saja nak menyemak. dan yang lebih leceh lagi, ada diantara Calon Naib Presiden ini syok sendiri.
Semalam, Dolah Sani buat perjumpaan dengan ahli PKR Kuala Kangsar dan Sg. Siput untuk berkempen supaya menyokongnya sebagai Calon Naib Presiden.
Cara dia berkempen pun sudah memualkan. Kalau macam inilah orang yang akan menjadi Naib Presiden PKR…buat malu saja.
Dolah Sani berkempen macam nak lawan Umno. Dan dia pun buat macam Umno. Kempennya bukan hendak menerangkan visi dan misinya, tapi memfitnah orang lain.
Dollah Sani kata, Cabang Ipoh Timor dan Ipoh Barat dapat lima ribu sorang dari Zaid. Betul atau tidak, aku tak tau…tapi kedua-dua Cabang ini mencalonkan Mustaffa Kamil.
Dalam perjumpaan itu juga, aku diberitau, Chegu Bard mendapat RM400,000 dari Zaid. Fuiyoo!! Kalau macam tu, pemilihan lagi sekali aku gerenti nak bertanding. Boleh buat duit ooo!!
Cerita orang tu bagi duit, orang ni bagi duit…semakin memualkan. Hari tu, Ketua Wanita Perak marah kat aku pasai aku bocorkan cerita dia dalam mesyuarat. Dia kata semua Cabang dapat lima ribu dari Zaid. Bila aku tulis dalam blog, dia kata dia cuma menyampaikan apa yang diceritakan oleh Zuraidah. Zuraidah pun dua kali lima macam Dolah Sani. Cerita la macam mana nak memberdayakan Wanita PKR. Ni dok cerita pasai orang tu bgai duit, orang ni bagi duit. Tapi nak kata apa…itulah standard Ketua Wanita PKR.
Semasa aku bercuti lima hari dari menulis, aku jenguk juga pejabat PKR kat Tropicana. Kat situ aku jumpa seorang Wanita PKR Pusat. Dia marah kat aku sebab aku promote Animah Ferrar untuk melawan Zuraidah sebagai Ketua Wanita. Astaghfirullahilazim!!! bila masa aku sebut Animah Ferrar??
Boleh check balik dalam semua posting yang aku buat…aku tak pernah sebut nama Animah Ferrar. Yang pernah aku sebut mungkin Team Ferrari.
Walaubagaimanapun, sapa nak lawan pun mampuih pi la. Tunggu malam esok atau hari Isnin. Lepas tu baru aku sambung Dream Team aku.
Aku bercuti selama lima hari sebab ada orang gila nak buat projek the Third Force. Dia minta aku tulis project paper dan menghuraikan apa yang dalam kepala aku. Secara dasarnya, aku bagi posting-posting yang pernah aku buat. Kerajaan Maya Rakyat, Kampung Direct Investment, Universiti Maya Rakyat. Semuanya idea gila…tapi siapa sangka…rupanya ada orang gila yang minat dengan idea gila.
Bayangkanlah, kalau chegubard saja boleh dapat rm400,000 daripada Zaid, berapa yang Azmin boleh dapat daripada Anwar? Maka tak mustahillah Azmin mampu memiliki sebuah kereta Proton Saga Megavalve 1.3i berwarna merah seperti dalam gambar...


Bukan kereta sendiri agaknya, mungkin saja nak bergaya dengan harta orang lain.

PANDANGAN KEDUA : Bolehkah taruh harapan kepada Sekolah Harapan

Posted: 10 Oct 2010 05:19 PM PDT

Bolehkah taruh harapan kepada Sekolah Harapan
Dr Fatimah Abdullah

Isu buang bayi, kehamilan luar nikah dan pelbagai masalah sosial khususnya di kalangan remaja hebat diperkatakan baik oleh para menteri, isteri menteri, ahli politik dan ahli ahademik mahu pun masyarakat umum. Pelbagai saranan, pendapat, cadangan dan program baik yang masuk akal dan munasabah mahupun yang "separuh masak" dan dangkal dilaporkan di akhbar serta radio dan televisyen.

Inilah masalah yang melanda negara kita. Bukan setakat masalah sosial yang melanda tetapi masalah kecelaruan pemikiran pada pemimpin mengenai sesuatu isu dan bagaimana menanganinya. Inilah masalahnya apabila ada golongan yang sangat cepat mengeluarkan idea tetapi tidak berlandaskan fakta daripada penyelidikan yang terperinci. Walau pun masalah ini telah dikesan sejak sekian lama tetapi dek kerana sikap "ambil mudah" dan "tidak serius" maka masalah sosial itu berterusan atau berulang. Saya pernah ditanya oleh wartawan Berita Harian pada tahun 1996 mengenai isu buang bayi, tetapi setelah lebih 10 tahun masalah berkaita bukan sahaja tidak selesai atau berkurangan bahkan makin meningkat.

Sehingga ini tidak ada penyelidikan yang serius mengenai isu kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi walaupun ramai yang sedar masalah itu makin membarah. Saya dan beberapa orang rakan dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan penyelidikan mengenai kehamilan luar nikah selama dua tahun (dari 2008 hingga 2009) dengan peruntukan Geran Penyelidikan Universiti yang bernilai RM70,000 itu telah dipotong kemudiannya. Menjangkakan sukarnya untuk mendapat data mengenai hal tersebut, kami telah bersetuju untuk mengambil kes yang dirujuk di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja. Atas beberapa sebab semua kes yang direkodkan dari tahun 2004 hingga 2008 sahaja yang telah kami ambil.

Mendapatkan geran penyelidikan untuk mengkaji isu-isu berkaitan masalah sosial kurang mendapat tempat. Proposal penyelidikan selalu ditolak oleh penal penilai dengan alasan tidak ada "produk yang boleh dikomersialkan". Walaupun geran yang dipohon jarang mencecah jutaan ringgit sebagaimana penyelidikan dalam sains dan teknologi tetapi kebanyakannya ditolak atas alasan tadi. Demikianlah nasib proposal penyelidikan dalam bidang sains sosial kerana statusnya yang dipandang lebih rendah daripada bidang sains tulin dan gunaan. Pernah orang membuat "lawak" dengan berkata "oh penyelidikan so sial" (sangat sial).

Mengetahui kami ada menjalankan penyelidikan mengenai kehamilan luar nikah, salah sebuah agensi kerajaan telah menunjukkan minat terhadap penyelidikan kami. Atas minat dan saranan yang ditunjukkan oleh agensi tersebut jugalah satu kertas cadangan penyelidikan telah dikemukakan. Malangnya setelah hampir dua tahun, pihak berkenaan masih berdiam diri tidak menyatakan sama ada masih berminat atau tidak dengan proposal penyelidikan berkenaan. Antara jawapan yang diberikan ialah tiada ada wang, tidak boleh diberi terus kepada satu kempulan penyelidik sahaja dan perlu dibuat tender terbuka. Perkembangan terbaharu ialah pegawai yang ada di jabatan berkenaan diminta membuat kajian dan dan menganjurkan program sendiri bagi ujuan menangani isu tersebut.

