Selasa, 22 Jun 2010

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


BUKAN HANYA BERSIDANG....MERAKYATKAN UMNO...

Posted: 22 Jun 2010 01:39 AM PDT


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin telah berjaya menjalankan mesyuarat perwakilan 2010 bertempat di Dewan Jubli Perak Rompin..Pada kali ini persidangan telah dirasmikan oleh Dato Seri Reezal Merican,Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia manakala Pergerakan Pemuda Bahagian Kuantan bertindak sebagai Wakil Perhubungan Negeri.

Mesyuarat telah berjalan dengan lancar di mana banyak perwakilan menunjukkan kematangan dalam menyampaikan hujah dan pandangan.

Apa yang menarik adalah kesinambungan dalam merakyatkan parti dengan pelbagai acara yang mendapat sambutan yang amat baik di kalangan masyarakat.Antaranya adalah pertandingan akhir futsal piala Ketua Pemuda,Autoshow,cabutan bertuah dan penyampaian sumbangan kepada persatuan2 belia.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menyumbang tenaga sehingga persidangan kali ini dapat dijalankan dengan jayanya.Begitu juga dengan barisan para pemimpin yang turut sama mengambil perhatian yang serius terhadap Pemuda UMNO Bahagian Rompin ini....

Pemuda Johor Bahru

Pemuda Johor Bahru


Mesyuarat Perwakilan PPUJB 2010

Posted: 22 Jun 2010 08:21 PM PDT

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN JOHOR BAHRU BAGI TAHUN 2010

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru akan mengadakan Mesyuarat Perwakilan seperti butiran berikut :

                        Tarikh     :  4hb Julai 2010 ( Ahad )

                        Masa       :  10.00 Pagi

                        Tempat   :  Dewan Besar MPC, Bandar Baru UDA, Johor Bahru

                       Perasmi   :  YB Tuan Haji Md Jais Bin Sarday
                                           
Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Johor

Para Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan yang telah dipilih di dalam Persidangan Tahunan Pemuda UMNO Cawangan masing-masing dikehendaki menghadirkan diri. Kehadiran Saudara adalah amat dihargai demi perjuangan Parti dan kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.

Pesan Almarhum Tunku Abdul Rahman;
"UMNO bergantung kepada Pemuda dalam serba perkara. Sekiranya Pemuda kuat maka kuatlah UMNO, dan sebaliknya jika Pemuda lemah maka lemahlah UMNO"

Selamat bersidang.

Share/Save/Bookmark

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 22 Jun 2010 08:29 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KEMPEN JOM KELUAR DAP!!!!!!!!!!!!

Posted: 22 Jun 2010 05:23 AM PDT

800 ahli DAP Malim Nawar keluar parti

KAMPAR 18 Jun - DAP Perak menerima satu lagi tamparan hebat hari ini apabila seramai 880 ahli DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar mengikut jejak wakil rakyat kawasan itu, Keshvinder Singh keluar dari parti tersebut.

Jika Keshvinder memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas, ahli-ahli DAP itu memilih untuk menyertai Parti Makkal Sakti Malaysia (PMSM) selepas hilang keyakinan terhadap DAP untuk membela nasib mereka.
Penyertaan mereka secara beramai-ramai ke dalam PMSM diumumkan oleh Pengerusi Pemuda Kebangsaan PMSM, N. Ramu pada satu sidang akhbar khas di sebuah restoran di sini hari ini.

Ramu berkata, mereka terdiri daripada 200 ahli DAP Cawangan Batu Putih, Malim Nawar (300), Kampar Estate (180) serta Mambang Di Awan seramai 200 orang dan keahlian mereka dalam PMSM berkuat kuasa hari ini.

Katanya, kesemuanya berbuat demikian kerana yakin PMSM dapat membantu membela nasib mereka selepas berjaya mendapatkan bekalan air bersih dan hak milik tanah kepada penduduk Kampung Batu Putih di sini baru-baru ini.
''Dengan penyertaan mereka ini, saya yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula kerusi DUN Malim Nawar yang dimenangi oleh DAP dengan majoriti hanya 1,362 undi pada Pilihan Raya Umum 2008," katanya.
Menurut Ramu, selain di DUN Malim Nawar, beliau turut menerima banyak permohonan daripada ahli-ahli pakatan pembangkang khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampar dan seluruh Malaysia untuk menyertai PMSM.
''Setakat ini, PMSM mempunyai lebih 16,000 ahli di seluruh Perak dan kini yakin dapat mencapai bilangan keahlian sebanyak 50,000 orang menjelang pilihan raya umum akan datang.

