Jumaat, 1 Oktober 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KEMPEN BELI UTUSAN

Posted: 30 Sep 2010 08:37 PM PDT

Put your stuff here

TAHNIAH KEPADA PDRM DAN KDN.

Posted: 30 Sep 2010 08:28 PM PDT

PDRM sambut baik cadangan Majlis Peguam PDF Print E-mail
Friday, 01 October 2010 09:40am
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik cadangan Majlis Peguam agar siasatan terhadap seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di Kuching, Sarawak baru-baru ini, dibuat mengikut Seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan, bukannya di bawah Akta Hasutan 1948.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin (gambar) berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut akta berkenaan kerana wujud unsur hasutan daripada aspek perlakuan paderi berkenaan.

Katanya, namun pihaknya juga akan mengemukakan cadangan Majlis Peguam itu kepada pejabat Peguam Negara selepas siasatan selesai dijalankan.

Beliau berkata, PDRM sedang mendapatkan bantuan teknikal daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Cyber Security Malaysia berhubung kes itu.

"Kita menyambut baik cadangan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan agar siasatan dilakukan mengikut Seksyen 298 dan 298A kanun itu dan akan mengemukakannya kepada Peguam Negara, namun PDRM akur terhadap segala keputusan dan nasihat Peguam Negara.

"Ini termasuk mengambil kira penggunaan Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang diputuskan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mamat Daud dan Ors melawan Kerajaan Malaysia pada 1988 yang antara lain hanya terpakai di Wilayah Persekutuan sahaja," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Majlis Peguam menggesa pihak berkuasa menyiasat segera kes seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Ragunath berkata, jika siasatan terhadap kes itu dilengah-lengahkan, ia bakal menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan umat Islam.

Menurutnya, pendakwaan di mahkamah juga perlu disegerakan jika terbukti paderi terbabit bersalah agar semua berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan pihak berkuasa.

Katanya, tindakan harus dilakukan dengan mengguna pakai peruntukan Seksyen 298 kanun tersebut iaitu mengeluarkan perkataan dengan sengaja untuk mengguris hati orang dalam sesuatu agama.

Seksyen 298A iaitu menyebabkan rasa tidak damai, perpecahan dan rasa tidak senang hati, prejudis kerana alasan agama juga boleh dikenakan.

Kedua-dua seksyen itu lebih spesifik berbanding Akta Hasutan.

Akhbar baru-baru ini melaporkan pendedahan Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen mengenai tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah ketika menyampaikan ceramah di sebuah gereja di Kuching.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, PDRM diarah bekerjasama dengan SKMM untuk menyiasat tindakan paderi itu.

Hishammuddin berkata, ceramah yang dimuat naik ke laman YouTube itu merupakan tindakan biadab dan boleh mengugat keharmonian negara.

PANDANGAN : TINDAKAN CEPAT, MESRA DAN BETUL SERTA IKUT PERLEMBAGAAN.

PRK : INFO GALAS

Posted: 30 Sep 2010 08:24 PM PDT

 



Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan petiundi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas YB Chek Hashim Selema mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland.

Menurut penganalisa politik untuk memenangi PRK kawasan ini perlukan gabungan beberapa faktor , antaranya adalah pemilihan calon yang sesuai (orang tempatan), kerjasama pemimpin UMNO di Kelantan dengan Tengku Razaleigh (Tok Pa, Awang Adek, Anuar Musa dll),sokongan pengundi Cina dan juga orang Asal.Dan yang lebih penting hanya ada satu pasukan sahaja.



PERPADUAN TONGGAK KEJAYAAN

Posted: 30 Sep 2010 07:35 PM PDT





Setiap warga negara Malaysia perlu bersyukur kerana berada dalam sebuah negara Islam yang mementingkan perpaduan kaum dan keamanan. Keamanan dan perpaduan kaum serta sikap toleransi pelbagai kaum dan agama dalam negara ini merupakan satu keunikan yang tidak wujud dalam kebanyakan negara dunia ketiga masa kini.


Perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Malaysia sukar untuk diamalkan oleh negara-negara dunia ketiga sama ada negara tersebut terdiri dari negara Islam atau bukan Islam. Peristiwa peperangan saudara dan pembunuhan sesama kaum merupakan fenomena yang lumrah dalam kebanyakan negara di dunia masa kini.



