Ahad, 10 Oktober 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Selamat Pengantin Baru Pelancong Angkasa Negara

Posted: 10 Oct 2010 09:14 AM PDT

 

Posted by Cucu Tok Selampit Berbangga rangkaian Media Prima kerana dapat menyiarkan secara langsung persandingan Dato' Dr Syeikh Muzaffar dengan pasangannya Dr Harlina. Pastinya Dato' Seri Farid Ridzuan merupakan orang yang paling lebar "senggih"nya malam ini.

Walaupun Dato' Dr Muzaffar kerap kali dipermainkan dengan gelaran "pelancong angkasa negara", kami tetap berbangga dengan beliau kerana beliau merupakan orang yang pertama membawa ketupat, rendang dan tabung uji ke angkasa lepas. Syabas!

Tahniah juga di atas gelaran Dato' yang diterimanya baru-baru ini. Kami tidak pasti gelaran itu datang dari negeri mana, cuma berharap gelaran itu tidaklah seperti peguam yang menyamar jadi Dato' dan telah membunuh Dato' Sosilawati (Dato' lagi) dan tiga yang lain. Al maklumlah, sekarang ini semua orang ada gelaran Dato'. Ibarat kata, kalau baling siling di dalam stadium yang penuh orang, 99% kebarangkalian siling berkenaan akan kena kepala Dato'. Tambahan pula, sekarang ini zaman orang gila gelaran Dato'. Kalau orang itu mengaku Dato' sekalipun tiada siapa yang akan membuat semakan.

Adalah diharapkan Media Prima dan TV3 khasnya dapatlah turut menaja pasangan berkenaan untuk berbulan madu ke angkasa lepas seperti mana yang telah dilakukan oleh pasangan terkenal Hollywood, Bratt Pitt dan Angelina Jolie.

Akhir kalam, kami di Cucu Tok Selampit mendoakan agar perkahwinan pasangan berkenaan kekal ke Planet Pluto.

TERIMA KASIH SEMUA BLOGGER PRO KERAJAAN.

Posted: 10 Oct 2010 09:10 AM PDT

October 7, 2010




Jangan Lupa
Ucapkan Terima Kasih
Kepada Semua Blogger Pro-Kerajaan
Saya merasakan sesungguhnya inilah petunjuk daripada Allah, apabila terbukti kebenaran semakin hampir menghancurkan kebatilan. Kita harus bersyukur, rakyat semakin menyokong dan mula menunjukkan keyakinan terhadap UMNO/BN - lantaran itu, keyakinan ini haruslah dipertahankan dengan sungguh-sungguh. Tahniah juga patut diberikan kepada DS Najib, kerana keikhlasan beliau mengemudi negara ini ke arah yang lebih baik dan harmoni.
Dalam keadaan sekarang, kita juga tidak harus lupa dan alpa terhadap peranan para bloggers UMNO/BN yang tidak putus-putus saban hari menulis, menganalisis dan membongkar penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang, agar ia membuka mata segenap rakyat, yang selama ini begitu mudah ditipu dan dibohongi oleh pakatan rakyat atas nama demokrasi dan keadilan.
Saya yakin dan percaya, salah satu punca mengapa rakyat kembali menyokong UMNO/BN adalah disebabkan oleh peranan para bloggers pro-kerajaan yang ikhlas berjuang dan bersungguh-sungguh mematahkan segenap hujah dan tohmahan pakatan rakyat. Saya secara peribadi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua bloggers pro-kerajaan/BN/UMNO yang selama ini sanggup berkorban dari segi masa dan tenaga demi menyelamatkan negara tercinta kita ini. Semoga Allah membalas segala jasa baik tuan-tuan semua. Selamat berjuang. Wallahualam, baca laporan di bawah :

