Khamis, 2 September 2010

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


PROGRAM BUBUR LAMBUK.. SATU TRADISI.....

Posted: 02 Sep 2010 06:55 PM PDT


Program Bubur Lambuk Masyarakat ini adalah menjadi sebahagian daripada tradisi tahunan PPU Rompin apabila tibanya Ramadhan..Semua tugasan menyedia,memasak,membungkus dan mengagihkan bubur lambuk ini dilakukan secara gotong-royong oleh ahli pemuda setempat yang berkelapangan..

Pada tahun ini sebanyak 600 bungkus bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada pengunjung bazar Ramadhan di Bandar Tun Razak..Selain itu bubur ini juga telah diagihkan ke Masjid Keratong1,Kota Bahagia dan Surau Bandar Tun Razak.

Rata-rata pengunjung yang ditemui mengucapkan tahniah atas program kemasyarakatan ini dan berharap akan ada lebih banyak program seumpama ini demi mendekatkan diri kepada masyarakat..
Terimakasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga sehingga program PPU Rompin ini telah dapat dijalankan dengan jayanya...

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PERLUKAH MELAYU JADI KIASU UNTUK BERJAYA ?

Posted: 02 Sep 2010 08:15 AM PDT

Melayu mesti 'kiasu' untuk berjaya
Pendapat




SAYA amat tertarik dengan syarahan Profesor Diraja Ungku Aziz, di Universiti Malaya minggu lalu. Beliau menyarankan orang Melayu supaya mempunyai sikap 'kiasu' untuk berjaya seperti mana amalan orang Cina.

Kiasu adalah perkataan Hokkien (Cina) bermaksud takut kalah. Kiasu boleh diaplikasikan dalam berbagai keadaan aspek hidup. Takut kalah dalam sebarang persaingan atau pertandingan atau peperangan. Dalam konteks ini, sudah tentu persaingan dan pertandingan yang sihat dalam perkara kebaikan. Dalam konteks Melayu, kiasu dengan bangsa lain dan mahu hidup gagah, dipandang hebat di bumi sendiri.

Sebenarnya, budaya hidup orang Melayu telah lama tersemat dengan sikap kiasu sejak mereka menerima Islam 600 tahun lalu. Terbukti, orang Melayu pernah berjaya mentadbir dan menguruskan negara sendiri iaitu kerajaan Melayu Islam Melaka sehingga terkenal seantero dunia, termasuk menjadi tarikan kerajaan negara China.

Tamadun Melayu pernah mengalami pasang surut. Melayu pernah hidup mewah dan pernah hidup susah. Pernah tinggal di bandar dan tidak kurang di kampung-kampung, pernah berniaga dan pernah mengusahakan hasil tani.

Pengalaman yang dilalui telah menjadikan mereka mempunyai semangat kental. Kita jangan lupa, siapa yang mengusir penjajah keluar kalau bukan orang Melayu. Inilah sikap kiasu. Takut kalah di bumi sendiri. Takut dijajah di bumi sendiri.

Inilah perkara yang cuba dibawa oleh Ungku Aziz. Tamadun Melayu Islam menjadi hebat juga disebabkan oleh ilmu. Kekuatan ilmu ini yang telah mencorakkan sikap Melayu untuk berdaya saing. Kekuatan ilmu telah menjadi orang Melayu mahu berfikir lebih jauh ke hadapan. Mereka tidak mengambil jalan singkat, tetapi sentiasa berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Penjajah demi penjajah datang, akhirnya berjaya mereka halau.

Cuma hari ini, mereka mulai lupa jerit pahit tok nenek moyang mereka. Mereka menjadi manusia yang malas berfikir, tetapi mahu hidup mewah. Akhirnya mencari jalan pintas.

Semangat kepahlawanan telah hilang. Semangat bendahara dan hulubalang telah lunyai. Mereka hanya berbangga menjadi 'tuan' negara ini. Mereka sudah lupa bagaimana 'ketuanan' itu wujud sebelum ini.

Budaya berfikir sudah tidak wujud lagi seperti sabda nabi, berfikir seminit lebih baik daripada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Berfikir adalah proses yang paling tinggi dalam pembelajaran. Ada yang suka membaca tetapi tidak mahu berfikir. Sekadar membaca tidak cukup kerana membaca tanpa berfikir tidak akan memberikan kesan. Inilah konsep generasi ulul albab yang diperbahaskan dengan panjang lebar dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Sebenarnya kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Idris Jusoh telah lama mempelopori istilah ini. Saya sering kali ke sana memberikan penerangan mengenai istilah ulul albab. Sebenarnya istilah-istilah dalam al-Quran, penuh dengan semangat kiasu. Cuma kita sahaja yang tidak mahu mencungkilnya.

Selain istilah ulul albab, ada satu lagi istilah yang membawa makna mengalahi kiasu ialah ulil absar, orang yang memiliki pandangan atau wawasan.

Dalam konteks ini, orang yang memiliki pandangan atau wawasan yang jauh ke hadapan. Orang yang memiliki fikiran dan wawasan jauh ke hadapan akan tetap kiasu.

Kalau kita bandingkan dengan orang Cina di negara kita, sejak awal-awal lagi mereka kiasu. Takut kalah di bumi orang. Takut merempat di bumi orang.

Sebab itu istilah Cina seberang laut, berbeza dengan Cina di tanah besar. Cina seberang laut, boleh dikatakan lebih berjaya daripada orang Cina di negeri China. Cina seberang laut mempunyai semangat kiasu luar biasa sehingga dapat membentuk sebuah negara sendiri iaitu Singapura yang asalnya sebuah negara Melayu. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Kerana mereka percaya kepada 'satu Cina' walaupun terdapat berbagai kumpulan atau istilah Cina, mereka tetap kiasu. Ke mana pun mereka pergi, mereka tetap Cina walaupun apa juga nama, kumpulan, bahasa, dan ideologi.

Berbeza dengan orang Melayu. Semua yakin bahawa Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Hanya ada 'satu Melayu' iaitu mereka yang beragama Islam. Tetapi Melayu Islam ini dipecah-pecahkan mengikut semangat kedaerahan, kumpulan, bahasa, parti politik dan ideologi. Tidak pada orang Cina, walaupun kita lihat di kalangan orang Cina itu sendiri ada berbagai-bagai agama seperti Buddha, Confucius, Toaism, Kristian dan Islam (ini tidak termasuk kelainan bahasa, dialek dan sebagainya) tetapi mereka berpegang kepada semangat 'satu Cina'.

Sebenarnya, orang Melayu lebih mudah, sebab mereka hanya ada satu, 'Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu' iaitu Melayu Islam. Jika mereka mempunyai pemikiran dan wawasan berjuang atas nama 'satu Islam' maka banyak masalah yang boleh diselesaikan.

Satu Islam untuk semua manusia, tak kira apa bangsa sekalipun. Kita hanya ada satu kiasu. Tetapi semangat satu kiasu tidak tertonjol kerana kita membesar-besar perbezaan, lebih-lebih lagi perbezaan pendapat dan latar belakang politik.

UNTUK BACAAN PEMIMPIN DAN BAKAL PEMIMPIN PEMUDA JASIN.

Posted: 02 Sep 2010 08:08 AM PDT

PENDEKATAN TEORI SOSIALISASI POLITIK (POLITICAL SOCIALISATION)

Budaya dan Budaya Politik

Sebelum membicarakan lebih lanjut tentang teori sosialisasi politik, konsep asas mengenai faham budaya dan budaya politik mesti difahami terlebih dahulu menurut perspektif sosiologi dan antropologi. Ini kerana, sosialisasi politik berlaku disebabkan oleh 'proses pembudayaan' yang berlaku dalam kehidupan masyarakat dari pelbagai sudut seperti politik, ekonomi dan sosial.

Mengikut pengertian Melayu, budaya berasal daripada perkataan Sankrit Budi atau kata jamaknya Budhaya yang membawa maksud rohani. Budaya adalah cantuman perkataan budi dan daya. Budi bermaksud kerohanian dan daya ialah pekerjaaan yang dihasilkan daripada cetusan kerohanian yang ditiupkan dari dalaman. Menurut Al-Faruqi, budaya Islam adalah budaya al-Quran itu sendiri kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam kesemuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu . Ini bermakna budaya itu adalah satu cara hidup.

Bagi ahli antropologi dan sosiologi, cara mereka melihat istilah budaya berbeza berbanding dengan cara yang dikaji oleh ahli sains politik walaupun ketiga-tiga bidang ini saling berkaitan antara satu sama lain.

Dalam kajian antropologi dan sosiologi, budaya memberi makna tentang kehidupan, tindakan dan kepercayaan sesuatu komuniti. Menurut Herskovits, budaya adalah satu cara hidup, sama seperti definisi sarjana-sarjana Islam (Al-Faruqi). Bagi sarjana lain seperti Ralph Linton, beliau memberikan makna budaya sebagai satu warisan sosial kemanusiaan (the total social heredity of mankid) . Yakni satu warisan sosial yang diturunkan dari generasi ke generasi melalui proses cara sedar, naluri dan pengalaman. Menurut Dowse, Robert E. dan John A. Hughes bukunya Political Sosiology, budaya dilihat sebagai

For an individual the cultures gives meaning to the actions and objects of social life.

Definisi budaya agak berbeza sedikit melalui pemerhatian ahli sains politik. Mereka melihat budaya daripada perspektif politik atau dikenali sebagai budaya politik.

Almond dan Verba mengaitkan hubungan budaya dan budaya politik seperti berikut:

Here we can only stress that we employ the concept of culture in only one of its many meanings: that of psychological orientation toward social objects. When we speak of the political culture of a society, we refer to the political system as internalized in the cognitions, feelings, and evaluations of its population. People are inducted into it just as they are socialized into non-political roles and social systems .

Perbahasan mengenai budaya politik juga tidak berkesudahan, sama juga perbahasan mengenai budaya. Setiap sarjana mempunyai pandangan yang berbeza-beza atau interpretasi tersendiri. Ia dijelaskan dengan panjang lebar oleh Yung Wei dalam kajiannya mengenai budaya politik Cina. Menurut beliau,

It must be pointed out, however, that the scholars of Chinese political culture should not be the only ones blamed for their failure to provide a clear operational definition of "political culture". Other political scientists who are not China scholars have already cast doubt on the usefulness of this concept as a research tool. Indeed, if the term "political culture" is to be used so loosely as to include political values, political attitudes, political participation, and other aspects of human behavior in politics, it will definitely cease to be a manageable and measurable concept for research.

Buku-buku yang ditulis oleh Gabriel Almond dan Sidney Verba , Lucian Pye , Roy Macridis , Talcot Parsons, S.E. Finer, Dennis Kanavagh, Robert E. Dowse, John A. Hughes, dan sebagainya boleh dijadikan rujukan dalam memberikan maksud budaya politik. Mehran Kamrava dalam buku Politics and Society in the Third World merumuskan budaya politik sebagai:

entails the collective political attitudes of a population, their views and orientations toward the body politic in general and toward specific political events, symbols, and activities. Political culture is part of the more general culture of society and as such is deeply affected by it, and its orientations are implicit, unconscious, and often taken for granted and treated as a priori. Political participations do not consciously reflect on the doctrinal orientations or the political characteristics that a brought on by political culture, and are not even aware that political culture expresses itself in their daily activities and thoughts. As such, political culture is a shared and society-wide framework for political orientation and encompasses the society in its entirety.

Berdasarkan kepada definisi ini, memang tidak boleh dinafikan lagi bahawa budaya dan budaya politik tidak boleh dipisahkan. Ia amat berkait rapat. Menurut Almond, budaya politik adalah pattern of orientation to political action . Ini seterusnya diperincikan oleh oleh Sidney Verba yang mengatakan:

Political culture refers to the system of beliefs about patterns of political interactions and political institutions. It refers not to what is happening in the world of politic but what people believe about those happenings. And these beliefs can be of several kinds. They can be empirical beliefs about what the actual state of political life is, they can be beliefs as to the goals or values that oughts to be persued in political life; and these beliefs may have an important expressive or emotional dimension

Definisi tidak banyak bezanya dengan apa yang dikatakan oleh Douglas, budaya politik dilihat sebagai

… as the process of acquiring information and attitudes about politics

Robert E Dowse dan John A. Hughes menegaskan,

The political culture is the product of the history of both the political system and the individual members of the system, and, thus, is rooted on public events and private exrerience

Berdasarkan kepada pelbagai interpretasi di atas dan relevannya kepada kajian ini maka penulis boleh simpulkan bahawa dalam konteks Malaysia, budaya politik boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kepercayaan bagaimana orang awam atau rakyat mendapatkan pandangan, pendapat dan sikap terhadap politik. Ia bertepatan dengan kata-kata Lucian Pye yang menitik beratkan perkembangan politik di negara-negara baru. Ukurannya berdasarkan kepada skop politik, matlamat dan kaedah politik, penilaian terhadap tindakan politik dan nilai-nilai yang membawa kepada tindakan politik. Secara langsung kata-kata Finer yang mengatakan bahawa kewibawaan pemerintah dan institusi-institusi serta percaturan-percaturan politik adalah turut berkaitan dalam kajian ini terhadap persepsi orang Cina terhadap politik orang Melayu di Malaysia. Namun demikian, ada satu lagi teori politik yang amat berkait rapat dengan budaya dan budaya politik iaitu teori sosialisasi politik. Pendekatan teori adakan digunakan dari masa ke semasa berbanding dengan budaya politik, kerana proses sosialisasi politik yang dilalui hasil daripada budaya politik yang membentuk keunikan dalam kajian ini.

