Jumaat, 17 September 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BAHAYA BUDAYA PELAMPAU.

Posted: 16 Sep 2010 06:04 PM PDT


Minda Pengarang: Ketegasan kerajaan awasi ekstremis mampu kekang ancaman


2010/09/17
KETEGASAN kerajaan untuk terus mengawasi kumpulan pelampau di negara ini yang cuba mengganggu-gugat keharmonian negara, terutama kumpulan atau individu yang bersifat perkauman sewajarnya membuka mata semua pihak bahawa sikap keterlaluan atau ekstrem dalam memperjuangkan agenda mana-mana kaum atau kelompok sudah tidak mendapat tempat di negara ini. Kita percaya tindakan proaktif kerajaan dalam membendung unsur yang sejak kebelakangan ini dilihat ketara sama ada disuarakan melalui parti politik, individu atau kumpulan pendesak dapat memberi isyarat kepada pihak terbabit supaya menghentikan segera usaha berkenaan yang hanya akan memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai bangsa dan agama yang sudah terjalin sejak sekian lama.

Keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi kenyataannya kelmarin, yang menentang sekeras-kerasnya perlakuan puak pelampau di negara ini membuktikan kepemimpinan negara menyedari masalah ini dan mahu mendepaninya segera sebelum menjadi lebih parah. Walaupun negara sudah mencapai banyak kejayaan, Najib gusar melihat kemunculan isu berpunca daripada fahaman pelampau ini yang menganggap pihak bertentangan fahaman sebagai musuh dan berusaha menakut-nakutkan mereka yang tidak menerima pemikiran serta ideologi berbeza daripada mereka. Kebimbangan itu dilahirkan melalui rencananya bertajuk 'Perjuangan Kita Terhadap Faham Pelampau' dalam blognya, www.1malaysia.com.my ketika negara dan seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan Malaysia ke-47 semalam.
Click Here
Tentunya, Perdana Menteri tidak mahu melihat segala usaha yang sudah dicapai, bina dan hargai, berkecai dalam sekelip mata akibat budaya jumud dan melampau. Walaupun kumpulan ini kecil, kehadiran dan usaha menjadikan fahaman sempit mereka sebagai pendapat umum boleh menggugat keharmonian negara. Fahaman pelampau ini tidak terbatas kepada isu politik, malah merangkumi pertentangan kaum, seni, budaya, cara hidup dan apa saja isu yang boleh dimanipulasi. Gerakan pelampau ini sememangnya wujud dan bukan lagi retorik jika kita melihat usaha yang mereka lakukan menggunakan apa jua medium dan saluran menyampaikan fahaman mereka sejak akhir-akhir ini.
Kita bimbang dengan kumpulan atau individu ini yang tidak pernah mengambil kira sensitiviti kaum atau agama ketika memaksa pihak lain menerima fahaman dan pemikiran mereka. Kumpulan pelampau ini tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat negara ini mempunyai latar belakang berbeza dan rencam. Malah, mereka cuba mengelirukan konsep 1Malaysia dengan pelbagai tafsiran yang menjurus kepada kepentingan dan perjuangan kumpulan mereka, sekali gus meningkatkan kebimbangan antara kaum.

Bagi mereka, keadaan rakyat negara ini yang terus terpisah dan tidak bersatu akan memudahkan lagi mereka menyusup masuk dan menyerap fahaman melampau mereka. Namun, kita yakin kerajaan mampu menyekat kumpulan ini daripada menyebar pemikiran yang boleh memusnahkan negara. Jika sebelum ini, kerajaan berjaya menghalang kumpulan militan dan menangani beberapa kejadian perkauman ekstrem yang cuba membangkitkan konflik dan menggugat keselamatan negara, kita yakin pendekatan sama mampu menghalang kumpulan pelampau ini.
/td>

Wahai bangsa Melayu, sudah lupakah kamu?

Posted: 16 Sep 2010 05:56 PM PDT

C

HASSAN MOHD NOOR

HARI ini 21 Jun 2010. Apakah istimewanya tarikh 21 Jun ini? Bagi sesetengah ahli UMNO atau orang Melayu mungkin akan ingat tetapi kebanyakannya sudah tentu lupa. Maklumlah selepas sembilan tahun, ramai yang mudah lupa. Sebenarnya hari ini genap sembilan tahun, Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu sebagai Presiden UMNO menyampaikan ucapan menarik yang ditujukan khusus kepada orang Melayu. Ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2001 itu bertajuk 'Melayu Mudah Lupa'. Malahan Selak minggu ini juga meminjam ungkapan terakhir dalam ucapan dasar Dr. Mahathir itu sebagai tajuk tulisan minggu ini.

