Selasa, 7 September 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Memang Confirm PAS Sesat!

Posted: 07 Sep 2010 10:23 AM PDT




Oleh Anuar Ibrahim

PAS hari ini 'mengamuk' bila mereka dikatakan sesat oleh Dato Seri Shafie Apdal.

Para 'ulama' PAS yang sebelum ini giat melabel UMNO sebagai sesat dan kafir ini tidak boleh menerima hakikat bila orang melabel mereka panggilan yang sama. Amukan PAS bukan main-main kerana mereka kini mengugut akan mengadakan solat hajat dan bacaan yasin jika Shafie tidak menarik balik tuduhan tersebut.

Melihat dari amukan PAS sehingga sanggup membawa yasin dan solat di dalam permainan politik, sudah cukup untuk mengesahkan betapa sesatnya PAS itu.

PAS adalah Parti Ajaran Sesat dan tidak layak sama sekali memakai nama Islam kerana akar permulaan PAS itu sendiri sudah bertentangan dengan Islam iaitu memecahbelahkan ummah yang sebelum ini bersatu padu di bawah satu bumbung.

PAS menanam sifat buruk ke dalam diri umat Islam di Malaysia seperti suka menilai dan menghukum sesama sendiri yang mana adalah hak Allah semata-mata. PAS membawa pendekatan mengukur dan mengira dosa pahala dan iman manusia lain di dalam kehidupan seharian. Ini menyebabkan umat Islam di Malaysia mula bersyak wasangka, tuduh menuduh serta bermusuhan sesama sendiri. Pendekatan ini juga menggalakkan sifat prejudis, takbur dan riak.

Akibatnya, masyarakat Islam di Malaysia menjadi masyarakat yang mementingkan kulit dan bukan isinya kerana terlalu bimbang dengan pandangan orang lain.

Bertitik tolak dari situ lahirlah generasi yang memakai tudung, bertudung litup tetapi rendah moral dan tidak beradab serta manusia keji yang berjubah ketayap, sembahyang tunggang terbalik tetapi sanggup merogol anak sendiri.

PAS sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama. Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam.

Nama Islam tercemar dengan sifat pemimpin-pemimpian seperti Nik Aziz mahupun Hadi Awang bukannya berdakwah tetapi berpolitik. Kedua-dua manusia yang menggelar diri sendiri ulama ini bertungkus lumus siang malam bukannya untuk membuat kebajikan mahupun menyebarkan agama, tetapi seluruh hidup manusia berdua ini dipusatkan ke arah memenangi pilihanraya. Matlamat utama hidup mereka bukan kejayaan akhirat tetapi kuasa semata-mata. Mereka juga tidak malu untuk menanam sifat membenci terhadap musuh-musuh politik mereka.

Orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja.

Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini. Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak bergetar tatkala 'menemui' Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain dengan isu kafir sekalipun.

Hanya Muslim yang sesat sahaja yang sanggup menuduh orang yang mengucap syahadah sebagai kafir. Siapa yang tidak ingat akan fatwa mengkafirkan UMNO oleh Hadi Awang. Fatwa Hadi Awang ini akan tetap menghantui dirinya dan dia akan tetap dipertanggungjawabkan ke atas kehancuran rumahtangga dan nyawa yang melayang akibat dari berpegang kepada fatwa tersebut.

Rakyat Malaysia juga tidak akan lupa dengan kenyataan demi kenyataan sesat yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bahawa UMNO adalah parti assobiyah dan enyekutukan Allah serta mengasingkan agama dari politik. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa Allah juga mencarut demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad. Kenyataan sedemikian berupa penyambung kepada 'lidah' syaitan selaras dengan kata-kata Nik Aziz sendiri yang menghalalkan bekerja dengan syaitan untuk mengalahkan UMNO.

PAS tersesat semakin jauh bila memilih untuk bersahabat dengan kafir harbi DAP yang terang-terangan menindas umat Islam di Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, PAS juga bersahabat dengan sahabat Zionis iaitu Anwar Ibrahim yang bukan sahaja peliwat tetapi sanggup menandatangani perjanjian Annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel. Sehingga kini, PAS gagal membela umat Islam di Pulau Pinang dan langsung tidak berupaya membela umat Islam Palestin. Apa yang PAS mampu lakukan ialah memperlekeh usaha kerajaan, memfitnah, membuat bising serta membakar bendera.

PAS adalah pemangkin kehancuran umat Melayu Islam di Malaysia apabila mereka bersekongkol dengan DAP yang memusuhi Melayu serta PKR yang bersahabat dengan musuh Islam. Walaupun mungkin ada lagi dari para penyokong PAS yang menafikan bahawa mereka menyokong DAP, tetapi hakikatnya satu undi untuk PAS adalah juga satu undi untuk DAP kerana kedua-dua parti itu bersatu di bawah ikatan Pakatan Rakyat.

Orang berpolitik mereka pun nak berpolitik. Mungkin kerana seronok disanjung oleh penyokong serta bangga memegang kuasa, para pemimpin PAS ini terus bermain politik walaupun mereka sebenarnya tidak punya ilmu yang cukup untuk mentadbir apatah lagi memerintah negeri jauh sekali negara. Kedua-dua negeri yang dikuasai PAS iaitu Kedah dan Kelantan mengalami keadaan beku atau statik di mana tiada kemajuan langsung selain dari yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat. DAP sedar Kelantan mundur dala serba serbi cuma orang PAS sahaja yang perasan Kelantan sebagai paling maju di Malaysia.

Semua ini adalah bukti kesesatan PAS. Sesatnya PAS adalah terlalu jauh dan sukar sekali untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Sebagai saudara seagama, kita tidak putus asa berdoa agar PAS kembali ke pangkal jalan sebelum agama, bangsa dan negara kita hancur akibat dari kesesatan. /td>

Pas Takde 'Telur' Kalau Gagal Disiplinkan Khalid Samad

Posted: 07 Sep 2010 10:16 AM PDT

Pas Takde 'Telur' Kalau Gagal Disiplinkan Khalid Samad
PostDateIconSunday, 17 January 2010 08:17 | PDF Print E-mail


Unta Belang cukup pening kepala dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang nampaknya semakin bongkak dan perasan bagus dalam mengupas pelbagai isu sejak kebelakangan ini.

Dalam temuramah dengan Al-Jazeera, dia bukan main berlagak mempertahankan pendiriannya berhubung isu penggunaan kalimah Allah, mentertawakan lawannya dalam program tersebut, menghentam Majlis Fatwa dan terbaru menghentam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan mengaitkan majlis tersebut dengan UMNO

Yang menariknya itu, kebanyakan hujahnya itu berlawanan dengan dasar parti naungannya iaitu Pas, tetapi Pas kelihatan seperti tikus bilamana tak sanggup menegur perilaku ahlinya yang biadap seperti Khalid

Secara peribadi, Unta Belang sebenarnya pada awalnya amat berharap kehadiran Khalid dalam Pas dapat mengubah sedikit kejumudan parti tersebut memandangkan Khalid seorang jurutera lulusan luar negeri. Harapan Unta Belang dia dapatlah menyuntik sedikit sentuhan baru ke dalam Pas tetapi nampaknya kehadirannya lebih mengucar-kacirkan keadaan daripada membantu parti tersebut.

Jangan kata dengan orang UMNO, dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat dia bergaduh, seperti mana dia bergaduh dengan wakil rakyat Kulim, Zulkifli Noordin.

Mari kita renung apa pandangan Zulkifli tentang 'sahabatnya' ini;

" Ternyata YB Khalid Samad ketandusan hujah bila berdepan dengan pandangan saya menyanggah kenyataan beliau yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Kristian diberikan hak menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan mereka dalam bentuk ALLAH mempunyai anak bernama Jesus.

" Saya telah memberikan pandangan menyanggah tiga alasan yang beliau kemukakan berdasarkan nas, dalil, bukti dan fakta yang saya yakin benar. Malahan ternyata kepimpinan PAS sendiri menyokong pandangan saya. Diantaranya temasuk Musryidul 'Am PAS sendiri YAB Tok Guru Nik Aziz yang membantah Kristian diberi hak mengguna nama ALLAH dalam bentuk yang syirik. Timbalan Presiden PAS YB Ustadz Nasharuddin Mat Isa turut sama menyokong saya sebagaimana saperti yang disiarkan oleh akhbar-akhbar perdana hari ini. Mereka juga turut memberikan hujah-hujah, nas dan dalil yang mantap untuk menyokong pendirian mereka.

" Tetapi bagaimana cara YB Khalid membalas hujah-hujah ini; beliau sekadar melabelkan pandangan ini dengan melabelnya sebagai pro-UMNo. Tidak mampu berdepan dengan hujah, beliau mematikannya dan cuba menyelewengkan pandangan dengan melabel pandangan orang lain. Ini ternyata menunjukkan ketidakmatangan dalam berhujah! Pelajar tadika pun lebih baik akhlaknya dalam meraikan perbezaan pendapat.

