Selasa, 27 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Gelagat Mansor Otman bodek Guan Eng!

Posted: 27 Jul 2010 06:10 AM PDT

Rentetan kemarahan "Khalifah" Lim Guan Eng terhadap Nik Ali kini semakin "marak". Yang terbaru, Nik Ali di"paksa" untuk meminta maaf secara terbuka terhadap "Khalifah" DAP kafir harbi itu dan menarik balik kenyataan yang menyifatkan "Khalifah" itu dengan "dayus" dan "biadap"! Yang mengejutkan kita ialah kenyatan Timbalan Ketua "Khalifah", Mansor Othman yang nyata sekali men"jilat bontot" Guan Eng dan turut sama menghentam Nik Ali. "What a butt licker"!

Menurut Mansor "si tukang jilat", tindakan Nik Ali mengkritik Lim bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 yang perlu berkhidmat di mana saja apabila diarahkan bertugas. "Sebagai seorang penjawat awam, beliau harus mengikut perintah Ketua Menteri dan tidak boleh bertindak sebaliknya. Apa dibuatnya adalah bertentangan dan tidak boleh diterima kami," katanya lagi.

Kepala hotak dia! Memanglah begitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam yang dia sebut tu. Tapi, tindakan Nik Ali itu tidak ada kena mengena sama sekali dengan peraturan yang dia sebut itu! Peraturan yang disebut itu menyebut tentang "di mana", yang menjelaskan tentang "tempat" atau "lokasi" yang ditugaskan kepada pegawai awam. Jadi apa kena mengena "lokasi" dengan tindakan Nik Ali mengkritik "Khalifah" kesayangan Mansor Othman itu?

Nik Ali hanya memberi respon untuk membela diri kepada masyarakat umum sebagai tindak balas terhadap kebiadapan dan keceluparan Lim Guan Eng terhadapnya. Salahkah dia membela dirinya dari terus dihina oleh khalayak umum? Jika Mansor sendiri dikatakan sebagai tidak kompeten, harus dipecat, lidah biawak, little napolean dan sebagainya, apakah Mansor akan mengangguk dan mengiyakan dakwaan tersebut? Alaaa..tak payah tunjuk baik la! Kalau Mansor Ali yang kena kutuk begitu, bukan sekadar membela diri, silap-silap dia sendiri akan baling kasut kepada orang yang kutuk dia tu...

Mansor Othman kata penjawat awam kena ikut perintah Ketua Menteri dan tidak boleh bertindak sebaliknya? Oh! Jika begitu, jika Guan Eng kata "bodeklah aku", maka Mansor pun kenalah "jilat bontot" Ketua Menteri itu? Jika Gua Eng kata, "serahkan bini kamu kepada aku malam ini"? Apa pula tindakan Mansor? Jika Guan Eng kata "bakar semua masjid di Pulau Pinang", apakah Mansor akan bertindak mengikut kemahuan Guan Eng? Bodoh punya Mansor! Patutlah Guan Eng mahu dia jadi Timbalannya. Sememangnya Guan Eng mahukan seorang Timbalan yang bodoh dan bengap sepertinya. Patut pun semakin banyak kepentingan Melayu dan Islam tergadai di Pulau Pinang!

Mansor Othman marahkan Nik Ali kerana tidak menjaga "hati" Ketua Menterinya. Pasal kes "kerusi khas untuk Ketua Menteri ketika pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera" tu? Woi..!!! Nik Ali ada sediakan kerusilah! Sudahlah datang lewat 10 minit, kerusinya di "reserve" istimewa dan tidak terusik oleh sesiapa pun. Lepas tu Guan Eng diberikan cenderamata pulak tu! Nak marah apa lagi? Nak Nik Ali sediakan karpet merah dan "payung diRaja" ke? Sedarlah sikit, majlis itu dianjurkan oleh Kerajaan Pusat, bukan pihak Kerajaan Negeri. Nak harap Kerajaan Negeri, apa sangat yang Guan Eng dah buat selain dari CAT yang "bangang"nya bagaikan SELCAT di Selangor!

Jika benarlah Nik Ali itu "salah" sekalipun, apakah kesalahan seorang penjawat awam itu boleh diterjemahkan dikhalayak umum dengan menggelarkannya sebagai "lidah biawak", "little napolean" dan layak dimaki hamun??? Siapa yang ajar begitu? Pakatan Rakyat ke? Memang dasar kurang ajar! Tiada etika! Sifat begitu bagai tidak bertamadun dan tidak tahu budaya di Tanah Melayu yang mengamalkan sikap sopan dan berbudi bahasa. Jelas sekali Guan Eng dan Mansor tidak tahu makna "Kesopanan dan kesusilaan" yang merupakan Rukunegara yang kelima. Entah apa penghayatan mereka sebagai "warganegara" tentang Rukunegara tersebut. Kalau tak amalkan "rukun", bolehkah mereka dianggap sebagai "warganegara" yang baik?

Nasib Pulau Pinang semakin teruk setelah "Khalifah" idola PAS ini mentadbir. Kepentingan Islam, Melayu dan India semakin terhakis, manakala kepentingan kaum Guan Eng begitu diutamakan. Gerai dan rumah-rumah orang Melayu dan India diroboh tanpa pembelaan dan budi bicara sewajarnya. Kononnya mengikut "undang-undang", tapi tidak sedikit pun diberikan pertimbangan mengikut norma kemanusiaan. Tak tahulah sama ada rakyat Melayu dan India di Pulau Pinang masih "buta" atau tidak. Semuanya bakal diterjemahkan pada PRU 13 yang akan datang. Kita sama-sama tengok nanti...

(Oleh: dukeofmontecristo)


Tiada ulasan:

Pengikut