Pada hari ketiga Perhimpunan Agung UMNO itu, semasa ucapan penangguhan atau penggulungan, Dr. Mahathir pada akhir ucapannya juga membaca sajak bertajuk 'Melayu Mudah Lupa'. Jika ada yang terlupa atau buat-buat lupa eloklah diteliti semula sajak tersebut. Dalam ucapan dasarnya pada 21 Jun 2001, Dr. Mahathir antara lain menyentuh isu-isu berkaitan pencapaian Melayu masih rendah, Melayu di zaman penjajah, kelemahan Melayu, Melayu sudah lupa perjuangan dan ubah sikap untuk selamat! Dan minggu lalu, Dr. Mahathir juga menulis mengenai Melayu melalui blognya, kali ini bertajuk 'Melayu Ke Mana'. Perkataan Melayu mudah lupa tetap ada di situ. Banyak reaksi diberi terhadap tulisan beliau. Isu yang dibangkitkan dalam 'Melayu Ke Mana' adalah mengenai Melayu majoriti yang sudah menjadi minoriti kerana perpecahan.

Melayu berpecah kepada pelbagai puak dan parti politik. Seperti yang diperingatkan oleh Dr. Mahathir dalam ucapannya sembilan tahun lalu, Melayu memang mudah lupa padahal 'orang dulu-dulu' sudah mencipta pelbagai peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan untuk sentiasa mengingatkan orang Melayu supaya mereka lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Boleh dikatakan semua ungkapan yang dicipta oleh orang Melayu pada masa dulu sudah berlaku ketika ini. Malangnya semua ingatan itu sekadar catatan dalam buku-buku berkaitan untuk tatapan pelajar-pelajar. Begitu juga dengan pelbagai kiasan dan kisah untuk renungan seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Tidak lupa juga tentang Kitol dan Raja Mendaliar. Semuanya ini juga bertujuan memberi pengajaran kepada orang Melayu. Tetapi malangnya Melayu sudah lupa semua cerita dan kiasan tersebut.

Orang Melayu lupa tentang bersatu teguh bercerai roboh. Ketika ini Melayu berpecah kepada pelbagai puak termasuk dalam politik. Akhirnya mereka menjadi 'minoriti'. Mereka lupa pesan orang dulu-dulu sebatang lidi mudah dipatahkan, seikat lidi sukar dipatahkan. Ada yang mengaku mereka mahu bersikap liberal yang mahu hak sama rata dan sama rasa di kalangan pelbagai kaum. Mereka mendakwa orang Melayu pada masa kini sudah mampu menari di tanah rata dan tidak lagi memerlukan 'tongkat' untuk berniaga dan belajar sedangkan hakikatnya ketika orang lain sudah mampu menari dengan baik tetapi 'tarian' orang Melayu sebenarnya masih sumbang dan keupayaan untuk berjaya dalam ekonomi dan pendidikan juga terbatas. Ada pula Melayu yang mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), mendabik dada dengan kejayaan yang sudah dinikmati. Padahal mereka yang berjaya hari ini juga kebanyakannya disebabkan oleh 'tongkat' DEB. Tanpa 'tongkat' itu mereka tidak mungkin menikmati apa yang dimiliki sekarang. Malangnya apabila sudah berjaya, mereka bagaikan kacang lupakan kulit.

Dalam politik hari ini, orang Melayu sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat sokongan yang diharap-harapkan. Bak kata orang marahkan pijat, kelambu dibakar, tidur terdedah.

Jika dulu bermusuh, kini bersahabat. Begitu jugalah yang berlaku sebaliknya. Jika dulu tidak boleh rapat sekarang sudah boleh berpeluk di atas pentas politik. Baguslah begitu... mengeratkan silaturahim. Tetapi akhirnya mereka gagal untuk mengenali musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam. Mereka lebih selesa mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Maka ramailah juga di kalangan orang Melayu yang menjadi seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Apa yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Lebih malang, Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. Habis madu sepah dibuang. Ketika ini juga untuk berjaya, Melayu sanggup pijak kepala kawan dan tikam belakang.

Sedar atau tidak, orang Melayu ketika ini diasak dari pelbagai sudut disebabkan perpecahan dan kelemahan mereka sendiri disebabkan kepentingan politik masing-masing. Ketika orang lain bersatu untuk kepentingan kumpulan mereka, ada pula Melayu yang sanggup membuka pekung di dada dan meludah ke langit.

Amat mendukacitakan sudah tidak ada perasaan cubit paha kiri, paha kanan pun sakit juga. Cubalah cubit paha sendiri dahulu, baru mencubit paha orang lain. Kita mengharapkan orang Melayu tidaklah menjadi seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai.

Ketika orang lain dalam politik bersikap diam-diam ubi berisi menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi orang Melayu pula seronok bertelagah sesama sendiri. Ada pula yang bersikap bertelur sebiji riuh sekampung. Melayu tanpa kuasa ekonomi nampaknya masih selesa sekalipun akan hilang kuasa politik.

Sebenarnya banyak lagi ingatan yang sudah ditinggalkan oleh orang Melayu pada masa lalu untuk diambil ingatan. Tetapi Melayu tetap leka dan lupa.

