Selasa, 20 Julai 2010

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


TOK GURU TOLAK PERPADUAN - UMNO PUNCA PERPECAHAN MELAYU??

Posted: 20 Jul 2010 05:07 AM PDT


INILAH NASIB ORANG MELAYU DI MASA AKAN DATANG..

APABILA KUASA MENGATASI SEGALANYA...

MELAYU AKAN TUNDUK PADA SANG MUSANG BERBULU AYAM..

ADAKAH MELAYU AKAN HILANG KUASA????

KLIK DISINI !!!


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PENYATUAN PAS -UMNO : APA KATA PEMIMPIN ?

Posted: 20 Jul 2010 08:24 AM PDT








PERMULAAN PENYATUAN MELAYU.
Isu kerjasama UMNO-PAS bermula dengan saranan berbentuk akademik daripada Lokman Nor Adam yang dilaporkan berkata, hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan jika PAS dan UMNO bersatu.
 
PANDANGAN AHLI POLITIK.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perundingan dengan PAS yang menjurus kepada perpaduan, tetapi itu mestilah dibuat tanpa prasyarat.


Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO menyatakan komitmen serta kesediaan UMNO untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang, termasuk usaha memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

Anggota Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata menerusi kerjasama itu ia bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan di kalangan pemimpin, bahkan dapat mengurangkan gejala 'politiking' dan mengikat semangat perkauman.

"Kerjasama ini perlu dilihat secara positif dan bukan perkauman semata-semata sebab ia boleh membawa kepada kestabilan negara dan gejala politiking akan berkurang.

"Bila kurang politiking, kuranglah gelora dan kuranglah panas, maka rakyat akan lebih selesa," katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata beliau menyambut baik kerjasama tersebut jika ia membawa kebaikan untuk semua pihak. "Kalau kerjasama itu datang dengan kebaikan, kita sangat mengalu-alukannya sebab perpaduan itu adalah lebih penting daripada pergaduhan," kata Naib Pengerusi Kelab Penyokong BN itu.

Anggota Parlimen Silam, Salleh Kalbi yang mengatakan para pemimpin perlulah terlebih dahulu ikhlas dalam penyatuan ini kerana ia adalah intipati dalam memastikan pembangunan negara secara holistik, tercapai.
"Para pemimpin menjadi cermin kepada masyarakat dan mereka perlu ikhlas dalam hal ini. Jika para pemimpin bersatu dan berpolitik demi kesejahteraan rakyat, maka rakyat dengan sendirinya akan bersatu dan ini sekaligus dapat memantapkan kejayaan negara secara keseluruhannya," katanya.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata peluang untuk mewujudkan kerjasama antara Umno dengan PAS yang menjurus kepada perpaduan akan hilang sekiranya kedua-dua pihak masih tidak bersunguh-sungguh ke arah itu.
PANDANGAN BLOGGER.
Salleh Saad (sallehsaad.blogspot.com) berkata, gagasan kerjasama Umno dan PAS adalah untuk memantapkan lagi kuasa politik orang Melayu yang telah terhakis sejak pilihan raya umum lalu serta mengatasi masalah perpecahan Melayu yang sangat serius sehingga mudah dikotak-katikkan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Katanya, kedua-dua parti mewakili Melayu itu merupakan parti tertua di negara ini dan pernah bekerjasama dalam Barisan Nasional (BN) ketika Allahyarham Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno sekitar awal tahun 1970-an.

"Lagi pun, ia bukan lagi boleh dilihat sebagai masalah politik dan ideologi semata-mata tetapi hendaklah lebih menjurus kepada masalah keselamatan dan "survival" negara bangsa untuk masa depan," katanya. 

Sebaliknya, Amir Hamzah (amirhamzah64.blogspot.com) berkata, isu kerjasama Umno-PAS bukan dibangkitkan oleh Umno sebaliknya pihak lain yang mahu melihat kepentingan Melayu dan Islam terus terpelihara. Malangnya, kata beliau, isu kerjasama kedua-dua parti itu diputarbelitkan seolah-olah ia dibangkitkan oleh Umno, sama seperti cadangan kerajaan perpaduan sebelum ini yang dibuat oleh beberapa pemimpin dalam PAS.

"Sebagai rakyat tidak ada gunanya kita mengajak orang berbuat baik tetapi dibalas dengan tuba. Umno pula yang dilabel sebagai tidak siuman dan gila talak. Kalau Umno hendak bekerjasama pun tentu lebih logik dengan pemimpin-pemimpin Melayu PKR kerana mereka pun pernah bersama Umno di satu ketika dahulu berbanding dengan PAS yang rata-rata pemimpinnya ada "besar batu dalam kepala"," katanya.

Bagi Nik Mohd. Abduh (nikabduh.wordpress.com) pula, beliau berkata, tindakan Umno dan PAS yang saling menuduh sebagai parti sesat menyebabkan kedua-dua parti Melayu itu akan saling bercakaran, walaupun puncanya adalah perbezaan ideologi. Katanya, sejak dahulu lagi PAS mengatakan Umno sesat dan pada masa yang sama juga Umno menuduh PAS sebagai sesat.