Keamanan dan perpaduan kaum merupakan asas penting kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Perpaduan kaum perlu dipertingkatkan supaya setiap individu yang lahir dalam negara ini dapat memahami bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang memberi hak dan kedudukan kepada pelbagai kaum setanding dengan umat Islam tanpa mengorbankan kedaulatan dan hak warisan yang diwartakan untuk umat Islam yang dipersetujui oleh kesemua para pemimpin kaum semasa Tanah Melayu diserahkan oleh British kepada kepimpinan tempatan.

Perkara seperti ini perlu disemat dalam dada setiap generasi baru yang lahir dalam negara ini supaya mereka mengenali sejarah dan keturunan mereka. Kejahilan dalam perkara ini menyebabkan masyarakat pelbagai kaum tidak menyedari sejauh manakah mereka perlu bersuara dan bertindak demi memenuhi hasrat dan bisikan hati mereka. Malaysia ialah sebuah negara yang bebas di mana masyarakat bukan Islam bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan amalan keagamaan mereka.

Konsep persahabatan pelbagai kaum yang dijalin sejak Melaka menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara merupakan satu corak kehidupan masyarakat majmuk yang paling unik jika dibandingkan dengan negara dunia ketiga yang lain.

Setiap individu yang dilahirkan atau berhijrah ke negara ini bebas untuk menguasai kekayaan negara jika mereka tekun dan gigih dalam kehidupan seharian mereka. Negara Islam yang mengamalkan konsep kehidupan yang berteraskan tauhid (mempercayai Tuhan yang Esa) dan keagungan Tuhan mampu membentuk jiwa masyarakat Islam untuk berkongsi kekayaan dengan orang bukan Islam.

Ini kerana prinsip dan dasar pemerintahan Islam bercirikan kepada konsep kemanusiaan sejagat iaitu dunia ini adalah hak milik Allah dan setiap manusia berhak mencari nafkah dan menikmati kekayaan negara selama mereka menghormati perundangan negara dan tidak bersikap angkuh serta menyebarkan propaganda terhadap umat Islam.

Umat Islam juga dituntut oleh Islam supaya menghormati masyarakat bukan Islam dan mengiktiraf hak dan peranan mereka dalam negara. Perkara yang digariskan oleh Islam berkaitan dengan konsep kehidupan masyarakat majmuk diamalkan oleh pemimpin dan masyarakat Islam dalam negara ini sejak merdeka.

Perpaduan dan keamanan yang wujud dalam negara ini hasil daripada sikap toleransi dan memahami di antara satu sama lain (mutual understanding) perlu diperkukuhkan, bukan diperkotak katikkan demi kepentingan diri dan perjuangan politik berunsurkan perjuangan perkauman atau bercirikan konsep komunisme yang membelakangkan tradisi masyarakat beragama.

Perjuangan berunsurkan perkauman tidak mungkin dapat membentuk satu masyarakat majmuk yang boleh menegakkan keadilan dan keamanan. Kegagalan dunia Arab menyatu padukan bangsa yang menganut agama yang sama adalah hasil daripada perjuangan ideologi yang bercirikan kepada kabilah, ideologi atau mazhab.


Kebebasan beragama yang diamalkan oleh negara Malaysia perlu dihormati supaya setiap individu dapat memahami bahawa menghindari atau mencegah sesuatu kaum daripada mengamalkan tradisi agama dan budaya mereka merupakan satu perkara yang sensitif dan boleh membangkitkan kemarahan dan mencetuskan permusuhan.

Sukar bagi sesebuah negara mengawal keamanan dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk jika para pemimpin parti politik dalam negara tersebut sering membangkitkan isu-isu yang berbau perkauman. Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan mematuhi janji terhadap orang bukan Islam. Umat Islam yang bertakwa akan berpegang kepada janji di antara mereka dengan orang bukan Islam.