Apakah orang Melayu masih berpegang kepada Melayu takkan hilang di dunia seperti diungkapkan oleh Hang Tuah? Memang Melayu tidak akan hilang di dunia tetapi Melayu mampu hilang dunia. Maka ketika itu, nyanyilah puas-puas lagu Warisan yang antara liriknya menyebut bumi dipijak milik orang. Dan jika Melayu sudah hilang dunia maka sekali lagi Selak meminjam tajuk tulisan Dr. Mahathir iaitu 'Melayu Ke Mana'.

Perpaduan Melayu jadi tonggak - PANDANGAN BUKAN MELAYU.

Posted: 16 Sep 2010 05:45 PM PDT

Perpaduan Melayu jadi tonggak

MINGGUAN: Bagaimana saudara sebagai bukan Melayu melihat dari sudut perpaduan sempena Hari Malaysia?

LIM SWEE TIN: Saya mempunyai banyak pandangan tentang perpaduan atau dalam bahasa sasteranya bercapah-capah atau bercemperai.

Secara luarannya kelihatan seperti utuh tetapi jika dihalusi dengan mendalam kerana sekarang timbul banyak masalah tentang perpaduan ini. Dalam satu aspek saya melihat kepada perpaduan di kalangan Melayu itu sendiri.

Selain itu di mana kita melihat perpaduan di kalangan bangsa Malaysia itu sendiri. Di kalangan perpaduan Melayu kelihatan semakin menjarak titik pertemuannya. Bagi saya dalam konteks perpaduan sebenar dan perpaduan Melayu perlu utuh kerana perpaduan Melayu itu adalah tonggak perpaduan. Jika roboh perpaduan di kalangan orang Melayu saya analogikan kita tidak mendapat apa-apa faedah dari perpecahan itu.

Dalam satu sajak yang saya tulis pada 2008 bertajuk, Bersatulah Melayu, saya merenung dengan mendalam bagaimana terluka hati kenapa orang Melayu dan bukan Melayu tidak boleh bersatu dan terasa ada kelemahan yang timbul akibat dari tidak bersatu itu. Saya sering menekankan bahawa Melayu itu perlu menjadi payung dan jika ia carik orang lain pun susah hendak berlindung.

Ia seperti lampu menyuluh, jika kabur lampu itu maka kaburlah jalan suluhannya. Bagaimana bangsa boleh menikmati, keharmonian dan kesejahteraan hidup. Itu analisis saya dalam sudut sastera. Dalam realitinya dua konteks perpaduan yang saya lihat amat menggugah adalah masalah perpaduan Melayu dan dalam satu bangsa Malaysia.

Perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum bukan tidak ada perpaduan. Tetapi masih ada ruang yang menjadikannya longgar. Ini sesuatu yang kita khuatiri sebab dalam konteks pelbagai kaum perpaduan itu mesti kukuh. Sebarang kepincangan akan menyebabkan masalah yang besar.

Bagaimana ruang menjadi longgar itu berlaku?

LIM SWEE TIN: Ruang ini berlaku kerana perkembangan ekonomi dan kemajuan yang berlaku. Ini semua adalah kerana kita hidup dalam dunia kosmopolitan yang serba serbinya ketara sifat individualistiknya. Selain itu sistem pendidikan kita tidak tajam kerana sistem pendidikan perlu ke hadapan. Saya pernah menjadi guru selama 28 tahun dan merasakan pendidikan di sekolah yang sebenarnya dapat membawa setiap anak bangsa ke satu jalur pemikiran yang sama. Saya maksudkan mengenai orientasi persekolahan menjurus kepada pencapaian dan bukan pengisian. Ia tidak melihat kepada komposisi pengisian sebenar. Pengisian mesti berkesan dan tajam barulah pencapaian menyusul dengan keputusan yang baik.

Ia mesti lebih segar dan global sifatnya. Pelajar sekarang hanya berada dalam satu kumpulan dan kemudian terbahagi kepada kelompok-kelompok kecil. Ini satu petanda yang tidak betul. Ini saya maksudkan dengan tidak tajam. Ia akhirnya menyebabkan pelbagai perkara tidak menjadi jelas. Saya bagi contoh mengenai Dasar Ekonomi Baru, orang bukan Melayu melihat ia sebagai alat untuk membantu Melayu. Tidak ada penjelasan kenapa ia diwujudkan dan bagaimana ia membantu semua kaum. Di sekolah tidak dijelaskan atau di diskusi secara jelas dengan pelajar. Jika persepsi berterusan ia akan menimbulkan masalah yang besar kerana mereka beranggapan buruk tentang DEB seolah-olah orang bukan Melayu tidak mendapat faedah tentangnya. Ini semua berlaku kerana pengisian melalui pendidikan tidak sampai. Setelah pelajar-pelajar ini dewasa dan kemudian terdedah kepada politik mereka sukar memahami tentang keistimewaan orang Melayu dari sudut Perlembagaan dan kontrak sosial. Ini berlaku kerana sesetengah orang yang terlibat dalam politik ini seolah-olah buta sejarah. Semua ini tidak akan berlaku jika mereka mendapat penghayatan apa yang tertulis dalam sejarah. Matapelajaran sastera juga perlu diajari secara lebih meluas lagi kerana ia akan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang menjadi wadah untuk perpaduan.

