Selasa, 13 Julai 2010

Razlan's

Razlan's


Mesyuarat Pemuda Bahagian 2010

Posted: 13 Jul 2010 02:53 AM PDT














4 Julai 2010@8.00pm - Mesyuarat Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah dirasmikan oleh YB Dato Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Seramai 101 perwakilan telah hadir didalam Mesyuarat kali ini.

Berikut petikan semasa ucapan persmian...

"Selogan Rakyat Didahulukan dan Penyampaian di utamakan seharusnya di
fahami oleh semua lapisan pentakbir kerajaan yang menjalankan dasar
ini, kita seharusnya memikirkan bagaimana untuk mendahulukan rakyat
yang memerlukan pembelaan dan mengurangkan masalah miskin Bandar.

Kalau pihak kerajaan sudah memikirkan sehingga membela golongan
Pengawal, ini bermaksud pihak kerajaan akan membela mereka yang sama
kategori pendapatan seperti mereka. Ini melibatkan mereka yang
menjalankan kerja-kerja sebagai Pencuci, Pemotong Rumput, dan
sebagainya.

Ramai yang komplain apabila Dato Bandar DBKL memotong budget
penyelengaraan yang diberikan kepada kontraktor setiap 3 tahun sekali.
Semua yang terlibat untuk menjalankan kerja-kerja penyelengaraan ini
selalunya mereka yang berpendapat rendah, jesteru itu, apabila DBKL
memotong budget ini, sudah tentu mereka ini tidak akan mendapat gaji
yang sepatutnya. Dan apa yang terjadi golongan yang miskin ini akan
tetap ditindas dan ditekan oleh pihak DBKL kerana menjimatkan
perbelanjaan setiap tahun.

Kalau kita nak kurangkan perbelanjaan, kurangkan dari segi Pembangunan
dan janganlah sesekali kita mengurangkan penylengaraan kerana ini
adalah service kepada rakyat, dan secara tidak langsung pekerjanya
ramai yang berpendapatan rendah yang sepatutnya dibela.

Kita pun tak tahu berapa banyak cukai pintu yang gagal dikutip oleh
DBKL, dan tidak tahu berapa banyak hasil yang dapat di kutip setiap
tahun, yang kita dengar setiap tahun DBKL kekurangan budget.

Kalau ini berterusan, kami berpendapat sudah masanya kita meletakkan
satu Badan yang boleh melihat dengan lebih dekat apa yang sebenarnya
pihak DBKL buat setiap tahun." – Kata Razlan dalam ucapan semasa
Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagia Seputeh 2010.

Didalam Ucapan Perasmian Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Seputeh
semalam , YB Dato Razali Ibrahim (Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia)
menyarankan Pemuda UMNO bergerak lebih proaktif untuk menyeru belia
untuk mendaftar sebagai pengundi, dan ini merupakan tanggunjawab
mereka sebagai warganegara setelah cukup umur 21 tahun.

"Dengan semangat dan perjuangan yang tinggi, kita akan berusaha
menarik kira-kira lima juta pengundi muda untuk mendaftar di
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Cabaran kita untuk mendekati pengundi muda semakin mencabar dengan
senario politik hari ini tetapi itu bukan alasan Pemuda untuk tidak
mendekati mereka." katanya.

Futsal - Bulan Belia Dan Sukan

Posted: 09 Jul 2010 02:46 AM PDT




27 Jun 2010 - Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Seputeh telah
menganjurkan Program Juara Rakyat Bulan Belia dan Sukan bertempat di
Score Arena Jalan Klang Lama. Program ini telah dirasmikan oleh YB
Dato Seri Mohamad Khir Bin Toyo.

Sebanyak 64 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Kejohanan ini
terlah menawarkan hadiah sebanyak RM1000.00 pada juara, RM500 pada
Naib dan RM150 untuk tempat ketiga dan RM100 untuk tempat ke-empat.
Seramai 800 golongan belia hadir didalam program ini.