''Kebanyakan ahli terdiri daripada golongan muda dan kami akan berusaha untuk mendaftar mereka sebagai pengundi secepat mungkin," ujar beliau.
Dalam pada itu, Ramu berharap BN terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dapat membantu PMSM dari segi sumber kewangan.

Katanya, sejak ditubuhkan tahun lepas, parti itu tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada BN walaupun banyak membantu menarik ahli-ahli pakatan pembangkang menyertai BN.
''Sekiranya mendapat pertolongan dari BN, kami yakin boleh menarik lebih ramai ahli dari pakatan pembangkang, khususnya orang India untuk kembali menyokong BN.

''Semua ketua cawangan kami adalah ahli politik sepenuh masa dan jika tanpa bantuan kewangan mereka mampu menarik ramai ahli pembangkang, inikan pula dengan ada pertolongan dari BN," katanya.

 Nampaknya virus dari PKR dah berjangkit kepada DAP.

PENJARA PUDU DALAM KENANGAN.

Posted: 22 Jun 2010 04:32 AM PDT

Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.
Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.

Pudu Prison KL Aerial.jpg

Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa.

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Posted: 22 Jun 2010 03:55 AM PDT

Bahagian 1: Budaya Kecemerlangan

 Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, saya dapati reaksi bersemangat dari pihak awam mengenai konsep 1 Malaysia amat menggalakkan. Sambil kita terus bergiat dan menggandakan usaha untuk memperbaiki segala tindakan dan proses dalam kerajaan, perlu saya tekankan satu lagi ciri utama dalam memastikan kejayaan kita iaitu nilai-nilai yang perlu diterap bagi melengkapkan usaha-usaha tersebut. Memang benar, tindakan itu lebih dalam kesannya dari kata-kata sahaja.

Saya telah mengenalpasti sebanyak lapan nilai yang tidak saling eksklusif yang saya percaya adalah penting untuk kita semua. Diharap anda semua terus mengunjungi lawan web peribadi saya di mana saya akan memperkenalkan setiap nilai secara berperingkat sepanjang bulan ini. Semoga nilai-nilai ini dalam dipupuk dalam jiwa kita semua. Sila terus berkongsi pandangan dan kritikan membina anda; inilah tanda yang jelas bahawa momentum dialog kita sedang meningkat.

BUDAYA KECEMERLANGAN

Saya benar-benar percaya bahawa demi mengubah Malaysia dan membawa Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi, satu nilai yang melungkungi nilai-nilai lain yang akan memastikan Malaysia menuju trajektori yang betul ialah untuk kita menanamkan Budaya Kecemerlangan. Ini kerana jika anda mempunyai satu set nilai-nilai yang menandakan anda mempraktikkan Budaya Kecemerlangan, segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut
.
Secara dasar, ianya satu usaha berterusan. Namun anda perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, anda akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaaya Kecemerlangan.

Berkenaan aspek-aspek Budaya Kecemerlangan

Saya rasakan kita perlu mengenalpasti subset-subset yang berkaitan dengan Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, bagi dikenali sebagai sebuah masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan. Ianya satu subset Budaya Kecemerlangan. Dalam erti kata lain, anda mementingkan ketepatan. Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia
.
Saya harap dapat memberi penekanan kepada kepimpinan berasaskan prestasi. Dalam erti kata lain, jika anda mahu mengubah Malaysia, perubahan mestilah berteraskan kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna anda mempunyai matlamat-matlamat khusus, dan prestasi anda boleh diukur. Anda boleh mengawas, anda boleh memantau, anda boleh mengambil tindakan pembetulan. Anda boleh juga membuat sebarang perubahan jika perlu. Tetapi ianya penting untuk kita merasakan bahawa kita sedang mengalami kemajuan, bahawa kita semakin maju.