Apakah komen Dr. mengenai ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib supaya kaum lain tidak mempersoalkan Perlembagaan?

LIM SWEE TIN: Bagi saya sewajarnya semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia sudah memahami perkara yang termaktub dalam Perlembagaan. Ini adalah kewajipan bagi setiap warganegara tidak kira kaum apa sekalipun supaya memahami Perlembagaan. Apalah ertinya kita mengaku warganegara kalau tidak memahami perlembagaan negara sendiri. Saya setuju dengan Perdana Menteri bahawa jangan ada sesiapa pun yang mempersoalkan Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan itu digubal dengan kesepakatan. Bukan dibuat oleh orang Melayu saja. Kalau dulu sepakat kenapa sekarang kita nak bangkitkan itu dan ini? Kita kena mengikut Perlembagaan melainkan kita berhasrat untuk menukar Perlembagaan. Soal saya, adakah kita nak menukar Perlembagaan? Lagi pun dalam Perlembagaan tidak disebut meminggirkan kaum bukan Melayu dan kerajaan telah melaksanakan dengan adil sebagaimana dalam Perlembagaan.

Tetapi Dr. ada sesetengah pihak menganggap Perlembagaan lebih memihak kepada orang Melayu. Apa komen Dr?

LIM SWEE TIN: Saya tak setuju. Saya belum jumpa perkara dalam Perlembagaan yang meminggirkan kaum lain. Sebab itu saya kata kewajipan setiap warganegara adalah memahami Perlembagaan. Kalau kita faham tidak mudah untuk orang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Apakah dalam keadaan sekarang orang bukan Melayu tidak memahami orang Melayu?

LIM SWEE TIN: Itu yang saya khuatirkan malah mungkin tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Melayu. Bagi saya minda Melayu itu harus menjadi landasan dan orang Melayu mesti bersatu, bangun. maju dan ke hadapan dengan cepat supaya ia menjadi landasan. Yang lain akan mewarna-warnikan keadaan. Janganlah peradaban selain Melayu yang menjadi tunggaknya. Kita perlu melahirkan masyarakat pelbagai kaum yang menganggap pahlawan bangsa Malaysia adalah Hang Tuah. Bukan pahlawan dari China atau India. Namun kerana tempias pemikiran yang tidak tajam tadi berlaku masalah politik yang berlandaskan perkauman. Ia kemudiannya menjadi modal politik yang ampuh dan mudah menarik sokongan. Parti politik ini perlu memainkan peranan mereka bukan hanya melihat pucuk kaum yang diwakilinya. Parti politik ini perlu mewakili dan memainkan peranan kepada semua kaum. Ini perlu jika mahu wujud perpaduan kebangsaan yang sebenar parti perlu memainkan peranan kepada semua. Mungkin ada melihat ia sebagai terlalu ideal namun saya percaya ia boleh dilakukan. Kita boleh lihat dalam parti UMNO, ia membantu semua kaum contohnya kepada kaum keturunan Thailand. Kita mesti cuba dan berani untuk memainkan peranan sebagai idealis jika ia benar-benar boleh membawa perubahan. Namun persoalannya bersediakah ahli politik bersedia mengambil risiko hasil dari perubahan ini. Perlu ada keikhlasan dalam soal ini. Namun jika ini dapat dilaksanakan maka kita akan dapat merungkai permasalahan dalam soal perpaduan ini dalam semua segi politik, ekonomi, sosial dan segalanya.

Apakah orang Melayu sedar mereka kini semakin terpinggir akibat daripada tidak bersatu?

LIM SWEE TIN: Mereka sudah lama sedar tentang realiti ini dan saya tidak nampak apa-apa usaha yang konkrit yang dilakukan untuk menyusun barisan Melayu yang kuat. Apa yang berlaku sekarang hanyalah gembar-gembur yang tidak kesampaian. Namun perpecahan politik ini tidaklah sampai kepada melemahkan politik. Parti-parti politik mempunyai idealisme masing-masing dan jika ia dimainkan dengan landasan yang betul ia mampu memberi ruang melalui sumbangan yang boleh diberikan. Ia akan menggerakkan perpaduan yang lebih baik namun realitinya sekarang ia tidak berlaku. Ini menyebabkan ada pihak yang berasa kurang selesa hingga menjadikan pergeseran.

Adakah orang Melayu tidak bersatu untuk mempertahankan hak mereka tidak seperti kaum lain?

LIM SWEE TIN: Bagi saya isu penyatuan akan tetap berlaku kerana ia boleh membantu menyelesaikan banyak masalah. Kita perlu melihat kepada pemikiran yang luas bukan sempit. Kita perlu melihat orang Melayu boleh bersatu dalam bagaimana memperkukuhkan kekuatan ekonomi mereka. Bagi saya sudah sampai masanya kita keluar dari kekeliruan mengenai perpaduan. Ini kerana setelah 53 tahun merdeka kita sepatutnya tidak perlu khuatir tentang masalah perpaduan seperti ini. Jika orang Melayu bergabung untuk menggerakkan satu kuasa ekonomi maka ia akhirnya akan membantu menaikkan semua kelompok di negara ini. Kita boleh lihat kaum Cina boleh bersatu bagi meningkatkan kekuatan ekonomi maka orang Melayu perlu menguasainya. Jika orang Melayu boleh melakukan (bergabung) ia akan memberi impak kepada semua dan saya yakin tentang perkara ini.