"Terima kasih kepada semua peserta pertandingan ini, dan diharapkan
semua generasi belia di kawasan Seputeh dapat memainkan peranan yang
penting didalam menjaga maruah diri kerana kita melihat banyak gejala
sosial yang memalukan keluarga dan agama kita kebelakang ini. Program
ini merupakan program terakhir kami sempena Bulan Belia Dan Sukan,
dimana pada minggu lepas kami telah menganjurkan program Kursus Pra
Perkahwinan secara percuma khas untuk generasi belia di kawasan
Seputeh" - Mohd Razlan Muhammad Rafii (Ketua Pemuda UMNO Seputeh)

"Generasi Belia khususnya Melayu perlu memainkan peranan yang lebih
penting didalam Pendidikan, kita perlu bersaing dengan bangsa lain
yang jauh lebih memahami kepentingan Pendidikan, jesteru itu Orang
Melayu kene sedar dan memainkan peranan yang penting didalam
Pendidikan"

"Genersi Belia Melayu juga seharusnya lebih bertanggunjawab kepada
Negara dengan mendaftar sebagai Pegundi, mengikut statistik sehingga
bulan Mac di Negeri Selangor, seramai 5000 belia cina berdaftar
berbanding dengan belia Melayu hanya 3000, jesteru itu, untuk kita
mengekalkan mejoriti pengundi orang Melayu, kita mesti mendaftar
sebagai pengundi, dan jentera Pemuda dan Puteri seharusnya memainkan
peranan yang lebih aktif untuk membantu belia Melayu untuk mendaftar"
- YB Dato Seri Khir Bin Toyo.

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


PAS BELI WAKIL RAKYAT BN??? - HAH???

Posted: 13 Jul 2010 05:01 AM PDT


ADAKAH APA YANG DIUAR-UARKAN INI BENAR..??

PAS NAK BELI YB BN??

MAKLUMAT LANJUT???

KLIK SINI...

(Sumber : Blog Gelombang Rakyat)


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Dewan Negara dan Dewan Rakyat: Prosedur penggubalan undang-undang di Malaysia.

Posted: 12 Jul 2010 08:30 PM PDT


PENDAHULUAN

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Di dalam sistem pemerintahan Negera Malaysia, Parlimen memiliki kuasa untuk menggubal undang-undang. Oleh itu Dewan Perundangan Persekutuan ialah Parlimen. Kuasa Perundangan ini diberikan mengikut Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan yang terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Kedua-dua Majlis Parlimen memainkan peranan yang penting dalam proses perundangan.

Di Malaysia sesuatu Rang Undang-undang boleh dikuatkuasakan setelah melalui satu prosedur penggubalan undang-undang. Tugas menggubal undang-undang yang terletak pada badan perundangan meliputi tugas untuk meminda perlembagaan, meluluskan undang-undang baru, memansuhkan undang-undang lama dan baru serta mengesahkan undang-undang yang sedang berjalan.
Kesemua proses ini berlaku dalam badan perundangan mengikut prosedur perundangan yang ditetapkan dimana Yang Dipertuan Agong akan memperkenankan Rang-Undang-undang tersebut setelah dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara . Sebagai peraturan umum, Parlimen berkuasa untuk membuat undang-undang bagi keseluruhan Persekutuan atau mana-mana bahagian. Parlimen Persekutuan mempunyai kuasa perundangan ke atas kebanyakan perkara penting seperti kewangan, perdagangan dan perusahaan, pendidikan, pertahanan dan hal ehwal luar.







DEWAN NEGARA
Dewan Negara adalah komponen kedua dalam Parlimen Malaysia. Ia adalah Majlis Tertinggi atau Senat. Dewan Negara adalah perlu bagi membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih halus dan terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 45, keanggotaan ahli Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Ahli Dewan Negara juga dipanggil Senator.

Keanggotaan Dewan Negara
Dewan Negara terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
• 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
• 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
• warganegara Malaysia
• tidak kurang dari 30 tahun
• waras fikiran
• bukan seorang muflis
• tidak mempunyai rekod jenayah

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan. Parlimen boleh dengan undang-undang; menambah bilangan ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu negeri hingga tiga orang. Membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu negeri dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih negeri. Selain itu boleh mengurangkan bilangan ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik.