" Beliau menyatakan saya tidak ada hak untuk menegur beliau. Apakah saya sebagai wakil rakyat Pakatan Rakyat tiak berhak menegur beliau. Sokongan beliau kepada pihak Kristian mungkin akan menggembirakan segelintir kumpulan, tetapi apakah beliau fikir Pakatan Rakyat tidak memerlukan sokongan dan undi umat Islam, apakah bangsa Melayu terlalu murah pada fikiran beliau sehingga boleh diketepikan begitu sahaja perasaan dan sentimen mereka. Sebagai wakil rakyat PR saya berhak menegur supaya Pakatan Rakyat tidak kehilangan sokongan dan undi umat Islam dan bangsa Melayu. Saya berani menegur beliau agar rakyat terutamanya umat Islam bangsa Melayu meletak keyakinan dan kepercayaan bahawa PR bukan sahaja akan membela kaum dan penganut agama lain, malahan PR juga komited untuk mempertahan dan membela umat Islam termsuk bangsa Melayu.

" Kalau saya diberi maklum oleh kepimpinan PR bahawa agenda Islam dan Melayu tidak ada dalam PR, maka saya tidak akan teragak-agak keluar daripada PR. Namun saya berbangga dan kagum kerana pemimpin besar PR sendiri iaitu DSAI telah berkali-kali menegaskan, samada secara private mahupun secara terbuka, bahawa PR tetap komited terhadap perjuangan umat Islam dan bangsa Melayu disamping tidak menafikan hak dan kebajikan kaum dan penganut agama lain selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Malah saya sangat selesa bersama dengan Pakatan Rakyat kerana adanya Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustadz Nasharudin Mat Isa, Tuan Guru Dr. Harun Din, Dato' Ismail Kamus dan banyak lagi ulama' dan 'ilmuan Islam yang masih lagi waras dalam pemikiran dan tindak-tanduk mereka berdasarkan Islam dan perjuangan ikhlas ini.

" Namun malang karektor dan watak saperti YB Khalid dan yang sewaktu dengannya telah memberi tanggapan dan imej negatif dan buruk kepada perjuangan Islam didalam Pakatan Rakyat "

Baik sekarang kita dengar apa pula kata Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Nawawi mengenai Khalid;

''Saya tak faham kenapa beliau mengaitkan JAIS, MAIS dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dengan agenda politik sedangkan tindakan kita berasaskan fakta yang jelas iaitu al-Quran, sunnah serta pandangan para ulama.

''Larangan ini telah difatwakan dalam undang-undang agama Islam negeri.

''Soalnya, siapa yang sebenarnya cuba mempolitikkan perkara ini. Sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau harus faham perkara ini dan tidak membuat tuduhan yang melulu sedangkan beliau sepatutnya memberikan contoh yang baik kepada rakyat,"

Unta Belang tak mau cakap apa lagi, kalau Unta Belang cakap nanti orang kata bias dan berat sebelah.

Sekarang Unta Belang cabar Pas dan barisan kepimpinannya mengeluarkan pendirian mereka terhadap manusia tin kosong bernama Khalid Samad ini.

Bukankah Pas selalu kata takut kerana salah, berani kerana benar? Inilah masanya mereka berkata benar kepada kita, itu pun kalau betul mereka ada 'telur'!

Melayu Yang Masih Tak Sedar-Sedar

Posted: 07 Sep 2010 10:14 AM PDT



Oleh Azwan Abd. Halim

Melayu 1: Bukan Melayu 40. Inilah nisbah yang mendaftar sebagai pemilih pilihan raya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam. Nisbah ini boleh juga ditulis begini UMNO 1: DAP 40.

Laporan ini amat membimbangkan, apatah lagi bila melihat UMNO, khasnya Ketua Pemuda yang masih lagi leka mencari publisiti. Terkini, dia cuba mencari gaduh dengan Perkasa yang membela Melayu, satu peranan yang sepatutnya dipikul oleh Pemuda UMNO.

Mungkin Ketua Pemuda ini terlalu dungu untuk menyedari bahawa Perkasa tidak akan wujud jika tidak kerana dia yang merosakkan UMNO sehingga dilihat sebagai tidak dapat lagi memperjuangkan bangsa Melayu.

Terbuktilah lagi buat kesekian kalinya bahawa tindakan Presiden UMNO untuk tidak melantik sang Ketua Pemuda ke sebarang jawatan kabinet adalah amat tepat sekali. Ternyata Ketua Pemuda UMNO sememangnya tidak punya kredibiliti sebagai ketua, jauh sekali sebagai pemimpin berjawatan menteri.

Ketua Pemuda ini langsung tidak punya sebarang strategi untuk menarik ahli baru ke dalam UMNO mahupun menggerakkan kempen daftar pemilih pilihanraya. Ketua Pemuda gagal memberi penerangan dalam isu-isu berbangkit. Selain dari mencari publisiti murah untuk diri sendiri dengan membuat perkara-perkara yang tidak masuk akal seperti menjadi model majalah, Ketua Pemuda ini benar-benar tidak berfungsi serta mengesahkan yang dirinya adalah liabiliti kepada kepada parti.

Sudahlah tiada kredibiliti, Ketua Pemuda ini sekali lagi membuktikan yang sememangnya dia berjiwa pengkhianat tegar. Dari tindak tanduknya kebelakangan ini, adalah dikhuatiri yang dia kini sedang mengsabotaj UMNO dengan merosakkan imej UMNO sebagai pembela Melayu dengan bergaduh dengan Perkasa.

Inilah padahnya bila seorang pengkhianat disimpan di dalam Parti. Ketua Pemuda yang didapati bersalah dalam politik wang pasti mendapati sukar baginya untuk turun ke akar umbi kerana sedar yang dia dibenci oleh banyak pihak. Apabila Ketua Pemuda tidak dapat turun padang kerana malu, atau mungkin bimbang kejadian 'boo' akan berulang maka secara automatik Pemuda Bahagian juga kehilangan semangat juang. Pastinya sukar untuk membina semangat jika berketuakan seorang yang dianggap sampah oleh masyarakat.

Mungkin sudah sampai masanya Presiden UMNO menimbangkan semula masalah Ketua Pemuda ini dan mana-mana pemimpin yang bersekongkol dengannya serta mengambil tindakan sewajarnya. Tindakan tegas terhadap mereka-mereka yang bersalah pasti memulihkan imej UMNO dan sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Tindakan tegas juga harus diambil ke atas Ketua-ketua Bahagian yang tidak berfungsi dan mengsabotaj parti. Persetankan para pengkhianat ini, dan tarik sahaja kembali segala kemudahan yang diperolehi mereka melalui UMNO. Persetankan jika mereka ingin menambah sabotaj terhadap UMNO dengan tidak berkempen dan tidak bekerja. Akar umbi tahu siapa mereka dan rakyat kawasan mereka juga tahu siapa mereka. Lambat laun, mereka akan menunjukkan belang dengan menyertai pembangkang bila tidak lagi mendapat projek melalui UMNO. Bertindak segera dan bentangkan kesalahan mereka untuk dinilai rakyat.

Tindakan awal ke atas mereka-mereka ini pasti memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Presiden dan jika mereka memilih untuk berpaling tadah, kemasukan mereka ke dalam pembangkang hanya akan membantu memburukkan imej pembangkang.

Di masa yang sama, segera wujudkan kumpulan petugas baru yang ikhlas di peringkat cawangan untuk memikul tanggungjawab mendaftar pengundi baru di seluruh pelusuk negara. Pertingkatkan jentera penerangan untuk menerangkan kepada akar umbi mengenai perkembangan terbaru di dalam UMNO ini.

Ingatlah, keputusan Pilihanraya adalah bergantung kepada rakyat keseluruhan termasuk akar umbi UMNO yang tidak berjawatan, bukannya bergantung kepada segelintir pencacai Ketua Pemuda, Ketua-ketua Bahagian atau beberapa kerat Melayu liberal. Tunjukkan kepada rakyat yang UMNO serius dalam usaha untuk membersihkan parti ini dari anasir-anasir seperti mereka.

Oleh itu, orang-orang Melayu harus membantu kepimpinan UMNO untuk merealisasikan perkara ini dengan tetap memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada UMNO.

Orang-orang Melayu harus membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat kita agar mendaftar sebagai pemilih dengan seberapa segera. Kembalikan semangat juang penubuhan UMNO, bantulah Presiden untuk membersihkan UMNO. Hanya UMNO yang dapat memastikan kedudukan kita selamat di tanah air sendiri. Hanya Barisan Nasional yang dapat memastikan keamanan dan keadilan sebenar di dalam negara, dan bukannya kesamarataan buta tuli tanpa keadilan yang nyata.

Sedarlah bahawa DAP adalah parti rasis yang hanya ingin menghancurkan Melayu, manakala PAS adalah orang suruhan DAP dan PKR (Anwar) pula tak lebih hanya sekadar maskot Pakatan Rakyat.


SALAM AIDILFITRI DARI WARGA PPUBJ

Posted: 07 Sep 2010 03:26 AM PDT

KEPADA SEMUA PEMBACA LAMAN PPUBJ SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KETUA PEMUDA DAN EXCO PPUBJ

Apabila Melayu Enggan Bersatu

Posted: 07 Sep 2010 03:02 AM PDT

unday, August 22, 2010

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

APA lagi orang Melayu hendak katakan apabila MCA semakin lantang membuat tuntutan untuk meraih keuntungan politik daripada kalangan kaum Cina?

Apa lagi yang orang Melayu boleh buat apabila DAP hari demi hari semakin menunjukkan taringnya untuk menjadikan mereka juara kepada kaum Cina?

Apa yang boleh orang Melayu lakukan dalam menangani telatah itu? Apakah sekadar melahirkan kekesalan dan memberikan peringatan supaya hak orang Melayu jangan disentuh dan hak bumiputera jangan dicabuli.