Orang Cina tidak perlu berasa ekonomi mereka terjejas kerana jika ini berlaku ia akan memberi peluang kepada bukan sahaja mereka tetapi semua orang untuk menikmati faedahnya. Begitu juga sebaliknya jika orang Cina yang melakukannya kerana ia adalah satu gerakan yang boleh memberi peluang dan kemajuan kepada semua orang dan kaum. Dari kita berselisih tentang isu yang tidak sepatutnya kerana perkauman maka adalah lebih baik kita berfikir bagaimana untuk memacu ekonomi tanpa bersikap prejudis kepada perkauman. Ini kita perlu lakukan kerana ia mencorak satu pemikiran Malaysia. Jika kita perhatikan negara-negara jiran semakin berkembang dari sudut ekonominya. Vietnam dan Thailand sedang berkembang begitu juga Indonesia. Idealisme seperti ini didukung kerana ia menyatakan kemurniaan dan hasrat yang tulus untuk melahirkan satu warganegara Malaysia. Bagi saya ramai antara kita yang cuba menggerakkan warga Malaysia termasuklah kaum bukan Melayu. Cumanya orang Melayu perlu memperkasakan ekonomi mereka supaya pergerakan dan persaingan itu akan berlaku lebih sihat. Mungkin sekarang ini jumlahnya masih sedikit dengan orang bukan Melayu namun ia tetap perlu dipertingkatkan supaya adil pembahagiannya.

Berapa lama lagi kita perlu menunggu erti perpaduan yang sebenar?

LIM SWEE TIN: Bagi saya perpaduan itu ada bukan sampai tidak ada. Ramai kaum Melayu dan bukan Melayu yang saya sendiri saksikan sangat kuat semangat nasionalisme mereka. Mereka semua mencintai dan menyayangi negara ini. sebagai contoh banyak perniagaan yang dikembangkan keluar negara dan mereka ini akan membawa pulang hasil dan keuntungannya balik ke negara ini. Ini antara contoh bagaimana semangat nasionalisme sudah semakin berkembang. Pekerja mereka ini terdiri dari pelbagai kaum tidak kira sama ada ia milik orang Melayu atau bukan Melayu. Kita sudah mencapai banyak kejayaan dalam hal ini namun masih terdapat ruang yang tiris. Masalah ini berlaku akibat penguasaan dari masalah bahasa Melayu. Mungkin saya boleh katakan kerajaan tidak bertegas dalam soal ini. Ia satu perkara yang tidak boleh dikompromi dan bertolak ansur. Ia sudah dilaksanakan sejak 1976 dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan semua anak bangsa telah dididik dengan satu bahasa yang sama. Ini sepatutnya membantu mereka berfikir dalam satu pemikiran yang sama. Malangnya masih ramai yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Kita sendiri tidak menjalankan tanggungjawab memelihara bahasa Melayu sebaiknya dan saya sangat sedih perkara seperti ini berlaku.

LKY masih berkata matahari itu berwarna hijau!

Posted: 16 Sep 2010 05:40 PM PDT



Oleh ZAINI HASSAN

SAYA amat tertarik membaca temasekreview.com - blog mengenai Singapura yang setaraf The Malaysian Insider. Ia amat kritikal terhadap kerajaan, parti pemerintah negara itu, terutamanya terhadap menteri mentornya, Lee Kuan Yew, 87.

Ada entrinya berkisar mengenai Lee Kuan Yew (singkatan: LKY atau di republik itu dikenali sebagai MM Lee) yang dikatakan pernah membuka dan menawarkan hak penduduk tetap (PR) dan kewarganegaraan kepada 'bakat-bakat dari luar' terutamanya terdiri daripada rakyat China dari Republik Rakyat China.

Strategi beliau mungkin untuk mempastikan penguasaan 75 peratus rakyat Cina Singapura dan juga berusaha meningkatkan keturunan India di republik itu. Mungkin LKY sedang merancang untuk memastikan orang Cina jenis PAP terus menguasai pulau itu untuk selama-lamanya.

Dari segi geopolitik, rancangan LKY itu cukup sempurna dan amat baik sekali. Orang yang diberi taraf itu sudah tentu akan terhutang budi dan memastikan PAP terus berkuasa.

Ia sama seperti apa yang dilakukan semasa zaman Tunku Abdul Rahman yang menganugerahkan hak kewarganegaraan tanpa syarat kepada lebih sejuta orang Cina dan India pada masa itu. Orang Melayu di zaman itu sanggup mengurangkan majoriti mereka dari 80 peratus kepada 60 peratus - yang kesannya kekal sehingga ke hari ini.