Seseorang ahli Dewan Negara boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Negara. Sekiranya seseorang ahli tidak hadir di dalam tiap-tiap mesyuarat dewan negara selama enam bulan dengan tidak mendapat izin Dewan Negara maka Dewan mengistiharkan tempat ahli terebut sebagai kosong.Jika ahli tidak hadir di dalam tempuh tiga bulan selepas dipilih, maka terhentilah beliau daripada menjadi ahli. Jika berlaku kekosongan, ia hendaklah diisi mengikut syarat-syarat yang terkandung di bawah Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.
Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua Dewan Negara. Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang Timbalan yang hendaklah juga seorang ahli Dewan Negara. Tugas-tugas Yang di-Pertua Dewan Negara adalah seperti bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin; memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan; dan membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan. Yang Dipertua Dewan Negara yang pertama ialah YB Dato' Haji Abdul Rahman b.Mohamed Yassin dari 11.09.1959 - 31.12.1969 dan Yang Dipertua Dewan Negara sekarang ialah YB Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh
dan mula berkhidmat dari 07.07.2003 hingga kini. (lihat lampiran senarai Yang Dipertua Dewan Negara). Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua melepaskan jawatan setelah tempoh keahlian di Dewan Negara tamat. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara membantu dan mempengerusikan persidangan semasa ketiadaan Yang di-Pertua Dewan Negara. Dewan Negara juga mempunyai seorang setiausaha yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. Setiausaha Dewan Negara bertanggungjawab memantau perjalanan persidangan di Dewan Negara dan juga membantu dan memberi nasihat kepada Yang di-Pertua Dewan Negara ketika Dewan bersidang.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara. Sekiranya yang Dipertua dan Timbalan Dipertua tidak hadir dalam persidangan Dewan Negara, maka tugas Yang Dipertua bolehlah dilaksanakan oleh seorang ahli Dewan yang lain yang dipilih mengikut peraturan Dewan Negara.

Selain daripada Yang Dipertua Dewan, Timbalan dan Setiausaha, Dewan Negara juga telah menubuhkan beberapa jawatankusa untuk melicinkan pentadbiran dan perjalanan persidangan Dewan Negara. Di antara Jawatankuasa yang diwujudklan ialah seperti Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara, Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Negara, Jawatankuasa Dewan, Dewan Negara dan jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara. Setiap ahli jawatankuasa adalah dilantik dikalangan ahli dewan.

Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara
Jawatankuasa Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat. Jawatankuasa Pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa. Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis. Jawatankuasa Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata. Jawatankuasa Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat demikian.

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Negara
Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap Parlimen dimulakan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian.
Sekiranya seseorang pemberitahu usul mengandungi apa-apa cadangan untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan lain-lain masalah kepada mesyuarat. Usul yang telah dicadangkan ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.

Jawatankuasa Dewan, Dewan Negara
Jawatankuasa Dewan terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen dengan seberapa segera. Jawatankuasa ini bertugas sebagai penasihat kepada Tuan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli Majlis. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika diberi kuasa oleh Majlis untuk berbuat demikian. Setiap minit mesyuarat Jawatankuasa Dewan akan dihantar kepada semua ahli Majlis.Jawatankuasa ini diberi kuasa bersidang atau bermesyuarat sebagai Jawatankuasa Bersama dengan Majlis Dewan Negara.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis. Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua dan jika tidak, dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan majlis. Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, ia bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu. Jawatankuasa ini berkuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa.
Mengikut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepda Yang DiPertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimana pun Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menangguhkan sesuatu Rang Undang-undang sebagaimana tercatat di bawah perkara-perkara tersebut ;
1. Jika sesuatu "Rang Undang-undang Wang" diluluskan oleh Dewan Rakyat dan setelah dihantar kepada Dewan Negara sekurang-kurangya sebulan sebelum akhir penggal Parlimen, Rang Undang-undang itu tidak diluluskan oleh Dewan Negara dengan tiada pindaan dalam tempoh sebulan, maka Rang Undang-undang itu hendaklah diserahkan kepada yang Dipertuan Agong untuk persetujuan baginda, melainkan jika selainnya diarahkan oleh Dewan Rakyat.
2. Jika ;
a. sesuatu Rang Undang-undang yang bukan suatu Rang Undang-undang Wang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat, dan setelah dihantar kepada Dewan Negara sekurang-kurangnya sebulan sebelum akhir Parlimen, Rang Undang-undang itu tidak diluluskan oleh Dewan Negara dengan pindaan-pindaan yang tidak dipersetujui oleh Dewan Rakyat ; dan
b. dalam penggal yang berikutnya (sama ada penggal Parlimen itu juga atau tidak), tetapi dalam tempoh kurang daripada setahun selepas ia mula-mula diluluskan oleh Dewan Rakyat, Rang Undang-undang yang tiada perubahan selaras daripada yang tersebut dalam Fasal (3) diluluskan sekali lagi oleh Dewan Rakyat dan dihantar kepada Dewan Negara sekurang-kurangnya sebulan sebelum akhir penggal Parlimen dan tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat, maka Rang Undang-undang hendaklah , melainkan jika selainnya diarahkan oleh Dewan Rakyat, diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk persetujuan baginda dengan apa-apa pindaan jika ada yang dipersetujui oleh kedua-dua majlis Parlimen.