Itulah sebahagian daripada senario yang berlaku di negara kita. "Malaysia boleh", semua orang boleh membuat apa sahaja, dalam konteks ini pegawai yang tidak ada latar belakang sosiologi, antropologi atau psiokologi dipertanggung-jawab untuk menjalankan penyelidikan dan program bagi menangani masalah sosial yang serius itu. Dia sebabkan kurang kompetennya dan tidak ada pengalaman menjalankan penyelidikan, beliau meminta jasa baik kami agar memberikannya salinan soalselidik yang telah digunakan dalam penyelidikan kami bagi memudahkan kerjanya. Persoalannya ialah di mana "ethics" agensi kerajaan yang berpegang kepada prinsip keislaman? Ini adalah satu contoh kepincangan yang berlaku. Bagaimana hasil penyelidikan boleh dianggap boleh dipercayai dan sah jika penyelidik tidak berpegang kepada etika penyelidikan dan tidak tahu prosedur dalam penyelidikan sosial. Patutlah banyak masalah sosial tidak selesai malah bertambah serius kerana bukan sahaja pihak yang bertanggung-jawab tidak serius dengan masalah yang melanda masyarakat malah menjalankan kajian pun "pakai ikut suka" sahaja.

Menangani masalah kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi bukan sekadar membuat program dan kempen serta menyediakan sekolah untuk remaja yang berkaitan. Ini kerana langkah ini bukan sahaja berat sebelah kerana si lelaki yang bertanggung-jawab menyebabkan kehamilan dan bersubahat membuang bayi berkemungkinan besar terlepas dan tidak menjalani apa-apa program pemulihan. Selain daripada persoalan penyelidikan sosial yang tidak dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana kos penyelidikan yang dikatakan mahal walaupun hakikatnya tidak pun mencapai jutaan ringgit, kaedah menanganinya dibuat "ikut suka" tanpa perancangan yang teliti dan didasarkan kepada data atau fakta daripada penyelidikan menjadi antara sebab mengapa masalah sosial di negara ini tidak selesai-selesai malah makin bertambah.

Sebagai seorang yang terlatih dalam bidang sains sosial (sosiologi keluarga), saya kira sudah sampailah masanya pihak berkuasa meneliti semula apa yang telah dilakukan selama ini dalam menangani masalah sosial remaja dan masalah sosial yang lain. Bolehkah di letakkan harapan kepada Sekolah Harapan di Melaka itu? Apakah program atau kurikulum yang dirancangkan untuk penghuninya? Sudahkah dibuat kajian yang rapi dan terperinci sebelum sekolah itu dibuka? Ini kerana mereka yang bakal menjadi penghuninya sudah pasti datang dari latar belakan keluarga, sosioekonomi dan etnik yang berbeza. Sebab mereka hamil juga berbeza; ada yang disebabkan rogol, paksaan, sumbang mahram atau suka sama suka.

Saya berpendapat bahawa meletakkan para remaja di institusi bukanlah satu penyelesaian kepada masalah berkenaan. Saya kira semua pihak harus sedar dengan hakikat atau kenyataan sebenar dalam hidup. Remaja yang terlibat harus kembali kepada keluarga. Keluarga dan komuniti perlu memikul tanggung-jawab membimbing remaja-remaja berkenaan. Semua pihak baik remaja yang terlibat, keluarga mereka, komuniti di mana mereka tinggal dan membesar serta pihak berkuasa perlu berganding bahu menangani isu tersebut. Walau pun akan ada sebahagian daripada ahli komuniti yang mencemuh tetapi itu adalah perkara biasa dalam kehidupan. Keluarga mesti memikul tanggungjawab membimbing anak anak di samping mendapatkan kerjasama daripada komuniti dan komitmen kerajaan harus diberikan secara berterusan. Biarlah remaja kembali kepada keluarga, hidup dan memikul tanggung-jawab sebagai ahli keuarga dan komuniti sehingga mereka melahirkan anak dan membesarkan anak yang dilahirkan itu. Beri mereka kemahiran untuk membuat kerja produktif di samping didikan agama dan pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif dan penjagaan bayi. Ini penting agar mereka dapat meneruskan kehidupan yang normal dalam keluarga dan komuniti setelah melahirkan anak, dan mempunyai cukup sumber pendapatan bagi menampung hidup tanpa perlu menyerah anak kepada ibu bapa angkat.

Seperti yang dinyatakan di atas, ibu bapa dan keluarga mungkin malu dengan apa yang berlaku. Ahli komuniti pula mungkin memandang serong. Akan tetapi ini adalah perkara biasa dalam kehidupan. Kesilapan dan dosa yang telah dilakukan adalah pengajaran untuk memperbaiki kehidupan seterusnya bukan sahaja oleh remaja berkenaan, malah kesilapan yang yang telah berlaku itu juga sebahagiannya disebabkan oleh kesalahan dan kelemahan keluarga, komuniti/masyarakat dan pemerintah juga yang lalai dengan tanggung-jawab mereka. Saya kira tentunya lebih silap lagi jika ibu bapa menyerahkan cucu mereka kepada orang lain atau mengambil bayi yang dilahirkan sebagai anak angkat sedangkan bayi itu adalah cucunya sendiri dan orang yang kemudiannya dipanggil kakak itu sebenarnya si ibu kandung. Lebih parah lagi ialah jika bayi itu dinasabkan kepada datuknya. Akan tetapi inilah hakikatnya yang telah dan sedang berlaku dalam masyarakat apabila keluarga memberitahu jiran tetangga yang dia mengambil anak angkat.

Memandangkan remaja yang terlibat perlu berhadapan dengan komuniti dan kehidupan sebenar dalam komunit dan masyarakat yang lebih besar maka saya kira dia perlu meneruskan hidup dalam masyarakat dan bukan melarikan diri atau membawa mereka keluar. Jika dia diberi peluang untuk meneruskan hidup secara normal berserta dengan bimbingan agama dan pengetahuan lain besar kemungkinan semua pihak akan mendapat faedah malah mungkin lebih berkat kerana wujudnya hubungan saling membantu. Sebaliknya jika remaja berkenaan di tempatkan di institusi, dia akan menghadapi masalah apabila keluar dari institusi, apabila dia perlu berhadapan dengan keluarga dan komuniti sekeliling yang mungkin akan terus memandang serong terhadapnya. Dia mungkin berhadapan dengan masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya malah seluruh komuniti. Dia juga perlu menyara hidupnya sendiri, tanpa sokongan ahli keluarga dan komuniti apabila keluarga sendiri "membuangnya". Apabila hidupnya tidak menentu dan terumbang ambing kebarangkalian untuk dia mengulangi episod lama adalah tinggi.

Ibu-ibu muda yang ditemui di rumah perlindungan memberitahu apa sebenarnya yang telah berlaku atau yang mereka lakukan sehingga hamil dan mengandung. Mereka juga menyatakan rasa sedih, kesal dan bersalah dengan apa yang telah berlaku. Malangnya mereka meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat melihat bayi yang dilahirkan kerana ibu bapa telah menyerahkan anak tersebut kepada keluarga angkat dan dia tidak tahu siapa keluarga angkat tersebut. Walaupun sedar akan kesalahan dan dosa yang telah dilakukan tetapi kesedihan itu berpanjangan apabila ibu bapa tidak mahu bercakap dengan mereka walaupun pernah membuat panggilan telefon ke institusi di mana dia di tempatkan. Menurut ibu muda itu dia tidak pasti ke mana dia akan pergi setelah keluar dari institusi tersebut. Bayangkan jika dia terus tinggal dalam keluarga dan komuniti, dia akan dapat meneruskan hidupnya secara normal, malah bayi yang dilahirkan itu juga boleh mendapat jagaan, perlindungan dan kasih sayang daripada ibu, datuk nenek dan saudara mara dekat. Sokongan sosial dari keluarga dan komuniti sangat penting kepada ibu muda dan anaknya itu. Justeru, sudah sampai masanya ibu bapa perlu mengenepikan rasa malu dan menjaga "air muka" sendiri tetapi mengabaikan tangggung jawab menjaga dan memberi sokongan kepada anak dan cucunya. Ini kerana kesilapan sianak sedikit sebanyak ada kaitan dengan kelalaian ibu bapa juga.