Konsep kehidupan berjiran dan tetamu yang termaktub dalam akhlak Islam merupakan asas penting yang membentuk keperibadian umat Islam sehingga mereka boleh berkongsi kekayaan negara dengan masyarakat bukan Islam. Sikap toleransi yang ditonjolkan oleh umat Islam kepada masyarakat bukan Islam bukan merupakan simbol kepada kelemahan atau ketakutan tetapi ia merupakan prinsip kepimpinan dalam Islam ketika memimpin sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.

Islam membicarakan hak-hak orang bukan Islam dalam negara Islam. Rasulullah SAW memberi amaran keras kepada umat Islam jika melakukan kekejaman terhadap orang bukan Islam yang mematuhi Perlembagaan Negara. Kepimpinan Islam sering berteraskan kepada perundangan Allah dan Rasul. Oleh itu, mereka boleh bertolak ansur dengan masyarakat bukan Islam dalam hal berkaitan dengan urusan keduniaan dan kebendaan.

Masyarakat bukan Islam diberi perlindungan dalam negara Islam jika mereka menghormati dan memahami sensitiviti orang Islam dalam hal ehwal tradisi dan keagamaan. Umat Islam diharamkan menceroboh rumah ibadat orang-orang bukan Islam dan memaksa mereka mengamalkan budaya dan tradisi agama Islam. Islam mengajar manusia supaya menjadi masyarakat berilmu dan bertamadun.

Masyarakat yang bertamadun gemar mempelajari pelbagai bahasa dan ilmu pengetahuan daripada pelbagai kaum. Oleh itu, mereka tidak akan menjadikan bahasa dan tulisan bangsa lain sebagai agen yang boleh menghapuskan budaya dan tradisi mereka.

Sepatutnya, masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama menunjukkan minat dan kerjasama dalam mempelajari pelbagai bahasa untuk memperkayakan bahasa dan ilmu pengetahuan kerana ilmu-ilmu warisan dan khazanah sesuatu kaum itu hanya dapat dimiliki secara menguasai bahasa mereka. Perkara seperti ini perlu diserap dalam minda masyarakat Malaysia.

Sikap terlalu mendesak dan keras untuk mendapat hak dalam tulisan dan bahasa sehingga menghapuskan bahasa orang lain secara mendadak bukan merupakan ciri orang yang bertamadun.

Ini adalah ciri kepimpinan komunis yang menghapuskan nilai agama dan budaya secara keras dan spontan. Individu yang mempunyai pemikiran begini sukar untuk hidup bersama dengan masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Ahli-ahli politik yang terlalu gemar menggunakan isu-isu bahasa dan tulisan sebagai cara untuk membangkitkan emosi masyarakat merupakan orang yang kurang matang dalam mengendalikan urusan berkaitan dengan tamadun dan nilai keilmuan dalam kehidupan di dunia ini.

Malangnya ahli-ahli politik di negara ini sama ada beragama Islam atau bukan Islam menjadikan isu bahasa sebagai satu cara untuk membangkitkan emosi perkauman dan perpecahan.

Sedangkan, pengalaman hidup bercirikan masyarakat majmuk merupakan asas kepada kemajuan negara Malaysia yang amat unik dan sukar untuk diamalkan oleh negara-negara dunia ketiga yang lain.

Persoalan yang sering dibangkitkan masa kini ialah apakah bentuk perundangan yang perlu digariskan oleh kerajaan untuk mengekalkan perpaduan kaum dan keamanan negara?

Persoalan ini perlu dijawab oleh para pemimpin politik dalam negara ini. Jika mereka memperjuangkan keamanan dan perpaduan kaum, maka mereka perlu memahami sensitiviti kesemua kaum dalam negara ini, bukannya menunjukkan sikap bongkak dan angkuh apabila merasai diri sudah kuat dan berpengaruh.

Sikap dan tingkah laku begini mencerminkan diri mereka sebagai orang yang tidak bertamadun dan bercirikan kepemimpinan yang keras dan kejam terhadap orang bukan sebangsa dengan mereka.

Oleh itu, masyarakat perlu meneliti dalam pemilihan pemimpin mereka supaya keamanan dan perpaduan kaum dalam negara ini diperkukuhkan lagi.

Dr. Saodah Abd Rahman

Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

PRK GALAS : MENGAPA PAS GUSAR DENGAN TENGKU RAZALEIGH HAMZAH ?