Bagaimana pula dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa sudah ada pihak mewujudkan perlembagaan baru bagi memastikan hak orang Melayu dan Islam dihakis.

Penulis percaya kelantangan puak-puak yang ingin menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Islam itu tidak akan terhenti di sini sahaja. Banyak lagi yang bakal mereka lakukan terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Semua itu mereka lakukan demi mencari kuasa politik dan mahu memastikan sokongan kaum tertentu menyebelahi mereka.

Tetapi apa yang orang Melayu boleh lakukan? Akui sahaja tiada apa-apa yang boleh dibuat kerana orang Melayu masih berpecah belah.

Ketika MCA dengan terbuka menyatakan tidak keberatan untuk senada dengan musuh politik Barisan Nasional (BN) iaitu DAP bagi memperjuangkan nasib kaum Cina, parti-parti yang mewakili orang Melayu terus berbalah.

Ia jelas apabila Pas yang terang-terang sebuah parti yang dianggotai seratus peratus orang Melayu dan Islam tidak mahu senada dengan UMNO.

Bagi sesetengah pemimpin Pas seolah-olah satu dosa kalau mereka menyokong apa yang diperjuangkan oleh UMNO hatta demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam sekalipun.

Justeru apa sahaja yang UMNO perjuangkan dengan memikirkan situasi di mana parti-parti lain makin bersatu untuk kepentingan kaum mereka, ia akan dinafikan oleh Pas.

Malahan di Pulau Pinang, contohnya, ada pemimpin Pas tetap menganggap apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng yang dilihat menindas orang Melayu dan bumiputera adalah betul.

Begitu juga di Selangor, apabila ada pemimpin Melayu PKR dan Pas bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Phua agar diskaun kepada bumiputera dalam pembelian hartanah di negeri itu dihapuskan.

Semua gelagat ini bukan sahaja 'menggembirakan' MCA dan DAP malah memberikan mereka semangat untuk terus membuat tuntutan dan melakukan tindakan kerana mereka memahami bahawa orang Melayu yang berada di dalam Pas sama sekali tidak akan senada dengan UMNO.

Adalah sesuatu yang malang, apabila ketika UMNO terus bermati-matian mempertahankan orang Melayu dan bumiputera tidak dicabuli, pemimpin-pemimpin Melayu lain di dalam Pas dan PKR hanya mendiamkan diri.

Lebih mengecewakan, ada antara mereka akan tergamak menganggap UMNO rasis sedangkan apabila MCA dan DAP membuat tuntutan untuk kaum Cina, mereka berhujah ia demi keadilan.

Segalanya kerana kelompok-kelompok tersebut hanya memikirkan kepentingan politik. Mereka ingin meraih sokongan daripada kaum lain demi survival politik dan merebut kekuasaan.

Justeru dalam soal ini, orang Melayu perlu segera sedar bahawa selagi mereka tidak sekata dan senada dalam mempertahankan hak mereka, maka selagi itulah sedikit demi sedikit ia akan dicabuli dan dihakis.

Orang Melayu terutamanya di dalam Pas dan PKR perlu segera sedar bahawa sudah wujud keberanian luar biasa di kalangan kaum lain untuk membuat tuntutan berlebihan.

Mereka perlu faham bahawa telah ada kecenderungan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru yang bakal menyaksikan kedudukan orang Melayu sudah tiada apa-apa keistimewaan di bumi bernama Tanah Melayu ini.

Malahan mereka juga perlu mengerti bahawa sekadar amaran sahaja ia tidak akan melunturkan semangat sesetengah pemimpin di dalam MCA dan DAP untuk terus bermain dengan api.

Apa yang boleh memberikan amaran berbisa kepada parti-parti berkenaan supaya tidak melampau di dalam membuat tuntutan ialah penyatuan di kalangan orang Melayu.

Mereka amat bimbang kalau UMNO dan Pas bersatu, seia sekata, senada sehaluan!

Mengulas perkara ini seorang pemimpin kanan UMNO memberitahu penulis seandainya orang Melayu terus berpecah maka tidak mustahil mereka (tanpa mengira UMNO atau Pas) akan kehilangan kerusi di kawasan majoriti Melayu.

Ia kerana kuasa 30 peratus pengundi bukan Melayu di dalam sesebuah kawasan pilihan raya boleh menjadi penentu.

''Kalaulah mereka secara padu memberikan sokongan kepada calon mereka sedangkan undi orang Melayu berpecah maka tidak mustahil, semua kerusi orang Melayu akan hilang,'' katanya ketika berbual-bual dengan penulis.

Mungkin sekali lagi, orang Melayu masih belum nampak bahaya yang menanti. Walaupun satu demi satu bukti dan sikap sebenarnya sudah ditunjukkan oleh kaum-kaum lain.

Tetapi kata mereka, semua itu hanya gertakan atau mainan politik BN dan UMNO bagi menakut-nakutkan orang Melayu.

Jika tanggapan semua ini berterusan maka tidak mustahil, orang Melayu akan terus diperkotak-katikkan dan kaum bukan Melayu termasuklah sahabat karib UMNO sendiri akan sanggup mengamalkan perbuatan yang dilihat tikam dari belakang.

Oleh itu, orang Melayu terutamanya di dalam PKR dan Pas perlu sedar bahawa sebarang kesepakatan kononnya atas dasar hormati menghormati yang dikatakan oleh rakan parti bukan Melayu mereka hanya retorik dan mainan lidah politik semata-mata.

Apabila tiba masanya dengan melihat kuasa politik Melayu semakin melemah maka tidak mustahil mereka akan bersatu dan meninggalkan parti-parti Melayu sendirian.

Mereka tahu berupaya berbuat demikian kerana memahami bahawa Pas dan pemimpin Melayu dalam PKR melihat UMNO ibarat 'musuh kamu yang paling nyata.'

Oleh itu ketika mereka semakin memperkukuhkan ikatan memperjuangkan nasib kaum mereka tanpa mengira perbezaan politik, orang Melayu pula terus kekal dengan sikap berpecah-belah dan tidak mahu bersatu.

Percayalah, jika situasi ini berterusan, semua orang Melayu hanya menjadi penonton kepada kehilangan kuasa politik dalam pilihan raya akan datang.

Janganlah anggap ini sesuatu yang mustahil kerana sebelum pilihan raya umum 2008 siapa sangka BN akan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, Perak hampir diperintah oleh seorang Menteri Besar daripada DAP (jika Perlembagaan tubuh negeri membenarkan) dan Selangor akan jatuh ke tangan pembangkang.

Oleh itu belajarlah daripada sejarah wahai orang Melayu supaya kita tidak menjadi bak kata orang 'berputih mata tiada berguna, berputih tulang sudah tidak bererti."

BENARKAH NGO kini mula mengambil alih peranan parti politik?

Posted: 07 Sep 2010 02:30 AM PDT

NGO semakin garang, parti Melayu semakin...?



Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan dengannya pernah berkata ''ini ialah masanya untuk NGO." Parti politik, katanya sudah lari daripada peranan mereka. Mereka sudah terlalu terikat kepada soal-soal yang terlalu politiking atau terlalu peribadi. Tapi benarkah?

Sayap parti politik yang satu masa dulu menjadi jurubicara rakyat jelata kini muram. Benarkah? Adalah sesekali mereka menunjukkan belang dengan memperjuangkan nasib wanita yang dilarikan jejaka Lombok. Membuat kenyataan demi kenyataan dengan muka terpampang di akhbar. Berteriak di hadapan Kedutaan Amerika, tapi apa lagi?

Rakyat kini memerlukan perhatian untuk membela nasib mereka. Terlalu banyak rungutan yang perlu diselesaikan. Mereka seharusnya berdiri bersama-sama rakyat.

Siapakah orang politik Melayu yang turut padang membela orang Melayu Pulau Pinang sekarang daripada kerakusan Lim Guan Eng? Mengikut orang saya di Pulau Pinang tak nampak, kecuali NGO.

Satu jolokan (bukan saya yang cipta) dalam blog Pisau.net menggambarkan sebuah parti politik Melayu di Pulau Pinang sedang menganjurkan kempen jom tidoq.

Kita tidak bermaksud memperkecilkan peranan mereka, tapi suara mereka kini terlalu senyap. Mereka harus berdiri, buat bising dan berteriak atas nama rakyat.

Guan Eng kini ketawa terbahak-bahak melihatkan tugasnya cukup mudah. Tiada rintangan langsung. Robohkan lagi gerai-gerai Melayu pun tiada yang bangkit bising. Yang ada hanyalah 200 orang kecil membantah tindakan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menghalang 27 peniaga Melayu berniaga di Bazar Ramadan Komtar.

Mana dia gelombang rakyat tunjuk perasaan - ala Tian Chua - yang memenuhi Jalan Masjid India yang mendapat liputan luas CNN, Al-Jazeerah, BBC dan lain-lain?

Saya berani mencabar di sini, kenapa tidak dilancarkan gelombang ala-Tian Chua itu terus-menerus dari Masjid Kapitan Keling ke Pejabat Ketua Menteri di Komtar saban minggu? Saya tidak menghasut kerana pihak pembangkang tidak akan marah kerana, lagi pun, itulah cara mereka yang kerap dilakukan dulu.

Hanya orang yang cukup selesa sahaja yang tidak akan berbuat apa-apa.