Maksud saya,  pengertian waktu, 'waktu Malaysia', yang sering dijadikan bahan jenaka orang ramai. Tentang menjaga masa, ketepatan masa dalam apa jua yang anda lakukan. Saya rasa ianya satu perkara yang boleh difahami semua orang dan dilihat dalam gaya hidup semua rakyat Malaysia. Ini antara perkara-perkara yang kita boleh ketengahkan, mengingkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu. Dan dari segi cara untuk membatinkan perubahan ini, contohnya, pernyataan seperti 'lebih kurang' – ia sepatutnya tidak wujud lagi dalam leksikon perkataan-perkataan yang kita gunapakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap perbuatan, pertuturan, dalam apa sahaja yang ingin dicapai.

Tentang mempelajari Budaya Kecemerlangan
Arwah ayahanda saya seorang ahli motivasi, biarpun saya tidak menyedari hakikat itu pada awalnya. Tetapi secara halus, beliau menerapkan dalam jiwa kami satu keinginan untuk berjaya dan menjadi yang terbaik di kalangan rakan seperjuangan, contohnya di dalam bilik darjah. Arwah mendirikan satu skim ganjaran, sejumlah wang yang kecil. Jumlahnya tidak lumayan, hanya sedikit wang yang akan dihadiahkan jika kami berjaya menduduki tempat pertama di dalam mana-mana ujian atau peperiksaan. Ianya bukan tentang ganjaran wang, tetapi jelas kegembiraan yang beliau rasai bila anda menjadi pelajar terbaik di dalam kelas, dan kekecewaan di riak wajahnya jika anda tidak berjaya. Itulah titik tolak dalam hidup saya untuk menyedari betapa pentingnya untuk  berjaya dan berusaha dengan gigih dalam segala perbuatan.

THE CONTENT OF THE CONSTITUTION.

Posted: 21 Jun 2010 06:33 PM PDT

The Malaysian Constitution contains 15 sections, 183 Clauses or Articles and 13 Schedules.


The Malaysian Constitution is supreme and is above Parliament and the judiciary (in Britain the Parliament is considered the highest body because it has unlimited legal powers). In Malaysia , the Constitution gives Parliament and the court their powers according to certain provisions and for certain situations only.


The Malaysian Constitution gives Parliament the power to make the Federal laws (ACTS) and DUN, the state laws or enacments.

Besides clear power separation between the Federation and the State, the Constitution also makes provisions for certain comman areas of legislation by both Parliament and DUN (State Assamble)

by : Malaysian Studies / Nationhood and Citizenship.

PRU 13 :DAP BERBOHONG TENTANG 5 JUTA ?

Posted: 21 Jun 2010 06:05 PM PDT


 
"Ustaz" Ngeh Koo Ham yang juga merupakan Pengerusi DAP Perak menegaskan bahawa DAP akan mengambil tindakan menuntut supaya mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen DAP yang keluar parti membayar RM5 juta kepada DAP. Ngeh berkata demikian di atas dakwaannya bahawa semua wakil rakyat DAP telah menandatangani perjanjian untuk setia kepada parti dan tidak keluar parti. Difahamkan bahawa tuntutan ini diminta oleh Ngeh setelah ADUN DAP Malim Nawar keluar parti baru-baru ini

Hee Yit Fong, yang juga bekas ADUN DAP Perak menyanggah dakwaan Ngeh ini dengan mangatakan bahawa tiada sebarang perjanjian pun yang dibuat oleh mana-mana ADUN DAP berkenaan hal tersebut. Malah Yit Fong sendiri mencabar Ngeh untuk mengemukakan bukti tentang wujudnya perjanjian tersebut. Apa lagi yang ditunggu, Ngeh? Tidak rasa tercabarkah bila dicabar oleh seorang perempuan? Tak tercabarkah kelelakian Ngeh? Atau Ngeh juga "sama spesis" seperti Anwar?

Yit Fong sudah bertahun meninggalkan DAP. Ketika itu, tiada pun timbul mengenai tuntutan RM5 juta dari DAP Perak. Ketika itu, Yit Fong dilaporkan hanya menerima beberapa ugutan termasuklah ugutan "bunuh". Tiada langsung kedengaran tentang isu "tuntutan RM5 juta". Kenapa pula sekarang baru timbul?

