Rabu, 21 Julai 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


DEMI UMMAH DAN ISLAM, WAJARKAH NIK AZIZ DI KETEPIKAN ?

Posted: 21 Jul 2010 10:40 AM PDT

PENGENALAN
SETELAH sekian lama gagasan perpaduan Pas-UMNO 1 tersenyap, gara-gara kumpulan properpaduan dalam Pas dilanyak oleh kumpulan Mursyidul Am mereka. Demi ummah: Pas-UMNO 11 perlu disatukan, membuka kembali perbahasan mengenainya.Cuma kali ini, kita tidak mahu hanya melihat ia menjadi satu lagi perbahasan. Kita mahu melihat ia menjadi satu realiti.
SITUASI SEMASA
Kebelakangan ini, isu perpaduan orang Melayu, khasnya penyatuan UMNO dan Pas mendapat perhatian ramai. Penekanan isu ini adalah untuk mengelak malapetaka orang Melayu kehilangan kuasa. Tidak dinafikan tentang perpecahan orang Melayu, malah semua kaum, di negara kita, kerana perbezaan ideologi. Ini perkara lumrah yang berlaku di mana-mana.




PASCA PRU 12 2008.
Kemenangan besar yang diperoleh oleh pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 tidak boleh dipersalahkan kepada rakyat, atau kepada dakyah pembangkang semata-mata. UMNO dan BN sendiri perlu mengambil tanggungjawab utama. UMNO dan BN sendiri perlu membaiki dirinya. Atau dengan kata lain muhasabah diri sendiri.
NOLSTAGIA LAMA.

Ikut sejarah, Pas dan UMNO 1 disatukan dalam penubuhan Barisan Nasional (BN) pada 1 Januari 1973 oleh Pesuruhjaya Pas ketika itu, Datuk Asri Muda dan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Orang Melayu perlu disatukan kembali. Dua pertubuhan terbesar Melayu yang terpisah sekian lama – melepasi 40 tahun lamanya perlu disatukan.

Gagasan itu wujud kerana kedua-dua pemimpin itu bersifat 'a servant leadership' yang bertunjangkan suara hati akar umbi, selain tokoh ideologi, pengamal ideologi dan dokma yang fleksibel, bertolak ansur, berfikiran secara jelas dan jauh sekali daripada bersifat jumud dan totok.




HARAPAN RAKYAT.

Bayangkan jika dalam tempoh pemisahan 40 tahun itu (1978-2010), kekuatan bangsa dapat disatukan, kita mungkin akan menjadi berlainan pada hari ini. Adakah apa yang saya bercakap mengenai soal ini sekarang bersifat assabiyah atau ke-bangsa-an? Ia amat dibenci oleh Nik Aziz yang menolak sama sekali assabiyah yang dikatakan bertentangan dengan Islam.

Kata Nik Aziz, Pas itu Islam dan UMNO itu assabiyah. Kedua-dua tidak boleh disatukan. Nik Aziz berkata, maka itu Pas sahajalah yang Islam.

Sepanjang minggu lalu, telah menyebabkan satu demi satu pihak muncul ke hadapan untuk berkongsi gagasan tersebut. Mereka menyifatkannya sebagai gagasan yang murni demi agama, bangsa dan negara.

PANDANGAN CERDIK PANDAI PAS.

Tulisan daripada seorang cerdik pandai dalam Pas bernama Ustaz Zaidi Hassan. Tulisannya ialah mengenai Islam dan Perjuangan Melayu. Tulisan itu lebih bersikap assabiyah dan Islam. Zaidi ialah anak murid Tok Lebai Musa iaitu ayah kepada Husam Musa - orang kanan Nik Aziz dan penyokong setia Anwar Ibrahim dan bercita-cita menjadi Menteri Besar Kelantan.
Zaidi juga pernah mengaji dengan Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah, Pasir Mas. Zaidi juga menulis dalam blognya muqabalah2009.blogspot.com dengan entri terbarunya bertajuk Kenapa Sampai Ke Situ? apabila beliau mengulas sikap Nik Aziz yang dipetik sebagai berkata, beliau sanggup meninggalkan agama Islam jika pihak lain tidak faham mengenai dasar-dasar Islam yang dilaksanakannya.

