PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- Puak 'Anwarinas' musnahkan perjuangan asal PAS
- "PADAN DAH WEY"
- PERPADUAN UMNO - PAS....
- MARI BERBALAS PANTUN.
- PENDAFTARAN PEMILIH BARU JAN - JUN 2010.
- Pas, PKR out to win Felda settlers' votes
- WASIAT UNTUK ORANG PENANG !
- YAB LIM GUAN ENG KETUA MENTERI KEPADA SEMUA RAKYAT PULAU PINANG.
- Dasar Sosial Negara - Perlu diaktifkan.
| Puak 'Anwarinas' musnahkan perjuangan asal PAS Posted: 23 Jul 2010 10:09 AM PDT
| |
| Posted: 23 Jul 2010 10:02 AM PDT 21 tahun rakyat Kelantan harung kepayahan, bosan janji kosong PAS | |
| Posted: 23 Jul 2010 09:35 AM PDT
| |
| Posted: 23 Jul 2010 09:10 AM PDT | |
| PENDAFTARAN PEMILIH BARU JAN - JUN 2010. Posted: 23 Jul 2010 09:05 AM PDT
| |
| Pas, PKR out to win Felda settlers' votes Posted: 23 Jul 2010 08:42 AM PDT ![]() These are common scenes these days in many Felda schemes nationwide, where the Malay vote bank resides. Umno has been busy countering its political enemies who, in their quest to gain Malay ground, have declared Felda land schemes political war zones. The Federal Land Development Authority (Felda) was formed on July 1, 1956, when the Land Development Act came into force. It is administered by a board, which since April 2004 has been under the Prime Minister's Department, overseen by Datuk Seri Najib Razak himself. Felda's first settlement, comprising 16.2sq km, and focused on rubber, was opened in Ayer Lanas, Kelantan, in 1957. Five similar schemes were opened two years later. In 1961, Felda's first oil palm settlement was opened on 3.75sq km. Today, there are over 400 Felda land schemes with more than 113,000 settlers nationwide, mostly in Pahang, Johor and Negri Sembilan, making Felda settlers an important political force. They are traditionally Umno supporters and only about 10 per cent of them, says Umno information chief Datuk Ahmad Maslan, support Pas. Pas supporters in the federal land schemes generally comprise families of Pas members who were granted participation in the schemes when Pas was a component of Barisan Nasional and former Pas president Datuk Mohamad Asri Muda was land and regional development minister. This also explains why most opposition supporters are in land schemes opened in the 1970s and 1980s. "(Pas and PKR) are working on the ground but we are not mere bystanders," says Ahmad, who is also a deputy minister in the Prime Minister's Department. "Our programmes and activities are ongoing, supported by non-governmental organisations friendly to us." However, Ahmad's figures are disputed by both Pas secretary-general Datuk Mustafa Ali and central committee member Mazlan Aliman. Mustafa thinks 10 per cent is too low, as Pas has secured more votes in Felda areas than before. Mazlan, the man behind Pas-linked Persatuan Anak-Anak Felda, or "Anak", and the son of a settler in Felda Bukit Ramon in Pulai, Johor, contended that Pas has as much as 25 to 30 per cent support in some Felda schemes. Felda settlers backed BN in the last general election, resulting in Pakatan Rakyat's defeat in the rural, Malay-majority constituencies where most Felda settlements are located. Since then, Pas and PKR have intensified efforts to win Felda votes with their ceramah and recruitment drives, trying to make inroads if not wrest control of the 54 parliamentary and 92 state constituencies that cover Felda land schemes. "We have two million people who are involved in Felda, either as settlers or workers, and about 1.2 million are voters," said Ahmad. "It's a big number." Mustafa admits that Pakatan Rakyat still has a long way to go. "There are still areas we cannot penetrate. Felda is Umno's last bastion. The party will fight hard to retain control." He is, however, confident of Pas gaining ground before the next national polls because of its aggressive campaigning. Pas' analysis of past elections suggest that the main factor for its defeat in many Felda areas was its inability to get its message across, either for lack of effort on its part or because Umno was too strong in these areas. If Pas has Anak to help champion its cause, Umno has several non-governmental organisations, such as Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) and Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), on