Apakah kerana Ngeh cuba membuktikan tentang dakwaan sindrom "keluar parti" wakil rakyat Pakatan Rakyat ini dengan wang imbuhan dari BN? Mungkin Ngeh cuba membodek dan menarik perhatian Anwar yang mendakwa bahawa BN memberikan imbuhan RM2 juta kepada YB-YB Pakatan Rakyat yang keluar parti? Apakah Ngeh cuba mendapatkan "political milage" dari bakal "PM 16hb September" itu?

Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena dalam kes tuntutan RM5 juta ini. Ketika YB Yit Fong keluar DAP, Ngeh tidak menuntut wang RM5 Juta. Tapi apabila YB Keshvinder keluar parti, mengapa baru kali ini Ngeh menyalak meminta wang sehingga RM5 juta? Apakah Ngeh baru saja mereka-reka sendiri kertas perjanjian tersebut? "Ngeh, mike tiru tande tangan si Keshvender tu ke? Ngape "mike" buat gitu, Ngeh? DAP Perak dah takde duit sangat ke. Yeop oiii???".

Apapun, Ngeh tetap mengatakan bahawa dia "memiliki" kertas kontrak perjanjian itu. Saya agak musykil dengan dakwaan tentang wujudnya "kertas perjanjian" tersebut. Apakah semua calon wakil rakyat DAP di seluruh negara juga menandatangani perjanjian tersebut? Jika benarlah ada kertas perjanjian tersebut, mengapa tidak ada seorang pun wakil rakyat DAP yang tampil untuk mempertahankan kenyataan Ngeh tersebut?

Sekurang-kurangnya, tampillah dengan mengemukakan salinan kertas perjanjian yang mereka tandatangani. "Berilah muka" sedikit kepada Ngeh. Bukankah dia Ketua DAP Perak. "Cover"lah sikit mamat tu. Malulah bila dia dicabar dan tak mampu nak keluarkan bukti. Dicabar "perempuan" pulak tu. Malu woooo...!!!

DAP DAN PKR TIDAK SEHALUAN.

Posted: 21 Jun 2010 05:42 PM PDT

 
Saya masih Ahli Parlimen Batu, Hakim tak mahu Kerajaan tanggung kos tinggi akibat Pilihanraya Kecil, kah!!!kah!!! betul ke dia masih Ahli Parlimen?? dan betul ke Hakim kata macam tu??, lawak yang dibuat oleh pak lawak kurus kering ini.

TIAN CHUA tidak lagi Ahli Parlimen Batu, itu pulak kata - kata Peguam berpengalaman yang juga Tok Guru Pakatan Pembangkang jika melibatkan undang - undang inilah Tok Guru yang di rujuk oleh semua pemimpin dalam Pakatan Pembangkang.

Tok Guru Karpal dah mula menunjukkan rupa garangnya kepada semua anak muridnya, sejak dua mejak ni Tok Guru Karpal agak "bad mood" sebab bermacam - macam perangai buruk anak - anak muridnya lakukan hingga beliau tak dapat menahan sabarnya.

Terbaru marah dan malu sesangat beliau dengan ADUN Malim Nawar dari DAP yang keluar DAP, mana tidaknya anak murid kesayangan beliau malah sebangsa dengan dia pulak tu dah MURTAD kini PKR pula buat hal, jadi tak habis - habis lah kerja Karpal keluar masuk, turun naik Mahkamah, APA KATA PRU 13 TOK GURU KARPAL BERTANDING AHLI PARLIMEN KAWASAN MAHKAMAH TINGGI, tak perlu nak abaikan rakyat di kawasan sendiri yang sememangnya terabai sejak sekian lama. Teman percaya silap - silap hari bulan, harus - harus si Karpal ni mati di Mahkamah.

Apapun jelas kini DAP sudah mula menunjukkan bahawa mereka yang berkuasa dalam Pakatan Pembangkang, kena ikut kata mereka, kerana mereka lah penyelamat pemimpin - pemimpin haprak dalam Pakatan pembangkang terutama PKR yang sentiasa keluar masuk Mahkamah mengikut jejak Ketua mereka AI, sebab rahsia mereka semua didalam gengaman Karpal dan DAP.

Apa pun kita tunggu dan lihat hari Isnin yang dikatakan Hakim yang bijaksana akan memperjelaskan isu hukuman yang dijatuhkannya terhadap Tian Chua si kepala batu dan si muka tembok.