Dalam karangannya itu (Islam dan Perjuangan Melayu), Zaidi memetik perkataan Imam as-Syahid Hassan al-Banna dalam risalah Qadiyytuna, iaitu risalah terakhir yang ditulis olehnya sebelum beliau dibunuh:

''Oleh kerana ini (perkembangan yang berlaku ketika ini) adalah sebahagian daripada kewajiban (ke atas kami) bagi mempertengahkan penjelasan ini untuk persepsi umum rakyat Mesir, bangsa Arab, penganut Islam dan damir insani yang sejagat sehingga tidak berlaku kesalahan dan kezaliman dalam menentukan hukuman, serta tidak berhukum hanya dengan mendengar dari satu pihak.

"Telah dikatakan orang apabila engkau didatangi oleh seorang yang berkelahi dengan matanya yang tercungkil keluar, jangan engkau memutuskan hukuman sehingga engkau melihat lawannya, mungkin kedua-dua mata lawannya itu telah dicungkil keluar."

Daripada petikan Hassan al-Banna itu, Zaidi menulis lagi: ''Begitu jugalah perkembangan yang berlaku dalam masyarakat kita mutakhir ini. Pelbagai kenyataan dikeluarkan dan dibincangkan, terdapat beberapa tindakan yang telah diambil dan terdapat pula tindak-balasnya.

''Oleh itu sudah sampai masanya kita membincangkan tajuk sepenting ini dengan niat mencari keredaan Allah, mencari kebenaran dan tidak mengambil sikap berkeras walaupun berdiri tanpa sokongan nas-nas dan kemunasabahan akal yang sempurna.

''Semoga perbincangan ini disejahterakan Allah daripada sekadar dijadikan agenda untuk memenuhi tujuan yang telah ditentukan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan, atau dijadikan peluncur dan landasan bagi mengiyakan sesuatu yang tidak berumbi-tunjangkan Islam."

Tambah Zaidi lagi: ''Oleh itu marilah kita berbincang untuk menjelaskan persepsi sebagai rakyat Malaysia, bangsa Melayu, benar dalam fahaman dan pengucupan kita ini, kita bersyukur, Alhamdulillah.
"Dan sekiranya kita salah dan tergelincir, kita mohon diampunkan Allah serta dibetulkan kesalahan dan kegelinciran kita oleh mereka yang mempunyai mata-hati. Kepada Allah kita berserah."

Zaidi turut menulis mengenai kecintaan kepada bangsa sendiri serta dasar kefahaman; amalan Islam tentang perbezaan bangsa dan agama; serta para rasul dan bangsa mereka yang mengulas dalam al-Quran terdapat lebih daripada 50 tempat, para rasul telah menyeru 'wahai kaumku'.



HALANGAN PERPADUAN UMNO-PAS 11.


BERBUIH mulut Nik Aziz mempertahankan Karpal Singh. Ini bukan sekarang saja, tapi sejak bertahun-tahun lalu. Setiap kali Karpal mempertahankan pendiriannya ''langkah mayat saya dulu jika mahu tubuhkan negara Islam", setiap kali itu jugalah Nik Aziz terpaksa mempertahankan abang bhai berkenaan.

Saya cukup hairan dengan Nik Aziz ini. Walaupun itulah pendirian DAP, tapi Nik Aziz kata mereka betul. Bagi Nik Aziz, UMNOlah yang selama-lamanya salah. Nik Aziz akan mengeluarkan pelbagai ayat untuk mempertahankan Karpal. Ayat-ayat itu boleh diadun mengikut acuan yang mahu dibentuk.