Pandangan Penulis : Pengorbanan orang Melayu yang semakin dilupakan.

Tidak pasti apakah strategi LKY juga meliputi usaha untuk meningkatkan orang Melayu melalui pemberian hak kewarganegaraan dan PR kepada keturunan dari kepulauan Melayu (the Malays jungle) yang mengelilingi negara pulau itu?

Namun, melihatkan senario di atas kertas, ia mustahil akan berlaku?

Mengikut sejarahnya, penduduk asal Singapura atau Temasik adalah terdiri daripada keturunan Melayu, Bugis, Jawa, Boyan dan spesies etnik lain dari alam nusantara ini.

Di masa strategi itu amat dipuji oleh saintis politik sebagai bijak, ia sebaliknya tidak berlaku di negara seberang tambak, Malaysia.

Geopolitik di Malaysia menjadi sebaliknya. Penguasaan orang Melayu yang menjadi induk kuasa negara itu semakin terhakis. Di sesetengah negeri yang dikuasai pembangkang, kuasa bangsa dominan negara ini sudah hilang. Di Selangor yang kononnya diperintah oleh orang Melayu, tangan-tangan ghaibnya ialah orang lain, begitu juga di Perak dulu (sebelum diambil alih) dan tidak perlu cakaplah di Pulau Pinang - ia 100 peratus bukan hak puak dominan negara ini.

Tidak pasti apakah kerajaan Malaysia pun melakukan strategi yang sama seperti LKY dengan memberi banyak PR dan kewarganegaraan kepada rakyat yang seketurunan dengannya?

Apakah itu boleh berlaku? Sekarang pun sudah ada usaha di kalangan hantu-hantu raya yang mahu hubungan Malaysia dan Indonesia, yang mempunyai lebih 250 juta umat yang bercakap bahasa Melayu, diperkotak-katikkan.

Persolannya mesti ada udang disebalik batu, mengapa mereka suka situasi tegang-tegang antara Malaysia dan Indonesia terus berlaku!

Apakah ada pihak yang amat-amat takut sekiranya hubungan Malaysia dan Indonesia menjadi begitu akrab? Presiden Susilo (SBY) sebenarnya amat maklum mengenai perkara itu. Beliau tahu dari segi geografi politik serantau, kuasa Malaysia dan Indonesia amat besar dan berharga.

Kedua-dua kuasa itu jika digabungkan secara strategik, tersusun dan terancang akan menjadi kuasa ekonomi dan kuasa politik yang amat besar. Hal itu turut diakui oleh Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu.

Malaysia dan Indonesia jika digabungkan atas semangat serumpun berjumlah lebih suku bilion. Ia adalah satu demokrasi terbesar di rantau Asia Tenggara. Ia bercakap satu bahasa, dan mengamalkan agama yang sama serta sedikit sebanyak mengamalkan adat resam dan budaya yang sama.

Berbalik kepada otak LKY itu, strategi beliau itu amat baik untuk Singapura. Republik itu mahu memastikan penguasaan Cina di negara pulau itu terus kekal, terutamanya dalam pilihan raya negara itu akan datang. Lebih daripada itu, LKY mahu pastikan partinya PAP terus berkuasa selama-lamanya.

Jika di Malaysia - sudah banyak orang Melayu dan DAP (parti adik-beradik PAP) mahu melenyapkan BN dan UMNO dalam pilihan raya akan datang. Tapi untuk republik itu, DAP mahu PAP terus memerintah?

PAP tidak bersedia untuk ber'PM" Melayu untuk masa terdekat!

DAP dikatakan amat akrab dengan PAP, yang turut difahamkan menjadi penasihat kepada kerajaan Pulau Pinang.

Apakah Singapura yang selama ini amat berjaya mengekang penguasaan politik pembangkang di negara itu sudah mulai bimbang? Di atas kertas sekali lagi, parti politik pembangkang di Singapura tidak sebebas di Malaysia.

Di republik itu, tidak ada pemimpin pembangkang yang berani angkat muka - tidak seperti yang kita alami di Malaysia sekarang. Jika angkat muka, mereka akan disaman sehingga bangkrap.

Nampaknya, dari segi demokrasi, kita amat bebas. Internet bebas kata apa sahaja, pembangkang bebas kata apa sahaja, pembangkang juga bebas menyaman mana-mana media arus perdana yang cuba mengancam atau mengkritiknya. Itulah juga yang dilakukan oleh LKY ke atas media asing, membabitkan saman bernilai multi-juta dolar.

Kita di Malaysia memang terkenal cukup bebas. ISA pun kini jarang-jarang digunakan kerana ia tidak demokratik. Cuit minggu lalu yang menyokong ISA telah dihentam oleh The Malaysian Insider dengan memetik pelbagai suara pembangkang. Kata mereka saya cuba mengapi-apikan rakyat.

Nampak gayanya pihak pembangkang di Malaysia kini cukup happy dan relaks. Malaysia cukup bebas untuk melakukan apa sahaja. Momentum mereka semakin hari semakin hebat.