Bagi teman pengajaran tegas harus diberi diatas kesalahan yang dilakukan, tambahan melibatkan seorang Wakil rakyat agar tidak sewenang - wenangnya melakukan kerja haram jadah ikut sesuka hati dengan membelakangkan undang - undang, seharusnya tiada kompromi agar semua Wakil Rakyat menjadi contoh yang terbaik kepada rakyat malah pada remaja dan pelajar - pelajar.
 
 ARTIKEL OLEH d dinbunga
 
KOMEN PENULIS :
Adakah ini satu lagi drama yang dimainkan dengan penulisnya telah diketahui. Berhati-hati di Jalan raya....

WAJIB BACA :PAS HASIL HARAM GUNA PULAK CARA HARAM.

Posted: 21 Jun 2010 05:17 PM PDT


Kerajaan Khawarij PAS Kelantan secara rasmi melantik 13 jawatan timbalan exco yang sebelum ini tidak pernah wujud dalam sejarah.


Yang paling menarik 13 orang yang dilantik dibayar gaji backdated dari 1 Januari,bermakna ekstra 5 bulan. Cuba pengikut PAS kira sendiri berapa jumlahnya.


Kembong la poket YB YB Khawarij PAS,dulunya mereka tidak nampak cara bagai mana cara nak menyamun dan menghalalkan duit kerajaan negeri .Sekarang teknik terbaru mengwujudkan jawatan baru.

Alasan kerja exco yang sedia terlalu sibuk,dengan melantik timbalan exco dapat meringankan beban kerja adalah tidak munasabah.

kata kata wali selipar


"Kita tahu bebanan yang ditanggung oleh anggota exco kita terlalu banyak, siang datang ke pejabat, malam pula keluar bertugas lagi untuk berceramah.

"Kerja sebegini bukan calang-calang orang boleh buat, kadang-kadang kena ziarah kematian, kenduri kendara," ujarnya.

KALAU TAK SANGGUP / TAK MAMPU LETAK SAHAJA JAWATAN TU.


Tiap malam keluar pi ceramah tak siapa suruh, ceramah fitnah tak henti mana tak sibuk, dah tu duit derma ceramah rembat jugak, Dah memang kerja YB ambil perhatian dan dekat pada rakyat mesti lah sibuk,mereka yang dipilih harus bersedia untuk tanggung amanah yang berat.

Kalau tak mau kerja berat baik tak payah jadi YB lah,alasan wali selipar untuk menghalalkan cara nampak sangat mahu meremehkan minda orang ramai. Agak agaklah kalau nak bohong,sikit sikit sudah lah.



Pisau kata " kalau tak lantik 13 ekoq ni nanti pecah lubang pulak"

MESTI BACA PUNYA : PAS MEMANG MUKA TAK TAHU MALU !

Posted: 21 Jun 2010 05:13 PM PDT




Pas patut malu besar nikmati hasil aktiviti haram

KUALA LUMPUR 21 Jun - Pas yang selama ini menjadi jaguh dalam isu lesen judi bola sepak mendapat malu besar hari ini apabila Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mendedahkan Kelantan turut menikmati hasil daripada aktiviti haram.

Choo Keong yang merupakan anak jati Kelantan mendakwa, Pas hipokrit dalam isu lesen judi bola sepak apabila mengaitkan perkara tersebut dengan nilai agama sedangkan pada masa yang sama, kerajaan Pas Kelantan meluluskan 40 lesen arak.

Pendedahan tidak terduga Choo Keong semasa beliau membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyebabkan wakil Pas seperti Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan Dr. Lo'lo Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) cuba untuk mematahkan hujahnya
.
Bagaimanapun Lo'lo serta Khalid hanya mampu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan mendakwa Choo Keong cuba mengelirukan Dewan tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee

Kiandee ketika menolak peraturan mesyuarat tersebut menjelaskan tidak wujud unsur yang boleh menjustifikasikan wakil rakyat Bebas itu sebagai berniat untuk mengelirukan dewan.

Choo Keong turut menegaskan bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menfatwakan bahawa 'hasil haram' yang diperoleh daripada aktiviti haram seperti jual beli arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan.