its side. MBFM has been very active in all 54 parliamentary constituencies covering Felda settlements since the last general election. It boasts of about 100,000 members and organises mostly social and sports programmes. PKR, through a special bureau on Felda, has been organising meetings with settlers and forming party branches to attract more Malays to the multiracial party. A Pas official says the party will work hard to gain more ground in Felda schemes, since it has announced plans to gain ground in Umno strongholds by contesting 40 parliamentary seats in rural areas in the next general election -- especially those covering federal land schemes in Pahang, Johor, Perak and Terengganu. | |
| Posted: 22 Jul 2010 06:43 PM PDT ![]() Jeruk terutama buah pala memang popular di Pulau Pinang. Ada juga 'asam' lain. Di Pulau Pinang, macam-macam asam ada termasuk asam gelugur (dijadikan asam keping untuk kuah laksa dan asam pedas), asam jawa, asam ko, malahan belimbing pun disebut sebagai asam sama ada belimbing besi atau belimbing buluh. Tetapi asam yang ingin disentuh pada minggu ini bukan asam yang dibuat jeruk atau 'ikan di laut asam di darat, bertemu juga dalam belanga' tetapi Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong. Sebelum ini 'pala' dah jadi jeruk apabila Kampung Buah Pala, sebuah perkampungan orang India yang menternak lembu terpaksa 'dirobohkan' demi pembangunan. Bagaimanapun nasib mereka agak baik. Walaupun terpaksa meninggalkan kampung halaman yang dikatakan sudah diteroka sejak 200 tahun itu tetapi pampasan yang diterima lebih melegakan. Khabarnya mereka mendapat rumah teres dua tingkat yang dianggarkan bernilai RM500,000. Sebaliknya di Kampung Jalan Pokok Asam, yang kebanyakannya nelayan dan 'orang lama', pampasan yang dikatakan bakal diterima hanyalah RM75,000. Dengan suasana selesa di sebuah perkampungan yang dinikmati selama ini, tiba-tiba kehidupan penduduk Kampung Jalan Pokok Asam yang berusia hampir 100 tahun itu akan berubah. Belum pasti di mana mereka akan tinggal dengan pampasan RM75,000 itu. Tiada lagi suasana anak-anak bermain di kampung. Episod indah itu akan berakhir. Mungkin mereka akan menjadi penghuni di rumah pangsa kos rendah. Terkepung! Tiada lagi kebebasan sebagai orang kampung. Apakah ia sesuai untuk penduduk di situ menjalani kehidupan baru? Sukar untuk meramalkan kehidupan mereka pada masa depan. Pada masa yang sama apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri dalam menghadapi masalah ini? Kebajikan rakyat seperti ini harus dijaga. Kerajaan perlu berhemah dan bijaksana dalam menyelesaikan masalah penduduk itu. Tentunya kerajaan negeri tidak mahu dilihat sebagai 'menekan' orang Melayu. Sebelum ini satu persatu isu mengenai masalah Melayu ditonjolkan. Selepas gerai ikan bakar, gerai buah-buahan dan gerai atas pokok dirobohkan, timbul pula isu Kampung Jalan Pokok Asam, yang juga melibatkan orang Melayu. Sebelum ini ketika berhadapan dengan kritikan berhubung banyak gerai Melayu dirobohkan, kerajaan negeri menafikan. Kerajaan pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan serta risalah yang menyatakan lebih banyak tindakan dikenakan ke atas peniaga bukan Melayu. Maka sesetengah orang Melayu menerima bulat-bulat kenyataan itu. Mereka mudah lupa seperti kata Dr. Mahathir Mohamad. Lupakah orang Melayu bahawa di Pulau Pinang, jumlah peniaga yang teramai adalah bukan Melayu? Berapa kerat sangat orang Melayu yang berniaga di pulau itu? Paling ramai ketika bazar Ramadan...itu pun kecoh satu pulau. Kalau masuk pusat beli-belah, memang ramai orang Melayu tetapi sebagai jurujual bukannya peniaga. Jadi fahamilah kira-kira mudah, jangan terlalu asyik dibuai angka itu. Ini bukan soal rasis atau perkauman tetapi kenyataan. Berbalik kepada kampung Melayu, berapa lama lagi kampung-kampung di sekitar Georgetown (sebelah pulau) seperti di Sungai Pinang, Jalan Perak, Gelugor dan Tanjung Tokong mampu bertahan? Hakikatnya, lambat laun perkampungan Melayu akan terhakis. Nasib baik ada Koperasi Melayu Pulau Pinang yang membina rumah pangsa untuk orang Melayu. Maka dapatlah mereka bertahan di tengah-tengah pembangunan yang semakin pesat itu. Jika tidak, mereka terpaksa 'lari' ke Telok Bahang atau Balik Pulau atau ke Kulim dan Sungai Petani di Kedah. Mungkin