Rabu, 21 Julai 2010

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


PAS IBARAT BULAN - DARI JAUH CANTIK SEKALI.. BILA DEKAT HODOHNYA!!!!

Posted: 21 Jul 2010 05:23 AM PDT

Seorang bekas pemimpin PAS kawasan yang enggan ditulis namanya pernah menggambarkan PAS macam simbol parti itu, bulan. Bulan kalau dari jauh memang nampak cantik tetapi kalau dilihat dari dekat dan pada permukaannya, penuh dengan macam-macam – macam muka penuh jerawat , katanya. Ditanya kenapa beliau tinggal parti itu sedangkan beliau pernah jadi pemimpin termasuk dalam Pemudanya, bekas pemimpin PAS itu mengulangi cerita bulan itu lagi.

"Dulu PAS memang cantik tetapi sekarang dah buruk serba serbi. Kini ludah yang pernah dilemparkan pemimpin PAS terkena kemuka sendiri," katanya mengimbas kembali watak beberapa pemimpin PAS yang sudah guna wang untuk jawatan dan sibuk memburu 'harta rampasan perang' di negeri yang dikuasai pakatan rakyat selepas pilihanraya umum lalu.

Menurutnya, PAS kini bukan lagi memperjuang atau mempertahankan Islam sebaliknya rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP. Walaupun bukan semua begitu tetapi selagi ada Mursyidul Am, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS sedang bergerak sebagai parti yang menuju kehancuran dan akan hilang kepercayaan dikalangan orang Melayu beragama Islam di negara ini.

Bukti terbaru, apabila Menteri Besar Kelantan itu mengulangi pendirian bahawa tidak akan ada kerjasama politik dengan UMNO, sebaliknya terus setia bersama Pakatan Rakyat. Nik Aziz berkata sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara PAS dan UMNO kerana PAS sudah membuat keputusan sejak dua tahun lalu selagi UMNO tidak menukar dasarnya.

"Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika UMNO sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam," katanya.

Pertikaian Nik Aziz terhadap UMNO semata-mata kerana perkataan Kebangsaan pada UMNO. Sedih sungguh kerana UMNO menghulur tangan demi perpaduan Melayu dan Islam tetapi beliau menjadikan perbezaan politik sebagai alasan berbanding melihat penyatuan Melayu di negara ini yang sudah pecah dengan sebahagian dalam UMNO, PAS dan PKR.

Malah, dengan riaknya Nik Aziz menyatakan, hanya UMNO sejak dulu lagi mahu meminta pertolongan daripada PAS sedangkan parti itu sudah berkali-kali menyatakan keengganannya. Nik Aziz selepas menyampaikan kuliah Jumat di Dataran Kota Bharu dipetik sebagi berkata, beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding."

Seperti kata bekas pemimpin PAS tadi, ada masanya PAS menghalalkan apa saja yang bawa manfaat kepada mereka begitu juga nampaknya dengan Nik Aziz Beliau sengaja lupa sifat bantu membantu sesama manusia sesuatu yang dituntut.

Allah SWT menerusi firman dalam surah al-Maidah ayat 2, "Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya."

Manakala Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa berjalan menolong saudaranya dan memberikan jasa padanya, maka untuknya pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah."

Jelaslah, orang Melayu khususnya UMNO tidak dianggap saudara oleh Nik Aziz melainkan Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang diagung-agungkan beliau sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Benarlah kata bekas pemimpin PAS tadi dan betullah tindakannya meninggalkan parti itu kerana bulan memang nampak cantik dari jauh tetapi hodoh dari dekat.

Begitu jugalah dengan Nik Aziz barangkali apabila menolak salam perbincangan yang dihulur Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Tiada ulasan:

Pengikut