Sabtu, 17 Julai 2010

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Pemerkosaan dan Pemusnahan Tanah Negeri

Posted: 16 Jul 2010 05:08 PM PDT

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG


Subsidi oh subsidi (Mohd Khairul Idzwan Bin Mohd Saad

Posted: 17 Jul 2010 06:22 AM PDT


Assalammualaikum , mohon mencelah

Harga minyak naik 5 sen sahaja.. ini bagi menampung kantung kerajaan dan bagi menanggani kehendak rakyat yang semakin , tinggi...

KIta perlu lihat isu ini dari pada pelbagai aspek dalam kehidupan kita... bukannya kerajaan sengaja hendak manaikan harga minyak, harus diingat kerajaan " alternatif "dahulu menjanjikan pelabagai perkara tetapi sehingga ke hari ini hanya bil air sahaja yang mampu diberi subsidi di selangor.. sedangakan elaun ibu tunggal, elaun menganggur, elaun surirumah , elaun anak kecil masih belum dapat ditunaikan oleh kerajaan negeri selangor.

Persoalannya ialah kenapa ianya tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan Negeri selangor, .. sudah tentu kerana tanggungan kerajaan negeri semakin tinggi,

Begitu juga dengan kerajaan persekutuan, kerajaan persekutuan menyediakan peluang perkerjaan ,infrastruktur, peluang, bantuan , biasisiwa, dan subsisdi dalam hampir semua aspek kehidupan kita.

Sekiranya kita lihat , kerajaan persekutuan sedang cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat melalui memperkasakan sektor awam mereka telah merekrut hampir kurang lebih 100000 orang dalam masa beberapa tahun ini untuk ditempatkan dalam pelbagai sektor bagi memenuhi "expectation" rakyat. sebagai contoh Polis dan tentera , pengambilan nya telah dibesarkan , meraka telah dilatih sehinggakan balai polis kini dapat ditempatkan ditengah-tengah komuniti masayarakat seperti yang berlaku di DAMANSARA, Balai polis komuniti ini telah di tempttkan di dalam taman perumahan bukan nya di komersial lot. Kekerapan rondaan juga telah dikerapkan dengan bilangan anggota yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan rakyat terpelihara. Siapakan yang membayar, minyak kereta peronda, motosikal, dan gaji kepada pegawai polis sudah tentu kerajaan pusat..

Rakyat termiskin juga telah dibela dengan pelbagai bantuan seperti Perumahan Rakyat Termiskin, skim makan bantuan , buku teks persekolahan ( tak silap saya sekarang skim bantuan ini tanpa mengira pendapatan ibu bapa semua dapat) dan juga biasiswa .

Selain itu kita juga jangan lupa bahawa dengan lebih 1000 buah sekolah diseluruh malaysia adakah cukup untuk mereka beroperasi dengan hanya yuran kutipan PIBG, gaji cikgu dan peralatan kemudahan sekolah siapa yang bayar (kerajaan pusat) Bagiman pula dengan pengurusan ASRAMA, MRSM, DAN Lain Lain termasuklah dewan makan, adakah disitu tiada subsisdi kerajaan

Sekiraya kita ke universiti (lembah kelang) terdapat BAS RAPID KL yang dinaiki oleh ribuan orang dengan cAS paling Mahal RM 2.50-RM3.00 pergi balik dari KL Ke Shah ALAM... adakah berbaloi untuk kita pikirkan bahawa semua kos operasi, seperti gaji pemandu , penyelengaraan itu semua percuma tanpa bayaran adakah cukup dengan kutipan tambang tersebut untuk menampung kos operasi bagi sebuah bas. So Siapa yang menampung kos selebihnya Kerajaan Pusat.

Contoh yang terbaik posmen dan kerani pejabat pos telah beberapa lama tidak dnaikan gaji tak silap saya hampir 20 tahun, (kalo salah tolong betulkan..)sebab apa sebab nak pastikan rakyat selesa dan dapat menggunakan perkhidmatan dengan selesa tanpa terbeban. Namun Dalam masa yang sama adakah iaya adil kepada pekerja pos .. sekiranya pekerja pos nak dinaikan gaji tentulah caj-caj tertentu perlu dikenakan ..

Untuk makluman semua, rakyat kini mengidamkan sesuatu perkhidmatan yang paling berkualiti tetapi dalam masa yang sama tidak mahu berlaku perubahan dalam kos kehidupan. dan saya percaya .. itu agak mustahil dapat dilakukan, sebagai contoh ...kerajaan negeri selangor .. yang sehingga kehari ini gagal untuk melunaskan janji pilihanraya mereka setelah dua tahun memerintah

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Pasir : Di mana Karam Singh Walia?

Posted: 17 Jul 2010 01:03 AM PDT

Entah ke mana perginya "abang mesra alam" kita ini. Dulu, sebelum Pilihanraya Umum ke-12, hari-hari "abang" kita ini muncul dalam TV3 dengan "pantun-pantun"nya yang menggamit halwa telinga penonton Buletin Utama. Namanya tiba-tiba begitu gah sekali sebagai pembongkar masalah rakyat.