Dalam politik hari ini, orang Melayu sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat sokongan yang diharap-harapkan. Bak kata orang marahkan pijat, kelambu dibakar, tidur terdedah.
Tetapi akhirnya mereka gagal untuk mengenali musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam. Mereka lebih selesa mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Maka ramailah juga di kalangan orang Melayu yang menjadi seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin.
Apa yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Lebih malang, Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. Habis madu sepah dibuang. Ketika ini juga untuk berjaya, Melayu sanggup pijak kepala kawan dan tikam belakang.
CABARAN YANG MENANTI.

Ambil sajalah contoh seorang Ahli Parlimen pakatan pembangkang yang baru-baru ini mencabar Mufti Perak meletak jawatan kerana kenyataan ikhlas beliau demi perpaduan umat Islam. Siapa beliau hendak mencabar Tan Sri Harussani dan lebih penting lagi apa kelayakannya hendak menegur? Sedangkan teguran Harussani nyata terang-terang atas kapasiti mufti dan demi kebaikan semata-mata!

Lantaran itu, memulakan usaha suci ini di negeri-negeri tersebut dilihat sebagai kritikal. Insya-Allah, kalau hati jujur ikhlas dan semangat pula kekal tabah, masa pasti akan membuktikan cita-cita ke arah kesatuan ummah dan masa depan Islam yang cemerlang akan menjadi realiti jua.

Seterusnya meletakkan ummah ke atas landasan kemajuan yang sempurna; tidak hanya pada ekonomi kukuh dan teknologi ampuh, tetapi juga pencapaian masyarakat Malaysia yang tinggi akhlaknya!



MAHU TAPI MALU.
Para pemimpin yang properpaduan dalam Pas, sebenarnya cukup risau dengan sikap Nik Aziz itu. Tapi mereka malu alah mahu menyatakan depan-depan. Sebenarnya ramai yang sudah bertentangan haluan dengan Nik Aziz. Bukan rahsia lagi, dalam Pas sendiri pun sudah ada dua puak. Satu totok mempertahankan ideologi Nik Aziz, satu lagi lebih liberal yang mahu melihat Melayu Islam bersatu-padu.

Puak Nik Aziz melihat puak yang satu lagi itu cukup berbahaya bagi politik mereka. Nik Aziz acap kali berkata jangan berkawan dengan UMNO kerana di zaman 70-an dulu, UMNO menikam belakang Pas. Tapi orang Pas yang liberal itu menganggap apa yang ditakrifkan oleh Nik Aziz itu sebagai cerita lama. Dalam politik semua boleh jadi. Hari ini musuh, 24 jam kemudian berkawan semula.

Ketika orang lain dalam politik bersikap diam-diam ubi berisi menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi orang Melayu pula seronok bertelagah sesama sendiri. Ada pula yang bersikap bertelur sebiji riuh sekampung. Melayu tanpa kuasa ekonomi nampaknya masih selesa sekalipun akan hilang kuasa politik.

PERANGAI RAKAN-RAKAN
Melihatkan fiil PKR dan DAP dalam pakatan, beberapa gelintir pemimpin Pas mulai tawar hati untuk bekerjasama terus dengan mereka. Banyak yang dilihat tidak betul dalam pakatan itu. Dalam hati mereka apa salahnya berpakat dengan UMNO untuk menyelamatkan ummah dan negara ini daripada jatuh ke tangan yang lebih berbahaya. Mereka sedar itu semua. Tapi Nik Aziz adalah penghalangnya. Mereka malu alah dengan orang tua itu.

Sebenarnya sebelum ini sudah ada cakap-cakap mengenai konsep perpaduan Pas-UMNO. Tapi puak yang bercakap mengenainya dihentam teruk. Terus orang itu berdiam diri, dan idea itu dibekukan. Tapi hakikatnya kumpulan ini tidak berdiam diri. Mereka mahu gagasan perpaduan ini diteruskan. Masa terlalu suntuk sebelum terlambat.

Seorang pemimpin Pas pernah memberitahu saya lambat laun kita, Pas dan UMNO perlu bersatu juga. Tapi saya kata bila? Jangan tunggu nasi menjadi bubur. Beliau terdiam. Ada yang mencadangkan Nik Aziz perlu disingkirkan daripada Pas. Beliau ialah penghalang terbesar ke arah perpaduan itu.