Pada saya sekolah harapan hanya sebuah projek peribadi tidak mempunyai asas yang kukuh dalam usaha menangani masalah sosial. Mungkin ramai yang tidak bersetuju tetapi ini adalah pandang saya berdasarkan alasan di atas. Dalam menangani masalah sosial, penyelidikan sosial yang terperinci dan sistematik perlu dilakukan dengan serius. "Bank data" mengenai isu sosial perlu dikumpul dengan sistematik agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan kepada kumpulan sasar sebelum dasar sosial digubal. Jika pihak berkuasa boleh menghabiskan jutaan ringgit untuk program-program seperti "Kami Prihatin" maka apa sangatlah nilai bagi geran penyelidikan sosial yang jauh lebih rendah. Saya bimbang kos sosial akan meningkat pada masa depan jika pihak berkuasa tidak serius dengan masalah sosial yang sedang melanda sekarang. Justeru, bolehkah kita menaruh harapan kepada sekolah harapan?

Penulis adalah mantan Prof Madya dalam bidang Sosiologi Keluarga di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

JANJI PILIHANRAYA 2008 MANA DIA?

Posted: 10 Oct 2010 05:13 PM PDT

Azizan tidak tunai janji dalam manifesto, kata ahli PAS Kedah

Saya amat kesal dengan beliau (Azizan) yang sengaja membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air bermula 1 Okt lalu," katanya

Pembangkang menangguk di air keruh isu ucapan 2 pengetua Oleh Ridzuan Yop

Posted: 10 Oct 2010 05:07 PM PDT

Pembangkang menangguk di air keruh isu ucapan 2 pengetua

Pengetua rasis: Lim kemuka usul di Dewan Rakyat - Malaysia Kini.
Okt 8, 10 4:17pm

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menghantar satu usul kepada speaker Dewan Rakyat untuk membahaskan kes dua guru besar didakwa menghamburkan kata-kata perkauman dan berbentuk penghinaan kepada pelajar-pelajar mereka pada Ogos lalu.

Lim berkata usul berkenaan terpaksa dikemukakan kerana selepas 57 hari berlalu, kerajaan gagal bertindak.

"Ini satu tamparan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat gesaan antarabangsa berhubung keganasan, toleransi sifar terhadap perkauman dan polisi 1Malaysia," kata Lim.

Usul berkenaan, kata ahli parlimen Ipoh Timur itu dibuat menurut peraturan mesyuarat 18(1) dan dihantar kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Dewan ditangguhkan bagi membolehkan perkara itu dibahaskan.

Berikut kandungan usul berkenaan:

"Bahawa Dewan mengizinkan YB Lim Kit Siang, ahli parlimen Ipoh Timor untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan, iaitu dua orang guru besar dari Kulai, Johor dan Bukit Selambau, Kedah yang melafazkan kata-kata racis dan menghina terhadap pelajar-pelajar mereka di sekolah dalam bulan Ogos tahun ini, sehingga kini tidak dikutuk atau diambil tindakan displin sekeras-kerasnya oleh pihak yang berkenaan selaras dengan semangat 1Malaysia.

"Dua bulan selepas guru-guru besar dari Kulai dan Bukit Selambau berkenaan - yang antara lain, melabelkan pelajar-pelajar bukan Melayu di sekolah mereka sebagai 'pendatang', menggesa pejalar-pelajar kaum Cina supaya 'balik Cina', serta membandingkan benang sembahyang yang dipakai oleh pelajar beragama Hindu sebagai pengikat anjing - menunjukkan sikap rasis tidak sejajar dengan jawatan mereka sebagai pendidik yang berkredibel, timbalan perdana menteri serta menteri pelajaran masih berkeras bahawa beliau tidak berdaya mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan, sebaliknya mengizinkan kedua-dua guru besar yang berkenaan meneruskan tugas mereka seperti sediakala.

"Di samping itu, ketua pengarah kementerian pendidikan yang mengeluarkan pekeliling kepada semua guru-guru besar dan guru-guru dalam bulan Ogos untuk memberikan amaran bahawa 'tindakan akan dikenakan ke atas mereka yang mengeluarkan kata-kata rasis di sekolah', tidak pula mengenakan tindakan displin ke atas kedua-dua guru besar yang berkenaan sehingga kini, menunjukkan tidak wujud iltizam politik atau falsafah pentadbiran yang betul dalam negara ini untuk membanteras ketaasuban perkauman.

"Semua ini merupakan sindiran langsung terhadap tema hari kebangsaan tahun ini iaitu '1 Malaysia Menjana Transformasi' serta membelakangkan perisytiharan 'toleransi sifar terhadap rasisma' Perdana Menteri sendiri.

"Pada masa apabila Perdana Menteri cuba mengamalkan dasar '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Didahulukan', seluruh pasukan pentadbiran beliau nampaknya tidak serius langsung terhadap dasar berkenaan, malah lebih cenderung untuk mendahulukan budaya rasis Biro Tata Negara - atau lebih tepat sekali, Biro Tentang Negara yang meracuni generasi muda dan para pendidik kita selama ini dengan mesej rasis yang songsang dan lebih
merupakan 'Trojan Horse' dalam usaha kita mencapai perpaduan negara.

"Perdana Menteri yang baru pulang dari Mesyuarat Asia-Eropah Kelapan di Brussels telah membangkitkan sekali lagi gesaan beliau di Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini supaya diujudkan pergerakan sederhana global semua agama yang memainkan peranan penting di dunia yang kini menghadapi ancaman melampau. Gesaan ini sesuai sekali diulangi di negara kita sendiri yang kini semakin terancam oleh anasir-anasir ketaasuban rasis dan pelampau agama yang mengancam ketenteraman negara serta menggoncang semangat majmuk yang merupakan batu asas Malaysia."

Dewan Rakyat akan memulakan persidangan kali ketiga bagi penggal ini pada Isnin, 11 Oktober ini.


Oleh Ridzuan Yop

2010/10/11
APAKAH isu sebenar di sebalik dua pengetua sekolah menengah masing-masing di Johor dan Kedah dilaporkan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ketika memberi ucapan di sekolah mereka Ogos lalu, sehingga mencetuskan polemik mengenainya.

Walaupun siasatan berhubung dakwaan itu sudah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pada masa sama, pelbagai pihak kesal kerana ada pihak begitu emosional terutama pembangkang yang mahu pengetua terbabit segera dihukum.
Sudah pasti ada pihak yang sengaja memutar-belitkan isu itu dan tanpa usul periksa menuduh ia berbaur perkauman disebabkan ada pihak yang kurang senang atau menyalahtafsirkan ucapan yang dibuat oleh pengetua terbabit.
Persoalannya, benarkah pengetua berkenaan membuat ucapan sedemikian dan disifatkan oleh pihak tertentu sebagai perkauman atau berlaku provokasi terhadap pengetua terbabit? Pada masa sama tidak dinafikan ia mungkin berpunca daripada beberapa rentetan dan situasi yang berlaku membabitkan pelajar di sekolah itu sebelum ini.

Tugas hakiki seorang pengetua atau guru besar di sesebuah sekolah tidak sekadar memberikan ilmu kepada pelajar, tetapi antara keutamaan adalah mendisiplinkan mereka.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, sendiri dilaporkan berkata, insiden itu hanyalah salah faham. Namun, kenapa masih ada pihak yang mahu mengungkitnya dan beriya-iya mahu pengetua terbabit dihukum?