Kesimpulannya Dewan Negara merupakan satu komponen yang amat penting di dalam proses perundangan negara. Kuasa Dewan Negara merupakan dewan pengulangkaji supaya memberi kerajaan, pandangan kedua tentang kegiatan perundangan. Perlantikan ahli Dewan dikalangan profesional dalam pelbagai bidang akan meningkatkan kewibawaan dewan. Walau pun lantikan oleh yang Dipertuan Agong lebih berpihak kepada kerajaan persekutuan, ini adalah untuk menjaga kepentingan kerajaan pusat.



DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat adalah komponen ketiga dalam Parlimen Malaysia. Ia merupakan satu majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil rakyat mereka. Kesemua Ahli Dewan Rakyat dipilih menerusi Piliharaya. Setiap ahli akan mewakili satu kawasan pilihanraya iaitu kawasan pilhanraya Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat tidak boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat atau menjadi ahli Dewan Negara dan ahli Dewan Rakyat dalam tempoh atau yang sama, atau menjadi Ahli Dewan Negara mewakili dua negeri atau menjadi ahli Dewan Negara secara perlantikan dan pilihan di dalm negeri di dalam tempoh waktu yang sama.

Keanggotaan Dewan Rakyat

Mengikut Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, keanggota Dewan Rakyat adalah seperti berikut ;
1. Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada dua ratus dua puluh dua orang ahli dipilih.
2. Maka hendaklah ada ;
(a) dua ratus sembilan orang ahli dari negeri-negeri di Malysia seperti berikut ;
i. dua puluh enam orang ahli dari Johor
ii. lima belas orang ahli dari Kedah
iii. empat belas orang ahli dari Kelantan
iv. enam orang ahli dai Melaka
v. lapan orang ahli dari Negeri Sembilan
vi. empat belas orang ahli dari Pahang
vii. tiga belas orang ahli dari Pulau Pinang
viii. dua puluh empat orang ahli dari Perak
ix. tiga orang ahli dari Perlis
x. dua puluh lima orang ahli dari Sabah
xi. tiga puluh satu orang ahli dari Sarawak
xii. dua puluh dua orang ahli dari Selangor dan
xiii. lapan orang ahli dari Terengganu

(b) tiga belas orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan PutraJaya seperti yang berikut
i. sebelas orang ahli dai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
ii. seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan
iii. seorang ahli dari Wilayah persekutuan Putrajaya

Kelayakan Menjadi Ahli Parlimen

Setiap warga negara yang bermastautin di Persekutuan Malaysa adalah layak menjadi ahli Dewan Rakyat, jika beliau berumur tidak kurang daripada 21 tahun, melainkan seeorang itu hilang kelayakan menjadi ahli menurut perlembagaan itu atau mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat mengikut di bawah Perkara 48.

Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen dibubarkan, tetapi mereka boleh berhenti dengan menulis surat kepada yang Dipertua Dewan Rakyat. Seseorang ahli Dewan Rakyat dianggap berhenti dari ahli jika beliau hilang kelayakan mengikut Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan, seperti berikut ;
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perkara ini, seseorang adalah hilang kelayakan menjadi mana-mana majlis Parlimen jika ;
a. dia adalah dan telah didapati atau disytiharkan tidak sempurna akal
b. dia seoarang bangkrap yang belum dilepaskan atau,
c. dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan atau,
d. setelah dinamakan untuk pilhanraya bagi mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Negeri, atau setelah bertugas sebagi ejen pilihanraya bagi sesorang yang dinamakan demikian ia tidak menghantar apa-apa perbelanjaan piliharaya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa mengikut cara yang dikendaki atau,
e. dia telah disabitkan atas sesuatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia di wialayah-wilayah yang terkandung dalam sesuatu negeri Sabah dan Sarawak atau di Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengapunan bebas atau ,
f. dia telah sengaja memperolehi kewarganegaraan mana-mana negari luar Persekutuan, atau telah dengan sengaja menggunakan hak kewarganegaran di suatu negeri asing atau telah membuat seuatu akuan taat setia kepada mana-mana negeri luar Persekutuan.