"Tak tahulah bila nak berhenti. Memang bila dah sesat, memang susah nak sampai ke penghujung, apatah bila dah saling sesat menyesatkan, lagi-lagilah susah nak ketemu hujung habisnya.

"Apabila Umno menuduh PAS sebagai sesat, maka ia adalah tuduhan yang berat... Juga, apabila PAS menuduh Umno pula sesat, maka ia pun satu tuduhan yang berat juga, sama berat dengan tuduhan oleh Umno tadi."

Cuma kata beliau, tuduhan Umno tidak disertakan dengan penjelasan manakala tuduhan PAS terhadap Umno pula adalah sebaliknya.

PANDANGAN PEMIMPIN PAS.

PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO), kata Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa."Apa yang disebut oleh presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kita tidak pernah menutup pintu rundingan dengan parti politik dan NGO.


"Muktamar PAS adalah kuasa tertinggi untuk membuat keputusan berkenaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Hj Omar yang memperingatkan UMNO usahlah mempermainkan isu kerjasama UMNO-PAS, kerana isu tersebut sudah tertutup, mukadimah untuk perbincangan UMNO-PAS tiada lagi. Keputusan PAS adalah muktamad akan terus pertahan dan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan bukan UMNO. Justeru itu, ianya sesekali tiada berbangkit apa yang dikatakan pentingnya kerjasama UMNO-PAS demi perpaduan Melayu/Islam yang mula di canang UMNO melalui PM baru-baru ini.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawa orang tengah dalam menjayakan kerjasama Umno-PAS sebagai sia-sia.
"Kita dah tutup fail untuk kerjasama dengan Umno dan tak timbul lagi isu ini.

"Guna orang tengah ni menunjukkan Umno kritikal sungguh," katanya kepada Harakahdaily. PAS, jelasnya hanya bersetuju bekerjasama atas semangat faderalisme antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat atau goverment to goverment (G to G).

Tiada kerjasama dengan Umno, ibarat pikul Biawak hidup - Presiden PAS

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - PAS membuat penegasan bahawa tidak akan melaksanakan sebarang kerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk.

Ianya diulangi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan pada sidang media selepas menyampaikan Ucapan Penangguhan Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) petang tadi.

Menurutnya, kerjasama dengan Umno-BN hanya akan mendatangkan masalah dan tidak memberi apa-apa manafaat.

"Gagasan dengan Umno-BN tidak boleh menyelesaikan masalah kerana mereka masih lagi tebal dengan perkauman," ujarnya kepada pemberita.

Sedangkan pihak PAS ujarnya, mempunyai agenda tersendiri. "Ini bermakna kita (PAS) menutup terus pintu rundingan bersama Umno-BN," tegasnya. Terdahulu, dalam ucapan Dasarnya Ustaz Hadi menyatakan ia ibarat memikul biawak hidup.

"Perpaduan tersebut ibarat memikul biawak hidup, juga seperti memikul kezaliman dan segala masalah yang dimiliki Umno-BN," katanya lagi.


 
PANDANGAN KOMPONEN BN 
 
MCA bersikap terbuka dan tidak mempunyai sebarang masalah jika Umno dan Pas ingin berbincang dan bekerjasama untuk pembangunan agama dan ummah.

"Kita melihat apa intipati yang dibincangkan dan kalau demi nak bangunkan negara, dari soal agama dan sebagainya, saya tak nampak apa masalahnya. "Tapi yang penting kita perlu melihat dalam konteks masyarakat majmuk," kata Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong.
 
PANDANGAN ULAMA.
 
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini bahawa terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Harussani berkata beliau bagaimanapun menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua pihak.

Seperti kata Harussani kelmarin, masih ada harapan ke arah perpaduan orang Melayu jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat itu. "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (UMNO dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya,"


PANDANGAN NGO's


Razak Idris, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas supaya kerjasama antara UMNO-PAS terlaksana.


PANDANGAN AHLI AKADEMIK.


Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Dr. Shamrahayu Abd. Aziz ketika ditanya tentang kemelut UMNO dan Pas berhubung konsep Melayu dan Islam bersetuju bahawa semacam wujud konflik dalam melihat 'Melayu dan Islam'. 

''Khalayak sering mengambil Islam sebagai elemen pertemuan kedua-dua parti politik ini. Tetapi teras utama UMNO adalah Melayu. Walaupun Islam berada sekali di dalam ungkapan Melayu tersebut, ini tidak diterima Pas. Manakala teras utama bagi Pas adalah Islam, tanpa mengehadkannya kepada Melayu. Ini tidak boleh diterima UMNO,'' katanya.

Misi kedua-dua parti itu ada kesamaan, namun, perbezaan dari segi pendekatan kedua-duanya amat ketara,
Cahaya yang menyorot laluan kerjasama itu amat samar sehingga tidak mampu membimbing kedua-duanya menemui jalan penamat. Malah bukanlah mustahil jika kerjasama serta pertemuan yang diuar-uarkan itu umpama mahu bertepuk tetapi kedua-dua tangan enggan menyambut lantaran egois politik.
 