Sudah pasti ia tidak lebih daripada tindak tanduk pembangkang yang menggunakan apa saja isu bagi menangguk di air keruh. Semua tuduhan pihak terbabit sengaja diputar belitkan bagi membesarkan isu itu demi kepentingan politik sempit mereka sehinggakan ada pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) turut terperangkap sehingga 'menari' ikut irama mereka.
Sebagai penjawat awam, mereka tidak boleh diadili berdasarkan aduan pihak yang tidak berpuas hati dengan pengetua berkenaan atau andaian pembangkang semata-mata.

Selepas usaha pihak terbabit tidak berjaya untuk 'menghukum' pengetua berkenaan, mereka lantas mempolitikkannya dengan menjadikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran sebagai sasaran.

Pembangkang mendakwa kononnya Menteri Pelajaran enggan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua di Kulai Jaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Bagi menolak tuduhan itu, Muhyiddin menegaskan walaupun sebagai Menteri Pelajaran, beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua dan guru walaupun didakwa melakukan kesalahan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata isu itu tidak wajar dipolitikkan lagi kerana ia sudah diselesaikan pada peringkat sekolah berkenaan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sendiri berjumpa dan menyelesaikannya secara baik dengan semua pihak terbabit.

Beliau berkata, semua pihak terbabit terutama pembangkang tidak wajar memanaskan lagi isu itu yang sudah pun reda kerana ia hanya akan membawa kepada perasaan benci membenci antara kaum jika terus berlanjutan.

"Perkara itu sebenarnya sudah diselesaikan oleh semua pihak terbabit di peringkat sekolah lagi dengan kerjasama PIBG sekolah berkenaan. Semua pihak memahami keadaan yang berlaku kerana salah tafsir terhadap ucapan dibuat.

"Kenapa pembangkang memainkan isu ini? Adalah jelas kerana mereka mendapat faedah politik dan saya mempersoalkan keikhlasan mereka dengan melakukan pendekatan terpilih sedangkan isu klip video yang diterbitkan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee jelas mengandungi unsur perkauman," katanya.

Klip video bertajuk Namewee F**k Racism Malaysia NAH! itu merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan memarahi pelajarnya dengan perkataan berbaur perkauman.

Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pembangkang mahu jika Namewee dikenakan hukuman, dua pengetua terbabit juga patut dikenakan tindakan.

Bagaimanapun, katanya, ia adalah dua keadaan berbeza kerana isu perkauman yang dibawa oleh Namewee adalah jelas mengandungi unsur perkauman, hasutan dan boleh menggugat keselamatan negara, berbanding ucapan pengetua terbabit yang jelas disalah tafsir oleh pihak yang membuat aduan.

Namun, katanya, kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengetua, guru besar atau guru yang dengan sengaja membuat kenyataan berbaur perkauman sehingga boleh menjejaskan keharmonian kaum di sekolah dan negara keseluruhannya.

Pas Kelantan 'rampas' tanah rakyat?

Posted: 10 Oct 2010 04:51 PM PDT


SUATU ketika dahulu, Gua Musang yang terletak di pedalaman Kelantan merupakan daerah yang paling 'ditakuti' kerana pernah jatuh ke tangan pemerintahan komunis selama tujuh hari.

Sepanjang pemerintahan singkat itu, komunis menjadikan gua-gua batu kapur di daerah itu sebagai lokasi sulit, selain melakukan pemerintahan kejam sehingga menyebabkan rakyat jelata menderita.

Sepanjang tempoh itu juga, ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Kesan tersebut boleh dilihat melalui peninggalan dan monumen bersejarah seperti lombong-lombong emas, penempatan komunis, kubur di dalam masjid, gua-gua misteri, tokong purba Swee Nyet Keung dan kewujudan kampung baru yang masih kekal sehingga hari ini. Semua itu, saling berkaitan antara satu sama lain.

Salah satu faktor utama Gua Musang menjadi sasaran komunis adalah kerana kawasannya terpencil dan keadaan muka buminya berbukit-bukau serta belum diterokai.

Hari ini, selepas 53 tahun negara merdeka, daerah Gua Musang berubah seiring dengan transformasi negara biarpun kedudukannya agak terpencil. Daerah itu agak pesat membangun kerana terletak di tengah-tengah laluan antara Kota Bharu-Kuala Lumpur.

Sehingga sekarang, Gua Musang masih lagi 'kaya' kerana mempunyai tanah yang amat berpotensi diteroka dan dibangunkan untuk sektor pertanian. Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut adalah peneroka tanah yang datang dari seluruh pelosok negeri Kelantan. Namun, selepas berpuluh tahun tinggal di situ, mereka masih belum mendapat hak atau geran tanah daripada pihak berkuasa tempatan.

Perkara ini sering dibangkitkan oleh penduduk di kawasan tersebut dan lebih menyedihkan apabila ada di antara tanah terbabit didakwa 'dirampas' oleh kerajaan negeri Kelantan untuk dijadikan Ladang Rakyat. Sebagai balasan, rakyat menerima pulangan semula dalam bentuk bayaran dividen bulanan sebanyak RM200.

Persoalannya, apakah tanah itu akan kekal menjadi milik mereka dan sampai bila bayaran dividen tersebut akan dibuat?. Ia merupakan beberapa persoalan yang dilontarkan oleh penduduk kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusof Abdul Ghani dalam satu pertemuan baru-baru ini.

"Bayangkan ada penduduk telah menunggu selama berpuluh-puluh tahun dan ada juga yang telah membayar deposit tetapi sehingga hari ini, mereka tidak diberikan geran. Hairannya, ada penduduk yang baru memohon telah diberikan geran. Kenapa ini berlaku kalau tidak ia ada kaitan dengan politik.

"Saya yakin pada pilihan raya kecil (Pilihan Raya Kecil DUN Galas) kali ini, Pas akan mendapat hukuman daripada penduduk tempatan. Mereka ternyata telah mengkhianati penduduk di Dewan Undangan Negeri Galas," katanya.

Justeru itu, beliau menegaskan masalah tanah yang semakin bernanah dalam masyarakat Gua Musang akan menjadi paksi kepada semua persoalan pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 4 November ini.

"Ambil tanah dan bina Ladang Rakyat, itu nama sahaja...tetapi sebenarnya pemilik sebenar ladang adalah syarikat-syarikat besar. Masalah utama selain daripada pengambilan tanah ialah tidak semua rakyat mendapat hasil, hanya segelintir yang dapat. Tidak sampai lima peratus rakyat dapat, selebihnya yang untung adalah syarikat.

"Tidak seperti kerajaan pusat melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda, rakyat tahu kerajaan memberi tanah ladang dan tanah lot untuk kegunaan mereka dan sebahagian daripada mereka sudah jadi kaya raya. Kita bukan ambil tanah dan beri kepada syarikat yang meraih keuntungan sendiri," katanya.

Ladang Rakyat yang diurus oleh Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan ditubuhkan pada 2006 dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dan sosio-ekonomi negeri.

Bagaimanapun, penubuhan ladang tersebut menimbulkan tanda tanya kerana sehingga sekarang, kerajaan negeri tidak menjelaskan secara mendalam mengenai kedudukan kesemua ladang tersebut, di mana kesemua pesertanya diberikan dividen sebanyak RM200 sebulan.

Menurut laman web perbadanan tersebut, sehingga Oktober 2007, sejumlah 2,973 peserta telah menikmati dividen bulanan hasil daripada pembangunan ladang kelapa sawit.