Blogger YANG GAMBI said...
Memadai sekadar terima kasih kepada bloggers pro UMNO-BN.... itu sudah cukup, jangan ada kepimpinan UMNO-BN yang berkata bloggers goblog sudahlah...
October 7, 2010 10:46 PM
Blogger Muhammad Azli Shukri said...
yang gambi saya setuju tu...
October 7, 2010 10:49 PM
Anonymous pak leman said...
Kebenaran tak mungkin padam, biar pun sering gerhana.Terima kasih dan tahniah kepada penulis blog.
October 8, 2010 12:16 AM
Blogger Pakhabib said...
teruskan perjuangan, terima kasih dan tahniah. "Say what is true, although it may be bitter and displeasing to people" insyallah
October 8, 2010 1:10 AM
Anonymous paku kapai said...
Teruskan penulisan Bro kami pembaca mengucapkan ribuan terima kasih kerana ada bloger yg pertahankan bangsa dan ugama kepada pemimpin UMNO apa lagi bersama sama mempertahankan bangsa melayu dan islam jangan dok kalut cari harta dunia.
October 8, 2010 1:11 AM
Blogger PaKMie said...
Salam...Perjuangan benar2 ikhlas demi menegakkan kebenaran. Biarpn spt ibarat sebtg lilin membakar diri semata2 utk menerangi org lain. Lontaran kata2 kesat terhadap kita oleh pro pembangkang itu perkara biasa, bahkan dgn lontaran itu juga membuat kita lebih bersemangat lagi.TQ kepada semua blogger pro kerajaan, TQ Azli dan slmt berjuang utk semua...
October 8, 2010 2:21 AM
Anonymous Al Johari said...
Berkata BENAR walaupun PAHIT. Menentang KEMUNGKARAN kerana ALLAH.Perjuangan memerlukan keikhlasan, kejujuran, kebenaran dan nawaitunya hendak betul iaitu kerana ALLAH. Insya Allah kita akan dapat pertolongan ALLAH.Teruskan perjuangan.
October 8, 2010 2:21 AM
Blogger ahmad said...
Tahniah dan terima kasih. Namun saya agak ragu dan bimbang dengan laporan ini. Pertama siapa respondennya. Kedua reaksi pemimpin UMNO. Yang saya pasti respondennya bukanlah orang melayu di kg-kg atau luarbandar yang merupakan penyokong kuat UMNO selama ini, Ini kerana rata-ratanya masih terasa sesak nafas tentang nasib melayu di era UMNO masa kini. Yang kedua reaksi pemimpin UMNO, saya bimbang Nazri, Kj dan sealirannya akan mendakwa peningkatan ini adalah kerana peranan yang mereka mainkan dan mendakwa cara pembawakan politik yang mereka tunjukan adalah betul. Jahanam UMNO
October 8, 2010 4:03 AM
Blogger Panglima Perang Cyber said...
alhamdulillah...segala PUJI HANYA BAGI ALLAH...
October 8, 2010 6:26 AM
Blogger Haz said...
kepada semua blogger pro kerajaan, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas budi anda semua, insyaallah.
October 8, 2010 8:48 AM
Anonymous Anonymous said...
BRO,KALO BLOGGER ATAS PAGAR MCMANA?KADIRPOKYA
October 8, 2010 10:01 AM
Blogger Muhammad Azli Shukri said...
terima kasih atas sokongan tuan2 semua
October 8, 2010 10:28 AM
Blogger ddinbunga said...
salam, TQTQTQTQTQTQTQTQTQTQTQTQTQTQTQ
October 8, 2010 1:05 PM
Anonymous melanau blogger said...
syukur... semoga kita semua terus bersatu dan komited.
October 8, 2010 1:06 PM
Anonymous kitagempurdDotcom said...
setuju bro..tahniah kepada semua sahabat blogger.bak kata pepatah jangan berumah ditepi pantai kalu takut dilambung ombak..perjuangan harus diteruskan..
October 8, 2010 2:37 PM
Blogger Pemuda UMNO Bahagian Tapah said...
Sokongan orang melayu kpd UMNO telah bermula di PRK Bukit Gantang lagi. UMNO sepatutnya jgn pandang enteng hal ini, hati org melayu perlu dijaga,kunjungan mesra pemimpin kpd rakyat sekadar yang termampu tidak hanya menunggu PRK/U pun memadai.jgn kera dihutan disusukan,anak sendiri kelaparan.Pengundi muda pula sangat penting. Pada sy,generasi baru dan pengundi atas pagarlah yg kita perlu fokuskan dari sibuk mengharapkan penyokong tegar pembangkang beralih arah.terima kasih.
October 8, 2010 9:04 PM
Anonymous tebing tinggi said...
Walaupon kajian menunjokan peningkatan sokongan,tidak bermakana UMNO yang terbaik,tetapi kerana kepincanagan yang menyerlah serta keiklasan dan matalamat yang samar dikalangan parti yang lain terutama yang mewakili orang Melayu.Kajian juga tidak seharus menyebabkan UMNO mendabik dada kerana merudongnya sokongan bukan kerna UMNO sebagai UMNO tetapi kerana pemimpin-pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang dan ini masih ditakok lama.Kenyataan mengatakan rakyat semakin menyokong BN amat mengusarkan dan orang Melayu jangan mudah terperangkap disini tentang siapa yang menyokong BN.UMNO sebenarnya berupaya menyatupadukan umat Melayu kalau UMNO iklas berusha dengan mendapatkan semula imegnya sebagai parti yang mempelupori BN bukan dipelupori olih BN.Syabas diuchapkan kapada bloger-bloger yang pro perpaduan Melayu kerana gigih berusha.Walau apa pon UMNO harus berusha mengubah presepsi agar sokongan tidak meluntor semula.1sekolah >1bahasa>1Malaysia.
October 9, 2010 12:31 AM
Blogger Anna said...
DILEMA KERIS MELAYU.Kalau pelupa itu melayu,Kerana pelupa itu penyakit melayu,Kalau layu itu melayu,Kerana melayu cepat layu,Melayu memang mahu naik ke bulan,Tapi roket siapa yang punya,Melayu memang mahu keadilan,Tapi keadilan hanya gah pada nama.Melayu oh melayu,Berbangga kah aku jadi melayu,Laut saja sisa untuk aku,Sedangkan tanah ini tanah melayu.Pemimpin masih orang melayu,Kuasa di tangan melayu,Ketawa berdekah-dekah orang melayu,Yang papa kedana pun orang melayu.Lebih baik ikan menjadi ikang,Hanya ikang ini yang nampak peluang,Banyak ikang ini dari seberang,Tapi lebih maju dari anak tempatang.Subsidi demi susidi,Untuk rakyat miskin hendak diberi,Tapi sayangnya di balun oleh pegawai negeri,Tetap juga si miskin kais pagi makan pagi.Melayu dilemma memang naya,Waktu mengundi di atas pagar,Disuruh pilih naga atau buaya,Mampukah mereka basmi miskin tegar?YB menjerit mahu melayu berubah,Rakyat melopong kaki kematu,Melalak melolong mereka berceramah,Anak sendiri menelan batu.Melayu oh melayu,Inilah nasib bangsaku.Tahniah bolger.. Teruskan PerjuanganAnna Ariana Armada@fb
October 9, 2010 12:36 PM
Blogger putera.makasar said...
harap umno jangan syok sendiri..umno belum sembuh kerana ramai manusia haprak masih berada dalam umno.jangan leka dan selesa dengan kajian tersebut.gandakan usaha dan laporkan apa yg tidak kena dalam umno.bagi blogger atas pagar...teruskan teguran anda..khidmat anda diperlukan untuk membangunkan pemimpin2 umno yg sedang dibuai mimpi indah tapi mereka ini berpenyakit kencing malam.busuk dan hancing.
October 9, 2010 3:45 PM
Anonymous shamshul anuar said...
Saudara azli,Sokongan Melayu pada UMNO memang meningkat.Namun jangan cepat puas hati.1) Sokongan Melayu pada PKR hampir pupus kerana majoriti Melayu tidak lagi percaya pada Anwar. Orang melayu muak dengan sikap anwar yang rajin "bantai" Melayu hanya untuk dilihat jaguh dikalangan bukan Melayu.DAn bila Anwar tidak berani bersumpah berbanding Saiful, Anwar hilang ramai penyokong Melayu.2) PAS juga merosot undi Melayu kerana Melayu ramai yang benci pada PAS sebab jadi kuli DAP. 3) UMNO mesti selesaikan isu beberapa pemimpin Melayu seperti Nazri, Khairi yang Melayu menyampah . Nazri dilihat sebagai biadap pada Tun Dr mahathir dan memfitnah un sebagai perkauman.Khairi pula dilihat sebagai melayu yang tidakk faham masalah Melayu. Dia naik kerana pengaruh Pak Lah.APA YANG PERLU UMNO BUAT1) Jangan letak wakil MCA, MIC dikawasan majoriti Melayu. Ini kerana walaupun orang melayu sokong UMNO, KINI mereka tidak lagi sokong MCA , MIC kerana kedua parti ini dilihat takut menyatakan kebenaran pada orang Cina dan India.Dengan menyuruh MCA berdepan dengan DAP, MCA tiada pilihan selain dari mengkritik DAP . Sekarang MCA buat tak kisah sebab wakaupun kalah dikawasan Cina, tetapi mereka menang dikawasan Melayu.2) Buang budaya beri bantuan pada sekolah Cina dan tamil menjelang pilihanraya. Beritahu pada orang cina dan India bahawa bantuan hanya diberi jika BN menang dikawasan tersebut.3) Ambil tindakan terhadap Namawee yang giat menghina islam dan nMelayu. 4) Ganti Menteri Dalam Negeri. Hishamudin gagal melaksanakan tanggungjawab sebab terlalu mahu jaga hati masyarakat Cina.5) Lantik Peguam Negara yang baru sebab kelihatan Peguam Negera sekarang lebih "sayangkan" pembangkang.
October 9, 2010 7:51 PM
Anonymous Anonymous said...
Perjuangan di jalan kebenaran ialah merasai berat dan perit pada mental dan fizikal tapi manis di kalbu. Perjuangan di jalan nafsu, rasa enak pada fizikal, puas pada ego tapi di lubuk hati terasa satu kekosongan. Jika kebenaran diukur pada kemenangan, Palestin tak menang-menang lagi dgn Israel.DR NO
October 10, 2010 2:57 PM
Anonymous Anonymous said...
Salam.Pemimpin pemimpin UMNO yang bangsat aje yang tidak mengiktiraf peranan bloggers.Ini mungkin disebabkan oleh kerana mereka buta IT.Kesian
October 10, 2010 6:50 PM
Blogger Ezad said...
tp BN jgn la syok sgt
October 10, 2010 9:18 PM

10.10,10

Posted: 10 Oct 2010 08:50 AM PDT

Saturday, October 09, 2010

Many out to mark 101010 with special activities

THE binary numbers of 101010 are appearing again on our calendar tomorrow after 100 years and thousands of people in the Klang Valley are racing to do something different on this day to make it special and memorable.

PAS BAKAL DIPERLEKEHKAN PENYOKONG PAS ?

Posted: 10 Oct 2010 08:49 AM PDT

HUSAM MUSA 


Oleh MIM TEAM

MIM tergelak dengan gesaan si Husam Musa yang 'menasihatkan' pemuda PAS dan Pakatan Rakyat. Rasa-rasanya, apakah pemuda PAS dan Pakatan Rakyat mahu mendengar 'nasihat' Husam?