Posted: 30 Sep 2010 06:20 PM PDT


Galas: PAS Mula Gusar!
Thursday, 30 September 2010 16:00 zul
E-mail Print PDF



PAS Kelantan mengakui "sedikit gusar" dalam usahanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Galas berikutan pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, bagi mengetuai jentera pilihan raya UMNO/Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil di situ nanti.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron, berkata ini kerana ketokohan Tengku Razaleigh akan memberi impak yang besar dan boleh membawa kemenangan kepada BN.

"Trek rekod Ku Li adalah sangat baik dan tiada siapa yang boleh menafikan ketokohannya. "Kita akui laluan kita di Galas menjadi lebih sukar kali ini apatah lagi kita hanya menang tipis pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini, hari ini.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas kerana barah usus pada Ahad lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham memperoleh 4,399 undi menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari BN dengan majoriti 646 undi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil itu yang tarikhnya belum diumumkan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik sebagai timbalan pengarah jentera tersebut.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar, berkata pelantikan Tengku Razaleigh sangat wajar dan beliau mampu mengembalikan kerusi Galas kepada BN.

"Kami akan bekerja habis-habisan bagi membantu beliau," kata Noor Zahidi.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad pula, menyifatkan pelantikan itu sebagai sangat tepat dan diterima semua pihak termasuk parti komponen BN yang lain.

"Ia langkah sangat bijak dan Tengku Razaleigh seorang yang dihormati dan satu nama besar dalam politik dan sudah tentu ini memberi kelebihan kepada BN," katanya

Samy Vellu: Saya akan letak jawatan Januari ini

Posted: 30 Sep 2010 06:14 PM PDT




Samy Vellu mula menerajui parti kaum India itu pada 13 Sept 1979 dalam kapasiti sebagai pemangku presiden berikutan kematian Tan Sri V Manickavasagam.

Semasa Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan, Mei lalu, Samy Vellu dilaporkan berkata beliau akan melepaskan jawatan itu 'tujuh atau lapan bulan' sebelum penggalnya sebagai presiden berakhir pada Mac 2012.

Menurutnya, langkah itu adalah bagi memberi peluang kepada timbalannya, Datuk G Palanivel membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Saya akan umumkan tarikh peletakan jawatan tidak lama lagi. Selepas meletak jawatan, saya tidak akan mencampuri urusan dalaman parti dan hanya akan menjadi ahli biasa MIC," katanya.

"Saya pasti akan melepaskan jawatan Presiden MIC selepas pulang daripada menghadiri Privasi Barathiya Divas di India Januari tahun depan.

"Mungkin sebelum 15 Januari saya akan lepaskan jawatan presiden. Jawatan itu akan diserah kepada Timbalan Presiden, Datuk G Palanivel," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC.

TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA DATUK SERI ATAS SEGALA SUMBANGAN, IDEA, KERJA KERAS UNTUK MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA SELAMA 32 TAHUN. JASA DAN PENGORBANAN DATUK SERI TIDAK DILUPAKAN. MASYARAKAT INDIA JUGA RASA KEHILANGAN KEPIMPINAN DATUK SERI.

PRK GALAS : PERMULAAN PERPADUAN ATAU KEHANCURAN MELAYU ?

Posted: 30 Sep 2010 06:00 PM PDT






Norizan Shariff dalam blognya nobisha.com
berpendapat, mana-mana parti yang memenangi pilihan raya itu tidak akan membawa makna yang besar, sebaliknya menyumbang kepada peperangan psikologi yang berterusan dalam politik negara.

Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan pandangan beberapa pihak supaya pilihan raya kecil di Galas dielakkan daripada berlaku demi perpaduan Melayu.

ALASAN :"Apa yang perlu diusahakan oleh pemimpin Pas dan UMNO ialah kesatuan fikrah atau 'wahdatul fikr'. Sampai sekarang, saya tidak melihat usaha-usaha ke arah itu. Dalam hal ini, saya fikir Gerakan, MCA dan DAP jauh ke hadapan. Hanya orang yang naif saja yang akan berhujah bahawa ketiga-tiga parti itu mempunyai agenda perjuangan yang berbeza.