PANDANGAN PUTERI UMNO 
 
INISATIF kerjasama antara UMNO dan Pas mesti diringi dengan usaha bersungguh-sungguh serta niat ikhlas kedua-dua belah pihak dalam memastikan kedudukan umat Islam di negara ini terpelihara dan berada di tempat yang sewajarnya. Pergerakan Puteri UMNO percaya, jika politik Melayu gagal dipertahankan maka usaha untuk memartabatkan Islam dan memelihara kesucian agama itu pasti berhadapan dengan cabaran getir.
 
 
PAS SELANGOR.
Isu perpaduan Melayu yang cuba dijadikan agenda politik oleh Umno dipandang tidak relevan oleh PAS Selangor. PAS Selangor merasakan agenda ini cuba diketengahkan oleh Umno semata-mata untuk memecahkan perpaduan erat dalam Pakatan Rakyat khasnya di negeri Selangor.
 
SUARA KEADILAN.

PAS tetap tolak kerjasama politik dengan UMNO.

MALAYSIA KINI.

Tolak UMNO, PAS sedia bincang diperingkat kerajaan.
 
ULASAN

Apa pula pandangan ahli-ahli UMNO dan juga PAS ?



 

WAJIB BACA : WHO IS MUMMY FOO ?

Posted: 19 Jul 2010 11:53 PM PDT

Mummy Foo ini mula terdedah di PRK Sibu. Mula-mula ramai menganggap ianya hanya permainan kempen kotor BN. Sebelum kami sambung ceritanya, biar kami ambil petik dari posting kami sini:

Blog Melayu Bersatu yang mulanya tersalah identiti Mummy Foo sebagai pelakun dan penerbit Nancy Foo kini sudah dapat trace Mummy Foo kepada seorang bernama Foo Yueh Chuan. Foo merupakan Chief of Staff DAP dan bekas setiausaha kepada Lim Kit Siang.



Foo adalah seorang peguam dan mempunyai Masters dalam Economics. Dia adalah coordinator pilihanraya 12 untuk DAP.
Pendik kata, Mummy Foo atau Foo Yueh Chuan adalah "Mistress" pada Lim Kit Siang.

Kalau tidak percaya, cuba buka Hansard Parlimen minggu lepas.

Dalam Hansard akan tertulis kisah mana seorang ahli parlimen Konsensus Bebas sedang berucap, lalu Lim Kit Siang cuba mencelah tapi tak dibenarkan. Faham fahamlah perangai buruk MP Fakatan Riot.

Bila tak dapat laluan, dia akan bising dan kacau meriot perjalanan dewan. Bila diberi, ia akan makan masa hingga ucapan tidak dapat dihabiskan.

MP Bebas itu geram lalu dia disebut nama Mummy Foo. Dia sebut macam gini lebih kurang, "Itu Ipoh Barat, saya tidak kasi laluan. Adakah awak nak cakap pasal siapa Mummy Foo?"

Terus duduk dan diam satu hari. Hehehe ... kita sudah jumpa Archilles Heel Lim Kit Siang.

BN ada dengar tak? Masa penamaan calun mana2 PRK, kasi bikin poster ... Mummy Foo okay????

Ini best untuk buat video music ... Mi nak sponsor ni?
 

ULASAN.

Dulu masa mula-mula jadi CM, penulis dengar macam-macam nak buat, nak ikut Khalifah Umar Abd Aziz lah dan lain-lain. Tapi bila dah lama akhirnya semuanya serba tak jadi. Yang jadinya adalah Janji nak bantu 2 buah Kg tapi sebaliknya, peniaga makanan /Gerai orang Melayu diruntuhkan. Kini alkisah korek-sana korek sini. Kata Dr. M.I.M dia nak suruh balik Melaka, ularmak sempang maklaikat 44. Bila dah tak ada isu pulak mula cari hal dengan orang Persekutuan pulak, macam-macam lah ini LGE nie. Kesian tengok orang Penang takut-takut jadi macam cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee,,,,, tu,,, 10 dirham, 20 dirham aje. Apa lagi orang Penang ayuh bangkitlah.... jangan tidur lagi.....

PERMUSUHAN PAS - UMNO SAMPAI BILA?

Posted: 19 Jul 2010 11:38 PM PDT

Berpusat di Gunung Semanggol, Padang Rengas, Perak, kumpulan radikal agama dan PKMM menubuhkan beberapa organisasi ekonomi, pelajaran dan agama untuk memberi alternatif kepada UMNO. Kepada golongan ulama radikal ini, UMNO hanya memperjuangkan kepentingan pembesar dan Raja-Raja Melayu tanpa membela nasib rakyat bawahan yang masih miskin, kurang pendidikan dan terbiar.

Walaupun ini tidaklah begitu tepat kerana UMNO juga mempunyai program-program untuk membaiki pendidikan, ekonomi, perniagaan dan soal kebajikan yang lain, tetapi bagi golongan radikal ini adalah pentas politik alternatif untuk menentang UMNO. Penubuhan Hizbul Muslimin sebagai sebuah parti politik Islam pada Mac 1948, memang merupakan tandingan terbuka kepada UMNO. Perpecahan Melayu kepada fahaman kanan, kiri/ radikal serta ulama menguntungkan Parti Komunis Malaya. Dengan begitu yakin ia melancarkan pemberontakan kerana kelemahan perpaduan orang Melayu.