Melayu Pulau Pinang juga bernasib baik kerana masih tinggal di tanah wakaf. Tetapi apakah mereka juga akan mengalami nasib yang sama seperti penduduk di Jalan Pokok Asam? Mungkin yang tinggal hanya tanah kubur dan masjid. Kampung-kampung Melayu mungkin akhirnya akan menjadi `jeruk' seperti `pala dan asam'. Apakah Kampung Makam juga akan dimakamkan satu hari nanti? Jika ini berlaku, ia adalah satu episod yang amat menyedihkan bagi orang Melayu. Semoga tanah-tanah wakaf akan dilindungi dan menjadi tempat orang Melayu terus berteduh di situ. Tetapi pemimpin Melayu yang ada `sedikit kuasa' termasuk dalam parti politik perlulah melakukan sesuatu untuk mempertahankannya. Ingatlah bahawa pembangunan tidak dapat dielakkan tetapi janganlah sampai kehidupan yang dinikmati selama ini musnah. Kepada siapa Melayu Pulau Pinang yang merupakan minoriti mahu mengadu nasib? Dengan minoriti yang berpecah kepada Melayu UMNO, Melayu Gerakan, Melayu Pas, Melayu PKR dan Melayu DAP, apakah terbela nasib mereka? Pemimpin Melayu pula tidak seharusnya bercakaran sesama sendiri. Mereka harus bangkit - walaupun teramat sukar - dengan satu semangat baru. Contohi semangat berpasukan seperti dalam pasukan bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung. Lihatlah kebangkitan beberapa pasukan yang menghampiri kemuncak kejohanan. Paling penting untuk dijadikan contoh bagaimana kesebelasan pemain seperti pasukan Jerman adalah muka baru yang mampu memberi nafas baru kepada pasukan itu. Renungi kenyataan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengenai semangat berpasukan. Kemudian gabungkan pula dengan semangat kesebelasan muka baru pasukan Jerman. Mungkin gabungan semangat dan muka baru ini, Melayu tidak lagi sekadar menjadi tukang sorak di luar padang sambil makan kuaci atau kacang goreng. Jika tidak, mereka hanya sekadar menang sorak kampung tergadai. Ingat juga kata-kata orang Pulau Pinang...Balik Pulau Bayan Lepas, di sana terpelau di sini terlepas! | |
| YAB LIM GUAN ENG KETUA MENTERI KEPADA SEMUA RAKYAT PULAU PINANG. Posted: 22 Jul 2010 06:35 PM PDT BENAR, Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Namun status itu tidak bermakna beliau boleh membuat apa sahaja termasuk menghentam secara terbuka pegawai Kerajaan Pusat yang berkhidmat di negeri tadbirannya. Sekalipun jika Guan Eng merasakan khidmat seseorang pegawai Pusat termasuk Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus gagal memuaskan hatinya, beliau perlu memilih saluran betul untuk mengatasinya. Oleh kerana SDO dilantik oleh Kerajaan Pusat, prosedur yang terbaik ialah membawa kes itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Negara untuk tindakan; bukannya dengan menyalak di khalayak. Oleh kerana Nik Ali juga mempunyai perasaan, Awang berpendapat beliau berhak untuk mempertahankan diri secara terbuka jika benar Guan Eng secara terbuka menyerangnya dengan mendakwa kononnya SDO itu "tidak profesional, tidak kompeten, pengecut dan patut dipecat'. Apa lagi dakwaan itu pula dikatakan berhubung masalah curi pasir di Balik Pulau, yang pada pandangan Awang bukan pun di bawah bidang kuasa SDO. Setahu Awang, seseorang SDO antara tugas utamanya ialah memantau dan memastikan pembangunan projek Persekutuan di negeri yang beliau bertugas berjalan lancar selaras dengan dasar pembangunan negara. sumber : Utusan Malaysia. PANDANGAN PENULIS. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, ia adalah Ketua Eksekutif bagi keseluruhan rakyat Pulau Pinang bukannya Ketua kepada penyokong dan ahli DAP sahaja. Ketika ini dilihat beliau seolah-olah membawa dasar parti ke dalam pentadbiran di pulau Pinang. Dengan bersikap terus menerus menyalahkan pentadbiran dulu dan juga pertikaiannya dengan eksekutif di peringkat Persekutuan jelas menunjukkan bahawa beliau tidak bersedia untuk menjadi KM Pulau Pinang. Cara dan tindakan beliau jelas menunjukkan masih lagi terbelenggu dengan idealogi pembangkang yang sentiasa menyalahkan kerajaan dalam apa jua hal ? | |