"Disebabkan tidak ada penyatuan fikrah ini, maka pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pas dan UMNO yang seagama dan sebangsa melihat satu sama lain sebagai musuh - sampai ke satu tahap sesetengahnya lupa siapakah musuh mereka sebenarnya," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat agar jangan menggunakan istilah 'perpaduan Melayu' untuk mengelakkan pilihan raya kecil kerana DAP, Gerakan dan MCA juga bertempur dalam banyak pilihan raya baik kecil dan besar tetapi ia tidak menjejaskan sama sekali persefahaman di antara mereka.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz dalam blognya kickdefella.wordpress.com ringkas menulis bahawa apakah benar dakwaan Pas bahawa agenda perpaduan Melayu adalah untuk menyelamatkan UMNO sedangkan berdasarkan kerusi Melayu dalam Parlimen, UMNO mempunyai 31 kerusi manakala Pas pula hanya empat kerusi.

"UMNO ada 31 kerusi di konstituensi majoriti Melayu di Semenanjung yang dimenangi dengan majoriti 32-72 peratus berbanding Pas ada empat kerusi sahaja, itu pun dimenangi antara 21-27 peratus. Apakah benar dakwaan penyokong Pas bahawa agenda perpaduan Melayu untuk menyelamatkan UMNO?" katanya.

klputrakl dalam komen di dalam entri tersebut yang berpendapat bahawa agenda perpaduan Melayu bukan untuk menyelamatkan UMNO tetapi untuk menyelamatkan Melayu dan umat Islam serta negara Malaysia keseluruhannya.

"Pas lupa orang Melayu itu beragama Islam. Pas lupa asas demokrasi di Malaysia. Setiap orang satu undi. Siapa menang dia perintah, siapa perintah dia yang akan menentukan dasar sesebuah negeri atau negara.

"Pas lupa bahawa mereka menang di kawasan orang Melayu atas undi Melayu/Islam serta ada kuasa yang bermakna di negeri majoriti Melayu/Islam yang besar. Pas tidak nampak untuk negeri-negeri tertentu orang Melayu/Islam tidak ramai atau mojoritinya tidak besar di mana kemungkinan orang Melayu/Islam kurang atau hilang kuasa memerintah jika berpecah undi," katanya.

Katanya, Pas tidak melihat bahawa realitinya orang Melayu dan Islam adalah paksi kepada kestabilan Malaysia kerana penduduk Melayu merupakan penduduk majoriti di negara ini dan sudah menjadi sesuatu yang lazim bahawa penduduk yang mempunyai majoritilah yang akan mencorakkan sesebuah negara.

Syed Ali Alhabshee dalam umnobahagiancheras.blogspot.com berpendapat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu membetulkan dahulu kesilapan Pas yang bertanggungjawab memecah-belahkan perpaduan Melayu dan Islam sebelum mengajak ahli UMNO menyertai partinya.

Katanya, Nik Aziz juga merupakan orang yang bertanggungjawab membawa kerosakan penyatuan umat Melayu menerusi pelbagai fatwa yang bertopengkan agama untuk kepentingan politik.

Justeru, katanya, cadangan terbaru Nik Aziz supaya ahli-ahli UMNO menyertai Pas bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan menyarankan UMNO tidak perlu bertanding pada pilihan raya kecil Galas sebagai kenyataan 'nyanyuk' dan gimik politik.

PANDANGAN PENULIS :Idea supaya BN/UMNO tidak perlu bertanding di DUN Galas datangnya dari PAS dan beberapa pemimpinnya atas alasan PERPADUAN MELAYU. Idea ini bukannya baru, sebelum ini pun telah di uar-uarkan oleh ramai pihak, bila melihat kepentingan Melayu terhakis sedikit demi sedikit sama ada yang dibuat oleh orang Melayu sendiri mahu pun bukan Melayu. Kisah ini berakhir dengan tragis bila PAS dengan bangganya mengatakan bahawa mereka tak perlu menjalin kerjasama dengan UMNO atas dasar persepakatan yang telah mereka mertai bersama-sama rakan dalam PR.