Peserta Ladang Rakyat pula diambil dari Senarai Keluarga Miskin Negeri Kelantan 2005 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan tambahan senarai daripada pencalonan rakyat miskin yang dicalonkan oleh penghulu dan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dan Penyelia Dewan Undangan Negeri.

Namun, apakah sistem pencalonan peserta tersebut benar-benar telus dan melibatkan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik kerana di kedai-kedai kopi di seluruh negeri khususnya di Galas, jelas kedengaran rungutan mengenai perkara tersebut.

Mohd. Yusof mendakwa, kerajaan negeri hanya tahu mengambil tanah rakyat dan kemudian menjualnya kepada syarikat tertentu untuk mendapatkan keuntungan yang besar tetapi pada masa sama, mengabaikan nasib penduduk yang kehilangan tempat untuk mencari rezeki.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nengggiri itu yakin Pas tidak akan membangkitkan isu royalti minyak pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas.

Ia juga selaras dengan pendirian Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) yang menyokong pemberian royalti minyak.

"Sebelum ini, Pas menaikkan kain pemidang yang menyatakan rakyat Kelantan dikhianati tetapi dua tiga hari lepas, saya tengok Pas telah menurunkan pemidang yang mengecam pembahagian wang ihsan. Nampaknya isu yang mereka gembar-gemburkan tidak didengari langsung oleh rakyat Kelantan kerana tidak ada unsur pengkhianatan," katanya.

Biar apa pun isunya, apakah pengundi di Galas bersedia sepenuhnya untuk menghukum Pas?

Pulau Pinang: Gerakan 'bermasalah' bantu permudahkan DAP , Guan Eng

Posted: 10 Oct 2010 04:49 PM PDT


SELEPAS isu khutbah Jumaat, ada lagi cerita politik menarik di Pulau Pinang yang melibatkan parti pemerintah, DAP. Kali ini mengenai isu duit hasil perjudian bagi membantu orang miskin. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan bahawa wang ihsan dan sumbangan kepada golongan miskin tegar untuk umat Islam ini juga diambil daripada dana yang diperoleh melalui kegiatan lumba kuda. Selain Guan Eng yang tentunya mahu bercakap benar sudah tentu barisan exconya termasuk yang mewakili Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) semestinya tahu kebenarannya.

Betul atau tidak, halal atau haram wang itu, terletak di bahu barisan exco Melayu beragama Islam di dalam kerajaan negeri itu. Isu halal haram sangat sensitif bagi sesetengah orang Islam. Maksud sesetengah ini kerana ada di kalangan mereka yang masih mampu bertolak ansur dalam isu-isu yang sensitif sebegini.

Maka tidak mustahil akan keluar 'dalil' yang mengatakan apa salahnya wang sumber perjudian untuk membantu orang miskin yang beragama Islam? Semua ini kerana peredaran dan perkembangan semasa. Isu doa untuk bukan Islam dalam khutbah Jumaat , wanita bukan Islam masuk ruang solat imam di surau, isu kilang arak dan macam-macam lagi berjaya dihadapi dengan seribu satu macam alasan.

Begitulah kepintaran yang ada bagi melindungi kepentingan politik. Parti politik akan melakukan apa sahaja. Bak kata orang politik menghalalkan cara. Tidak kisahlah apa juga kaedah yang digunakan asalkan orang politik dapat memancing sokongan masyarakat lebih-lebih lagi dalam menghadapi pilihan raya. Jika sumbangan wang ringgit, projek dan sebagainya bagi membantu rakyat dianggap rasuah di satu pihak maka satu pihak lagi juga melakukan perkara yang sama tetapi menganggapnya sebagai dividen antirasuah.

Begitulah politik. Bukan mudah untuk mengekalkan kuasa politik. Maka dalam isu kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP bersama rakan-rakannya PKR dan Pas selepas pilihan raya umum (PRU) lalu, sudah tentu mahu mengekalkan kuasa dalam PRU akan datang. Lebih-lebih lagi selepas Gerakan yang pernah menerajui kerajaan negeri itu selama lebih 38 tahun sebelum kecundang pada 2008 sudah 'mengaku kalah' sebelum 'loceng PRU Ke-13' berbunyi.

Sikap mengaku kalah sebelum berjuang ini menunjukkan sikap mudah patah semangat Gerakan. Memang tidak dinafikan adalah terlalu sukar untuk Barisan Nasional (BN) merampas kembali Pulau Pinang jika semua parti komponennya dalam keadaan lemah. UMNO yang sering menyapu bersih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap kali PRU juga tidak mampu mengekalkan kemenangan 100 peratus pada PRU lalu.

Jika satu kerusi UMNO terlepas kepada Pas adalah satu perkara biasa yang pernah berlaku sebelum ini tetapi kehilangan tiga lagi kerusi (menjadikan empat) adalah sesuatu yang sukar diterima. Begitulah kemerosotan pengaruh yang berlaku dalam parti politik termasuk UMNO. Sebelum ini ketika BN menerima cabaran hebat termasuk semasa projek Tanjong I, Tanjong II dan Tanjong III, UMNO banyak membantu Gerakan untuk mengekalkan kuasa politik BN di negeri itu.

Tetapi pada PRU lalu, ketika UMNO kehilangan empat kerusi, Gerakan dan MCA gagal membantu BN untuk terus menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan utama Gerakan. Sebaliknya Pulau Pinang kini menjadi pangkalan utama DAP. Pada PRU lalu, Gerakan yang diperuntukkan 13 kerusi DUN gagal memenangi sebarang kerusi. Begitu juga MCA yang diperuntukkan 10 kerusi tetapi kalah kesemuanya. Akhirnya tinggallah UMNO satu-satunya komponen BN yang masih bertahan. Apakah kekecewaan Gerakan masih belum terubat sehinggakan Pengerusi Gerakan Negeri, Dr. Teng Hock Nan mengeluarkan kenyataan bahawa BN tidak mampu merampas kembali Pulau Pinang?

BN Pulau Pinang hanya akan kembali berkuasa sekiranya parti-parti komponen BN iaitu UMNO, Gerakan, MCA serta dibantu MIC mampu memberi sumbangan pada PRU akan datang. Begitu juga dengan pakatan pembangkang. Walaupun kuasa sebenar terletak di tangan DAP seperti yang pernah dirasai Gerakan tetapi sokongan PKR juga amat penting. Tidak lupa juga dengan Pas.

Kekuatan PKR dan Pas di kawasan orang Melayu dapat membantu memecahkan penguasaan UMNO sekali gus dapat membantu DAP membentuk kerajaan walaupun hakikatnya, DAP mampu untuk memerintah secara solo sekiranya parti itu bertanding di kawasan-kawasan pilihan raya yang diperuntukkan kepada MCA dan Gerakan.

Tetapi adakah Gerakan mampu berbuat demikian iaitu memerintah secara solo tanpa bantuan rakan-rakan MCA dan UMNO? Kemungkinan itu ada jika dilihat pada awal pemerintahan parti itu di negeri berkenaan. Tetapi untuk tempoh sekarang, ianya amat sukar. Gerakan yang masih berbalah akan menyebabkan tumpuan parti kepada usaha mengembalikan negeri itu ke pangkuan BN terjejas.

Selepas PRU lalu, beberapa masalah melanda parti itu, apatah lagi apabila bekas Ketua Menteri, Dr. Koh Tsu Koon menjadi Presiden Gerakan dan 'menetap' di Putrajaya selepas dilantik menganggotai Kabinet.

Sepatutnya, Tsu Koon dapat memberi sumbangan lebih besar untuk menebus kekalahan diri dan kerajaan negeri pada PRU lalu. Mungkin, Tsu Koon diberi tanggungjawab untuk 'memimpin' Gerakan Pulau Pinang bagi menyelesaikan kemelut yang ada dalam Gerakan.