Sosiologi Politik dan Sosialisasi Politik

Sosiologi politik adalah salah satu cabang dalam ilmu sosiologi yang mempelajari dimensi sosial dari sudut politik. Definisi ini mempunyai persamaan dengan Rush yang mengatakan bahawa ia adalah untuk menjelaskan hubungan antara gejala sosial dan gejala politik . Secara umumnya, istilah sosiologi diketengahkan (dipopularkan) oleh Auguste Comte (1798-1857) pada tahun 1839. Sosiologi adalah kajian mengenai masyarakat (ilmu mengenai masyarakat) yang dilihat daripada beberapa aspek tertentu. Ahli sosiologi moden berusaha menjelaskan sosiologi sebagai ilmu yang membahaskan kelompok-kelompok sosial dan interaksi sesama mereka (manusia). Reece Mcgee dalam bukunya Sociology: An Introduction meurumuskan tiga pengertian sosiologi iaitu, pertama, sosiologi adalah pengajian tentang kelompok-kelompok manusia dan pengaruhnya terhadap perilaku individu. Kedua, kajian mengenai sosial dan perubahan yang berlaku dan ketiga, mencari sebab-sebab sosial dari hal-hal, cara-cara di mana fenomena sosial mempengaruhi perilaku manusia.

Sama ada Comte atau Herbert Spencer (1820-1903), juga bersependapat bahawa masyarakat adalah unit asas dalam kajian, sementara yang lain-lain seperti perlembagaan, keluarga, lembaga-lembaga politik, ekonomi dan keagamaan serta interaksi yang berlaku antara mereka adalah sub-sub unit dalam kajian sosiologi politik . Bukan sekadar itu, bagi Rush juga, sosialisasi politik dalam beberapa hal merupakan konsep kunci sosiologi politik . Pendek kata, fokus utama adalah tingkah laku manusia sama ada secara individu mahupun kolektif dalam konteks sosial. Bidang ini agak berbeza sedikit dengan kajian bidang psikologi dan psikitri yang lebih menekankan aspek kejiwaan walaupun ada kaitan antara satu sama lain.

Menurut Rush, subjek sosialisasi politik adalah bidang yang amat luas dan sering mendapat perbahasan dan kritikan. Secara akademik, subjek sosialisasi politik mendapat perhatian berat dalam tahun 1960-an dan 1970-an. Namun demikian, selepas itu ia menjadi subjek yang mendapat perdebatan dan kritikan hebat para pengkaji.

Herbert Hyman (1959), dalam bukunya Political Socialization: A Study in the Psychology of Political Behaviour, diperakui oleh ahli sains politik sebagai orang yang pertama yang mengemukakan pendekatan sosialisasi politik secara sistematik . Namun demikian, menurut Rush, pendekatan beliau juga mendapat kritikan dan perdebatan yang hebat kerana skop yang dikaji terlalu luas dan ada yang terlalu sempit. Sebenarnya, kajian secara aktif hanya bermula pada tahun 1969 . Tetapi diperakui, tulisan Hyman adalah yang pertama dalam bidang ini. Jika kita ingin melihat dari segi sejarah, maka pendekatan sosialisasi politik telah disentuh secara tidak langsung oleh sarjana klasik politik seperti Plato, Aristotle dan Rousseau. Misalnya pandangan Plato dan Aristotle tentang pentingnya melatih para anggota masyarakat dalam aktiviti-aktiviti politik. Sedangkan bagi Rousseau, mengakui akan pentingnya pendidikan bagi memahami nilai-nilai . Ringkasnya, kita boleh katakan bahawa sosialisasi politik bermula apabila masyarakat belajar mengenai politik dan kerajaan dengan melalui putaran hidup bermula dengan zaman kanak-kanak, dewasa dan zaman tua.

Selain Hyman, pada tahun-tahun berikutnya (1960-an) sarjana-sarjana klasik lain yang membuat kajian, dan mempercambahkan lagi perbahasan pendekatan sosialisasi politik yang dibawa oleh Hyman adalah Fred I. Greenstein, Richard E. Dawson dan John J. Patrick. Seterusnya oleh Robert S. Sigel, Dawson dan Kenneth Prewitt. Diikuti oleh David Easton, Robert D. Hess, Gabriel A. Almond, Sidney Verba, Greenstein, William C. Mitchell, Lewis A. Froman, Lucian W. Pye dan sebagainya . Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai persamaan dan perbezaan pendekatan sarjana-sarjana yang telah disebutkan makan rajah di bawah boleh membantu menjelaskannya:





Taxonomies of Orientation Presented by Various Students of Political Socialization
______________________________________________________________________________________
Contributor Values Affect Cognition Overall Other (roles Organization skills, moti-
vations, etc.)
___________________________________________ ___________________________________________
Common Basic Expectations

David Easton Standards Feelings Perceptions and
used in interpretation
evaluation
Type of Basic Orientations

David Easton Values Attitudes Knowledge
& Robert D. Hess
Set of Attitudes

Gabriel Values Feelings Cognition
Almond Standards (Knowledge)

Modes of Orientation

Gabriel Evaluational Affective Cognitive
Almond & Orientations Orientation Orientatiton
Sidney Verba
Basic Dispositions, Beliefs and Attitudes

Fred Values Information Practices
Greenstein
Awareness of the world (and Events)

Lucian W. Values Attitudes Common Roles
Pye Judgment (?) Apprecia- Knowledge Techniques
tion(?) Understanding and skills

A State of Mind

William Values Information Norms
C. Mitchell (Roles)
Motivation

Lewis A. Identifications Personality
Froman
Psychological States
Lewis A. Values Attitudes Belief Intra-Psychic
Froman Processes
Orientations and Styles of Thinking
Herbert Emotion Reason
Hyman Knowledge Mental Motivation
Judgment Organization
Intelligence Personality
Perception
________________________________________________________________________
Dipetik dari Dennis, Jack (ed). Socialization to Politics: A Reader. Canada: John Wiley & Sons, Inc. 1973. ms 9
Berdasarkan kepada rajah di atas, jelas kelihatan persamaan dan perbezaan dari sudut cara bagaimana sarjana-sarjana membuat kajian terhadap orientasi sosialisasi politik. Easton dan Hess membahagikan orientasi politik kepada tiga iaitu ilmu pengetahuan (knowledge), nilai-nilai (values) dan perlakuan (attitudes). Tiga perkara asas berkaitan dengan orientasi yang dipersetujui iaitu keberkesanan (affective), kognitif (cognitive) dan penilaian (evaluational) .

Ringkasnya, oleh kerana istilah sosialisasi politik ini bergantung kepada interpretasi individu-individu yang membuat maka, perbincangan, perbahasan dan kritikan mengenainya tidak akan berkesudahan. Malahan bidang ini pada sekitar tahun 1970-an menurut Niemi dan Hepburn dalam tulisannya bertajuk The Rebirth of Political Socialization, sudah hampir terkubur disebabkan oleh salah interpretasi (salah faham) dan kajian yang dangkal.

Research on political socialization began in the late 1950s and died a premature death in the 1970s. The field atrophied because it was based on exaggerated premises and because of misinterpreted and misunderstood research findings (and lack of findings)……Research on political socialization began in the late 1950s as part of a broader shift in the focus of political science research to political behavior. Among other developments, there was increasing awareness that political behavior was learned behavior .

Ilmu sosiologi dan sosialisasi politik melibatkan proses dan sudah pasti pengkajian adalah sesuatu yang relatif serta sukar untuk mendapat jawapan yang tepat seperti ilmu matematik. Apatah lagi ia melibatkan banyak disiplin ilmu yang turut akan disentuh seperti ilmu politik itu sendiri, sosiologi, psikologi, dan antropologi. Inilah bidang yang tidak boleh diketepikan oleh ahli sains politik dalam membuat kajian proses sosialisasi politik. Penulis bersetuju dengan kata-kata Ira S. Rohter dalam artikel bertajuk A Social-Learning Approach to Political Socialization yang berbunyi,

Although political socialization has a diversity of meanings (Dawson, 1966; Dawson and Prewitt, 1969), its fundamental concern is with the functional relationships between the antecedents conditions that individuals experience and their subsequent political behavior.

Kesimpulannya, pengajian dan penyelidikan terhadap sosialisasi politik agak berbeza dengan disiplin ilmu yang lain. Misalnya, kalau dalam ilmu matematik, semestinya jawapan yang tepat boleh diperolehi (2 x 2 = 2 atau 1 + 2 = 3) kerana berdasarkan fakta dan angka. Tetapi disiplin ilmu sosialisasi politik adalah sesuatu yang relatif dan boleh dipertikaikan kerana melibatkan disiplin ilmu kemanusiaan dan perlakuan politik manusia itu sendiri. Penilaian dan pencernaan sudah pasti tidak dapat mengundang jawapan yang tepat kerana pendirian, pandangan dan cara seseorang itu menilai politik dan perlakuannya berbeza-beza bermula dari alam kanak-kanak, alam remaja, alam dewasa dan alam tua. Inilah keunikan dan keajaiban disiplin ilmu sains sosial. Justeru, jika sekiranya kajian penulis mungkin mengundang kontroversi, perbahasan, kritikan dan perdebatan dalam menggunakan pendekatan teori sosialisasi politik, itulah adalah satu yang lumrah dan normal.
In summary, an attempt to resurrect socialization theory and research must accommodate itself to the fact that attitudes and behavior change throughout life and that some, possibly much, of early learning is of limited consequence for adult political behavior. But this is not a call, similar to others we have seen, to resurrect socialization through the study of lifelong learning. In our view, the focus of socialization research should remain on young people. Let us, therefore, confront directly the question of why we should be interested in what mature adolescents or young adults learn about politics .
Proses Sosialisasi Politik
Sepanjang pembacaan dan pemerhatian penulis, hampir semua pengkaji politik bersetuju bahaw sosialisasi politik adalah suatu proses. Menurut Maran, sosialisasi politik adalah suatu proses yang memungkinkan seseorang individu mengenali sistem politik, yang kemudian menentukan persepsinya terhadap politik serta reaksi-reaksi terhadap gejala-gejala politik. Alex Thio dalam buku Sociology: An Introduction juga bersetuju dengan pandangan ini di mana pada beliau sosialisasi politik adalah proses dengan mana individu-individu memperolehi pengetahuan, kepercayaan-kepercayaan dan sikap politik. Secara umumnya, proses yang dilalui adalah seperti berikut:

sosialisasi  keperibadian  kepercayaan politik  tingkahlaku individu  corak tingkahlaku berkelompok

Norah Rosenau mempunyai pandangan begitu luas, agak berbeza dan mempunyai persamaan dengan pengkaji politik mengenai teori sosialisasi politik. Bagi beliau, dalam pembelajaran sosialisasi politik, pengkaji politik seharus menumpukan perhatian kepada proses bagaimana sosialisasi itu dihasilkan. Beliau terpengaruh dan mengambil pendekatan teori Piaget dalam usaha untuk memahami proses sosialisasi dengan lebih lanjut. Sosialisasi politik menurut beliau pada umumnya adalah apa jua pembelajaran politik berkaitan dengan proses dan institusi-institusi kerajaan tidak kira ditahap mana sekalipun.

My position agrees with this broader view and treats such phenomena as leadership, influence, conflict, and conflict resolution as political, whether they occur in governmental settings or in families, classrooms, peer groups, and the like.

Oleh kerana budaya politik mempunyai kaitan rapat dengan sosiologi politik, maka K. P. Langton mengatakan:

Political Socialization in the broadcast sense, refers to the way society tranmits its political culture from generation to generation. This process may serve to preserve traditional political norm and institution, on the other hand when secondary socialization agencies inculculate political values different from those of the past or when children are raised with political and social expectation different from those of their forebears the socialization process can be a vehicle of political and social changes.