Kasihan orang Melayu Pulau Pinang. Mereka cukup menderita sekarang. Nak berniaga di gerai Ramadan yang tiba hari ini pun susah. Saya hanya boleh bersimpati melalui tulisan ini, tapi mana dia pejuang-pejuang kita yang kononnya berdiri atas nama Alif, Ba, Tha; Agama, Bangsa dan Tanah Air?

Saya dapat tahu, pihak yang cukup aktif sekarang membela orang Melayu Pulau Pinang ialah Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, diterajui oleh seorang wanita bernama Kak Min atau Aminah Abdullah. Selain NGO daripada Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Kelab Warisan Malaysia Pulau Pinang (KERIS) dan beberapa buah yang lain.

Kesemua penerajunya tidak ternama langsung, kecualilah Kak Min, bekas ketua wanita PKR yang dikatakan menongkah arus kerana tidak tertahan dengan sikap cauvinis dan rasis Guan Eng.

Begitu juga di Selangor dan Perak, NGO Melayu tumbuh bagai cendawan.

Dengar kata Pemuda UMNO kini ada tektik baru. Mereka dikatakan mengambil pendekatan berhemah (!?)

Sayap muda yang dahulunya garang dan bengis itu dan pernah diberi jolokan Singa UMNO, kini berhemah?

Rakyat mahukan suara mereka, tapi mereka tidak menyahut. Atas sebab itullah mungkin benar kata-kata Tun Dr. Mahathir itu ''ini ialah masanya untuk NGO."

NGO - Pertubuhan Bukan Kerajaan atau ada yang menyebut No Gaji Organisation mula mengambil alih peranan sayap muda yang lesu itu. Pertumbuhan mereka kini merata. Rata-ratanya atas nama orang Melayu, mereka mula mengambil alih peranan parti politik tertentu. Benarkah?

NGO kini sedang diperhatikan oleh banyak pihak. Orang-orang Melayu pun mula tertarik dengan mereka. Yang tidak suka PKR masuk NGO, yang tidak suka Pas dan DAP pun masuk NGO dan yang keluar dari UMNO dan pemudanya yang berhemah pun khabarnya menyertai NGO.

Mereka ini bukan tidak suka parti pemerintah, tapi tidak sukakan parti pembangkang. Mereka ini mahukan suara yang lebih lantang, dan gerak-geri yang lebih kelihatan.

Dalam zaman aman bolehlah berhemah, ini ialah zaman gawat, oleh itu satu pendekatan yang lebih kelihatan amat-amat diperlukan.

Orang Melayu kini melihat NGO ialah jawapannya. Ia lebih lantang daripada sayap parti yang dulu amat lantang mempertahankan hak-hak mereka.

Parti-parti pembangkang berjaya hari ini kerana kelantangan mereka. Orang tersentak dengan kewujudan mereka. Mereka begitu organised menganjurkan perhimpunan raksasa yang memeningkan kerajaan. Mereka berdemo, disembur air lada dan bersurai. Tiada lain dan tiada bukan untuk menunjukkan kewujudan mereka. Itu sahaja, walau apa orang kata - mereka akhirnya berkuasa di beberapa negeri termasuk Selangor dan Pulau Pinang.

Tapi kini, nampak gayanya, mereka pun lagi teruk. DAP membuat kenyataan yang mengapi-apikan kaum. Sehingga sanggup mempersoalkan apa yang orang Melayu dapat sekarang harus dimansuhkan.

Isu ini harus disuarakan. Sayap muda parti pemerintahan harus bangkit. Apakah senyap lebih baik daripada bersuara? Mungkin saya silap dalam hal ini, tapi rakyat mahu mendengar suara mereka? Sayap parti harus menjadi front runner kepada isu-isu semacam ini.

Orang Melayu Pulau Pinang amat-amat mengharapkan pembelaan datang kepada mereka. Orang Selangor juga mahu melihat perubahan (Gelombang Merah Kuning) berlaku di negeri itu.

Tapi akan berlakukah semua itu?

Pas Kedah panas: Azizan Dalam Dosa

AZIZAN Razak dan Pas Kedah dikatakan cukup tenang. Tiada apa-apa yang berlaku. Orang Kedah dikatakan cukup selesa dengan keadaan macam itu. Tiada kontroversi, walaupun miskin tak apa.

Namun, adakah benar Azizan dan Pas Kedah tenang? Buku yang diterbitkan secara underground menceritakan segala-galanya. Buku bertajuk Azizan Dalam Dosa (ADD) menceritakan mengenai banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Azizan dan juga Pas Kedah.

Tidak cukup dengan itu, ada pula pihak yang menerbitkan buku Bingkisan Jawapan (BJ), iaitu buku yang membela pentadbiran Azizan dan Pas Kedah daripada tuduhan ADD.

Buku ADD itu kononnya didakwa oleh Pegawai Khas Hal Ehwal Politik kepada MB Kedah, Hassan Razak ditulis oleh bekas orang kuat Pas Memali di Baling yang dikenali sebagai Cikgu Non atau Zainol Ismail.

Kini berlaku tuduh-menuduh siapa yang menulis dan menaja buku hantu itu.

Cikgu Non menafikan sekeras-kerasnya. Sebaliknya Cikgu Non dalam sepucuk surat yang saya peroleh menulis: ''Saya ingin bertanya kepada beliau (Hassan), kenapa tidak mengerah anggotanya menyiasat dakwaan-dakwaan yang terkandung dalam ADD itu? Siasat MB yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah yang disebut tidak amanah, membazirkan wang rakyat, mengutamakan kroni…"

Satu perenggan menarik yang Cikgu Non tulis: "Kalau saya diberi pilihan, saya minta di tapak Muassasah Darululum, Pokok Sena tempat bersemadinya jasad Allahyarham Ustaz Fadzil, biar rohnya mendengar segala isu penyelewengan, ketidakadilan dan salah laku anak-anak buahnya yang ditinggalkan. Biar rohnya lebih kenal siapa Azizan Razak dan siapa Hassan Razak dan konco-konconya. Biar rohnya tahu siapa yang mendapat nikmat sejak Pas memerintah Kedah. Orang Islamkah atau orang bukan Islam, orang Melayukah atau orang bukan Melayu. Siapa yang menjadi anak emas, siapa pula yang menjadi anak tiri."

Ditulis lagi: "Kenapa dalam BJ tidak langsung menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam ADD. Umpamanya, kenapa MB tak mahu hapuskan judi di Kedah, tidak tegas dengan isu aurat wanita, kenapa lebih sejuta wang dihabiskan untuk pamerkan poster-poster MB, kenapa kerajaan negeri kerugian lebih 8 juta hasil pelaburan di luar negeri dan paling penting di akhir buku ADD ada pertanyaan 'apa yang dibuat oleh Pas semuanya halal, apa yang dibuat oleh UMNO semuanya haram'."

Kita tunggu seterusnya. Pas pun sama saja 2X5.

Jangan biarkan orang Melayu 'gila'

Posted: 07 Sep 2010 02:28 AM PDT


HASSAN MOHD. NOOR

PULAU Mutiara terus menyajikan cerita menarik mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sedikit sebanyak ceritanya tentulah berkaitan dengan politik kerajaan negeri yang diterajui oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta rakan-rakan pakatan PKR dan Pas. Terbaru seperti yang didedahkan baru-baru ini ialah mengenai isu khutbah solat Jumaat. Semalam, polis Pulau Pinang mengesahkan, pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat isu khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Guan Eng, dalam doa khutbah Jumaat.

Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, dua laporan diterima mengenai isu itu iaitu di- Butterworth dan Tasek Gelugor.

Sehingga kini 15 orang saksi dipanggil bagi membantu siasatan.

Kes terbaru dilaporkan berlaku di Kubang Buaya, Butterworth. Khatib berkenaan didakwa membacakan doa seperti berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang."

Ayub juga memperingatkan semua pihak supaya jangan menggunakan platform yang ada seperti ini untuk memecah-belahkan rakyat atau memecahkan perpaduan.

"Peranan yang patut dimainkan oleh masjid adalah untuk mengurangkan gejala sosial dan menyatupadukan rakyat," kata Ayub.

Apa yang diharapkan, isu ini dapat diselesaikan segera kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Islam terutama di Pulau Pinang. Pelik juga apabila nama pemimpin negeri disebut dalam khutbah itu sedangkan selama ini, tidak ada nama Menteri Besar/Ketua Menteri malahan Perdana Menteri disebut dalam doa itu. Biasanya hanya nama Agong, sultan atau raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri disebut.

Mungkin jika perkara itu berlaku melibatkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN), sudah tentu akan ada desakan pihak sebelah sana supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja, jawatankuasa khas, tribunal, kertas putih atau macam-macam lagi.

Begitu jugalah dengan isu-isu lain yang menarik perhatian di Pulau Pinang seperti berkaitan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus berhubung 'lidah biawak', isu Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam, Bazar Ramadan Komtar, isu penjaja Melayu dan macam-macam lagi yang berkait rapat dengan kerajaan negeri. Sekali lagi kalau itu melibatkan kerajaan pimpinan BN, maka akan ada dakwaan kerajaan negeri tidak telus, tidak mentadbir dengan cekap, tidak amanah dan entah apa lagi malahan mungkin pemimpinnya disuruh letak jawatan.

Selepas ini, entah apa pula isu yang bakal timbul di Pulau Pinang.