Seseorang ahli Dewan Rakyat boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat. Jika seserang ahli Parlimen tidak hadir pada tiap-tiap persidangan majlis selama tempoh enam bulan dengan tiada kebenaran majlis maka majlis bolehlah mengistiharkan kerusinya kosong. Seseorang ahli mana-mana Majlis Parlimen yang telah diberi kebenaran tidak hadir dalam persidangan Majlis Parlimen yang ianya menjadi ahli maka ahli itu tidaklah boleh selama tempoh kebenaran itu menyertai dengan apa jua cara, hal ehwal dan urusan majlis berkenaan.

Setiap ahli Dewan Rakyat akan mengangkat sumpah taat setia kepada negera ini dan juga perlembagaannya sebelum mengambil tempatnya di Parlimen. Sebelum mengangkat sumpah, seseorang ahli Dewan Rakyat layak mengambil bahagian dalam pemilihan Yang Dipertuan Dewan Rakyat. Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh dipilih sama ada di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat atau pun seorang yang lain yang layak dipilih. Jika Yang Dipertua itu dipilih daripada orang yang bukan ahli Dewan Rakyat maka beliau adalah dianggap sebagi ahli tambahan Dewan. Namun demikian, beliau tidak layak dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri-menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen. Beliau juga tidak boleh mengundi bagi sebarang perbahasan di dalam Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain. Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha sebaik mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan. Yang diPertua boleh bila-bila masa boleh meletakan jawatannya melalui suratnya yang ditanda tangani sendiri dan ditunjukkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat. Dalam masa kekosongan jawatan yang Dipertua atau ketidakhadirannya dalam mana-mana persidangan maka seorang Timbalan Yang Dipertua boleh menjalankan tugas. Jika kedua-dua Timbalan Yang Dipertua tidak hadir atau kedua-dua jawatan itu kosong, maka seorang ahli dewan lain boleh dicadangkan sebagai yang Dipertua ditentukan oleh kaedah-kaedah Dewan Rakyat.

Jawatankuasa Dewan, Dewan Rakyat

Jawatankuasa Dewan terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen dengan seberapa segera. Jawatankuasa ini bertugas sebagai penasihat kepada Tuan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli Majlis. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika diberi kuasa oleh Majlis untuk berbuat demikian.Setiap minit mesyuarat Jawatankuasa Dewan akan dihantar kepada semua ahli Majlis. Jawatankuasa ini diberi kuasa bersidang atau bermesyuarat sebagai Jawatankuasa Bersama dengan Majlis Dewan Negara.

Jawatankuasa Peraturan Mesuarat Dewan Rakyat

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap Parlimen dimulakan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan. Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian. Sekiranya seseorang pemberitahu usul mengandungi apa-apa cadangan untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan lain-lain masalah kepada mesyuarat. Usul yang telah dicadangkan ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis. Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua dan jika tidak, dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan majlis. Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, ia bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu. Jawatankuasa ini berkuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa

Jawatankuasa Kira-kira wang Negara
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Naib-Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis. Tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen kerana memeriksa: Kira-kira Kerajaan Malaysia dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri; Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;
Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan; Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.
Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib-Pengerusi yang disebabkan oleh keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa itu. Seseorang ahli Majlis tidak boleh dilantik, memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa dia menjadi seorang menteri. Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang untuk hadir dihadapannya atau meminta mengeluarkan surat-surat, rekod-rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari satu masa ke satu masa.

PERSIDANGAN DEWAN
Parlimen akan bersidang apabila dipanggil oleh Yang Dipertuan Agong. Ia tidak boleh dibiarkan selama enam bulan berselang di antara mesyuarat akhir bagi satu penggal dengan mesyuarat bagi penggal yang akan datang. Parlimen akan kekal untuk lima tahun daripada nya yang pertama. Apabila genap lima tahun, Parlimen akan bubar dengan sendirinya melainkan sebelum cukup tempuh ia dibubarkan oleh Yang Dipertuan Agong. Setelah Parlimen dibubarkan , pilihanraya umum akan diadakan dal tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran bagi Semenanjung dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Parlimen hendaklah dipanggil bersidang tidak lewat 120 hari selepas tarikh pembubarannya.
Semua mesyuarat Parlimen disusun di dalam satu kalendar yang dinamakan Takwim Parlimen. Kalendar ini dibahagikan kepada lima penggal dan setiap penggal mengambil masa selama satu tahun. Parlimen tidak bersidang di sepanjang penggal tetapi mengadakan mesyuarat sebanyak tiga atau empat kali dalm satu penggal. Setiap satu mesyuarat mengambil masa selama dua minggu bagi Dewan Rakyat manakala Dewan Negara pula memakan masa selama satu minggu kecuali mesyuarat belanjawan yang mengambil mnasa selama lima atau enam minggu.