Hilang kisah kerajaan perpaduan, timbul pula isu debat antara PAS dan UMNO. Pelawaan berdebat sering sahaja mendasari tindakan PAS bila berdepan dengan UMNO. Persoalannya adakah pemimpin PAS kini telah dikaburi antara musuh tradisi dan musuh sebenar mereka. Kita semua tahu bahawa masalah Melayu tidak selesai dengan pemimpin berdebat sahaja. Pastinya dalan perdebatan soal menang dan kalah akan jadi taruhan politik. Pihak yang kalah akan terima kesan manakala yang menang akan menjaja atau diputarbelitkan atau pun isu ini akan diputarbelitkan demi kepentingan politik.

Berbalik soal perpaduan semula. Sering kita membaca bila sahaja timbulnya usaha-usaha untuk kerajaan perpaduan, belum pun mereka berbincang telah diletakkan syarat itu dan ini. Sudah tentulah keadaan menjadi haru biru. Ini ditambah pula dengan paparan dari laman web yang kadang-kala mendahului situasi sebenar usaha tersebut. Cuba kita fikirkan sematang-matangnya wajarkah kepeimpinan tertinggi bersifat demikian atas kapisitinya sebagai seorang mursyidul am yang berpendidikan agama lagi. Sifat demdam yang tiada kesudahan sering dikatakan menjadi batu penghalang ke arah usaha ini.

Dalam isu DUN Galas, tiba-tiba sahaja pihak PAS mula mengatakan bahawa perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah beri 'advantage" kepada mereka. Mungkin mereka lupa bahawa persamaan fikiran dalam isu royalti minyak kepada Kelantan bukannya bermakna Ku Li akan bersama PAS. Benar Ku Li pernah keluar daripada UMNO dengan menubuhkan parti Semangat 46. Tetapi kita semua tahu apa yang telah PAS lakukan kepada S 46 dulu. Kembalinya semula Ku Li dalam UMNO telah membawa banyak kebaikan kepada masyarakat Melayu dan juga parti politik Melayu. Terima Kasih, Tengku...Kita percaya dan penuh yakin gandingan Ku Li dan pimpinan UMNO Kelantan akan beri kejayaan kepada calon UMNO,

Pertanyaan : Adakah PAS juga bersedia tidak bertanding bila melibatkan kawasan UMNO ?

KEPIMPINAN MELAYU : DULU DAN SEKARANG

Posted: 30 Sep 2010 05:31 PM PDT

Hala tuju, tindak laku politik Melayu

SOALAN:"Ke manakah hala kepimpinan Melayu sekarang?"

"Simposium Kepimpinan Melayu - Dari Mana Ke Mana" yang dianjurkan oleh Jabatan (sekarang Akademi) Pengajian Melayu, Universiti Malaya lebih tiga puluh tahun yang lalu (1976). Sewaktu itu Ustaz Fadzil belum lagi menjadi presiden parti, sebaliknya hanyalah seorang anggota pimpinan tertinggi Pas.

JAWAPAN DULU : Pertanyaan itu dijawabnya sendiri dengan satu sindiran dan nada jenaka: "Hala kepimpinan Melayu sekarang ialah tak tentu hala." Mendengar retorikanya itu ada khalayak yang bertepuk dan ada yang ketawa sambil mengetuk meja.

SOALAM : Ke manakah hala kepimpinan politik Melayu masa kini?

JAWAPAN SEKARANG : Mungkin ada yang akan menjawab dengan ungkapan seperti "tak tentu hala" atau "pelbagai hala" atau "sudah tak peduli dosa dan pahala" atau "terlalu banyak pemimpin yang keras kepala."

SOALAN DIPERLUASKAN LAGI :mungkin perlu diperluas: Bagaimanakah kita menilai keadaan politik Melayu semasa khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dahulu.

JAWAPAN DIPERHALUSI : Ungkapan-ungkapan seperti "tragis dan ironis", "suram dan sugul", "defensive and explosive". Atau jika hendak bergurindam, kita boleh meminjam ungkapan silam: yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.

SENARIO SELEPAS PRU 12 DAN KESAN KEPADA DOMINAN MELAYU.

PRU12 itu memberi kesan jangka panjang yang sangat mendalam terhadap kedudukan politik bangsa Melayu.