Di Singapura semua di atas tidak berlaku. LKY tidak percaya kepada kebebasan mutlak. Malah seorang yang menghantar komen dalam blog itu menyifatkan PAP is totally about greed and power. Tapi, ironisnya ia diiktiraf sebagai negara yang baik dan parti yang baik oleh pihak pembangkang Malaysia, terutamanya DAP.

Dalam interview terbarunya dengan New York Times (NYT), LKY turut menceritakan kesedihan dan kekesalannya kerana dipaksa keluar (turfed out) dari Malaysia. Namun dalam kesedihan, beliau gembira kerana:

"Kami tidak seperti golongan majoriti yang menyisihkan (squeeze) minoriti, kerana semasa kami menjadi majoriti, kami telah memastikan apa sahaja keturunan kamu, bahasa dan agama kamu semua setaraf... orang Melayu kami berpendidikan Inggeris, mereka bukan lagi seperti Melayu di Malaysia dan kamu boleh melihat mereka adalah yang pakai tudung kepala, tapi begitu moden sekali."

Soalnya adakah apa yang termaktub dalam perlembagaan Singapura itu di laksanakan?

Cuit pernah menulis mengenai isu ini. Sistem politik dan pemerintahan di Malaysia dan Singapura sama sahaja, tapi ia terbalik. Di Malaysia (setakat ini) Melayu yang menguasai birokrasi kerajaan, sebaliknya di Singapura ialah kaum Cinanya. Adalah sedikit kaum India di sana yang diberi jawatan tinggi, mengatasi orang Melayu.

Tapi bagaimana pula dengan orang Melayu Singapura? Alasan popular yang mereka berikan ialah meritokrasi. Jika orang Melayu sana tidak layak, mereka tidak layak dan bukan dipinggirkan.

Tapi hakikatnya di Malaysia, Cina menguasai segala-galanya. Dalam birokrasi kerajaan, orang Cina Malaysia tidak begitu berminat menyertainya kerana mereka lebih berjaya di dalam sektor swasta yang dikuasai oleh orang Cina.

Oleh itu, Mr. MM Lee, apa bezanya dan mengapa perlu anda bersedih?

Beliau turut sedih dan kesal apabila Singapura dipaksa keluar dari Malaysia kerana jika ia tidak berlaku mungkin situasi antara kaum, katanya akan diperbaiki secara lebih holistik.

"Sekarang kita mempunyai Malaysia yang begitu berpecah-belah (polarised). Melayu, Cina dan India di sekolah yang berbeza, hidup secara berpisah dan tidak baik antara satu sama lain.... ia amat buruk untuk kami sebagai jiran terdekat."

Kita setuju dengan perkara itu. Di Singapura, LKY pastikan tiada sekolah Cina dan India, tapi di Malaysia kami membenarkan ia wujud, sehinggakan orang Cina Malaysia tidak mahu sistem itu diubah dan ditukar untuk selama-lamanya.

Sudah tentu Mr. MM Lee lebih arif, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai sistem sekolah Cina dan Tamil.

Oleh itu, wahai Mr MM Lee, mengapa perlu bersedih? Mungkin juga beliau bersedih kerana Malaysia tidak mengikut caranya dulu menghapuskan sistem sekolah Cina dan menukarkannya kepada satu sistem kebangsaan.

LKY juga menurut blog temasekreview.com didakwa turut menggunakan sentimen berbau rasis untuk mengekalkan kuasa politiknya. Dalam wawancara itu beliau bercakap mengenai soal politik negara itu dan kebimbangannya dengan orang muda yang tidak lagi mahu bercakap mengenai kaum, bahasa dan agama.

Dalam satu petikan wawancara NYT tersebut yang dihentam oleh blog itu, LKY berkata: ''...Cara paling mudah untuk mendapatkan undi majoriti ialah: 'Undilah saya, kita orang Cina, mereka ialah orang India dan mereka ialah orang Melayu'. Maka, masyarakat kita akan berpecah. Kalau kita tiada masyarakat yang bersatu, anda tidak boleh maju."

Ternyata, kenyataan LKY itu tidak disenangi oleh rakyatnya sendiri. Mereka menuduh LKY membuat kenyataan berbau rasis, apabila beliau menyentuh mengenai ras-ras itu.

Namun hakikatnya, jika kita baca blog itu, Singapura sebenarnya bukanlah seperti yang kita sangkakan, atau yang DAP dan pembangkang di sini sangkakan.

Penentangan terhadap kerajaan PAP yang gemar bermain dengan sentimen kecinaan dan perkauman bukan semua yang suka.

Seorang pengulas memberi komen: "Mungkin dia (LKY) terlalu pesimistik... Begitu banyak negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, tidak nampak atau dengar pun mereka berpecah-belah. Biarlah optimistik sikit."

Pengulas yang lain pula menukar kata-kata LKY itu menjadi: Cara untuk mendapatkan undi ialah: 'Undi keluar PAP, Singapura untuk rakyat Singapura!"