KEISTIMEWAAN PARLIMEN

Mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen mempunyai keistimewaan-keistimewaan seperti berikut : -
1. sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
2. tiada seoarang pun boleh kena dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam apa-apa perjalanan mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.
3. tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang disiarkan atau di bawah mana-mana Majlis Parlimen.
4. Fasal (2) tidak boleh dipakai bagi seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan Parlimen di bawah Perkara 10 (4) atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan, 1948 mengikut sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No.45 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1970.

Kesimpulannya peranan rakyat amat penting dimana memilih wakil-wakil meraka di dalam Dewan Rakyat . Wakil-wakil Rakyat yang dipilih melalui Piliharaya Umum membawa hasrat dan cita-cita rakyat melalui pandangan dan mengkaji setiap aspek perundangan negara. Dewan Rakyat menyediakan satu ruang forum bagi membincangkan Isu-isu awam yang dibentangkan selain daripada mempersoalkan dasar-dasar kerajaan dan penggubalan undang-undang.

Sumber:
Aku Melayu Tulen.blogspot.com

MEDIA : ANTARA KEHENDAK POLITIK DAN KEHENDAK UNDANG-UNDANG

Posted: 12 Jul 2010 07:13 PM PDT


 

Indeks Kebebasan Media Dunia 2008

Dari segi Indeks Kebebasan Akhbar 2008 , Malaysia jatuh teruk ke kedudukan 132 daripada 173 negara. Tahun 2007 Malaysia berada pada kedudukan 124 dan 2006 pada kedudukan 96. Rating ini diberikan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris, Perancis. RSF telah memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.

Secara perbandingan ,Timor Leste di tangga (65), Mongolia (93),Gabon (110),Indonesia (111),Maghribi (122),Thailand (124),Cameroon (129),Nigeria (131) ,Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136), Oman (123), Kemboja (126), Jordan (128) , Malaysia(132) dan Singapura (144).

Media Malaysia dilarang melaporkan sebarang berita buruk tentang pemerintah , kerabat diraja atau konco-konco mereka. Kerajaan telah mengharamkan akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times. Penulis blog berhadapan dengan ancaman saman dan tangkapan polis. Petugas Malaysia Nanban dan Guangming Daily diserang oleh penyokong parti kerajaan.[4]


 
Tahap kebebasan media 2010

Pada 17 Jun 2010,dalam Dewan Rakyat, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. menyatakan terdapat 2 juta blogger dari Malaysia dan mereka bebas mengeluarkan pandangan.Malaysia mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio.Selain itu terdapar IPTV (Internet Protocol Television) yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Sebaliknya Freedom House dari Amerika Syarikat mendakwa media di Malaysia belum bebas. [5] 

Cuba kita fikir-fikirkan kenyataan yang dibuat dengan jumlah media yang ada?

Melanggar peraturan

Pada 29 Jun 2010, beberapa akhbar dan tabloid didapati melanggar garis panduan penerbitan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab. Samad menyatakan 43 surat teguran dihantar kepada akhbar harian (2009) manakala 10 surat teguran (2010). Surat teguran kepada tablod ialah 19 teguran (2009) hingga bulan Mei 2010. 6 surat teguran dan 1 surat tunjuk sebab kepada berita parti politik.

Seksyen 7 (1), AMCP 1984, menetapkan kandungan berita tidak boleh memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara.
Pada 28 Jun 2010, surat tunjuk sebab diberikan kepada tabloid Suara Keadilan . Ia dipercayai berhubung berita sensasi kulit depan bertajuk 'Felda Bangkrap'.

Dunia tanpa sempadan

Era 1990-an menyaksikan Malaysia berhadapan dengan isu globalisasi atau dunia tanpa sempadan apabila munculnya internet dengan kemudahan laman web, e-mel, telefon internet, chit chat dan sekarang blog. Pada peringkat awal kerajaan Malaysia menggalakkan rakyat menggunakan internet dan membekalkan komputer di sekolah-sekolah. Guru-guru Sains dan Matematik dilengkapkan dengan sebuah komputer agar mereka mudah mencapai internet dan melaksanakan P&P menggunakan komputer.