Jika UMNO boleh meletakkan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden memimpin negeri tertentu, maka tidak ada sebab Gerakan juga boleh berbuat demikian.

Gerakan perlu memainkan peranan sebagai 'pembangkang' yang aktif di Pulau Pinang kerana kekuatan awal parti itu bermula di negeri yang majoriti penduduknya adalah masyarakat Cina. Gerakan perlu memenangi semula hati pengundi-pengundi Cina.

Jika tidak, mungkin untuk percubaan, parti itu menerima saja cadangan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya Gerakan menyerahkan kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen BN lain khususnya MCA dan MIC.

Mungkin UMNO juga boleh mencuba untuk bertanding di kawasan Gerakan untuk melihat sejauh mana, pengundi-pengundi memilih BN bukan atas nama parti seperti UMNO, MCA, Gerakan atau MIC.

Namun, UMNO pada sepanjang masa sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur sekalipun ada ketikanya UMNO akan ditolak secara beransur-ansur oleh pengundi.

Demi menjaga persahabatan atas semangat BN, dulu, kini dan selamanya, UMNO akan sentiasa berkompromi. Maka Gerakan harus berusaha untuk menyelesaikan segera masalah dalaman yang melanda parti itu di Pulau Pinang dan tidak mudah patah semangat atau undur ke belakang sebelum menuju ke medan perang.

Tindakan berundur oleh Gerakan hanya akan memberi ruang lebih luas kepada DAP untuk mengukuhkan kedudukan di Pulau Pinang. Apa yang perlu dilakukan oleh DAP hanyalah memperkukuhkan kedudukan di kawasan yang telah dimenanginya pada PRU lalu.

Pada masa yang sama dengan bantuan PKR dan Pas, parti itu terus berusaha untuk memenangi hati seberapa banyak pengundi Melayu di kawasan majoriti penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Mungkin ini tugas sukar bagi DAP tetapi rakan-rakan PKR dan Pas sudah tentu bersedia untuk bersama-sama Guan Eng.

Isu di Pulau Pinang bukanlah seperti di Kelantan atau Kedah yang diterajui oleh Pas. Maka kenyataan bahawa Pulau Pinang akan terus dikuasai oleh DAP pada PRU akan datang bukanlah satu omongan kosong. Inilah hakikat yang harus ditelan. Keazaman politik DAP dan Gerakan sudah tentu berbeza.

DAP mahu mengekalkan kuasanya yang baru dinikmati selepas era Lim Kit Siang sebagai Setiausaha Agung DAP bertungkus lumus dengan pelbagai program untuk 'menakluki' Pulau Mutiara itu.

Sementara Gerakan pula masih terkejut dengan kehilangan kuasa selepas era kejayaan dan kecemerlangan parti itu di bawah pimpinan Presidennya Dr. Lim Chong Eu. Kini Guan Eng sudah tentu mahu meneruskan 'hayat' politik DAP di Pulau Pinang dan Tsu Koon pula adakah sekadar berpuas hati dengan kedudukannya sebagai Presiden Gerakan tanpa sebarang kerusi di Parlimen dan DUN di Pulau Pinang?

Demokrasi jadi alat politik PEMIMPIN ?

Posted: 10 Oct 2010 04:43 PM PDT


Demokrasi jadi alat politik



Kekecohan semasa pengiraan undi pemilihan ketua dan ahli jawatankuasa PKR cabang Sabak Bernam adalah satu insiden yang sangat tidak 'demokratik' dan 'ganas'.

Sebagaimana yang diketahui umum, demokrasi adalah alat politik. Ia memberikan satu idea kepada para pengamal politik bahawa satu cara terbaik untuk mengurus hal ehwal negara adalah menerusi cara demokrasi yang mana suara majoriti rakyat dikatakan menjadi 'penentu' utama perjalanan pentadbiran dan jangka hayat sesebuah negara.

Negarawan Amerika Syarikat, Abraham Lincoln pernah menyebut bahawa demokrasi adalah 'dari rakyat', 'oleh rakyat', dan 'untuk rakyat'.

Demokrasi sebagai alat politik telah pun menjangkau satu usia yang sangat panjang. Hari ini, amalan demokrasi boleh dilihat di mana-mana di serata pelosok dunia termasuk di Malaysia. Walaupun 'darjah' ketepatan amalan sistem demokrasi di sesetengah negara, misalnya di negara-negara dunia ketiga boleh dipersoalkan, namun secara umumnya, kita boleh menyimpulkan bahawa demokrasi telah diterima umum oleh banyak negara pada hari ini sebagai satu bentuk sistem terbaik dalam konteks pemerintahan negara.

Sungguhpun begitu, secara praktiknya, amalan berpolitik mengikut demokrasi sememangnya tidak mudah sebagaimana yang disangkakan. Ini kerana idea demokrasi itu sendiri wujud di negara Barat dan bukannya di negara dunia ketiga. Memandangkan terdapat beberapa unsur 'kebaikan' yang ada dalam idea demokrasi tersebut boleh dimanfaatkan oleh semua 'warga dunia', satu bentuk penyesuaian (adjustment) amat diperlukan bagi memastikan bahawa pelaksanaan dan amalan sistem demokrasi di negara dunia ketiga tidak memberikan apa-apa implikasi buruk kepada negara dunia ketiga untuk jangka masa panjang.

Sesetengah negara mungkin terpaksa melalui proses 'trial and error' sebelum dapat menyesuaikan diri dengan sistem demokrasi di negara mereka. Malaysia adalah antara negara dunia ketiga yang mengguna pakai sistem demokrasi sebagai alat pemerintahan negara. Sejak mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1957, Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi 'ala-Westminster'.

Walaupun terdapat beberapa pendapat yang cuba 'menyanggah' realiti ini di mana Malaysia seringkali dilabel sebagai sebuah negara 'separa demokrasi', faktor-faktor sejarah, khasnya, perkembangan sistem politik dan pemerintahan negara, termasuk siri-siri pilihan raya umum sejak merdeka dan keupayaan parti pembangkang menguasai beberapa buah negeri dalam Persekutuan Malaysia jelas menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi.

Begitu pun, usaha parti pemerintah yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) untuk 'mendemokrasikan' sistem pemerintahan di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. BN sendiri terpaksa melalui pelbagai liku-liku pahit dan onak berduri demi melihat sistem demokrasi dapat dimartabatkan di Malaysia.

Baru-baru ini, pakatan pembangkang yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seringkali mengkritik keras BN dilihat sudah mula menerima 'tempias' politik secara demokrasi. Proses pemilihan kepimpinan PKR di beberapa tempat di seluruh negara telah dicemari dengan pelbagai insiden yang sangat tidak 'demokratik' dan 'ganas'. Keadaan ini dipanaskan dengan wujudnya calon tertentu yang dikatakan mendapat 'restu' daripada pimpinan tertinggi parti.

Unsur-unsur kronisme dan nepotisme juga kelihatan sangat jelas melalui gandingan 'anak-beranak' yang bertanding merebut beberapa jawatan tertinggi dalam parti, manakala calon yang tidak mendapat 'restu' dipinggirkan. Dalam parti DAP, senario yang hampir sama juga boleh dilihat apabila gandingan 'anak-beranak' menguasai kepimpinan tertinggi parti. Manakala dalam parti Pas pula, calon yang mendapat 'restu' daripada pimpinan tertinggi parti pastinya akan menang.

