Jumaat, 23 Julai 2010

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


HAI MAMBANG TANAH MAMBANG AIR MAMBANG PASIR MAMBANG API?? MAMBANG BALAK DA...

Posted: 23 Jul 2010 04:45 AM PDT

Terlalu banyak boleh ditulis pasal sikap DAP, PKR dan PAS sama ada dulu, kini dan selamanya...

Namun, bagi Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali, beliau ada istilah menarik bagi menunjukkan sikap rakus pemimpin-pemimpin pakatan rakyat itu. Katanya, DAP gila tanah masa pakatan rakyat memerintah Perak hingga meluluskan pemberimilikan 999 tahun.

PKR di Selangor pula gila pasir dengan aktiviti perlombongan yang boleh menyebabkan negeri itu 'berlubang' kalau kegiatan itu tidak dihentikan. Manakala PAS di Kelantan pula kata Ibrahim gila balak hingga menyebabkan hasil hutan itu dikeluarkan tanpa kawalan demi mengenyangkan perut kroni-kroni pemimpin PAS di negeri itu. Menurut Ibrahim, DAP, PKR dan PAS sudah jadi mambang – Mambang Tanah, Mambang Pasir dan Mambang Balak.

Kisah pemberian tanah di Perak bukan cubaan, kisah pembalakan di Kelantan juga bukan cubaan dan kisah curi pasir di Selangor juga bukan cubaan. Cuma peliknya di Selangor, apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, beliau tidak menyedari bahawa wujud kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan selain pencuri pasir di Selangor.

Katanya, beliau juga baru mengetahui bahawa terdapat pihak yang hanya menjadi ejen bagi mendapatkan lesen pasir. Biar betul Khalid. Mustahil sebagai Menteri Besar tidak tahu aktiviti pelombongan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang di perbadankan di bawah pejabatnya?

Pelik juga bila Khalid menegaskan tujuan KSSB ditubuhkan bukan untuk mencari keuntungan tetapi untuk mewujudkan keadaan bekalan pasir yang stabil padahal dulu katanya adalah untuk merakyatkan ekonomi.

Kononnya hasil keuntungan pasir itu boleh diagih-agihkan untuk membeli hati rakyat Selangor sama macam beri air percuma supaya boleh terus pangkah Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang. Nampak sangat Khalid tidak tahu mengurus negeri dan tidak mustahil desas desus Azmin Ali akan mengisi kerusi Menteri Besar selepas hari raya nanti.

Cara macam mana, kena tunggu permainan politik Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim. Satu lagi perangai Khalid nak tutup kelemahan beliau adalah untuk mendedahkan apa pernah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah dahulu.

Sebelum ini beliau sanggup benarkan dokumen yang diklasifikasikan sulit didedahkan kepada orang awam semata-mata untuk menutup kelemahannya. Terbaru khabarnya, beliau mahu dedahkan syarikat-syarikat yang dapat lesen korek pasir sejak tahun 2005 hingga 2007.

Tujuannya nak tunjukkan masa kerajaan BN dahulu, kegiatan korek pasir juga hebat. Tetapi Khalid lupa, ketika itu tidaklah ada KSSB (Korek Sampai Selangor Berlubang) dan kerajaan sentiasa tegas terhadap kegiatan melombong secara haram hingga Exco bertanggungjawab Datuk Abdul Fatah Iskandar kerap turun padang dan berperang dengan 'tonto-tonto' geng curi pasir ini.

Di zaman kerajaan Pakatan Pembangkang, Exco bertanggungjawab Yaakob Safari dikatakan hanya duduk di pejabat memanaskan kerusi. Bagi rakyat Selangor, jika sebelum ini mereka pilih pakatan rakyat untuk cubaan kini semuanya sudah jadi betul-betul. Tepuk dada tanya selera kerana Pakatan Rakyat kini sudah bertukar jadi Mambang Pasir.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Puak 'Anwarinas' musnahkan perjuangan asal PAS

Posted: 23 Jul 2010 10:09 AM PDT


Oleh Jamhariah Jaafar

2010/07/16

PAS perlu mengambil tindakan tegas termasuk memecat individu yang jelas tidak lagi mendokong asas perjuangan parti tetapi membawa parti alternatif bangsa Melayu itu ke kancah perpecahan dan ketidaktentuan yang amat serius hari ini.

Individu ini saya gelar sebagai Anwarinas kerana menjadikan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebagai kiblat mereka. Mereka inilah yang mengorbankan asas perjuangan yang PAS dokong sejak sekian lama.


Penyokong Anwar dalam PAS ini bukan saja bersekongkol dengan DAP, bahkan banyak menonjolkan isu lain serta berkompromi dalam hal agama semata-mata kerana tidak mahu mengecilkan hati DAP.

PAS kena ambil tindakan tegas ke atas Anwarinas ini pecat saja mereka atau pindah ke PKR, tegas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin (Bebas) yang masih menganggap dirinya sebagai penyokong setia PAS, walaupun bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Zulkilfi ialah ahli PAS sebelum dipinjamkan untuk bertanding atas tiket PKR. Ahli Parlimen itu mengumumkan keluar PKR selepas tidak lagi sanggup terus berbohong dan berjuang atas dasar yang dianggap semata-mata untuk menyelamatkan manusia bernama Anwar Ibrahim.

Namun perasaan sayangnya pada PAS dan pendirian untuk menegakkan negara Islam masih tidak berubah. Beliau masih berkopiah walaupun ketika di Parlimen selain terus berceramah di surau dan masjid dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendakwah.

Suara lantang Zulkifli sering mengecutkan perut kepemimpinan pembangkang kerana segala rahsia dan strategi terutama PAS serta PKR memang dalam genggamannya. Apatah lagi pernah menjadi peguam Anwar serta berada dalam kumpulan perancang dalam misi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Minggu lalu, Ahli Parlimen itu membetulkan gelaran yang paling wajar diberi kepada pemimpin PAS yang menjadikan Anwar sebagai kiblat perjuangan sebagai Anwarinas menggantikan perkataan Erdogan yang dianggap tidak tepat.

Baginya, panggilan Erdogan yang pernah digunakan bagi kumpulan penyokong Anwar sebenarnya tidak tepat. Erdogan di Turki walaupun dianggap sebagai Islam liberal tetapi tidak pernah bersekongkol dengan kafir dan tegas dalam pendirian serta perjuangan menegakkan agama Allah.