Pengharaman parti-parti radikal Melayu dan Parti Komunis Malaya pada Julai 1948 dibawah Undang-Undang Darurat, telah meninggalkan parti UMNO sebagai parti tunggal dan penting untuk orang Melayu. UMNO cuba menyatukan semula orang Melayu dengan membuka pintunya kepada bekas-bekas ahli API, PKMM, AWAS, BATAS, sebagai ahli UMNO. Kemasukan mereka menyebabkan slogan Hidup Melayu ditukar kepada Merdeka pada awal 1951 sebagai tanda perubahan matlamat perjuangan UMNO.

Keduanya, UMNO menubuhkan Perikatan Pemuda UMNO pada 1949 dengan tujuan menyatukan semua tenaga pemuda Melayu ke dalam UMNO. Ini juga melahirkan satu arena politik baru bagi bekas-bekas penyokong golongan radikal/kiri.Ketiganya, menyerap semua tenaga ulama, terutama yang beraliran radikal ke dalam UMNO. Persidangan ulama pertama dan kedua diadakan di kuala Lumpur dan Muar pada tahun 1950 dan 1951. Dalam persidangan di Kuala Lumpur, Persatuan Ulama Malaya ditubuhkan bagi memberi cadangan untuk kemajuan masyarakat Melayu.

Ini termasuklah soal penyelarasan pentadbiran Islam, penubuhan Universiti Islam dan lain-lain lagi.UMNO dengan itu telah menjadi parti yang sempurna sebagai tonggak politik Melayu. Namun, perbezaan idea dan permainan politik British, bukan Melayu dan rebutan kuasa pemimpin memecahkan UMNO kepada tiga parti besar. Datuk Onn meninggalkan UMNO untuk menubuhkan IMP. Persatuan Ulama Malaya pimpinan Ahmad Fuad membawa diri sebagai sebuah organisasi politik ulama dan dalam Mesyuarat September 1951 di Seberang Perai, persatuan itu menjadi Parti Islam Se-Malaya (Pas).

IMP kemudian menjadi Parti Negara, yang menjadi lemah dengan kematian Dato Onn pada 1962. Namun, Pas kekal sebagai parti saingan UMNO hingga kini.Perpecahan memang tidak akan menguntungkan survival bangsa Melayu terutama dalam masyarakat majmuk yang menggunakan sistem demokrasi dan Parlimen sebagai alat pentadbiran dan politiknya.

Keterbukaan yang tidak bertempat, perebutan kuasa dan kelalaian kepada perjuangan utama, tanpa mengambil kira kehidupan generasi Melayu akan datang dan perpecahan yang berlarutan akan menjadi senjata makan tuan kepada orang Melayu. Semangat bulan Mac 1946 patut menjadi indeks politik masyarakat Melayu Malaysia. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa " hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah."Wallahuallam.

SAMPAI BILA NIK AZIZ MENJADI LIABILITI PAS?

Posted: 19 Jul 2010 08:48 PM PDT

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bahawa DAP boleh menghina Islam, mengundang bantahan pelbagai pihak dari kalangan orang Islam. Malangnya terbaharu beliau mengatakan bahawa itu pandangan perbadi Kerpal. Soalnya cakap Nik Aziz Nik Mat sentiasa berbelit-belit demi menjaga rakan dalam pakatan.

Setelah dikritik hebat kerana menentang perbincangan idea kerajaan perpaduan dan menghina UMNO ("pergi jahanam dengan UMNO" dan "UMNO lebih buruk daripada komunis"), sekali lagi masyarakat Islam membidas Menteri Besar Kelantan itu.Rumusan yang dibuat oleh kalangan orang Islam ialah Nik Aziz tidak lagi boleh menjadi sandaran dalam menjaga kesucian agama Islam serta perpaduan ummah.


Kenyataan beliau lebih menjurus menjaga kepentingan politik dan bukan kepentingan Islam. Sudah menjadi bahan sinikal termasuk di kalangan ahli Pas, Nik Aziz dikatakan rela mengutamakan kepentingan DAP daripada menjaga kepentingan Islam. DAP dulu, Islam kemudian.
Sebab itu, tiada pemimpin Pas tampil mempertahankan kenyataan beliau kerana sedar apa yang dinyatakan oleh Nik Aziz berhubung isu itu adalah salah. Awang turut menerima panggilan daripada seorang profesional yang menjadi aktivis Pas bahawa komen Nik Aziz dikhuatiri menjadi liabiliti kepada parti itu. 

"Kami tidak mahu Tok Guru dilihat membawa malu kepada Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Ayah Pin (pengamal ajaran sesat yang sedang diburu pihak berkuasa)," katanya lagi.

Lalu aktivis itu menyatakan kenyataan Nik Aziz tidak mencerminkan pemikiran seluruh pemimpin dan ahli parti itu. Katanya, Nik Aziz juga manusia biasa dan tidak terlepas daripada kesilapan. Dari satu segi Awang setuju. Tetapi persoalannya sudah terlalu banyak kesilapan yang beliau lakukan, yang dikhuatiri boleh membawa mudarat kepada umat Islam dan kesucian agama. 