Saya masih ingat ketika itu, En. Karam Singh Walia begitu tekun dengan kerjanya. Dia begitu komited untuk menyampaikan masalah dan penderitaan rakyat. Selain itu, dia juga sanggup meredah hutan belantara untuk mendedahkan kes-kes kemusnahan alam sekitar, projek-projek haram, aktiviti menggondolkan muka bumi dan sebagainya. Malah kes paip rumah tersumbat dan longkang pecah pun dia laporkan.

Ketika itu, Dr. Khir yang menjawat jawatan Menteri Besar Selangorlah yang paling "kalut". Dia terpaksa menjawab setiap perinician yang dikeluarkan oleh Karam Singh Walia. Jenuh juga dia terpaksa mengarang "pantun" balas. Mungkin Dr. Khir terpaksa mengupah seorang "pemantun khas" untuk tujuan "mari berbalas pantun" dengan Karam Singh Walia. Tapi, kenapa hanya Dr. Khir saja yang terpaksa berhadapan dengan Abang Karam? Oh ya! Karam Singh Walia hanya "attack" Selangor saja, negeri lain dia "kacau" sikit-sikit saja. Tak tahulah arahan "siapa". Mungkinkah Kalimullah?

Tapi kini Dr. Khir dah tak jadi MB dah. Beliau dah jadi Ketua Pembangkang. Itu pun kena gantung setahun dari menghadiri sidang DUN Selangor. Namun nampaknya, Dr. Khir kini juga telah "mengambil alih" kerja Karam Singh Walia. Pada hari ini, Dr. Khir sendiri yang turun padang mengejar dan membongkar kes "curi pasir" di Selangor!

Entah mengapa Karam Singh Walia "terlepas pandang", kita pun tak tahu. Selalunya, Karam Singh Walialah yang akan mendahului untuk kes-kes sebegini. Namun sehingga hari ini, Karam Singh Walia masih lagi tidak "menjuarai" kes curi pasir di Selangor. Walaupun isu ini sedang hangat diperkatakan rakyat Selangor, Karam Singh Walia bagai tidak punya "mood" untuk membuat sebarang "scoop" berkenaan isu ini.

Mungkinkah Karam Singh tidak berminat lagi untuk membongkar negeri Selangor setelah Pakatan Rakyat mentadbir? Apakah Karam Singh Walia sudah habis idea untuk mengarang "pantun" untuk kerajaan Pakatan Rakyat? Atau apakah Karam Singh Walia enggan "menjual pantun"nya kepada Khalid Gagap? Hairan juga saya. Kenapa begitu "sepi" sekali Karam Singh Walia terhadap Pakatan Rakyat. Bukankah Karam Singh pernah dianugerah sebagai wartawan terbaik? Dimanakah "etika" itu kini?

Saya harap Karam Singh Walia akan kembali menghangatkan Selangor dengan isu-isu panas. Saya harap Karam Singh akan dapat kembali ke Selangor dengan "skill" yang lebih menggerunkan. Saya harap Karam Singh akan dapat aspirasi ilham untuk menyusun pujangga "pantun" yang lebih pedas dan indah. Kembalikan Karam Singh Walia kepada rakyat! Janganlah sombong...

Baru saya teringat. Mungkin Karam Singh Walia sedang sibuk dengan rancangan yang di"host"kannya iaitu "Aduan Rakyat" di TV3. Hebat sekali Karam Singh sehingga diberi kepercayaan untuk mengetuai sebuah slot di TV3. Nama rancangan pun "Aduan Rakyat". Aduan "Pakatan" Rakyat atau Aduan Rakyat? Heiii..."compius" saya dibuatnya. Tapi macam slot tu macam Aduan "Pakatan" Rakyat jer...hehehe.

(Oleh: dukeofmontecristo)


Anwar kantoi lagi untuk kali ke berapa ntahhhh...!!!

Posted: 16 Jul 2010 08:50 PM PDT

GAP's report also suggests that FFF management – including former FFF Chairman (and close friend of Paul Wolfowitz) Anwar Ibrahim, who is currently a Malaysian parliamentarian – misled the US Internal Revenue Service. The FFF's financial statements for 2006 and 2007 state that the Foundation did not attempt to influence national legislation, an assertion contradicted by the cables and reports released by the Department of State. These documents suggest that several Foundation representatives actively lobbied the US Congress in 2006-07 for legislative changes favorable to the FFF. - GAP report, 8 July 2010

Government Accountability Project atau GAP telah meng"kantoi"kan lagi Anwar Ibrahim. Untuk entah yang ke berapa kali, Anwar di dapati menipu rakyat dengan menafikan dakwaan Foundation for the Future atau FFF mendapat dana bermillion dolar dari U.S Department of State.

Anwar telah di dakwa telah menerima dakwaan bahawa FFF yang diketuainya itu mendapat dana lumayan dari Kerajaan U.S ketika di bawah pemerintahan Bush. Katanya pada Utusan Malaysia pada 21hb. Mei 2007 seperti yang berikut...