Jika kita turuti kembali pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum N45 DUN Galas, ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba 'menasihatkan' ahli-ahlinya tetapi kesamsengan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan PAS terus berlaku.

MIM ada contohnya :-

Jangan mimpilah jika penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mahu mengikut kata-kata Husam. Beliau dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak mampu untuk mengawal mereka kerana mereka sendiri bersikap samseng. Ianya diibaratkan ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Dalam konteks ini, penyokong-penyokong pakatan Rakyat tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya tetapi pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang patut dipersalahkan.

Pernahkah kita lihat disepanjang 53 tahun kemerdekaan negara ini, ada ADUN yang naik ke meja dan menayangkan samseng beliau? PArti DAP adalah yang pertama!


Jika pilihanraya N45 DUN Galas diteruskan, kemungkinan besar akan berlaku insiden-insiden yang tidak diingini hasil dari provokasi penyokong-penyokong PAS. Propaganda dan provokasi akan bertambah teruk jika parti PAS/Pakatan Rakyat tahu yang mereka akan kalah di dalam pilihanraya itu.

Makanya, MIM setuju jika parti PAS tidak bertanding di Galas

MEMANG SAH MAHFUZ OMAR MUNAFIK NOMBOR WAHID!!!!

Posted: 10 Oct 2010 08:39 AM PDT

Parti Ekstrimis

Sunday, October 10, 2010

MEMANG SAH MAHFUZ OMAR MUNAFIK NOMBOR WAHID!!!!

Mahfuz Omar telah mengeluarkan nasihat... katanya JANGAN DEKATI UMNO KERANA UMNO PARTI PENGKHIANAT. (Harakah Daily)

Satu kesilapan paling nyata kalau itulah pendekatan dan taktik Mahfuz untuk menarik Melayu-Islam mendekati PAS. PAS mempunyai imej yang sangat buruk di kalangan ORANG MELAYU YANG BEROTAK, BERAKAL dan BERIMAN. Mahfuz Omar tidak boleh sebenarnya menggunakan indeks sekarang, memandangkan KEBANYAKAN penyokong dan juak-juak PAS sekarang, sebenarnya HANYALAH ANJING-ANJING KURAP, BIAWAK-BIAWAK PEMAKAN BANGKAI yang sanggup menghalalkan yang haram, dan menggubah ayat-ayat al Quran semata-mata untuk memastikan DAP dan BANGSA bukan Melayu dan bukan Islam TIDAK MARAH atau BERKECIL HATI dengan PAS.

Mungkin kenyataan di atas sangat keterlaluan dan tidak dapat diterima oleh kebanyakan penyokong PAS. Hakikatnya, penyuburan ilmu dan keinginan untuk menambahkan ilmu bagi mencantikkan dan memantapkan amalan, sudah tidak wujud lagi di dalam PAS. Sekalipun masih ada kelas-kelas penyuburan ilmu, ia sebenarnya tidak lebih daripada USTAZ-USTAZ AYAM PAS untuk mencari nama bagi menjadikan mereka salah seorang daripada calon pilihanraya dan berjawatan di dalam parti. Mereka sendiri sebenarnya sangat miskin dengan ilmu pengetahuan biarpun tentang ilmu DEMOKRASI ROM.

Dek kerana itulah, mereka langsung tidak dapat membezakan antara DEMOKRASI ROM dengan SAHSIAH ISLAMIYYAH. Mereka menganggap Demokrasi Rom adalah Sahsiah yang diajar oleh Islam. Buktinya, perhalusi cakap-cakap dari Mursyidul Am yang sebenarnya adalah MUDALILUL sehinggalah kepada pencacai PENULIS BLOG bermanhajkan KHAWARIJ PAS.

Apabila Mahfuz Omar menasihatkan orang Melayu agar menjauhi UMNO kerana parti berkenaan dikatakan telah merosakkan Melayu, merampas hak Melayu, menggadaikan Islam dan segala yang buruk-buruk, hakikatnya PAS tidak lebih dan tidak kurang berbanding UMNO. Perhatikan sahaja apa yang PAS LAKUKAN APABILA DIBERI PELUANG MEMERINTAH.

Di Kelantan, Idris Ahmad awal-awal lagi cuba menutup hujah yang mengatakan KERAJAAN PAS Kelantan hanyalah PEMAKAN GAJI BUTA tetapi gagal memakmurkan ekonomi negeri tersebut dan mewujudkan lebih peluang pekerjaan memandangkan ramai rakyat Kelantan yang terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain. Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS PALING BAGHAL dalam sejarah penubuhan PAS semenjak 1951, cuba membandingkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura tanpa mengambil faktor, mereka bekerja tetapi tinggal di Johor.

Di Perak, diberi peluang memerintah selama 11 bulan, PAS Perak yang menjadikan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, hanyalah SEEKOR ANJING KURAP yang disepak terajang oleh DAP sesuka hati, sehinggakan akhirnya mereka cuba menipu seluruh rakyat Perak dengan hadiah tanah pajakan 999 tahun tanpa menjelaskan bahawa 'KEBENARAN' berkenaan sangat tertakluk kepada UNDANG-UNDANG TANAH NEGARA. Tiada apa yang dilakukan oleh Nizar Jamaluddin untuk orang Melayu dan umat Islam, sebaliknya segala-galanya yang dilakukan hanyalah untuk MASYARAKAT CINA dan BEKAS KELUARGA KOMUNIS yang diampunkan oleh Kerajaan British!!!

Di Kedah, PAS juga tidak mampu menjadi sebuah kerajaan dengan segala haru-biru dan caca-marba pentadbiran. Biarpun mereka cuba berbangga dengan 'kejayaan' kemasukan berbilion pelaburan baru di Kulim Hi-Tech Park, hakikatnya KESEMUA PELABURAN berkenaan bukanlah diusahakan oleh pentadbiran Kedah sekarang, sebaliknya kerajaan negeri kini sekadar mengambil nama untuk kerja yang dilakukan oleh orang lain. Kerajaan sekarang, sekadar lebih banyak makan angin dan membahagi-bahagikan kekayaan negeri Kedah sesama ahli keluarga mereka dengan melantik ahli-ahli keluarga ke jawatan yang tidak selayaknya untuk mereka.

Umpama melantik Mahfuz Omar sebagai Ketua Akauntan, begitulah layaknya perbuatan kerajaan negeri Kedah sekarang!!!

Mahfuz Omar sebenarnya menyerlahkan sikap munafiknya apabila sekadar mendedahkan kesilapan lawan. Bagaimana dengan kesilapan PAS sendiri? Bagaimana PAS membiakkan perasaan tidak puas hati orang bukan Islam kepada umat Islam? Bagaimana pula PAS sanggup berdebat tentang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan umat bukan Islam, tetapi gagal membuktikan dalil manakah yang mereka gunakan setelah hujah mereka ditolak DENGAN SURAH AL-IKHLAS?

Malang sungguhlah PAS berpemimpinkan seorang YANG GILA JAWATAN seperti Mahfuz Omar!!!!