Apa yang paling saya bimbang ialah PAS semakin rosak jika terus mengekalkan semua Anwarinas ini. Kalau ikut perspektif, PAS masih menjadi alternatif orang Melayu. Namun keadaan itu semakin terhakis apabila ia mengubah haluan menerima agenda pakatan pembangkang dan hilang arah dalam agenda sendiri, katanya.

Zulkifli juga tidak menafikan semakin ramai pemimpin PAS terutama Ahli Parlimennya syok sendiri, melupakan asas perjuangan parti, rancak menukar penampilan diri dan mula mencari kekayaan peribadi.

Sebab itu saya panggil ini politik ngranimah selepas menang kita mula nampak harta rampasan, jawatan dan kedudukan.

Ini yang berlaku pada Perang Uhud. Rasulullah mengarahkan pasukan pemanah jangan berganjak walau apapun terjadi. Tetapi selepas berasa mencapai kemenangan dan nampak harta rampasan, pasukan itu meninggalkan kubu dan membiarkan tentera Islam diserang dari belakang. Tentera Islam kalah sebab harta perang.

Inilah politik ngranimah yang berlaku dalam PAS sekarang. Dulu kalau nak bertanding ramai tak mahu namun sanggup berkorban wang dan harta benda untuk perjuangan. Tapi sekarang, sampai jawatan pemeriksa kira-kira pun kena bertanding, busuk-busuk pun boleh jadi Ahli Majlis, semua ini gara-gara ngranimah, katanya.

Zulkifli juga menegur kepemimpinan PAS yang terlalu bergantung dengan DAP, seolah-olah tidak percaya dengan diri sendiri sehingga kelebihan yang ada tidak digunakan sepenuhnya.

Cuba PAS ambil contoh parti Liberal Demokrat di Britain, sebuah parti yang hanya menang kira-kira 20 kerusi tapi pemimpinnya boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam keadaan menjadi penentu, kelebihan yang ada pada PAS sebenarnya boleh membawa faedah terutama kepada dasar perjuangan Islam dan bangsa Melayu, tapi ini tidak berlaku.

Yang kasihan ialah pengikut akar umbi, mereka bimbang dan keliru dengan pendirian kepemimpinan PAS terutama membabitkan hal bertentangan dengan agama, katanya.

Ahli Parlimen itu turut menegur ramai pemimpin PAS yang bukan saja berubah perwatakan, bahkan cara berpakaian.

Dulu kalau ustaz PAS tak pakai kopiah, orang tak nak dengar ceramah. Tapi sekarang berapa ramai pemimpin PAS pakai kopiah?

Dalam Parlimen begitu juga, dulu masa baru menang ramai berkopiah, sekarang dia sendiri buka. Bukan saya kata kopiah itu penting, tapi pertukaran mentaliti (yang semakin kebendaan), tegurnya.

Rasa kesalnya turut berpanjangan kepada Dewan Ulama PAS kerana tidak lagi menegur pemimpinnya yang jelas terpesong daripada dasar perjuangan parti, sehingga membuatkan ramai ulama yang dulu menyokong parti ini mula menyepikan diri.

Antara paling dikesalkan apabila Dewan Ulama PAS tidak menegur pemimpin yang memaki hamun parti lawan terutama sesama bangsa dan agama.

Islam tidak mengajar kita memaki hamun. Saya tidak setuju golongan ulama seperti Dr Asri (Zainul Abidin). Walaupun Islam galakkan kita berpolitik, tapi ia tidak membabitkan dengan politik kepartian kerana kita kena berkompromi. Sebagai pendakwah, kita akan duduk di surau dan masjid, jadi kalau menyertai parti politik - hendak tak hendak kita terpaksa memihak.

Saya dulu masa dalam pakatan pembangkang juga melakukan perkara sama, tapi sekarang saya sudah insaf. Apabila meletakkan diri pada dasar moral yang tinggi, kita kena tunjuk contoh yang baik, kata Ahli Parlimen yang turut meletak harapan PAS dan UMNO boleh duduk di meja rundingan bagi kepentingan masa depan agama serta bangsa.

"PADAN DAH WEY"

Posted: 23 Jul 2010 10:02 AM PDT

21 tahun rakyat Kelantan harung kepayahan, bosan janji kosong PAS
Oleh Nik Yahya Abdul Rahman

2010/06/04

UNGKAPAN 'padan dah wey' adalah paling sesuai dengan suasana kehidupan harian dan senario ekonomi rakyat Kelantan. Keresahan dan kepayahan diharungi masyarakat desa di kebanyakan kawasan pedalaman negeri itu cukup memilukan.

Kalau tidak percaya, sesekali masuklah ke kawasan kampung tradisional dan pedalaman. Mereka dahagakan pembangunan. Setidak-tidaknya seteguk air paip bersih, sekilau cahaya lampu elektrik dan sedering telefon pondok. 

Kini sudah hampir 21 tahun mereka berada dalam keadaan serba-serbi kekurangan sejak PAS memerintah. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, ada lagi rakyat Kelantan yang seramai 1.4 juta orang itu yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.'
Tiada siapa menafikan kalau dikatakan bahawa keseluruhan rakyat Kelantan begitu memerlukan pembangunan. Bagi masyarakat bandar, mereka masih tidak berpuas hati dengan kemudahan awam di kawasan perumahan yang tidak terbela, tanah untuk bercucuk tanam sempit, pembetungan dan pembuangan najis tidak terurus, sistem perkumuhan yang tidak mesra alam, sistem saliran dan pembuangan sampah tidak teratur serta tebatan banjir tidak berkesan.

Bagi penduduk kampung pula, mereka memerlukan infrastruktur jalan raya untuk mereka keluar/masuk kampung dengan selesa. Namun, sistem pengangkutan awam terlalu daif, sistem komunikasi termasuk telefon dan internet yang hanya dinikmati mereka yang berada, peralatan, baja dan input pertanian yang rendah mutunya.

Malah, pusat pemasaran hasil pertanian tidak lengkap, bangunan sekolah dan peralatan belajar tidak terurus khasnya sekolah agama rakyat, kesihatan dan kawalan penyakit masyarakat desa yang masih tidak terjaga dan sistem sosial lemah kerana kerajaan PAS tidak menggalakkan masyarakat desa untuk beriadah dan menghilangkan penat lelah bekerja dengan permainan tradisional seperti wayang kulit, mak yong, menora, dikir barat dan permainan puteri.