"Ini yang saya tidak faham. Kalau Tok Guru boleh membenarkannya, mengapa ada beberapa kerat wakil rakyat Pas hari ini menentang lesen judi bola sepak? Mengapa membantah? Mengapa bersikap talam dua muka?.

"Apakah mereka tidak setuju dengan fatwa Tok Guru atau mereka lebih menjadikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kiblat mereka," katanya.

Pada ketika ini, Khalid mula membuat bising dengan mendakwa Choo Keong memang tidak faham tetapi beliau tidak diberi laluan oleh bekas wakil rakyat PKR itu untuk mencelah sebelum disusuli oleh Lo'lo.
Susulan tindakan Khalid dan Lo'lo itu,

Choo Keong membacakan dua fatwa Nik Abdul Aziz yang dibuat pada 19 November 1992 dan 26 November 1994 iaitu:


"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenarkan kepada bukan Islam sahaja kerana jika diharamkan, sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan serta lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"

Dalam pada itu, Choo Keong membidas amalan politik 'dua alam' Anwar yang cuba menjadi jaguh kampung dalam menentang amalan judi sedangkan beliaulah yang menghalalkan judi di Sabah semasa menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

"Perangainya sekarang membuktikan pendirian 'cakap tak serupa bikin'. Inilah politik matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja yang menguntungkan beliau dari segi politik, kira beres. Kini beliau mahu jadi 'suci dalam debu', lebih putih daripada pencuci clorox (peluntur pakaian)," tegasnya.

KOMEN PENULIS:-
Inilah akibatnya bila terlampau jaga tepi kain orang lain tepi kain sendiri terpalit dengan'tahi' pun tak perasaan...... NILAIKAN SENDIRI.....

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Dr. Asri ; masuk UMNO atau PAS ?

Posted: 22 Jun 2010 03:22 AM PDT

UMNO jangan terlalu ghairah dengan kesediaan bekas Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin untuk menyertai parti itu, kata Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, Dr. Asri bukan tokoh istimewa yang perlu diberikan perhatian dan kesediaannya menyertai UMNO harus diperbesarkan.

"Pemimpin UMNO tidak perlu teruja dengan kesediaan beliau menyertai politik, mungkin dia akan menyertai UMNO atau PAS," katanya.

Menurutnya, apabila seseorang individu yang pernah terjebak dalam isu kontroversil diagungkan akan menyertai UMNO, seolah-olah menunjukkan parti sudah ketandusan pemimpin.

"Ini tidak baik kepada UMNO kerana tidak ada sesiapa yang perlu diberikan layanan istimewa sama ada dia doktor, mufti atau ahli perniagaan," tegasnya.

Beliau berkata, kenyataan Dr. Asri kononnya beliau akan membawa bersama 100 orang ulama termasuk berkelulusan Phd menyertai UMNO masih boleh diragui.

Sebaliknya kata beliau UMNO wajar mengambil sikap berhati-hati kerana Dr. Asri pernah dikaitkan dengan fahaman Wahabi yang bertentangan dengan Ahli Sunah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

"Kita khuatir apabila ada laporan mendakwa beliau dan pengikutnya dipercayai berusaha mengembangkan fahaman Wahabi di negara ini dengan menyusup masuk ke dalam UMNO," katanya.

Katanya, sama ada dakwaan itu benar atau fitnah, UMNO perlu berhati-hati dengan kesediaan beliau menyertai UMNO yang sebelum ini juga mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik kata-kata Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab. Rauf Yusoh yang menyebut bekas Mufti Perlis itu akan menyertai UMNO Bahagian Bukit Bintang di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Ab. Rauf yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang dipetik sebagai berkata, kemasukan Dr Asri dan kumpulannya akan menyemarakkan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

Menurut Syed Ali lagi, ketika isu panas Dr. Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini, beliau telah mengadakan perjumpaan strategik dengan Nik Aziz di Kelantan.

"Malah Dr. Asri sering diundang mengisi forum anjuran kerajaan Kelantan dan berita terbaru beliau akan menyertai UMNO merupakan sesuatu yang agak pelik," ujarnya.

Dalam hubungan ini tegasnya, kenyataan pemimpin UMNO Bahagian Bukit Bintang itu dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai persepsi sama ada Dr. Asri mempunyai motif tertentu menyertai UMNO.