Adakalanya Awang pelik hujah Nik Aziz selalu berbelit-belit dan tidak konsisten, dulu haram sekarang tidak. Dulu kafir tetapi kini sahabat politik. Bukan Islam luar negara tidak boleh hina Islam, anehnya DAP boleh. Memang banyak kenyataannya yang meragukan termasuk boleh bekerjasama dengan syaitan dan memperlekehkan sesama orang Islam. 

Sesungguhnya umat Islam mengharapkan walaupun Tok Guru adalah orang politik tetapi dapat mempertahankan kepentingan Islam mengatasi pertimbangan politik. Itulah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru (PKR) Zulkifli Nordin, yang tidak gentar mendahulukan kepentingan Islam.

  Beberapa pemimpin Pas yang lain juga setidak-tidaknya berdiam dan tidak akan menyokong DAP jika menghina Islam.Persoalannya sekarang Awang bimbang, lagi banyak Nik Aziz bersuara makin banyak kesilapan yang beliau lakukan, yang bukan sahaja merugikan umat Islam malah juga Pas. Mungkinkan beliau perlu berdiam untuk menyelamatkan imej Pas?

Melayu dalam Perlembagaan

Posted: 19 Jul 2010 08:20 PM PDT

SEJAK akhir ini ada kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang Melayu.

Mereka menuntut kedudukan yang sama dengan orang Melayu daripada pelbagai segi padahal keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukanlah mengambil hak kaum-kaum lain.

Ada pihak yang mempertikaikan kenapa orang Melayu diberi keistimewaan sedangkan Melayu juga asalnya pendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah yang mencatatkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan.

Pertikaian tentang hak keistimewaan orang Melayu terus dibangkitkan walaupun dalam Perlembagaan menyebut tentang hak-hak tersebut. Pada masa yang sama Perlembagaan tidak mendiskriminasi kaum-kaum tertentu kerana Perlembagaan mendapat persetujuan semua pihak.

Kita juga memberikan pengkelasan yang tidak tepat apabila menganggap tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India menjadi tonggak di negara ini.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menjelaskan, dalam Perlembagaan menyebut bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum iaitu Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sabah serta Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain.

"Saya syorkan kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka," tegas Mohd Noor ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID Khamis lalu.

MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?

MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.

Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan?

MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.

Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini dalam konteks Perlembagaan?

MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.

Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.

Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada "kaum-kaum lain". Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini.

Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?

MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.

Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa.

Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-pisahkan?

MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-

undang imigresen dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.

Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?

MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.

Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?

MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.

Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?

MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu ialah pertama raja sendiri yang memerintah. Kedua raja memerintah mengikut nasihat. Ketiga raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut.

Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?

MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.

Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?

MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu.

Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.

Bila patriotisme kian luntur

Posted: 19 Jul 2010 08:10 PM PDT

UJAR Ibnu Khaldun secara fitrahnya setiap peradaban bangsa akan melalui tiga zaman atau peringkat; kemunduran, kemewahan dan kehancuran. Peringkat atau zaman kemunduran merupakan proses perjuangan mempertingkatkan keadaan hidup yang mundur, daif atau terjajah kepada keadaan yang merdeka, lebih aman, selesa, maju dan seimbang.

Apabila peringkat yang seimbang telah dapat dicapai, maka warga bangsa akan meneruskan usaha untuk mencapai tahap yang lebih baik dan mewah. Peringkat yang stabil dan proses mencapai kehidupan lebih terkehadapan adalah era warga bangsa begitu menghargai keadaan sebelumnya dan sangat bersyukur pada apa yang mereka miliki di peringkat ini.

Kesempitan dari sudut kemudahan asas atau yang bersifat daruriyyah, apatah lagi 'jauh panggang dari api' yang berbentuk hajiyat akan menerbitkan rasa syukur dan penghargaan bila keadaan bertukar kepada kehidupan yang lebih selesa.

Peringkat yang dilalui oleh peradaban satu-satu bangsa ada kaitannya dengan semangat patriotisme. Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air akan terserlah dan terzahir apabila keadaan negara memerlukan pertahanan, perlindungan serta kesejahteraan daripada ancaman dan tentangan dari luar atau secara mudahnya ia membawa maksud sebagai penentangan terhadap penjajahan.

Dapat dilihat siapa musuh negara secara zahir dan hakiki atau pembelot dari kalangan warga bangsa sendiri seperti Sang Rajuna Tapa. Pada ketika ini patriotisme tertanam jauh ke dalam dasar hati, dibawa selama-lamanya sehingga jasad dikandung tanah.

Pada zaman ini juga setiap warga bangsa merupakan patriot kerana tidak rela melihat walau seinci ibu pertiwi diredah, dijajah, dieksploitasi demi keuntungan penjajah. Apatah lagi daulat negara dicincang dan dinafi dengan penuh kehinaan tanpa sebarang harga.