Kehidupan rakyat Tanah Rendah Sekebun Bunga itu tidak teratur. Buktinya banyak kampung yang masih tidak menikmati bekalan api elektrik, bekalan air bersih dan perhubungan telefon yang baik. Ada yang masih terus menggunakan lampu pam (minyak tanah), meminum air perigi atau air sungai dan tidak ada pondok atau talian telefon.
Negara kita merdeka sudah hampir 53 tahun. Negeri lain yang diperintah Barisan Nasional (BN) terus bertambah maju. Contoh ialah Terengganu. Lihat saja bandar Jertih yang terletak hanya 25 kilometer (km) dari bandar Pasir Puteh, jauh lebih maju dalam semua bidang.

Bandar Jertih dan daerah Besut mempunyai pelbagai kemudahan awam antaranya Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM); Universiti Darul Iman Malaysia (UDM); Kompleks Perikanan LKIM Besut; pusat pertumbuhan baru dan gerai MARA; Maktab Rendah Sains Mara (MARA); Institut Kemahiran Mara (IKM); dua masjid besar lagi cantik; jalan raya menyelinap ke semua kampung; dua dewan orang ramai yang besar dan selesa; medan ikan bakar yang menyelerakan di Kuala Besut dan pusat pelancongan dunia semula jadi di Pulau Perhentian dan banyak lagi.

Berbanding bandar Pasir Puteh yang jauh ketinggalan di belakang. Bandarnya tidak teratur. Tidak ada tebatan banjir yang mampu membendung banjir; tidak mempunyai pasar besar yang kemas dan selesa dan bandarnya pula semakin sempit; stesen bas dan teksi yang daif – sekiranya hujan lebat menyusahkan pengguna dan orang awam.

Dalam pada itu, pemimpin PAS Pasir Puteh bercerita di sana sini dengan bangganya pembangunan pusat pertumbuhan pertanian dan pendaratan ikan Tok Bali yang terletak 15 kilometer dari bandar itu.

Kalau ada pembangunan di Tok Bali dan sekitarnya - itu kerja siapa? Kerajaan mana yang melaksanakan pembangunan itu? Apakah pembangunan yang 'berjebak' (melimpah ruah) di Tok Bali dilakukan kerajaan PAS? Jawapannya pelajar sekolah rendah pun tahu. Semuanya adalah usaha kerajaan BN yang ingin membangunkan rakyat Kelantan.

Sebagai anak Kelantan di perantauan, kita rasa malu dengan sikap pemimpin PAS. Kelantan masih pada tahap hanya cukup makan. Rakyat Kelantan khasnya penyokong PAS yang serba serbi kekurangan itu terus terlena dibuai dengan nyanyian yang melalaikan serta ceramah yang memutarbelitkan fakta agama dan syariah setiap hari oleh pemimpin PAS, termasuk juga PKR.

Itu baru satu jajahan, belum lagi kita tengok bandar Kuala Krai, Pasir Mas, Machang dan Tumpat. Begitu juga dengan Bandar Raya Islam Kota Bharu yang dibanggakan PAS yang begitu kotor dan berbau busuk.

Kita yakin pemimpin PAS mentakrifkan 'pembangunan' adalah kerja menaikkan atau membina bangunan. Bagi mereka, berpuluh gerai makanan dan masakan Thai yang berselerak di bandar Kota Bharu itu adalah pembangunan. Pada pandangan mereka, stesen bas dan teksi di Kota Bharu yang tidak pernah selesa dan menyakitkan mata memandang itu juga adalah pembangunan.

Selain itu, ramai rakyat Kelantan sudah bosan dengan pemimpin PAS yang selalu 'cakap lain buat lain'. Selain itu, rakyat Kelantan juga bosan dengan wakil rakyat import. Mereka akan datang ke kawasan masing-masing sebagai 'VIP'.

Rakyat tahu kemampuan wakil rakyat mereka hanya berceramah dan berjanji, tetapi kalau hendak pertolongan - sama ada untuk bantuan anak sekolah, kesihatan, kebajikan masyarakat atau bantuan zakat serta rumah PPRT, mesti kena berjumpa pemimpin UMNO dan BN. 

ULASAN.

Nak tambah lagi sepenggal ke?

PERPADUAN UMNO - PAS....