Kebimbangan itu kata Syed Ali, bukan bermakna menyekat mana-mana individu menyertai UMNO tetapi latar belakangnya perlu diperhalusi.

"Memang UMNO amalkan dasar buka pintu kepada semua orang Melayu, tetapi dalam situasi politik sekarang, kita perlu berwaspada dengan pelbagai bentuk muslihat musuh," tegasnya.

Syed Ali menjelaskan, UMNO sentiasa menerima penyertaan keahlian termasuk golongan profesional dalam usaha memantapkan perjuangan parti.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Ulama Masuk Umno Hanya Mengorek Kubur Sendiri – PAS

Posted: 21 Jun 2010 07:21 PM PDT

PAS tidak gentar dengan strategi Umno untuk menarik lebih ramai ulama menyertai parti itu. Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata parti itu tidak akan lemah walaupun lebih seribu ulama menyertai Umno. “Ulama yang menyertai Umno itu akan hanya ‘mengorek lubang untuk menguburkan’ diri mereka sendiri kerana parti itu tidak akan memberi jawatan penting kepada pemimpin [...]

meru perdana

meru perdana


Keruntuhan & Kebejatan Moral

Posted: 22 Jun 2010 12:34 AM PDT

Apa nak jadi dengan manusia sekarang ini...zuriat pemberian ALLAH SWT dengan kejam dibunuh dan dibuang atas alasan mereka-mereka ini adalah anak luar nikah. Sekiranya kelahiran mereka ini tidak mahu diterima janganlah kamu berzina dan sekiranya telah berlaku kelahiran dan janganlah bayi-bayi comel ini dibuang seperti sampah atau bangkai haiwan, jadilah manusia yang ada hati dan perasaan. Sesungguhnya binatang lebih menyayangi anak mereka, inikan manusia yang telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dengan waras.

Ini  adalah akibat dari diri sendiri yang mementingkan nafsu semata-mata. Amalan hidup secara bebas dan terbuka. Jangan dipersalahkan orang atau pihak lain kerana keimanan dan ketaqwaan adalah pucuk pangkal dari individu itu sendiri. Dapat kita perhatikan pergaulan anak-anak muda sekarang ini terlalu bebas dan ini adalah faktor yang menyumbang kepada seks luar nikah yang telah banyak terjadi sekarang ini.



Semasa anda seronok dan bersukaria...anda hanya memikirkan nafsu dan kepuasan anda didunia semata-mata, tidak pernah memikirkan keburukan dan azab yang akan anda terima...sedarlah wahai manusia bahawa jalan yang anda ikuti ini lagi melalaikan dan menyesatkan....pulanglah ke pangkal jalan...sedar dan bertaubatlah kerana pintu taubat itu masih lagi terbuka.


Lihatlah wajah-wajah comel insan dan tidak berdosa yang patut dibela dan hargai ini, tergamak ibu dan ayah mereka membiarkan darah daging mereka sebegini rupa. Apakah yang mereka fikirkan dengan membuang bayi-bayi ini hidup mereka telah lepas dari dosa dan hukuman? Apakah dengan cara membuang mereka ini dapat menutup malu dan aib ibu dan ayah mereka ini?


Jangan biarkan diri anda yang telah hanyut dan tewas ditelan nafsu itu menyesatkan lagi diri anda sehingga sanggup membunuh nyawa yang tidak berdosa yang paling penting ianya adalah darah daging anda sendiri.


Sebuah kesilapan boleh diperbaiki sekiranya anda ingin perbaikinya dan ianya juga boleh menambah kerosakan sekiranya anda juga yang inginkan sebegitu.


Keluarga dan masyarakat,janganlah terus menghukum anak-anak muda yang telah silap dalam percaturan kehidupan meraka ini, berikanlah perhatian kepada mereka dan cuba bantu mereka dalam menyelesaikan masalah bukannya memarahi dan menghukum secara membuta tuli kerana sesuatu kesilapan yang telah berlaku.

Anda disaran menyuarakan pendapat dan komen bagi mencari jalan bagi mencari penyelesaian kes keruntuhan moral ini. Marilah bersama menyelesaikan sesuatu masalah dari menyalahkan semua pihak sekiranya sesuatu perkara berlaku.Kerajaan juga disarankan mencari jalan yang terbaik bagi menangani isu ini secara menyeluruh. 

Pengikut