2011 MUKTAMAR PAS.

Tahun depan ialah tahun pemilihan Pas. Saf baru Pas perlu diatur dari sekarang. Walau pun sebelum ini ada cadangan dari Mursidul Am agar tiada pertandingan diadakan.Sebelum PRU-13, Pas memerlukan kepemimpinan baru yang properpaduan. UMNO dan Pas perlu disatukan.


REALITI ATAU FANTASI.
Pada saat ini, sehingga ke PRU-13 ini, ia amat mustahak diwujudkan. Melihatkan kerakusan DAP dan PKR sekarang yang akan melakukan apa sahaja untuk berkuasa, dicampur dengan tangan-tangan halus dari unsur-unsur luaran - maka gagasan itu amat diperlukan sekali.

Saya menggunakan istilah 'disatukan' kerana istilah 'bersatu' tidak boleh digunakan. Ia telah dicuba dulu tapi gagal. Disatukan bermakna kita semua umat Melayu Islam harus memaksa para pemimpin kita untuk bersatu.




MELAYU MUDAH LUPA.

Orang Melayu lupa tentang bersatu teguh bercerai roboh. Ketika ini Melayu berpecah kepada pelbagai puak termasuk dalam politik. Akhirnya mereka menjadi 'minoriti'. Mereka lupa pesan orang dulu-dulu sebatang lidi mudah dipatahkan, seikat lidi sukar dipatahkan. Ada yang mengaku mereka mahu bersikap liberal yang mahu hak sama rata dan sama rasa di kalangan pelbagai kaum.

Mereka mendakwa orang Melayu pada masa kini sudah mampu menari di tanah rata dan tidak lagi memerlukan 'tongkat' untuk berniaga dan belajar sedangkan hakikatnya ketika orang lain sudah mampu menari dengan baik tetapi 'tarian' orang Melayu sebenarnya masih sumbang dan keupayaan untuk berjaya dalam ekonomi dan pendidikan juga terbatas.

HALA TUJU MELAYU.

Melayu berpecah kepada pelbagai puak dan parti politik. Seperti yang diperingatkan oleh Dr. Mahathir dalam ucapannya sembilan tahun lalu, Melayu memang mudah lupa padahal 'orang dulu-dulu' sudah mencipta pelbagai peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan untuk sentiasa mengingatkan orang Melayu supaya mereka lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

Boleh dikatakan semua ungkapan yang dicipta oleh orang Melayu pada masa dulu sudah berlaku ketika ini. Malangnya semua ingatan itu sekadar catatan dalam buku-buku berkaitan untuk tatapan pelajar-pelajar. Begitu juga dengan pelbagai kiasan dan kisah untuk renungan seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin.

Tidak lupa juga tentang Kitol dan Raja Mendaliar. Semuanya ini juga bertujuan memberi pengajaran kepada orang Melayu. Tetapi malangnya Melayu sudah lupa semua cerita dan kiasan tersebut. Orang Melayu lupa tentang bersatu teguh bercerai roboh.

Ketika ini Melayu berpecah kepada pelbagai puak termasuk dalam politik. Akhirnya mereka menjadi 'minoriti'. Mereka lupa pesan orang dulu-dulu sebatang lidi mudah dipatahkan, seikat lidi sukar dipatahkan. Ada yang mengaku mereka mahu bersikap liberal yang mahu hak sama rata dan sama rasa di kalangan pelbagai kaum.

Mereka mendakwa orang Melayu pada masa kini sudah mampu menari di tanah rata dan tidak lagi memerlukan 'tongkat' untuk berniaga dan belajar sedangkan hakikatnya ketika orang lain sudah mampu menari dengan baik tetapi 'tarian' orang Melayu sebenarnya masih sumbang dan keupayaan untuk berjaya dalam ekonomi dan pendidikan juga terbatas.