Apa yang penting bagi mereka ialah kedudukan mereka sebagai pimpinan tertinggi parti 'selesa' dengan sokongan calon yang sebenarnya 'kroni' mereka sendiri. Hasrat untuk melihat calon pilihan penyokong parti menang pasti akan terkubur dengan sendirinya. Bagi mereka, sokongan ahli parti tidak penting. Yang penting adalah kedudukan mereka terjamin. Sokongan ahli parti hanya penting untuk masa-masa tertentu sahaja.

Dengan ini, pakatan pembangkang juga boleh dilabel sebagai 'cakap tidak serupa bikin'. Jika keadaan ini pun boleh berlaku dalam parti pembangkang, ia sudah tentu boleh berlaku dalam mana-mana parti politik di negara ini. Semua senario ini menunjukkan kepada kita betapa susahnya untuk mempraktikkan amalan dan sistem demokrasi dalam konteks politik dan pemerintahan negara. Buktinya ialah, apabila pemimpin parti dipilih dari kalangan 'anak-beranak', 'kroni' dan calon yang mendapat 'restu' orang-orang tertentu yang berkuasa dalam parti, dan sebaliknya bukan oleh penyokong parti, ia adalah sesuatu yang sangat tidak demokratik.

Apakah maknanya amalan sistem demokrasi sekiranya percaturan politik negara ditentukan oleh hanya segelintir orang-orang tertentu yang berkuasa dalam parti dan bukannya penyokong parti ataupun rakyat jelata sendiri.

Sememangnya adalah tidak wajar bagi para 'pengamal' politik untuk mendabik dada dengan mengatakan bahawa "kami faham makna politik dan demokrasi, rakyat apa tau…".

Para 'pengamal' politiklah yang wajar membuka mata dan minda mereka dengan menerima hakikat bahawa rakyat pada hari ini sudah pun 'celik politik' dan bukannya seperti zaman dahulu kala. Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pada hari ini, rakyat lebih 'celik politik' dan lebih memahami makna sistem demokrasi berbanding dengan pemimpin mereka.

Bukti yang jelas bagi menyokong kenyataan ini ialah wujud banyak keputusan-keputusan 'upset' yang tidak dijangka dalam beberapa siri pilihan raya umum dan pilihan raya kecil di Malaysia sejak kebelakangan ini. Satu peringatan bagi para pemimpin politik di negara ini, sekiranya anda mahu memastikan sokongan berterusan rakyat kepada parti yang anda sedang terajui, jadilah seorang pemimpin yang 'celik politik' dan 'faham demokrasi'. Jangan jadi pemimpin yang 'buta politik' dan 'jahil demokrasi'.

Menyebut sesuatu dan memberi label mengenai itu dan ini atas nama demokrasi sememangnya mudah, tetapi untuk mempraktikkan demokrasi sebagai satu bentuk amalan berpolitik dan mengurus negara untuk satu jangka masa yang panjang tidaklah semudah yang disangkakan. Ini kerana demokrasi adalah idea warisan dunia Barat.

Oleh MUHAMMAD AFIFI ABDUL RAZAK

Penulis ialah Pensyarah Sains Politik

dan Hubungan Antarabangsa,

Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian

Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia./td>

ANTARA PORNOGRAFI DAN FITNAH MANA LEBIH BAHAYA?

Posted: 10 Oct 2010 04:41 PM PDT

Banteras pornografi laman web

Oleh LEE FOOK ON

Pengaruh pornografi di Internet harus dipandang serius oleh semua pihak di negara ini. Hal ini pernah dibangkitkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di persada antarabangsa baru-baru ini.

Sejak perkhidmatan Internet diperkenalkan di negara ini pada 1987 dan peningkatan pengedaran dan penjualan VCD serta DVD lucah yang berleluasa, didapati kes-kes jenayah seksual turut meningkat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulisnya kepada Dewan Rakyat, berkata, bilangan jenayah seksual termasuk liwat dan sumbang mahram meningkat hampir 50 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2005. Tahun lalu sahaja, terdapat 4,238 kes jenayah seksual berbanding 3,986 kes (2008), 3,689 kes (2007), 2,943 kes (2006) dan 2,427 kes (2005). Daripada perangkaan ini, kes-kes rogol menduduki tempat teratas.

Pada tahun lalu, sejumlah 3,626 kes rogol telah dilaporkan oleh mangsa kepada pihak polis berbanding 3,409 kes (2008), 3,098 kes (2007), 2,431 kes (2006) dan 1,931 kes (2005). Bagi kes-kes sumbang mahram pula, jumlah kes pada tahun lalu meningkat kepada 385 kes daripada 334 kes pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2007, kes yang dicatatkan ialah 360 kes, 332 kes (2006) dan 294 kes (2005). Perangkaan-perangkaan ini cukup membimbangkan.

Apatah lagi, banyak kes yang tidak dilaporkan. Ini kerana lebih 80 peratus daripada pesalah seksual mempunyai hubungan ataupun mengenali mangsa seperti ahli keluarga, saudara mara dan jiran mereka.

Trend sebegini jelas menunjukkan keruntuhan moral semakin gawat di kalangan anggota masyarakat di negara ini.

Bukan itu sahaja, sekiranya gejala negatif ini tidak dikekang segera, maka ia akan menjejaskan matlamat kerajaan untuk mencapai taraf negara maju pada 2020. Ini kerana sesetengah kakitangan pejabat terutamanya di sektor swasta menggunakan masa pejabat untuk melayari laman-laman sesawang pornografi.

Mereka bukan sahaja menyalahguna kemudahan pejabat dan meningkatkan kos operasi syarikat tempat mereka bekerja, malah daya produktiviti mereka turut terjejas. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugas dan pemikiran mereka menjadi celaru kerana imej-imej lucah sentiasa terpampang di dalam minda mereka. Mereka ketagih menonton gambar-gambar lucah.

Gejala yang tidak sihat ini juga merupakan antara punca berlakunya gangguan seksual di tempat kerja. Antara negara yang telah melaksanakan dasar menapis dan menyekat bahan-bahan pornografi di Internet ialah China, negara-negara Kesatuan Eropah (yang melakukan penapisan ke atas pornografi kanak-kanak), Arab Saudi, Korea Selatan, Australia, Kanada dan India.

Bagaimanapun, untuk menyekat dan mengekang pornografi siber bukanlah mudah seperti yang difikirkan. Ini disebabkan aktiviti-aktiviti 'penjualan tubuh' merupakan aktiviti-aktiviti komersial utama di Internet dan paling banyak di laman sesawang tertentu. Adalah dianggarkan terdapat lebih daripada 1.5 juta laman sesawang pornografi di Internet dan 74 peratus daripada laman sesawang pornografi itu memaparkan diri sebagai laman selamat serta mudah dilayari.

Justeru itu, tindakan Malaysia membangkitkan isu keselamatan Internet termasuk keperluan membendung pornografi kanak-kanak, serta kesan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap nilai budaya di persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ke-18 di Guadalajara, Mexico pada 8 Oktober lalu, disambut baik oleh pelbagai pihak terutama pemimpin dan badan telekomunikasi dunia.

Menurut Rais, beliau akan mengusulkannya dengan mengutus surat kepada Setiausaha Agung ITU, Dr. Hamadoun Toure untuk memastikan cadangan yang dikemukakan Malaysia diambil tindakan sewajarnya.