Posted: 23 Jul 2010 09:35 AM PDT

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1. Perpaduan Melayu demi kelangsungan ummah
UMNO. Perpaduan Melayu demi kelangsungan ummah. USAHA membina perpaduan Melayu wajar dijadikan agenda politik Melayu hari ini. Ia memerlukan komitmen atau iltizam yang tinggi dari kedua-dua parti Melayu UMNO dan Pas. Perpaduan harus menjadi wahana ke arah memperkasa kembali kuasa politik Melayu yang semakin terhakis. 22/07/2010 - size 4972 bytes
2. Mana lebih penting, perpaduan atau kepimpinan yang baik?
UMNO,Barisan Nasional,BN. Mana lebih penting, perpaduan atau kepimpinan yang baik?. SEJAK kebelakangan ini, isu perpaduan orang Melayu, khasnya penyatuan UMNO dan Pas mendapat perhatian ramai. Penekanan isu ini adalah untuk mengelak malapetaka orang Melayu kehilangan kuasa.Tidak dinafikan tentang p 21/07/2010 - size 5460 bytes
3. Penyatuan UMNO-Pas bukan kerja mudah
UMNO. Penyatuan UMNO-Pas bukan kerja mudah. SEBAGAIMANA saya pernah memberi sokongan kepasa cadangan penubuhan kerajaan perpaduan UMNO-Pas, saya juga sangat menyokong kerjasama ini bagi memudahkan penubuhan negara Islam direalisasikan kerana kedua-dua parti dianggotai oleh orang Melayu beragamTetapi kerja untuk itu bu 15/07/2010 - size 5529 bytes
4. BISIK-BISIK
UMNO. BISIK-BISIK. USTAZ Nik Aziz Nik Mat nampaknya mulai berlembut mengenai isu gagasan kerajaan perpaduan UMNO-Pas. Walaupun kata-katanya masih kabur, namun ia sudah dianggap positif.Awang sebelum ini yakin suara keras Nik Aziz itu akhirnya akan kendur. Kita tahu di dalam hati kecilnya, beliau mengakui gaga 22/06/2009 - size 1564 bytes
5. Kaum India pula bincang ke arah perpaduan
UMNO,MIC. Kaum India pula bincang ke arah perpaduan 20/06/2009 12:02pm. KUALA LUMPUR 20 Jun — Masyarakat India juga kini menggerakkan usaha ke arah perpaduan, mungkin mengambil petunjuk daripada apa yang diuar-uarkan mengenai perbincangan perpaduan UMNO-Pas, yang dilaporkan kini masih di peringkat awal. 20/06/2009 - size 1005 bytes
6. Kerajaan perpaduan: Hormati pandangan Najib, Hadi
UMNO,BN. Kerajaan perpaduan: Hormati pandangan Najib, Hadi. KENYATAAN Perdana Menteri kelmarin mengenai keterbukaan beliau untuk mendengar dan mempertimbangkan apa jua cadangan yang dikemukakan oleh Pas perlu dipandang secara positif.Beliau telah pun menyuarakan keyakinannya terhadap keikhlasan Pas berhubung 18/06/2009 - size 3327 bytes
7. 'Perpecahan Melayu teruk'
UMNO. Perpecahan Melayu teruk'. Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my. PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah.Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa y 18/06/2009 - size 1432 bytes
8. Perpaduan UMNO-Pas demi kekuatan ummah
UMNO. Perpaduan UMNO-Pas demi kekuatan ummah. TAHNIAH saya ucapkan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa di atas kemenangan anda sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Pas yang baru.Alhamdulillah ahli-ahli Pas sebahagian besarnya masih memberi mandat kepada golongan ulama untuk mem 18/06/2009 - size 3056 bytes
9. Melayu amat rindukan perpaduan
UMNO,Barisan Nasional,BN. Melayu amat rindukan perpaduan. Najib Tun Razak memerhatikan Abdul Hadi Awang berbual dengan Mohd. Ali Rustam pada majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pada 6 Januari 2009. - GAMBAR HIASANGagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Pas adalah inisiatif siasa 10/06/2009 - size 9766 bytes
10. Bacalah, hayatilah demi gagasan UMNO-Pas
UMNO. Bacalah, hayatilah demi gagasan UMNO-Pas. ZAINI HASSAN. SASTERAWAN Negara, Datuk Dr. Usman Awang (12 Julai 1929 - Ramadan 29 November 2001) mencoret sajak bertajuk Melayu dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Renungilah, hayatilah setiap patah ayat-ayat keramat bekas wartawan Utusan Melayu ini; yang segen 10/06/2009 - size 4021 bytes 
11. Nasharudin diharap teruskan agenda perpaduan UMNO-Pas
UMNO,Barisan Nasional,BN. Nasharudin diharap teruskan agenda perpaduan UMNO-Pas. KUALA TERENGGANU 7 Jun - Kejayaan Nasharudin Mat Isa mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Pas diharap mampu meneruskan agenda muzakarah UMNO-Pas ke arah membentuk kerjasama antara kedua-dua parti itu.Ketua Pergerakan Pemuda U 08/06/2009 - size 2652 bytes
12. Polemik letak jawatan, kerajaan perpaduan
UMNO,Barisan Nasional,BN. Polemik letak jawatan, kerajaan perpaduan. ISU peletakan jawatan M. Manoharan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah serta polemik kerajaan perpaduan Barisan Nasional (BN)Pas mendapat perhatian penulis-penulis blog beberapa hari ini.Azrinizam Ibrahim dalam b 01/05/2009 - size 5509 bytes
13. UMNO letak 4 agenda -- PM: Penting dibincang dengan Pas demi kepentingan Melayu
UMNO letak 4 agenda - PM: Penting dibincang dengan Pas demi kepentingan Melayu. Oleh: ZULKEFLI HAMZAH, ZULKIFLI JALIL dan ISMAIL DAUD PUTRAJAYA 8 Mac - UMNO hari ini meletakkan empat agenda mengenai kepentingan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan untuk dibincangkan padEmpat agenda itu ialah me 09/03/2001 - size 6694 bytes

MARI BERBALAS PANTUN.

Posted: 23 Jul 2010 09:10 AM PDT


PENDAFTARAN PEMILIH BARU JAN - JUN 2010.

Posted: 23 Jul 2010 09:05 AM PDT


DAP akui agresif daftar semua kaum
2010/06/30 - BH

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP mengakui parti pembangkang itu agresif menjalankan program pendaftaran pemilih baru, tetapi menegaskan ia bukan bertumpu kepada belia Cina saja malah membabitkan semua kaum di negara ini.

Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw, bagaimanapun berkata, parti berkenaan tidak melancarkan sebarang kempen khas atau gerakan secara besar-besaran untuk tujuan itu sebaliknya program pendaftaran pemilih baru diadakan dari semasa ke semasa.

Dari data di atas jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat khususnya DAP jelas mendahului senarai pendaftran baru pengundi berbanding dengan dua parti lain iaitu PAS dan PKR. Ini jelas menunjukkan bahawa DAP dalam usaha mereka untuk mengekalkan Pulau Pinang sebagai kubu kuat DAP selepas kegagalan mereka dalam projek Tanjong 1 dan 11. Jadi tak salahlah bila jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 diberikan kepada DAP oleh penasihat PKR.

Penulis tertanya-tanya juga adakah PAS cuma bertindak sebagai pemerhati sahaja. Ternyata selama ini, PAS dilayan sebagai kelas ke dua dalam Pakatan Rakyat. Cuma yang hairannya mengapa Nik Aziz masih lagi mempertahankan Kerpal Singh. Semua orang tahu, Pengerusi DAP itu ternyata tidak bersetuju dengan idea 'negara Islam" yang digunakan sebagai umpan oleh PAS dalam menarik sokongan pengundi Melayu.

Kata-kata "over my dead body" tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS. Tidak dinafikan ada golongan dalam PAS yang masih lagi mahukan konsep negara tersebut. Cuma perasaan malu yang mengongkong pandangan mereka.

Dalam usaha mereka untuk menawan Putra Jaya, PAS perlukan undi daripada pengundi Cina di kawasan luar bandar dan juga bandar di mana calon mereka bertanding. Begitu juga sebaliknya. DAP selama ini banyak menumpukan di kawasan majoriti pengundi Cina.