Setiap patriotik akan mewariskan sejarah kepada keturunannya dan generasi selepas mereka. Betapa bumi merdeka ini harus dipertahankan kedaulatannya. Tidak ada siapa yang akan menjaga untuk kita, melainkan diri sendiri.
Kesinambungan kemerdekaan harus berlangsung sampai bila-bila. Namun, sejarah kemudiannya perlahan-lahan menjadi 'novel tradisi' kepada generasi yang lebih terkemudian. Tidak lagi menjadi kunci kepada jati diri warga bangsa.

Kelunturan patriotisme dapat dilihat pada tingkah laku, pendirian dan cara bertindak generasi muda. Mereka yang berjuang dan berhempas-pulas menegakkan tiang seri jalur gemilang hanya mampu menggeleng dan menitiskan air mata bila melihat belia pada hari ini tidak mempunyai sikap yang prihatin untuk terus mempertahankan kedaulatan negara.

Ada juga kalangan yang keliru yang mengatakan hubb al-watan itu merupakan 'asabiyah, tetapi sebenarnya Baginda Rasulullah menegaskan bahawa 'asabiyah berlaku bila kita tetap mempertahankan ahli keluarga atau kaum kerabat biarpun dia telah melakukan kesalahan. Malah para hukama' mengatakan mencintai tanah air itu sebahagian daripada iman.

Penyerlahan patriotisme oleh seorang warga bangsa sudah tentu tidak sama bentuknya sebagaimana ketika berlakunya penjajahan. Banyak orang telah cuba menterjemah dan menjelaskan bentuk-bentuk semangat perjuangan dalam suasana negara yang telah merdeka. Penjajahan pemikiran dan penjajahan ekonomi antara perjuangan yang masih belum selesai.

Menyertai konsep patriotisme yang kini semakin abstrak dan subjektif sifatnya, berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara yang lima, pada hemat penulis; seseorang itu telah luntur atau hilang semangat patriotiknya bila ia tidak menghormati undang-undang negara.

Sekecil mana pun peruntukan yang telah digubal, adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk mematuhinya. Undang-undang yang berdaulat hanya dapat digubal apabila sesebuah negara mencapai kemerdekaan.
Lebih kurang satu dekad Perlembagaan Persekutuan melalui proses penggubalan sebelum ia benar-benar dapat berfungsi menjadi undang-undang tubuh. Daripadanya, maka dibentuk dan digubal undang-undang lain supaya Malaysia memiliki undang-undang yang sempurna dan dapat memelihara ketenteraman dan kesejahteraan awam.

Tidak mematuhi undang-undang boleh diibarat seperti melanggar dinding pertahanan negara; juga seakan-akan satu usaha membuat kacau-bilau terhadap keadaan yang asalnya aman. Itulah sebabnya apabila berlaku perlanggaran undang-undang dan sabit kesalahan, seseorang pesalah perlu membayar harganya dengan menerima hukuman sebagaimana yang telah diperuntukkan.

Namun jika hukuman itu diterima dengan penuh keinsafan, ia adalah petanda bahawa berlaku proses pendidikan daripada kesilapan yang telah dilakukan dan undang-undang berjaya mengajar dan membentuk kedegilan manusia kepada memiliki sikap yang lebih baik dan bernilai untuk negaranya.

Bukanlah sikap yang patriotik juga bagi seseorang yang memiliki kemahiran tinggi tetapi cenderung untuk membuat pilihan yang lebih memberi keuntungan peribadi kepada dirinya sedangkan pada masa yang sama negara amat memerlukan kemahiran tinggi tersebut.

Contoh yang boleh dikemukakan di sini adalah seperti kepakaran dalam bidang perubatan. Sasaran nisbah yang diletakkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi setiap seorang doktor dengan jumlah penduduk adalah 1:600. Pada tahun 1957, nisbah seorang doktor dengan penduduk di Tanah Melayu adalah 1: 8,229.

Nisbah ini mengalami perkembangan yang sangat memberangsangkan dengan pada tahun 2007 adalah 1:1,145, dan target yang mungkin dapat dicapai oleh Malaysia pada tahun 2013 adalah 1:1,600, yang sebenarnya masih sangat jauh dengan piawaian yang diletakkan oleh pertubuhan antarabangsa tersebut.

Lebih malang lagi apabila terdapat dari kalangan rakyat negara ini yang sedar tentang keperluan negara tetapi tidak berasa apa-apa untuk tidak menghiraukannya.


Seakan-akan suatu fitrah bagi setiap tamadun atau peradaban yang akan bertemu dengan zaman kejatuhan dan kemalapan selepas menikmati zaman kemewahan dan kesempurnaan.


Namun kata Malek bin Nabi walaupun era tersebut tidak dapat dielak namun tidak seharusnya ia bermaksud kehancuran dan keruntuhan yang langsung tidak mampu memberi sedikit pun nafas. Walaupun secara relatifnya ia jatuh atau jauh sangat rendah kedudukannya berbanding dalam zaman kegemilangannya, tetapi ia seharusnya suatu keadaan yang masih mampu ditampan oleh kekuatan jati diri warga bangsa.


Menurut beliau lagi faktor pemikiran yang kukuh dan pendidikan yang berteraskan kepada akidah yang ampuh mampu mengekang keruntuhan yang bersifat mutlak.