Lebih menarik seorang lagi pengulas: "MM Lee, tolong jangan ancam kami! Adakah anda mengapi-apikan 'keganasan'. Kami orang Singapura asli adalah bersatu, walau berbeza bangsa dan agama. Orang Singapura sebenar adalah bijak, merendah diri, disiplin, ramah dan bertolak ansur...

"Apa yang kamu sebut sebagai bakat dari luar, yang kamu benarnya ke dalam negara kami yang aman ini, tidak lain hanyalah pengacau - ia hanya baik untuk PAP."

Seorang pengulas yang tidak makan dengan wawancara LKY itu menyebut, sekarang beliau tidak boleh lagi berkata, "Matahari itu berwarna hijau!"

Membaca wawancara LKY itu, kita tidak pasti apa motifnya menceritakan kesedihan beliau berhubung pemisahan Malaysia-Singapura.

Semua orang tahu, LKY seorang strategis Singapura yang hebat.

Menurut entri terbaru Tun Mahathir, chedet.com.cc: "Jika Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia, PAP pastinya akan memperkenalkan politik bukan perkauman (non-racial), kerana bersama-sama Cina Malaysia, PAP akan mendominasinya secara etnik dan menguasai politik Malaysia. Tiada penentang yang akan dibiarkan dan pastinya tiada siapa yang berani untuk bercakap apa-apa mengenai siapa yang memerintah negara itu."

Persoalannya, apakah LKY bercita-cita besar mahu melihat Malaysia-Singapura digabungkan semula?

Tidak mustahil. Jika DAP dan konco-konconya berjaya menguasai negara ini kelak, ia tidak mustahil boleh berlaku.

Pada masa itu Singapura akan menjadi Singapura Raya.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Majlis Aidilfitri UMNO Bahagian Ampang

Posted: 17 Sep 2010 02:05 AM PDT

Anda semua dijemput ke Majlis Aidilfitri UMNO Ampang yang akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 19 September 2010 Masa: 8.00 malam Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Ampang Pusat Komersil Ara Ampang Jalan Ampang Datanglah beramai2 dan bersama-sama kita mengeratkan ukhwah sesama kita.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Ingatkan badan saja pendek, rupanya akalnya pun pendek juga…

Posted: 17 Sep 2010 05:45 AM PDT

Hari tu bukan main lagi Samsul Iskandar @ sam ketot ni membuat persepsi mengaitkan pembunuhan Datuk Sosilawati dengan bekas Ketua Polis negara Tan Sri Musa Hasan.

Baca tuduhan si pendek terhadap pihak Polis ni disini = http://tvselangor.com/v2/news-section?t=4716

Dia juga dengan bongkaknya meminta pihak Polis menjelaskan kes pembunuhan jutawan ini yang disifatkannya mempunyai hubungan dengan tokoh tertentu di dalam PDRM sendiri.

Hari ni, bila Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengarahkan pihak Polis membuka kertas siasatan dan akan memanggil Samsul untuk memberi keterangan diatas tuduhan yang dibuatnya, tahu pulak dia meroyan marah.

Dah tu, berlagak pulak si Ketua AMK ni kononnya dia tak dapat menerima cakap-cakap Ketua Polis Selangor yang membuat kenyataan bahawa Samsul hanya tahu cakap ikut sedap mulut dan juga mengeluarkan kenyataan yang paling merepek apabila menuduh pihak Polis.

Dan yang paling lawak sekali ialah apabila si Samsul ni nak saman pula Datuk Khalid Abu Bakar kerana didakwanya mencabar kredibiliti dirinya sebagai seorang ahli politik.

Hairan jugak, apakah selama ini Samsul Iskandar ni mempunyai kredibiliti diri?

Namun percayalah, si pendek ini mesti tak akan berani nak saman Ketua Polis Selangor. Dia hanya setakat berani dan cakap berdegar-degar di depan media dan juga dalam temuramah sahaja.

Ingat tak lagi kes yang paling memalukan apabila Ketua AMK ni dikepung oleh beberapa Pemuda UMNO di Melaka suatu ketika dulu? Dan apa yang dilakukan oleh Samsul Iskandar sewaktu dikepung tersebut memang akan menjadi satu kenangan yang paling memalukan didalam hidupnya.

Itu saja sudah membuktikan bahawa Samsul Iskandar bukanlah "berani" seperti yang dilakonkannya di depan media. Wayang saja lebih sebenarnya…

Samsul Iskandar ini berasakan tindakannya mengugut pihak Polis dengan ugutan saman akan membebaskan dia dari tuduhan melulunya terhadap bekas Ketua Polis negara.

Apa dia ingat negara ni tak ada undang-undang ke? Orang macam si Samsul ni, kalau dapat jadi pemimpin negara, maunya lingkup semua benda. Bodohnya melantun-lantun. Ingatkan badan saja pendek…, rupanya akal pun pendek jugak laa mangkuk PKR ni….

Spy Leman melaporkan dari kaunter pengaduan IPD Kulim, Kedah Darul Aman.

(Oleh: Spy Leman)

Pengikut