Melalui definisi Langton ini, boleh dikatakan definisi konsep sosialisasi politik tidak banyak berbeza antara pengkaji-pengkaji politik seperti Gabriel Almond dan Sidney Verba, Dennis Kavanagh, Michael Rush, Herbert Hyman, Lucian Pye dan ramai lagi. Kebanyakan pengkaji politik bersependapat bahawa budaya politik dibentuk dan ditentukan oleh sosialisasi politik. Sosialisasi Politik adalah satu "proses yang melibatkan individu belajar mengenai dan membina orientasi politik.

Hujah ini tidak banyak bezanya dengan apa yang dikatakan oleh Almond:

The concepts of "political socialization" is a useful tool for conceptualizing the process whereby political culture is formed …..Political socialization is the process of induction into the political culture. Its end product is a set of attitudes – cognitions, value standards and feelings – toward the political system, its various roles and role incumbents. It also includes knowledge of, values affecting, and feelings toward the inputs of demands and claims into the system, and its authoritative outputs .

Mehran Kamrava menambah:

Political socialization is basically the process of attitude formation towards political objects, values, and processes

Pendekatan teori budaya politik dan sosialisasi politik seperti aur dengan tebing. Saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Tanpa sosialisasi politik, tidak akan terbentuk budaya politik. Begitu juga tanpa budaya politik, bagaimana mungkin sosialisasi politik boleh berlaku?

Proses sosialisasi politik bersifat tidak statik tetapi ia sentiasa berkembang dan berubah. Ia boleh berlaku di mana sahaja dalam jangka hayat seseorang individu. Bermula dengan pendedahan kepada budaya (persekitaran) yang umum, diikuti penglibatan dalam proses sosiolisasi yang lebih nyata dalam penghidupan berpolitik. Hujah ini seterusnya diperincikan lagi oleh Almond dan ramai lagi sarjana, proses pembelajaran ini, mungkin berlaku sama ada melalui pengalaman secara langsung dengan, dan pendedahan kepada politik serta juga ia boleh berlaku secara tidak langsung .

Richard E. Dawson dan Kenneth Prewitt mengatakan sosialisasi politik adalah proses yang mana rakyat mendapatkan pandangan peribadinya mengenai gambaran politik secara keseluruhannya.

Perbahasan seterusnya menegaskan:

Political socialization is seen as encompassing "all learning, formal and informal, deliberate and unplanned, at every stage of life cycle, including not only explicitly political learning but also nominally nonpolitical learning that affects political behavior

Sosialisasi politik merupakan proses yang berterusan, ia tidak terhenti pada peringkat alam kanak-kanak atau persekolahan. Bahkan boleh dikatakan bahawa pengalaman-pengalaman politik yang nyata seperti hubungan dengan pihak polis dan kakitangan awam, serta tanggapan terhadap ahli-ahli politik dan dasar kerajaan adalah agen penentu budaya politik sesebuah negara. Ini kerana apabila seseorang semakin meningkat dewasa, perubahan-perubahan akan berlaku dan peranan dalam sistem politik itu sendiri akan semakin bertambah.

Misalnya, kepercayaan politik di kalangan kanak-kanak mungkin berbeza apabila mereka meningkat dewasa. Pada zaman kanak-kanak mungkin mereka menerima sahaja apa yang telah diajar atau didedahkan oleh ibubapa atau guru-guru mereka. Keadaan ini mungkin berubah apabila seseorang itu mencapai tahap kematangan berfikir yang akhirnya akan membawa kepada pembentukan watak dan perlakuannya. Inilah rata-rata hasil kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji politik seperti Kavanagh, Herbert Hyman dan sebagainya. Menurut Kavanagh, sosialisasi politik adalah merupakan istilah yang digunakan bagi menerangkan proses apabila seseorang mempelajari dan membentuk penyesuaian terhadap politik. Kamrava bersetuju dan turut memetik dengan kata-kata Kavanagh dengan membuat kesimpulan:

Most scholars maintain that political culture is shaped and determinded by political socialisation, which they broadly define as "the rocess whereby the individual learns about and develops orientation to politics.

Definisi ini tidak banyak beza seperti dalam laman web internet yang berbunyi:
Thus political socialization is the process by which people form their ideas about political issues and absorb political values. In early life, we are strongly influenced by the family and the educational system. As we grow up, however the influence of our peer groups and of the mass media including television and the newspapers, is stronger .
Idea ini juga dipersetujui oleh oleh Kavanagh iaitu keluarga dan pendidikan adalah pengaruh yang paling besar dalam sosialisasi politik. Keadaan ini mungkin berubah apabila seseorang mendapat pendedahan di luar seperti rakan sebaya, media dan kumpulan-kumpulan sekunder yang lain . Kumpulan-kumpulan ini diperincikan oleh Michael Rush termasuk rakan sekerja, pekerja dan majikan kesatuan sekerja, pertubuhan-pertubahan sukarela, pertubuhan-pertubuhan sukan, sosial dan sebagainya. Interaksi antara agen-agen ini banyak mempengaruhi politik sesebuah Negara. Bagi menutup perbincangan ini maka pendekatan Stephen A. Douglas boleh dikaitkan sama di mana bagi dalam membuat kajian terhadap sosialisasi politik maka beberapa perkara berikut harus diberi pertimbangan iaitu pengalaman sosialisasi politik yang berlaku, sosialisasi yang berlaku sepanjang hayat seseorang, pengaruh sejarah dan persekitaran yang berubah, interaksi antara agen-agen tersebut dan personaliti seseorang .

Secara lebih tepat gambarajah yang dinukilkan oleh Michael Rush boleh dijadikan panduan dan boleh difahami dengan jelas dalam membuat kajian terhadap sosialisasi politik.

RAJAH I

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, maka penulis dapat menyimpulkan bahawa sosialisasi politik adalah satu proses yang dilalui oleh manusia dalam mengharungi budaya politik. Bentuk budaya politik yang telah dan akan dilahirkan adalah ditentukan oleh proses sosialisasi politik yang berlaku. Sosialisasi politik amat bergantung kepada sejauhmana dominannya agen-agen yang telah dibincangkan di atas mempengaruhi setiap individu terbabit. Walaupun begitu, itu tidak bermakna, agen-agen itu yang menentukan segala-galanya kerana sosialisasi politik tidak statik, ia boleh berkembang dan berubah kerana sifat manusia itu sendiri mudah berubah dari segi mental dan fizikal.

Political socialization is an ongoing process and may occur at various periods in the life of citizen.

Seperti yang dikatakan oleh Pye, terdapat dua period atau peringkat yang dikenalpasti akan dilalui oleh seseorang iaitu, pertamanya, pengenalan kepada budaya secara umum yang selalu (walaupun kadang-kadang tidak) dilalui oleh manusia apabila meningkat dewasa. Peringkat kedua, melibatkan proses sosialisasi yang lebih jelas dan nyata (explicit) dalam kehidupan politik, yang mana pada ketika inilah pendapat dan kepercayaan dibentuk secara lebih berkesan terhadap politik. Namun demikian, Pye menambah bahawa tidak semestinya sosialisasi politik berlaku mengikut peringkat yang disebutkan tadi. Ia boleh berlaku pada ketika awal kehidupan sama ada berlaku secara serentak atau sebelum seseorang itu mengalami proses sosialisasi atau pendedahan kepada budaya secara umum .

Daripada kenyataan Pye ini, maka penulis dapat merumuskan bahawa pembelajaran politik adalah hasil daripada interaksi dan pendedahan antara dua keadaan iaitu pertama, keadaan persekitaran dan kedua, bagaimana individu memberikan tindakbalas kepada keadaan tersebut. Mengambil pendekatan Piaget, penulis bersetuju dengan pendekatan Rosenau banyak menekan soal pembelajaran secara semulajadi (nature). Untuk seseorang terus hidup dan berfungsi, setiap individu mesti tahu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memanfaatkan persekitaran tersebut untuk memenuhi keperluannya sepertimana yang berlaku pada makhluk lain (binatang). Mereka mesti juga tahu menseimbangkannya kedua-dua proses ini. Pendek kata, proses sosialisasi politik boleh berlaku melalui dua cara iaitu semulajadi (nature) dan proses pembelajaran (nurture).

Ini dapat dilakukan melalui pembangunan proses kognitif. Proses kognitif berlaku melalui keadaan dan pengalaman yang digelar sebagai skema yang membolehkan individu mengatur perhubungannya dengan persekitaran serta berurusan dan menyesuaikan dengannya. Tiga proses yang terlibat saling berkaitan iaitu asimilasi (assimilation), penyesuaian diri (accommodation) dan keseimbangan (equilibration). Proses ini dikenali sebagai pembelajaran secara semulajadi atau (nature). Sementara proses yang dilalui melalui pendidikan dan pengajaran digelar sebagai proses nurture.

Agen-Agen Sosiolisasi Politik

Terdapat dua agen yang begitu dominan dalam proses sosialisasi politik yang dibincangkan dengan panjang lebar oleh sarjana-sarjana politik dan sosiologi iaitu agen keluarga dan sekolah yang boleh berlaku dari sudut nature dan nurture. Kedua-dua agen ini kadang-kadang ditonjolkan secara meluas dan berlebihan. Robert E. Dowse dan John A. Hughes dalam bukunya Political Sosiology membahagikan agen-agen ini kepada dua iaitu utama dan sekunder. Faktor keluarga dan sekolah adalah utama, sementara yang lain-lain adalah sekunder.

People are not born with political ideas, nor do we manufacture them: We learn them through a process called political socialization. Beginning in early childhood and throughout our lives we are exposed to a variety of individuals and groups known as agents for political socialization. These individuals or groups teach us about their political opinions and the workings of the political system. Some of these agents have a greater impact on our independent personal beliefs than others. Agents for political socialization include; our families, schools, peer groups, media, and secondary groups .

Secara peribadi, penulis boleh bersetuju dengan pendapat ini, tetapi oleh kerana kajian sosialisasi adalah suatu yang relatif, tidak semestinya agen-agen utama dan sekunder berlaku secara berturutan walaupun secara semulajadinya (nature) ia boleh berlaku sedemikian. Kekuatan pengaruh agen ini mungkin berubah melalui proses pembelajaran (nuture). Ia bergantung kepada sejauhmanakah penerimaan dan pencernaan individu terbabit terhadap proses sosialisasi yang berlaku sepanjang kehidupan.

Keluarga (Unit Asas)

Hyman amat menekan agen keluarga sebagai factor yang dominan membentuk orientasi politik dan partisipasi politik dalam proses sosialisasi .

A major class of studies which provide evidence on agents of socialization of the individual into politics involve the determination of intra-family correlations in attitude or behavior. When children and their parents are measured independently and agreements in political views are established, it supports the inference that the family transmits politics to the children.
Menurut Hyman lagi :
By listening to our parents talk at the breakfast table, we begin to form our ideas of the world. In the family we acquire the basic attitudes that will shape our future opinions. We form opinions towards our neighbors, other types of people, as well as towards local rules and society in general. R.M. MacIver also admits that the family is "the primary agent in molding of the life habits most of human beings." Most of us conform to our family's choice of political party, whether Republican or Democrat .

Menurut Kavanagh, agen seperti keluarga boleh dianggap sebagai latent socialization, berbeza dengan purposive socialization yang lebih mirip kepada mempengaruhi sikap. Pada peringkat awal kehidupan seseorang, keluarganya memainkan peranan utama tetapi setelah memasuki alam persekolahan, kemudian bekerja serta terlibat dengan kumpulan-kumpulan baru, maka individu ini akan disosialisasikan oleh agen-agen yang semakin bertambah dan pelbagai ini.

The family plays a major role as an agent for political socialization, because it has the earliest access and most influence. Through parents children can feel a sense of belonging to a particular political party. This feeling of belonging can become very resistant to change throughout their adult lives. When parents discuss they're political opinions in the home; their children absorb this information and tend to adopt their views.
Hujah ini turut dipersetujui oleh Langton di mana beliau mengatakan bahwa keluarga adalah kumpulan sosial yang pertama dalam mempengaruhi kehidupan seseorang kanak-kanak. Ibu bapa dan saudara mara adalah antara terdekat yang mendidik dan berinteraksi dengan mereka dalam proses sosialisasi ini
Faktor ini turut dipersetujui oleh M. Kent Jennings, Richard G. Niemi, Steven H. Chaffee, Jack M. McLeod dan Daniel Wackman.
The family, educational system, peers, mass media of communication and important political events all have socializing effects; but the first two of these agencies hace had most intensive scrutiny.
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas memang tidak dinafikan lagi bahawa agen keluarga merupakan faktor yang amat berpengaruh dalam proses sosialisasi. Penulis bersependapat kerana ini mungkin disebabkan oleh hubungan rapat antara keluarga yang melibatkan hubungan antara suami, isteri, ibu dan bapa serta anak-anak. Jika semenjak lahir lagi anak-anak telah dididik oleh ibubapanya sedemikian rupa, maka adalah tidak mustahil jika faktor keluarga ini memberikan kesan yang amat kuat. Tetapi ia bukan bermakna, faktor ini tidak boleh berubah.

