Jumaat, 23 Julai 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Nik Aziz jadikan Dewan Pemuda PAS sebagai 'pak turut'

Posted: 22 Jul 2010 11:54 PM PDT

DATUK Nik Aziz Nik Mat hanya menjadikan Dewan Pemuda PAS sebagai 'pak turut' apabila menolak cadangan pelan damai antara parti itu dengan UMNO demi perpaduan umat Islam, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Malah tegas beliau, tindakan Mursyidul Am PAS yang menentang sekeras-kerasnya hasrat Ketua Dewan Pemuda, Nasrudin Hasan supaya dtamatkan pergeseran PAS-UMNO menyerlahkan lagi sikap Nik Aziz yang bersifat bongkak dan berdendam.

"Saya kasihan melihat pemuda PAS seolah-olah seperti tunggul kayu, mereka ada kesedaran tetapi dihalang bersuara dan tidak boleh berikan pandangan yang tidak sebulu dengan pemimpin utama mereka, inilah kepimpinan diktator dalam PAS," tegasnya.

Katanya, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan tidak sepatutnya menolak bulat-bulat hasrat ketua pemudanya yang berhasrat mencari titik pertemuan antara kedua-dua parti itu kearah penyatuan umat Islam di negara ini.

"Malangnya, Nik Aziz hanya mahu semua pemimpin PAS termasuk Dewan Pemuda parti itu supaya mengikut telunjuk beliau, tidak boleh membantah dan hanya sebagai pak turut," tegasnya.

Semalam, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Nasrudin yang mahukan supaya PAS-UMNO mempunyai pelan damai supaya persengketaan kedua-dua pihak ditamatkan demi kepentingan umat Islam.

Dalam hal ini, Syed Ali tidak menolak kemungkinan Nasrudin akan dikenakan tekanan kerana mengeluarkan pandangannya yang bercanggah dengan pendirian Nik Aziz, sepertimana pernah dihadapi oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (Gambar atas).

Katanya, Nasharuddin pernah disisihkan oleh Nik Aziz ekoran kenyataan beliau yang mahukan pertemuan PAS-UMNO diadakan bagi membentuk kerajaan perpaduan yang turut ditentang keras oleh Nik Aziz.

Syed Ali mengulas kenyataan Nik Aziz di Kota Bharu hari ini yang menyifatkan ia hanya kenyataan peribadi Nasrudin dan bukannya keputusan rasmi yang dibuat oleh kepimpinan PAS.

Malah Nik Aziz dengan lantangnya berkata PAS dengan UMNO tidak boleh bersatu kerana masing-masing berlainan dasar.

Dalam hal ini, Syed Ali menyelar Nik Aziz yang dilihat lebih mementingkan agenda politik peribadi daripada penyatuan dan masa depan umat Islam di negara ini.

"Beliau lebih mementingkan agenda politik peribadi, yakni untuk kekal berkuasa sebagai Menteri Besar walaupun jurang pergeseran sesama umat Islam masih belum menampakan jalan perdamaian," katanya.

Sehubungan itu jelasnya, UMNO tidak akan terikut-ikut dengan kerenah pemimpin PAS sebaliknya menumpukan usaha kearah meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi pendekatan dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).


Tiada ulasan:

Pengikut