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pengerusi Yayasan bagi Masa Depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar mana-mana pihak yang mengkritiknya supaya membuktikan kaitan antara yayasan itu dengan Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz.

Beliau berkata, yayasan tersebut tidak pernah berurusan dengan Bank Dunia dan tidak menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak dari Amerika Syarikat (AS).

"Saya sungguh kecewa kerana perkara ini dijadikan satu propaganda kotor. AS tidak pernah memberi satu sen pun kepada yayasan ini dan kami mempunyai bukti.

"Ini semua propaganda yang menggunakan akhbar-akhbar tempatan bagi memanipulasi keadaan,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bangunan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini hari ini".


Sementara itu, Dylan Blaylock telah membenarkan dakwaan GAP itu pada artikelnya di website GAP sebagai menulis begini...

(Washington, D.C.) – A report released by the Government Accountability Project (GAP), based on documents obtained through nearly three years' of U.S. Freedom of Information Act (FOIA) requests, exposes the highly irregular manner in which the Foundation for the Future (FFF) – an obscure project funded by the U.S. Department of State – was established and operated by Bush administration officials and appointees.

Specifically, the report details how high-level State Department officials misled Congress as they sought millions in public money for the Foundation, which was a haven for people with political connections. The report also shows that FFF was a pet project of Elizabeth Cheney, former Principal Deputy Assistant Secretary of State for Near Eastern Affairs. Cheney worked to set up the Foundation with Shaha Riza, Paul Wolfowitz's companion whose seconding to the State Department (and then to the FFF) was directly responsible for the 2007 World Bank scandal that resulted in Wolfowitz's departure from the Bank.

"Liz Cheney had the preposterous idea that the Foundation for the Future would bring peace and democracy to the Middle East," said GAP International Program Officer Shelley Walden, author of the report. "This overlong project wasted millions of taxpayer dollars."


Jadi, untuk keberapa kalinya entah Anwar Ibrahim telah di"kantoi"kan menipu dalam kenyataannya. Katanya dia ada bukti untuk menafikan dakwaan dia dapat duit dari US untuk FFF. Sebagai pengerusi FFF, Anwar menafikan dakwaan itu di Malaysia, konon-kononnya orang Malaysia tak tahu menahu tentang kegiatan "haram"nya dengan US.

Entah tiba-tiba, IRS telah mendapati ada kecelaruan dalam FFF yang dipengerusikannya itu. Mungkinkah Anwar akan dikejar oleh IRS jika dia turun ke US selepas ini?

Kononnya Anwar pergi ke US untuk jadi pensyarah jemputan di Oxford. Mustahil pula jadi pensyarah jemputan di Oxford boleh bawa pulang wang berjuta-juta dolar. Rupa-rupanya, ini kerja Anwar di U.S. Habis dia angkut duit "tax payer" di Amerika untuk dirinya. Entah berapa banyak dia dah "kapur" duit kerajaan US pun kita tak tahu.

Menurut GAP, "The Foundation for the Future was to promote democracy, transparency and popular political participation on a multilateral basis in the Middle East,". Jadi, Anwar dengan "bijak"nya telah mempromosikan dirinya (bukan demokrasi) di Malaysia dan memperlihatkan ketelusannya dana FFF? Malaysia berada di "Middle East" ke? Telus macam mana tu? Telus sehingga memberikan gaji kepada Shaha Riza sehingga USD180,000, melebihi gaji Cordoleeza Rice? Oh! Lupa pula...Shaha Riza ini "awek" kepada Wolfowitz, saudara "kandung" Anwar!

Tidak ku sangka. Ingatkan Anwar hanya membuat onar di Malaysia sahaja. Namun di US pun Anwar "kapur" duit rakyat! Di Malaysia dulu Anwar "kapur" duit pak long mak long, di US Anwar "kebas" pula duit "omputih"! Dasyat benar Anwar ni. Patutlah dia ramai musuh! Satu dunia dah "celik mata" tentang jeliknya perangai Anwar. Penyokong-penyokong Anwar saja yang mungkin tak dapat "hidayah" lagi!

(Oleh: dukeofmontecristo)


UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


RIAKNYA SEORANG PEMIMPIN PAS - TAK NAK SUDAH JANGAN NAK SPIN!!

Posted: 16 Jul 2010 01:52 AM PDT

KOTA BHARU 16 Julai – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sedia menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana-mana sahaja untuk berunding atas prinsip hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat, bukannya untuk tujuan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin sedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, Nik Aziz berkata, beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, Pas sudah menutup pintu untuk berunding."

"Tetapi kalau soal royalti, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa ada bersama," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO semalam berkata, UMNO sedia menjalin kerjasama dengan Pas kerana UMNO menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu.

Nik Aziz berkata, sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara Pas dan UMNO kerana Pas sudah membuat keputusan sejak dua tahun lepas selagi UMNO tidak menukar dasarnya.

"Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika UMNO sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam," katanya. - Bernama

Pengikut