Apa pun apabila tiba sahaja pembahagian kawasan Parlimen, selalunya PAS dianaktirikan dengan memberikan kerusi yang ketiga terkurang berbanding dengan DAP dan PKR. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa PKR dan DAP hanyalah mengudakan PAS bagi tujuan memenangikawasan parlimen yang mereka tandingi.

Ketika PAS sibuk untuk meraih sokongan bukan Islam bagi merealisasikan impian untuk ke Putrajaya tercapai sehinggakan Kelab Penyokong PAS dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), ia tidak lebih sekadar gimik untuk meraih sokongan bukan Melayu.

Tindakan PAS yang membuka ruang kepada bukan Islam untuk bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang, juga menimbulkan pelbagai persoalan kepada akar umbi.

Tanda tanya timbul adakah calon bukan Islam akan terus setia bersama PAS atau meninggalkan parti itu jika berdepan masalah seperti dialami rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PAS kini cuba meniru gaya kepemimpinan PKR yang asyik memasang impian ke Putrajaya dengan beretorik.

Pas, PKR out to win Felda settlers' votes

Posted: 23 Jul 2010 08:42 AM PDT





These are common scenes these days in many Felda schemes nationwide, where the Malay vote bank resides. Umno has been busy countering its political enemies who, in their quest to gain Malay ground, have declared Felda land schemes political war zones.

The Federal Land Development Authority (Felda) was formed on July 1, 1956, when the Land Development Act came into force. It is administered by a board, which since April 2004 has been under the Prime Minister's Department, overseen by Datuk Seri Najib Razak himself.

Felda's first settlement, comprising 16.2sq km, and focused on rubber, was opened in Ayer Lanas, Kelantan, in 1957. Five similar schemes were opened two years later. In 1961, Felda's first oil palm settlement was opened on 3.75sq km.

Today, there are over 400 Felda land schemes with more than 113,000 settlers nationwide, mostly in Pahang, Johor and Negri Sembilan, making Felda settlers an important political force. They are traditionally Umno supporters and only about 10 per cent of them, says Umno information chief Datuk Ahmad Maslan, support Pas.

Pas supporters in the federal land schemes generally comprise families of Pas members who were granted participation in the schemes when Pas was a component of Barisan Nasional and former Pas president Datuk Mohamad Asri Muda was land and regional development minister.

This also explains why most opposition supporters are in land schemes opened in the 1970s and 1980s.

"(Pas and PKR) are working on the ground but we are not mere bystanders," says Ahmad, who is also a deputy minister in the Prime Minister's Department. "Our programmes and activities are ongoing, supported by non-governmental organisations friendly to us."

However, Ahmad's figures are disputed by both Pas secretary-general Datuk Mustafa Ali and central committee member Mazlan Aliman. Mustafa thinks 10 per cent is too low, as Pas has secured more votes in Felda areas than before. Mazlan, the man behind Pas-linked Persatuan Anak-Anak Felda, or "Anak", and the son of a settler in Felda Bukit Ramon in Pulai, Johor, contended that Pas has as much as 25 to 30 per cent support in some Felda schemes.

Felda settlers backed BN in the last general election, resulting in Pakatan Rakyat's defeat in the rural, Malay-majority constituencies where most Felda settlements are located.

Since then, Pas and PKR have intensified efforts to win Felda votes with their ceramah and recruitment drives, trying to make inroads if not wrest control of the 54 parliamentary and 92 state constituencies that cover Felda land schemes.

"We have two million people who are involved in Felda, either as settlers or workers, and about 1.2 million are voters," said Ahmad. "It's a big number."

Mustafa admits that Pakatan Rakyat still has a long way to go. "There are still areas we cannot penetrate. Felda is Umno's last bastion. The party will fight hard to retain control."

He is, however, confident of Pas gaining ground before the next national polls because of its aggressive campaigning.

Pas' analysis of past elections suggest that the main factor for its defeat in many Felda areas was its inability to get its message across, either for lack of effort on its part or because Umno was too strong in these areas.

If Pas has Anak to help champion its cause, Umno has several non-governmental organisations, such as Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) and Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), on its side.

MBFM has been very active in all 54 parliamentary constituencies covering Felda settlements since the last general election. It boasts of about 100,000 members and organises mostly social and sports programmes.

PKR, through a special bureau on Felda, has been organising meetings with settlers and forming party branches to attract more Malays to the multiracial party.

A Pas official says the party will work hard to gain more ground in Felda schemes, since it has announced plans to gain ground in Umno strongholds by contesting 40 parliamentary seats in rural areas in the next general election -- especially those covering federal land schemes in Pahang, Johor, Perak and Terengganu.

WASIAT UNTUK ORANG PENANG !

Posted: 22 Jul 2010 06:43 PM PDT






Jeruk terutama buah pala memang popular di Pulau Pinang. Ada juga 'asam' lain. Di Pulau Pinang, macam-macam asam ada termasuk asam gelugur (dijadikan asam keping untuk kuah laksa dan asam pedas), asam jawa, asam ko, malahan belimbing pun disebut sebagai asam sama ada belimbing besi atau belimbing buluh.

Tetapi asam yang ingin disentuh pada minggu ini bukan asam yang dibuat jeruk atau 'ikan di laut asam di darat, bertemu juga dalam belanga' tetapi Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong.

Sebelum ini 'pala' dah jadi jeruk apabila Kampung Buah Pala, sebuah perkampungan orang India yang menternak lembu terpaksa 'dirobohkan' demi pembangunan.

Bagaimanapun nasib mereka agak baik. Walaupun terpaksa meninggalkan kampung halaman yang dikatakan sudah diteroka sejak 200 tahun itu tetapi pampasan yang diterima lebih melegakan. Khabarnya mereka mendapat rumah teres dua tingkat yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Sebaliknya di Kampung Jalan Pokok Asam, yang kebanyakannya nelayan dan 'orang lama', pampasan yang dikatakan bakal diterima hanyalah RM75,000.

Dengan suasana selesa di sebuah perkampungan yang dinikmati selama ini, tiba-tiba kehidupan penduduk Kampung Jalan Pokok Asam yang berusia hampir 100 tahun itu akan berubah.

Belum pasti di mana mereka akan tinggal dengan pampasan RM75,000 itu. Tiada lagi suasana anak-anak bermain di kampung. Episod indah itu akan berakhir. Mungkin mereka akan menjadi penghuni di rumah pangsa kos rendah.