Apa yang diharapkan, isu-isu ini tidak dilihat sebagai rasis atau perkauman. Bukan kerana ia hanya melibatkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu di Pulau Pinang. Sebaliknya satu kes lain membuktikan seorang peniaga Cina juga kurang senang dengan langkah pengurusan Komtar sehingga dia cuba membakar dirinya. Maknanya sudah tentu ada yang tidak kena. Begitu juga penduduk kaum India di Kampung Buah Pala.

Sebagai sebuah negara yang akan mencapai usia kemerdekaan yang ke-53 lebih kurang seminggu dari sekarang, sudah tentu kita mahu keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum dikekalkan.

Kita perlu resah apabila masih ada di kalangan rakyat negara ini yang membangkitkan isu-isu yang boleh menyakiti hati orang lain. Ini termasuklah mempertikaikan institusi raja Melayu, mempersendakan lagu Negaraku, kepala babi dibuang di pekarangan masjid, membangkitkan isu kuota Melayu atau bumiputera dalam 'kek' ekonomi, biasiswa dan sebagainya yang semuanya berkaitan hak istimewa orang Melayu.

Begitu juga dengan isu demonstrasi mengarak kepala lembu di Shah Alam dan isu bakar Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati Kuala Lumpur. Syukurlah, dua kes ini sudah selesai apabila 12 yang menyertai perhimpunan mengarak kepala lembu didenda RM1,000 manakala dua lagi yang memijak kepala lembu didenda RM3,000. Manakala kes bakar gereja pula, dua beradik dipenjara lima tahun. Begitulah berakhirnya dua isu panas yang menimbulkan keresahan dalam hubungan kaum di negara ini. Diharapkan isu lain juga dapat diselesaikan dengan segera.

Kita juga harus berbangga apabila UMNO dapat mengambil tindakan pantas setelah seorang pemimpin bahagian, Ahmad Ismail didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur rasis semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Begitu juga dengan Nasir Safar yang memohon maaf secara terbuka dan meletak jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri apabila beliau didakwa memberi ucapan berunsur hasutan. Langkah segera juga diambil oleh kerajaan apabila seorang pengetua sekolah di Kulai, Johor didakwa memberi ucapan berbau perkauman. Walaupun pengetua itu sudah meminta maaf tetapi sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Begitulah berhemahnya orang Melayu yang tidak keberatan menghulurkan tangan memohon kemaafan.

Maka dalam kita menuju sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-53 janganlah ditiupkan kembali sentimen perkauman. Jangan sesekali menimbulkan perkara yang membuatkan kaum lain sakit hati, mencari sesuatu yang membuka ruang untuk 'bergaduh' atau memperjuangkan perkara yang boleh menimbulkan prasangka sesama kita. Ingatlah apabila ada pihak yang cuba menyinggung kaum lain, ia umpama bara yang boleh membakar pada bila-bila masa. Hanya perlukan secebis kertas untuk menyemarakkan api.

Justeru, janganlah kita ulangi kesilapan Ahmad Ismail, Nasir Safar, pengetua sekolah dan sebagainya. Elakkan tindakan atau kenyataan seperti yang dicetuskan oleh Namewee (isu Negaraku), Wee Ka Siong, Chua Soi Lek, Tony Pua dan apa saja yang boleh menyentuh hati dan perasaan orang Melayu di negara ini.

Seorang rakan risau melihat gelora yang berlaku selepas tsunami politik 2008. Beliau bertanya, kenapa perlu ada demonstrasi pijak kepala lembu? Kenapa ada Melayu bakar gereja? Kenapa Ahmad Ismail, Nasir Safar dan pengetua sekolah bercakap demikian? Kenapa Nik Ali bersuara? Kenapa Pak Ali berani menepuk bahu Guan Eng? Kenapa Melayu 'serang' Guan Eng semasa ke majlis berbuka puasa?

Tanya sahabat itu lagi : ''Apa sudah jadi dengan orang Melayu? Adakah mereka sudah tidak mampu membendung kemarahan?''.

Penulis tidak memberi jawapannya. Cuma penulis terkedu seketika apabila, beliau bertanya ''Adakah itu semua menunjukkan orang Melayu sudah gila?''.

Setelah merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, penulis setuju apa yang dimaksudkan dengan 'gila' itu. Semoga Melayu tidak benar-benar 'gila'.

PAKATAN : TERLAJAK SEJARAH.

Posted: 06 Sep 2010 08:31 PM PDT

PROF KHOO KAY KIM BALUN PAKATAN !

Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

"Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

"Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud," katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

"Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini," katanya.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

"Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu," katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

"Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda," katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea ''hak orang Melayu'' yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat Parti keailan Rakyat itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

"Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu," katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

"Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa," katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

"Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat," katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

"Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka," katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

"Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar," katanya.

"Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita Nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak," katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

"Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire," katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara," katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah "terlajak sejarah" iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

"Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan)," katanya.

Beliau berkata fenomena "terlajak sejarah" itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman.

ISU PERLEMBAGAAN BARU

Posted: 06 Sep 2010 08:17 PM PDT

Dalang Dalang Risalah "Perlembagaanku"
5 September, Kelab Belia Graduan 1Malaysia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Serdang berhubung penyebaran risalah "Perlembagaanku" yang diedarkan di sekitar Lembah Klang dan beberapa institusi pendidikan di Kedah. 15 Ogos 2010, Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Perak) mendedahkan wujud perlembagaan baru untuk menyisihkan hak orang Melayu dan agama Islam yang dijamin dalam perlembagaan sedia ada. Apakah ini perlembagaan baru yang dimaksudkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria?.

Kenyataan Harussani mungkin ada kaitan dengan program di atas. Pada 18 Julai 2010, bertempat di Dewan Sultan Abdul Halim, Kolej Universiti Islam Insaniah (KUIN), Kedah, telah dianjurkan program Perasmian Pelancaran Kempen Perlembagaanku Peringkat Negeri Kedah. Hadir sama adalah Zaid Ibrahim sebagai panelis forum (baca sini). Nampaknya kerajaan negeri Kedah dan pemimpin PKR terlibat sama dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru ini.

Paul Linus Andrews (Head of Department of Law, Sunway College University), bersama Samuel Leong, Yap Yin May dan Nadia Abu Bakar adalah antara mereka awal terlibat dalam kempen kesedaran "Perlembagaanku", yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara. Kempen ini telah dilancarkan sejak 13 November 2009 lagi. Rentetan daripada itu timbul pula buku "The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand" oleh Kim Quek yang mengandungi 361 muka surat. Buku ini didakwa memutar belit banyak perkara dan menghasut rakyat untuk membenci Perlembagaan yang sedia ada.


Kempen Perlembagaanku juga ini telah dibuat dalam Facebook yang mengumpul 7,508 orang dan dalam Youtube, ditonton oleh 17, 102 orang. Perlembagaanku bertindak sebagai Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan yang ditubuhkan di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia. Dianggotai oleh para peguam, pelajar, ahli media, ahli akademik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Antara yang terlibat memberikan sokongan kepada Perlembagaanku adalah DAP (cawangan Pahang), Malik Imtiaz dan Zaid Ibrahim.

Sesudah tuntutan Interfaith Commission (IFC) dan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos 2008 , Bar Council berterusan untuk mempertikai perlembagaan dengan kempen "Perlembagaanku". Dalang-dalang yang terlibat dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru dan meminta agar semua persetujuan sosial yang sudah termaktub dalam perlembagaan dibatal perlu disiasat dan dikenakan tindakan. Kempen mereka ini boleh meracun pemikiran rakyat untuk meruntuhkan segala-gala yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan

Timbalan Presiden : Apa rekod Azmin ?

Posted: 06 Sep 2010 07:51 PM PDT

Timbalan Presiden : Apa rekod Azmin ?


Oleh: HELME HANAFI

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan pastikan Naib Presiden ,Azmin Ali menang jawatan Timbalan Presiden parti itu walaupun beliau tidak mempunyai rekod kepimpinan organisasi sama ada politik atau NGO sebelum menyertai PKR, kata Senator Ezam Mohd Nor.

Ini kerana Anwar tidak mempercayai orang lain kecuali Azmin dapat mengemudi PKR mengikut kehendak beliau.

"Kriteria utama seorang pemimpin kanan PKR di mata Anwar sekarang ini adalah kesetiaan kepada dirinya, bukannya kredibiliti atau rekod kerja, organisasi atau kepimpinan seseorang itu," kata Ezam kepada Agendadaily Isnin.

Menurut Ezam, jika dibuat perbandingan mengenai pencapaian dan rekod perkhidmatan secara umum sebagai asas pemilihan Timbalan Presiden PKR maka Azmin tidak layak langsung bertanding jawatan tersebut.

"Siapa Azmin kalau hendak dibandingkan dengan pengalaman dan rekod Tan Sri Khalid Ibrahim, atau Mustapa Kamil Ayub yang pernah menjadi Presiden PKPIM, Zaid Ibrahim bekas menteri kabinet hatta Saifuddin Nasution bekas setiausaha Pemuda UMNO, mereka ini semuanya dari latar belakang yang kuat dan cukup berkemampuan," katanya.

Azmin kata Ezam, hanya dikenali sebagai pemimpin selepas penubuhan PKR dan tidak mempunyai sebarang rekod kepimpinan kecuali ahli biasa Umno dan setiausaha sulit Anwar.