Kafe siber tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan tahap kelajuan internet semakin baik melalui Streamyx dan lain-lain. Para pelajar sekolah dan mahasiswa universiti menghabiskan banyak masa di kafe siber sehingga membimbangkan ibu bapa. Selain bermain permainan, mereka juga melayari laman web lucah dan ganas. Mahasiswa yang tersekat oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) telah menggunakan blog bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

SITUASI SEMASA

Penubuhan Jawatankuasa Pengukuhan Komunikasi Kerajaan, yang dilihat wajar untuk menangani kebanjiran maklumat liar, bukan dari sumber yang sah, bercanggah, melanggar etika kewartawanan dan sebagainya.
 
SOALAN pokok ialah jentera penyebaran maklumat kerajaan sendiri tidak teratur, tidak bersistematik dan dalam banyak hal menampakkan ketidak upayaan pegawai bertanggungjawab untuk mengenali anasir penyebaran maklumat yang mengancam keselamatan negara yang sepatutnya dicantas sejak ia mula berputik dan bukannya setelah buruk.

Kerajaan tidak perlu menampakkan seolah-olah akan menambah kawalan baru terhadap media dengan penubuhan Jawatankuasa Pengukuhan Strategi Komunikasi untuk menangani berita palsu tetapi sewajarnya kerajaan lebih jujur dan lebih berani untuk menggunakan jawatankuasa ini bagi melihat dan mengkaji kelemahan kerajaan sendiri dalam mengendalikan media secara profesional dan berkesan.

Jawatankuasa ini sewajarnya berusaha menyelaraskan komunikasi maklumat sama ada yang bersifat politik, rasmi atau umum untuk penyampaian maklumat yang cepat, tepat, muktamad dan berwibawa yang akan dapat memulihkan keyakinan rakyat.

Sesungguhnya undang-undang kawalan media yang sedia ada sudah cukup. Yang tidak cukup ialah kesungguhan dan keupayaan kerajaan untuk membuktikan secara bijak dan berkesan bahawa kerajaan benar-benar mahu menjalankan tanggungjawab, lebih mementingkan maruah undang-undang dan keselamatan negara daripada bermotif politik.
 
Kekeliruan mungkin timbul di kalangan pegawai Kementerian Dalam Negeri sendiri apabila kehendak politik mengatasi kehendak undang-undang ketika kerajaan ghairah hendak memberi kebebasan baru yang akibatnya sekarang menampakkan kerajaan mahu kembali mengawal media.

ULASAN PENULIS:

Memang sifat semula jadi manusia tidak akan puas dengan apa yang dikecapinya. Dalam konteks negara berbilang bangsa dan kepercayaan, kebebasan yang mutlak saperti yang diamalkan oleh sesetengah negara akan hanya membawa ketidakstabilan kepada negara. Lebih-lebih lagi masyarakat kita belum lagi sampai tahap kematangan yang tinggi dalam mengharungi perbezaan yang ada. Golongan yang berfikiran terbuka lebih kecil bilangannya dari yang suka mengikut emosi. Sebenarnya kebebasan telah pun dinikmati oleh masyarakat dengan perkembangan teknologi internet dan dasar langit terbuka. Persoalannya berapa ramaikah dari rakyat yang tahu menggunakan informasi ini secara berhemah dan tidak manipulasi berita tersebut? Dan adakah wajar ketenteraman yang dinikmati sekarang ini digadaikan semata-mata untuk memperjuangkan kebebasan?
 
sumber berita :
wikipedia bahasa Melayu.
Berita Harian.

DEWAN UNDANGAN NEGERI : KEHENDAK PARTI ATAU RAKYAT?

Posted: 12 Jul 2010 06:07 PM PDT

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif. Di peringkat persekutuan, kuasa perundangan terletak pada Parlimen. Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Badan ini mengandungi tiga elemen utama iaitu Seti Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Negeri Selangor Darul Ehsan adalah sebuah negeri yang mengamalkan Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Di peringkat negeri, satu badan yang sama fungsinya dengan Parlimen dinamakan Dewan Undangan Negeri (DUN). Badan ini merupakan badan perundangan tertinggi di peringkat negeri dan mengandungi dua komponen iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan dan satu Dewan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri merupakan badan perundangan yang berkuasa menggubal undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang negeri yang dipanggil enakmen.