Tolak Perpaduan Islam Boleh Jatuh Fasiq, Kafir -Tuan Guru Haji Abdullah (Pondok Geting)

Posted: 10 Oct 2010 08:31 AM PDT

August 2, 2010

Tolak Perpaduan Islam Boleh Jatuh Fasiq, Kafir -Tuan Guru Haji Abdullah (Pondok Geting)

TUMPAT 2 Ogos – Tokoh agama Kelantan, 'Tuan Guru Hj Lah Pondok Geting' menyeru agar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kepimpinan Pas yang lain agar bermuhasabah dan mengenepikan ego berhubung perpaduan Melayu dan umat Islam di negara ini.
Pada masa yang sama guru agama itu kesal Pas mengikut telunjuk Dap ibarat 'lembu dicucuk hidung.'
Pengasas Madrasah An-Najmiyyah, Geting atau nama sebenarnya Tuan Guru Hj Abdullah Hj Saamah An-Najmi, berkata tindakan golongan yang menolak perpaduan Melayu dan umat Islam merupakan satu perbuatan yang menyalahi apa yang diseru oleh Allah s.w.t.
Malah bagi beliau, golongan berkenaan boleh menyebabkan sekurang-kurangnya menjadi fasik dan bidaah 'dolalah' serta boleh menjadi kafir.
"Ini kerana Allah s.w.t menyuruh kita bergerak ke arah perpaduan, dan Rasulullah s.a.w menyeru kita ke arah yang sama khususnya dalam keadaan kita (umat Islam) hari ini yang menuntut kita bersatu padu.
"Tetapi Pas adalah sebaliknya dengan menolak perkara itu dan mengadakan perpaduan bersama Dap yang secara terang-terangan menentang Islam. Kalau menang mereka (Pakatan pembangkang), bukan sahaja UMNO hancur, malah Pas pun akan hancur.
"Perpaduan macammana jika hasilnya sedemikian rupa. Apa untungnya kita. Bak kata pepatah, rugi sekarung tetapi untung hanya seguni bahkan tidak ada untung langsung," katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau yang sebelum ini bergiat aktif di dalam Pas seterusnya menambah, Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud tidak boleh berpecah belah khususnya untuk mempertahankan kedaulatan Islam dan sebagainya.
"Maknanya Allah S.W.T suruh kita mempertahankan kedaulatan dan keistimewaan orang Islam. Malah manfaatnya perpaduan Pas dengan UMNO ini cukup besar. Apabila Pas dengan berpadu dengan persetujuan yang baik ianya akan memberi kekuatan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia dan kita boleh membantu kekuatan orang Islam lain di dunia luar yang lain seperti di Palestin, Bosnia dan sebagainya.
"Sekiranya kita tidak bersatu, ekonomi pun tidak akan bersatu. Perkataan sendiri pun (cakap saja) tidak akan jadi perpaduan serta kelakuan pun tidak menjurus ke arah perpaduan. Tetapi apabila kita bersatu padu, ekonomi pun akan menjadi kuat dan mantap.
"Sebenarnya hasil daripada perpaduan itu, orang-orang bukan Islam pun akan terkena tempias dengan manfaat yang sangat baik. Tidak akan wujud perkauman malah kaum lain akan mendapat nikmat yang baik termasuklah memberi satu rahmat kepada pembangunan bangsa dan negara Malaysia secara menyeluruh. Kesimpulannya selamat di dunia dan selamat di akhirat," katanya.
Beliau seterusnya mengajak umat Melayu di negara ini melihat kedaulatan Melayu dan kedaulatan di negara jiran terdekat Singapura.
"Inilah yang kita perlu khuatirkan. Dan saya setuju jika mengatakan Dap adalah penasihat kepada Nik Aziz. Malah lebih daripada itu. Menjadi tuan kepada Pas dan Pas menjadi lembu yang dicucuk hidung," katanya.
Beliau seterusnya menambah, orang UMNO dan orang Pas semuanya umat Nabi Muhammad S.A.W.
"Allah menyeru perpaduan untuk mempertahankan keistimewaan Islam, mempertahankan ahli sunnah wal jamaah, kita kena taat perpaduan berkenaan. Orang yang berpecah belah azab yang amat besar menanti mereka dia akhirat.
"Hadis Nabi ada menyebut siapa yang bercerai akan dia jamaah perhimpunan perpaduan, tinggal perpaduan sesama Islam dengan imam al-Azam (Datuk Seri Najib) dan mahukan perpaduan dengan mereka yang secara terang-terangan menentang Islam, Dap umpamanya maka sesungguhnya telah mencabutlah ia akan simpulan Islam daripada batang tengkuknya," katanya. – MediaUMNO (sumber klik sini)
najib_nikaziz.jpg
Komen Panglima :
Perintah Allah jelas agar :
1. Perpaduan wajib diwujudkan sesama Islam dan perpecahan dilarang keras oleh Allah.
Firman Allah:
tali Allah (agama Islam) danjanganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allahmenyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). DemikianlahAllah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #103)
Najib+ziarah+Nik+Aziz.jpg
2. Melanggar perintah Allah boleh menjadikan seseorang fasiq atau kafir. Atau zalim. Kerana perintah Allah wajib ditaati tanpa sebarang khilaf.
nik-aziz-lim-kit-siang-dapas.jpg
3. Putar belit PAS dalam hal ini boleh membahayakan kedudukan umat Islam yang semakin diancam oleh Cauvanis Cina yang mahukan kekuasaan selepas mereka mendapat kekayaan melalui dasar berlandaskan keadilan yang dibuat oleh Kerajaan. Jika mereka berada di negara lain tentu peluang sebegini mustahil diperolehi.
najib-lawat-nik-aziz.jpg
4. Sifat dan sikap Rasulullah s.a.w adalah sangat kasih sesama saudara seagama dan keras terhadap musuh Islam yang menentang Islam yang dibawa oleh baginda. Maka itu, DAP tidak harus dijadikan 'teman sebantal' oleh PAS dan harus dijauhi sejauh-jauhnya walau apa jua pujukan dan tawaran duniawi mereka mahu berikan.
Firman Allah :
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).
Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat dalam wajah mereka dari kesan sujud (dari cahaya ibadat mereka yang ikhlas).
Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab taurat dan sifat mereka di dalam Kitab injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu.
(Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
( سورة الفتح , Al-Fath, Chapter #48, Verse #29)
najib+kelantan.jpg
5. Perkataan Tuan Guru Hj Abdullah sangat tepat di mana PAS boleh ditipu dalam situasi pakatan mereka hari ini. PKR dan DAP sangat licik untuk mengelirukan Pak Lebai Pak Lebai dalam PAS yang sedikit kurang pengalaman dalam politik dan tidak kisah dicucuk hidungnya demi sedikit kekayaan dan kekuasaan dunia.
Picture1.jpg
6. Umat Islam perlu bangkit menyahut seruan alim ulama termasuk sebelum ini oleh Mufti Mufti yang sedar ancaman musuh Islam menerusi perjuangan politik yang menggunakan umat Islam yang munafiq dan fasiq serta rakus merebut kekuasaan hingga membelakangkan hukum Tuhan.
pijak02.jpg
7. Jangan kita 'dikencing kubur' oleh anak cucu kemudian hari jika kita gagal bangkit mengusahakan perpaduan antara Islam khasnya Umno dan Pas sedangkan masa depan kita makin kelam dari hari ke hari ekoran pergeseran antara pemimpin kita khasnya dari pihak pembangkang.
Nik+Aziz-Najib+Wil+Ekonomi.jpg
Mari kita doakan dan anjur solat hajat beramai ramai di mana sahaja untuk memohon kepada Allah agar penyatuan ini dapat membenteng Agama, Bangsa dan Negara kita dari tangan tangan yang jahat dan ingin merosakkan akidah dan kemakmuran negara agar makin mundur dan tidak dapat maju dan setanding negara lain di dunia.
Mohon disebarkan jika masih ada cinta kepada Agama Bangsa dan Negara jiwa dan dada anda !!!

kerajaan+perpaduan.png

SUMBER :
http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/08/tolak-perpaduan-islam-boleh-jatuh-fasiq.html

DAP PERAK :MENGAPA TUTUP MULUT KATA TELUS ?