"Ahli-ahli PKR patut tanya Anwar, why Azmin ? Kenapa tidak orang lain, Khalid Ibrahim misalnya, yang lebih layak berbanding Azmin," soal beliau.

Azmin yang juga Naib Presiden PKR disebut-sebut akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden yang bakal dikosongkan oleh penyandang Dr Syed Husin Ali,.

Turut menawar diri adalah Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi PKR Perak, Mustapa Kamil Ayub.

Manakala Khalid Ibrahim masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung kesediaannya bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan kali ini.

Anwar, kata Ezam, cukup tertekan dengan kes liwat yang sedang dihadapinya, dan hanya mempercayai orang-orang yang sudah lulus ujian untuk mengemudi PKR di zaman gelora.

"Azizah dan Azmin dua individu yang sudah diuji oleh Anwar dan lulus, kerana biarpun apa keadaan, mereka tetap setia dan tidak sesekali membocorkan rahsia Anwar,"

"Azmin terutamanya, kesetiaan beliau pada Anwar memang tidak berbelah bagi, dan saya percaya tidak ada lelaki lain yang boleh lawan Azmin dalam bab setia pada Anwar ini," jelas Ezam yang juga bekas Ketua Pemuda PKR dan orang kepercayaan Anwar.

Pemilihan Azmin kata Ezam juga akan membuktikan mengenai teori 3A yang menguasai PKR, iaitu Anwar, Azizah dan Azmin.

Hasrat Azmin untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu bukan sesuatu yang baru.

Beliau pernah mencuba nasib dalam pemilihan PKR 2006, dan menerima pencalonan tertinggi berbanding penyandang Dr Syed Husin Ali pada waktu itu.

Tetapi lepas 'dipujuk' penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin menarik diri walaupun kalau terus bertanding sah-sah beliau menang

Agendadaily

ZAID : RELA DIKUBUR ATAU SENGAJA GALI ?

Posted: 06 Sep 2010 07:40 PM PDT

Zaid lahirkan kekecewaan, rela 'dikuburkan' ahli PKR

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) yang berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu rela 'dikuburkan' oleh ahli-ahli parti itu.

Menurut Zaid, pendiriannya untuk menawarkan diri bertanding jawatan kedua tertinggi PKR itu dibuat atas prinsip politiknya yang akan terus menyokong perjuangan berasaskan kebenaran serta menolak kepalsuan.

Justeru, Zaid mempersoalkan ugutan sebahagian ahli Parlimen PKR yang mahu 'menguburkannya' sedangkan para pemimpin kanan parti berkenaan sendiri pernah menyatakan sokongan mereka terhadapnya selama ini.

"Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini. Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan.

"Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada UMNO," tegasnya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi blognya hari ini.

Zaid dilihat terpanggil mengeluarkan kenyataan itu kerana mendakwa terdapat serangan peribadi terhadapnya dari dalam PKR sejak beliau mengumumkan hasrat bertanding jawatan tersebut minggu lalu.

"Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkan saya dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan PKR," jelasnya.

Dalam kenyataan itu juga, Zaid sempat berkempen dengan meminta sokongan para perwakilan terhadap gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim sambil mengatakan perjuangannya dalam politik adalah untuk membentuk sebuah negara yang lebih adil.

Zaid berkata: "Kalau nasib saya seperti Pak Ghafar (Allahyarham Tun Ghafar Baba) pun saya rela. Dalam perjuangan politik saya, sifirnya mudah. Kalau benar saya sokong, kalau palsu saya bantah."

Tun Ghafar Baba gagal menerima pencalonan minimum untuk mempertahankan jawatan nombor dua dalam UMNO pada 1993

RAYUAN TERKAKHIR : SIAPA YANG BELUM MEMBACA, MELAYU DITAKUTI OLEH FREEMASON, TAK KIRA UMNO,PAS ATAU PKR YANG PENTING ISLAM MELAYU..

Posted: 06 Sep 2010 07:28 PM PDT

Untuk kali ini saya ingin mengulas tentang budaya komunis dalam perjuangan kita dalam usaha membangkitkan Islam dari Timur. Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini. Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.Tujuannya ialah UNTUK MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA.Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.

Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu.Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan!

Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu,wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.Mengapa Cina dan India?Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.

Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason.Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api.Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.Contoh yang terbaik ialah di Perak,negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.LIHAT,YANG MEMBUAT KEKACAUAN BUKANLAH MELAYU,TETAPI ORANG LUAR.Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.Perhatikan,British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya,raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.INGAT RAJA-RAJA MELAYU!FREEMASON AMAT TERINGIN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai.Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia.Kesultanan Sulu sudah lama pupus.Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei.Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu,hanya Hong Kong dijajah British).

Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'.Mengapa?Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka.Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,dengan kata lain adalah jajahan mereka.PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI.Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang.Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.Kuasa ini boleh ditidurkan.Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?APA RAHSIANYA?

Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun.Ini diakui oleh para penjajah mereka.Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini,betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri,organisasi masyarakat yang tersusun,kostum dan pakaian yang kemas,cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?!Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno.Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara,apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis,menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'.

"Cepat cari bangsa itu,Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah!"

Sebab itu di dalam buku-buku sejarah,orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur,dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.Amerika,Afrika dan India bukanlah tujuan mereka.Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan.Tetapi mereka terlambat. PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.

Tetapi gagal.Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang').Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka.Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu,maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.SEbab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain.Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan,para kerabat diraja dan sultan-sultan.Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.Di satu ketika,British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan.Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan,membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka.APA RAHSIANYA?

DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S

Melalui 'secret societies' di China dan England,Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara.Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel,tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.

Kongsi-kongsi Gelap Cina

Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.Merentasi sejarah China,hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap.Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya,untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.

Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan.Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina.Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.

ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.

Jika peperangan terjadi,orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya,Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'.

Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA.Sikap mereka misteri dan pendiam.Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka.TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'.Apabila sampai satu tahap,ALTER AMUK mereka akan meletus.Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil?Lihat,bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.

Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu.JIka kita lihat di Barat,sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini.Istimewanya,mereka pandai mengawal dan menggunakannya.Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.

JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.

Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan.Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light,Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.

Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu.Pertamanya,majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat,jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan.Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.Keduanya,siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama),khasnya di Tanah Melayu?Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI.Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.

Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka.Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei,menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis,mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat,juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.

Budaya-budaya komunism ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah. Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita! Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan... ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis cina sedangkan kita lebih hebat dari mereka? Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana Duit.

Wallahualam

Read more: http://parti-islam-melayu.blogspot.com/2010/09/rayuan-terakhirsiapa-yang-belum-membaca.html#ixzz0yo3H5nJ6
Under Creative Commons License: Attribution

MESTI BACA : TAK PERASAN ATAU BUAT-BUAT TAK PERASAN.

Posted: 06 Sep 2010 07:03 PM PDT

Yang kita tak perasan — Loyar Muda
September 06, 2010

6 SEPT — Isu rasis semakin hangat dan menjadi bahan berita bagi setiap media. Tidak kira cetak atau elektronik, semua berlumba-lumba untuk meletakkan isu rasis sebagai santapan utama para pembaca. Ironinya ia terjadi sewaktu negara kita menyambut kemerdekaan yang ke-53. Sungguh menyedihkan apabila isu ini bukan sahaja berpenyakit di kalangan ahli politik tetapi sudah menular hingga ke akar umbi. Baiklah, cukup saya berbasa-basi di sini. Mari kita pergi ke isu yang utama.

Pertubuhan politik mahupun bukan kerajaan begitu lantang mempertahankan perkara 153 Persekutuan Perlembagaan yang memperuntukkan kedudukan istimewa Melayu dan penduduk asli Sabah dan Sarawak (oklah "hak istimewa" lagi sesuai). Ia turut dijaga oleh Perkara 159(5) yang memperuntukkan izin Majlis Raja-Raja sekiranya perkara 153 mahu dipinda atau digubal. Ditambah lagi dengan peruntukan dalam akta hasutan seksyen 3 (f) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan "A seditious tendency is a tendency to question any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative established or protected by the provisions of Part III of the Federal Constitution or Article 152, 153 or 181 of the Federal Constitution."

Justeru, barangsiapa yang cuba mempertikaikan apa-apa persoalan berkaitan perkara 153 mempunyai potensi untuk disabitkan kesalahan dalam Akta Hasutan.

1) Yang kita tak perasan:

Bukan sahaja Perkara 153 yang dijaga oleh Perkara 159(5) dan seksyen 3(f) Akta Hasutan 1948 tetapi juga Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan. Apakah Bahagian 3 itu? Pernahkah ada mana-mana ahli politik memberitahu hal ini?

Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan soal kerakyatan. Citizenship.

Nah, di sini sudah terserlah keseimbangan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya kontrak sosial yang berteraskan kedudukan istimewa Melayu dan prinsip kerakyatan Jus Soli telah dijamin dalam perkara 159(5) yang memperuntukkan "A law making an amendment to Clause (4) of Article 10, any law passed thereunder, the provisions of Part III, Article 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152, or 153 or to this Clause shall not be passed without the consent of the Conference of Rulers." Maka di sini jelas bahawa bukan sahaja kedudukan istimewa dipelihara tetapi juga soal kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli turut dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.

2) Yang kita tak perasan:

Seskyen 3(f) Akta Hasutan bukan sahaja memperuntukkan tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan atau mempersoalkan apa-apa isu berkaitan Perkara 153 tetapi juga memperuntukkan tiada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan atau mempersoalkan apa-apa isu berkaitan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan yakni kerakyatan.