Ada pula Melayu yang mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), mendabik dada dengan kejayaan yang sudah dinikmati. Padahal mereka yang berjaya hari ini juga kebanyakannya disebabkan oleh 'tongkat' DEB. Tanpa 'tongkat' itu mereka tidak mungkin menikmati apa yang dimiliki sekarang. Malangnya apabila sudah berjaya, mereka bagaikan kacang lupakan kulit.

Bidang Keberhasilan Utama Nasional - NKRA.

Posted: 20 Jul 2010 08:49 PM PDT

Enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional adalah:

Mempertingkat kebertanggungjawaban melalui KPI

Bidang yang tidak diliputi oleh NKRA masih lagi penting dan akan terus mendapat perhatian daripada Kerajaan di peringkat menteri. Bidang-bidang ini – MKRA – termasuk keberhasilan yang disasarkan untuk dilihat dan dirasai oleh rakyat (misalnya, tindak balas yang cepat kepada aduan daripada orang awam dan pengurangan kemalangan jalan raya). Sama seperti NKRA, MKRA dan KPI Menteri (MKPI) telah bermula dan akan terus diperhalusi dan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Perdana Menteri telah memberi komitmen untuk menilai sendiri kemajuan semua menteri setiap enam bulan untuk memastikan bahawa prestasi mereka adalah mantap, Penilaian yang pertama berlangsung antara November 2009 dan Disember 2010.

Memastikan pencapaian diutamakan

Bagi mencapai tahap prestasi ini, kami memerlukan kaedah kerja baru, daripada pucuk pimpinan dan semua bahagian perkhidmatan awam. Perdana Menteri merintis kaedah baru ini dengan memastikan setiap menteri menetapkan KPI, dan melaporkan prestasi mereka pada waktu yang ditetapkan; contohnya ada diterangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 12. Amalan ini sedang diperkembangkan ke setiap jabatan dan agensi kerajaan.
Kami juga sedang mempertingkatkan tahap ketelusan mengenai objektif, sasaran dan rancangan – bermula dengan dokumen ini. Kerajaan akan bertanggungjawab bagi melaksanakan inisiatif dan mencapai sasaran yang diumumkan. Kami akan menerbitkan laporan kemajuan tahunan, bermula pada suku pertama 2011, supaya pencapaian kami dapat dinilai oleh rakyat.
Sebagai tambahan, kami telah menjalankan beberapa siri pembaharuan untuk mempertingkatkan kebolehan penyampaian

Mentransformasikan Malaysia

Dalam sejarah Malaysia, kita selalu mengambil jalan yang jarang dilalui dan secara pragmatik memetakan laluan sendiri. Kini kita melakukannya lagi. Tidak ada kerajaan lain di dunia ini yang telah mengambil langkah seperti program transformasi yang sebegini berani. Namun kita faham bahawa dalam menyampaikan keberhasilan ini tidaklah begitu mudah. Akan terdapat rintangan di pertengahan jalan, termasuk sasaran yang tidak tercapai, inisiatif yang tidak berjaya, halangan pihak yang berkepentingan, tentangan terhadap sebarang perubahan dan cabaran baru yang kami tidak jangkakan. Dalam program transformasi yang berskala sebegini, adalah menjadi suatu perkara biasa di mana keadaan akan menjadi lebih buruk – atau merasakan keadaan menjadi lebih buruk – sebelum ia menjadi lebih baik. Walaupun mencabar, kami mesti melaksanakan transformasi ini.
Apabila GTP menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tidak dapat dielakkan, kerajaan dan semua rakyat Malaysia mesti mengingatkan diri mereka sendiri, apa sebenarnya yang dipertaruhkan di sini dan tetap semangat. Apa yang dipertaruhkan di sini adalah pencapaian Wawasan 2020, membuat sesuatu yang berlainan untuk kehidupan generasi Malaysia masa kini dan generasi Malaysia akan datang dan mempertingkatkan reputasi dan kedudukan negara kita di mata dunia.

NKRA

Tiada ulasan:

Pengikut