Sabtu, 11 September 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PKR tak rela berPMkan pemimpin dari PAS.

Posted: 11 Sep 2010 05:34 AM PDT


Presiden MCA Chua Soi Lek telah membuat kenyataan bahawa jika Pakatan ditakdirkan menang pada PRU13 nanti, Anwar tak akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi wakil dari PAS yang akan menduduki kerusi tersebut.

Ini hanya pandangan peribadi Chua Soi Lek sahaja kerana dia melihat perkara ini dari sudut perspektif senioriti dan juga pentadbiran parti PAS yang lebih tersusun dari parti-parti lain didalam Pakatan. Maka sebab itulah dia berasakan bahawa wakil PAS lebih layak dari Anwar Ibrahim.

Namun apa yang menarik disini ialah terdapatnya kenyataan-kenyataan tak puas hati dikalangan penyokong-penyokong tegar Anwar dengan kenyataan Soi Lek tersebut. Mereka-mereka ini yang berasakan bahawa tiada individu lain yang lebih layak bertahta di Putrajaya selain dari Anwar Ibrahim.

Orang yang pertama sekali melompat dengan kenyataan dari Soi Lek ini tentunya "barua tegar" Anwar tak lain tak bukan si Saifuddin Nasution.

Saifuddin didalam kenyataan segeranya kepada sebuah akhbar telah menegaskan bahawa isu siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika Pakatan berjaya menumbangkan BN tidak patut timbul kerana ia sudah termaktub didalam persetujuan yang dicapai oleh ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat.

Saifuddin juga menegaskan bahawa Anwar telah dipilih sebulat suara dan ia perlu dikekalkan sebegitu dan ianya juga perlu konsisten sehingga Pakatan berjaya menubuhkan kerajaan kelak.

Kenyataan Saifuddin ini jelas menggambarkan bahawa semua pemimpin-pemimpin yang digelar ulamak dari PAS langsung tak mempunyai kelayakan untuk memimpin di mata pengikut-pengikut PKR. Hanya pengikut-pengikut PAS sahaja yang terhegeh-hegeh memuja "dewa PKR" Anwar Ibrahim sebagai bakal PM.

Bagi pengikut-pengikut tegar PKR ini, PAS bukan sahaja tak layak diangkat menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang PRU, malah PAS tak harus dikaitkan dengan jawatan tertinggi negara kerana ini akan membuatkan pengundi cina akan takut untuk mengundi Pakatan.

PAS yang hanya bermatlamat menubuhkan kerajaan Islam semata-mata sebenarnya langsung tak mempunyai halatuju yang baik bagi kaum bukan melayu dan juga penganut-penganut ajaran agama lain didalam negara. Jadi bagaimanakah mereka-mereka dari PAS mahu diangkat menjadi Perdana Menteri?

Pengikut-pengikut PKR juga pastinya tak akan menerima jika pemimpin selain dari Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri. Jika kenyataan Soi Lek ini benar-benar berlaku, maka sia-sia lah segala usaha ahli-ahli PKR yang selama ini begitu asyik mempromosikan Anwar sebagai bakal PM Malaysia selepas DS Najib.

Pandangan Chua Soi Lek yang ditentang oleh penyokong-penyokong PKR ini jelas menunjukkan bahawa PAS tak mampu meraih penghormatan dari parti-parti dalam Pakatan. PAS hanya mendapat sokongan kaum lain pada PRU 2008 hanya disebabkan faktor Anwar Ibrahim.

PAS juga diterima baik oleh kaum cina hanya semata-mata kesediaan ulamak-ulamak Cap Ayam PAS menjadi kaldai tunggangan dan boneka kepada kafir DAP. Jika bukan kerana faktor ini, PAS akan tetap seperti sebelum ini iaitu hanya popular dikalangan mereka yang mencari jalan mudah ke syurga.

Pengikut