Justeru, mari kita melihat secara saksama: kalau mempertikaikan isu 30% ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi mempunyai potensi hasutan maka sesiapa yang menyuruh orang bukan melayu pulang ke negara masing-masing perlu dilihat termasuk dalam potensi hasutan yang termaktub dalam seksyen 3(f) Akta Hasutan 1948.

Kalau sesiapa yang cuba mempertikaikan perkara 153 perlu dimasukkan ke dalam ISA maka sesiapa yang cuba mempertikaikan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan juga perlu dimasukkan ke dalam ISA. Ini kerana sudah jelas menyuruh atau menghalau orang bukan Melayu supaya pulang ke negara masing-masing bererti menafikan hak kerakyatan mereka di negara ini yang telah dijaga, dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan sejak 53 tahun yang lepas.

Bahkan mempersoalkan relevan atau tidak sekolah vernakular juga boleh tersenarai sebagai hasutan sepertimana yang termaktub dalam seksyen 3(e) Akta Hasutan 1948 "to promote feelings of ill will and hostility between different races or classes of the population of Malaysia". Sila rujuk juga Melan Abdullah v Public Prosecutor [1971] 2 MLJ 280 dan PP v Mark Koding [1982].

Kesimpulan: Sila tutup isu ini. Sekali lagi dimohon: Sila tutup isu ini. Jangan lagi membuka atau cuba menyemarakkan lagi isu perkauman. Apa yang cuba saya nyatakan di atas adalah prinsip keadilan dalam membincangkan isu kontrak sosial yang sudah dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan bahkan dalam Al-Quran sudah menjelaskan "Janganlah kebencian kamu ke atas sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, sesungguhnya adil itu lebih dekat dengan taqwa."

Semua rakyat Malaysia baik ahli politik mahupun kakitangan awam, siswa dan pelajar di bangku sekolah tidak perlu mengapi-apikan lagi isu ini. Jika tidak, kita semua berpotensi untuk didakwa bawah Akta Hasutan.

3) Yang kita tak perasan:

Isu ini hangat diceritakan oleh dua komponen parti BN — MCA dan Umno. Sejak kebelakangan ini kedua-dua pemimpin dari parti tersebut saling bertikam lidah dan mengapikan suasana dengan isu perkauman. Sesungguhnya inilah yang ditunggu oleh Pakatan Rakyat yang tanpa perlu berbuat apa-apa telah menunjukkan kepada rakyat parti mana yang sudah tidak relevan lagi, parti mana yang lebih suka bercakaran tentang isu-isu sebegini dan parti mana yang melaungkan slogan supaya bersatu tanpa mengira kaum tetapi wakil rakyat mereka sendiri yang bergaduh tanpa mengira kaum.

Pergaduhan sesama sendiri inilah yang telah melemahkan parti BN sendiri dan tidaklah mahu saya mengulas lanjut kerana ahli BN sendiri sudah bersuara akan isu ini.

(Rujuk di sini)

Daripada terus bertelagah akan hal ini, bukankah lebih baik mereka fokus dan lebih peka akan isu-isu semasa terutama isu kebajikan, suara siswa dan sebagainya? Kalau susah nak cari saya syorkan dua perkara ini untuk diselesaikan:

i) Masalah kerakyatan (rujuk di sini)

ii) isu kemiskinan (rujuk di sini)

Jika isu ini terus didendangkan oleh ahli politik Malaysia maka janganlah mengharapkan bahawa pentas politik kita akan mengecap tahap kematangan dan dimensi baru. Mungkinkah kita memerlukan parti lain untuk memerintah Malaysia? Atau mengharapkan parti yang sedia ada memerintah untuk berubah? Setiap undi rakyat adalah bermakna.

Kalau terus memalu irama yang salah maka rakyat akan jadi bosan dan pergi mencari paluan irama yang sesuai dengan kehendak mereka.

Yang kita tak perasan:

Pilihanraya nak dekat. Ahli politik tak sedar. Rakyat kuasa sebenar!

* Loyar Muda ialah nama samaran seorang pembaca The Malaysian Insider.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

MIMPI SEORANG YANG BERHORMAT.....

Posted: 06 Sep 2010 06:57 PM PDT

Ada pihak yang mengatakan 'mimpi' adalah permainan tidur, tetapi bagi orang motivasi selalunya akan berkata kita perlu bermula dengan impian. Persoalannya apakah kaitan antara mimpi dan impian? Kini musim bermimpi datang lagi, maklum sajalah tempoh pilihanraya telah pun lepas tempoh dua tahun. Malah ada juga parti politik pembangkang meramalkan tahun 2011, Perdana menteri akan umumkan PRU 13, sejauh mana kebenarannya hanya PM sahaja yang mengetahui.

Bercakap soal calon ni, nampaknya telah mula angin bertiup bahawa ada yang sudah bermimpi jadi Yang Berhormat. Maklum sahajalah kini jawatan sebagai seorang Yang Berhormat mula mendapat perhatian ramai pemimpin parti.Faktor popular, prestij, berkuasa dan lain-lain hinggakan soal tanggungjawab, ikhlas, komitmen, kerja keras dah jatuh faktor nombor 2 dan kadang-kadang tak ada nombor. Tidak ketinggaln parti pembangkang pun sama. Terbaharu belum pun mula perhimpunan parti, telah kedengaran orang itu dan orang ini dapat sokongan Presiden. Begitulah hebatnya persaingan dalam politik, lebelnya sama macam program realiti talivisyen.

Di negara ini, kebanyakan Yang Berhormat dipilih menerusi jawatan yang disandang dalam parti. Biasanya jawatan-jawatan saperti Ketua Bahagian akan jadi pilihan utama. Maka berebut-rebutlah yang nak bertanding sebagai Ketua Bahagian. Bila bertanding tu, pelbagai kaedah akan digunakan untuk menang. Ada yang halal dan tidak kurang yang haram disisi Perlembagaan parti. Yang tertangkap tu, kenalah muhasabah diri, dan yang terlepas tu kena ingat jerat tak pernah melupakan pelanduk. Bila bersaing tu, ada yang tewas dan ada yang menang. yang menang kenalah ingat bahawa bukan menang semuanya kenalah buat semula tindakan yang dapat menyatukan semula ahli parti bukan duduk diam sahaja. Pengundi sentiasa perhatikan tindak tanduk anda..

Ramai yang jadikan demokrasi sebagai alasan untuk bertanding jawatan dalam parti agar terpilih sebagai Yang Berhormat. Benar itu amalan dan budaya sistem itu sendiri. Cuma puak-puak ini tak terangkan bahawa demokrasi juga ada ciri-cirinya untuk dihormati dan diamalkan. Kegairahan untuk bergelar Yang Berhormat selalunya mengabui mata mereka. Saperti kata pujangga 'matlamat tak menghalalkan cara' Yang selalu menghalalkan cara adalah mereka yang bertanding itu sendiri.

Situasi ini ditambah lagi dengan pindaan perlembagaan parti yang tidak memerlukan jumlah pencalonan tertentu untuk bertanding dalam jawatan tertentu. Bila pindaan tersebut dibuat maka ramailah yang bermimpi nak pegang jawatan dalam parti serta nak bergelar Yang Berhormat mula tertawa sendiri. Tak tahulah sama ada tertawa setuju atau tertawa sinis. Hanya mereka sahaja yang dapat memberikan kepastian. Kata seorang pemimpin parti ini baru demokrasi namanya.

Tidak cukup dengan itu sahaja, bila pemimpin tertinggi parti membuat keputusan bahawa mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan boleh terlibat dan memegang jawatan dalam parti disambut secara berbelah bahagi oleh kepimpinan bahagian. Nampaknya kini kita bukan sahaja terpaksa bersaing untuk jawatan dalam parti malah senarai calon Yang Berhormat juga semakin bertambah.Tidak dinafikan untuk sirvival parti dan institusi di masa akan datang transformasi perlu dibuat dan dipraktikkan bukan setakat jadi hiasan sahaja.

Jawatan sebagai Yang Berhormat sudah tentu berbeza dengan jawatan dalam parti, walaupun ada bab bab tertentu ianya seiringan dab bersamaan dan kebetulan. Dalam parti ramai yang boleh bertanding, manakala sebagai Yang Berhormat, jumlah calon sama ada diperingkat pusat dan negeri adalah saperti mana yang termaktub dalam perlembagaan. Dengan kata lain, kedudukan (kerusi) terhad manakala calon pula adalah ramai. Jika dalam ekonomi selalu digunakan penawaran melebihi permintaan, ini akan menyebabkan harga sesuatu barang tersebut berkecenderungan akan jatuh. Sebaliknay dalam politik selalunya kita dengar semakin ramai bertanding, semakin meriah, kita ada pilihan untuk pilih pemimpin. Cuma yang kita lupa selalunya kita tersalah pilih pemimpin. Menyesal tiada gunanya......

Malah kini ramai yang menjadikan karier sebagai ahli politik sebagai salah satu pilihan. Cuma yang kita kesal ianya tidak seiringan dengan ciri-ciri lain sebagai seorang pemimpin. Mungkin masa dan keadaan yang akan menentukannya. Yang kecewa akan gagal dipermulaan, pertengahan dan juga penghujung. Sebab yang selalu kita dengar ada pihak yang akan mengatakan , awak tak pandai berpolitik.