| Dasar Sosial Negara - Perlu diaktifkan. Posted: 22 Jul 2010 05:46 PM PDT ![]() Pengenalan Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Matlamat Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Objektif Objektif Umum 1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan. Objektif Khusus 1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya: a. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi; b. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat; c. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial; d. Menjana sinergi multisektor. Strategi Strategi-strategi bagi mencapai setiap objektif Dasar Sosial Negara adalah seperti yang berikut: Objektif 1: Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan Masyarakat Dipenuhi Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati: a. Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya; b. Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat, dan mesra insan; c. Persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni; d. Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, pendidikan, pekerjaan/kerjaya, keselamatan, kerohanian dan maklumat; e. Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara yang dilindungi oleh undang-undang; dan f. Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa. Strategi Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 1:- a. Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu, keluarga dan masyarakat dapat menikmati keperluan asas kehidupan dan menyertai arus pembangunan negara. b. Memastikan setiap individu mendapat hak untuk kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan. c. Memastikan keperluan hidup yang holistik menjadi teras kehidupan setiap individu, keluarga dan komuniti. Objektif 2: Membangun Dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah, fahaman politik, taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal, serta mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan kehendak jantina. Ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup. Usaha berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan setiap individu memberi dan menerima kemesraan dan kasih sayang sepanjang hayat. Strategi Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 2:- a. Menjamin hak janin atau kandungan untuk hidup dan berkembang dalam keadaan selamat dan sihat tanpa diganggu oleh ancaman dan eksploitasi. b. Mengiktiraf dan memupuk keupayaan setiap bayi dan kanak-kanak berfikir dan berperasaan serta dilindungi daripada dilabel, didiskriminasi dan dijadikan mangsa oleh anggota masyarakat. c. Menentukan setiap bayi dan kanak-kanak di peringkat awal (2-6 tahun) mendapat peluang meneroka persekitaran untuk menentukan perkembangan sel-sel otak secara maksimum. Ia juga bagi membantu pembinaan tubuh, peningkatan keyakinan diri serta perkembangan identiti kendiri yang sihat di dalam satu suasana dan jalinan perhubungan yang positif dalam keluarga dan komuniti. d. Memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan wajib peringkat sekolah rendah yang mendidik kemahiran sosial dan disiplin diri serta rangsangan minda melalui kurikulum yang meningkatkan kemahiran berfikir. e. Menentukan setiap remaja (13-18 tahun) diberikan pengiktirafan, penghormatan, peluang serta bimbingan untuk mengenali hak-hak dan tanggungjawab dan mengamalkan peranan tertentu dalam keluarga, sekolah dan komuniti sebagai persediaan untuk memainkan peranan sebagai seorang dewasa sepenuhnya kelak. f. Menentukan setiap individu yang sudah menjangkau umur melebihi 18 tahun, yang mula mencapai taraf berdikari dalam aspek ekonomi tertentu, diberi sokongan, bimbingan, pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan tentang pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan perhubungan sosial. g. Memastikan setiap individu di alam pertengahan dewasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mendapat sokongan dan bimbingan untuk menguruskan keluarga; penyesuaian dalam hubungan kekeluargaan serta perubahan dalam kerjaya. h. Menyalur dan memberikan peluang kepada setiap warga tua (60 tahun ke atas) yang merupakan insan di puncak kitaran hidup mereka dengan kematangan, pengalaman hidup dan berbagai-bagai kemahiran serta sumber-sumber yang dimiliki, untuk terus membuat sumbangan kepada masyarakat, berasaskan tahap tenaga, minat, kemampuan dan motivasi yang mereka miliki. i. Memberikan pengiktirafan, sokongan dan bantuan kepada setiap warga tua yang memerlukannya dengan pihak keluarga dan kerajaan menentukan mereka tidak tertekan dari segi emosi, kewangan dan kesihatan dengan menyediakan