PRU12 dianggap sebagai salah satu tanda terhakisnya kuasa politik Melayu apabila UMNO dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) hilang kuasa majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dan hilang kuasa memerintah di Perak dan Selangor.

Tetapi tragedi politik bangsa Melayu berikutan keputusan PRU12 itu bukan sekadar kehilangan majoriti 2/3 kerusi BN di Dewan Rakyat.

Satu aspek lain daripada tragedi politik Melayu yang barangkali ramai antara kita yang terlepas pandang ialah keengganan Pas bekerjasama dengan BN (UMNO) untuk membentuk kerajaan negeri di Perak dan Selangor.

Sudah menjadi rahsia umum bahawa sebelum terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor selepas PRU12 itu terdapat usaha-usaha intensif untuk "mendamaikan" Pas dan UMNO. Tetapi sayang usaha-usaha tersebut gagal walaupun di pihak Pas terdapat kumpulan yang sedia "membuang keruh dan mengambil yang jernih."

Masalahnya, kumpulan dalam Pas yang masih "berdendam" terhadap UMNO lebih berpengaruh daripada kumpulan yang satu lagi.

Akibatnya, Pas merebahkan diri "tidur sebantal" bersama DAP (dan PKR) dengan mimpi yang cacamarba berbeza-beza. (Bayangkan, secara metafora, Tok Guru Nik Aziz sekelambu dengan Peguam Karpal Singh). Maka dengan itu semakin mendalamlah tragedi politik yang dialami bangsa Melayu

Dengan kata-kata lain, jika UMNO dan Pas dapat sepakat membentuk kerajaan di dua buah negeri tersebut, kesan yang tragis daripada hasil PRU12 masih dapat dikurangkan secara signifikan.

Selain daripada "tragis" keadaan sedemikian juga dapat dianggap sebagai "ironis" dalam erti berlaku bercanggahan antara "hasrat" dan "perbuatan" atau terjadi perbauran antara dua unsur yang bertentangan. (Sekali lagi, bayangkan paduan Nik Aziz dan Karpal Singh).

Gambaran atau senario ironis ini dapat ditambah bila kita bayangkan bahawa Pas dan UMNO yang pada hakikatnya mempunyai matlamat yang sama gagal untuk bekerjasama semata-mata disebabkan kerenah atau perangai sesetengah tokoh atau individu yang tidak akan kekal di tengah gelanggang.

Adalah juga satu ironi bila sesetengah tokoh UMNO yang ingin mewujudkan perpaduan Melayu melalui kerjasama UMNO-Pas, tetapi meminggirkan Perkasa yang memang berusaha mewujudkan perpaduan Melayu yang lebih besar.

Semuanya itu, pada hemat saya menyebabkan keadaan politik Melayu menjadi "suram dan sugul". Bangsa Melayu berada pada kedudukan yang defensive kerana pihak-pihak yang secara berterusan "menggodam Melayu" (melakukan Malay bashing) mendapat "mementum" baru dan semakin yakin untuk meningkatkan serangan terhadap kepentingan bangsa Melayu bila melihat perpaduan Melayu itu semakin rapuh.

Berhubaya-hubayalah kita semua semoga kedudukan yang defensif bangsa Melayu tidak terdesak menjadi eksplosif. Untuk itu, "hala tuju" perlulah "dijernihkan" dan "tindak laku" politik mestilah dirasionalisasikan.

Jadikan iktibar - Najib

Posted: 30 Sep 2010 05:19 PM PDT

Jadikan iktibar - Najib




KUALA LUMPUR 30 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepada semua rakyat supaya mengambil iktibar bahawa kehilangan kuasa Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri telah memberi kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Kesan Buruk Kepada Rakyat Jika BN Hilang Kuasa Memerintah – PM Kesan Buruk Kepada Rakyat Jika BN Hilang Kuasa Memerintah – PM

Posted: 30 Sep 2010 08:50 PM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis, mengingatkan bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat. Perdana Menteri berkata oleh itu rakyat perlu bijak menggunakan peluang yang ada dalam membuat pilihan kerajaan. Dalam ucapannya pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) [...]