Ini disebabkan oleh apabila seseorang itu membesar dan boleh berdikari, mungkin apa yang dipelajari sewaktu kecil berbeza dengan apabila mereka meningkat dewasa, terutama telah menamatkan alam persekolahan
Pendidian (Sekolah)
Agen kedua yang amat dominan dalam proses sosialisai ialah sekolah seperti yang dibincangkan panjang lebar oleh Kenneth Langton dan M. Kent Jennings . Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua pentingnya dalam sosialisasi politik, tetapi pengaruhnya memang tidak boleh dinafikan sama sekali. Kadang kala ia lebih dominan daripada agen keluarga. Ia amat bergantung kepada penerimaan individu terbabit. Misalnya ada kanak-kanak yang lebih mempercayai gurunya daripada ibubapanya sendiri. Ia bergantung sejauhmana keberkesanan sistem pendidikan itu.
The schools do not play an important role in influencing individuals' opinion however; they provide political education within a neutral environment. Schools generally teach children the values of the community in which they live. The provide children with civics classes and many socializing experiences. In civics classes children are taught how to comprehend and participate in the political world
Keadaan ini telahpun berlaku di banyak tempat di seluruh dunia lebih hebat lagi di negara yang sedang berkembang seperti Malaysia. Anak-anak mempertikaikan kesahihan perbuatan bapanya yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang dipelajarinya di sekolah. Misalnya, kes anak-anak dihantar di sekolah agama. Ketika belajar di sekolah agama, anak-anak didedahkan oleh guru-guru mereka tentang kepentingan menjaga sembahyang sebagaimana yang diwajibkan oleh agama. Bila kembali ke rumah, didapati nilai-nilai ini tidak dihayati oleh kedua ibubapa mereka. Maka di sini akan timbul konflik. Adakah agen keluarga atau sekolah lebih berpengaruh?
Contoh lain yang boleh diketengahkan ialah mengenai sosialisasi di sekolah-sekolah negara yang mengamalkan corak pemerintahan komunis. Seperti yang kita sedia maklum, sekolah-sekolah di negara komunis terlalu tunduk kepada arahan politik. Ini bermakna pelajar-pelajar tidak ada pilihan, mereka mesti menerima dogma dan segala propaganda yang diajar di sekolah. Sama ada proses ini akan berubah atau tidak, ia bergantung kepada pembesaran dan pendedahan yang berlaku seterusnya kepada individu terbabit.
Budaya Popular/Media Massa/Elektronik/IT
Schwartz dan Mannella mempunyai pandangan yang agak berbeza berbanding sarjana yang membuat kajian tentang sosialisasi politik (Dawson dan Prewitt, 1969; Dennis, 1973; Greenstein, 1965; Hess dan Torney, 1967; Hyman, 1959; Jaros, 1973) yang meletakkan agen keluarga dan sekolah adalah yang paling dominant dalam proses sosialisasi politik.
Hujah ini turut dipersetujui oleh Steven H. Chaffee, L. Scott Ward dan Leonard P. Tipton yang tidak sependapat dengan sarjana-sarjana klasik yang membuat kajian mengenai sosialisasi politik yang mengenepikan pengaruh pengaruh media massa (elektronik) dan juga budaya popular . Lebih hebat lagi kini dunia telah memasuki era teknologi maklumat (IT) dan komunikasi (ICT).
Sarjana-sarjana klasik sering mengenepikan pengaruh budaya popular. Kalau adapun mereka hanya menyentuh sepintas lalu sahaja mengenai pengaruh televisyen dan media massa. Sedangkan agen-agen seperti muzik popular, tayangan gambar, novel, iklan, drama, lawak jenaka atau khabar angin amat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Ini berdasarkan kajiannya di Amerika yang menunjukkan ramai orang terutamanya remaja menghabiskan masa dengan budaya popular ini. Ada bukti yang menunjukkan bahawa muzik popular mengandungi kandungan politik selari dengan apa nilai-nilai politik yang dipegang oleh kebanyakan keluarga dan guru.
Penulis amat bersetuju dengan pandangan Schwartz dan Mannella kerana dalam konteks kajian di Malaysia, unsur-unsur budaya popular merupakan agen yang amat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Budaya popular ini yang dipelopori oleh media massa dan media elektroknik telah berjaya mempengaruhi daripada peringkat kanak-kanak hingga peringkat usia tua juga. Apatah pada hari ini segala maklumat berada di hujung jari sahaja. Boleh didapati dengan begitu cepat dan pantas. Pengaruh internet sebagai budaya baru dalam proses sosialisasi politik pasti menjadikan kajian teori ini semakin hebat dan tidak berkesudahan.
Kesimpulan yang dibuat oleh Rush juga boleh diambilkira dalam kajian ke atas politik di Malaysia. Bagi Rush, sosialisasi adalah 'proses', dengan mana individu-individu dapat memperolehi pengetahuan, nilai-nilai dan sikap-sikap terhadap sistem politik masyarakatnya. Peristiwa ini tidak menjamin bahawa masyarakat mengesahkan sistem politiknya, sekalipun ia hal ini mungkin boleh terjadi. Sosiolisasi juga boleh pengingkaran terhadap legitimasi, sama ada ia menuju keapda pembekuan atau perubahan, bergantung kepada keadaan yang menyebabkan pengingkaran tersebut.
Masalah Kajian Sosialisasi Politik

Dalam proses pembelajaran sosialisasi politik, Jack Dennis menimbulkan tanda soalan yang perlu dijawab dan dicari jawapannya agar kajian menjadi lebih menarik dan berkesan. Persoalan adalah kenapa (why), apa (what), bila (when) dan di mana (where) atau untuk siapa (for whom) . Persoalan yang dimajukan oleh Jack mendapat perhatian serius daripada Michael Rush yang turut mengemukakan empat persoalan penting dalam proses membuat kajian ke atas pendekatan teori sosialisasi politik .

1) What is it learned?
2) When is it learned?
3) How is it learned?
4) What is the relationship between political socialization and political behaviour?
Persoalan-persoalan ini perlu dijawab dalam kajian sosialisasi politik. Jack Dennis memperincikan lagi dengan mengemukakan 10 permasalahan asas perlu diambil kira dalam membuat kajian mengenai sosialisasi politik iaitu :
1. System relevance of political socialization
2. Varieties of content of political socialization
3. Political socialization across the life-cycle
4. Political socialization across generations
5. Cross-Cultural aspects of political socialization
6. Sub-group and sub-cultural variations
7. The political learning process
8. The agenst and agencies of political socialization
9. The extent and relative effects of political socialization upon different individuals
10. Specialized – especially elite - political socialization
Dennis menghuraikan dengan panjang lebar kesepuluh aspek yang dibentangkan itu. Contohnya, aspek yang paling relevan dalam kajian teori sosialisasi politik ialah yang pertama, iaitu 'the system relevance of political socialization'. Ia berkaitan dengan persoalan apakah kesan sosialisasi politik ke atas kehidupan politik. Sosialisasi politik sama ada memberikan sumbangan atau mengikut trend atau rentak sesuatu sistem politik.
Political socialization may either contribute or serve as an impediment to the persistent and stability of political system and its component parts
Semua persoalan ini akan diambil kira dalam mengkaji sosialisasi politik, termasuklah agen-agen dominan lain seperti media (media cetak/media elektronik/internet), parti-parti politik, rakan sebaya, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pertubuhan-pertubuhan lain seperti sukan, sosial, kebajikan dan sebagainya. Sejauhmanakah pengaruh, penglibatan kerajaan dan cengkaman kerajaan terhadap agen-agen ini, ia bergantung kepada corak pemerintahan sesebuah Negara yang ingin dibuat kajian, terutamanya Negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Adakah demokrasi itu benar-benar wujud atau sekadar menjadi laungan slogan sahaja? Dalam hal ini, negara-negara dunia ketiga yang mengamalkan sistem demokrasi amat menarik untuk dibuat k ajian.
Kesimpulan – Masa Depan Pengajian Sosialisasi Politik

Kajian mengenai sosialisasi politik yang merupakan sebahagian daripada budaya politik dan sosiologi politik memang tidak berkesudahan. Oleh kerana ketiga-tiganya amat berkait rapat, penemuan-penemuan baru akan terus dicari apatah lagi dalam keadaan dunia tanpa sempadan pada hari ini (globalisasi). Ini bermakna, pengaruh agen-agen sosialisasi politik yang dibincangkan di atas, juga mungkin berubah dari masa ke semasa.

Ini diperakui oleh Richard G Niemi. Menurut beliau, walaupun kajian sosialisasi memerlukan kepada kajian lapangan seperti penyelidikan, interview dan soal selidik, namun persoalannya adakah valid atau tidak data-data yang perolehi . Dipersetujui oleh Maran, yang mengatakan masalah kajian ialah bila berhadapan dengan kanak-kanak di bawah umur 9 tahun yang masih tidak matang. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan, walaupun mereka tahu tahu siapakah presiden Amerika misalnya, tetapi bila sampai kepada peringkat lebih rumit seperti penglibatan parti-parti politik, maka di sini timbul masalah sejauhmanakah kebolehan dan kebenaran untuk kanak-kanak ini mencernakan isu-isu sebegini. Dengan sebab itu peranan orang tua dalam keluarga amat penting dalam proses sosialisasi ini.

Justeru, dalam usaha ke arah melengkapkan kajian proses sosialisasi politik, ia tidak dapat lari daripada melakukan kerja lapangan dan soal selidik dalam menilai sesuatu proses yang berkaitan dengan nilai-nilai, persepsi, kepercayaan, pendidikan dan sebagainya yang mana ia dilalui oleh setiap manusia dalam melayari kehidupan politik seharian. Dengan ada kajian lapangan ini, sekurang-kurang ia meredakan sedikit perdebatan, perbahasan dan kritikan terhadap pendekatan teori ini.

Pendek kata, oleh kerana kajian sosialisasi ini tidak ada noktahnya, berkembang dan berubah, maka subjek ini akan terus mendapat perhatian dan relevan dari masa ke semasa. Maka dalam konteks kajian terhadap sosialisasi politik di Malaysia, pendekatan-pendekatan yang diambil oleh sarjana klasik dan moden akan diambil kira mengikut kesesuaian bidang yang dikaji.
Posted by RIDHUAN TEE at 10:05 PM

INGATAN UNTUK PELAJAR YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR, SPM DAN STPM.

Posted: 02 Sep 2010 08:04 AM PDT

MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR

Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah


Makna Cemerlang

Dari perpektif kemanusiaan, cemerlang bermakna, mencapai satu tahap yang tinggi dan memuaskan. Misalnya, mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Berbeza sedikit definisinya dalam konteks agama Islam. Islam melihat, cemerlang bukan sekadar berjaya dalam sesuatu bidang tertentu, contoh peperiksaan, pekerjaan dan sebagainya, Islam melihat lebih jauh dari itu. Kecemerlangan yang sebenar ialah cemerlang dalam semua aspek kehidupan manusia beragama. Cemerlang dalam seluruh aspek hidup manusia. Jika kita cemerlang dalam peperiksaan, semestinya kita juga cemerlang dalam aspek ibadahnya, akhlaknya, dan lain-lain lagi. Pendek kata, kecemerlangan dalam Islam ialah menuju kepada kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Kenapa Cemerlang

Islam agama yang cemerlang. Umat Islam dalam al-Quran disebut sebagai `khaira ummah' (umat yang cemerlang). Justeru, kita perlu buktikan bahawa agama Islam adalah suatu yang cemerlang yang terdapat pada umatnya. Islam amat mengutamakan kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehidupan terutama dalam mendapatkan kejayaan hidup seperti peperiksaan. Ia amat juga berkaitan rapat dengan kehidupan seorang pelajar. Cuba renungkan hadis ini, sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

Sesiapa yang membunuh kutu pada tindasan pertama, maka akan ditulis baginya seratus kebaikan. Sedangkan tindasan kedua di bawah tingkatan itu dan tindasan ketiga di bawahnya lagi (riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a).