Posted: 10 Oct 2010 08:19 AM PDT

DAP Perak sepakat 'tutup mulut'
Okt 10, 10 6:04pm
Dua pemimpin utama DAP Perak - pengerusinya Ngeh Ko Ham dan timbalan M Kulasegaran - bersetuju menyelesaikan semua perbezaan antara mereka menurut saluran dalaman parti. Menurut mereka, selepas bermesyuarat, mereka sepakat mengambil tindakan itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat pada DAP negeri, seterusnya pada Pakatan Rakyat supaya kembali menawan negeri itu dan Putrajaya. Ia juga bagi "menunaikan janji dan harapan untuk perubahan politik di negara ini", tambah mereka. "Kami akan bekerjasama untuk merincikan kaedah untuk mengembalikan perpaduan dalam parti, persaudaraan dan common sense dalam DAP Perak," kata mereka. Pada 2 Oktober lalu, Kulasegaran menggemparkan politik pembangkang apabila membayangkan akan mengumumkan peletakan jawatan dalam DAP Perak selepas didakwa kecewa dengan pelbagai krisis dalaman di bawah pimpinan Ngeh sebagai pengerusi negeri. Beliau bagaimanapun membatalkan hasrat itu bagi menunggu 'formula perpaduan' bagi menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu di Perak. Dalam satu kenyataan hari ini, Ngeh dan Kulasegaran memberitahu, mesyuarat di Ipoh itu turut dihadiri oleh penasihat parti itu Chen Man Hin, pemimpin popularnya Lim Kit Siang, Naib Pengerusi Tan Kok Wai, ADUN Pasir Pinji Thomas Su dan ADUN Tebing Tingi Ong Boon Piow.

Kulasegaran Tunggu 'Formula Perpaduan' Dalam DAP Perak

IPOH: Timbalan Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran akan menunggu 'formula perpaduan' bagi menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu di Perak sebelum memberi keputusan muktamad berhubung peletakan jawatannya itu.

Kulasegaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat berkata 'formula perpaduan' akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Memadai saya memaklumkan bahawa keputusan muktamad saya akan bergantung kepada hasil mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi yang akan mencari formula perpaduan untuk DAP Perak…parti didahulukan dan Kulasegaran perkara kedua," katanya kepada pemberita di Wisma DAP di sini, Sabtu.

Sidang akhbar pada Sabtu merupakan yang pertama selepas Kulasegaran membatalkan majlis yang sama pada 2 Okt lepas untuk mengumumkan peletakan jawatan dalam DAP Perak selepas didakwa kecewa dengan pelbagai krisis dalaman di bawah pimpinan Datuk Ngeh Koo Ham sebagai pengerusi negeri.

Naib Presiden DAP Pusat itu dikatakan mahu mendedahkan segala punca yang membawa kepada krisis kepimpinan dalam DAP Perak selepas mesyuarat khas pada 1 Okt di Kampung Simee di sini gagal mencari jalan perdamaian dalam sidang media Sabtu lepas itu.

Bagaimanapun, Kulasegaran yang pulang ke Ipoh dari bercuti di luar negara semalam, sehingga kini masih belum dihubungi oleh Ngeh atau setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming untuk mengadakan sebarang pertemuan atau mesyuarat bagi menyelesaikan masalah dalaman kepimpinan DAP Perak.

"Namun begitu, saya dengan Ngeh tidak pernah bermusuh, kerana beliau masih lagi pengerusi saya," katanya.

Katanya beliau juga akan bertemu dengan penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Ngeh serta semua pemimpin utama DAP dalam satu majlis makan malam yang akan berlangsung di Sungkai, Ahad.

"Saya mengulangi bahawa krisis dalam DAP Perak yang berlaku pada hari ini diselesaikan segera supaya parti bergerak ke arah misi politik menawan semula Perak dan juga kerajaan Pusat dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Selain itu, beliau turut mencabar Ngeh berdebat secara terbuka mengenai dasar-dasar kepimpinan dan pentadbiran semasa pakatan pembangkang itu mentadbir Perak selama 11 bulan.

"Sudah tiba masanya parti politik di negara ini membincangkan hal-hal dalaman dan dasar parti secara terbuka. Biarlah para pengundi membuat keputusan dengan isu-isu berkenaan," katanya. – BERNAMA



Kecam Sultan: Bukti Hindraf Kumpulan Pelampau

Posted: 10 Oct 2010 08:14 AM PDT

Saturday, October 9, 2010

Kecam Sultan: Bukti Hindraf Kumpulan Pelampau

7 Oktober 2010, Waythamoorthy berkata "He (Sultan Johor) has tainted the doctrine of separation of powers and parliamentary democracy," dalam laman Free Malaysia Today. Laman yang mendakwa adil dan bebas itu memuatkan kata-kata seorang pemimpin Hindraf yang bersembunyi di London tetapi hendak bercakap soal kebebasan di Malaysia. Menghina Sultan Johor kerana sultan mempertahankan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu tindakan yang amat biadap dan kurang ajar.

Waythamoorthy harus dilucutkan jawatan sebagai warganegara Malaysia kerana menghina institusi raja di Malaysia. Mengapa Waythamoorthy tidak bercakap soal hak asasi bila seorang peguam Hindraf dipercayai suspek utama pembunuhan Sosilawati? Hindraf tidak bercakap soal kesaksamaan bila 23 orang keluarga di Kampung Buah Pala dizalimi oleh DAP. Hindraf hanya digunakan oleh beberapa orang pemimpin PKR yang sibuk berkempen dalam pemilihan untuk menutup kes pergaduhan dan pergeseran besar yang berlaku dalam PKR. Antara kem Sivarasa Rasiah (team Azmin Ali) dengan kem Gobalakrishnan (team Zaid Ibrahim). Sampaikan S.Kotappan ditumbuk oleh Xavier Jayakumar (team Azmin). Hak asasi apakah kalau sudah jadi macam ini?

T. Murugiah selaku senator yang dilantik sebagai Timbalan Menteri untuk menjaga Biro Pengaduan Awam perlu bertindak tegas atas kebiadapan yang peguam Hindraf ini. Jika T.Murugiah memilih bulu untuk bertindak tegas terhadap Waythamoorthy, Murugiah tidak perlu disambung lagi sebagai Senator. Elok berikan peluang tersebut kepada mereka yang berminat untuk melakukan kerja untuk rakyat bukan mencari populariti sebelum tempoh Senator habis. Beranikah Murugiah bertindak ke atas Hindraf?

Hindraf Bayangan Sebenar Perjuangan DAP?

Sudah banyak yang diperkatakan tentang agenda tersembunyi DAP untuk melenyapkan kuasa raja melayu di negara ini dan menjadikan Malaysia sebuah republik sama seperti negeri mentor Penasihatnya, Singapura. Walaupun hanya cakap-cakap politik tetapi tindakan-tindakan tidak patriotik pemimpin DAP menunjukkan kebenaran cakap-cakap itu. Sebagai contoh, tercatat di dalam sejarah negara ini dimana kejadian seorang rakyat asal pendatang cuba menyaman DYMM Yang Di Pertuan Agung (1986) dan Sultan Perak (2009) melainkan seseorang dari dalam Parti DAP. Disebalik tuduhan-tuduhan oleh pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang kononnya UMNO mengamalkan perkauman yang menindas bangsa minoriti di Malaysia, DAP sendiri mencalonkan seorang pemimpin pertubuhan perkauman ekstrim HINDRAF, dalam pilihanraya umum 2008 di Kota ALam Shah Selangor bernama M. Manoharan semasa dia masih lagi berada dalam tahanan ISA di Kamunting. Takdir menentukan Manoharan menang dan sekarang bergelar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Secara automatik, pencalonan Manoharan secara langsung menjadi bukti bahawa DAP menyokong HINDRAF dan perjuangannya. Pencalonan Manoharan menunjukkan bahawa DAP sememangnya menyokong sikap perkauman ekstrim yang kini sering dituduhnya berlaku di dalam UMNO. Jadi tidak sukar untuk kita mengatakan disini juga bahawa apabila Pengerusi Hindraf yang kini hidup dalam buangan di London P Waythamoorthy mempertikaikan institusi beraja di Malaysia, DAP juga turut sama menyokong pendirian P Waythamoorthy itu.

Selain Manoharan, seorang lagi pemimpin utama HINDRAF, V Ganabatirau juga meneruskan kerjaya politiknya diatas platform DAP.

Tulisan P Waythamoorthy yang disiarkan di dalam blog Hindraf itu dipetik oleh seorang wartawan India portal berita internet Free Malaysia Today (FMT) bernama Anti Shankar dan disiarkan pada 7hb Oktober 2010 lepas disini. Tulisan P Waythamoorthy adalah sebagai respon kepada peringatan DYMM Sultan Johor yang mengingatkan pihak-pihak tertentu dalam negara supaya tidak mempertikaikan Perlembagaan Malaysia dan institusi beraja yang disiarkan hampir seluruh media utama di Malaysia sehari sebelumnya. Tulisan P Waythamoorthy yang penuh hasutan ini tidak sepatutnya disiarkan kerana secara jelas ia tidak bertanggungjawab dan berlawanan dengan prinsip perlembagaan. Tapi memandangkan dunia tanpa sempadan hari ini dan P Waythamoorthy juga berada di London, maka amat sukarlah untuk kerajaan Malaysia mengambil tindakan ke atasnya.

Bagaimanapun, kerajaan tidak boleh berdiam diri dan berharap rakyat akan melupakan sikap kurang ajar P Waythamoorthy dan pertubuhan yang diketuainya HINDRAF. Selagi tiada tindakan berkesan dikenakan ke atas P Waythamoorthy dan HINDRAF, selagi itulah rasa tidak puas hati antara kaum akan semakin semarak di negara ini. Pengharaman HINDRAF nampaknya tidak mempunya kesan dan nama itu masih terus disebut-sebut sehingga hari ini seolah-olahnya tidak ada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Sekurang-kurangnya kerakyatannya P. Waythamoorthy perlu dilucutkan dan tindakan segera perlu diambil ke atas wartawan dan portal Free Malaysia Today yang menyiarkan berita tersebut.

Kerajaan juga digesa agar tidak takut mengambil tindakan dibawah ISA ke atas pihak-pihak yang cuba mencetuskan ketegangan kaum di negara kita, dalam hal ini wartawan dan pemilik FMT. Kita tidak bercakap tentang P Waythamoorthy sahaja tetapi sesiapa jugalah, tidak kira apa bangsa sekalipun. Jika kerajaan takut menggunakan ISA, maka hapuskan sajalah undang-undang itu. Rakyat bukan marah kerajaan menggunakan ISA tetapi rakyat mahu lihat keadilan di dalam perlaksanaan hukuman tersebut. Seperti dalam Operasi Lalang 1987, walaupun banyak pihak tidak berpuas hati terhadapnya, tapi tidak ada yang mempertikaikan keadilan yang ditunjukkan dalam perlaksanaan operasi tersebut kerana semua pihak yang menimbulkan isu perkauman tidak kira dari DAP, UMNO dan PAS, semunya diambil tindakan.

Satu siasatan menyeluruh juga perlu dijalankan bagi mencari siapakah yang menyumbang dana sehingga membolehkan P Waythamoorthy hidup dengan senang lenang di London. Kita semua tahu ada parti pembangkang tertentu yang menaja kehidupan Raja Petra Kamarudin dan P Balakrishnan di London atas penglibatan mereka dalam kes fitnah pembunuhan wanita Mongolia Altantunya ke atas Perdana Menteri, dan apakah P Waythamoorthy juga ditaja oleh pihak yang sama? Hari ini dengan penguasaan dan kawalan ke atas dana kerajaan-kerajaan negeri yang berjaya dirampas daripada Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lalu, perkara ini tidaklah mustahil berlaku.

Institusi beraja dan orang melayu mempunyai hubungan yang rapat dan sistem yang telah membentuk konsep pemerintahan kerajaan Malaysia hari ini. Raja-raja dan orang melayu di Malaysia telah bekorban apabila membenarkan kewarganegaraan di anugerahkan kepada hampir sejuta warga negara asing semasa kemerdekaan dahulu dan tidak sepatutnya pengorbanan itu dibalas dengan penghinaan yang sedemikan rupa hari ini. Jika di Thailand, seseorang boleh dipenjarakan hanya kerana mengkritik status kesihatan Raja Bhumibol Adulyadej, perkara yang sama juga boleh dilakukan di Malaysia, apatah lagi yang dipertikaikan sekarang ialah kuasa dan kedudukkan Raja tersebut. Akta Hasutan perlu dilihat semula agar tidak memberi peluang kepada para manipulator undang-undang di negara kita daripada memanipulasinya untuk mengelakkan diri daripada di hukum.

Sekarang terdedahla maksud perjuangan HINDRAF yang sebenarnya bertujuan kepada menjatuhkan pemimpin melayu dan institusi beraja di Malaysia. Perjuangan membela nasib orang India yang kononnya terpinggir oleh dasar kerajaan BN di negara ini hanyalah alasan semata-mata kerana kita semua tahu kaum India hari ini sudah banyak berubah berbeza ketika zaman awal kemerdekaan dahulu. Disamping jumlah mereka yang kecil, hak mengadakan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan hak beragama, tidak pernah dilupakan kerajaan BN. Kalau kita lihat Majlis Peguam hari ini, majoriti yang menguasai barisan kepimpinannya adalah terdiri daripada bangsa india juga, apakah sekira wujudnya penindasan, mereka mampu berada dikedudukkan sekarang. Ya, kita akui masih ada masyarakat India yang mendiami estet-estet, tapi itu adalah pilihan mereka dan faktor kerja yang mereka warisi sejak zaman berzaman daripada generasi terdahulu, bukan kerana penindasan oleh kerajaan BN.

Kita yakin, ini bukan tulisan terakhir ditulis P Waythamoorthy yang mencabar perlembagaan Malaysia dan institusi beraja. Penentangan P Waythamoorthy dan HINDRAF ke atas PERKASA yang turut disebut dalam entri yang sama sebenarnya adalah sama dengan majoriti parti-parti utama pembangkang di Malaysia tidak terkecuali DAP, kebetulan? Kita hairan, kenapa perjuangan PERKASA yang masih di dalam ruang lingkup perlembagaan Malaysia itu menjadi tentangan DAP sedangkan perjuangan ekstrim HINDRAF yang jelas perkauman dan tidak mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan, mendapat sokongan DAP seperti ditunjuk dengan pencalonan Manoharan?



SUKAN KOMENWEL : TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ATLET MALAYSIA

Posted: 10 Oct 2010 08:08 AM PDT

Tahniah dan syabas kepada atlet Malaysia yang menyumbang pingat emas. Semoga target yang disasarkan tercapai.

Malaysian shooters bag silver, bronze in women's 10m rifle

NEW DELHI (Bernama): Malaysian shooter Nur Ayuni Halim missed by two points her second gold medal at the 2010 Commonwealth Games (CWG) today.

Because of this, she had to settle for second spot in the women's singles 10m air rifle final.



KHALID BERTEMBUNG AZMIN UNTUK TIMBALAN PRESIDEN PKR.

Posted: 10 Oct 2010 08:03 AM PDT



Khalid Ibrahim tanding timbalan presiden PKR
Okt 10, 10 9:39pm
Kongsi 0
Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengumumkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

"Saya, Khalid Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti," katanya.

Beliau membuat pengumuman itu di hadapan 300 penyokong dan pemimpin cabang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam sebentar tadi.

SUMBER : MALAYSIA KINI

TERKINI : KEMALANGAN MAUT DI LEBUHRAYA

Posted: 10 Oct 2010 07:58 AM PDT

Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh

MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

SUMBER : HARAKAH DAILY
.

12 maut bas ekspres hempap beberapa kenderaan

10/10/2010 10:53pm

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua buah bas ekspres, tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau petang ini.

Berikutan nahas ngeri yang berlaku pukul 6.50 petang itu, lalu lintas kedua-dua arah terpaksa ditutup kepada semua pengguna lebuh raya dan menyebabkan kesesakan yang teruk. – Utusan.




AL-FATIHAH.... SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT...AMIN.

Posted: 10 Oct 2010 07:48 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Zainal Abidin Sulong meninggal dunia di kediamannya di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini pagi ini akibat komplikasi pada jantung

SUMBER : UTUSAN ON LINE

TERIMA KASIH GERAKAN.

Posted: 10 Oct 2010 07:42 AM PDT


Terima Kasih kepada Kepimpinan Parti Gerakan kerana telah menyelesaikan masalah dalaman parti.

Jika nak menang PRU 13.... Pemimpin UMNO Kedah ...ayuh bangkitlah

Posted: 10 Oct 2010 07:33 AM PDT

Pemimpin UMNO Kedah Perlu Lebih Agresif – Shafie Apdal

JITRA 9 Okt. – Pemimpin Umno Kedah, terutama di peringkat akar umbi, perlu lebih agresif dalam memperjuangkan isu rakyat dan yang berkaitan kerajaan negeri bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno serta Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pemimpin parti di peringkat negeri perlu meningkatkan usaha dalam mengetengahkan isu membabitkan kepentingan rakyat seperti tarif air yang dinaikkan mulai 1 Oktober lepas.

Katanya, terdapat banyak isu yang boleh diperjuangkan di Kedah terutama berkaitan kepimpinan kerajaan negeri ketika ini yang diterajui PAS.

Beliau berkata walaupun Umno Kedah menunjukkan peningkatan daripada segi persepakatan berbanding di peringkat awal selepas kalah pada Pilihan Raya Umum 2008, masih banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Sekarang jangan lagi pertikaikan tentang orang itu dan orang ini. Fikirkan tentang perjuangan asal untuk mengambil semula tampuk pemerintahan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Kedah di sini, Sabtu.

Mohd Shafie yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kedah berkata, untuk merampas semula kerajaan negeri, pemimpin Umno perlu kembali kepada tonggak utamanya, iaitu perpaduan.

PANDANGAN PENULIS : Adakah ini menandakan bahawa kepimpinan UMNO Kedah perlu disuntik dengan kepimpinan muda yang bukan sahaja mempunyai tenaga fizikal tetapi juga kaya dengan idea-idea dan pendekatan mesra rakyat dan pengundi agar harapan untuk merampas semula Kedah pada PRU 13 akan jadi kenyataan. Apa pun terima kasih pada Pengerusi Perhubungan yang dapat menuatukan semula kepimpinan UMNO Kedah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Umno negeri akan menyumbang kira-kira RM100,000 sebagai bantuan pendidikan kepada semua bahagian di negeri itu untuk disalurkan kepada sekolah yang memerlukan.

"Bahagian-bahagian akan mengenal pasti sekolah-sekolah itu dalam masa terdekat ini. Saya minta jawatankuasa bahagian memperincikan bentuk bantuan pendidikan yang diperlukan.

"Bantuan pendidikan yang kita beri bukanlah dalam bentuk wang sahaja…ia boleh jadi barangan," katanya.

Ahli Pas Kedah Demonstrasi Desak MB Batal Kenaikan Tarif Air

ALOR SETAR 10 Okt. – Kira-kira 30 anggota PAS hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Okt lepas.

Katanya dalam manifesto pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS berjanji akan menjaga kebajikan rakyat dengan menurunkan caj air dan meningkatkan kualiti bekalan air di negeri ini namun ia tidak ditunaikan oleh Azizan

SUMBER :UMNO ONLINE

Kaum Cina bukan pendatang tetapi rakyat Malaysia yang setia - Najib

Posted: 10 Oct 2010 07:23 AM PDT



10/10/2010 6:21pm

KUALA LUMPUR 10 Okt — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini.

Kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis, kata Perdana Menteri ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-57 di Wisma MCA di sini.

"Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang.

"Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Beliau berkata dengan melihat ke depan, semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan perlu bekerjasama bagi menyumbang ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara progresif.

Beliau berkata semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh orang-orang tua dahulu perlu diteruskan agar Malaysia akan terus bertambah kukuh dan dapat bersaing di arena global.

"Impian saya agar Malaysia menjadi negara maju abad 21 yang benar-benar berkelas tinggi. Bukan negara sederhana kelas kedua tetapi menjadi antara negara maju yang terbaik di dunia," katanya.

Najib berkata kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

"Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13.

"Ini merupakan sebahagian daripada usaha mentransformasikan Malaysia," kata Najib. — Bernama

PANDANGAN PENULIS : Oleh itu marilah kita sama-sama memajukan negara ini./td>

KESETIAAN ADALAH SYARAT PERPADUAN.

Posted: 10 Oct 2010 07:18 AM PDT

MCA Ikrar Terus Setia Bersama BN

KUALA LUMPUR 10 Okt.- MCA berikrar akan terus setia sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) serta memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menjadikan BN sebagai sebuah parti pilihan rakyat.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata walaupun MCA mengambil pendirian berbeza dalam beberapa perkara namun komitmen parti itu terhadap perkongsian kuasa dalam BN yang dipegang lama dahulu tetap tidak berganjak.
"MCA tidak akan menjadi pengikut yang membuta tuli. Sebaliknya kita akan terus bersikap jujur dan ikhlas akan apa yang kita rasakan perlu untuk diperjuangkan demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-57 di Wisma MCA di sini, hari ini.
Justeru, katanya, kesetiaan MCA kepada BN dan komitmen mereka terhadap perkongsian kuasa tidak harus dipertikai.
Perhimpunan kali ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia turut dihadiri Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta barisan pemimpin parti komponen BN.
Dr Chua berkata parti politik kaum Cina terbesar itu juga akan terus mengetengahkan agenda politik dan menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan rakyat dengan bersungguh-sungguh agar terus relevan dalam arena politik negara.
Beliau menegaskan bahawa MCA akan terus komited dalam memperjuangkan nasib dan keperluan masyarakat Cina di negara ini serta akan terus menjadi suara rasmi mereka di dalam kerajaan.
Beliau juga menyatakan sokongan penuh MCA kepada kepimpinan Najib serta program transformasi yang dipelopori beliau dalam usaha menjana pertumbuhan negara ke arah pencapaian ekonomi yang lebih adil.
Dr Chua turut melahirkan ucapan penghargaan di atas sikap responsif Perdana Menteri kepada pelbagai dialog yang telah diadakan dengan MCA yang hasilnya adalah positif dan memberangsangkan.
Beliau menyifatkan pemimpin negara itu sebagai sangat bermurah hati dan proaktif terhadap cadangan-cadangan MCA ke arah masyarakat yang adil serta saksama.
Dalam pada itu, Dr Chua menyeru pemimpin parti untuk mula bersikap "menyerang" dan tidak hanya duduk "mempertahankan" pendirian masing-masing, seperti mengambil bahagian dalam sesi-sesi perdebatan intelek berkaitan isu utama melibatkan rakyat, dengan menggunakan medium komunikasi baru seperti Facebook, Twitter dan blog.
"Sebagai pemimpin, kita mestilah sentiasa respons kepada isu-isu semasa dengan pantas dan tidak hanya selepas semua orang memperkatakannya. Sentiasalah berada di barisan hadapan dan bukan sebagai pemerhati. Pastikan tindak tanduk kita betul dan sensitif kepada permasalahan rakyat," katanya.
Beliau juga menggesa para pemimpin dan anggota parti untuk merapatkan semula barisan demi memastikan kejayaan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13.
"Kita tidak boleh terus membuang masa bertengkar atau berhadapan dengan satu lagi konflik melainkan untuk terus bekerja keras dan menyusun strategi untuk memenangi semula hati rakyat. Jika kita tidak bersatu tenaga dan bergerak secara
bersama, kita tidak akan kekal di Putrajaya selepas pilihan raya," katanya.
Dr Chua berkata MCA turut mensasarkan untuk mendaftarkan seramai 50,000 pengundi baru menjelang akhir tahun ini sebagai persediaan menghadapi PRU-13 tidak lama lagi.
Beliau berkata MCA telah memulakan kempen pendaftaran pengundi di setiap bahagian yang akan terus dipertingkatkan sehingga parti itu mencapai sasaran pengundi yang telah ditetapkan.
Katanya perhatian harus diberi kepada langkah-langkah yang berkesan untuk menarik lebih empat juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas untuk berdaftar sebagai pengundi.
Dr Chua berkata para pengundi muda hari ini terdiri daripada golongan bijak dan mengutamakan idealisme perjuangan sebuah masyarakat yang adil dan sangat peka kepada soal-soal penyalahgunaan kuasa dan korupsi.
Beliau turut menyeru agar semua ahli politik tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang untuk menolak kepimpinan yang bersifat ekstrem dan rasis.
"Jika BN terus mengambil jalan tengah dan berjuang atas fahaman politik yang mengambil kira nasib dan kepentingan semua kaum, saya yakin rakyat akan terus memberikan sokongan mereka kepada kepimpinan Perdana Menteri," katanya.
Sementara itu Speaker Datuk Yik Phooi Hong mengumumkan seramai 1,764 daripada 2,369 perwakilan atau 74.46 peratus hadir pada perhimpunan hari ini.

Tarif air Kedah: 30 ahli Pas adakan demonstrasi bantahan

Posted: 09 Oct 2010 11:25 PM PDT



10/10/2010 1:49pm

ALOR SETAR 10 Okt — Kira-kira 30 anggota PAS hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Okt lePas.

Mereka turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan itu mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin, mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (Sada) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat dan mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air, Abdullah Hashim berkata demonstrasi dan memorandum itu dibuat bagi membantah kenaikan tarif air yang dibuat kerajaan negeri dan Sada kerana ia tidak wajar memandangkan ia amat membebankan rakyat di negeri ini.

"Saya amat kesal dengan beliau (Azizan) yang sengaja membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air bermula 1 Okt lalu," katanya kepada pemberita selePas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Menteri Besar, Zulkapli Osman di Pejabat Menteri Besar Kedah, di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Turut serta dalam demontrasi itu adalah bekas Setiausaha PAS Cawangan Sungai Limau, Mohd. Najid Fahami Yahaya, bekas Setiausaha Kerja PAS Kedah, Md. Noor Abd Rahman dan bekas wartawan Harakah Kedah Zainun Ismail. — Bernama

Pandangan Penulis :

Nampaknya bukan sahaja ahli UMNO yang bantah ahli PAS pun begitu juga.

SEMANGAT PERJUANGAN KU LI KECUTKAN PAS

Posted: 09 Oct 2010 05:54 PM PDT


Ku Li kembali dengan semangat juang rampas balik Galas

 

PAS boleh lupakan hajat untuk melihat Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah 'buat perangai' menjelang pilihanraya kecil Dun Galas pada 4 November ini. Sebaliknya Ku Li memberi tamparan awal pada Pas dengan mengumumkan sendiri beliau menerima tawaran untuk jadi pengarah pilihanraya kecil N45 itu dan akan turun padang sebagai ahli dan Ketua Bahagian Umno. Beliau yang kembali dari London pagi Sabtu mengadakan sidang akhbar di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kelihatan ceria dan bersemangat untuk menghadapi pilihanraya tersebut.  


JANGAN BUTA IT......

Posted: 09 Oct 2010 05:51 PM PDT













Pemuda MCA gesa guna Twitter, Facebook
Okt 9, 10 1:10pm
 
Ahli Pemuda MCA perlu celik internet dan bertindak memulakan hubungan serta ikatan dengan pengundi melalui kuasa internet, demikian disarankan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam arus politik kini dan bagi menangani politik semasa, beliau berkata Pemuda MCA perlu inovatif dalam usaha ke arah memenuhi keperluan rakyat, khasnya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan menjelang.

Justeru, katanya, Pemuda MCA perlu melibatkan diri dalam medium seperti Twitter dan Facebook untuk mendekati pengundi memandangkan kempen pilihan raya umum yang akan datang amat bergantung kepada teknologi berkenaan.

"Oleh itu, kita mestilah mengetahui dan mengambil berat tentang isu-isu ini. Saya menggesa kesemua yang berada di sini yang belum menggunakan media sosial sebagai alat bagi mendekati rakyat jelata supaya mula berbuat demikian," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-46 di Wisma MCA diKuala Lumpur, hari ini.

Liow yang juga Menteri Kesihatan menyarankan supaya Pemuda MCA menggunakan peluang pada perhimpunan ini untuk membincangkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Katanya Pemuda perlu memanfaatkan faktor-faktor positif seperti pertumbuhan ekonomi yang semakin baik dan perbalahan dalaman parti-parti politik pembangkang untuk meraih semula sokongan pengundi.

Katanya isu yang menjadi perhatian rakyat seperti alam sekitar, tenaga diperbaharui dan gaya hidup sihat perlu diberi keutamaan.

Beliau turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa MCA tidak berani bersuara, khasnya mengenai isu perkauman, kerana MCA memilih untuk memperjuangkan isu-isu tersebut dalam Kabinet dan dalam semangat keluarga BN.

"Dengan rasa tanggungjawab, saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa pemimpin MCA menpunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri dan timbalannya dan kita mempunyai persefahaman dalam segala langkah dan rancangan yang sedang diambil untuk membawa perubahan ke arah kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Kita bukan tidak nampak gangguan pembangkang, tetapi sedar bahawa pertelingkahan yang berterusan bukan sahaja akan mengganggu rakyat, tetapi juga akan menghalang pembangunan negara," katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Liow turut mengingatkan Pemuda MCA mengenai peranan mereka dalam pembangunan negara dan pelan-pelan transformasi yang didokongi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, masa 10 tahun yang akan datang adalah tempoh paling getir bagi Malaysia untuk membuat lonjakan dan merealisasikan agenda pembangunannya.

"Ini satu lonjakan luar biasa yang memerlukan komitmen dan kerjasama dari semua pihak untuk merealisasikan transformasi negara kita dari sebuah negara membangun ke sebuah negara maju," katanya.

- Bernama


Pengikut