Selain itu, disyorkan supaya semua kerajaan di dunia mengkehendaki dan mensyaratkan semua laman sesawang pornografi wajib dibayar. Mereka boleh mengusul dan membahaskan syor ini di Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Penetapan sebegini dapat mengurangkan dengan banyak jumlah penonton laman itu. Selain itu, ditetapkan juga agar laman-laman sesawang pornografi menggunakan kata tambahan seperti .sex atau .xxx dan bukan .com. Cadangan ini harus dipertimbangkan. Syarat ini akan memudahkan pihak berkuasa untuk menapis bahan-bahan pornografi.

Selain itu, pendidikan seks yang holistik dan dilaksanakan secara berperingkat amat diperlukan di sekolah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Durex, hanya 36 peratus masyarakat negara ini menerima pendidikan seks di sekolah. Majoritinya memperoleh pengetahuan seks daripada Internet iaitu sebanyak 75 peratus dan majalah (76 peratus).

Justeru, kerajaan tempatan melalui majlis-majlis daerah atau perbandaran harus mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat terhadap kedai perkhidmatan Internet dan kafe siber.

Antara syaratnya ialah bilik Internet haruslah diterangi dan cermin dinding tidak boleh gelap. Skrin monitor komputer harus dihala ke arah yang dapat dipandang orang. Ini akan menyebabkan pengguna menjadi segan, malu dan takut untuk melayari laman-laman sesawang pornografi.

Pihak berkuasa pula hendaklah selalu melakukan pemeriksaan ke atas premis-premis yang menawarkan perkhidmatan Internet. Masyarakat terutamanya golongan ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mengekang dan melindungi anak-anak mereka daripada terdedah kepada laman-laman sesawang pornografi.

Oleh kerana kanak-kanak dan remaja memerlukan bimbingan dan kawalan dalam penggunaan perkhidmatan Internet, maka ibu bapa atau penjaga harus lebih prihatin dan mengambil tahu tentang cara penggunaan perkhidmatan Internet oleh anak-anak mereka. Ibu bapa boleh mengawal selia penggunaan perkhidmatan Internet dengan menggunakan perisian penapisan kandungan yang dapat dimuat turun secara percuma dari Internet.

Mereka juga dapat membelinya di kedai-kedai komputer. Antara perisian penapisan Internet yang terdapat di pasaran ialah Net Nanny Parental Controls, Safe Eyes, CYBERsitter, Puree Sight PC, Cyber Patrol, Mc Afee Parental Controls, Filter Park, Im View dan Parental Controls. Selain itu, hubungan keluarga yang baik dan harmoni juga dapat menjauhkan ahli-ahli keluarga daripada melakukan sesuatu yang mengaibkan nama baik keluarga mereka.

Begitu juga, pembangunan kerohanian, pegangan agama yang kuat dan takut kepada Tuhan dapat menjauhkan seseorang daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak agama mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah menitikberatkan aspek pembangunan kerohanian anak masing-masing.

Pengaruh daripada laman-laman sesawang pornografi harus ditangani segera oleh semua pihak. Ia amat perlu dalam usaha kita mewujudkan satu masyarakat terutama generasi muda Malaysia yang mempunyai jati diri dan keperibadian yang baik

Pusat tidak pernah anggap Kelantan sebagai musuh - Ibrahim

Posted: 10 Oct 2010 04:38 PM PDT



KOTA BHARU 10 Okt. - Kerajaan Pusat tidak pernah menganggap Kelantan sebagai musuh seperti mana yang didakwa oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai wakil rakyat Bebas, beliau melihat Kerajaan Pusat telah memberikan layanan yang baik kepada negeri ini.

Beliau berkata, kenyataan tersebut mungkin dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz kerana tidak berpuas hati disebabkan peruntukan tidak disalurkan melalui kerajaan negeri.

"Sebagai ahli Parlimen Bebas, saya rasa bertanggungjawab membetulkan hakikat sebenar. Mungkin maksud dianggap musuh kerana Kerajaan Pusat melaksanakan projek-projek di Kelantan secara terus melalui kementerian atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

"Dari segi layanan untuk rakyat dan pembangunan, Kerajaan Pusat tidak anak tirikan Kelantan malah ia sama dengan negeri-negeri lain di bawah Barisan Nasional (BN), kita dapat saksikan hampir 20 tahun Pas mentadbir Kelantan, saya kira 80 peratus pembangunan Kelantan adalah dari Kerajaan Pusat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz berkata, Kerajaan Pusat seolah-olah menganggap negeri ini sebagai musuh kerana ia diperintah oleh Pas sehingga menyebabkan pelbagai permohonan projek pembangunan ditolak.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, tindakan Kerajaan Pusat tidak perlu dipertikaikan kerana ia perkara biasa dan dilakukan tanpa melanggar Perlembagaan Persekutuan.

"Jika Pas atau pakatan pembangkang mentadbir Kerajaan Pusat, mereka juga akan lakukan perkara sama.

"Contohnya, ahli Parlimen pakatan pembangkang merungut disebabkan tidak diberi peruntukan, persoalannya adakah kerajaan negeri pembangkang atau Pas akan memberi peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN," katanya.

PRU 13 : BN mahu kemenangan besar

Posted: 10 Oct 2010 04:36 PM PDT




KUALA LUMPUR 10 Okt. – Barisan Nasional (BN) memerlukan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membolehkan kerajaan meneruskan pelbagai program transformasi yang bertujuan menjadikan Malaysia negara kelas pertama pada abad ke-21.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat perlu menyokong program berkenaan kerana ia telah dirancang secara teliti dan mendalam sehingga ramai pemimpin dunia memuji Malaysia kerana mempunyai perancangan yang progresif dan futuristik.

''Impian saya untuk Malaysia adalah untuk menjadikan ia sebagai negara bertaraf dunia pada abad ke-21 dan bukannya negara kelas kedua yang pencapaiannya tidak berapa baik.

''Sebab itulah saya hendak sangat kemenangan. Ini bukan semata-mata untuk menang tapi kerana ia adalah satu-satunya cara bagi membolehkan kita mentransformasikan Malaysia menjadi antara negara terbaik di dunia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 yang dihadiri 1,764 perwakilan di Wisma MCA di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.

Ini merupakan kali pertama Najib merasmikan perhimpunan itu sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Beliau tidak menghadiri perhimpunan itu tahun lalu berikutan krisis dalaman parti berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Najib memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk kakitangan kerajaan yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman setelah siasatan menyeluruh selesai dilakukan.

Beliau berkata, siasatan itu perlu dibuat terlebih dahulu bagi menentukan kesahihannya berikutan terdapat sesetengah pihak yang cenderung menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memperbesarkan isu perkauman.

Menurut Perdana Menteri, beliau juga bersetuju dengan pandangan yang menyatakan kaum Cina di Malaysia tidak seharusnya disifatkan sebagai kaum pendatang.

"Ya, kamu (kaum Cina) datang ke sini pada satu ketika dahulu, tetapi itu adalah tiga, empat atau lima generasi dahulu.

"Kaum Cina sekarang adalah warganegara Malaysia yang taat setia kepada negara dan ini adalah pendirian saya," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau tidak dapat menerima sama sekali hujah beberapa pihak yang mendakwa gagasan 1Malaysia telah gagal berikutan masih ada individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Beliau berkata, semua pihak harus sedar bahawa beliau baru menjadi Perdana Menteri untuk tempoh setahun enam bulan sedangkan untuk mengubah sikap rakyat ia memerlukan masa yang lama.

''Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengakui antara kegagalan beliau adalah untuk mengubah sikap rakyat walaupun setelah memegang jawatan ini selama 22 tahun. Oleh itu, semua pihak perlu realistik dan memberikan masa kepada saya," ujarnya.


Oleh NIZAM YATIM
pengarang@utusan.com.my

Pengikut