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Realiti Di Singapura (Dan Malaysia Jika DAP Memerintah)

Posted: 01 Oct 2010 04:51 AM PDT

Ini realiti di Singapura sekarang (Kiblat DAP)

ISA Dilaksanakan Begitu Keras Dengan Tahanan Paling Lama Cecah 23 Tahun (Chia Thye Poh-tahanan politik). Kebanyakkan yang masuk ISA ialah aktivis politik, pemimpin kesatuan dan pelajar.

Badan Kehakiman Dikawal Kerajaan

Kesatuan Pekerja Kebangsaan dipengerusikan Menteri Kabinet Singapura (tidak bebas).

Semua Stesen TV Dan Suratkhabar Adalah Milik Kerajaan

Pihak Yang Cuba Bantah Kerajaan PAP Akan DiSaman Sampai Bankrap Dan Tidak Ada Mana Hakim Yang Berani Buat Keputusan Menentang Kerajaan.

Rakyat Diberikan Saham Yang Boleh Ditukar Dengan Wang Tunai Sehari Sebelum Pilihanraya Umum 2001 (rasuah)

Penduduk di Kawasan Perumahan Yang Tidak Menyokong Kerajaan, Tidak Akan Mendapat Khidmat Penyelenggaraan yang Sempurna pada PRU 1997 (ugutan)

Kaum Melayu tidak dibenarkan berkhidmat sebagai juruterbang dan Komando Angkatan Tentera.

Hanya ada seorang saja Jeneral India Muslim yang berkhidmat dengan SAF, yang lain semua cina.

Pemilikkan rumah orang melayu di Bedok dan Geylang dikawal dan dihadkan oleh Housing and Development Board (HDB) untuk menyekat pengembangan orang melayu dan digantikan dengan orang cina yang dibawa masuk dari Negara China ( ethnic residential quotas 1989)

Diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan dengan kebanyakkan syarikat meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin dan mengutamakan pekerja asing (gaji murah) daripada bangsa Minoriti Singapura. Ada sesetengah kes bilamana calon kaum minoriti berjaya membuktikan kefasihan bercakap dalam bahasa Mandarin, mereka akan diminta menulis dalam bahasa cina pula.

Kebanyakkan pemilik rumah (cina) tidak membenarkan orang india menyewa rumah mereka.

Kerajaan Singapura memberi biasiswa sebanyak S$500 sebulan kepada kanak-kanak dari Tanah Besar China (terutama Hunan dan Hubei) untuk belajar di Singapore. Keistimewaan sama tidak diberi kepada kanak-kanak dari Malaysia mahuoun India

Bahasa kebangsaan Singapura pada 1965 ialah bahasa Melayu tetapi telah ditambah kepada bahasa-bahasa lain berikutan penurunan populasi melayu.

Racial Harmony Day dirayakan setiap 21hb July tiap tiap tahun bagi memperingati rusuhan kaum yang berlaku pada 1964 yang berlaku antara etnik cina dan melayu. Rusuhan kaum ini adalah antara punca kenapa Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia 1965 bila ia dijadikan alasan oleh LKY untuk menuntut hak kesemarataan dari Tunku untuk semua rakyat dalam Persekutuan Malaysia.

Jadi, jika anda ingin memangkah DAP dalam pilihanraya umum akan datang, ingatlah apa yang sedang berlaku di Singapura sekarang akan turut berlaku di Malaysia. Hari ini sebagai pembangkang, mereka boleh cakap pasal apa sahaja termasuk penghapusan ISA dan soal kesamarataan tetapi percayalah, apabila mereka berkuasa, mereka akan memperkenalkan dasar-dasar yang menindas orang melayu seterusnya membangkitkan tindak balas orang melayu dan ketika itulah mereka akan memperkenalkan ISA semula atas alasan keselamatan negara.

Di Singapura, LKY juga bercakap mengenai kesamarataan tapi hakikatnya tidak ada yang samarata sebaliknya diskirminasi yang nyata.

Mungkin kalau ada pun yang PAP boleh belajar daripada DAP ialah bagaimana nak menggunakan duit judi lumba kuda untuk jadi sumbangan kepada fakir miskin, nak nak yang beragama Islam…..hehehe..

(Oleh: Adamyan)

Pengikut