berbagai-bagai kemudahan dan bantuan sehingga akhir hayat mereka. j. Menanamkan nilai-nilai patriotisme di kalangan semua lapisan masyarakat. k. Mengambil langkah untuk memastikan setiap perancangan dan penggubalan program bagi setiap kumpulan dirancang dan digubal bersama dengan anggota kumpulan berkaitan. Objektif 3: Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan Sosial dan Perkhidmatan Sosial Segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia wujud iaitu sistem keluarga, komuniti, kumpulan etnik, agama, pendidikan dan organisasi sosial untuk membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu, sistem sokongan yang baru sebagai tambahan perlu diwujudkan bagi tujuan tersebut. Semua sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang memerlukannya mendapat pilihan perkhidmatan bermutu. Strategi Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 3:- a. Membangunkan setiap keluarga untuk berfungsi sebagai satu pasukan yang saling menyokong dalam memainkan peranan serta tanggungjawab supaya setiap ahli keluarga berkembang dengan optimum mengikut keunikan dan potensi setiap individu. b. Mengiktiraf identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat Malaysia untuk mewujudkan sikap toleran dan saling membantu di dalam dan di antara kaum yang berbeza. c. Mengiktiraf kelompok keagamaan sebagai kelompok sosial yang mengamalkan sistem nilai dan cara hidup tersendiri selaras dengan Perlembagaan Negara, menghormati sistem nilai dan cara hidup penganut agama lain serta menggalakkan interaksi dan saling memahami antara penganut pelbagai agama. d. Memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat untuk mencapai kecemerlangan melalui sistem pendidikan yang fleksibel, aksesibel, inovatif, relevan dan dinikmati oleh semua anggota masyarakat sepanjang hayat mereka. e. Memastikan sesebuah organisasi atau agensi menyediakan keperluan asas sosial serta memberikan sokongan dan bimbingan kepada kakitangannya sebagai satu tanggungjawab asas. f. Menentukan supaya organisasi atau agensi yang memberikan khidmat sosial mementingkan kakitangan yang dilengkapi dengan kemahiran sosial dan teknologi terkini serta yang berhubung langsung dengan kumpulan sasar. g. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi, di semua peringkat dan sektor menggubal dan melaksanakan dasar di peringkat organisasi sebagai panduan bagi menentukan perkembangan sosial yang optimum untuk kakitangan dan kumpulan sasarnya. h. Menggalakkan sesebuah komuniti, sama ada di dalam bandar atau luar bandar supaya bekerjasama dan saling membantu menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anggotanya dan mendirikan sistem amaran awal untuk mengenal pasti gejala sosial. i. Menjalankan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Sosial atau Audit Sosial bagi membuat pemantauan ke atas organisasi dan agensi perkhidmatan sosial. j. Mensyaratkan Penilaian Impak Sosial atau Social Impact Assessment (SIA) digunapakai dalam perancangan dan pelaksanaan semua program dan aktiviti pembangunan awam dan swasta. k. Menyediakan Laporan Tahunan Sosial yang mengandungi petunjuk-petunjuk sosial yang lengkap bagi memantau secara objektif dan tepat berkaitan kemajuan pembangunan sosial. l. Menentukan sesuatu isu sosial dikaji, diselidiki dan dianalisisa dengan terperinci, objektif, rasional dan profesional dari segala sudut serta menyebarkan kefahaman tentang isu sosial itu kepada seluruh masyarakat supaya segala usaha yang diambil untuk menanganinya adalah cekap dan berkesan. m. Mewujudkan peluang untuk semua anggota masyarakat memperolehi pelbagai kemahiran sosial sama ada secara formal ataupun tidak formal agar anggota masyarakat dapat berinteraksi dengan berkesan. n. Memperluaskan khidmat bimbingan yang ditawarkan oleh semua sektor kepada semua kumpulan sasar yang memerlukan khidmat bimbingan serta menentukan perkhidmatan tersebut bermutu dan profesional, serta disokong oleh separa-profesional. o. Mewujudkan satu pangkalan maklumat mengenai perkhidmatan sosial yang ditawarkan oleh semua sektor yang boleh dicapai oleh setiap anggota masyarakat dengan cepat, mudah dan pada kadar yang dimampuinya. p. Menyediakan kemudahan bagi semua sektor untuk menjalankan perkhidmatan pendampingan bagi mendekati mana-mana pihak yang