Terkepung! Tiada lagi kebebasan sebagai orang kampung. Apakah ia sesuai untuk penduduk di situ menjalani kehidupan baru? Sukar untuk meramalkan kehidupan mereka pada masa depan.

Pada masa yang sama apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri dalam menghadapi masalah ini? Kebajikan rakyat seperti ini harus dijaga. Kerajaan perlu berhemah dan bijaksana dalam menyelesaikan masalah penduduk itu.

Tentunya kerajaan negeri tidak mahu dilihat sebagai 'menekan' orang Melayu. Sebelum ini satu persatu isu mengenai masalah Melayu ditonjolkan. Selepas gerai ikan bakar, gerai buah-buahan dan gerai atas pokok dirobohkan, timbul pula isu Kampung Jalan Pokok Asam, yang juga melibatkan orang Melayu.

Sebelum ini ketika berhadapan dengan kritikan berhubung banyak gerai Melayu dirobohkan, kerajaan negeri menafikan.

Kerajaan pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan serta risalah yang menyatakan lebih banyak tindakan dikenakan ke atas peniaga bukan Melayu.

Maka sesetengah orang Melayu menerima bulat-bulat kenyataan itu. Mereka mudah lupa seperti kata Dr. Mahathir Mohamad. Lupakah orang Melayu bahawa di Pulau Pinang, jumlah peniaga yang teramai adalah bukan Melayu? Berapa kerat sangat orang Melayu yang berniaga di pulau itu?

Paling ramai ketika bazar Ramadan...itu pun kecoh satu pulau. Kalau masuk pusat beli-belah, memang ramai orang Melayu tetapi sebagai jurujual bukannya peniaga. Jadi fahamilah kira-kira mudah, jangan terlalu asyik dibuai angka itu. Ini bukan soal rasis atau perkauman tetapi kenyataan.

Berbalik kepada kampung Melayu, berapa lama lagi kampung-kampung di sekitar Georgetown (sebelah pulau) seperti di Sungai Pinang, Jalan Perak, Gelugor dan Tanjung Tokong mampu bertahan?

Hakikatnya, lambat laun perkampungan Melayu akan terhakis. Nasib baik ada Koperasi Melayu Pulau Pinang yang membina rumah pangsa untuk orang Melayu.

Maka dapatlah mereka bertahan di tengah-tengah pembangunan yang semakin pesat itu. Jika tidak, mereka terpaksa 'lari' ke Telok Bahang atau Balik Pulau atau ke Kulim dan Sungai Petani di Kedah.

Mungkin Melayu Pulau Pinang juga bernasib baik kerana masih tinggal di tanah wakaf. Tetapi apakah mereka juga akan mengalami nasib yang sama seperti penduduk di Jalan Pokok Asam? Mungkin yang tinggal hanya tanah kubur dan masjid.

Kampung-kampung Melayu mungkin akhirnya akan menjadi `jeruk' seperti `pala dan asam'. Apakah Kampung Makam juga akan dimakamkan satu hari nanti? Jika ini berlaku, ia adalah satu episod yang amat menyedihkan bagi orang Melayu.

Semoga tanah-tanah wakaf akan dilindungi dan menjadi tempat orang Melayu terus berteduh di situ. Tetapi pemimpin Melayu yang ada `sedikit kuasa' termasuk dalam parti politik perlulah melakukan sesuatu untuk mempertahankannya. Ingatlah bahawa pembangunan tidak dapat dielakkan tetapi janganlah sampai kehidupan yang dinikmati selama ini musnah.

Kepada siapa Melayu Pulau Pinang yang merupakan minoriti mahu mengadu nasib? Dengan minoriti yang berpecah kepada Melayu UMNO, Melayu Gerakan, Melayu Pas, Melayu PKR dan Melayu DAP, apakah terbela nasib mereka?

Pemimpin Melayu pula tidak seharusnya bercakaran sesama sendiri. Mereka harus bangkit - walaupun teramat sukar - dengan satu semangat baru. Contohi semangat berpasukan seperti dalam pasukan bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung. Lihatlah kebangkitan beberapa pasukan yang menghampiri kemuncak kejohanan.

Paling penting untuk dijadikan contoh bagaimana kesebelasan pemain seperti pasukan Jerman adalah muka baru yang mampu memberi nafas baru kepada pasukan itu.

Renungi kenyataan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengenai semangat berpasukan. Kemudian gabungkan pula dengan semangat kesebelasan muka baru pasukan Jerman. Mungkin gabungan semangat dan muka baru ini, Melayu tidak lagi sekadar menjadi tukang sorak di luar padang sambil makan kuaci atau kacang goreng. Jika tidak, mereka hanya sekadar menang sorak kampung tergadai. Ingat juga kata-kata orang Pulau Pinang...Balik Pulau Bayan Lepas, di sana terpelau di sini terlepas!

YAB LIM GUAN ENG KETUA MENTERI KEPADA SEMUA RAKYAT PULAU PINANG.

Posted: 22 Jul 2010 06:35 PM PDT

BENAR, Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Namun status itu tidak bermakna beliau boleh membuat apa sahaja termasuk menghentam secara terbuka pegawai Kerajaan Pusat yang berkhidmat di negeri tadbirannya.

Sekalipun jika Guan Eng merasakan khidmat seseorang pegawai Pusat termasuk Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus gagal memuaskan hatinya, beliau perlu memilih saluran betul untuk mengatasinya.
Oleh kerana SDO dilantik oleh Kerajaan Pusat, prosedur yang terbaik ialah membawa kes itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Negara untuk tindakan; bukannya dengan menyalak di khalayak.

Oleh kerana Nik Ali juga mempunyai perasaan, Awang berpendapat beliau berhak untuk mempertahankan diri secara terbuka jika benar Guan Eng secara terbuka menyerangnya dengan mendakwa kononnya SDO itu "tidak profesional, tidak kompeten, pengecut dan patut dipecat'.

Apa lagi dakwaan itu pula dikatakan berhubung masalah curi pasir di Balik Pulau, yang pada pandangan Awang bukan pun di bawah bidang kuasa SDO.

Setahu Awang, seseorang SDO antara tugas utamanya ialah memantau dan memastikan pembangunan projek Persekutuan di negeri yang beliau bertugas berjalan lancar selaras dengan dasar pembangunan negara.

sumber : Utusan Malaysia.

PANDANGAN PENULIS.

Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, ia adalah Ketua Eksekutif bagi keseluruhan rakyat Pulau Pinang bukannya Ketua kepada penyokong dan ahli DAP sahaja. Ketika ini dilihat beliau seolah-olah membawa dasar parti ke dalam pentadbiran di pulau Pinang. Dengan bersikap terus menerus menyalahkan pentadbiran dulu dan juga pertikaiannya dengan eksekutif di peringkat Persekutuan jelas menunjukkan bahawa beliau tidak bersedia untuk menjadi KM Pulau Pinang. Cara dan tindakan beliau jelas menunjukkan masih lagi terbelenggu dengan idealogi pembangkang yang sentiasa menyalahkan kerajaan dalam apa jua hal ?

Dasar Sosial Negara - Perlu diaktifkan.

Posted: 22 Jul 2010 05:46 PM PDT





Pengenalan
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

Matlamat

Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.

Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Objektif

Objektif Umum

1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

Objektif Khusus

1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya:

a. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi;
b. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;
c. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial;
d. Menjana sinergi multisektor.

Strategi

Strategi-strategi bagi mencapai setiap objektif Dasar Sosial Negara adalah seperti yang berikut:

Objektif 1:
Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan Masyarakat Dipenuhi

Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati:
a. Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya;
b. Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat, dan mesra insan;
c. Persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni;
d. Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, pendidikan, pekerjaan/kerjaya, keselamatan, kerohanian dan maklumat;
e. Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara yang dilindungi oleh undang-undang; dan
f. Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa.

Strategi

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 1:-

a. Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu, keluarga dan masyarakat dapat menikmati keperluan asas kehidupan dan menyertai arus pembangunan negara.

b. Memastikan setiap individu mendapat hak untuk kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan.
c. Memastikan keperluan hidup yang holistik menjadi teras kehidupan setiap individu, keluarga dan komuniti.

Objektif 2: Membangun Dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat

Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah, fahaman politik, taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal, serta mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan kehendak jantina. Ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup. Usaha berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan setiap individu memberi dan menerima kemesraan dan kasih sayang sepanjang hayat.

Strategi

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 2:-

a. Menjamin hak janin atau kandungan untuk hidup dan berkembang dalam keadaan selamat dan sihat tanpa diganggu oleh ancaman dan eksploitasi.

b. Mengiktiraf dan memupuk keupayaan setiap bayi dan kanak-kanak berfikir dan berperasaan serta dilindungi daripada dilabel, didiskriminasi dan dijadikan mangsa oleh anggota masyarakat.

c. Menentukan setiap bayi dan kanak-kanak di peringkat awal (2-6 tahun) mendapat peluang meneroka persekitaran untuk menentukan perkembangan sel-sel otak secara maksimum. Ia juga bagi membantu pembinaan tubuh, peningkatan keyakinan diri serta perkembangan identiti kendiri yang sihat di dalam satu suasana dan jalinan perhubungan yang positif dalam keluarga dan komuniti.

d. Memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan wajib peringkat sekolah rendah yang mendidik kemahiran sosial dan disiplin diri serta rangsangan minda melalui kurikulum yang meningkatkan kemahiran berfikir.

e. Menentukan setiap remaja (13-18 tahun) diberikan pengiktirafan, penghormatan, peluang serta bimbingan untuk mengenali hak-hak dan tanggungjawab dan mengamalkan peranan tertentu dalam keluarga, sekolah dan komuniti sebagai persediaan untuk memainkan peranan sebagai seorang dewasa sepenuhnya kelak.

f. Menentukan setiap individu yang sudah menjangkau umur melebihi 18 tahun, yang mula mencapai taraf berdikari dalam aspek ekonomi tertentu, diberi sokongan, bimbingan, pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan tentang pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan perhubungan sosial.

g. Memastikan setiap individu di alam pertengahan dewasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mendapat sokongan dan bimbingan untuk menguruskan keluarga; penyesuaian dalam hubungan kekeluargaan serta perubahan dalam kerjaya.

h. Menyalur dan memberikan peluang kepada setiap warga tua (60 tahun ke atas) yang merupakan insan di puncak kitaran hidup mereka dengan kematangan, pengalaman hidup dan berbagai-bagai kemahiran serta sumber-sumber yang dimiliki, untuk terus membuat sumbangan kepada masyarakat, berasaskan tahap tenaga, minat, kemampuan dan motivasi yang mereka miliki.

i. Memberikan pengiktirafan, sokongan dan bantuan kepada setiap warga tua yang memerlukannya dengan pihak keluarga dan kerajaan menentukan mereka tidak tertekan dari segi emosi, kewangan dan kesihatan dengan menyediakan berbagai-bagai kemudahan dan bantuan sehingga akhir hayat mereka.

j. Menanamkan nilai-nilai patriotisme di kalangan semua lapisan masyarakat.

k. Mengambil langkah untuk memastikan setiap perancangan dan penggubalan program bagi setiap kumpulan dirancang dan digubal bersama dengan anggota kumpulan berkaitan.

Objektif 3: Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan Sosial

dan Perkhidmatan Sosial


Segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia wujud iaitu sistem keluarga, komuniti, kumpulan etnik, agama, pendidikan dan organisasi sosial untuk membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu, sistem sokongan yang baru sebagai tambahan perlu diwujudkan bagi tujuan tersebut.

Semua sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang memerlukannya mendapat pilihan perkhidmatan bermutu.

Strategi

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 3:-

a. Membangunkan setiap keluarga untuk berfungsi sebagai satu pasukan yang saling menyokong dalam memainkan peranan serta tanggungjawab supaya setiap ahli keluarga berkembang dengan optimum mengikut keunikan dan potensi setiap individu.

b. Mengiktiraf identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat Malaysia untuk mewujudkan sikap toleran dan saling membantu di dalam dan di antara kaum yang berbeza.

c. Mengiktiraf kelompok keagamaan sebagai kelompok sosial yang mengamalkan sistem nilai dan cara hidup tersendiri selaras dengan Perlembagaan Negara, menghormati sistem nilai dan cara hidup penganut agama lain serta menggalakkan interaksi dan saling memahami antara penganut pelbagai agama.

d. Memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat untuk mencapai kecemerlangan melalui sistem pendidikan yang fleksibel, aksesibel, inovatif, relevan dan dinikmati oleh semua anggota masyarakat sepanjang hayat mereka.