Oleh SITI SHAMSIAH MD SUPI

MALAYSIA 53 TAHUN MERDEKA

Posted: 19 Jul 2010 07:56 PM PDT


TUNKU Abdul Rahman menerima watikah kemerdekaan daripada wakil Ratu Elizabeth II di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957.



Tunku Abdul Rahman bersama delegasi ke London untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu.



PERARAKAN menentang komunis yang di ketuai oleh Tuanku Abdul Rahman.








Dalam usaha mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah, semua negara di dunia mempunyai pelbagai kisah dan pengalaman tersendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan. Ada yang berjuang sehingga mengorbankan banyak nyawa, ada yang terpaksa bersekongkol dengan militan dan gerakan bawah tanah. Pada masa yang sama ada juga yang percaya pada perjuangan tanpa keganasan.

Dalam konteks kemerdekaan negara ini, ia dicapai melalui cara yang berhemah iaitu melalui rundingan tanpa perlu menumpahkan darah. Inilah perkara paling unik yang membezakan Malaysia dan negara-negara lain dalam perjuangan kemerdekaan. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 terus terpahat dalam sejarah sebagai hari negara ini bebas dari cengkaman penjajah yang senantiasa menjadi petualang demi untuk kepentingan mereka.

Namun begitu ini tidak bermakna kita memperoleh kemerdekaan dengan mudah. Sejak negara ini dijajah pada 24 Ogos 1511 dengan runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis, telah berlaku banyak peperangan dan pertempuran terhadap penjajah bagi menyatakan kebencian penduduk negara ini terhadap penjajah.

Kemudian dengan bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu pada 1874, ini mula menimbulkan kebencian terhadap penjajah, yang akhirnya mendorong orang Melayu untuk bangkit menentang British.

Nama-nama seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Haji Abdul Rahman Limbung dan Mat Salleh di Sabah, hanya menyebut beberapa nama merupakan antara tokoh pejuang awal yang sanggup mengorbankan diri demi memperjuangkan kebebasan dengan menghalau penjajah. Walaupun penentangan yang dilakukan ini tidak memperoleh apa-apa kemenangan tetapi semangat perjuangan inilah yang telah memercikkan api nasionalisme untuk memperoleh kemerdekaan.

Nasionalisme

Gerakan nasionalisme untuk memperoleh kemerdekaan mula timbul berikutan semangat penduduknya yang inginkan sebuah negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir negara sendiri dengan corak kepimpinan sendiri.

Langkah paling berkesan dalam menyemarakkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat ialah melalui akhbar yang mana ia telah berjaya meniupkan semangat anti penjajah. Terdapat beberapa golongan yang cerdik pandai yang berjuang dengan menggunakan mata pena untuk menanamkan semangat perjuangan. Antara mereka ialah golongan berpendidikan agama yang mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris dan golongan ketiga ialah golongan sekular berpendidikan Melayu.

Mereka menggunakan teknik penulisan untuk menentang penjajah dan dalam masa yang sama menanamkan semangat nasionalisme.

Namun penjajahan Jepun pada 1942-1945 adalah punca sebenar yang telah membuka mata masyarakat bahawa penjajahan boleh dihapuskan. Keupayaan Jepun menundukkan penjajah British sekali gus membuktikan bahawa penduduk negara ini boleh membebaskan diri dan berdikari.

Selepas pendudukan Jepun, orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup kencang di Indonesia yang sedikit sebanyak mempengaruhi penduduk di sini.

Namun begitu Tanah Melayu sekali lagi dijajah oleh British, dan malangnya penjajah melihat kemerdekaan bukanlah perkara utama bagi mereka malah mengumumkan cadangan penubuhan Malayan Union .

Sir Harold MacMichael telah dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu. Beliau telah bertindak memaksa Sultan-sultan Melayu untuk menerima cadangan-cadangan pihak British. Malah Sultan yang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan dengan sultan yang lain atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun

Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal sekurang-kurang 10 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam yang juga dikenali sebagai 'jus soli'.

Tergugat dengan keadaan ini orang Melayu yang selama ini dilihat lemah oleh penjajah telah bangkit membantah. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Pesara-pesara British dalam Perkhidmatan Awam seperti Frank Swettenham, George Maxwell, R. O. W. Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence Guillemardt turut membantah rancangan Malayan Union.

Dari sudut pandangan orang Melayu, penentangan ini telah disampaikan dengan lebih berkesan selepas penubuhan UMNO atau Pekembar yang muncul untuk menyuarakan bantahan Melayu terhadap Malayan Union.

Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur yang disertai kira-kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan.

Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dilantik sebagai presiden pertama. Kongres itu turut mendesak Malayan Union dimansuhkan. Pihak British sangat terkejut dengan perubahan sikap masyarakat Melayu.

Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak bersatu telah bangun bersama-sama,

Perubahan

Malah Sultan di negeri-negeri Melayu turut bersama berganding bahu menentang Malayan Union dan semua ini berjaya dicapai melalui usaha tersusun yang dilakukan UMNO.