Cuma yang menjadi kebimbangan penulis adalah selalunya akan terdapat individu yang hilang pertimbangan bila terbabit dalam mimpi seorang Yang Berhormat. Bila mimpi ini tak jadi kenyataan maka mulalah nak cari 'kambing hitam'. Yang lebih extreme akan mula buat benda yang tak betul. Macam-macamlah dengan harapan yang terpilih itu gagal. Pemimpin yang bersikap 'alang-alang menyeluk pekasam,......

Pilihanraya tetap akan tiba masanya sama ada kita bersedia atau masih dalam mimpi.. itu kenyataan. Tetapi kata orang tua, kalau nak berperang tu biarlah kita sudah buat persediaan dan kelengkapannya... jangan tak sedia nak juga berperang ... akhirnya bukan kita sahaja yang dapat nama 'harum' malah keluarga juga terpalit sama. Kini jawatan sebagai Yang berhormat semakin mendesak kita agar penuh komitmen.. jika kita tak sedar, separuh sedar maka akan timbul pelbagai masalah. Lebih-lebih lagi jika kita bermimpi di siang hari.

PENGUNDI MUDA : MIMPI ATAU REALITI ?

Posted: 06 Sep 2010 06:12 PM PDT

62% pengundi muda 'atas pagar' : Ketua Pemikir Gerakan yakin masih sokong Pakatan

Jump to Comments


KUALA LUMPUR 25 Julai – Seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Bagaimanapun, kajian terbaru oleh Makmal Pemuda BN telah memberi wawasan tentang pemikiran golongan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendirian non-partisan (tidak memihak) berhubung politik negara.

Berikutan majoriti golongan belia bukan penyokong mana-mana parti, kajian itu mendapati tiga daripada lima pengundi muda atau 62 peratus daripada mereka masih 'duduk atas pagar' mengenai parti pilihan mereka.

Hasil kajian ke atas kira-kira 1,000 responden dari seluruh negara itu serta cadangan dasar telah disampaikan oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik khas selama dua bulan mulai Mac lalu itu bagi membantu parti pemerintah menggubal dasar bersesuaian dengan keperluan generasi muda di negara ini.

Hasil laporan itu akan diumumkan kepada awam pada satu mesyuarat bersama Perdana Menteri dijadual pada 20 Ogos ini.

Kebimbangan utama yang disuarakan oleh responden adalah berkaitan dengan pekerjaan, pendidikan, peningkatan kos hidup dan pengangkutan awam.

Pandangan Penulis : Apa yang dilakukan oleh Ketua Pemuda BN / UMNO ? Apa cadangan ?

"Golongan belia ini akan mengundi mana-mana calon yang mereka fikir lebih baik pada pilihan raya umum akan datang," menurut hasil kajian itu.

Hasil kajian itu adalah serangkai dengan arah aliran politik semasa yang ditonjolkan oleh pelbagai pemerhati dan penganalisis politik termasuk Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.

"Pengundi muda kini lebih berpandangan terbuka dan membina dan mereka tidak menilai sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. Sokongan mereka mudah berubah atau bertindak kepada situasi pada bila-bila masa," kata Abu Hassan.

Menurutnya, generasi muda tidak lagi berpegang kepada kata-kata atau janji ahli politik tetapi sebaliknya menilai bagaimana parti-parti berkenaan menangani pelbagai isu.

Bagi Khaw Veon Szu, Pengarah Institut Pembangunan Sosioekonomi dan Penyelidikan (SEDAR), iaitu kumpulan pemikir Parti Gerakan, pula, beliau percaya kebanyakan belia di negara ini masih cenderung kepada pembangkang, walaupun perangkaan 60 peratus pengundi belia 'atas pagar' seperti dilaporkan oleh Mahkamah Pemuda BN.

"Saya percaya pengundi muda 'atas pagar' sebenarnya pada kadar 30 peratus dan saya tidak kata ia akan mencecah sehingga 60 peratus," katanya.

"Pengundi sentiasa berubah secara bulanan tetapi ia hanya sekadar mana tahap perubahan itu.

"Konsensus secara umum bagi golongan muda dan ligat itu pada amnya mereka memihak pembangkang," katanya.

Veon Szu berkata, pembangkang mempunyai sedikit 'simpanan tetap' dalam masyarakat Cina dan ini dijelaskan mengapa mereka begitu gigih mendaftar pengundi baru dan muda kerana mereka menganggap golongan itu adalah tambahan kepada 'simpanan tetap' mereka.

Pandangan Penulis : BN / UMNO pula ada simpanan apa ? Apa kata Pemuda ?

Bagi memenangi hati pengundi muda, katanya, BN tidak mempunyai masa tetapi sebaliknya perlu mempunyai rancangan drastik bagi mengejar usaha pembangkang mendaftar pengundi baru.

Salah satu sektor yang boleh membawa impak segera dan berkesan yang boleh meninggalkan kesan mendalam dalam minda dan hati pengundi muda adalah rombakan dasar pendidikan.

Bagaimanapun, sebilangan pemerhati politik dan ahli parti berpendapat bahawa apa yang BN perlu sekarang ialah penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan oleh golongan ini dan bukan satu lagi kajian untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh belia.

"Anda tidak perlu menjalankan satu kajian untuk mengetahuinya. Sebagai seorang pemuda, saya boleh beritahu apa yang golongan pemuda inginkan – pekerjaan, keselamatan, kualiti hidup yang lebih baik dan urus tabir yang cekap," kata seorang pemimpin pemuda dari sebuah parti komponen BN.

Bagaimanapun, sebarang bentuk kajian adalah penting dan dapat membantu BN merangka strategi bagi membantu golongan itu di peringkat bawahan.

Usaha kajian seperti itu adalah langkah tepat seperti dilakukan oleh Pemuda MIC di mana lebih ramai pemimpin muda diberi tanggungjawab di peringkat cawangan dan bahagian.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, berkata pada 21 Ogos ini, sebanyak 50 cawangan pemuda baru dengan pemimpin baru akan dibentuk selain mendaftar ahli baru sebagai pengundi jika mereka mencapai umur 21 tahun.

"Sebelum ini, kita terpaksa menunggu sehingga seseorang itu melepaskan jawatan atau meninggal dunia. Tetapi kini, kita melakukan rombakan dan maklum balasnya adalah baik.

"Kami kini mempunyai pengerusi cawangan berusia antara 20-an dan 30-an," katanya.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, kecenderungan pengundi muda kepada parti pembangkang sebahagian besarnya disebabkan faktor 'tolakan' dari BN dan bukan faktor 'tarikan' oleh pembangkang.

"Perebutan mendapatkan sokongan pengundi muda masih terbuka luas. Pengundi muda akan memilih calon yang dapat membuktikan kelebihan yang ada pada diri mereka," katanya.

Oleh itu, Siew Fook berkata, pembangkang menumpukan kepada dua pendekatan iaitu pendaftaran pengundi baru secara agresif dan memaklumkan kepada golongan itu bahawa mereka boleh membuat keputusan dengan apa yang mereka fikirkan penting.

Pensyarah Sains Politik, Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI), Dr. Ong Kian Ming berkata, Pemuda BN tidak mempunyai rancangan bersepadu untuk membabitkan golongan pemuda serta gagal mengetengahkan dasar untuk mereka.

"Misalnya, isu biasiswa. Kita tidak lihat sebarang usaha bersepadu untuk menyelesaikan isu itu sehingga pengumuman oleh Perdana Menteri," katanya.

Pada 10 Julai lalu, Najib mengumumkan bahawa semua pelajar yang memperoleh keputusan 9A+ dan ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan atau luar negara.

Kian Ming berkata, golongan muda nampaknya lebih cenderung kepada pembangkang tetapi parti pembangkang tidak boleh mengambil mudah berikutan keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan sedikit peningkatan sokongan golongan muda kepada BN.

''Pada PRU 1999 dan 2004, corak pengundian golongan muda menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN tetapi pada 2008, terdapat sedikit peningkatan sokongan kepada BN, khususnya dari generasi selepas reformasi berusia antara 21 dan 30 tahun,'' katanya.

Pandangan Penulis : Ini gagal disambut oleh kepimpinan Pemuda agar sokongan tersebut berterusan dan bertambah.

Bagaimanapun, katanya, masih ada banyak cabaran bagi pihak pembangkang dan pemerintah tetapi kedua-dua pihak itu telah menampilkan beberapa pemimpin muda yang berjaya mendekatkan diri dengan golongan belia di negara ini. – Bernama

al-fatihah.

Posted: 06 Sep 2010 05:39 PM PDT

Setpol MB Johor meninggal dunia dalam pejabat
Alfatihah…Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, Dr Gunawan Mahmood, 51, ditemui meninggal dunia di pejabatnya di bangunan Dato Jaafar Muhammad,Kota Iskandar dekat Johor Bharu jam 3 petang Isnin tidak lama selepas pulang dari sebuah klinik swasta untuk mendapat rawatan setelah mengadu tidak sihat.Allahyarham,bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Penerangan (JASA) Johor yang berkhidmat dengan Datuk Ghani Othman sejak dua tahun lalu mengidap diabetis.Mayatnya ditemui terkulai dalam pejabatnya oleh beberapa orang kakitangan pejabat Menteri Besar.Waktu kejadian itu Ghani berada di pejabatnya.- 6/9/2010

DAFTAR PENGUNDI : SATU IGAUAN NGERI.

Posted: 06 Sep 2010 05:25 PM PDT

Pengikut