Fungsi utama Dewan Undang Negeri Selangor ialah membahas dan menggubal undang-undang berkaitan perkara-perkara tertentu seperti tanah dan sumber-sumber asli (kecuali minyak dan gas), kemudahan awam, kebajikan dan sosial, belia dan sukan, kebudayaan dan pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan bagi Negeri Selangor. Segala Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri akan ditandatangani oleh Dulu Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan akan menjadi undang-undang setelah diwartakan dalam Warta Kerajaan. Selain daripada itu, fungsi Dewan Undangan Negeri Selangor, secara ringkasnya adalah sepertu berikut:
  1. Memilih Tuan Speaker
  2. Menjalankan upacara mengangkat sumpah Ahli-Ahli Dewan Undangan yang baru dipilih
  3. Membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan
  4. Pemasyuran dari Tuan Speaker
  5. Membawa Usul-usul untuk dibahaskan
  6. Membawa rayuan-rayuan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Selangor (ADUN) setelah disahkan oleh Tuan Speaker
  7. Membawa pertanyaan-pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada YAB Dato' Menteri Besar berhubung hal-hal yang dalam urusan jabatan rasminya
  8. Sebagai pemangkin kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyuarakan isu-isu berkenaan dengan tugas-tugas mereka
  9. Sebagai pemangkin kepada YAB Dato' Menteri Besar untuk memberi penerangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan.
PERISTIWA SEMASA.

ADUN BN diusir -2010/07/13

Abdul Shukor Idrus
Abdul Shukor Idrus
 
ADUN BN-Kuang, Abdul Shukor Idrus, digantung menghadiri sidang DUN Selangor selama sehari selepas mempersoalkan mengapa usulnya mengenai isu perlombongan pasir ditolak.

AKTIVITI haram mencuri pasir di tanah milik kerajaan membabitkan kawasan seluas 400 hektar di Kampung Bukit Changgang, berhampiran Taman Paya Indah Wetlands, Dengkil, yang dedahkan akhbar kelmarin, memerlukan perhatian serius pihak berkuasa. Pencerobohan mengorek pasir yang kini sudah berkeluasan 120 hektar, dikorek sedalam 30 meter itu jika terus dibiarkan boleh mengakibatkan kemusnahan teruk dan mengancam keindahan tasik dan seluruh habitat haiwan di taman yang diwartakan sebagai Rezab Tanah Lembab Negara. Mujurlah kegiatan itu dihidu awal bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, lantas membuat tinjauan di lokasi kejadian bersama sekumpulan pemberita berikutan aduan penduduk tempatan. Kegiatan itu dipercayai berlaku sejak dua minggu lalu dan sehingga kini dianggar 10 juta tan pasir bernilai kira-kira RM220 juta sudah 'dirompak'. Kegiatan mengorek pasir secara haram di Selangor kebelakangan ini semakin sukar dikawal dan ini bukanlah satu-satunya tanah milik kerajaan diceroboh, malah turut dikesan di beberapa kawasan lain.

Pencerobohan mengorek pasir samalah dengan aktiviti penebangan balak secara haram, yang tidak sukar dikesan. Mereka beroperasi menggunakan jentera pengorek yang dapat dilihat dengan jelas. Pergerakan lori pengangkut juga dapat dilihat keluar masuk sepanjang masa. Apabila Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Mat Shuhaimi Shafie, memberitahu pemberita yang beliau tidak mengetahui mengenai aktiviti berkenaan, ia menimbulkan persoalan. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, kenyataannya itu cukup mengecewakan dan membuktikan beliau tidak mengetahui apa yang berlaku di kawasannya sendiri. 
 
Tanggungjawab wakil rakyat bukanlah sekadar mengambil tahu permasalahan rakyat dan menyelesaikan aduan yang mereka kemukakan. Lebih penting daripada itu, wakil rakyat mesti cekap mengesan dengan pantas setiap aktiviti haram yang beroperasi di kawasannya, seperti pencerobohan pencuri pasir yang berlaku sekarang. Kegiatan haram yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan membawa padah kepada kehidupan rakyat harus dibanteras segera dan tidak boleh dibiarkan berterusan.
 
Oleh yang demikian, kepada rakyat Selangor fikir-fikirkanlah apa jadi jadi jika fenomena ini berterusan,,,,,,,,

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


SEKITAR PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH 2010

Posted: 12 Jul 2010 07:31 PM PDT


Pengikut