Meskipun penentangan orang Melayu begitu hebat, kerajaan British enggan menarik balik pelaksanaan Malayan Union. Sebaliknya, Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent dilantik Gabenor pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union begitu kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasa sepenuhnya. Malah pada majlis pelantikan Edward Gent, majlis tersebut telah dipulau oleh Sultan-sultan Melayu. Akhirnya, Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948 dan ia telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu dan bermulalah episod untuk mendapatkan kemerdekaan.

Percubaan pertama untuk mendapatkan kemerdekaan berlaku pada 1954, di mana Tunku Abdul Rahman mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperoleh kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan tersebut gagal.

Pada tahun yang berikut, Pilihan Raya Persekutuan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang ketika itu merupakan gabungan UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama dan MIC yang mewakili kaum India menyertai parti tersebut pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku sekali lagi pergi ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya dan tarikh 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Laungan "merdeka" yang bergema di Stadium Merdeka turut sama dilaung dan dikongsi bersama di seluruh negara.

Sejak itu, tanah air ini telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan kemakmuran yang membanggakan selama 52 tahun untuk dikongsi bersama setiap warganya tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.

Kontrak Sosial Dari Sudut Perlembagaan Persekutuan

Posted: 19 Jul 2010 07:18 PM PDT

PENGENALAN

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan.[1]

APA ITU KONTRAK SOSIAL?

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.[2] Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.[3]

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak.[5] Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.[7] Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.[8] Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).[9]

Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:

"Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu." [10]
Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum.[11] Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian:[12]

"Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu"

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.[13] Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat[14] dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British.

Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan.[15] Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.[16]

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri.[17] Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan[18] dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.[19]

Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan[20] boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.[21]

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.[22]

Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

1. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri.[23]

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti "Melayu" ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;

Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.[24] Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.[25]

Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.[26]

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.[27] Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.[28]

1. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

"Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"[29]

Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.[30] Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.[31]

Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa "Islam adalah agama bagi persekutuan" membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut "tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:

a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan

c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.[32] Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).

1. BAHASA MELAYU

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.

Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:

"Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju"[33]
Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa-

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.[34]

Read more: http://www.malimkundang.com/2008/07/memahami-kontrak-sosial-dan-keudukannya.html#ixzz0uBWXABGx
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

MENGAPA PAS TAKUT PADA HARUSSANI ?

Posted: 19 Jul 2010 05:46 PM PDT

Harussani jadi sasaran kritikan pembangkang

IPOH 19 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berusaha menyatukan orang Melayu menjadi sasaran kritikan pemimpin Pas dalam ceramah yang diadakan di Kampung Pasir Putih Tambahan di sini malam tadi. Harussani dituduh mahu mencampuri urusan politik sedangkan beliau adalah mufti yang bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan agama. 

Perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad yang menggesa Mufti Perak tersebut menghentikan usahanya itu. "Mufti ini pelik bercakap pasal Melayu, bukannya bercakap mengenai Islam. Kalau nak bersatu, UMNO kena bersatu dulu. Dalam parti dia berpecah-belah. Tengok apa berlaku di Sungai Petani dan Setiu," katanya.

Menurut Idris, Harussani tidak perlu menjadi orang tengah kerana Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dan mendakwa dasar parti itu bukannya berasaskan Islam. Sebaliknya, katanya, Pas mahu terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana mereka mempunyai persamaan menentang rasuah dan memperjuangkan keadilan rakyat.

"UMNO tak lawan rasuah, DAP menentang rasuah. Nak bekerjasama macam mana? UMNO tak memperjuangkan keadilan untuk rakyat tapi PKR memperjuangkan keadilan rakyat. Nak bersatu dengan mana?" katanya.


Pas tuduh Harussani buat fitnah

KUALA LUMPUR 19 Julai - Dua Naib Presiden Pas hari ini menuduh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membuat fitnah serta satu pembohongan besar kepada rakyat Malaysia. Tuduhan dilemparkan oleh Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar itu merujuk kepada kenyataan Harussani bahawa terdapat pemimpin Pas dan UMNO yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan UMNO dan Pas.
Mereka berkata, selama ini pimpinan Pas tidak pernah mengeluarkan arahan rasmi khususnya di dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti supaya menemui Harussani untuk membincangkan isu tersebut.

ULASAN.
Sejak bersahabat dengan PKR dan DAP, nampaknya pemimpin PAS dah tak lagi bercakap pasal negara Islam. Kepada penyokong PAS cuba fikir-fikirkan ini. Yang lebih teruk lagi dalam mempertahankan sahabat-sahabat mereka tu, MUFTI Perak pun dikatakannya.Soal perpaduan dan penyatuan Melayu, apa yang mereka berdua bimbangkan. Kedua-duanya masih lagi ahli Parlimen yang hadir sahaja dapat elaun RM....... pastinya tak hilang. Jadi kepada sesiapa yang nak kan elaun tu, sila lah berlawan dengan mereka bertiga dalam pemilihan dan muktamar PAS nanti. Yang sedihnya hanya mereka yang berjawatan dalam PAS saja dipilih bertanding dalam pilihanraya. Jadi kepada ahli PAS penulis syorkan agar beramai-ramai bertanding dalam pemilihan nanti. Bila lagi PAS nak beri peluang kepada ahli biasa ......

Pengikut