e. Memastikan sesebuah organisasi atau agensi menyediakan keperluan asas sosial serta memberikan sokongan dan bimbingan kepada kakitangannya sebagai satu tanggungjawab asas.

f. Menentukan supaya organisasi atau agensi yang memberikan khidmat sosial mementingkan kakitangan yang dilengkapi dengan kemahiran sosial dan teknologi terkini serta yang berhubung langsung dengan kumpulan sasar.

g. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi, di semua peringkat dan sektor menggubal dan melaksanakan dasar di peringkat organisasi sebagai panduan bagi menentukan perkembangan sosial yang optimum untuk kakitangan dan kumpulan sasarnya.

h. Menggalakkan sesebuah komuniti, sama ada di dalam bandar atau luar bandar supaya bekerjasama dan saling membantu menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anggotanya dan mendirikan sistem amaran awal untuk mengenal pasti gejala sosial.

i. Menjalankan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Sosial atau Audit Sosial bagi membuat pemantauan ke atas organisasi dan agensi perkhidmatan sosial.

j. Mensyaratkan Penilaian Impak Sosial atau Social Impact Assessment (SIA) digunapakai dalam perancangan dan pelaksanaan semua program dan aktiviti pembangunan awam dan swasta.

k. Menyediakan Laporan Tahunan Sosial yang mengandungi petunjuk-petunjuk sosial yang lengkap bagi memantau secara objektif dan tepat berkaitan kemajuan pembangunan sosial.

l. Menentukan sesuatu isu sosial dikaji, diselidiki dan dianalisisa dengan terperinci, objektif, rasional dan profesional dari segala sudut serta menyebarkan kefahaman tentang isu sosial itu kepada seluruh masyarakat supaya segala usaha yang diambil untuk menanganinya adalah cekap dan berkesan.

m. Mewujudkan peluang untuk semua anggota masyarakat memperolehi pelbagai kemahiran sosial sama ada secara formal ataupun tidak formal agar anggota masyarakat dapat berinteraksi dengan berkesan.

n. Memperluaskan khidmat bimbingan yang ditawarkan oleh semua sektor kepada semua kumpulan sasar yang memerlukan khidmat bimbingan serta menentukan perkhidmatan tersebut bermutu dan profesional, serta disokong oleh separa-profesional.

o. Mewujudkan satu pangkalan maklumat mengenai perkhidmatan sosial yang ditawarkan oleh semua sektor yang boleh dicapai oleh setiap anggota masyarakat dengan cepat, mudah dan pada kadar yang dimampuinya.

p. Menyediakan kemudahan bagi semua sektor untuk menjalankan perkhidmatan pendampingan bagi mendekati mana-mana pihak yang memerlukan pertolongan dan bimbingan.

q. Mewujudkan di dalam setiap organisasi satu pasukan intervensi krisis yang terlatih dan berkemahiran yang sentiasa bersedia untuk mengendalikan berbagai jenis krisis sosial dengan berkesan.

r. Membangunkan perkhidmatan pakar di dalam semua bidang berkaitan dengan pembangunan sosial untuk memenuhi keperluan sebenar masyarakat.

s. Menyediakan perkhidmatan bimbingan guaman degan kadar yang tidak membebankan untuk membantu anggota masyarakat membuat keputusan tentang tindakan terhadap hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat.

t. Menggalakkan sektor swasta dan sukarela menubuh dan mengendalikan institusi perkhidmatan sosial yang bermutu untuk memenuhi keperluan anggota masyarakat yang memerlukan perkhidmatan sedemikian.

u. Menggalakkan serta menyokong usaha berdikari dan pemerkasaan diri melalui penubuhan kelompok sokongan.

v. Menggalakkan serta menyokong penyertaan aktif komuniti dalam usaha mewujudkan pelbagai jenis perkhidmatan pemulihan untuk semua kumpulan sasar.


Objektif 4: Menjana Sinergi Multisektor

Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor awam dengan sektor swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjaminkan perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkan.

Strategi

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 4:-

a. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan komuniti di sektor awam, swasta dan sukarela untuk melakukan kajian dari semasa ke semasa ke atas struktur dan fungsi masing-masing bagi menentukan kemampuan pencapaian matlamat pembangunan sosial.

b. Mewujudkan mekanisma Perancangan Sosial yang bertaraf agensi pusat di peringkat persekutuan, negeri dan daerah untuk merancang, melaksana, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan sosial dalam masyarakat.

c. Meningkat dan mengukuhkan peranan dan fungsi bahagian pembangunan sosial di semua peringkat pentadbiran negeri, bahagian/ daerah dan komuniti.

d. Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan program dan kemudahan sosial yang terancang dan lengkap supaya selaras dengan pembangunan fizikal dan ekonomi yang pesat.

e. Meningkatkan taraf dan memperluaskan peranan kepimpinan di peringkat akar umbi dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan sosial.

f. Memastikan setiap wakil rakyat memainkan peranan dalam pembangunan sosial dan memberikan perkhidmatan berkesan kepada anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan ideologi atau parti politik.

g. Menggalak dan menyokong perkembangan sektor sukarela dengan memberikan sokongan, pengiktirafan dan insentif kepada persatuan perkhidmatan sukarela yang memberi khidmat kepada masyarakat.

h. Menggalakkan sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial dengan membantu menyediakan program bagi kumpulan sasar dan menangani isu sosial secara teratur selaras dengan prinsip pertanggungjawaban sosial korporat.

i. Menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif, dalam proses globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi untuk memajukan diri, keluarga dan komuniti.

Penutup

Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Dasar ini memberi halatuju kepada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosial tersebut. Pelaksanaan dasar ini akan menjadi suatu agenda utama Kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mapan menurut acuannya sendiri. Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu dipantau bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya bergantung pada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam, swasta dan sukarela.

PANDANGAN PENULIS.

Berdasarkan kepada masalah sosial yang berlaku sekarang, maka difikirkan wajar dan telah tiba masanya dasar ini digerakkan oleh kementerian berkenaan.Daripada apa yang dinyatakan, dasar ini bukan sahaja memberikan tumpuan kepada isu-isu sosial dikalangan remaja malah turut berperanan untuk pembinaan keluarga yang sejahtera lagi harmoni. Untuk itu disyorkan agar NGO's dan sukarelawan sosial dibentuk agar kefahaman masyarakat dapat ditingkatkan tentang dasar ini.


Sumber : Bahagian Pengembangan dan Pembangunan PINTAS, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Pengikut