Ia membawa maksud, dalam kita melakukan sesuatu kerja, lakukanlah ia dengan cara yang paling baik hatta membunuh kutu sekalipun. Dalam konteks sebagai seorang pelajar, sewajarnya kita mempersembahkan sesuatu yang terbaik, misalnya dalam peperiksaan.

Yusuf al-Qardhawi, dalam bukunya Fiqh Awlawiyyat (Memahami Keutamaan), mengatakan, untuk mendapatkan kejayaan cemerlang, manusia mest tahu prioriti dalam hidup. Mana satukah yang perlu diberikan perhatian dahulu dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, perkara ini amat penting. Jika kita tersalah prioriti, kita akan menemui kegagalan dalam hidup. Misalnya, menumpu yang sunat dahulu daripada yang wajib. Contoh lebih jelas kepada pelajar, menuntut ilmu itu adalah wajib, justeru, ambil peluang ini untuk menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh. Lupakan dahulu soal cinta, pergaulan tanpa batas, membuang masa melepak dan lain-lain aktiviti yang mungkin tidak mendatangkan faedah. Para pelajar seharusnya menumpukan sepenuh perhatian dalam proses pembelajaran di alam persekolahan. Alam persekolahan merupakan masa yang amat penting sebagai batu loncatan untuk mendapatkan kejayaan seterusnya. Gagal di alam persekolahan bermakna, kita gagal untuk mendapatkan tempat ke institusi pengajian tinggi. Ini bukan bermakna mereka yang gagal dalam alam persekolahan akan menemui kegagalan dalam hidup, tetapi yang dimaksudkan ialah kebiasaannya mereka yang berjaya menjejaki institusi pengajian tinggi, peluangnya untuk berjaya lebih cerah berbanding mereka yang tidak berjaya. Justeru, peluang sebagai pelajar perlu direbut dengan belajar bersungguh-sungguh.

Ilmu Teras Kecemerlangan

Ilmu adalah teras kepada kecemerlangan. Menurut kamus Dewan, ilmu adalah pengetahuan, kepandaian dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Lawan kepada ilmu ialah jahil atau ignorance. Ilmu diperolehi hasil dari pembelajaran dan pengalaman. Kepentingan ilmu dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi:

Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yang menciptkan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam (surah al-Alaq ayat 1-4.

Tuntutan menuntut ilmu telah dianjurkan sejak permulaan Islam. Kata-kata tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina membuktikan akan pentingnya ilmu kepada manusia dan berusaha untuk mendapatkannya. Imam Malik berkata, ilmu itu tidak datang secara otomatik kepada kita tetapi ia mesti dicari. Justeru, sebagai pelajar, kita mesti tanpa jemu-jemu menuntut ilmu terutama ilmu-ilmu yang diajar di sekolah dan ditambah dengan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat. Sabda Rasulullah SAW:

Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah memudahkan jalannya untuk menuju syurga. Bahawasanya malaikat itu akan meletakkan naungan sayapnya pada orang yang menuntut ilmu itu kerana mensyukuri apa yang dilakukannya.Bahawasanya orang-orang yang berilmu pengetahuan adalah pewaris para Nabi. Bahawasanya para Nabi itu tidak mewariskan wang dirham atau dinar, tetapi yang diwasiatkannya adalah ilmu. Oleh sebab itu barang siapa yang mengambilnya (mendapatkan ilmu itu) ia telah memperolehi bahagian pusaka yang sangat banyak – Hadis riwayat Abu Darda r.a.

Dalam beberapa hadis, ilmu pengetahuan dianggap lebih utama daripada ibadah, keranan manfaat ibadah hanya kembali kepada pelakunya sahaja sedangkan manfaat ilmu adalah untuk manusia melalui sebaran yang dilakukan. Antara hadis tersebut ialah:

Kelebihan ilmu pengetahuan itu ialah lebih aku cintai daripada kelebihan ibadah dan agamamu yang paling baik adalah warak – Hadis riwayat al-Bazzar dan Thabrani

Kelebihan orang yang berilmu berbanding dengan orang yang beribadah ialah bagaikan kelebihan bulan purnama berbanding dengan seluruh bintang bergemerlapan – Hadis riwayat Abu Nu'aim

Kelebihan ilmu akan bertambah lagi apabila orang yang berilmu itu berkeinginan untuk mengajarkannya kepada orang lain. Cuba renungi Sabda Nabi SAW:

Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikatNya, serta penghuni langit dan bumi hingga semut yang ada pada lubangnya dan ikan yu yang ada di lautan akan membacakan selawat atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia – Hadis riwayat at-Tirmidzi

Oleh kerana ilmu ini amat penting sebagai teras kecemerlangan individu dan umat Islam, maka adalah menjadi kewajipan kepada para pelajar mempelajarinya sama ada melalui pembacaan, perbincangan, pengamatan dan lain-lain lagi. Seterusnya berusaha untuk mengamalkannya seperti kata pepatah Arab, Ilmu tanpa direalisasikan atau dilaksanakan ibarat pokok tanpa buah.

Persediaan Menuju Kecemerlangan

Setelah kita mengetahui akan peri pentingnya ilmu, maka seterusnya kita akan berbicara pula soal ilmu dan kaitannya dengan kecemerlangan akhlak dan peperiksaan yang menjadi matlamat setiap pelajar. Oleh kerana orientasi pendidikan negara kita lebih cenderung kepada melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan maka, kertas ini akan menumpukan motivasi kecemerlangan ke arah itu, tanpa memisahkan dengan aspek keagamaan

Demam Peperiksaan

Demam peperiksaan sudahpun bermula. Bagi pelajar yang terlibat mengambil peperiksaan yang penting seperti PMR, SPM dan STPM, saat inilah merupakan saat penentuan. Ada yang terpaksa bercekang mata yakni berjaga malam sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Tidak kurang yang mengambil sikap tak kisah atau acuh tak acuh. Sebagai pelajar yang ingin mendapatkan kecemerlangan, sudah tentu kita perlu bersikap proaktif, yakni sentiasa bersedia. Walaupun peperiksaan sudah semakin hampir, masih tidak terlambat lagi untuk kita membuat persediaan bagi mencapai cemerlangan. Antara persediaannya ialah:

Cemerlang Rohani

Sebagai pelajar yang percaya bahawa Islam adalah agama yang terbaik, sudah tentu persediaan kerohanian tidak dapat dipisahkan dari hidup kita. Persediaan rohani adalah proses menuju ketenangan dalam hidup. Kehidupan yang tenang akan melahirkan jiwa yang tenang jua. Perlu diingat, Allah akan sentiasa menolong hambanya yang tidak lupa kepadaNya sebagaimana firmannya:

Kerana itu ingatilah kepadaKu, nescaya Aku ingat kepada kamu – surah al-Baqarah ayat 152.

Maka pelajar sekelian diharapkan dapat menunaikan kewajipan sebagai hamba kepada Penciptanya. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang. Selalulah berdoa kepada Allah SWT, agar mendapat kejayaan di dalam peperiksaan. Sebenarnya sembahyang dan doa adalah suatu lambang kekuatan jiwa.

Dr Brill, seorang pakar ilmu jiwa mengatakan orang yang kuat kepercayaan kepada Tuhan tidak akan menghadapi tekanan penyakit jiwa. Kata-kata beliau turut disokong oleh Dale Carnegie, juga seorang pakar ilmu jiwa. Katanya, keimanan yang mendalam dan berpegang teguh kepada ajaran agama sudah cukup untuk mengalahkan kegelisahan dan ketegangan urat saraf dan seterusnya boleh menyembuhkan penyakit.

Justeru, pelajar seharusnya tidak meninggalkan kewajipan ini. Ia berkait rapat dengan keseluruhan hidup untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Mungkin ada yang akan bertanya, rakannya tidak pernah sembahyang tetapi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pelajar sekelian perlu memahami bahawa kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah tiket untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Adalah suatu perkara yang amat baik kiranya, kita cemerlang dalam peperiksaan dan pada masa yang sama cemerlang dalam soal ibadah dan akhlak. Inilah sebenarnya kecemerlangan yang diidam-idamkan dan bukannya kecemerlangan yang pincang.

Pastikan para pelajar menunai solat subuh terlebih dahulu sebelum melangkah keluar rumah untuk ke dewan peperiksaan. Berdoalah kepada Allah SWT, mudah-mudahan kita diberikan ketenangan dan kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki.

Taat kepada Rasul. Ikut sunnah Nabi

Taat kepada ibu bapa

Ikut Nasihat guru

Jaga hati kawan

Cemerlang Mental dan Emosi

Cemerlang dalam bidang kerohanian akan membawa kepada kecemerlangan mental. Manusia yang selalu mengingati Allah, fikirannya tidak berserabut dengan pelbagai masalah. Kalau adapun masalah yang dihadapi, ia dapat dikurangkan melalui aktiviti-aktiviti seperti berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.

Mental yang cemerlang adalah mental yang dapat menerima dengan mudah apa yang dilihat, dibaca dan sebagainya. Mental yang baik memerlukan suasana yang kondusif, aman dan tenteram. Elakkan menelaah sambil mendengar radio, menonton televisyen dan pelbagai unsur yang boleh menimbulkan gangguan.

Cuba elakkan pergaduhan atau perselisihan sesama rakan dan ahli keluarga ketika menjelang peperiksaan. Suasana tension sebegini sukar untuk ditenangkan dalam jangkamasa yang singkat. Ia kadangkala akan mengganggu emosi kita. Perkara ini pernah berlaku kepada seorang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan. Ketika peperiksaan sebenar, pelajar ini bergaduh dengan gurunya. Ini mengakibatkan emosinya terganggu sedang keesokan harinya ada satu kertas yang perlu diduduki. Apabila keputusan diumumkan, ternyata kertas yang didudukinya itu mencatatkan keputusan yang amat kurang memuaskan, walaupun pelajar ini berjaya dengan cemerlang dalam mata pelajaran lainnya.

Sebaik-baiknya, lepas sahaja peperiksaan terus balik ke rumah untuk membuat ulangkaji. Kurangkan masa untuk berbual-bual atau berbincang dengan rakan-rakan akan kertas-kertas yang telah dijawab. Ia akan mengganggu konsentrasi kita dan mengganggu emosi kita. Perlu diingat, Pelajar tidak boleh mengubah jawapan yang telah dijawab, melainkan hanya doa sahaja yang mengiringi.

Elakkan dari mewujudkan suasana menggelabah atau kelam kabut. Ketika musim peperiksaan, dapatkan tidur yang cukup dan bangun awal pagi dengan mengunci jam agar tidak ketinggalan bas atau lewat ke dewan peperiksaan. Suasana yang kelam kabut atau menggelabah akan meninggalkan kesan kepada minda kita.

Sediakan segala kelengkapan pembelajaran dan peperiksaan. Misalnya, keperluan alat tulis. Ketika melangkah keluar rumah menuju ke sekolah, pastikan segala kelengkapan telah disediakan dengan sempurna seperti yang dikehendaki dalam peperiksaan.

Cemerlang Fizikal

Teknik pembelajaran amat penting kepada setiap pelajar. Teknik yang salah, biasanya akan membawa kesan yang kurang memuaskan. Ini yang membezakan antara `study hard' dengan `study smart'. Menghabiskan masa enam jam sehari mengulang kaji mata pelajaran bukan bermakna kita akan menjadi pelajar cemerlang. Berbanding dengan mereka yang menghabiskan masa selama tiga jam untuk mengulang kaji. Ini amat bergantung kepada cara atau teknik yang digunakan serta keserasian pelajar dan teknik pembelajaran.

Misalnya, saya adalah pelajar dalam kategori yang suka mengulang kaji di saat-saat akhir kerana ia cara saya belajar. Pada awalnya, saya suka membuat nota-nota kecil sahaja. Nota kecil inilah yang saya akan gunakan ketika mengulangkaji tanpa perlu merujuk kepada buku lagi.

Namun demikian ada juga pelajar yang menggunakan teknik yang berlainan. Semuanya ini bergantung kepada keserasian antara diri kita sebagai pelajar dengan penyesuaiannya.

Perlu juga dijelaskan juga, makanan yang seimbang, memainkan peranan penting. Pelajar diingatkan supaya tidak makan terlalu kenyang kerana ia akan menyebabkan kita mengantuk. Banyakkan memakan buah-buahan, terutama sebelum makan nasi. Bila menjelang peperiksaan, elakkan mengambil makanan yang terlalu pedas, meminum air terlalu banyak sehingga menyebabkan kita kerap ke bilik air. Ini akan mengganggu konsentrasi untuk menjawab peperiksaan.

Jangan kedekut ilmu. Bincang dan sebarkan ilmu. Cth, dapat soalan bocor, beritahu kawan

Istiqamah

Kecemerlangan yang disebutkan di atas memerlukan kepada istiqamah atau tetap pendirian atau berkesinambungan. Amalan yang baik mesti selalu dilakukan dan tidak bermusim. Ia merupakan asas kepada kejayaan manusia. Menuntut ilmu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat, bukan hanya di musim peperiksaan sahaja. Begitu juga bila memperkatakan soal solat, ia tidak hanya dilakukan hanya menjelang musim peperiksaan sahaja, tetapi hendaklah dilakukan setiap masa dan ketika tanpa rasa bosan dan jemu, sebalik sentiasa rasa seronok apabila melakukan sesuatu kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda:

Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang paling berkesinambungan walaupun sedikit – Hadis riwayat Muttafaq Alaih daripada Aishah

Perbanyakkan DOA. Doa senjata Mukmin

Kesimpulan

Berjaya dalam peperiksaan, bukanlah tiket yang boleh menjamin bahawa kita akan terus berjaya, begitu juga dengan kegagalan dalam peperiksaan, bukan bermakna bahawa kita akan terus gagal dalam hidup. Semua ini bergantung kepada diri individu itu sendiri. Kejayaan sebenarnya bermula daripada kegagalan, kegagalan menjadi alat untuk mengajar kita untuk terus berjaya. Pepatah barat ada mengatakan kejayaan adalah hasil daripada 99 peratus kegagalan. Ini bukan bermakna, kita perlu gagal duhulu, baru boleh berjaya. Maksudnya di sini, jika kita boleh terus kekalkan kecemerlangan, maka terus beristiqamah untuk mengekalkannya. Ini adalah suatu yang ideal, tetapi jika sekiranya gagal, ambil iktibar dari kegagalan itu. Kembali bertikad, berazam dan berusaha. Semoga dengan itu akan berputik kejayaan yang bakal ditempuhi.

Bila ada orang yang berjaya mesti ada orang yang gagal. Bila ada pelajar yang dapat nombor satu, mesti ada yang dapat nombor dua dan seterus hinggalah ke akhir. Dengan itu, jika ditakdirkan kita mendapat yang diakhir, ingatlah bahawa kita tidak akan terus gagal selama-lamanya. Tetapi, kita tetap akan berjaya, kalau tidakpun dari segi akademik, pastikan akhlak kita cemerlang. Cemerlang akademik, gagal dalam akhlak, sebenarnya merupakan kegagalan dalam hidup kita.

1. Do unto others you would that they should do unto you
2. Know thyself
3. Life is what you make it
4. If at first you don't succeed, try,try,try again
5. Anything that is worth doing at all is worth doing well
6. The great essentials of happiness are something to do, something to love and something to hope for
7. Knowledge is power
8. Be calm and self-possessed, know what you are about, be sure you are right, then go ahead and don't be afraid
(Leadership September 23, 1997)

Panduan (pasti boleh)
Membaca (mengulangkaji)
Riadah

Sihat (rohani dan jasmani)
Perteguhkan iman
Maju ke hadapan (muhasabah diri)

Solat (wajib dan sunat)
Taat (Allah, ibubapa dan guru-guru)
Peningkatan
Mardhatillah

Wassalam

Peranan Ibu Bapa

Banyak solat, solat sunat dan hajat, bukannya solat hajat beramai-ramai dlm masjid
Banyakkan doa
Ambil Cuti – Ada di rumah, hantar dan ambil anak

10 malam terakhir.

Posted: 02 Sep 2010 07:52 AM PDT

      Tingkatkan ibadat kita untuk sepuluh malam terakhir.

MESTI BACA PUNYA : CARA BN/UMNO NAK MENANG PRU 13

Posted: 02 Sep 2010 02:36 AM PDT


Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Siri Tiga
Ruhanie Ahmad

Dalam posting siri dua saya cadangkan BN dan UMNO memperkenalkan Prosidur Operasi Seragam bagi mengendalikan perjalan organisasinya untuk merebut semula seluruh negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Hakikat ini penting kerana di kesemua negeri berkenaan, BN adalah parti pembangkang. Pada waktu yang sama, BN mesti mempertahankan seluruh negeri yang kini dalam kekuasaannya dan mesti meningkatkan jumlah kerusinya di Dewan Rakyat.

Prosidur Operasi Seragam ini akan membolehkan seluruh jentera BN yang digerakkan oleh parti-parti komponennya bergerak dan bertindak dengan satu langkah dan satu suara. Paling penting sekali, BN perlu mengarahkan seluruh pemimpinnya di semua peringkat supaya mengelakkan daripada membuat kenyataan kontroversial. Arahan ini perlu disegerakan supaya tidak wujud polarisasi dan 'permusuhan' di kalangan seluruh komponennya yang sekaligus menghakis kredibiliti BN serta menghakis keyakinan rakyat kepadanya.

Objek Politik BN

Sehubungan dengannya, BN juga perlu memperingatkan seluruh komponen dan ahli-ahlinya bahawa perjuangan BN adalah untuk mengekalkan kuasa pemerintahannya di peringkat pusat dan negeri. Jika komponen BN bertelagah secara terbuka, kredibiliti BN tercemar dan keyakinan rakyat menjadi luntur.

Oleh itu, seluruh pemimpin komponen BN wajar diingatkan supaya memahami serta mengamalkan kaedah dan strategi peperangan. Jika kaedah peperangan Sun Tzu didapati paling sesuai, hayati dan amalkan strategi tersebut. Jika strategi peperangan oleh Von Clausewitz perlu digandingkan bersama seni peperangan Sun Tzu, lakukan gandingan ini secara segera. Pokoknya, strategi peperangan BN biar ketara, tetapi objek politik BN dalam peperangan itu biar terus dirahsiakan daripada pengetahuan pihak lawan.

Dalam konteks ini, wajar dikenalpasti sistem kerahsiaan dalam BN. Dalam konteks ini juga perlu dipantau kemungkinan wujudnya talibarut atau pengkhianat di kalangan pemimpin dan ahli BN yang mungkin membocorkan objek politik peperangan BN kepada pihak lawan.

Institusi Negara

Seluruh organisasi Institusi Negara juga mesti mendukung objek politik peperangan BN terhadap parti lawan. Dalam konteks keselamatan rejim dan keselamatan nasional, organisasi Institusi Negara mesti komited untuk mempertahankan kedua-duanya. Anggapan bahawa organisasi Institusi Negara perlu bersikap neutral atau berkecuali adalah anggapan yang meleset.

Memang demokratik untuk mengizinkan seluruh individu memilih parti politik yang secocok dengan selera dan citarasa mereka. Tetapi, dalam konteks mempertahankan keselamatan rejim dan keselamatan nasional, pendemokrasian citarasa ini menjadi faktor kedua. Faktor yang utama dan prima adalah mempertahankan kelangsungan rejim dan negara.

Oleh sebab itu, adalah paradoksikal jika anggota organisasi Institusi Negara gagal dan enggan mempertahankan kelangsungan negara. Oleh sebab itu juga, seluruh anggota dalam organisasi Institusi Negara mesti dituntut mempertahankan kelangsungan negara menerusi khidmat yang cemerlang dan menerusi tindak-tanduk yang positif.

Hakikat ini kritikal kerana kini wujud anggota dalam organisasi Institusi Negara yang membocorkan rahsia rejim dan negara kepada pihak lawan semata-mata untuk menumbangkan rejim yang memerintah negara. Perbuatan seperti ini amat terkutuk dan mesti ditangani dengan setegas-tegasnya.

Oleh itu pemimpin negara perlu bertegas. Jika perlu, mereka wajar bertindak seperti seekor singa. Dan, jika perlu juga, mereka perlu bertindak seperti seekor kancil. Kombinasi kegarangan singa dan kebijaksanaan kancil ini perlu diamalkan bagi menangani karenah anggota Institusi Negara yang mahu mengkhianati kelangsungan kerajaan dan negara.

Memang pihak kerajaan mungkin akan dilabelkan sebagai tidak demokratik. Tetapi, dalam konteks mempertahankan kelangsungan dan keselamatan nasional, ada waktunya pihak pemimpin kerajaan perlu bertindak kurang demokratik, terutamanya dalam sesuatu senario peperangan di mana objek politik adalah mengatasi kepentingan objek peperangan itu sendiri!

[Bersambung dalam siri keempat.]



Posted by kudakepang at 2:13 PM 1 comments Links to this post
Friday, July 16, 2010
Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Siri Dua

Ruhanie Ahmad


Siri ini bertujuan merungkai masalah semasa BN serta beberapa komponen utamanya---UMNO, MCA, MIC. Ketiga-tiga parti ini adalah komponen parti pemerintah yang pernah menggerakkan perjuangan kemerdekaan Malaya menerusi Perikatan pada 1957.

Masalah BN yang paling ketara adalah politiking dalaman parti UMNO, MCA, dan MIC, serta politiking tiga penjuru MCA lawan UMNO dan MIC lawan UMNO. Ini bermakna UMNO sebagai parti induk BN kini menerima serangan daripada dua penjuru.

Politiking Dalaman

Puncanya bukan kerana UMNO tidak memperjuangkan bukan Melayu seperti dulu. Hakikatnya, UMNO sentiasa menjunjung tinggi matlamat perjuangannya untuk "mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan Hak-Hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Orang Melayu dan Bumiputera (Fasal 3.6 Perlembagaan UMNO).

Punca sebenar kepada serangan ini adalah kerana MCA dan MIC dilanda proses politiking dalaman parti untuk membuktikan siapakah antara pemimpinnya yang kononnya benar-benar memerjuangkan aspirasi ahlinya dan etnik yang diwakilinya sehingga mereka tergamak untuk bersuara berasaskan racial line yang ekstrim.

Perkembangan ini terjadi atas tiga sebab khusus. Satu, kerana MCA yang mengalami kekalahan besar dalam PRU12 khuatir kehilangan pengaruh kepada DAP, dan kerana MIC yang megalami nasib yang sama, takut dihakis pengaruhnya oleh lain-lain entiti, waima entiti haram atau sah, yang vokal terhadap isu-isu kaum India.

Dua, MCA dan MIC yang juga dilanda krisis kredibiliti, tidak berani atau sengaja enggan bertegas untuk menjelaskan kepada ahli-ahlinya bahawa perkongsian kuasa menerusi BN adalah atas prinsip serta konsensus silam di mana UMNO adalah paksi kepada perjuangan politik negara.

Tiga, kerana MCA dan MIC melihat bahawa UMNO sebagai tulangbelakang BN seolah-olah dalam keadaan terdesak untuk memenangi PRU13 sehingga prinsip "sudah betis sediakan peha" seakan-akan menjadi landasan kepada seluruh layanannya kepada bukan Melayu mutakhir ini.

MCA-MIC Makin Eksploitatif

Perkembangan seperti ini menimbulkan dua implikasi. Satu, MCA dan MIC menjadi lebih eksploitatif dengan tuntutannya kepada UMNO, sementara UMNO pula jadi tersepit akibat bantahan Orang Melayu dan Bumiputera yang mahukan ianya bertegas dalam mempertahankan status quo etniki, terutama sekali mengenai hal-hal sosio-budaya dan ekonomi.

Ini semua menyebabkan proliferasi dan polirisasi sentimen perkauman antara rakyat multi keturunan. Dalam konteks ini, malangnya UMNO yang menjadi pihak yang tertuduh. MCA dan MIC pula bebas daripada sebarang kecaman.

UMNO terheret ke dalam situasi seperti ini kerana segolongan pemimpinnya di semua peringkat dan yang mewakili semua sayapnya, seolah-olah gagal untuk mengartikulasikan masalah sebenar yang dihadapi oleh BN. Dengan itu, mereka terus bungkem atau lebih serius lagi, terus menjadi pemerhati. Jika ada yang berani bersuara, suara itu pula menimbulkan paradoks---isu yang perlu dipertahan, dibangkangnya; isu yang perlu dibangkang pula, disokongnya tanpa mengambilkira keserasian tindakan itu dengan citarasa majoriti ahli UMNO!

Dilema Keselamatan Rejim

Dampak kepada semua ini adalah: BN dijebak dilema keselamatan rejim---dalam kesungguhannya untuk memenangi PRU13, rejim BN menjadi semakin destabilized; dalam kesungguhannya untuk mempertahan kuasanya, komponen BN sendiri yang membantu untuk melemahkan kuasa tersebut!

Nmun segala-galanya masih boleh diperbaiki dengan seberapa segera menerusi pelbagai pendekatan yang tegas dan komprehensif. Pertama, kepimpinan tertinggi BN terpaksa diinsafkan bahawa BN di beberapa negeri adalah parti pembangkang. Dalam situasi seperti ini seluruh pemimpin BN wajar begerak dan berjuang dengan psikologi darurat.

Psikologi Perang

Kedua, mereka terpaksalah bergerak dan berjuang dengan mentaliti untuk mengembalikan kuasa, glori, dan survival BN. Dalam situasi seperti ini, seluruh pemimpin BN kena berbincang dalam war-room situation di mana setiap gerakan dan keputusan perlu serius, precise, decisive, dan berkesan.

Ketiga, dalam situasi seperti ini juga, para jeneral yang uzur wajar dipaksa berundur ke bilik sakit atau dinasihati supaya bersara. Para leftenan yang tempeng dan cedera kembalikan mereka ke pangkuan keluarga dan berundur daripada politik.

Empat, jika sebelum ini tidak pernah dipost-mortemkan kekalahan BN dalam PRU12, ini kena dilakukan dengan seberapa segera. Hakikat getir kena ditelan, dan realiti negatif kena diterima dan dipositifkan dengan minda terbuka, ikhlas dan jujur.

Prosidur Operasi Seragam

Lima, jika terdapat seorang dua leftenen yang masih dalam servis, tetapi dicengkam krisis kredibiliti, leftenan-leftenan ini perlu diberikan kata dua---berundur atau segera diundurkan.

Enam, Ingatkan seluruh warga BN, bahawa Clausewitz---pakar strategi peperangan---pernah mengatakan bahawa "war is something in which the entire nation must take part." Oleh itu, jika BN memang benar-benar mahu memerangi pembangkang, seluruh pemimpin dan warga BN mesti melibatkan diri. Tetapi, yang dibenarkan membabitkan diri hanyalah mereka yang tidak tempang, tidak cacat, dan tidak rendah kredibilitinya!

Tujuh, BN perlu menyediakan piawaian prosidur operasi atau standard operating procedure (SOP) yang rigid dan jelas kepada semua komponennya merangkumi seluruh arahan yang mesti dipatuhi dan larangan yang nesti dihindari, siap dengan apakah balasannya jika sesiapa bertindak sebaliknya.

Senarai war-room operation ini boleh dikembang mengikut kesesuaian dan kreativiti seluruh komponen BN, termasuklah menggerakkan bilik operasi di seluruh peringkat di serata pelusuk Negara mulai hari ini. Tetapi, the cardinal rule di sini adalah: laksanakan segala-galanya dengan senyap dan penuh kerahsiaan. [Bersambung. Siri tiga akan disiarkan pada Khamis depan.]
Posted by kudakepang at 5:21 PM 10 comments Links to this post
Friday, July 09, 2010
Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Siri Satu
Ruhanie Ahmad

Perkataan rejim mempunyai pelbagai definisi yang luas. Dari sudut yang negatif, rejim dedefinisikan sebagai sebuah kerajaan diktator yang memerintah secara represif atau menggunakan penindasan dan kekerasan.

Ia juga merujuk kepada satu kerajaan yang lemah yang mengukuhkan kedudukannya menerusi penipuan, pembohongan, manipulasi, penindasan, dan kekerasan.

Dari perspektif yang positif, rejim pula merujuk kepada suatu bentuk kerajaan, pemerintahan, sistem negara, atau sistem politik.

Kerajaan Malaysia bukannya diktator, tetapi mengamalkan sistem demokrasi. Kerajaan Malaysia juga tidak tergolong sebagai kerajaan yang lemah. Ringkasnya, Malaysia tidak pernah dikategorikan sebagai sebuah failed stated atau negara bobrok.

Definisi Rejim

Oleh sebab itu, siri ini mendefinisikan rejim sebagai parti politik yang diberikan mandat oleh rakyat jelatanya menerusi sistem pilihan raya untuk memerintah sesebuah negara dalam suatu tempoh tertentu yang ditetapkan oleh sistem kenegaraan terbabit.

Dalam konteks Malaysia, rejim yang dimaksudkan adalah Barisan Nasional (BN) yang dianggotai oleh pelbagai komponen dengan UMNO sebagai parti yang terbesar dan menjadi induk kepada komponen tersebut. Mandat pemerintahan ini diperbaharui setiap lima tahun sekali menerusi Pilihan Raya Umum (PRU).

Dalam konteks pemerintahan Malaysia mutakir ini, rejim yang dimaksudkan adalah kerajaan BN yang kini menjadi pemerintah di peringkat pusat dan menguasai kerajaan negeri Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, dan Sarawak.

Keselamatan Rejim

Keselamatan adalah mengenai kelangsunan atau survival sesuatu entiti. Ia juga membabitkan inisiatif untuk menghapuskan ancaman kepada entiti berkenaan. Dalam konteks keselamatan rejim, ianya memfokus kepada survival rejim, kerajaan, atau pemerintah di sesebuah negara terbabit.

Keselamatan rejim juga membabitkan dayausaha untuk menghapuskan seluruh ancaman yang boleh menjejas atau memusnahkan survival serta destini rejim tersebut.

Buzan (1991:19) menegaskan, keselamatan politik (keselamatan rejim) adalah mengenai kestabilan organizational sesebuah negara, sistem pemerintahannya, dan juga ideologi yang memberikan legitimasi kepada negara dan pemerintah terbabit.

Ini bermakna bahawa keselamatan rejim adalah mengenai usaha menumpaskan seluruh ancaman kepada survival sesebuah parti politik yang menjadi paksi kepada pemerintahan di sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, hakikat ini menjurus kepada survival BN dan UMNO sebagai paksi utama kepada komponen BN.

Ancaman Rejim

Sementara itu, sasaran kepada ancaman-ancaman politik dihuraikan oleh Buzan (1991) seperti berikut:

Ancaman-ancaman politik adalah disasarkan kepada kestabilan organizational sesebuah negara. Matlamatnya pelbagai, termasuk desakan ke atas kerajaan mengenai sesuatu dasar menerusi penggulingan kerajaan terbabit; menggerakkan usaha pemisahan; atau menghuru-harakan sistem politik yang wujud sebelum sesuatu serangan ketenteraan. Idea negara (the idea of the state), terutamanya identiti nasional dan ideologinya, serta institusi negara, adalah sasaran kepada ancaman-ancaman politik. Oleh kerana negara adalah entiti politik, ancaman-ancaman politik amat ditakuti sama seperti ancaman ketenteraan. Keadaan ini lebih menonjol dalam sesebuah negara lemah. Namun begitu, walaupun sesebuah negara itu kuat dan powerful, ancaman-ancaman politik seharusnya ditakuti seperti ancaman militari (Buzan 1991:118-119).

Apa yang dimaksudkan menerusi huraian ini adalah: ancaman-ancaman politik boleh menyebabkan penggulingan sesebuah kerajaan; sasaran utamanya adalah identiti nasional, ideologi nasional, dan juga institusi negara; dan ancaman-ancaman ini sama impaknya seperti ancaman ketenteraan daripada sesebuah negara asing.

Dalam konteks Malaysia belum pernah berlaku sesuatu tindakan menggulingkan pemerintah menerusi rampasan kuasa. Tetapi, penggulingan kerajaan boleh terjadi menerusi PRU. Ini telah pun terjadi di beberapa negeri dalam PRU12.

Institusi Negara

Pada waktu yang sama, terminologi instutisi negara dalam konteks takrifan di atas adalah merujuk kepada seluruh jentera kerajaan merangkumi sektor legislatif atau pembikin undang-undang (Parlimen dan DUN); sektor eksekutif atau perkhidmatam awam serta agensi-agensi berkaitan kerajaan termasuk GLCs; dan juga sektor judisiri atau pengurus undang-undang, lebih khusus lagi Peguam Negara dan para hakim.

Oleh itu, adalah jelas di sini bahawa dalam menghujah soal keselamatan rejim, jangan sesiapa beranggapan bahawa seluruh jentera kerajaan ini tidak terlibat atau perlu berpeluk tubuh serta menjadi entiti yang non-partisan.

Hakikatnya demikian kerana sesebuah negara adalah didukung oleh ketiga-tiga institusi ini. Dan, oleh kerana idea negara adalah satu konsep politik dan konsep keselamatan, institusi negara tidak boleh memisahkan diri daripada terlibat untuk mempertahankan keselamatan negara dan juga keselamatan rejim yang memerintah negara berkenaan.

Fokus Analisis

Oleh sebab itu, persoalan pokok dalam siri ini adalah: apakah destini BN dalam PRU13? Jika dalam PRU12 BN kehilangan kuasa di beberapa negeri; hanya menang dengan majoriti dua kerusi di Negeri Sembilan; majoriti kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan dikuasai pembangkang; dan BN gagal merampas semula Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990; apakah BN mampu menguasai semula negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, menambahkan majoritinya di Negeri Sembilan, serta mengekalkan prestasi serta kekuasaannya di lain-lain negeri yang diperintahnya pada hari ini, menerusi PRU13?

Persoalan ini akan dirungkai menerusi pendekatan berikut. Satu, analisis terhadap BN serta beberapa komponen utamanya; serta menyorot kredibaliti kepimpinan tertinggi BN dan sayap-sayap terpenting dalam komponen utama BN. Dua, merungkai prestasi dan sikap Ahli Parlimen serta DUN BN, perkhidmatan awam, dan judisiari, yang sewajarnya berperanan mengukuhkan institusi negara. Tiga, memperincikan dasar-dasar baru Kerajaan BN dan impaknya kepada sokongan rakyat jelata.

Persoalan ini penting dikaji kerana PRU13 dijangka pada 2013. Tetapi, ia juga boleh diadakan pada bila-bila masa berasaskan keputusan BN selaku parti pemerintah di peringkat pusat. Persoalan ini jadi lebih kritikal kerana BN telah dilanda tsunami siasah dalam PRU12. [Bersambung. Siri dua akan disiarkan pada Khamis depan.]
Posted by kudakepang at 1:50 PM 16 comments Links to this post
Monday, July 05, 2010
Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Pengenalan
Ruhanie Ahmad

Satu daripada kategori keselamatan bukan tradisional dalam era kontemporari adalah keselamatan rejim atau keselamatan pemerintah sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, ianya adalah mengenai keselamatan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditulangbelakangi oleh UMNO.

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO, kebelakangan ini terbukti amat prihatin terhadap keselamatan rejim BN. Kedua-duanya sentiasa mengeluarkan kenyataan, ingatan, serta harapan, semoga semua pihak turut prihatin terhadap hakikat yang sama.

Tetapi, keprihatinan, ingatan, dan harapan Najib serta Muhyiddin seolah-olah tidak menerima reaksi sewajarnya. baik oleh sayap-sayap terpenting dalam UMNO, mahupun oleh komponen terbesar BN di Malaysia Semenanjung.

Latarbelakang

Senario seperti ini boleh mengancam keselamatan Kerajaan BN. Memang pakatan pembangkang sendiri sedang bercelaru dan dilanda oleh pelbagai skandal dan masalah, seperti yang terjadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR, dan juga Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Tetapi, BN dan UMNO juga berada dalam keadaan yang kurang mantap.

Contohnya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO terus digerhanai oleh "krisis kredibaliti" akibat tuduhan politik wang dalam pemilihan parti tempoh hari. Ketua Pergerakan Pemuda MCA juga dilanda pelbagai tohmah dan dakwaan, terutamanya menerusi beberapa blog yang disasarkan khusus kepadanya.

Pada waktu yang sama, permuafakatan dalam BN, terutamanya di Malaysia Semenanjung, jelas rapoh. Polemik demi polemik tercetus. Sesetengah komponen BN tergamak bermain api yang impaknya membakar perasaan dan jiwa orang Melayu dan Bumiputera yang menjadi penyumbang undi terbesar kepada BN.

Di dalam UMNO sendiri wujud protes senyap terhadap kredibaliti sesetengah pegawai bergaji dan tidak bergaji yang dilantik untuk berkhidmat di Ibupejabat UMNO Malaysia.

Hakikat ini bagaikan api dalam sekam. Jika tidak segera diatasi, ia boleh menyebabkan segolongan warga UMNO bersikap acuh-tak-acuh dalam perjuangannya untuk agama, bangsa, dan tanah air. Sokongan warga UMNO terhadap Kerajaan BN juga mungkin merosot.

Persoalan Pokok

Oleh sebab itu, persoalan pokok dalam tulisan ini adalah: apakah destini Kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)? Jika dalam PRU12 BN kehilangan kuasa di Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah; hanya menang dengan majoriti dua kerusi di Negeri Sembilan; dan gagal merampas semula Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990; apakah BN mampu menguasai semula negeri-negeri terbabit, menambahkan majoritinya di Negeri Sembilan, serta mengekalkan prestasinya di lain-lain negeri yang dikuasainya pada hari ini, menerusi PRU13?

Persoalan ini akan dirungkai menerusi pendekatan berikut. Satu, analisis terhadap BN, UMNO, serta beberapa komponen utamanya. Dua, menyorot kredibaliti kepimpinan tertinggi sayap-sayap terpenting dalam komponen utama BN. Tiga, merungkai prestasi perkhidmatan awam yang sewajarnya berperanan mengukuhkan institusi negara. Empat, memperincikan dasar-dasar baru Kerajaan BN dan impaknya kepada sokongan rakyat jelata.

[Nota: Anda dipersilakan untuk berkongsi pendapat---pro dan kontra---untuk merungkai seluruh persoalan di atas menerusi blog ini bagi membolehkan persoalan-persoalan tersebut dibicarakan secara terperinci demi manfaat bersama.]/td>

ORANG MELAYU WAJIB BACA INI.

Posted: 02 Sep 2010 02:08 AM PDT

ASAL BANGSA MELAYU

Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi

Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil :
1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara.
Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.

2. Bahasa-bahasa Polinesia
Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti

3. Bahasa-bahasa Melanesia
Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia

4. Bahasa-bahasa Mikronesia
Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.

Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut :

1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) – Palembang

batu bersurat talang tuwo-684M_Palembang

Batu Bersurat Talang Tuwo

2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) – Palembang
3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) – Pulau Bangka, Palembang
4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) – Palembang

Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

Istilah "Melayu" timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang "Mo-Lo-Yue" yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan "Mo-Lo-Yue" ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi. :

1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) – Gandasuli, Jawa Tengah
2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi.
3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M dengan tulisan pada kaki alasnya
4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan "Malaya" atau "Melayu" pada bahagian belakangnya.

Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masehi)

Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan Bahasa Melayu telah dijumpai :

1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) – ditulis dalam tulisan India dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit.
2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) – juga ditulis dalam tulisan India dengan beberapa perkataan Arab

batu nisan minye_ batu bersurat
3. Batu Bersurat Terengganu – dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303 M hingga 1387 M. Ia ditulis dalam tulisan Jawi.

Abad ke -13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab.

Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi "lingua franca" para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam "Sejarah Melayu" oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

1. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan adalah daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar.

2. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

3. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :
"Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang."

Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :

1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London

Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah :

1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri ("Bustanul Salatin")
2. Shamsuddin Al-Sumaterani ("Mirat Al-Mukmin")
3. Abdul Rauf Singkel ("Mirat Al-Tullab")
4. Hamzah Fansuri ("Syair Perahu")

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab "Hikayat Al-Salakin".

Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan "Syair Rakis", manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab "Sabil Al-Muhtadin". Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan "Matla'al Badrain" dan "Furu' Al-Masail".

Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masehi)

Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu selanjutnya.

Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab "Al-Hakim" oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan "Sabil Al-Hidayat" oleh Sayyed Aluwi Ba'aluwi (1899 M)

Tetapi hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu "Bustan Al-Katibin" (1857 M), "Pengetahuan Bahasa" (1859 M), "Salasilah Melayu dan Bugis" (1865 M) dan "Tuhfat Al-Nafis" (1865 M). Pada masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti "Hikayat Negeri Johor" dan "Kitab Pemimpin Johor".

Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan Bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara.

Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu (begitu juga hari ini).

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan.

Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.

Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi "tuan" dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka.

Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.

Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen". Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu.

Petikan dari;

http://faculty.unitarklj1.edu.my/

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Melayu Dari Wikipedia

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. [9] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.
Etimologi

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.[11] Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.[11]

Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.[11]
[sunting] Masalah dalam penakrifan orang Melayu

Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia, orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:

* Penakrifan undang-undang
* Penakrifan antropologi

[sunting] Penakrifan undang-undang

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [12]:

1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.
[sunting] Penakrifan antropologi

Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. [13] Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.[14]
[sunting] Asal usul bangsa Melayu

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

* Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
* Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,[15] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal dari Yunan.

Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.
[sunting] Orang Negrito

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
[sunting] Melayu Proto

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
[sunting] Melayu Deutro

Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
[sunting] Teori Nusantara

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".
3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.
[sunting] Kekeluargaan orang Melayu

Rencana utama: Adat berserumah tangga Melayu

Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal, monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai beberapa variasi. Dalam sistem ini, keluarga boleh bercerai dan bergabung sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan perkahwinan semula. Malah bukan semua keluarga akan mengalami perkembangan kepada keluarga luas yakni sebuah keluarga (yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan 3 generasi. Kelahiran cucu mungkin membawa kepada perkembangan ini tetapi juga mungkin membawa kepada perpecahan keluarga dengan perginya ibu bapa yang baru demi mencari ruangan yang baru di luar rumah untuk keluarganya yang mengalami penambahan ahli. Di samping itu, faktor yang menyebabkan seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin disebabkan oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain.
[sunting] Perkahwinan orang Melayu

Rencana utama: Adat resam kahwin Melayu

Orang Melayu amat beradat. Perkahwinan mereka secara umumnya terbahagi kepada lima peringkat istiadat: merisik, melamar, bertunang, bernikah dan bersanding.
[sunting] Melayu kacukan

Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan pernah dijajah oleh kuasa Eropah, banyak orang Melayu berkahwin campur dengan bangsa asing dan anak mereka dikenali sebagai Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada mempunyai kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak ternyata dan susah hendak dikatakan. Di antara masyarakat Melayu Kacukan yang terkenal adalah Melayu Eropah, Melayu India dan Melayu Arab.

MESTI BACA : HUDUD PAS KEMANA DAN DI MANA?

Posted: 01 Sep 2010 05:30 PM PDT

Ke mana hukum hudud Pas?

SUDAH jelas dan nyata kini, matlamat Pas untuk memperjuangkan hukum hudud sudah berakhir. 

SEBABNYA.

(1)   Penegasan dan penentangan yang diberikan oleh beberapa pemimpin dalam pakatan pembangkang sudah memberi isyarat bahawa cita-cita Pas dalam soal itu sudah berkubur.

(2)  Pas kini perlu mengakui keberadaan mereka bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan tersebut semata-mata untuk mencari kuasa politik.

(3)   Parti itu sudah tidak berhak lagi bercakap soal melaksanakan hukum hudud atau memperjuangkan negara Islam. Pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika berjaya memerintah negara ini, sudah menjadi bukti bahawa cita-cita Pas sudah berkubur.(RANCANG DALAM MUKTAMAR SAHAJA)

(4)   Oleh itu, tidak perlulah lagi Pas hendak bersandiwara termasuk terus melemparkan tuduhan kepada UMNO bahawa parti itu mengamalkan semangat kebangsaan.

(5)    Jika pakatan pembangkang ditakdirkan memerintah Malaysia, Pas hanya menjadi 'pak turut' kepada PKR dan DAP sekali gus hanya akan menyebabkan mereka terikat dengan kesepakatan bersama iaitu terus mempertahankan dan mengamalkan Perlembagaan sekular sedia ada.

(6)     Pas seharusnya tidak perlu berdolak-dalih atau membuat kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud tetap menjadi keutamaan mereka kerana dasar mempertahankan Perlembagaan sedia ada sudah dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Pas.

"Itulah hakikatnya! Itulah faktanya! Bahawa perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar dan persetujuan bersama pakatan pembangkang.

"Itu hanya mimpi Pas, kata pemimpin pembangkang (yang lain)! Mimpi yang Pas tidak akan dapat capai selagi bersama pakatan pembangkang.

"Saya percaya ramai ahli akar umbi Pas tidak tahu yang undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan, negara Islam tidak akan ditubuhkan serta Perlembagaan sekular sedia ada akan terus diamalkan jika pembangkang memerintah," kata Zulkifli.

Apa yang lebih malang kepada sebuah parti seperti Pas yang dilihat terlalu ingin berkuasa di peringkat pusat, ialah awal-awal lagi sudah diberi amaran bahawa mereka tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini.

Penyelaras pakatan pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim contohnya sudah menegaskan bahawa untuk melaksanakan hukum hudud, Pas perlu mendapatkan kerusi paling banyak di Parlimen dan ia juga perlu mendapat sokongan daripada ahli Parlimen yang lain.

Persoalannya adakah PKR dan DAP akan merelakan Pas dominan dalam pakatan atau lebih tepat lagi memiliki kerusi paling banyak dalam Parlimen?

Adakah DAP yang menentang keras pelaksanaan undang-undang Islam akan membuka laluan kepada Pas. Begitu juga PKR, apakah Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tunduk dengan desakan Pas atau akan memenuhi permintaan DAP.

Kita tidak harus lupa bahawa Anwar lebih rapat dengan DAP berbanding dengan Pas. Kesediaan DAP memberikan peluang kepada Anwar untuk terus menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat telah menyebabkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhutang budi dengan DAP.

Malahan dalam senario politik sekarang, di mana kedudukan undi orang Melayu terpecah, Anwar lebih rela bersahabat rapat dengan DAP bagi meraih undi bukan Melayu berbanding dengan Pas.

Kita juga percaya dalam mengekalkan kekukuhan dalam pakatan Anwar lebih percaya kepada DAP berbanding Pas, memandangkan sebahagian pemimpin Pas masih berpegang teguh kepada pendirian bahawa apa pun berlaku, hak keistimewaan kedudukan orang Melayu dan umat Islam dipertahankan.

Berdasarkan hakikat itu, Pas tidak perlu melutut apatah lagi terus tunduk kepada PKR dan DAP. Pas mempunyai kekuatan sendiri dan masih lagi menjadi parti alternatif kepada orang Melayu.

Pas perlu jujur kepada ahli-ahlinya dan orang Melayu. Mereka perlu secara terbuka mengakui bahawa perjuangan untuk melaksanakan hukum hudud dan menegakkan negara Islam sudah tiada lagi dalam kamus perjuangan politiknya.

Janganlah ada di kalangan pemimpin parti itu yang cuba berdolak-dalik dengan mengatakan hukum hudud tidak pernah menjadi keutamaan mereka sebelum ini.

Selama ini hukum hududlah yang menjadi pelaris kepada Pas untuk meraih undi daripada orang Melayu. Malahan ramai orang Melayu menyokong Pas kerana percaya parti itu benar-benar ingin menegakkan perjuangan Islam.

Pemimpin-pemimpin Pas perlu mengakui bahawa perjuangan mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti adalah semata-mata untuk merebut kekuasaan dan meneruskan misi sejak tahun 1951 iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pas tidak boleh lagi terus memberi harapan palsu kepada pengikut setianya bahawa perjuangan Islam menjadi teras utama politik mereka.

''Saya yakin dan percaya kebanyakan ahli akar umbi Pas memang ikhlas bersama dengan parti itu kerana percaya pada perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

''Klimaksnya apabila satu Kenyataan Bersama dikeluarkan baru-baru ini memperkukuhkan Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam," katanya.

Justeru sudah sampai masanya, Pas bertindak jujur dalam meraih undi dan sokongan dalam pilihan raya.
Janganlah berkobar-kobar bercakap kononnya hendak melaksanakan hukum hudud kerana ia adalah satu perbuatan politik yang tidak bermoral.

Akui sahaja selagi Pas masih menjadi pak turut dan ibarat melukut di tepi gantang di dalam pakatan pembangkang selagi itulah cita-cita murni mereka hanya sekadar menjadi slogan.

Perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud sama seperti slogan 'membangun bersama Islam' tiada apa-apa makna sebaliknya hanya sekadar halwa telinga sahaja, pelaksanaannya terlalu banyak kecacatan.

Jika Pas masih lagi tidak faham permainan politik yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP, ingatlah kembali kata-kata Zaid iaitu: ''Awak perlu menang dua per tiga dulu, kemudian baru kita boleh bercakap, kalau tidak ia hanya teori politik. Tok guru ada mimpi, saya pun ada mimpi. Contohnya impian saya ingin terbang ke bulan, tidak salah bercakap, saya boleh lakukan atau tidak bergantung kepada keadaan.''

Semoga pemimpin-pemimpin Pas akan memahami mesej berkenaan. Jangan sampai nanti Pas ibarat menang sorak kampung tergadai apabila pengikut setia dan jentera partinya, siang malam bertungkus-lumus berkempen tetapi orang lain yang menikmati kemenangan!

Pengikut