memerlukan pertolongan dan bimbingan. q. Mewujudkan di dalam setiap organisasi satu pasukan intervensi krisis yang terlatih dan berkemahiran yang sentiasa bersedia untuk mengendalikan berbagai jenis krisis sosial dengan berkesan. r. Membangunkan perkhidmatan pakar di dalam semua bidang berkaitan dengan pembangunan sosial untuk memenuhi keperluan sebenar masyarakat. s. Menyediakan perkhidmatan bimbingan guaman degan kadar yang tidak membebankan untuk membantu anggota masyarakat membuat keputusan tentang tindakan terhadap hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat. t. Menggalakkan sektor swasta dan sukarela menubuh dan mengendalikan institusi perkhidmatan sosial yang bermutu untuk memenuhi keperluan anggota masyarakat yang memerlukan perkhidmatan sedemikian. u. Menggalakkan serta menyokong usaha berdikari dan pemerkasaan diri melalui penubuhan kelompok sokongan. v. Menggalakkan serta menyokong penyertaan aktif komuniti dalam usaha mewujudkan pelbagai jenis perkhidmatan pemulihan untuk semua kumpulan sasar. Objektif 4: Menjana Sinergi Multisektor Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor awam dengan sektor swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjaminkan perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkan. Strategi Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 4:- a. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan komuniti di sektor awam, swasta dan sukarela untuk melakukan kajian dari semasa ke semasa ke atas struktur dan fungsi masing-masing bagi menentukan kemampuan pencapaian matlamat pembangunan sosial. b. Mewujudkan mekanisma Perancangan Sosial yang bertaraf agensi pusat di peringkat persekutuan, negeri dan daerah untuk merancang, melaksana, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan sosial dalam masyarakat. c. Meningkat dan mengukuhkan peranan dan fungsi bahagian pembangunan sosial di semua peringkat pentadbiran negeri, bahagian/ daerah dan komuniti. d. Menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan mewujudkan program dan kemudahan sosial yang terancang dan lengkap supaya selaras dengan pembangunan fizikal dan ekonomi yang pesat. e. Meningkatkan taraf dan memperluaskan peranan kepimpinan di peringkat akar umbi dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan sosial. f. Memastikan setiap wakil rakyat memainkan peranan dalam pembangunan sosial dan memberikan perkhidmatan berkesan kepada anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan ideologi atau parti politik. g. Menggalak dan menyokong perkembangan sektor sukarela dengan memberikan sokongan, pengiktirafan dan insentif kepada persatuan perkhidmatan sukarela yang memberi khidmat kepada masyarakat. h. Menggalakkan sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial dengan membantu menyediakan program bagi kumpulan sasar dan menangani isu sosial secara teratur selaras dengan prinsip pertanggungjawaban sosial korporat. i. Menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif, dalam proses globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi untuk memajukan diri, keluarga dan komuniti. Penutup Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Dasar ini memberi halatuju kepada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosial tersebut. Pelaksanaan dasar ini akan menjadi suatu agenda utama Kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mapan menurut acuannya sendiri. Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu dipantau bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya bergantung pada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam, swasta dan sukarela. PANDANGAN PENULIS. Berdasarkan kepada masalah sosial yang berlaku sekarang, maka difikirkan wajar dan telah tiba masanya dasar ini digerakkan oleh kementerian berkenaan.Daripada apa yang dinyatakan, dasar ini bukan sahaja memberikan tumpuan kepada isu-isu sosial dikalangan remaja malah turut berperanan untuk pembinaan keluarga yang sejahtera lagi harmoni. Untuk itu disyorkan agar NGO's dan sukarelawan sosial dibentuk agar kefahaman masyarakat dapat ditingkatkan tentang dasar ini. Sumber : Bahagian Pengembangan dan Pembangunan PINTAS, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat |
| You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan